1
MUKA 16 UTUSAN MALAYSIA KHAMIS 24 MAC 2011 Budaya cemerlang jadikan MRSM Pengkalan Chepa terbaik SERAMAI 1,249 orang pelajar Mak- tab Rendah Sains MARA (MRSM) memperoleh semua A dalam peper- iksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan semalam. Jumlah ini merangkumi 18.28% daripada keseluruhan 6,833 orang calon daripada 38 buah MRSM yang telah menduduki peperiksaan terse- but. Ketua Pengarah MARA, Ibrahim Ahmad dalam kenyataannya ketika mengumumkan keputusan SPM MRSM berkata, MRSM Pengkalan Chepa merupakan MRSM terbaik dengan mencapai Gred Purata Mak- tab (GPM) 0.83. Enam buah MRSM lain turut men- capai keputusan cemerlang dengan mendapat GPM di bawah 1.75 iaitu MRSM Tun Ghafar Baba 0.91, MRSM Taiping 0.97, MRSM Langkawi 1.33, MRSM Kuala Kubu Bharu 1.68, MRSM Kubang Pasu 1.73 dan MRSM Kuala Berang 1.73. Pencapaian ini membuktikan sistem pendidikan MRSM mampu melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik melalui kecemerlangan dalam peperiksaan SPM. Namun fokus MARA dan MRSM bukan sekadar pencapaian akade- mik semata-mata tetapi lebih ke- pada melahirkan modal insan yang holistik dan menghayati nilai-nilai murni serta mempunyai kekuatan peribadi yang unggul sekaligus me- nyokong transformasi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan pada masa kini. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 2010 1,249 pelajar peroleh semua A Pembelajaran secara ‘smart’ mendorong- nya menca- pai kejayaan sehingga memperolehi 9A+ dalam peperiksaan Sijil Pelaja- ran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini. Mohd Fahrulradzi Bukhari, 17, antara pelajar terbaik MRSM Peng- kalan Chepa berkata, amalan pem- belajaran secara`smart’ membole- hkannya berfikir secara matang, mengetahui mana mata pelajaran yang kurang mantap dan mampu menilai prestasi pelajaran sendiri. “Inilah rahsia kejayaan saya pada SPM kali ini dan selepas itu semua nya perlu meminta pertolongan daripada Allah. “Saya menjangka hanya mem- perolehi 9A sahaja dalam keputu- san peperiksaan tetapi saya terkejut apabila pengumuman hari ini saya mendapat 9A+,’’ katanya ketika di- hubungi di sini hari ini. Beliau berkata, aktif dalam ko kurrikulum juga tidak mengha- langnya untuk berjaya dalam SPM kerana ia sebenarnya telah memangkinkan diri supaya be- lajar lebih bersungguh-sungguh, yang pernah menjadi Johan Debat Kepenggunaan Peringkat Negeri Kelantan tahun lalu. Fahrulradzi juga berkata, ayah dan ibu juga memainkan peranan penting atas kejayaan ini kerana mereka selalu memberi dorongan dan bimbingan. “Ibu bapa banyak mendorong termasuk menilai sendiri prestasi pembelajaran saya,’’ kata beliau. Menurutnya, cita-cita pada masa depannya adalah untuk menjadi se- orang ahli ekonomi kerana tertarik dengan cara dan pendekatan yang dilalui oleh bapanya. Guru-guru berpengalaman mencemerlangkan pelajar “Guru-guru yang berpe- ngalaman dan begitu mengambil berat soal pendidikan menjadikan saya begitu bersemangat untuk bela- jar sehingga mencapai kejayaan se- hingga muncul sebagai pelajar ter- baik MRSM se-Malaysia. “Kebanyakan guru-guru di MRSM Pengkalan Chepa bukan setakat mendidik malah menjadikan pela- jar-pelajarnya benar-benar faham se- tiap subjek yang dipelajarinya,’’ kata Munirah Izzah Mohamad, 18 tahun dari MRSM Pengkalan Chepa yang mendapat 9A+ dalam peperikasaan SPM yang diumumkan hari ini. Di samping itu, dorongan ibunya Salmi Yaacob turut menjadi inspirasi untuk beliau belajar lebih bersung- guh-sungguh. “Saya berasa amat takut jika saya tidak dapat menunaikan amanah yang diberikan oleh guru-guru dan ibu bapa saya kerana kesemua men- jadi pemangkin untuk saya berjaya dengan cemerlang lagi,’’ katanya ke- tika dihubungi di sini hari ini. Munirah Izzah mendapat keputu- san A+ dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matema- tik Tambahan, Agama Islam, Sejarah, Fizik, Biologi dan Kimia. “Saya tidak menjangka dapat kepu- tusan keseluruhan A+ walaupun saya hanya mendapat 9A dalam peperik- saan percubaan sebelum ini,’’ katan- ya. Munirah Izzah mendapat 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebelum ini. Katanya, antara faktor lain yang mendorong kejayaannya ialah sikap tidak ‘berkira’ dalam mengulangkaji pelajaran. “Apabila ada masa yang sesuai dan terluang kita perlu mengulangkaji pelajaran membolehkannya benar- benar faham apa yang diajar oleh guru-guru. “Kalau kita tidak faham kita tidak boleh malu bertanya kerana ia boleh mencetuskan suasana yang menya- kinkan terhadap apa sahaja yang dipelajari dan menjadikan suasana semasa belajaran begitu menyero- nokkan,’’ katanya. Pembelajaran smart dorong Fahrulradzi dapat 9A+ SEMANGAT membudayakan ke- cemerlangan pendidikan menjadi faktor utama menjadikan MRSM Pengkalan Chepa, MRSM terbaik seluruh Malaysia dalam keputusan SPM tahun ini. Pengetua MRSM Pengkalan Che- pa, Kelantan, Mahzan Atan berkata, pencapaian ini diperoleh hasil ker- jasama semua pihak iaitu antara guru-guru, staf sokongan dan juga para ibu bapa. “Saya lihat sistem membudaya- kan kecemerlangan pembelajaran ini berjalan dengan baik dan kes- emua pihak iaitu pihak guru, staf sokongan dan ibu bapa memberi kerjasama yang begitu memberang- sangkan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. MRSM Pengkalan Chepa terle- tak di pinggir bandar Kota Bharu Kelantan dan menjadi MRSM Bitara dan sudah ramai melahirkan cendi- akawan-cendiakawan. Maktab ini sudah dua kali ber- turut-turut menerima Anugerah Kualiti MRSM terbaik yang menjadi rebutan seluruh MRSM se-Malaysia. MRSM ini juga telah terpilih un- tuk mewakili negeri Kelantan da- lam Pertandingan Landskap di pe- ringkat Kebangsaan pada tahun ini. Dari Program Khas Pendidikan, kini sudah bertukar menjadi Pro- gram BITARA. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan kelengka- pan terkini serta canggih untuk di- gunakan oleh semua pelajar MRSM BITARA Pengkalan Chepa. Maktab ini juga telah mencapai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang cemerlang selama tiga tahun berturut-turut iaitu semua pela- jarnya seratus peratus Gred Satu. Mahzan berkata, apa sahaja perkara yang hendak dilakukan mesti jelas dan semua pihak perlu tahu peranan masing-masing ter- masuk juga para ibu bapa. “Saya bersyukur kerana men- dapat pencapaian terbaik ini kerana sebelum ini MRSM Pengkalan Chepa pernah mendapat tempat kedua dan ketiga terbaik,’’ kata nya. Beliau berkata, selain daripada itu, mereka juga diterapkan pelak- sanaan pendekatan ‘DUIT’ iaitu doa, usaha, istiqamah dan tawakal spaya amalan murni seperti sentia- sa berdoa dan tidak meninggalkan solat. Beliau berkata, di samping itu, mereka juga mesti berusaha den- gan menanamkan sikap rajin bukan sahaja dikalangan guru malah juga dikalangan murid-murid. “Dari situ wujudnya kecemer- langan dan saling bekerjsama dan semua ini perlu dilakukan secara berterusan,’’ katanya. Menurutnya, setelah semuanya dijalankan mengikut perancangan mereka perlu bertawakal kepada Allah dan redha atas apa juga ke- hendaknya. BERGERAK dalam satu pasukan membolehkan MRSM Tun Ghafar Baba memperolehi tempat kedua terbaik peringkat MRSM dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelaja- ran Malaysia (SPM) yang diumum- kan semalam. Pengetuanya, Dr. Mariam Md. Salleh berkata, melalui cara ini se- mua pihak tidak ketinggalan supaya kecemerlangan ini dapat dirasai se- cara bersama. “Pada tahun ini seramai 450 pela- jar mengambil peperiksaan SPM dan walaupun jumlah pelajar itu agak besar, kami berjaya memastikan kesemua mereka berjaya,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata, pelbagai program pembelajaran diatur seperti mewu- judkan klinik belajar, intervensi dan beberapa program lain. “Sistem CGPA yang diwujudkan sebelum ini telah membuatkan para pelajar sentiasa kompetitif sejak dari awal lagi kita akan tahu dimana pencapaian mereka,’’ katanya. Program Khas Pendidikan (PKP) yang dirangka bermatlamatkan untuk melahirkan pelajar pelajar yang berpencapaian tinggi di dalam akademik dan penuh kreativiti ser- ta memiliki sikap komited terhadap tugas masing masing. Program ini juga dibentuk bagi mengetengahkan pelajar sebagai individu yang berkebolehan berke- mampuan dan berbakat di dalam perbagai bidang secara optimum tanpa mengabaikan aspek spiritual, Program Khas Pendidikan dise- diakan bagi memenuhi keperluan falsafah pendidikan negara yang mencari keseimbangan diantara Jas- mani, Rohani,Emosi dan Intelek. Misi MRSM Tun Ghafar Baba ialah meningkat dan menambah bilangan pelajar yang cergas dan cemerlang pencapaian akademik khususnya dalam bidang sains dan matematik serta bersahsiah tinggi dan cend- erung ke arah keusahawanan. Dr. Mariam berkata, apa yang me- narik lagi, semua silibus matapela- jaran perlu dihabiskan selewat- lewatnya pada bulan Jun supaya setiap pelajar bersedia menghadapi peperiksaan. Katanya, di samping itu, pihak pengurusan juga mewujudkan sistem padatan dan pecutan supaya pencapaian mereka dapat dianalisa. “Kita juga membuat program pengantarabangsaan seperti setiap pelajar perlu membentangkan tesis mereka di peringkat antarabangsa supaya mereka lebih cemerlang lagi,’’ katanya. Pencapaian ini membuktikan sistem pendidi- kan MRSM mampu melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik melalui kecemerlangan dalam SPM. Bergerak dalam satu pasukan kejayaan MRSM Tun Ghafar Baba MAHZAN ATAN LIMA pelajar terbaik MRSM Pengkalan Chepa yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010. PELAJAR-pelajar MRSM Pengkalan Chepa begitu ceria ketika mengambil keputusan peperiksaan SPM yang diumumkan semalam. DR. MARIAM MD. SALLEH IBRAHIM AHMAD

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Maktab Rendah Sains ... · PDF filedalam bidang sains dan matematik serta bersahsiah tinggi dan cend-erung ke arah keusahawanan. Dr. Mariam berkata,

  • Upload
    dinhnhi

  • View
    236

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Maktab Rendah Sains ... · PDF filedalam bidang sains dan matematik serta bersahsiah tinggi dan cend-erung ke arah keusahawanan. Dr. Mariam berkata,

MUKA 16 • UTUSAN MALAYSIA KHAMIS 24 MAC 2011

budaya cemerlang jadikan mrsm pengkalan chepa terbaik

Seramai 1,249 orang pelajar Mak-tab Rendah Sains MARA (MRSM) memperoleh semua A dalam peper-iksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan semalam.

Jumlah ini merangkumi 18.28% daripada keseluruhan 6,833 orang calon daripada 38 buah MRSM yang telah menduduki peperiksaan terse-but.

Ketua Pengarah MARA, Ibrahim Ahmad dalam kenyataannya ketika mengumumkan keputusan SPM

MRSM berkata, MRSM Pengkalan Chepa merupakan MRSM terbaik dengan mencapai Gred Purata Mak-tab (GPM) 0.83.

Enam buah MRSM lain turut men-capai keputusan cemerlang dengan mendapat GPM di bawah 1.75 iaitu

MRSM Tun Ghafar Baba 0.91, MRSM Taiping 0.97, MRSM Langkawi 1.33, MRSM Kuala Kubu Bharu 1.68, MRSM Kubang Pasu 1.73 dan MRSM Kuala Berang 1.73. Pencapaian ini membuktikan sistem pendidikan MRSM mampu melahirkan pelajar

cemerlang dalam akademik melalui kecemerlangan dalam peperiksaan SPM.

Namun fokus MARA dan MRSM bukan sekadar pencapaian akade-mik semata-mata tetapi lebih ke-pada melahirkan modal insan yang holistik dan menghayati nilai-nilai murni serta mempunyai kekuatan peribadi yang unggul sekaligus me-nyokong transformasi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan pada masa kini.

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 2010

1,249 pelajar peroleh semua APembelaja ran secara ‘smart’ mendorong-nya menca-pai kejayaan s e h i n g g a memperolehi 9A+ dalam peperiksaan Sijil Pelaja-ran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Mohd Fahrul radzi Bukhari, 17, antara pelajar terbaik MRSM Peng-kalan Chepa berkata, amalan pem-belajaran secara`smart’ membole-hkannya berfikir secara matang, mengetahui mana mata pelajaran yang kurang mantap dan mampu menilai prestasi pelajaran sendiri.

“Inilah rahsia kejayaan saya pada SPM kali ini dan selepas itu semua nya perlu meminta pertolongan daripada Allah.

“Saya menjangka hanya mem-perolehi 9A sahaja dalam keputu-san peperiksaan tetapi saya terkejut apabila pengumuman hari ini saya mendapat 9A+,’’ katanya ketika di-hubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, aktif dalam ko kurrikulum juga tidak mengha-langnya untuk berjaya dalam SPM kerana ia sebenarnya telah memangkinkan diri supaya be-lajar lebih bersungguh-sungguh, yang pernah menjadi Johan Debat Kepenggunaan Peringkat Negeri Kelantan tahun lalu.

Fahrulradzi juga berkata, ayah dan ibu juga memainkan peranan penting atas kejayaan ini kerana mereka selalu memberi dorongan dan bimbingan.

“Ibu bapa banyak mendorong termasuk menilai sendiri prestasi pembelajaran saya,’’ kata beliau.

Menurutnya, cita-cita pada masa depannya adalah untuk menjadi se-orang ahli ekonomi kerana tertarik dengan cara dan pendekatan yang dilalui oleh bapanya.

guru-guru ber pe nga laman mencemerlang kan pelajar

“G u r u - g u r u yang ber pe-n g a l a m a n dan begitu m e n g a m b i l berat soal p e n d i d i k a n menjadikan saya begitu bersemangat untuk bela-jar sehingga m e n c a p a i kejayaan se-hingga muncul sebagai pelajar ter-baik MRSM se-Malaysia.

“Kebanyakan guru-guru di MRSM Pengkalan Chepa bukan setakat mendidik malah menjadikan pela-jar-pelajarnya benar-benar faham se-tiap subjek yang dipelajarinya,’’ kata Munirah Izzah Mohamad, 18 tahun dari MRSM Pengkalan Chepa yang mendapat 9A+ dalam peperikasaan SPM yang diumumkan hari ini.

Di samping itu, dorongan ibunya Salmi Yaacob turut menjadi inspirasi untuk beliau belajar lebih bersung-guh-sungguh.

“Saya berasa amat takut jika saya tidak dapat menunaikan amanah yang diberikan oleh guru-guru dan ibu bapa saya kerana kesemua men-jadi pemangkin untuk saya berjaya dengan cemerlang lagi,’’ katanya ke-tika dihubungi di sini hari ini.

Munirah Izzah mendapat keputu-san A+ dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matema-tik Tambahan, Agama Islam, Sejarah, Fizik, Biologi dan Kimia.

“Saya tidak menjangka dapat kepu-tusan keseluruhan A+ walaupun saya hanya mendapat 9A dalam peperik-saan percubaan sebelum ini,’’ katan-ya.

Munirah Izzah mendapat 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebelum ini.

Katanya, antara faktor lain yang mendorong kejayaannya ialah sikap tidak ‘berkira’ dalam mengulangkaji pelajaran.

“Apabila ada masa yang sesuai dan terluang kita perlu mengulangkaji pelajaran membolehkannya benar-benar faham apa yang diajar oleh guru-guru.

“Kalau kita tidak faham kita tidak boleh malu bertanya kerana ia boleh mencetuskan suasana yang menya-kinkan terhadap apa sahaja yang dipelajari dan menjadikan suasana semasa belajaran begitu menyero-nokkan,’’ katanya.

pembelajaran smart dorong fahrulradzi dapat 9A+

SEMANGAT membudayakan ke-cemerlangan pendidikan menjadi faktor utama menjadikan MRSM Pengkalan Chepa, MRSM terbaik seluruh Malaysia dalam keputusan SPM tahun ini.

Pengetua MRSM Pengkalan Che-pa, Kelantan, Mahzan Atan berkata, pencapaian ini diperoleh hasil ker-jasama semua pihak iaitu antara guru-guru, staf sokongan dan juga para ibu bapa.

“Saya lihat sistem membudaya-kan kecemerlangan pembelajaran ini berjalan dengan baik dan kes-emua pihak iaitu pihak guru, staf sokongan dan ibu bapa memberi kerjasama yang begitu memberang-sangkan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

MRSM Pengkalan Chepa terle-tak di pinggir bandar Kota Bharu Kelantan dan menjadi MRSM Bitara dan sudah ramai melahirkan cendi-akawan-cendiakawan.

Maktab ini sudah dua kali ber-turut-turut menerima Anugerah Kualiti MRSM terbaik yang menjadi rebutan seluruh MRSM se-Malaysia.

MRSM ini juga telah terpilih un-tuk mewakili negeri Kelantan da-lam Pertandingan Landskap di pe-

ringkat Kebangsaan pada tahun ini.Dari Program Khas Pendidikan,

kini sudah bertukar menjadi Pro-gram BITARA. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan kelengka-pan terkini serta canggih untuk di-gunakan oleh semua pelajar MRSM BITARA Pengkalan Chepa.

Maktab ini juga telah mencapai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang cemerlang selama tiga tahun

berturut-turut iaitu semua pela-jarnya seratus peratus Gred Satu.

Mahzan berkata, apa sahaja perkara yang hendak dilakukan mesti jelas dan semua pihak perlu tahu peranan masing-masing ter-masuk juga para ibu bapa.

“Saya bersyukur kerana men-dapat pencapaian terbaik ini kerana sebelum ini MRSM Pengkalan Chepa pernah mendapat tempat kedua dan ketiga terbaik,’’ kata nya.

Beliau berkata, selain daripada itu, mereka juga diterapkan pelak-sanaan pendekatan ‘DUIT’ iaitu doa, usaha, istiqamah dan tawakal spaya amalan murni se perti sentia-sa berdoa dan tidak meninggalkan solat.

Beliau berkata, di samping itu, mereka juga mesti berusaha den-gan menanamkan sikap rajin bukan sahaja dikalangan guru malah juga dikalangan murid-murid.

“Dari situ wujudnya kecemer-langan dan saling bekerjsama dan semua ini perlu dilakukan secara berterusan,’’ katanya.

Menurutnya, setelah semuanya dijalankan mengikut perancangan mereka perlu bertawakal kepada Allah dan redha atas apa juga ke-hendaknya.

BERGERAK dalam satu pasukan membolehkan MRSM Tun Ghafar Baba memperolehi tempat kedua terbaik peringkat MRSM dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelaja-ran Malaysia (SPM) yang diumum-kan semalam.

Pengetuanya, Dr. Mariam Md. Salleh berkata, melalui cara ini se-mua pihak tidak ketinggalan supaya kecemerlangan ini dapat dirasai se-cara bersama.

“Pada tahun ini seramai 450 pela-jar mengambil peperiksaan SPM dan walaupun jumlah pelajar itu agak besar, kami berjaya memastikan kesemua mereka berjaya,’’ katanya

ketika dihubungi di sini hari ini.Beliau berkata, pelbagai program

pembelajaran diatur seperti mewu-judkan klinik belajar, intervensi dan beberapa program lain.

“Sistem CGPA yang diwujudkan sebelum ini telah membuatkan para pelajar sentiasa kompetitif sejak dari awal lagi kita akan tahu dimana pencapaian mereka,’’ katanya.

Program Khas Pendidikan (PKP) yang dirangka bermatlamatkan untuk melahirkan pelajar pelajar yang berpencapaian tinggi di dalam akademik dan penuh kreativiti ser-ta memiliki sikap komited terhadap tugas masing masing.

Program ini juga dibentuk bagi mengetengahkan pelajar sebagai individu yang berkebolehan berke-mampuan dan berbakat di dalam perbagai bidang secara optimum tanpa mengabaikan aspek spiritual,

Program Khas Pendidikan dise-diakan bagi memenuhi keperluan falsafah pendidikan negara yang mencari keseimbangan diantara Jas-mani, Rohani,Emosi dan Intelek.

Misi MRSM Tun Ghafar Baba ialah meningkat dan menambah bilangan pelajar yang cergas dan cemerlang pencapaian akademik khususnya dalam bidang sains dan matematik serta bersahsiah tinggi dan cend-

erung ke arah keusahawanan.Dr. Mariam berkata, apa yang me-

narik lagi, semua silibus matapela-jaran perlu dihabiskan selewat-lewatnya pada bulan Jun supaya setiap pelajar bersedia menghadapi peperiksaan.

Katanya, di samping itu, pihak pengurusan juga mewujudkan sistem padatan dan pecutan supaya pencapaian mereka dapat dianalisa.

“Kita juga membuat program pengantarabangsaan seperti setiap pelajar perlu membentangkan tesis mereka di peringkat antarabangsa supaya mereka lebih cemerlang lagi,’’ katanya.

Pencapaian ini membuktikan sistem pendidi- kan MRSM mampu melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik melalui kecemerlangan dalam SPM.

bergerak dalam satu pasukan kejayaan mrsm Tun Ghafar baba

MAhzAn AtAn

LIMA pelajar terbaik MRSM pengkalan Chepa yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SpM 2010.

peLAjAR-pelajar MRSM pengkalan Chepa begitu ceria ketika mengambil keputusan peperiksaan SpM yang diumumkan semalam.

DR. MARIAM MD. SALLeh

IBRAhIM AhMAD