36
Kerajaan Turki Uthmaniyah. Latar Belakang: Terbentuk daripada kerajaan kecil semasa wujud kelemahan dalam kerajaan Abbasiyah. Pembentukan Kerajaan. 1. Daripada Uthman bin Erturgul bin Sulaiman Shah  –  suku Qayi  –  Amir Saljuk bagi kawasan barat Anatolia.  2. Bersempada dengan Byzantine@Rom Timur. 3. 1301 berjaya mengalahkan Byzantine menyebabkan ghazi@pahlawan  bersatu dibawah Uthman.  4. Meninggal dunia 1326 gantinya Orhan 1.  5. 1336-1354 Orhan 1 menguasai Marwara dan Pantai Aegean, Ankara, Galliph. Murad 1 dan Bayezid 1 kuasai Balkan Selatan, Utara Bulgaria, Philippopolis, Sofia, Salonia, Kosovo, Utara Albania dan Wallachia. 6. Mehmed 11 menawan Istanbul ( Constantinople) ibu negeri Roma Timur.  7. Pengukuhan empayar bermula dengan penaklukan Istanbul. 1453  –  1566 sehingga kematian Suleiman 1.  Faktor Kemerosotan Uthmaniyah. 1. Pemimpin yang lemah 2. Keruntuhan sistem pungutan cukai  3. Pertambahan penduduk sangat pesat dan sukar dikawal. Sumbangan Kerajaan Uthmaniyah. 1. Empayar Islam yang mewujudkan kesatuan bagi umat Islam selama 600 tahun. Menjadikan Istanbul pusat pentadbiran dunia Islam. Sultan Selim 1 digelar Pelindung Dua Bandar Suci.  2. Sistem Perundangan.- Dikenali sebagai Kanun Suleiman.  a. Suleiman 1 mempertahankan dan membela nyawa, harta,kehormatan setiap individu. Perkenalkan Kanun Suleiman 3. Sistem organisasi dan pentadbiran perundangan Islam. a.  Jawatan kadi, mufti, Sheikhul Islam - Ketua Ulama keluarkan fatwa. Fatwa sebagai sumbangan utama kepada agama dan sains undang- undang. 4. Sektor ekonomi  –  jalinan perdagangan Timur dan Barat / Dunia Islam dan Bukan. a. Meliputi Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi dan Mediterranean.   b. Membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam berpusat di Istanbul. 5. Di Balkan perkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu  –  wujud mobiliti sosial. Sebelum Islam . Sebelum Islam  –  sistem berasaskan keturunan dan susun lapis masyarakat.  

Kerajaan Turki Uthmaniyah

  • Upload
    nuna

  • View
    262

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

mmm

Citation preview

Kerajaan Turki Uthmaniyah.Latar Belakang:Terbentuk daripada kerajaan kecil semasawujud kelemahan dalam kerajaan Abbasiyah.Pembentukan Kerajaan.1.Daripada Uthman bin Erturgul bin Sulaiman Shah suku Qayi Amir Saljuk bagi kawasan barat Anatolia.2.Bersempada dengan Byzantine@Rom Timur.3.1301 berjaya mengalahkan Byzantine menyebabkan ghazi@pahlawan bersatu dibawah Uthman.4.Meninggal dunia 1326 gantinya Orhan 1.5.1336-1354 Orhan 1 menguasaiMarwara dan Pantai Aegean, Ankara, Galliph. Murad 1 dan Bayezid 1 kuasai Balkan Selatan, Utara Bulgaria, Philippopolis, Sofia, Salonia, Kosovo, Utara Albania dan Wallachia.6.Mehmed 11 menawan Istanbul ( Constantinople) ibu negeri Roma Timur.7.Pengukuhan empayar bermula dengan penaklukan Istanbul. 1453 1566 sehingga kematian Suleiman 1.Faktor Kemerosotan Uthmaniyah.1.Pemimpin yang lemah2.Keruntuhan sistem pungutan cukai3.Pertambahan penduduk sangat pesat dan sukar dikawal.Sumbangan Kerajaan Uthmaniyah.1.Empayar Islam yang mewujudkan kesatuan bagi umat Islam selama 600 tahun. Menjadikan Istanbul pusat pentadbiran dunia Islam. Sultan Selim 1 digelar Pelindung Dua Bandar Suci.2.Sistem Perundangan.- Dikenali sebagai Kanun Suleiman.a.Suleiman 1 mempertahankan dan membela nyawa, harta,kehormatan setiap individu. Perkenalkan Kanun Suleiman3.Sistem organisasi dan pentadbiran perundangan Islam.a.Jawatan kadi, mufti, Sheikhul Islam - Ketua Ulama keluarkan fatwa. Fatwa sebagai sumbangan utama kepada agama dan sains undang-undang.4.Sektor ekonomi jalinan perdagangan Timur dan Barat / Dunia Islam dan Bukan.a.Meliputi Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi dan Mediterranean.b.Membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam berpusat di Istanbul.5.Di Balkan perkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu wujud mobiliti sosial. Sebelum Islam . Sebelum Islam sistem berasaskan keturunan dan susun lapis masyarakat.6.Perkembangan Ilmu pengetahuan,pendidikan,budaya, penerbitan, penterjemahan.a.Pendidikan Sistem madrasah ,sekolah pengetahuan akedemik, sekolahsastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan.b.Penulisan ensiklopedia sains Islam Penulis:i.Mehmed al-Fanariii.Mofla Luftiiii.Katib Clebic.Kepentingan perpustakaan wujud di masjid, hospital dan rumah.7.Seni Bina Minar Sinan 1490 1588 menghasilkan Masjid Sultan Ahmad ( Masjid Biru).Faktor Penyebaran Islam Ke Eropah1.Semangat Ketenteraan Ghazi.a.Tidak gentar untuk berjuang bagi penyebaran agama.2.Penaklukan kawasan Sicily, Selatan Sepanyol, - Zaman Umaiyah. Zaman Uthmaniyah takluk Constantinople ( Kejatuhan Kerajaan Byzantine) sebarkan ke kawasan Balkan dan Eropah Timur.3.Pegangan Aqidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi.4.Sistem ketenteraan tersusun serta penggunaan peralatan modena. meriam besarb.tentera berkuda / infantric.kumpulan janisari elit dan terlatih 5400 orang.d.Tentera laut 300 buah kapal kawal laut Mediteranean.5.Keadaan politik Eropah yang tidak stabil.a.Pertelingkahan dan peperangan, kerajaan kecil bantu kerajaan Islamb.Tentera Islamke Eropah atas jemputan Maharaja John VI Cantacuzens.untuk dapatkan bantuan Uthmaniah ( Orhan ) bagi dapatkan Kerajaan Byzantine.6.Kelemahan dan Kejatuhan Kerajaan Byzantine.7.Kejatuhan institusi gereja, pergaduhan pemimpin dan kekurangan wang.8.Aspek politik dan keagamaan.a.Dasar diplomasi, tiada paksaanuntuk pelukIslam.b.Penganut Kristian bebas amal agama , urus sendri gereja, Islam tidak campur tangan.9.Tertarik dengan dasar sosial Islam.a.Berasaskan kecemerlangan individu, bukannya keturunan.b.Membina sekolah, rumah sakit, dan kawasan perdagangan.10.Penghijrahan orang Turki ke Balkan dan usaha dakwah.a.Terutama ke Thrace, Lembah Maritsa, Utara Bulgaria, Albania pd abad 14 dan 15Mb.Bina petempatan yang didiami mubaligh dan ahli sufi menekankan tolenransi dan assimilasi, Kesannya:i.Islam tersebar ke Utara Albania, Montenegero, dan Selatan / Barat Macedonia serta Crete.Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun LainCara pertembungan:1.Perdagangan dan perniagaana.Zaman Nabi pertembungan dengan Syamb.Penguasaan Islam di Teluk Parsi,Laut Merah dan Timur Mediteranean pertembungan dengan Tamadun Rom dan Yunanic.Orang Islam menetap dan berdagang di Canton Cina .2.Hubungan diplomatika.Penghantaran kumpulan peneroka ke Gibraltar, Selatan Sepanyol.b.Bertemu dengan orang bukan Islam di Cardova, Valencia, dan Rhonda dan berjaya buat hubungan diplomatik. Boleh memahami cara hidup, pandangan politik,keagamaan, ekonomi dan pentadbiran.3.Penaklukan dan ketenteraana.Kerajaan-kerajaan Islam membentuk ekpedisi ketenteraan.Menguasai Iraq dan Iran. Bertembung dengan Tamadun Parsi.b.Penaklukan Mesir dan Afrika Utara bertembung dengan Tamadun Eropah.4.Kebudayaana.Kemasukan Islam ke Sepanyol wujud kebudayaan baru. Bahasa Arab menjadi bahasa utama.berpusat di Cardova.b.Lahir golongan Mozarab orang Kristian yang ambik kebudayaan Islam dan Berbahasa Arab.5.Intelektuala.Berlaku antara ahli fikir Islam dan bukan Islam.b.Ilmuan islam berjaya mendalami ilmu dan keilmuan Eropah.Kesan Pertembungan1.Dapat dilihat melalui sumbangan tamadun Islam kepada peradaban dunia.a.Keagamaan sendiri.- satu nilai akidah percaya kepada Allah swt. Sediakan sistem perundangan berdasarkan Quran dan Hadis. Berasakan syariah dan akidah mudah diterima kerana sarwajagatnya. Islam tidak menghapuskan amalan, cara hidup dan adat setempat.2.Perluasan kawasan penyebaran Islama.Melahirkan bentuk kerajaan dan masyarakat spti.Kerajaan Delhi Mughalii.Cina wujud masyarakat islamiii.Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniah wujud kerajaan pusat yang kuat.b.Memboleh orang Islam menguasai ekonomi. Dengan ememastikan keselamatan laluan perdagangan. Dibuat dengan carai.Uthmaniah mempunyai Armada laut yang kuat .Menguasai Laut Merah, Mediteranean dan Teluk Parsi.c.Pedagang Islam berjaya berdagang hingga ke India,Ceylon, Kepulauan Melayu, Cina, Sepanyol, Selatan Perancis, Armenia, dan selatan gurun Sahara.d.Menguasai Istanbul pusat pertembungan dunia timur dan barat.3.Mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi sosiala.Mempengaruhi penyelarasan undang-undang yang saksama cth di Balkan Zaman Uthmaniyah.b.Kebudayaandan Intelektuali.Perkembangan pendidikan agama dan bukan agama spt Matematik,Sains dan Teknologi. Zaman Abasiyah pelajar diwajbkan belajar - Ilmu Mantik ( Logik ), Geografi, Sejarah, Sains Fizikal dan Biologi.ii.Tatatertib berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang dan berpolitik. Zaman Uthmaniyah , Sepanyol orang bukan Islam mengamalkan cara hidup Islam.1.Betutur dalam bahasa Arab, berpakaian Islam, tatasusila kehidupan. dilakukan sehingga zaman Renaissance2.Peranan penting dimainkan oleh golongan Mudejar orang Islam setempat yang menetap di kawasan majoriti Kristian.4.Pertukaran pendapat antara cendikiawan.a.Peringkat awal cendikiawan Islam mengumpul maklumat dan teks penulisan.b.Diterjemahkandaripada penulis Greek spt Aritotle, Plato, Galen dan Hipocrates.c.Proses penterjemahan wujudkan perpustakaan Baituhikmah, Zaman Abbasiyahd.Wujudkan budaya keilmuandan intelektual yang tinggi.e.Ahli fikir Islam yang terawal menjalankan penyelidikanialah:-i.Abu al-Aswad al- Duali 7Mii.Hunayn bin Ishaq 873M terjemah karya Greekiii.Al-Fazari terjemahan hasil karya Tamadun India.5.Perkembangan penterjemahan dan intelektual.a.Zaman kemuncak antara 8M- 1258M , mula runtuh Kerajaan Abbasiyah.b.Lahirkan cendikiawan Islam spt:-i.Zakaria al-Razi ( 865 -925M) Perubatan Kepentingan klinikal, Hasilkan 20 karya spt Al-Hawi( Ensiklopedia perubatan) Terjemahkan hasil Galen-ahli perubatan Greekii.Al-Zahrawi ( 936-1013M) Kajian Perubatan dan Farmasiiii.Al-Khawarizmi Matematik dan Astronomi.iv.Al-Battani Matematik dan Astronomiv.Abu Ishaq - Matematik dan Astronomivi.Al-Biruqi Matematik dan Astronomivii.Al-Bitruni - Matematik dan Astronomiviii.Al-Farabi Pemikiran politik dan Undang-undangix.Al-Miskawayh Pemikiran politik dan Undang-undangx.Al-Mawardi - Pemikiran politik dan Undang-undangxi.Ibn-Sina Ilmu Mantik dan falsafahxii.AL-Kindi Ilmu Mantik dan falsafahxiii.Fakhr al-Din Ilmu Mantik dan falsafahxiv.Al-Razi Ilmu Mantik dan falsafahxv.Ibn al-Arabi Ilmu Mantik dan falsafahxvi.Ibn Rushd Ilmu Mantik dan falsafahxvii.Imam Ghazali - Ilmu Mantik dan falsafah

PENGENALANApabila kita bercerita tentang empayar Turki Uthmaniyyah, pastinya minda kita akan teringat dengan detik-detik kegemilangan empayar tersebut yang dikatakan penyambung kegemilangan Islam selepas tumbangnya institusi Khulafa Ar-Rasyidin. Empayar Turki Uthmaniyyah telah diasaskan pada tahun 1299 dan dirombak pada tahun 1924 yang membawa kepada kelahiran Turki moden berorientasikan sekularisme.Jika kita selusuri rentetan perjalanan empayar tersebut, era kegemilangannya telah dicetuskan oleh Sultan Muhammad II Al-Fateh yang telah menawan Kota Constatinople pada tahun 1453. Kejayaannya menawan kota suci dan markas utama golongan Kristian Ortodoks ini telah menjadi pemacu kepada keagungan empayar Turki Uthmaniyyah. Momentum ini diteruskan seterusnya oleh cucunya iaitu Sultan Salim 1 yang telah mencatatkan rekod dalam sejarah empayar Turki Uthmaniyyah sebagai khalifah pertama di samping menjadi pelindung Kota Mekah dan Madinah. Hal ini berikutan kejayaannya menakluki kerajaan Mamluk di Mesir yang ketika itu mempunyai keturunan khalifah-khalifah Bani Abbas setelah kejatuhan Baghdad, iaitu Khalifah Muttawakkil.Kedua-dua tokoh inilah telah memartabatkan keagungan empayar Turki Uthmaniyyah melalui sumbangan mereka terutamanya dalam bidang ketenteraan dan perluasan empayar. Dengan karisma yang tersendiri di samping ketokohan dalam memainkan peranan sebagai negarawan, kedua-dua tokoh ini turut mempunyai kredibiliti sendiri menjalankan pentadbiran dan berjaya menjalankan sistem ekonomi dan sosial secara mapan berteraskan kepada ajaran Islam. Tidak hairanlah kedua-duanya diiktiraf sebagai Penakluk, Pembuka, Khalifah dan Pelindung kerana sudah terang lagi bersuluh kejayaan mereka adalah berorientasikan perluasan empayar dan pengurusan pentadbiran negara yang cekap meliputi ekonomi dan sosial.LATAR BELAKANGUmum mengetahui bahawa keagungan setiap tokoh seperti di dalam kegemilangan empayar Turki Uthmaniyyah iaitu Sultan Muhammad II Al-Fateh dan Sultan Salim 1 yang kemudiannya digelar sebagai Khalifah semestinya telah melalui pelbagai peristiwa dan pengalaman yang telah membentuk keperibadian mereka. Ketokohan dan keistimewaan kedua-duanya akan dikupas secara terperinci bagi membuktikan keagungan mereka sebagai pemerintah empayar Turki Uthmaniyyah.SULTAN MUHAMMAD II AL- FATEH Muhammad Al-Fateh merupakan seorang tokoh Islam terkemuka zaman Uthmaniyyah yang banyak menyumbang kepada usaha mendaulatkan Islam. Baginda diberi gelaran Al-Fateh kerana kejayaan baginda menakluki kawasan-kawasan baru di Eropah Timur dan sebahagian besar Asia terutamanya Kota Constantinople. Baginda merupakan seorang sultan yang sangat berkarisma dan berwawasan tinggi. Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 di Edirne dan semasa kelahirannya, ayahanda baginda iaitu Sultan Murad II sedang membaca Al-Quran pada surah Al-Fath ayat satu. Surah Al-Fath ayat satu membawa maksud sesungguhnya kami telah memberikan padamu kemenangan yang nyata. Hal ini merupakan sebuah karamah yang diberikan Allah S.W.T kepada baginda dan peristiwa ini memberi petanda bahawa baginda merupakan adalah pemimpin yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam sebagaimana yang disebutkan dalam hadis nabi. Kekuatan diri Sultan Mehmed Al-Fateh terletak pada kekuatan peribadi baginda. Baginda mempunyai personaliti yang mantap dan memiliki karisma pemimpin yang unggul. Keperibadian baginda yang mulia terserlah melalui didikan teguh dan berterusan sejak dari usia yang masih muda. Baginda telah dididik dengan baik oleh murabbinya dan ayah baginda iaitu Sultan Murad II telah melantik ulama-ulama terbaik ketika itu untuk mendidik Sultan Muhammad II Al-Fateh dalam usaha membentuk baginda menjadi insan yang berkeperibadian unggul dan mulia. Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani merupakan antara ulama yang terulung yang dilantik oleh Sultan Murad II untuk mendidik baginda. Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani ini menjadi murabbi baginda dan sebagai guru Asy- Syeikh Muhammad banyak memberi penekanan terhadap pembinaan spiritual, mental dan fizikal Sultan Muhammad Al- Fateh sehingga menjadi individu yang sangat baik. Sultan Muhammad Al-Fateh bersikap dingin dan sinis terhadap guru-guru baginda sebelum Asy-Syeikh Muhammad, namun kebenaran yang diberikan oleh Sultan Murad II kepada beliau untuk memukul Sultan Muhammad Al-Fateh telah menimbulkan kesedaran di dalam diri Sultan Muhammad Al-Fateh untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. . Selepas itu, kerana didikan yang diberikan oleh Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani membolehkan baginda menghafal Al-Quran dalam masa yang singkat Pada usia 19 tahun Sultan Muhammad Al-Fateh telah menaik takhta menggantikan ayahnya. Sebaik sahaja menaik takhta baginda memulakan persiapan untuk menjalankan usaha penaklukan khususnya penaklukan ke atas Kota Constantinople. Keperibadian baginda juga terserlah melalui usahanya untuk mendidik tentera dan rakyatnya agar menjadi orang-orang yang bertaqwa. Seluruh tentera dan rakyatnya dididik agar sanggup bangun malam dan merintih munajat pada Allah S.W.T. Sebaliknya di siang hari mereka ibarat singa-singa yang berjuang di jalan Allah. Di samping memiliki keperibadian yang tinggi baginda juga pakar dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa iaitu bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin ketika berumur 21 tahun. Kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh Sultan Muhmmad Al-Fateh menjadikannya sebagai seorang pemimpin yang cukup berkaliber sehinggakan digelar sebagai pemimpin agung oleh sarjana Barat dan adalah tidak menghairankan jika baginda dianggap sebagai tunggak kemajuan Empayar Turki Uthmaniyyah. SULTAN SALIM 1Dengan berakhirnya era pemerintahan yang serba lembut hati oleh Sultan Bayazid II, telah bermulalah satu zaman kebangkitan semula di mana pemerintahan Turki Utmaniyyah mula menunjukkan belangnya kepada seantero dunia terutama kepada kerajaan-kerajaan di Asia Tengah. Pemulanya ialah Sultan Salim 1 yang merupakan pemerintah ke-9 dalam sejarah pemerintahan empayar Turki Uthmaniyyah. Selepas kematian ayahnya, Sultan Salim 1 mulai menjalankan proses pemerintahan antara tahun 918-926 H ( 1512-1520M ). Tarikh ini sebenarnya menyamai tarikh penubuhan Daulah al-Safawiyyah di Iran dan tarikh ini juga merupakan penanda kepada bermulanya pertarungan panjang melibatkan kedua-dua buah negara. Salim 1 dikenali ataupun popular sebagai The Grim atau Yavuz kerana ketegasan baginda dalam menjalankan tugas sebagai pemerintah dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah. Baginda merupakan anak kepada Sultan Bayezid II dan telah dilahirkan pada tahun 1460 di Amasya. Baginda telah menaiki takhta pada tahun 1512 dan menjadi Sultan selama 8 tahun.Pada permulaan baginda menaiki takhta, baginda telah menghadapi konflik dalaman dan luaran yang menentang kekuasaannya. Konflik dalaman yang tercetus ialah apabila baginda mendapat tentangan daripada saudaranya sendiri iaitu Ahmed dan Korkhand. Pada masa yang sama, Ahmed telah menduduki kawasan yang dikenali sebagai Brusa dan Salim 1 telah mengambil inisiatif untuk menentang Ahmed di Brusa. Akhirnya beliau memenangi peperangan tersebut dan Brusa berada di dalam genggamannya. Perang saudara seperti ini sudah menjadi perkara rutin dalam pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Ahmed telah melarikan dirinya untuk membina semula asas kekuatannya bagi menentang Salim 1. Salim 1 seorang yang agak luar biasa sifatnya kerana boleh mengetahui dan mengesyaki sesuatu yang agak pelik berkenaan dengan para pegawai pentadbirannya. Beliau mendapati terdapat sebilangan daripada pegawainya yang telah melakukan pengkhianatan terhadapnya. Disebabkan memiliki ketegasan tinggi dalam menjalankan pemerintahan di samping menerima jolokan sebagai The Grim yang bererti ketegasan, berdarah perang, ganas dan keberanian yang nyata beliau telah mengenakan hukuman mati ke atas mereka yang terlibat dalam konspirasi tersebut. Beliau juga pernah dikatakan akan membunuh sesiapa sahaja asalkan ada perasaan curiga terhadap individu tersebut. Dengan sifat yang luar biasa ini, nescaya para pembesar dan rakyatnya akan takut untuk memberontak dan inilah sebenarnya menjamin keamanan dan kesejahteraan empayar Turki Uthmaniyyah. Selain itu, Salim 1 merupakan perintis kepada penggunaan gelaran sultan Turki Uthmaniyyah yang pertama menggunakan gelaran Khalifah. Sultan Salim 1 telah menyatakan bahawa beliau berasakan sebagai sebuah kerajaan Islam yang berstatus empayar, tidak lengkap sekiranya tidak menjadi pelindung kepada kedua-dua buah kota suci umat Islam iaitu Kota Mekah dan Madinah. Akhirnya gelaran ini dianugerahkan kepada baginda setelah baginda menakluki kerajaan Mamluk yang mempunyai kuasa dan simbol kepada pemegang amanah ke atas kedua-dua kota suci tersebut. Di Mesir terdapat keturunan khalifah-khalifah yang sebelumnya yang telah menetap di sana setelah berakhirnya kegemilangan kerajaan Khalifah Bani Abbasiyyah. Khalifah yang terakhir iaitu Al-Mutawakkil Alallah dikatakan memiliki beberapa alat kebesaran khalifah iaitu bendera Nabi, burdah Nabi serta pedang yang digunakan oleh Nabi semasa menyertai peperangan. Kejayaan baginda ini dalam meluaskan empayar seterusnya menjadi pelindung kepada kedua-dua kota suci tersebut merupakan kejayaan besar dalam empayar Turki Uthmaniyyah dan perintis Khalifah kepada sesebuah kerajaan di mana sultan-sultan seterusnya selepas baginda juga mendukung dan membawa gelaran khalifah atas kejayaan baginda ini.Sesungguhnya kejayaan baginda bukanlah hanya dalam meluaskan empayar sahaja tetapi dalam merencanakan prinsip atau ketegasan kerajaan Turki Uthmaniyyah terhadap tanggungjawab dalam mengamalkan ajaran agama Islam yang benar iaitu berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Sultan Salim 1 merupakan pejuang Islam yang menggunakan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas kepada pemerintahan baginda dan inilah yang menyebabkan baginda berperang dengan Shah Ismail di Iran yang bermazhab Syiah dan kerajaan Mamluk di Mesir. Kita sedia maklum bahawa Nabi Muhammad S.A.W pernah menyampaikan pesanan terakhir baginda di dalan Haji Wida terakhir di Mekah sebelum kewafatannya. Baginda telah menegaskan bahawa sekiranya umat Islam tetap berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah, maka mereka tidak akan sesat selamanya. Oleh sebab Sultan Salim 1 seorang pengamal Islam yang mengamalkan prinsip tersebut, baginda tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang bertindak di luar batasan agama serta tidak mengamalkan Islam seperti mana seruan Nabi Muhammad S.A.W dan seterusnya berkonspirasi dengan pihak yang beragama lain bagi mengancam keselamatan empayar baginda dan ini telah ditunjukkan dengan penyerangan ke atas Kerajaan Mamluk yang memberi bantuan kepada Shah Ismail.

KETOKOHAN SERTA PERANAN MUHAMMAD AL-FATEH DAN SALIM 1 DALAM MEMPERTAHANKAN KEGEMILANGAN TURKI UTHMANIYYAH.Dalam menjana kemajuan dan kepesatan empayar Turki Uthmaniyyah, keperibadian atau ketokohan seseorang pemimpin menjadi pemacu dan penggerak kepada pembangunan serta kegemilangan empayar tersebut. Muhammad Al-Fateh dan Salim 1 ternyata tidak dapat lagi disangkal kerana masing-masing mempunyai ketokohan yang tersendiri dan disebabkan kecemerlangan mereka inilah menjadikan empayar Turki gah di mata dunia.KETENTERAAN DAN PENAKLUKANJika kita mengimbau ke zaman semasa pemerintahan Turki Uthmaniyyah di bawah Muhammad Al-Fateh dan Salim 1, masing-masing kita dapati mempunyai gaya atau stail tersendiri dalam menjalankan kegiatan ketenteraan dan penaklukan. Namun mereka mempunyai kesamaan dari konteks mempertahankan kota suci. Muhammad Al-Fateh yang kita kenali sebagai pembuka dan penakluk telah menunjukkan ketokohannya dalam corak ketenteraan dengan menawan dan membuka lembaran baru dalam sejarah setelah menakluki kota Constantinople yang merupakan pusat utama golongan Kristian Ortodoks. Setelah penaklukan ke atas kota tersebut, beliau telah menukarnya kepada Istanbul dan menjadikan kota suci tersebut sebagai pusat umat Islam. Muhammad Al-Fateh telah banyak melakukan transformasi dalam struktur ketenteraan Turki Uthmaniyyah dan inilah faktor utama yang menjadikan empayar tersebut berjaya menawan kota suci Constatinople.Muhammad Al-Fateh telah memperkenalkan penggunaan meriam bersaiz gergasi yang mampu melontarkan peluru seberat 1400 paun. Baginda juga merupakan seorang yang bijak dalam mencanai taktik peperangan sehingga berupaya menakluki kota Constantinople yang merupakan pusat Kristian Ortodoks ketika itu. Selain itu, Muhammad Al-Fateh telah menyelamatkan seorang jurutera berketurunan yunani iaitu Urban dari tahanan Constantinople untuk merealisasikan binaan arltileri yang tiada tolok bandingnya pada ketika itu. Meriam gergasi tersebut diberi nama Meriam Urban sempena nama jurutera yang mengilhamkannya. Teknologi ini seterusnya digunakannya dalam meneruskan proses perluasan kuasa ke wilayah-wilayah lain. Kejayaan inilah merupakan perintis kepada kejayaan Salim 1 kerana pembaharuan yang dilakukan dalam bidang ketenteraan oleh baginda telah menyumbang kepada kekuatan, keamanan dan kestabilan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Salim 1 pula tidak kurang hebatnya dalam ketenteraan. Baginda yang digelar Yavuz kerana sikapnya yang tegas dan ini menyumbang kepada perluasan empayar Turki Uthmaniyyah. Lebih-lebih lagi baginda telah berjaya menjadi pelindung kepada kota suci umat Islam iaitu Kota Mekah dan Kota Madinah. Selain itu, keluasan empayar kerajaan Turki Uthmaniyyah juga bertambah luas dari 2.500.000 km kepada 6.500.000 km. Kedua-dua tokoh ini juga mempunyai persamaan dalam mencongak strategi dan taktik perang. Sebagai contoh, penelitian yang terperinci akan sebelum mengisytiharkan perang ke atas sesebuah kerajaan iaitu dengan mengadakan perjanjian damai dengan sebelah pihak sebelum berperang dengan pihak yang lain. Kita dapat menilai bahawa Muhammad Al-Fateh dan Salim 1 mempunyai alternatif dan inisiatif tersendiri dalam menghadapi peperangan yang besar. Hal ini dapat dibuktikan dengan Muhammad Al-Fateh telah membuat perjanjian damai dan memuaskan hati Prince-prince, Raja Maghyar, Bosnia dan Republik Venesia. Dalam perjanjian tersebut kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak serang-menyerang selama tiga tahun. Perjanjian damai tersebut membolehkan Muhammad Al-Fateh menumpukan perhatiannya ke atas usaha untuk menakluki Kota Constantinople. Begitu juga dengan Salim 1, baginda telah membuat perjanjian damai dengan Kerajaan Mamluk di Mesir. Baginda berbuat demikian kerana ingin memerangi kerajaan Shafawid yang diterajui oleh Shah Ismail terlebih dahulu. Setelah mengadakan perjanjian damai, kedua-dua Sultan ini akan bertindak untuk menyerang kerajaan yang menjadi sasarannya. Muhammad Al-Fateh menyerang Kota Constantinople manakala Salim 1 menyerang kerajaan Syafawid. Keberkesanan perjanjian damai ini dapat dilihat apabila kedua-dua Sultan ini berjaya dalam ekspedisi perang mereka. Berdasarkan kenyataan tersebut, kita dapat melihat bahawa kedua-dua tokoh ini mempunyai kebijaksanaan yang dikagumi ramai kerana mereka sanggup membuat perjanjian damai meskipun ramai para pembesar tidak menyetujuinya kerana faktor kemegahan. Namun Muhammad Al-Fateh dan Salim 1 berjaya mengembalikan nostalgia semasa zaman Nabi Muhammad ketika membentuk perjanjian damai dengan kafir Quraisy dalam perjanjian Hudaibiyah. Pada mulanya ramai sahabat baginda tidak menyetujuinya namun natijahnya umat Islam akhirnya berjaya. Peristiwa inilah menjadi ikutan kedua-dua tokoh ini dan percaya setiap tindakan Nabi ini ada hikmahnya. Lalu mereka menterjemahkan kejayaan tersebut ke dalam strategi mereka untuk menawan Constatinople dan Syafawid. Muhammad Al-Fateh berjaya menakluki Kota Constantinople dan Salim 1 berjaya mengalahkan kerajaan Syafawid dan pemerintahnya Shah Islmail dibunuh. Kejayaan Salim 1 ini belum lagi dapat menyamai kejayaan Muhammad Al-Fateh kerana beliau berjaya menakluki kota suci orang Kristian yang dikawal dengan baik oleh orang Kristian pada ketika itu di samping mendapat bantuan daripada Pope Vatican. Walaupun begitu, baginda akhirnya menyamai pencapaian datuknya iaitu Muhammad Al-Fateh apabila baginda berjaya menakluki kerajaan Mamluk di Mesir yang merupakan penaung kepada kota suci umat Islam dan akhirnya menjadi pelindung kepada kota suci umat Islam. Perkara ini merupakan persamaan yang ketara bagi kedua-dua tokoh ini kerana telah menakluki kota suci yang memberikan impak yang besar kepada kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kedua-dua tokoh ini juga mempunyai perbezaan dalam prinsip peperangan mereka. Sasaran Muhammad Al-Fateh lebih menjurus kepada Eropah iaitu Orang Kristian dengan menggunakan Semangat Ghazi yang berasaskan bangsa Turki manakala Salim 1 lebih menjurus kepada Mazhab Syiah dan menekankan tanggungjawab orang Islam terhadap dunia umat Islam yang berbahasa Arab. Perbezaan prinsip ini telah membawa kepada perbezaan sasaran kerajaan yang hendak diperangi oleh Muhammad Al-Fateh dan Salim 1. Muhammad Al-Fateh lebih menjurus kepada memerangi orang Kristian dan ini terbukti apabila baginda menakluki Kota Constantinople yang merupakan pusat Kristian Ortodoks ketika itu manakala Salim 1 lebih menjurus kepada kerajaan Syafawid yang berteraskan Mazhab Syiah. Mazhab Syiah ini merupakan ajaran yang berbeza dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah ketika itu kerana kerajaan Turki Uthmaniyyah mengamalkan ajaran Al-Quran dan As-sunnah.Umum mengetahui bahawa Muhammad Al-Fateh merupakan pemimpin yang telah dijanjikan kemenangannya. Hal ini dapat kita lihat sewaktu baginda dilahirkan, ayahnya Sultan Murad II sedang membaca Al-Quran dan tepat membaca Surah Al-Fath ayat pertama yang membawa maksud sesungguhnya kami memberikan kemenangan yang nyata kepada kamu. Muhammad al-Fateh digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Muhammad al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau telah mengampunkan penduduk Kristian Kota Constantinople. Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus menyatakan keislaman mereka. Manakala Salim 1 pula menghadapi perkara yang sama namun dalam keadaan yang berbeza iaitu sebelum baginda menghembuskan nafas terakhir baginda telah membaca Surah Yassin dengan sahabatnya iaitu Hasan Jan dan ketika baginda menghembuskan nafas yang terakhir baginda dan Hasan Jan sedang membaca surah Yassin ayat ke-58 yang membawa maksud aman. Hal ini menandakan baginda telah mangkat dalam keadaan aman. Persamaan ini menandakan kedua-dua sultan ini mempunyai keberkatan daripada Allah S.W.T. dalam menjalankan tugasnya sebagai sultan dan juga sebagai simbol bahawa mereka menjalankan tugas mengikut ajaran Allah S.W.T. yang sebenarnya sama ada dalam pentadbiran, ketenteraan ekonomi dan juga sosial. Salim 1 juga memiliki karismanya yang tersendiri dalam mengekalkan kemerdekaan empayar Turki Uthmaniyyah di mana beliau telah menggubal undang-undang yang digelar Qanun Nammah Mesir di Mesir bagi mengelakkan orang Yahudi menjalankan kegiatan penjajahan mereka ke atas orang Islam di Palestin. SOSIAL DAN EKONOMIMuhammad Al-Fateh dan Salim 1 merupakan pentadbir yang tidak mengetepikan bidang ekonomi dan melalui perluasan wilayah telah menjana ekonomi Turki Uthmaniyyah. Dengan penguasaan terhadap Constatinople, empayar Turki Uthmaniyyah berjaya menguasai jalinan perdagangan antara Timur dan Barat yang mana seluruh pedagang datang dari Timur seperti India, China, dan dari Barat iaitu Perancis, Britain, dan sebagainya. Selain itu, penguasaan terhadap Laut Merah, Laut Mediteranean dan juga Laut Hindi juga membuka peluang kepada kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam urusan perdagangan dan pengutipan cukai daripada perdagangan yang dijalankan di kawasan-kawasan tersebut dan pelaksanaan kutipan cukai ini dijalankan oleh leftenan-leftenan. Dalam aspek sosial pula, kedua-dua tokoh ini telah banyak membuat pembaharuan. Langkah pertama Muhammad Al-Fateh lakukan ialah menukarkan status gereja Ayasofya kepada masjid yang diberi nama Masjid Ayasofya. beliau telah membina 11 buah lagi masjid yang mana salah satu masjid tersebut diberi atas nama beliau iaitu Masjid Al-Fateh. Selain itu, bagi menjamin kesejahteraan rakyat, beliau telah membina banyak bangunan seperti tempat mandi awam, tempat mandi mayat, perpustakaan dan sebagainya. Salim 1 juga membina kemudahan-kemudahan kepada rakyatnya contohnya hospital, masjid dan sekolah. Di samping mempunyai masa singkat, dan sibuk dengan ekspedisi perang, baginda turut tidak mengabaikan keperluan rakyatnya. Salim 1 pernah menyumbangkan wang kepada rakyatnya bagi menampung keperluan mereka. Dapat kita lihat bahawa pemerintahan kedua-duanya amat mementingkan kebajikan rakyatnya sekali gus menjurus kepada pengekalan kemajuan empayar Turki Uthmaniyah.

KESIMPULANSudah nyata kepada kita bahawa peranan serta ketokohan Muhammad Al-Fateh II dan Salim 1 telah mencetuskan era kegemilangan empayar Turki Uthmaniyyah. Kejayaan Muhammad Al-Fateh menawan Constatinople melalui strategi dan taktik ketenteraan yang luar biasa di samping mengaplikasikan kepentingan ajaran Islam dalam peperangan berjaya mengangkat martabat empayar tersebut. Kegemilangan tersebut diwarisi oleh Salim 1 yang berjaya menjadi pelindung kepada Mekah dan Madinah melalui pegangan sebagaimana datuknya. Inilah persamaan kedua-dua tokoh ini walaupun masing-masing mempunyai matlamat peperangan yang agak berbeza dari segi kerajaan yang hendak diperangi.Dengan penguasaan sepenuhnya terhadap Constatinople, Muhammad Al-Fateh sesuai menerima jolokan pembuka dan penakluk kerana berjaya membuka kota yang sebelumnya pusat umat Kristian Ortodoks dengan penaklukan ke atasnya. Kejayaan Salim 1 merobohkan kerajaan Mamluk di Mesir telah menjadikannya pelindung kepada Mekah dan Madinah. Implikasinya beliau digelar sebagai pelindung kota suci Islam dan mengukir sejarah sebagai khalifah pertama dalam empayar Turki Uthmaniyyah.Konklusinya kedua-dua tokoh inilah merupakan pemangkin kepada era kegemilangan empayar Turki Uthmaniyyah melalui dasar-dasar pemerintahan yang berorientasikan kepada perluasan empayar di samping memiliki ketokohan yang hebat. Walau sehebat mana kegiatan penaklukan yang dijalankan, tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat tetap dititikberatkan oleh Muhammad Al-Fateh II dan Salim 1. Sewajarnya para pemimpin haruslah menjadikan kedua-dua tokoh Islam ini sebagai panduan dalam menguruskan pemerintahan sesebuah kerajaan mahupun empayar.BIBLIOGRAFIAbdul Karim Abdullah dan Hamidah Samsudin, Sejarah Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1976.Al-Hikmah, Al-Quran dan Terjemahan, Bandung; Penerbit Diponegoro, 2005.Dr. Shafiq A.Mughni, Sejarah Kebudayaan Islam di Turki, Jakarta: Logos Wacana Ilmu, 1997.Hamka, Sejarah Umat Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1997.Hasanuddin Ahmed, A brief History of Islam, New Delhi: Goodword Private Ltd, 2004.John L. Espito, The Islamic Threat Myth Or Reality, New York: Oxford University Press, 1992.Lois A. Aroian, Richard P. Mitchel (diterjemahkan oleh Mohammad Redzuan Othman), Timur Tengah dan Africa Utara Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.Masudul Hasal, History of Islam (Revise Edition) Vol. II (Classic Period 1206-1906 C.E), New Delhi: Hanes Publication. 2006.Mehmet Maksudoglu, Osmanli History 1289-1922, Malaysia: International Islamic University, 1999.Muhammad Yusoff Khandalawi, Muntakhab Ahadith, Kuala Lumpur: Klang Book, 2004.Norman Itzkowitz, The World Of Islam, London; Thames And Hudson Ltd, 1976.

Sultan Selim The Excellent (1470 - 1520 ), http://www.ottomanonline.net/sultans/9.html, 10. Mac 2009.Posted by Mustakim Bin Suhaili

Tokoh

Suleiman I(November 1494 - 5/6/7 September 1566) adalah sultan Turki Uthmaniyyah ke-10, yang berkuasa dari tahun 1520 hingga 1566. Ia dikenali sebagaiSuleiman yang Luar Biasadi Barat, dan pemberi undang-undangdi Timur kerana pencapaiannya dalam menyusun kembali sistem undang-undang Uthmaniyah. Ia merupakan tokoh penting pada Eropah pada abad ke-16. Suleiman memimpin tentera Uthmaniyah menaklukan Belgrade, Rhodes, dan sebahagian besar Hungary sebelum berhasil dipukul mundur dalam Pengepungan Vienna tahun 1529. Ia menganeksasi sebahagian besar Timur Tengah dan Afrika Utara (hingga sejauh Algeria di barat). Di bawah kekuasaannya, armada Utsmaniyah menguasai laut Tengah, Merah, dan teluk Parsi.Dalam usahanya untuk mengukuhkan Uthmaniyah, Suleiman melancarkan reformasi undang-undang yang berkaitan dengan masyarakat, pendidikan, perpajakan, dan hukum jenayah. Hukum kanoniknya (atau Kanun) memperbaiki bentuk empayar selama berabad-abad selepas kematiannya. Selain merupakan penyair dan tukang emas, ia juga menjadi pelindung budaya yang besar, hingga Uthmaniyah mencapai masa keemasan dalam bidang artistik, sastera, dan arsitektur.Suleiman mampu menuturkan lima bahasa: Bahasa Turki Utsmaniyah, Arab, Serbia, Chagatai (dialek bahasa Turki dan berkaitan dengan Uighur), Parsi, dan Urdu.

Sumbangan-sumbanganya

Penubuhan Dasar Undang-Undang

Suleiman dikenali sebagai Kanun Suleiman atau "pemberi undang-undang" di Utsmaniyah. Sejarawan Lord Kinross mencatat bahawa "Ia tidak hanya merupakan pemimpin kempen tentera yang besar, manusia dari pedang, seperti ayah dan datuknya. Ia berbeza dari mereka kerana juga merupakan manusia dari pena. Ia merupakan legislator ulung, berdiri di depan mata rakyatnya sebagai penguasa berjiwa besar dan eksponen keadilan yang murah hati ". Hukum utama empayar adalah Shari'ah. Sultan tidak kuasa mengubah hukum Islam tersebut. Undang-undang lain yang dikenali sebagai Kanuns (undang-undang kanonik) bergantung pada kehendal Suleiman sendiri, dan meliputi bidang jenayah, pemilikan tanah, dan percukaian. Ia mengumpulkan semua keputusan yang dikeluarkan oleh sembilan sultan Utsmaniyah sebelumnya. Setelah menghilangkan duplikasi dan memilih antara kenyataan yang bertentangan, Suleiman mengeluarkan undang-undang, yang disusun secara hati-hati agar tidak melanggar undang-undang dasar Islam. Suleiman, disokong oleh Mufti Agung Ebussuud, berupaya mereformasi undang-undang agar dapat disesuaikan dengan perubahan cepat dalam empayar. Ketika undang-undang Kanun mencapai bentuk akhirnya, undang-undang tersebut dikenali sebagai kanun-i Osmani, atau "undang-undang Utsmaniyah". Undang-undang Suleiman diterapkan selama lebih dari tiga ratus tahun.

Ia memberikan perhatian khusus pada keadaan rayah, orang Kristian yang mengerjakan tanah-tanah kaum Sipahi. Kanune Kingdom, atau "Undang-undang Raya", menetapkan retribusi dan cukai untuk dibayar oleh raya, dan menaikkan status mereka ke atas perhambaan sehingga hamba Kristian banyak pindah ke wilayah Turki untuk mengambil keuntungan dari reformasi. Sultan Suleiman juga memainkan peranan penting dalam melindungi orang Yahudi di empayarnya. Pada akhir 1553 atau 1554, atas usul doktor kegemarannya, Moses Hamon, Suleiman mengisytiharkan dekret yang secara rasmi melarang blood libel terhadap orang Yahudi. Lebih jauh lagi, ia menetapkan undang-undang jenayah dan polis baru, dan juga menggunakan denda atau hukuman . Dalam bidang perpajakan, cukai ditetapkan terhadap pelbagai barang, seperti haiwan, tambang, dan barang eksport-import. Selain cukai, pegawai yang jatuh pada nama buruk akan disita tanah dan milikannya oleh Sultan.

Pendidikan Pendidikan merupakan bidang lain yang penting bagi sultan. Sekolah digabung dengan masjid dan dibiayai oleh yayasan agama, sehingga memberikan pendidikan percuma bagi anak-anak Muslim. Di ibukotanya, Suleiman meningkatkan jumlah sekolah dasar menjadi empat belas, serta mengajarkan anak-anak baca tulis, dan juga prinsip- prinsip Islam. Anak yang ingin mendapat pendidikan lebih lanjut dapat meneruskan pendidikannya ke salah satu daripada lapan madrasah. Pembelajaran yang sedia adalah tata bahasa, metafizik, falsafah, astronomi, dan astrologi. Madrasah tinggi memberikan pendidikan tingkat universiti, dan lulusannya menjadi imam atau pengajar. Pusat-pusat pendidikan merupakan salah satu dari bangunan yang mengelilingi lapangan masjid, dengan bangunan-bangunan lain adalah perpustakaan, bilik makan, air pancut, dapur sup, dan rumah sakit untuk kepentingan umum.

Budaya Di bawah kekuasaan Suleiman, Kesultanan Utsmaniyah memasuki masa keemasan dalam hal perkembangan budaya.Utsmaniyah mempunyai ratusan kumpulan artistik Kesultanan (disebut sebagai ehl-i HiRef, "komuniti bagi mereka yang berbakat") yang dikendalikan secara langsung oleh istana.Proses magang wajib dijalani bagi mereka yang ingin menjadi seniman dan pengrajin.Setelah magang mereka boleh mendapatkan gaji dan jawatan yang lebih tinggi.Dokumen-dokumen penggajian yang ditemui menunjukkan betapa Suleiman sangat menghargai dan menyokong pekerjaan seniman.Sebuah dokumen yang dibuat tahun 1526 menunjukkan senarai 40 kumpulan seniman dengan lebih daripada 600 ahli.Ehl-i HiRef mampu menarik sebahagian besar seniman berbakat, baik dari dunia Islam maupun dari wilayah jajahan di Eropah, untuk bekerja di istana sultan.Hal ini membolehkan terjadinya pencampuran kebudayaan Islam, Turki, dan Eropa.Seniman yang bekerja di istana antara lain pelukis, penjilid buku, penjahit pakaian dari bulu, pengrajin perhiasan, dan penempa emas.

Bila penguasa sebelumnya lebih terpengaruh oleh kebudayaan Parsi (ayah Suleiman, sebagai contoh, senang menulis puisi dalam bahasa Parsi), Suleiman berjaya mencipta gaya seni berbeza yang menjadi warisan artistik yang khas.Suleiman sendiri adalah seorang penyair yang handal, karyanya ditulis dalam bahasa Parsi dan Turki dengan nama samaran muhibbi (Pecinta).Beberapa kalimat dalam puisi Suleiman dijadikan peribahasa Turki, salah satunya yang terkenal adalah: "Semua orang ingin menyampaikan maksud yang sama, tetapi ada banyak versi ceritanya."Ketika anak Suleiman, Mehmed, meninggal pada tahun 1543, ia membuat sebuah kronogram untuk memperingati kematiannya: Pangeran yang tiada taranya, Sultan Mehmed-ku.Selain Suleiman, banyak seniman lain yang juga memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan sastera Utsmaniyah, termasuk di antaranya Fuzuli danBaki.Sejarawan Sastera E.J.W.Gibb mengamati bahawa "tidak pernah ada dalam sejarah dunia dorongan yang sedemikian besar terhadap perkembangan puisi kecuali pada masa kekuasaan Sultan yang satu ini."

Suleiman juga terkenal kerana membiayai beberapa arsitektur monumental dikesultanannya.Sang Sultan bercita-cita menjadikan Konstatinopel sebagai pusat peradaban Islam melalui pembangunan pelbagai objek termasuk jambatan, masjid, istana, dan lain-lain.Beberapa yang paling termahsyur dibuat oleh arkitek kepala Utsmaniyah, Mimar Sinan.Sinan bertanggung jawab membina tiga ratus monumen di seluruh kesultanan, termasuk dua mahakarya masjid Sleymaniye dan Selimiye-yang disebutkan terkini dibina di Edirne pada masa kekuasaan anak Suleiman, Selim II.Suleiman juga melakukan pemulihan terhadap Kubah As-Sakhrah dan tembok bandar di Baitulmuqaddis (yang kini menjadi tembok Kota Tua Jerusalem), mengubahsuai Ka'bah di Mekah, dan membuat sebuah kompleks di Damsyik.

Politik dan Ekonomi Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam politik dapat dilihat dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran. Dalam sistem pentadbiran , terdapat 4 aspek utama. Yang pertama ialah sitem khalifah iaitu pelantikan khalifah sbg ketua pemerintah mengganti nabi Muhammad. Yang ke2 sistem wazarah , pelantikan wazir utk mengetuai sistem pentadbiran negara di kerajaan pusat, sementara gabenor dilantik utk mengetuai pentadbiran wilayah. Yg ke3 sistem urusetia yg membahagikan urusan pentadbiran kpd beberapa bahagian iaitu bahagian surat menyurat, cukai, ketenteraan,dan bahagian polis dan kehakiman. Yg ke4, sistem hijabah. Seorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang mahu menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah, dan pemegang amanah. Sistem pentadbiran dikukuhkan lagi dgn penubuhan 4 buah jabatan iaitu Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan am dan Jabatan urusan Cap Mohor Pemerintah.

Dalam sistem pemerintahan, Diwanul Jundi [Jabatan Ketenteraan] ditubuhkan utk pertahanan negara. Diikuti dgn angkatan laut dan angkatan tentera darat. Dalam aspek ekonomi sememangnya Bani Umaiyah mangutamakan hal kewangan. Mereka telah menubuhkan Baitulmal dan mewujudkan sistem kewangan untuk mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan negara . Sumber pendapatan kerajaan ialah kharaj [cukai tanah] , jizyah [cukai perlindungan] , zakat, usyur [cukai 1\10 hasil tani tuan tanah].dan ghanimah [harta rampasan perang].Pusat kegiatan ekonomi dilakukan di Cordova. Kegiatan ekonomi telah mengembangkan kemahiran membuat barangan tembikar serta perhiasan emas dan perak serta perusahaan kulit dan senjata. Pertanian menyumbangkan sedikit kemajuan kepada mereka yang mana penyelidikan dilakukan untuk benih yang bermutu dan pembinaan sistem saliran untuk menyuburkan tanah.

Bidang Sosial Antara sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang sosial ialah pusat pengajaran dan penyebaran ilmu iaitu Kota Basrah. Selain itu beberapa orang ilmuwan telah dilahirkan seperti Khalil Ibn Ahmad (pakar bahasa dan filologi Arab) dan Sibawayhi (ahli nahu Arab) serta sasterwan seperti al-Farzdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabiah dan Jamil al-Uzri. Tambahan pula, Bahasa Arab dijadikan sebagai bahasa rasmi negara. Sumbangan Bani Umaiyah juga ialah tanda bunyi atau baris telah diperkenalkan pada tulisan al-Quran yang memberi faedah kepada orang bukan Arab. Perkembangan ilmu agama pada zaman Khalifah Umar ibn Abdul Aziz telah melahirkan tokoh seperti Urwah bin al-Zubayr dan Ibn Zihat al-Zuhri(hadis), Ibn Jarih (tafsir al-Quran) serta Hasan al-Basri dan Wasil ibn Ata (usuluddin). Selain itu juga, sumbangan Bani Umaiyah dalam bidang sosial melibatkan pembinaan hospital pertama di Damsyik oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik. Hospital penyakit kusta telah dibina oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz.

Tambahan pula, buku rujukan pelbagai bidang ilmu telah diterjemahkan dalam bahasa Arab. Ibn al-Nafis telah menghasilkan buku al-Shamill fis Sinaah al-Tabibiyah (kajian Umum Profesion Kedoktoran) yang membicarakan teknik pembedahan dan rawatan selepas pembedahan. Selain itu, perkembangan ilmu dalam bidang kimia dan astronomi juga telah berkembang.

Dalam sistem perundangan, hukuman berdasarkan ijtihad dengan berpandukan al-Quran, sunnah atau jimak. Hakim tidak boleh mempengaruhi mana-mana pihak, bebas, tidak cenderung ke mana-mana aliran politik pemerintah. Seseorang hakim mesti adil dalam penghakimannnya tanpa mengira pengaruh atau latar belakang orang yang diadili itu.

Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi atau dikenali sebagai Rhazes di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains Iran yang hidup antara tahun 864 930. Beliau lahir di Rayy, Teheran pada tahun 251 H./865 dan wafat pada tahun 313 H/925. Di awal kehidupannya, al-Razi begitu tertarik dalam bidang seni musik. Namun al-Razi juga tertarik dengan banyak ilmu pengetahuan lainnya sehingga kebanyakan masa hidupnya dihabiskan untuk mengkaji ilmu-ilmu seperti kimia, filsafat, logika, matematika dan fisika.

Walaupun pada akhirnya beliau dikenal sebagai ahli pengobatan seperti Ibnu Sina, pada awalnya al-Razi adalah seorang ahli kimia.? Menurut sebuah riwayat yang dikutip oleh Nasr (1968), al-Razi meninggalkan dunia kimia karena penglihatannya mulai kabur akibat ekperimen-eksperimen kimia yang meletihkannya dan dengan bekal ilmu kimianya yang luas lalu menekuni dunia medis-kedokteran, yang rupanya menarik minatnya pada waktu mudanya.? Beliau mengatakan bahwa seorang pasien yang telah sembuh dari penyakitnya adalah disebabkan oleh respon reaksi kimia yang terdapat di dalam tubuh pasien tersebut. Dalam waktu yang relatif cepat, ia mendirikan rumah sakit di Rayy, salah satu rumah sakit yang terkenal sebagai pusat penelitian dan pendidikan medis.? Selang beberapa waktu kemudian, ia juga dipercaya untuk memimpin rumah sakit di Baghdad..

Beberapa ilmuwan barat berpendapat bahwa beliau juga merupakan penggagas ilmu kimia modern. Hal ini dibuktikan dengan hasil karya tulis maupun hasil penemuan eksperimennya.

Al-Razi berhasil memberikan informasi lengkap dari beberapa reaksi kimia serta deskripsi dan desain lebih dari dua puluh instrument untuk analisis kimia. Al-Razi dapat memberikan deskripsiilmu kimia secara sederhana dan rasional. Sebagai seorang kimiawan, beliau adalah orang yang pertama mampu menghasilkan asam sulfat serta beberapa asam lainnya serta penggunaan alkohol untuk fermentasi zat yang manis.

Beberapa karya tulis ilmiahnya dalam bidang ilmu kimia yaitu:

* Kitab al Asrar, yang membahas tentang teknik penanganan zat-zat kimia dan manfaatnya.* Liber Experimentorum, Ar-Razi membahas pembagian zat kedalam hewan, tumbuhan dan mineral, yang menjadi cikal bakal kimia organik dan kimia non-organik.* Sirr al-Asrar:o lmu dan pencarian obat-obatan daripada sumber tumbuhan, hewan, dan galian, serta simbolnya dan jenis terbaik bagi setiap satu untuk digunakan dalam rawatan.o Ilmu dan peralatan yang penting bagi kimia serta apotek.o Ilmu dan tujuh tata cara serta teknik kimia yang melibatkan pemrosesan raksa, belerang (sulfur), arsenik, serta logam-logam lain seperti emas, perak, tembaga, timbal, dan besi.

Menurut H.G Wells (sarjana Barat terkenal), para ilmuwan muslim merupakan golongan pertama yang mengasas ilmu kimia. Jadi tidak heran jika sekiranya mereka telah mengembangkan ilmu kimia selama sembilan abad bermula dari abad kedelapan maseh

Referensi :

- http://mgmpkimia.wordpress.com/tokoh-kimia/al-razi-865-925/

Nama Asli dari al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi dikenal di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi. Beliau dilahirkan di Bukhara.Tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau hidup di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.

Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi adalah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan keahliannya bukan hanya dalam bidang syariat tapi di dalam bidang falsafah, logika, aritmatika, geometri, musik, ilmu hitung, sejarah Islam dan kimia.

Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropa

Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangen dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Mamun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja dalam sebuah observatory yaitu tempat belajar matematika dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercaya untuk memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia dalam berbagai disiplin. Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang pertama kali memperkenalkan aljabar dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematika dan menghasilkan konsep-konsep matematika yang begitu populer yang masih digunakan sampai sekarang.

PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

Sumbangsihnya dalam bentuk hasil karya diantaranya ialah :

1. Al-Jabr wal Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

2.Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliautelah mengajukan contoh-contoh persoalan matematika dan mengemukakan 800 buah masalah yang sebagian besar merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.

3.Sistem Nomor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem Nomor pada zaman sekarang. Karyanya yang satu ini memuat Cos, Sin dan Tan dalam penyelesaian persamaan trigonometri , teorema segitiga sama kaki dan perhitungan luas segitiga, segi empat dan lingkaran dalam geometri.

Banyak lagi konsep dalam matematika yang telah diperkenalkan al-khawarizmi . Bidang astronomi juga membuat al-Khawarizmi terkenal. Astronomi dapat diartikan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang].

Pribadi al-Khawarizmi

Kepribadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam maupun dunia Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sarton mengatakan bahwapencapaian-pencapaian yang tertinggi telah diperoleh oleh orang-orang Timur. Dalam hal ini Al-Khawarizmi. Tokoh lain, Wiedmann berkata." al-Khawarizmi mempunyai kepribadian yang teguh dan seorang yang mengabdikan hidupnya untuk dunia sains".

Beberapa cabang ilmu dalam Matematika yang diperkenalkan oleh al-Khawarizmi seperti: geometri, aljabar, aritmatika dan lain-lain. Geometri merupakan cabang kedua dalam matematika. Isi kandungan yang diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu geo yang berarti bumi dan metri berarti pengukuran. Dari segi ilmu, geometri adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubungan dengan magnitud dan sifat-sifat ruang. Geometri ini dipelajari sejak zaman firaun [2000SM]. Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Yunani sebagai satu sains dalam kurun abad ke 6 SM. Seterusnya sarjana Islam telah menyempurnakan kaidah pendidikan sains ini terutama pada abad ke9M.

Algebra/aljabar merupakan nadi matematika. Karya Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropa pada abad ke-12. sebelum munculnya karya yang berjudul Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M. Sebelum ini tak ada istilah aljabar.

Cendekiawan Islam: Al-Battani AhliAstronomi Leave a comment

Al-BattaniBeliau ialah Abu Abdullah Mohd b. Jabir b. Sinan Al Harrani. Menurut sumber sejarah beliau dilahirkan pada 858 Masihi di Negeri Harran dan menurut sumber lain tempat kelahirannya adalah di Battan, salah satu negeri di Harran. Al-Battani mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri Jabir Ibn Sanan yang juga merupakan seorang Saintis yang terkenal ketika di zamannya.Beliau kemudiannya berhijrah ke Raqqa yang terletak di tebing Sungai Euphrates dan mendapat pendidikan lanjut dan mendapat kesarjanaan dalam bidang tersebut. Pada abad ke 9, beliau berhijrah pula ke Samarra dan bekerja di sana sehinggalah ke akhir hayat beliau iaitu pada 929 Masihi. Pada asalnya beliau ialah seorang Sabian (penyembah Bintang) dan kemudiannya memeluk agama Islam.Al-Battani merupakan seorang Astronomi yang terkenal serta seorang yang mahir dalam bidang Matematik. Beliau merupakan seorang Ahli Astronomi yang begitu masyhur yang bertanggungjawab meneroka pelbagai penemuan dan kajian dalam bidang Astronomi. Diriwayatkan bahawa beliau memulakan kajiannya di Bittan, Iraq, kemudian di Antokiah, Syria.Kajian-kajian beliau bermula sejak usia beliau masih lagi muda belia dan usaha kerasnya ini bermula ketika beliau di Raqqa dan kajiannya menjangkau selama lebih 42 tahun. Beliau telah menggariskan dengan cukup teliti mengenai pusingan tahun dan musim, kadar peredaran matahari dan menggariskan miring buruj di garisan khatulistiwa. Beliau juga mempunyai penyelidikan yang teliti dalam gerhana matahari, bulan dan pergerakanya. Penemuan beliau ini telah menghasilkan kiraan kadar pengiraan pusingan tahun iaitu 365 hari 5 jam 46 minit dan 24 saat.Beliau merupakan orang pertama menggunakan kosain dan garis sendeng dalam segitiga dan sudut juga penggunaan lambang dan trigonometri ke barat.Kebanyakan hasil penemuan dan kajian beliau telah dibukukan dan diterjemah ke dalam pelbagai bahasa. Antaranya termasuklah karya penulisan ilmiah beliau dalam bidang Astronomi dan juga Trigonometri. Buku beliau yang begitu terkenal ialah karya beliau dalam bidang astronomi yang telah diterjemah ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 yang diterbitkan sebagai De Scienta Stellerum-De Numeris Stellerum Et Motibus.Karya-karya beliau dalam bidang Astronomi amatlah mempengearuhi dunia ilmuan Barat sehinggalah muncul zaman Renaissance. Al-Battani telah berjaya membetulkan hasil Batlimous dalam bukunya Al Zaiju al Sabik. Bukunya terdiri dari muqaddimah dan 57 bahagian tentang cara-cara pengiraan, sifat buruj, kadar miring, bintang dan permasalahan nya, berjenis-jenis taqwim, ukuran masa dan tempoh tahunan, alat-alat astronomi dan cara membuatnya. Buku tersebut diterjemah ke dalam Bahasa Latin oleh Aplaton Al Tipoli pada kurun 18 Masihi dan terjemahan ini telah berjaya memberi kesan terhadap perkembangan astronomi di Eropah dan sebagai contoh yang nyata ialah tentang kajian Copernicus terhadap penghasilan beliau.Antara karangan beliau yang lain ialah Zaiju al Ralqani yang mengandungi hasil kajian beliau, Syarah Arbauu Maqolat Li Batlimous, Kitab Ta dil Kawakib dan Kitab Marifatul Matoliu al Buruj fima Baina Arbai al Falak. Beliau juga mempunyai beberapa rencana dalam bidang Geografi.Lantaran kehebatan dan kegeniusan beliau dalam pelbagai bidang ilmu ini menyebabkan beliau turut digelar Batlimous Arab. Al-Battani yang turut digelar Al Bategnius memiliki kemampuan yang luar biasa sehinggakan beliau berjaya menyatukan antara ketelitian kajian dan kemampuan mengembangkan teori Astronomi. Sesungguhnya jasa dan kehebatan beliau sememang tidak boleh disangkal lagi..s e l i t j o k e r

Al-Farabi merupakan seorang ahli falsafah islam yang amat terkenal pada zamannya. Nama sebenarnya ialah Abu Nasr Muhammad ibnu Muhammad ibnu Tarkhan ibnu Uzlaq Al-Farabi. Beliau dilahirkan di Transoxia yang terletak dalam wilayah Wasji di Turki pada tahun 874M (260H). Al-Farabi menamatkan pendidikan awalnya di Farab dan Bukhara. Beliau berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pendidikan tingginya. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakar Muhammad ibnu Al Sariy. Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanan ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhimat di istana Saif Al-Daulah dengan gaji 4Dirham sehari. Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang sederhana, tidak memandang harta dan cinta akan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada kekayaan duniawi. Walaupun Al-Farabi seorang yang zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli Sufi. Al-Farabi telah menghembuskan nafas terakhir pada tahun 950M (339H).Al-Farabi merupakan seorang ilmuan yang terkenal kerana hasil kerja dan penulisannya. Beliau berkemampuan menguasai pelbagai bahasa dan cabang ilmu pengetahuan. Beliau terkemuka dalam bidang falsafah, logik, dan sosiologi. Beliau turut memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik dan sejarah. Beliau juga seorang pemuzik yang handal. Beliau telah mencipta peralatan muzik seperti gambus, selain menyumbang kepada ilmu nota muzik.Sebagai seorang ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjanya dalam bentuk buku seperti buku Al-musiqa (bidang muzik), buku Ara ahl Al-madina al Fadila (bidang sosiologi), Fusus al- Hikam (bidang falsafah) dan buku lain dalam pelbagai bidang termasuk etika, metafizik, dan perubatan.EPISTEMOLOGI AL-FARABIAl-Farabi sebagai pemikir falsafah islam banyak dipengaruhi oleh tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle. Sebagai ahli falsafah, beliau dikelaskan sebagai `Neoplanonist` yang juga menggabungkan falsafah pemikiran Plato dan Aristotle. Kehebatan dalam falsafah menyebabkan beliau digelar Aristotle kedua. Beliau banyak menulis komentar mengenai falsafah Aristotle mengenai fizik, meteorologi, logic dan sebagainya. Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep kebahagiaan. Beliau juga menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab. Beliau telah memudahkan logik melalui cara membahagikan kepada dua kategori iaitu idea (takhayyul) dan bukti (thubut).Al-Farabi turut memperlihatkan kecenderungan menghasilkan beberapa kajian dalam perubatan. Beliau mengatakan bahawa betapa jantung lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan. Saya menyokong pendapat Al-Farabi ini. Sememangnya jantung menjadi nadi kepada jasad manusia. Jantung memberikan nyawa kepada manusia. Sebaliknya, otak hanya berfungsi jika jantung masih lagi berdengup dan berfungsi. Jika jantung terhenti maka terhentilah juga otak manusia.FALSAFAH AL-FARABIAl-Farabi mendefinisikan falsafah adalah suatu ilmu yang menyelidiki hakikat sebenarnya dari segala yang ada ini. Pendapatnya ini sebagaimana pendapat Plato yang menegaskan Falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara disebalik sifat luarannya, iaitu apa sebenarnya menjadi asas dan intipati pembentukan sesuatu benda atau perkara itu, apa asasnya, apa esensi, apa zatnya .Al-Farabi sependapat dengan pemikiran Plato bahawa alam ini baru, yang terjadi dari tidak ada. Idea Plato tentang alam pula mirip kepada suatu pengertian alam akhirat dalam dunia islam. Al-Farabi berjaya meletakkan dasar-dasar falsafah ke dalam ajaran islam. Beliau juga berpendapat bahawa tidak ada pertentangan antara falsafah Plato dan Aristotle yang berlainan pemikirannya tetapi hakikatnya mereka bersatu dalam tujuannya.Pendapat Al-Farabi tentang falsafah ini disokong, yakni sebagaimana takrifan falsafah dalam bidang kajiannya. Ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui kewujudan ini membawa manusia kepada kebijaksanaan dan kebenaran. Ini berupaya untuk manusia mengawal setiap tindak tanduk perlakuannya. Setiap tindak tanduk yang baik memberikan maanfaat kepada manusia. Maanfaat yang dihasilkan mampu menjaga hubungan baik antara manusia dengan manusia, manusia dengan penciptanya, dan manusia dan alam semesta.FALSAFAH POLITIK AL-FARABIAl-Farabi berpendapat bahawa ilmu politik adalah ilmu yang meneliti berbagai-bagai bentuk tindakan, cara hidup, watak di posisi positif dan akhlak. Semua tindakan dapat diteliti mengenai tujuannya, dan apa yang membuat manusia dapat melakukan seperti itu dan bagaimana yang mengatur memelihara tindakan dengan cara yang baik dapat diteliti. Kebahagian manusia diperoleh kerana perbuatan atau tindakan dan cara hidup yang dijalankan. Bagi Al-Farabi, kebahagian adalah dicapai melalui pandangan akal dan perbahasan dan bertemu dengan tuhan dalam hubungan akal.Al-Farabi berpendapat bahawa kebahagian hakiki (sebenar) tidak mungkin dapat diperoleh sekarang (di dunia ini), tetapi sesudah kehidupan sekarang iaitu akhirat. Namun sekarang ini juga ada kebahagian yang nisbi seperti kehormatan, kekayaan, dan kesenangan yang dapat dilihat dan dijadikan pendoman hidup. Kebahagiaan sejati sentiasa dengan suatu tindakan yang mulia, kebajikan dan keutamaan. Maka, untuk menuju ke arah itu melalui kepimpinan yang tegak dan benar. Kepimpinan tumbuh dari keahlian dan pembawaan manusia. Hal ini dapat mengarahkan manusia dalam menegakkan nilai-nilai utama dan tindakan bakal memelihara sebagai kemantapan keahlian yang disebut pemerintahan dan raja.Al-Farabi menyatakan bahawa masalah dalam politik dapat dibahagikan kepada dua iaitu:1. Pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan tindakan yang sedar, cara hidup. Dasar ini dapat dijadikan upaya untuk memperolehi kebahagiaan. Pemerintahan atas dasar ini disebut pemerintahan utama, dimana sebagai ciri kota-kota dan bangsa- bangsanya tunduk terhadap pemerintahan.2. Pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan-tindakan dan watak-watak dan rangka mencapai sesuatu yang dianggap mendapat suatu kebahagian. Maka, muncul beraneka ragam bentuk pemerintah. Apabila yang dikejar adalah kejayaan semata dapat dianggap sebagai pemerintah yang rendah. Jika mengejar kehormataan, pemerintahan akan bergantung kepada apa yang menjadi tujuannya.Dipandang dari kemampuan suatu pemerintahan ilmu politik terbahagi menjadi dua:1. Kemampuan dalam melahirkan peraturan-peraturan yang bersifat universal2. Kemampuan yang disebabkan oleh adanya ketekunan dalam aktiviti politik, dengan harapan boleh menjadi kebijaksanaan Sebagai ringkasan pemerintahan dapat menjadi baik, jika ada teoritis dan praktis bagi pengelolaannya. Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu.Al-Farabi menjelaskan bahawa roh dan amalan saja tidak akan mampu untuk mensucikan seseorang dan mengangkatnya ke arah kesempurnaan tetapi juga memerlukan fikiran dan amalan renungan. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan elemen-elemen ini akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang kacau bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sesebuah negara yang kuat, stabil dan makmur.Meskipun pemikiran falsafah Al-Farabi banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menetang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia. Menurutnya, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politik. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna. Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah tidak akan merasai perbezaan diantaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana kedua-duanya merupakan komponen yang saling melengkapi. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-segalanya dan para ilmuan harus diletakkan pada kedudukan dalam pemerintahan sesebuah negara.Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara. Pemikiran, idea dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung dalam karyanya yang berjudul Madinah al-Fadhilah. Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuh dalam karya Ihsa al-Ulum dan kitab al-Jam.KESIMPULANSesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang sangat ulung dan ilmuwan yang hebat. Banyak pemikirannya masih relevan dengan perkembangan kehidupan manusia hari ini. Pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji sebagai panduan dalam pentadbiran dan pemerintahan. Selain itu hasil kerja dan penulisannya masih lagi digunakan dan menjadi rujukan di pusat-pusat pembelajaran dan institusi pendidikan. Sumbangan Al-Farabi memberikan pengaruh besar dalam bidang sains, falsafah, dan ilmu pengetahuan berkurun lamanya.Siapa sebenarnya AL-FARABI? Apa sumbangannya terhadap tamadun islam dan dunia? teruskan membacaAL-FARABI atau nama penuhnya Abu Nasr Mohammad Ibn Al Farakh al-Farabi dilahirkan di sebuah kampung kecil yang dinamakan Wasij berdekatan Farab di Turkistan pada tahun 870. Beliau merupakan seorang lagi saintis terkemuka Islam dan termashyur kerana hasil kerja dan penulisannya terutamanya dalam bidang falsafah, logik dan sosiologi.Ilmu pengetahuan yang dimilikinya tidak terhad kepada tiga bidang itu sahaja kerana beliau juga banyak memberikan sumbangan dalam bidang-bidang lain meliputi sains, perubatan, matematik dan muzik.Sebagai seorang ahli falsafah, beliau dikelaskan sebagai `Neoplanonist yang cuba menggabungkan falsafah pemikiran Plato dan Aristotle.Selain buku-buku tulisan sendiri, beliau banyak menulis komentar mengenai falsafah Aristotle mengenai fizik, meteorologi, logik dan sebagainya.Kehebatannya dalam bidang falsafah menyebabkan beliau digelar guru kedua (al-Mouallim al-Thani) iaitu selepas guru pertama dalam bidang falasafah iaitu Aristotle.Al-Farabi menamatkan pendidikan awalnya di Farab dan Bukhara, tetapi selepas itu dia berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pendidikan tingginya. Di sinilah beliau belajar dan bekerja iaitu dari tahun 901 hingga 942. Sepanjang tempoh ini beliau berjaya menguasai beberapa jenis bahasa dan juga pelbagai cabang ilmu pengetahuan dan teknologi. Sebagai seorang ahli falsafah dan saintis, beliau menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan.Beliau juga terkenal kerana kemampuannya menguasai pelbagai jenis bahasa.Beliau banyak mengembara dan membuat kajian terutamanya di Damsyik dan Mesir. Salah satu daripada sumbangan utama Farabi ialah membuat kajian mengenai logik dengan memudahkannya melalui cara membahagikan kepada dua kategori iaitu idea (Takhayyul) dan bukti (Thubut).Dalam bidang sosiologi, beliau menulis buku bertajuk Ara Ahl al-Madina al-Fadila yang merupakan sebuah buku yang terkenal. Beliau juga menulis buku mengenai muzik yang dikenali sebagai Kita al-Musiqa.Tumpuan Al-Farabi bukan sahaja dalam bidang falsafah dan sosiologi semata-mata.Sebaliknya, beliau merupakan pakar dalam kesenian dan sains muzik. Sangat menakjubkan apabila Al-Farabi juga telah merekacipta beberapa peralatan muzik, selain menyumbang kepada ilmu notamuzik.Dalambidang fizik pula, beliau menunjukkan kewujudan konsep kekosongan.

Kitab Fusus Al-Hikam - Karangan Al-FarabiSebagai seorang ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjayanya dalam bentuk buku.Sayangnya, banyak buku-buku tersebut telah hilang. Hanya 117 buah buku hasil tulisan Al-Farabi yang dapat dikenal pasti. Daripada jumlah itu, 43 buah adalah buku mengenai logik, 11 buah (metafizik), tujuh buah (etika), tujuh buah (sains politik), 17 buah (muzik, perubatan dan sosiologi) manakala 11 buah lagi adalah dalam bentuk komentar.Beberapa buah bukunya termasuk Fusus al-Hikam telah menjadi buku teks falsafah selama berkurun lamanya di pusat-pusat pembelajaran dan sehingga kini masih digunakan di beberapa buah isntitusi di Timur. Sumbangan Farabi memberikan pengaruh besar dalam bidang sains dan ilmu pengetahuan selama berkurun lamanya.

Al-Razi

Karyanya menjadi rujukan dunia Eropah.Al-Razi merupakan seorang tokoh falsafah Islam yang banyak menimbulkankontroversi dalam bidang ilmu falsafah. Sikap dan pemikirannya dikatakan cenderung kepada pemikiran dan teori ahli falsafah Yunani kuno seperti Plato. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan ahli falsafah muslim yang mengecamnya, mereka tidak setuju dengan sebahagian pendapatnya yang pro-platonisme.

Walau bagaimanapun, al-Razi tetap diletakkan dalam senarai ahli falsafah muslim yang terkemuka sehingga ke hari ini. Sumbangannya yang besar dalam bidang perubatan dan kimia sangat berharga kepada generasi selepasnya. Manakala dalam bidang falsafah, al-Razi memberi sumbangan besar dalam menghuraikan falsafah logik, metafizik, moral, dan kenabian dengan cara rasional dan harmoni. Oleh sebab itulah al-Razi terkenal sebagai seorang ahli falsafah yang rasional dan murni.Al-Razi atau nama sebenarnya Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi, lahir pada tahun 236H bersamaan 850M. Sesetengah pendapat mengatakan yang beliau lahir pada 1 Sya'ban 251H bersamaan 865M. Beliau anak kelahiran bum! Iran iaitu di Ray dekat Tehran merupakan seorang tokoh falsafah yang masyhur pada kurun ke-3 Hijrah.Beliau pada zaman mudanya menjadi pemain gambus (rebab, rebana) sambil menyanyi, kemudian dia meninggalkan pekerjaan itu dan mempelajari bidang perubatan dan falsafah. Beliau belajar ilmu kedoktoran dengan Ali ibn Rabban al-Thabari (192 - 240H bersamaan 808-855M) dan belajar ilmu falsafah dengan al-Balkhi. Dalam masa yang sama beliau juga belajar matematik, astronomi, sastera, dan kimia.Semasa Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad ibn Asad menjadi Gabenor Ray, al-Razi diberi kepercayaan memimpin rumah sakit (hospital) selama enam tahun (290-296H bersamaan 902 - 908M). Pada masa ini juga al-Razi menulis buku al-Thibb al-Mansuri yang dipersembahkan kepada Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad. Kemudian al-Razi berpindah ke Baghdad atas permintaan Khalifah al-Muktafi (289 - 295H bersamaan 901 - 908M), yang berkuasa pada waktu itu.Dalam menjalankan kerjaya kedoktoran, beliau dikenal sebagai seorang yang pemurah, sayang kepada pesakit-pesakitnya, dermawan kepada orang-orang miskin dan memberi rawatan kepada mereka secara percuma. Hitti menyifatkan al-Razi sebagai seorang doktor yang paling agung dalam kalangan doktor Muslim dan juga seorang penulis yang produktif.Kemasyhuran al-Razi sebagai doktor bukan sahaja di dunia timur, tetapi juga di barat; sehinggakan beliau telah digelar The Arabic Galen. Setelah Khalifah al-Muktafi wafat, al-Razi kembali ke Ray, dan meninggal dunia pada 5 Syaaban 313H (Oktober 925M).Para sarjana berpendapat bahawa al-Razi mengalami sakit mata dan kemudiannya buta pada penghujung hayat-nya. Al-Razi menderita akibat ketekunannya menulis dan membaca yang terlalu banyak.Dalam dunia keilmuan, tradisi pro dan kontra tidak pernah luput sejak zaman dahulu bahkan sehinggalah ke hari ini. Demikianlah pada zaman al-Razi, beliau tidak terlepas daripada ditentang oleh para ilmuwan sezamannya.Penentang al-Razi yang dapat dikenal pasti oleh para sarjana dan ilmuwan Islam ialah Abu Qasim al-Balkhi. Beliau banyak menulis penolakan terhadap buku-buku al-Razi, terutama buku 'Ilm al'Ilahi. Begitu juga dengan Syuhaid ibn al-Husain al-Balkhi, beliau mempunyai banyak perbezaan dengannya al-Razi terutama tentang teori kesenangan. Teorinya tentang kesenangan itudijelaskan dalam kitabnya Tafdhil Ladzdzat al-Na^s, yang ditulis kembali oleh Abu Sulaiman al-Mantiqi al-Sajistani dalam Siwan al-Hikmah.Karya-karya dan sumbanganAl-Razi merupakan antara tokoh yang produktif dalam lapangan penulisan. Hal ini terbukti dengan banyak hasil karya beliau ditemui termasuk yang telah hilang. Tidak kurang daripada 200 buah karangan termasuk buku, makalah, dan surat-surat telah dihasilkan oleh al-Razi dicatatkan para pengkaji. Karya-karya beliau banyak membincangkan persoalan falsafah, perubatan, sains, ketuhanan, al-Quran, ilmu kalam, bahasa Arab, fiqh dan usul fiqh, geometri, dan sejarah.Kemasyhuran al-Razi bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada dunia Islam malah ketokohan dan kepakaran beliau turut diakui oleh dunia barat. Hal ini terbukti dengan banyak karya-karya beliau telah menjadi rujukan dan panduan dunia barat terutamanya dalam bidang perubatan. Sehingga kini karya-karya al-Razi masih diguna.Kitab al-Hawi (Liber Contines) merupakan sebuah ensiklopedia amalan perubatan terapeutik yang dihasilkan olehnya menjadi rujukan dunia Eropah. Minat yang mendalam dunia Eropah kepada karya agung yang seberat 10kg ini terbukti dengan penerbitannya beberapa kali sejak abad ke-12M lagi sehingga abad ke-17M.Penemuan al-Razi berkenaan sakit campak cacar tulen (smallpox) dan campak biasa (measal) turut menjadi bahan rujukan perubatan di dunia Barat malah turut diulangi penerbitannya beberapa kali sehingga abad ke-18M. Kedua-dua karya ini juga merupakan sumber kurikulum tradisional di kalangan para pengamal perubatan Islam.Kitab al-Mansur (Liber medicinalis ad al Mansorem) juga karya agung al-Razi dalam dunia perubatan. Al-Razi telah menghasilkan buku ini ketika beliau di Khurasan di bawah pemerintahan Gabenor al-Mansur Ibnu Ishaq. Dalam buku ini terkandung 10 penemuan berkaitan tentang amalan sent dan sains perubatan. Buku ini dianggap satu karya beliau yang tulen dan mencerminkan kematangan dan kepakaran beliau dalam amalan perubatan moden.Dalam buku ini juga beliau menekankan betapa pentingnya cara pemeriksaan yang teliti sebelum membuat sesuatu kesimpulan tentang sesuatu penyakit. Satu falsafah yang terpenting dalam karya al-Razi ini ialah kebenaran dalam ilmu perubatan merupakan suatu yang amat sukar diperoleh dan walaupun banyak tersedia rujukan namun kurang juga nilainya sekiranya dibandingkan dengan amalan seorang doktor yang sentiasa menggunakan kuasa pemikiran dan logiknya.Al-Razi menentang sekeras-kerasnya amalan penipuan dan penyelewengan dalam amalan perubatan. Padanya penyakit jasmani tidak boleh dipisahkan dengan penyakit rohani. Oleh sebab itu, dalam merawatnya kedua-dua pendekatan iaitu rohani dan jasmani terus digemblengkan.Al-Razi turut memberi sumbangan yang besar dalam bidang kimia dengan terhasilnya Kitab al-Asrar (The Book of Secrets). Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan merupakan sumber utama maklumat bahan kimia sehingga abad ke-14M. Antara lain kejayaan al-Razi dalam dunia perubatan ialah penemuan rawatan kepada penyakit cacar dan pengasingan alkohol dalam penghasilan antiseptik.Sumbangan al-Razi dalam bidang falsafah tidak kurang hebatnya, dengan terhasilnya banyak karya tentang falsafah sudah cukup untuk membuktikan minat yang mendalam al-Razi dalam bidang falsafah. Karya beliau dalam bidang falsafah yang berjudul Al'Thib al-Ruhani merupakan karya teragung beliau dalam bidang falsafah. Karya ini berkisar tentang cara pengubatan penyakit jiwa dan pengubatan fizik yang menyembuhkan tubuh badan.Antara karya utama yang membincangkan persoalan falsafah ialah al-Sirah al'Falsafiyyah, Amarah al-lqbal aI'Dawlah, Kitab al-Ladzdzah, Kitab al-llmi al-Ilahi, Maqalah fi ma baid al'Thabiiyah, dan al-Syukuk 'ala Proclus.Alt Sami al-Nasysyar telah mengesan sebanyak 97 buah buku yang telah dihasilkan oleh al-Razi yang merangkumi bidang-bidang al-Quran (tafsir) lima buah, Ilmu kalam 40 buah, Falsafah 26 buah, Bahasa Arab tujuh buah, Fiqh dan Usul Fiqh lima buah, Perubatan tujuh buah, Geometri lima buah, dan Sejarah dua buah.Brockelman seorang pengkaji biografi orientalis pula membahagikan penulisan tokoh ini kepada 13 bidang dengan hanya menemui 38 buah karya sahaja, antaranya History dua buah, Fiqh tiga buah, Quran tiga buah, Dogmatics 13 buah, Philosophy lapan buah, Astrology satu buah, Cheiromancy satu buah, Rhetoric satu buah, Encyclopedia satu buah, Medicine satu buah, Physionomy dua buah, Alchemy satu buah, dan Mineralogy satu buah.

Nama sebenar beliau ialah Sinanuddin Yusuf bin Abdullah. Beliau telah dilahirkan di kampung Agirnes, berdekatan dengan Qaysariyyah di Anatolia pada 15 April 1489. Ibu bapanya berketurunan Yunani Kristian atau Armenia. beliau merupakan seorang tukang kayu atau bina. Sinan juga mempunyai anak murid sendiri seperti Daud Aga, Ahmad Aga, Kamal al-Din, Yatim Baba Ali dan Yusuf. Beliau meninggal dunia pada 17 Julai 1578 ketika usianya hampir 100 tahun.

Pendidikan terawal Sinan adalah menerusi penyertaannya dalam The School of The Acemi Oglanlar (kadet) di Istanbul, kemudian berkhidmat sebagai jurutera tentera janissary dalam ekspedisi Belgrade (1521M) dan ekspedisi Rhodes (1522M). Melalui keberanian yang ditonjolkan dalam kedua ekspedisi ini, beliau dianugerahkan jawatan sebagai zenberekdji bashi (chief firework-operator) atau ketua operasi kejuruteraan.Antara peperangan atau ekspedisi ketenteraan lain yang disertai beliau ialah Mohacs (1526M), Jerman (1529M), Baghdad dan Basrah (1534M).

Sepanjang penglibatan beliau dalam seni bina Islam, sebanyak 477 buah monumen telah dibina di seluruh empayar Uthmaniyah. 336 buah monumen dibina di Istanbul dan kawasan sekitarnya. 141 buah monumen bertaburan di seluruh pelosok empayar termasuklan Greece, Bulgaria, Hungary, Makkah, Madinah, Jerusalem, Damsyiq, Aleppo, Basrah dan Baghdad.

Monumen-monumen tersebut dibine berdasarkan kategori-kategori seperti berikut:

- masjid jami' (cami)- masjid (mescit)- sekolah (medrese)- kolej menengah dan rendah- ma'ahad tahfiz (darul qura)- istana (saray)- makam dan batu nisan; kawasan perkuburan sultan (turbe, kumbed)- hospital (dar us-syifa', timarhane)- saluran air (sukemeri)- jambatan (koprii)- restoran (imaret)- gudang (han)- rumah rehat (caravanserais, tabhane)- tempat permandian awam (hammam)

Binaan pertama yang didirikan Sinan ialah pembinaan jambatan untuk Coban Mustafa Pasha (1528-1529M) di Svilengrad, Bulgaria. Masjid pertama yang dibina beliau ialah Uc Baz Mescit (1530-1531M) di Istanbul. Menurut O'Kane, terdapat tiga projek mega Sinan iaitu masjid sehzade; diklasifikasikan sebagai hasil kerja seorang perantis. Kedua ialah masjid Suleyman; hasil unik seorang penjelajah yang mencapai tahap kematangan. Ketiga, masjid Selimiye; hasil seni bina agung oleh seorang arkitek genius. Sinan sememangnya mempunyai kepakaran dalam konsep the Organisation of space and dome construction.

MASJID SULAIMAN

General view of the interior, filled with light

The breathtaking interior of Suleiman Mosque

Exterior view of Suleimaniye Mosque

MASJID SEHZADE

MASJID SELIMIYE

Kesimpulannya, seni bina Uthmaniyyah mencapai tahap kematanganya apabila Sinan berjaya membina monumen 'empayar' yang dianggap sebagai masterpiecenya yang terakhir iaitu masjid Selimiye. Ramai arkitek Uthmaniyyah selepasnya mengadaptasi gaya Sinan dalam rekaan monumen mereka. Ketokohan Sinan terserlah melalui kemampuannya menyiapkan keseluruhan projek monumen dawlah dalam masa yang begitu singkat.