Upload
nizam-mohamed
View
104
Download
24
Embed Size (px)
Citation preview
PENGENALAN Kerajaan Turki Uthmaniyah (TU) telah diasaskan oleh Uthaman bin Ertughrul
bin Sulaiman Shah yang berasal daripada suku Qayi. Iaitu sebuah Kabilah Al-Ghuzz dari
kalangan orang Islam Turki yang tinggal berdekatan laut Caspian. Beliau merupakan
seorang pemimpin yang telah terlibat dalam memerangi kaum Monggol ketika memberi
khidmatnya kepada kesultanan Salquq dan berjaya menumpaskan pihak Byzantine sehingga
Sultan Ali al-Din mengangkatnya sebagai Amir dengan nama Bad al-Shah Al Uthman.1 Hal
ini telah menyebabkan empayar tersebut telah dikenali berdasarkan namaya iaitu Empayar
Uthmaniyah.2 Kehebatan Uthman yang memerintah Turki telah disambung oleh
pemimpinpemimpin lain selepasnya yang mempunyai kekuatan peribadi dan moral yang
tinggi iaitu seperti Sultan Murad I, Sultan Murad II, Sultan Bayazid I, Sultan Muhamad
alFatih, Sultan Salim I dan mencapai tahap kegemilangannya pada zaman Sultan Sulaiman
Qanuni (1520-1566). Pemerintahan yang hebat di kalangan pemimpin ini telah meletakkan
empayar TU dalam keadaan yang sangat hebat sehingga mampu berkembang sehingga
Afrika Utara disebelah barat daya dan Parsi di sebelah Timur. Kesultanan Uthamaniyah
mempunyai lebih banyak taklukan di Eropah berbanding Asia.3 Ini membuktikan bahawa
para pemimpin kerajaan TU lebih cenderung dalam memperluaskan kekuasaan mereka ke
Eropah.
1
Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan
Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), Prospecta Printers, Kuala Lumpur, 2002, hlm. 5.
2 Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan,
Thinkers Librarys ,2000, hlm. 123. 3 Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan
Afrika Utara Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm.56
1
TU mulai mengalami kemerosotan semenjak pemerintahan Sultan Salim II. Kekuatan TU
tidak lagi mampu bertahan sehingga akhirnya tumbang sepertimana yang terjadi kepada
pemerintahan khalifah lain terdahulu. Namun, kejatuhan TU bukan sekadar kerana
kelemahan pemerintahnya tetapi juga disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti proses
Tanzimat, Nasionalisme, Kelonggaran ketenteraan, Pengkhianatan dalaman dan Ancaman
Luaran. Hal ini akan dibahaskan melalui esei ini. FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN TURKI
UTHMANIYAH 1.0 Kelemahan Pemerintah Pada Awal abad ke-17, kerajaan TU berada
dalam keadaan yang tidak stabil apabila pemerintahannya yang kerap bersilih ganti akibat
kematian pemimpinnya. Hal ini mengakibatkan setiap kali pertukaran Sultan berganti polisi
kerajaan juga bertukar dan kestabilan negara kerap goyah. Lima orang sultan pertamanya
pada abad ke -17 meninggal sebelum menjangkau usia 35 tahun . Pada saat ini pemimpin
sangat bergantung kepada para pegawai untuk menguruskan pentadbiran negara. 4 Kurun
ini menyaksikan kelemahan ramai pemerintah TU. Terdapat ramai sultan yang tidak sekuat
sultan-sultan terdahulu antaranya ialah Sultan Mustafa I (1617 M), Uthman II (1617-1621 M),
Murad IV (1622-1640), Ibrahim bin Ahmad (1639-1648 M), Muhammad IV (1648-1687 M),
Suleiman III (1687-1690 M), Ahmad II (1690-1694), Mustafa II (1694-1703 M), Ahmad III
(1703-1730 M), Mahmud I (1730-1754 M), Ahman III (1754-1787 M), Mustafa III (1757-1773
M), dan Abdul Hamid I (1773-1788 M). 5
4 5
Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm. 69 Ali
Muhammad Ash- Salabi, Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah, Pustaka AlKausar,
2003, hlm .403-425.
2
Sultan Utsman ke II misalnya telah menaiki takhta ketika baru berumur 13 tahun. Sultan
hanyalah boneka dan kuasa pemerintah terletak ditangan golongan elit Turki. Sultan hanya
menurut kehendak golongan tersebut yang berkepentingan peribadi. Sepanjang
pemerintahannya selama setahun empat bulan penggantian Perdana Menteri telah berlaku
sebanyak tujuh kali. 6 .Selain itu, kelemahan juga dapat dilihat semasa Sultan Murad V.
Beliau telah dinaikkan oleh golongan Freemasonry (sebuah pertubuhan Yahudi) dan hanya
sempat memerintah selama 93 hari kerana penyakit gila akibat terlalu takut. Beliau takut
melihat kematian Sultan sebelumnya iaitu Sultan Abdul Aziz yang mati dibunuh. Selain itu
beliau adalah seorang yang mudah tertipu dan merupakan seorang kaki arak dan tidak
berwibawa. 7Sultan pada kurun ke-18M juga berperibadi lemah dan terkenal dengan sikap
zalim, ingin berlagak dengan kemewahan dan tunduk kepada hawa nafsu. 8 Kelemahan
Pemerintah mengawal golongan Harem dan pegawai tempatan juga menjerumuskan TU ke
lembah kejatuhan. Pada kurun ke-16 telah menyaksikan kemasukan pengaruh perempuan
dalam pemerintahan TU. Hal ini berikutan Sultan Uthamaniyah pada abad ke-16 sangatlah
dipengaruhi oleh perempuan kerana mereka hidup terkurung di Istana Harem.9 Mereka
dikurung bagi mengelakkan pergaduhan antara bakal waris takhta sehingga menyebabkan
mereka lemah dan tidak pandai
memerintah kerajaan.10 Maka, kelemahan ini telah dimanfaatkan oleh intitusi Harem.
Golongan Harem berusaha untuk menaikkan zuriat masing-masing untuk menjadi
6 7
Ibid., hlm. 404. Ibid., hlm 528-529. 8 Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah
Penjajahan dan Pergolakan, hlm.3. 9 Harem. merujuk kepada ruangan dalam rumah yang
menjadi kediaman para wanita, iaitu yang terdiri daripada kelompok isteri dan gundik kepada
tuan rumah. Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan
Pergolakan, hlm..4. 10 Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara
Moden, hlm.59.
3
sultan sehingga sanggup membunuh antara satu sama lain dan mengadakan pelbagai
komplot agar cita-cita mereka tercapai. Akibatnya, berlakulah perebutan kuasa sehingga
menyebabkan suasana politik lemah dan kepimpinan menurun dan pemerintah gagal
mengawal situasi ini. Selain itu, sikap pegawai kerajaan TU juga berpecah-belah. Mereka
sangat mementingkan kedudukan mereka dan sanggup melakukan apa saja untuk
mempertahankan kedudukan. Maka, berlakulah rasuah dan penyelewengan kuasa.
Golongan istana tidak bersatu padu dan birokrat awam atau Kaleimiyyeh yang menjawat
jawatan tinggi juga berpecah belah pada abad ke-18.
11
Kelemahan yang
wujud dalam pemerintahan ini dan pegawai yang mula berpecah belah dan mempunyai
matlamat untuk kepentingan diri telah membawa kepada kejatuhan TU. Contohnya golongan
pembesar daerah derebey yang menguasai kawasan-kawasan lembah
kerap kali mencabar kerajaan pusat dan mengistiharkan kemerdekaan sendiri.12 Selain itu,
pembesar-pembesar tempatan yang cuba membebaskan diri daripada TU adalah seperti
Mamalik di Iraq, Alu Al-Azim di Suriah, Al-Syihabiyun di Libanon, Zahir Al-Umar di Palestin
dan sebagainya.13 Situasi ini membuktikan kelemahan pemerintah TU sehingga pembesar
berani berpaling tadah dan melakukan pemberontakan yang makin melemahkan TU. 2.0
Proses Tanzimat
11
Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.), Kebangkitan Islam: Gambaran dan
sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman Moden jil III, Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm.166. 12 Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah
Penjajahan dan Pergolakan,, hlm.4. 13 Ali Muhammad Ash- Salabi, Bangkit dan Runtuhnya
Khilafah Utsmaniyah, hlm. 712.
4
Tanzimat14 bermaksud mengatur, menyusun dan memperbaiki. Dalam sejarah TU,
Tanzimat merupakan satu pergerakan pembaharuan atau reformasi yang dilakukan TU
dalam tahun 1939-1876. Sayangnya pemodenan yang dibuat dalam konteks TU adalah
pembaharuan yang berasaskan pembaratan. Situasi ini semakin membuatkan TU semakin
parah dan terperangkap dengan situasi sehingga hancurnya empayar yang luas ini.
Pemodenan yang dilakukan bermula dengan pengistiharan Hatt-i-Sarif atau dikenali Piagam
Kamar Merah (1830) dan Hatt-I- Humayun (1856) oleh Sultan Abdul Majid dan Rasyid Ali
dan Fuad Pasha.15 Piagam ini merangkumi pembaharuan pentadbiran, penyelarasan sistem
cukai, sistem kerahan tenaga, persamaan hak individu dan pendidikan sekular
menggantikan pendidikan islam. Proses ini telah menyebabkan kemasukan fahaman sekular
yang membahayakan TU. Piagam Hatt-IHumayum lebih menegaskan tentang sekularisme
iaitu dengan menggugurkan rujukan tentang syariat Islam. 16Sebenarya proses ini amat
dinanti-nanti oleh dunia barat kerana reformasi ini menguntungkan mereka dan rakyat
kristian yang berada di bawah TU. Dari sudut ekonomi, pembaharuan ini merangkumi
pembinaan infrastruktur canggih seperti pembinaan Sistem Kereta api Eropah Barat
menerusi Anatolia terus ke Baghdad.1718 TU berhutang sehingga menyebabkan tekanan
daripada pihak Eropah
14
Al-Tanzimat ialah perkataan bahasa Arab yang telah memasuki bahasa Turki Uthmaniyah
dalam istilah politiknya. Ia adalah gerakan pembaharuan dan penyusunan mengikut cara
Eropah dan pihak Barat. Maknanya dari sudut sejarah pula ialah gerakan pembaharuan
dalam TU pada kurun ke-13 Hijrah atau ke-19M mengikut institusi-institusi dan
undangundang eropah. Lihat Eeman Mohamed Abas,Sultan Abd Al-Hamid II dan kejatuhan
Khilafah Islamiah, hlm.39. 15 Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.),
Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk
Letupan dan Zaman MOden jil III, hlm.200. 16 Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden:
Sejarah Penjajahan dan Pergolakan, hlm.126127. 17 Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali
Masrun (terj.), Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar
Serbuk Letupan dan Zaman MOden jil III, hlm.303 18 Ibid., hlm.200
5
yang mendesak agar Istanbul menghapuskan sekatan Import. Hal ini menyebabkan
barangan daripada Eropah telah memenuhi pasaran TU dengan harga yang sangat murah
sehingga menghancurkan ekonomi TU sendiri. Contohnya kemasukan
barangan luar secara berterusan, kain-kain yang dibuat di luar negeri , adalah daripada
bahan mentah Syria mengancam dan memusnahkan industri Syria.19 Sultan Abd al-Aziz
meneruskan Tanzimat sehingga empayar tersebut muflis
pada 1875 dengan pinjaman besar dari Eropah, membawa kepada tertubuhnya Pentadbiran
Hutang Awam Kebangsaan Uthmaniyah, yang kerajaan dan pemilik bank eropah mengawal
kewangan Uthmaniyah. Pada 1876, setelah Sultan Abdul Hamid II menaiki takhta , hutang
yang ditanggung oleh kerajaan TU ialah melebihi daripada 200 juta pound Sterling. Ini
membuktikan proses Tanzimat dalam bidang ekonomi
memberikan kesan buruk dalam kestabilan ekonomi TU dan menghancurkan TU. Dari sudut
sosial, Proses Tanzimat telah mewujudkan banyak sekolah-sekolah sekular menggantikan
sekolah yang berpendidikan Islam. Pendidikan sekular ini
tertumpu kepada karya sastera tertentu, arena persuratan berkembang maju dan terjemahan
daripada fiksyen barat.20 Malahan sistem pendidikan telah disusun semula dan pada 1866,
sebuah Kementerian Pelajaran Umum ditubuhkan untuk menyelia sekolah sekular.21 Maka,
sekolah sekular mula tumbuh seperti cendawan di TU. Malahan negara barat juga
mengambil peluang ini untuk menyerapkan pendidikan mereka melalui beberapa institusi
pendidikan seperti Amerika menubuhkan
19 20
Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm. 102. Marshall
G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.), Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam
Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman MOden jil III,, hlm. 302. 21
Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm. 103.
6
Universiti Bosporus (1863) dan Maktab Protestan Syria ( 1866). Manakala Perancis
mengasaskan Imprrimerie Catholique pada 1853 dan the Universitende St. Joseph pada
1875.22 Situasi ini makin menggalakkan penerapan idea nasionalisme, kapitalisme,
imperialism terhadap masyarakat sehingga menyebabkan sentimen perkauman semakin
menebal dan akhirnya idea-idea barat ini telah berjaya menjatuhkan kerajaan Islam TU.
Malahan, pengenalan undang-undang barat juga telah dibawa masuk yang telah
mengetepikan undang-undang Islam yang diguna pakai selama ini. Pada 1869 Menteri
kehakiman TU telah menubuhkan makhamah sekular yang mengehadkan bidang kuasa
mahkamah Syariah.23 Hal ini merupakan petanda masyarakat mula lebih memandang dunia
dan mengetepikan undang-undang yang selama ini telah diguna pakai oleh TU dan
mendorong kejatuhan TU. Dari sudut politik dan pentadbiran, kerajaan TU telah
memperkenalkan pentadbiran ala barat yang bertunjangkan sistem demokrasi. Kementerian
tertentu telah ditubuh seperti kementerian Pelajaran (1857), polis(1870) dan Majlis Tanzimat
yang berperanan menasihati Sultan. Tetapi hakikatnya sultan hanya mengikut telunjuk
golongan Pasha dan tanpa sebarang kuasa dalam menentukan dasar negara.24 Malahan,
kuasa-kuasa Gabenor wilayah turut dikurangkan. kesultanan TU. 3.0 Kelonggaran
Ketenteraan Situasi ini melemahkan
22 23 24
Ibid., hlm. 104 Ibid. Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan
Pergolakan, hlm.162.
7
Kekuatan TU ketika zaman keagungannya adalah dari segi ketenteraan dan ini terbukti
dengan siri-siri perluasan kuasa yang dilakukan oleh Sultan-sultan terdahulu. Namun, disiplin
ketenteraan yang mulai longgar apabila pasukan tentera tidak lagi tinggal didalam kem dan
bergaul dengan masyarakat, seperti dibenarkan berkahwin membuat kerja sampingan
tertutama berniaga malah ada yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti minum
arak, rasuah dan sebagainya. Janissari tidak lagi menjadi pasukan elit yang padu dalam
kesetiaan kepada sultan, tetapi memupuk minat terhadap tanggungjawab luaran mereka dan
seringkali kekurangan latihan ketenteraan. 25 Selain itu, pasukan khas ini sering
memberontak terhadap sultan.26 Malahan pasukan tentera telah diwarnai dengan unsur-
unsur rasuah dari peringkat atasan hingga ke peringkat bawahan. Kelemahan disiplin
dikalangan pegawai atasan akibat penjualan jawatan dari peringkat atasan. Pada awalnya,
pelantikan
adalah berdasarkan kemampuan berubah apabila peningkatan cukai secara tidak langsung
telah menyebabkan wang menjadi segala-galanya untuk pengimbangan pendapatan.27
Disiplin ketenteraan merosot pada semua jentera pusat dan ini menggoyahkan kerajaan TU
ketika menghadapi pemberontakan dalaman dan serangan luaran. Perlu saya tegaskan,
bahawa TU adalah sebuah kerajaan yang luas dan bagi menampung keluasan ini sistem
ketenteraan yang cekap amat penting. Tetapi, apabila keaadaan ketenteraan yang tenat,
pengawalan kawasannya menjadi lemah dan TU mulai goyah dan secara perlahan-lahan
menuju kejatuhan.
25 26
Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm 65. Fadhlullah
Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan, hlm.4. 27 Marshall G.S.
Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.), Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam
Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman Moden jil III, hlm. 150151.
8
Akibatnya, pembubaran unit Janissari telah dibuat dan ditentang hebat oleh golongan
Janissari tetapi pembaharuan tetap dibuat oleh Sultan Mahmud II kerana menyedari
kelemahan pasukan Janissari. Pemodenan tentera dibuat pada abad 19 dengan mengupah
pakar asing dan menghantar pegawai kanan menjalani latihan di negara Barat. Sesiapa
sahaja yang mempunyai kewarganegaraan boleh memasuki tentera berbeza dengan
sebelum, ini yang hanya khusus untuk orang Islam sahaja dan kewajiban membayar cukai
gantian yang dikenali ‘askariyyah’ kepada minoriti lain sebagai ganti perkhidmatan tentera.
Sultan Mahmud II misalnya telah membeli senjata baru dan peralatan senjata kecil yang
disembunyikan di Istananya.28 ini tetap tidak mampu menandingi negara Barat. Tetapi
langkah
4.0 Pergerakan Nasionalisme TU kukuh dalam empayarnya kerana kesatuan yang wujud
didalamnya. Namun, sejak fahaman sekular mulai meresap dalam nadi masyarakat yang
berbilang kaum di bawahnya, perpecahan mula berlaku dan masing-masing bersaing
sehingga
menjerumuskan TU ke jurang kejatuhan. nasionalisme yang diimport dari Barat ini
merupakan senjata yang amat ampuh. Malahan, institusi pendidikan sekular dan
perkhidmatan pos serta kemudahan perhubungan lain yang ada membolehkan ideologi dan
pemikiran baru yang diterapkan Eropah termasuk konsep revolusi, nasionalisme dan
imperialism telah menyuburkan semangat kebangsaan bangsa Arab dan sentimen
memerdekakan tanah Arab dari Turki yang berkobar-kobar.29 Gerakan perkauman ini
28 29
Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm. 91. Hamedi
Mohd. Adnan, Krisis Timur Tengah, Penerbit Amal, 1991, hlm. 17
9
merupakan faktor keruntuhan TU kerana ketiadaan sikap bersatu padu ini telah memulakan
fasa penjajahan barat dalam memecahbelahkan TU. Malahan nasionalisme mengandungi
bibit-bibit jahilliyah yang sama dengan semangat abasiyah yang diharamkan oleh Islam.
Nasionalisme inilah yang mengasingkan umat Islam antara satu sama lain dan
menyebabkan mereka terus dikuasai oleh Barat.30 Sentimen anti Turki wujud bermula abad
ke-19. Contohnya di Arabia, telah
wujud pergerakan Wahabiyah yang bersifat anti Barat dan menentang dominasi Turki serta
menentang amalan korupsi didalam TU. Golongan ini Berjaya menakluki Mekah tetapi
seketika sahaja sebelum dikalahkan oleh Muhamad Ali Pasha pada 1810 dan pergerakan ini
Berjaya menawan kembali Mekah pada 1924. Selain itu, masyarakat Maronite di Lubnan
juga menjalankan sentiment anti-Turki akibat tidak berpuashati dianggap masyarakat kelas
kedua. Sentimen ini kian memuncak apabila berlakunya gerakan kemerdekaan Kristian
Lubnan pada 1860. Kewujudan sentimen perkauman antara masyarakat Turki dan Arab ini
memuncak pada zaman Sultan Abdul Hamid apabila beliau telah mengenakan tindakan
keras kepada masyarakat Arab dalam proses melumpuhkan gerakan pemberontakan tetapi
sebaliknya tindakan itu ditafsir sebagai cubaan memenangkan bangsa Turki dan dasar anti-
Arab. Sebenarnya,
gerakan kemerdekaan Arab ini telah di taja oleh Kristian Barat untuk menjatuhkan kesatuan
dunia Islam. Selain itu, Syarif Husain telah memberontak terhadap kerajaan TU pada Jun
1916 melalui komplot yang didalangi British. Syarif Husain sanggup menjual kehormatan
agama kerana terpengaruh dengan janji British. Pemberontakan yang
30
Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan, hlm. 56.
10
dilakukannya dikenali sebagai pemberontakan Arab dan Berjaya mengalahkan TU dengan
bantuan pihak British. Kerajaan TU akhirnya runtuh kerana ketamakan Syarif Husain dan
pihak British yang berjaya menguasai kerajaan tersebut.31 Nasionalisme Turki juga
berperanan menjatuhkan kerajaan TU sendiri. Pertubuhan al-IIttihad wa al-Taraqqi telah
membangkitkan semangat perkauman dikalangan masyarakat Turki. Pertubuhan ini
menyeru kepada konsep baru seperti tanah air, perlembagaan, persamaan dan kebebasan.
Matlamat persatuan ini ialah menggulingkan Abdul al-Hamid II dan menggantikannya
dengan perlembagaan,
keadilan dan reformasi. Yang memalukan, matlamat persatuan ini digariskan oleh orang
Yahudi dan Freemason yand secara terangannya cuba memecahbelahkan umat Islam.32
Akhirnya, hal ini menjadi kenyataan apabila terhapusnya khalifah Uthmaniyah pada 1924.
Nasionalisme Arab dan Turki ini berterusan sehingga meletusnya perang dunia yang
pertama. Kemunculan gerakan-gerakan seperti Turki Muda dan sebagainya telah
menyebabkan berlakunya peperangan yang mengugat TU. Kerajaan ini tidak mampu
bertahan dengan serangan dalaman dengan bantuan pihak Barat yang sentiasa menanti
untuk membahagi-bahagikan wilayah TU. Pada akhirnya, selepas Barat menjajah negara
Islam barulah pemimpin gerakan nasionalisme ini mengaku salah dan berpendapat kerajaan
Islam dibawah TU adalah seribu kali lebih baik dari Barat. Malahan Nasionalisme yang
diperjuangkan gagal merealisasikan slogan mereka iaitu pembaharuan, kebebasan dan
keadilan. Nasionalisme Turki, Nasionalisme Arab seiring
31 32
Ibid., hlm. 70-71. Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah
Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), hlm. 306.
11
dengan perancangan Barat dalam membangkitkan permusuhan dalaman TU ini berjalan
lancar sehingga mengheret kerajaan TU ke lurah kehancuran. 5.0 Penyelewengan Islam
Ajaran islam pada saat akhir kerajaan TU, telah dicemari oleh amalan kurafat dan tahayul
yang melampaui batas.Masyarakat TU semakin lali dan mementingkan keduniaan. Hal ini
terbukti apabila ramai menghiaskan diri dengan tangkal, azimat dan Jampi serapah untuk
menghindar diri dari penyakit atau bala bencana. Malahan berlaku pemujaan kubur seperti
memuja kubur wali atau orang yang dianggap keramat.33 Arak, Candu dan pelacuran
semakin berleluasa dan melemahkan umat Islam. Selain itu, masjid telah lengang dan
terdapat juga masyarakat TU yang berpuas hati dengan membilang tasbih tanpa melakukan
tugas-tugas wajib seperti solat lima waktu. Terpesong dari ajaran Islam bermakna kelunturan
nilai-nilai peribadi dan manusia berpaling ke arah dunia sehingga memporak-perandakan
keadaan masyarakat yang sudah sedia tenat dalam kerajaan TU. Malahan, yang lebih
menyedihkan adalah kemunculan para sufi yang menyimpang dari al-Quran dan al-Sunnah
dan
bersekongkol dengan pihak tertentu dalam menjatuhkan umat Islam itu sendiri.34 Situasi ini
diakui oleh Sultan Abdul Hamid II ketika memberi syarahan ketika merasmikan pembukaan
sidang parlimen pertama pada 19 Mac 1877/ 4 Rabiul Awal 1294 H mengakui bahawa:
33 34
Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan, hlm. 5-6 Ali
Muhammad Ash- Salabi, Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah, hlm. 733.
12
“ … sepanjang 600 tahun, kekayaan dan kebahagiaan negara dan rakyat jelata sentiasa
meningkat menuju kemajuan dan perkembangan di bawah perlindungan keadilan dan
kedaulatan undang-undang, namun setelah itu kita mulai mengalami kemerosotan secara
berperingkat disebabkan kelemahan kita mengikut dan berpandu dengan syariat Allah. Lalu
kekuatan tersebut digantikan dengan kelemahan.”35
Hal ini jelas membuktikan bahawa masyarakat TU yang telah meninggalkan syariat Islam
dari pelbagai sudut ekonomi, sosial dan politik dan berpaling kepada konsep keduniaan
melumpuhkan nilai-nilai rohani dan nilai-nilai positif dalam pembentukan jiwa dan diri
seorang khalifah yang baik sehingga mendorong kemunculan pelbagai kemaksiatan yang
akhirnya menjerat kerajaan TU.
6.0 Peranan golongan minoriti Golongan minoriti dalam TU turut berperanan dalam
menjatuhkan kerajaan TU . Golongan tersebut ialah orang Yahudi dan Armenia. Orang
Yahudi merupakan terdiri daripada golongan kaya yang terlibat dalam perniagaan, perubatan
dan jawatan penting lain. Mereka memainkan peranan penting dari sudut sosial,
kebudayaan, politik dan ekonomi. Kaum Yahudi ini berperanan selama 400 tahun dalam
menjatuhkan kerajaan TU. Sultan Abd Hamid pernah menyatakan bahawa baginda tidak
bimbang pemberontakan dari pihak Rum, Armenia dan Albania kerana mampu
memadamkannya, kecuali orang Yahudi, kerana mereka orang-orang kaya dan sukar
menghadapi mereka.36
35
Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan
Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), hlm.97. 36 Ibid., hlm. 510.
13
Orang Yahudi terutama Yahudi al-Dunamah telah melakukan pelbagai cara dalam
menjatuhkan TU termasuk seruan perkauman, sama ada perkauman Arab, Turki, Kurdi dan
lainnya dan dengan mengajak menyertai pertubuhan sulit terutama Freemason. Mereka turut
menggunakan propaganda dan akhbar-akhbar bagi meruntuhkan khilafah.37 Orang Yahudi
mempunyai misi dalam mendapatkan Palestin tetapi terhalang oleh pemimpin-pemimpin TU
yang tidak mahu menyerahkan bumi suci itu kepada kaum Yahudi. Kurusu, seorang peguam
Yahudi iaitu wakil peribadi kepada Theodore Herzl, pemimpim utama Zionis bersumpah
menggulingkan Abdul Hamid kerana sebelum itu enggan menyerahkan bumi Palestin
kepada pihak Zionis.38 Hal ini membuktikan pihak Yahudi berperanan penting dalam
menjatuhkan kerajaan TU dan melakukan pelbagai cara dalam menjatuhkan TU dan
sanggup bersekongkol dengan pihak Barat dalam memastikan kejatuhan kerajaan TU.
Seorang penganalisa sejarah Turki berkata: “Boleh dikatakan dengan tegas dan pasti
bahawa revolusi Turki hampir semuanya adalah hasil konspirasi pihak Yahudi Freemason.39
Selain itu, bangsa Armenia juga berperanan dalam menjatuhkan kerajaan TU. Walaupun
awalnya bangsa ini sangat setia dan berpuas hati dengan pemerintahan TU tetapi hasutan
barat dan pendidikan sekular menjadikan mereka bangsa yang menentang TU. Mereka
merupakan pengikut pelbagai Mazhab seperti Kristian, Khatolik, dan Protestan. Masyarakat
Armenia Mempunyai jawatan dalam jabatan kerajaan, wilayah dan kedutaan pada zaman
Sultan Hamid. Mereka telah bertindak mengkhianati TU dengan membantu Rusia
menentang TU pada 1876 kerana
37
38
39
Ibid., hlm. 511. Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan,
hlm.163.
Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan
Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), hlm. 436.
14
terpengaruh idea Nasionalisme yang telah diterapkan.40 Malahan mereka menubuhkan
pergerakan bersenjata yang di pelopori pelajar Armenia yang mendapat pendidikan di
Switzerland dan Perancis. Mereka mengeluarkan akhbar-akhbar sendiri seperti alJaridah
dan pihak Inggeris dan Yahudi telah memberikan bantuan kewangan kepada mereka dalam
pergerakan menjatuhkan TU. Semasa pemerintahan Sultan al-Hamid, bangsa Armenia
mempunyai 9 akhbar yang mempunyai hubungan dengan negara Barat.41 Barat
menggunakan bangsa ini sebagai boneka untuk menjatuhkan TU kerana mereka merupakan
minoriti beragama kristian. Malahan pelajar-pelajar Armenia yang belajar ke Barat telah
bersekongkol dan membuat perjanjian dengan para pemimpin Parti al-Ittihad wa al-Taraqqi
( Satu persatuan Yahudi) untuk berjuang mengubah perlembagaan, menukar sultan dan
lainlain. Para pemimpin ini membawa bersama mereka revolusi dan perkauman bagi
menentang TU.42Pengkhianatan dalaman yang dilakukan oleh masyarakat minoriti TU ini
jelas membawa kepada keadaan kucar kacir dan berpecah-belah sehingga menjatuhkan
kerajaan TU. 7.0 Campurtangan Kuasa Asing Pihak Barat sentiasa menanti peluang untuk
menjatuhkan kerajaan TU. Oleh kerana soal keagamaan ( permusuhan Kristian dan Islam)
dan ekonomi (Kedudukan dunia arab yang berada ditengah merupakan strategik untuk
perdagangan), kerajaan TU seolah-olah menjadi sebuah kerajaan yang perlu dijatuhkan.
Britain, Rusia,
40 41
Ibid., hlm.622. Ibid., hlm.639. 42 Ibid., hlm.640-641.
15
Perancis, Jerman dan Itali sentiasa memanfaatkan setiap situasi dalam negara TU untuk
menjatuhkannya. Contohnya ketika bangsa Armenia enggan membayar cukai di wilayah
Taflis telah menyebabkan kerajaan TU mengambil tindakan. Akhbar-akhbar eropah
membuat serangan kepada kerajaan TU dengan menuduh Sultan Abdul alHamid melakukan
pembunuhan besaran terhadap bangsa Armenia.43 Pihak Barat cuba campurtangan dengan
propaganda palsu mempertahankan hak golongan minoriti, menyebarkan ilmu dan
perubatan. Padahal dalam masa yang sama cuba menerapkan idea Nasionalisme dan
hasutan serta membiayai pihak-pihak yang berjuang untuk menjatuhkan TU. Contohnya parti
al-IIttihad wa al-Taraqqi (nasionalis Turki) telah dibantu oleh majlis Freemason (Yahudi
antarabangsa), Vienna, Budapest, London, Paris dan Berlin.
44
Hal ini membuktikan bahawa Barat
sememangnya memainkan peranan penting dalam menjatuhkan kerajaan TU sejak awal lagi
iaitu dengan meniupkan idea Nasionalisme dan seterusnya apabila semangat nasionalisme
berkobar-kobar mereka memberikan bantuan pula untuk menyemarakkan lagi perjuangan
dalam matlamat menggulingkan kerajaan TU KESIMPULAN Melalui esei yang telah
dibincangkan di atas, jelaslah menunjukkan bahawa kejatuhan kerajaan TU bukan sahaja
disebabkan oleh kelemahan pemerintah-
pemerintah akhirnya tetapi juga didorong faktor lain seperti penyelewengan agama Islam,
Nasionalisme kaum, pengkhianatan dalaman dan Ancaman luaran. Kesemua
43 44
Ibid., hlm. 638. Ibid., hlm. 436.
16
faktor ini saling berkaitan antara satu sama lain sehingga mempercepatkan proses kejatuhan
empayar Khalifah terakhir ini.
BIBLIOGRAFI Ali Muhammad Ash- Salabi. 2003. Bangkit dan Runtuhnya Khilafah
Utsmaniyah. Jakarta: Pustaka Al-Kausar, Eeman Mohamed Abbas. 2002. Sultan ‘Abd Al-
Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan
Minoriti), Kuala Lumpur: Prospecta Printers. Fadhlullah Jamil. 2000. Islam di Asia Barat
Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Shah Alam: Thinkers Librarys. Hamedi Mohd.
Adnan. 1991. Krisis Timur Tengah. Kuala Lumpur: Penerbit Amal. Marshall G.S. Hogson,
Mohd Razali Masrun (terj.). 2004. Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam
Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman MOden jil II., Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka Mohammad Redzuan Othaman. 1991.Timur Tengah dan Afrika Utara
Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
.
17