10
JUSTIFIKASI TERHADAP PEMILIHAN AKTIVITI DAN TEORI PEMBELAJARAN YANG DIPILIH ugas utama seorang guru adalah untuk memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan berkesan dan mencapai objektif yang disasarkan. Untuk memenuhi tugas ini, guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping memastikan pemilihan aktiviti yang dibuat adalah tepat dan bersesuaian dengan tajuk yang hendak diajar. T Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan aktiviti- aktiviti tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Aktiviti yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang telah saya hasilkan, saya telah memilih beberapa aktiviti untuk dilaksanakan semasa mengajar tajuk bahagi bagi subjek matematik Tahun 3. Kesemua aktiviti yang saya pilih adalah berdasarkan teori pembelajaran yang telah saya pilih sebagai asas rujukan saya iaitu teori pembelajaran kognitivisme dan konstruktivisme. Penggerak utama Kognitivisme adalah Jean Piaget. Idea utama Kognitivisme adalah perwakilan mental. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental yang dikenali sebagai skema. Skema akan menentukan bagaimana data dan maklumat yang diterima akan difahami oleh minda

KERJA KURSUS MTE 3109 BAHAGIAN 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KERJA KURSUS MTE 3109 BAHAGIAN 1

Citation preview

Page 1: KERJA KURSUS MTE 3109 BAHAGIAN 1

JUSTIFIKASI TERHADAP PEMILIHAN AKTIVITI DAN TEORI PEMBELAJARAN YANG

DIPILIH

ugas utama seorang guru adalah untuk memastikan sesi pengajaran dan

pembelajaran berlangsung dengan berkesan dan mencapai objektif yang

disasarkan. Untuk memenuhi tugas ini, guru bukan sahaja harus dapat

menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga

menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana

pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping memastikan pemilihan

aktiviti yang dibuat adalah tepat dan bersesuaian dengan tajuk yang hendak diajar.

T

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari

segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi

pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan aktiviti- aktiviti tertentu

yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Aktiviti yang dipilih itu, selain

berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu

menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan

pembelajaran yang bermakna.

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang telah saya hasilkan, saya telah

memilih beberapa aktiviti untuk dilaksanakan semasa mengajar tajuk bahagi bagi subjek

matematik Tahun 3. Kesemua aktiviti yang saya pilih adalah berdasarkan teori pembelajaran

yang telah saya pilih sebagai asas rujukan saya iaitu teori pembelajaran kognitivisme dan

konstruktivisme. Penggerak utama Kognitivisme adalah Jean Piaget. Idea utama

Kognitivisme adalah perwakilan mental. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili

melalui struktur mental yang dikenali sebagai skema. Skema akan menentukan bagaimana

data dan maklumat yang diterima akan difahami oleh minda manusia. Jika maklumat ini

secocok dengan skema yang ada, maka murid akan menyerap maklumat tersebut ke dalam

skema ini. Sekiranya tidak secocok dengan skema yang ada, maklumat ini mungkin ditolak

atau diubah suai atau skema akan diubah suai.

Bertitik tolak daripada pandangan Kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan

tentang cara manusia belajar iaitu secara Konstruktivisme. Mengikut Konstruktivisme,

pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap

secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan

menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk

membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama

rakan dan gurunya.

Page 2: KERJA KURSUS MTE 3109 BAHAGIAN 1

Untuk fasa persediaan, saya memilih aktiviti yang melibatkan beberapa jenis bahan

maujud iaitu beberapa biji bola ping pong dan cawan plastik. Fasa ini memerlukan murid

untuk melihat dan melakukan sendiri tindakan seperti yang saya tunjukkan di hadapan kelas.

Dengan menggunakan empat biji bola ping pong dan dua buah cawan plastik yang ada,

saya membahagikan bola ping pong tersebut ke dalam kedua- dua cawan plastik tersebut

secara satu satu dan sama rata. Setelah memastikan murid faham dengan tindakan dan

penerangan yang saya berikan, saya kemudiannya meminta mereka melakukan perkara

yang sama dengan menggunakan bilangan bola ping pong dan cawan plastik yang berbeza.

Saya memilih aktiviti ini kerana aktiviti ini memerlukan murid melakukan aktiviti

dengan cara berinteraksi dengan bahan konkrit. Seperti yang diutarakan oleh Jean Piaget

dalam teori perkembangan kognitifnya, kanak- kanak berusia antara tujuh hingga dua belas

tahun berupaya untuk menyelesaikan suatu permasalahan dalam bentuk konkrit. Bahan-

bahan konkrit yang dapat dipegang, dirasa atau digunakan oleh murid dapat menjadikan

pengalaman belajar mereka lebih bermakna dan proses pemahaman konsep lebih mudah.

Aktiviti ini dapat memberikan peluang kepada murid untuk membuat sendiri aktiviti yang

disediakan. Perkara ini membawa maksud dengan adanya aktiviti yang melibatkan bahan

konkrit, murid akan lebih mudah faham dan membantu dalam proses mengingat. Ini selaras

dengan kata-kata yang pernah dimadahkan oleh Kung Fu Tze, seorang pujangga dan ahli

falsafah cina;

‘…kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat saya ingat; dan kalau saya buat

saya tahu…’

Untuk fasa imaginasi pula, saya memilih untuk menggunakan bahan bantu mengajar

yang saya hasilkan sendiri dengan tujuan bagi memudahkan kefaham murid berkaitan tajuk

bahagi yang saya ajarkan. Aktiviti ini juga memerlukan murid untuk tampil ke hadapan dan

melakukan sendiri seperti yang saya tunjukkan dan terangkan kepada mereka pada

peringkat awal. Dalam fasa ini, murid diberikan beberapa kad hitam bersaiz sama besar dan

beberapa kad petak kuning bersaiz sama kecil. Mereka kemudiannya dibimbing dan

diperkenalkan kepada sistem bahagi secara pengumpulan dan pengongsian. Kad- kad yang

digunakan membawa simbol kumpulan dan ahli kumpulan bagi memudahkan kefahaman

murid.

Pemilihan aktiviti dalam fasa imaginasi ini saya fokuskan kepada penggunaan kad

berwarna- warni. Mengikut kajian oleh pakar Amerika, warna bukan sahaja dapat membantu

memudahkan proses mengingat, malah dapat membantu untuk memanjangkan tempoh

ingatan bagi sesuatu maklumat yang disimpan. Aktiviti ini juga melibatkan penggunaan kad

berwarna- warni bagi tujuan menarik minat dan mengekalkan tumpuan murid terhadap sesi

Page 3: KERJA KURSUS MTE 3109 BAHAGIAN 1

pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam bilik darjah. Seperti yang kita

sedia maklum bahawa kanak- kanak cenderung dan lebih mudah berminat atau tertarik

kepada bahan yang berwarna warni. Ini secara tidak langsung dapat membantu saya untuk

mengekalkan fokus murid terhadap sesi pembelajaran yang berlangsung.

Selain itu, bagi fasa yang seterusnya iaitu fasa perkembangan, saya memilih untuk

melakukan aktiviti pergerakan dari stesen ke stesen lain dalam bentuk kumpulan. Dalam

aktiviti ini, murid akan dibahagikan kepada 3 kumpulan dan perlu melalui 3 stesen yang telah

disediakan. Setiap stesen mempunyai aktiviti atau tugasan yang berbeza, bagi stesen

pertama, kumpulan murid diminta meyenaraikan ayat matematik yang dapat dibina

berdasarkan bahan yang diisediakan iaitu bola ping pong dan cawan plastik. Untuk stesen

kedua pula, tugasan meminta kumpulan murid untuk meneliti gambar rajah yang diberikan

dan kemudian mengisi tempat kosong bagi soalan yang disediakan dan soalan- soalan

tersebut adalah berkait antara satu sama lain. manakala untuk stesen terakhir pula,

kumpulan murid perlu menjawab soalan penyelesaian matematik yang dihadapi seperti yang

tertera pada kad soalan yang berbentuk ayat matematik yang diberikan.

Pemilihan aktiviti berbentuk kumpulan dan stesen ini adalah merujuk kepada teori

pembelajaran konstruktivisme di mana setiap aktiviti yang disediakan memerlukan murid

untuk bekerjasama dan bergabung idea bagi menghasilkan idea baru bagi menyelesaikan

tugasan yang diberikan di setiap stesen. Seperti yang dinyatakan oleh seorang tokoh utama

pembelajaran konstruktivisme iaitu Jerome Brune, beliau menegaskan mengenai

pembelajaran melalui penemuan iaitu pembentukan konsep. Pembelajaran secara

penemuan adalah berasaskan penyelidikan, teori pembelajaran konstruktivis yang berlaku

dalam menyelesaikan masalah situasi di mana pelajar menggunakan pengalaman yang

sedia dan pengetahuan sedia ada untuk mengetahui fakta dan hubungan dan kebenaran

baru yang perlu dipelajari. ini selaras dengan aktiviti yang saya pilih di mana kumpulan murid

akan mengaplikasikan apa yang mereka fahami melalui pengajaran dan penerangan saya di

awal sesi pengajaran dan kemudian mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tersebut

bagi membentuk idea untuk menyelesaiakn tugasan yang diberikan di setiap stesen.

Di samping itu, untuk fasa tindakan, saya memilih untuk mengedarkan lembaran kerja

bagi menguji tahap kefahaman murid terhadap tajuk dan konsep yang diajarkan iaitu konsep

bahagi. Lembaran kerja yang diedarkan mempunyai beberapa soalan yang berkaitan

dengan tajuk yang diajarkan dan dalam bergambar bagi memudahkan murid menjawab

soalan tersebut.

Saya memilih lembaran kerja bagi aktiviti untuk fasa tindakan ini kerana ianya

bertepatan dengan teori pembelajaran yang menjadi rujukan utama saya iaitu teori

Page 4: KERJA KURSUS MTE 3109 BAHAGIAN 1

pembelajaran konstruktivisme. Teori konstruktivis tidak menggalakkan pernilaian sumatif

yang berpusat sebaliknya, penilaian harus formatif dan berterusan dan dijalankan serentak

dengan proses pembinaan dan penguasaan ilmu. Oleh yang demikian, saya memilih untuk

memberikan lembaran kerja bagi menilai tahap penguasaan murid sejurus selepas sesi

pengajaran dan pemahaman konsep berlaku.

Sebagai kesimpulan, kesemua pemilihan aktiviti yang dibuat adalah berdasarkan

kepada teori pembelajaran kognitivisme dan konstruktivisme. Dalam teori pembelajaran

konstruktivisme khususnya, prinsip yang paling penting adalah bahawa guru-guru tidak

memberikan pengetahuan kepada murid- murid. Sebaliknya, murid-murid mesti

membangunkan ilmu pengetahuan secara sendiri dalam struktur mental mereka. Ini

bermakna, murid-murid harus berusaha sendiri dalam aktiviti-aktiviti pembangunan ilmu

dengan bantuan daripada guru. Pembinaan ilmu pengetahuan kendiri, iaitu membina makna

daripada pengalaman dan interaksi sosial serta persekitaran. Secara aktif, murid-murid

membina maklumat berasaskan pengalaman yang sedia ada; apa yang telah dipelajari oleh

mereka sebelum proses ini adalah penting. Pembinaan maklumat dibuat secara

membanding maklumat lama dan baru; ia melibatkan pengubahsuaian kefahaman konsep-

konsep lama dan baru berasaskan kepercayaan individu.

Page 5: KERJA KURSUS MTE 3109 BAHAGIAN 1

JUSTIFIKASI MENGENAI KEBERKESANAN BAHAN BANTU MENGAJAR TERHADAP

KEFAHAMAN MURID DI DALAM MENGUKUHKAN KONSEP MATEMATIK MEREKA

edasawarsa ini, guru-guru sering menghadapi masalah dalam memberikan

pemahaman konsep yang mantap kepada murid-murid. Sering kali murid tertukar

konsep-konsep pembelajaran antara tajuk-tajuk yang mereka pelajari contohnya,

konsep peratus dengan pecahan dan sebagainya. Oleh itu, guru-guru haruslah kreatif dan

kritis dalam berfikir bagi membina bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai untuk dijadikan

sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya ianya dapat

meningkatkan mutu kefahaman dalam kalangan murid-murid. Penggunaan BBM yang

fleksibel, menarik, bermutu dan efektif sebenarnya mampu mewujudkan kejayaan mencapai

objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Oleh itu, penggunaan BBM yang baik

adalah penting bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan

bermakna kepada murid.

S

Untuk mengajar tajuk bahagi bagi tahun 3, saya telah membina beberapa bahan

bantu mengajar bagi memudahkan aktiviti dijalankan sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung. Kesemua bahan bantu mengajar ini adalah berfokuskan bagi

membantu meningkatkan kefahaman murid di dalam mengukuhkan konsep matematik

mereka. Saya menggunakan BBM yang berbeza bagi setiap fasa pengajaran seperti yang

telah dinyatakan dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) saya pada tugasan 1.

Untuk fasa persediaan, saya menggunakan bahan maujud iaitu bola ping pong dan

cawan plastik. Pada fasa persediaan ini, objektif yang hendak dicapai adalah memberikan

pengenalan konsep bahagi kepada murid iaitu perkongsian adil dan pembahagian sama

rata. Aktiviti yang dilaksanakan pada fasa ini menggunakan bola ping pong sebagai simbol

ahli kumpulan dan cawan sebagai simbol kumpulan. Saya menunjukkan demo dan memberi

penerangan kepada murid dengan cara memberikan empat biji bola ping pong dan dua

bekas cawan plastik. Saya kemudiannya membahagikan keempat- empat biji bola ping pong

itu ke dalam dua bekas cawan plastik secara satu- satu dan sama rata. Saya kemudiannya

meminta murid ke depan dan melakukan perkara yang sama dengan menggunakan bilangan

bola ping pong dan cawan plastik yang berbeza. Penggunaan bola ping pong dan cawan

plastik yang saya gunakan sebagai BBM ini sebenarnya sedikit sebanyak dapat memberikan

pendedahan awal kepada murid mengenai konsep asas bahagi.

Dengan menggunakan bahan maujud sebagai BBM, murid-murid akan mengalami

proses pembelajaran yang lebih interaktif dan segar, sekali gus dapat menepis tanggapan

stereotaip yang menyatakan bahawasanya pembelajaran Matematik adalah amat susah.

Page 6: KERJA KURSUS MTE 3109 BAHAGIAN 1

Pembelajaran subjek Matematik sebenarnya adalah sangat mudah dan menyeronokkan jika

murid-murid dapat memahami dan menguasai konsep matematik yang baik.

Selain itu, untuk fasa imaginasi, saya menggunakan BBM yang saya hasilkan sendiri

untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman konsep bahagi yang telah saya dedahkan pada

fasa pertama tadi iaitu fasa persediaan. BBM yang saya bina sendiri adalah kad berwarna

hitam bersaiz sederhana besar bagi mewakili bilangan kumpulan dan kad berwarna kuning

bagi mewakili bilangan ahli kumpulan. BBM yang saya gunakan ini bertujuan bagi memberi

pendedahan mengenai konsep bahagi secara pengumpulan dan konsep bahagi secara

pengongsian. Kedua- dua konsep bahagi ini mempunyai perbezaan di mana untuk

pengumpulan, ahli akan dibahagikan terus kepada kumpulan secara sama banyak dan untuk

pengongsian ahli akan dibahagikan kepada kumpulan secara satu- satu. BBM yang saya

gunakan secara tidak langsung meningkatkan lagi kefahaman konsep bahagi yang dipelajari.

ini berlaku apabila murid sendiri tampil ke hadapan dan melakukan aktiviti pembahagian

menggunakan kedua- dua konsep tersebut. Apabila mereka melihat cara pembahagian

adalah berbeza, secara langsung mereka akan lebih memahami kedua- dua konsep tersebut

dan mampu untuk membezakannya.

Untuk mengukuhkan lagi konsep bahagi yang saya ajarkan, saya menggunakan

aktiviti berbentuk stesen dan dilaksanakan secara berkumpulan pada fasa ketiga iaitu fasa

perkembangan. Setiap stesen yang saya sediakan mempunyai BBM berbentuk tugasan di

mana terdapat tiga stesen kesemuanya. Untuk stesen pertama, BBM yang saya gunakan

adalah sama seperti BBM pada fasa 1 iaitu bola ping pong dan cawan plastik. Untuk stesen

kedua, saya menggunakan kad bergambar yang mengandungi gambarajah dan soalan.

Manakala untuk stesen ketiga saya menggunakan kad berwarna yang mengandungi soalan

penyelesaian masalah matematik. Kesemua BBM yang saya gunakan adalah bertujuan bagi

mengukuhkan lagi kefahaman murid terhadap konsep bahagi yang diajarkan. Pergerakan

dalam kumpulan membolehkan murid berkongsi idea dan bekerjasama menyelesaikan

tugasan di setiap stesen. BBM yang pelbagai dapat menarik minat semua kumpulan murid

untuk bergerak dan menyiapkan tugasan dalam suasana yang lebih kondusif dengan adanya

pelbagai bahan bantu pada setiap stesen.

Kedua- dua BBM yang saya gunakan pada fasa kedua dan ketiga memfokuskan

pada bahan yang berwarna- warni. Hal ini demikian selain memastikan murid memahami

konsep bahagi yang diajarkan, sebagai seorang guru saya juga perlu berusaha untuk

membantu murid mengekalkan pengetahuan tersebut supaya mereka tidak lupa. Kesan

BBM yang berwarna warni dan pelbagai sebenarnnya secara tidak langsung dapat

merangsang otak murid- murid untuk menerima maklumat dan menyimpan maklumat

Page 7: KERJA KURSUS MTE 3109 BAHAGIAN 1

tersebut dalam jangka masa yang lebih panjang. Selain itu, ianya juga mampu

mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran

dan pembelajaran pada waktu tersebut. Sebagai seorang pendidik, saya seharusnya

memainkan peranan penting dalam memilih dan menyediakan BBM yang sesuai selaras

dengan perkembangan murid- murid supaya mereka dapat mempraktikkan pemikiran di luar

kotak.

Untuk fasa yang terakhir pula, saya menggunakan lembaran kerja sebagai BBM bagi

tujuan untuk menguji tahap kefahaman murid terhadap konsep pecahan yang telah mereka

pelajari. Lembaran kerja diberikan secara terus kerana bagi mengetahui tahap pencapaian

murid setelah mereka mempelajari konsep yang diajarkan dan seterusnya saya dapat

menilai kelemahan yang dihadapi murid. kelemahan- kelemahan inilah yang akan saya ambil

kira untuk mengajar sambungan tajuk ini pada kelas yang seterusnya. Lembaran kerja yang

diberikan akan dibincangkan secara terus selepas murid selesai menjawab soalan. Murid

kemudiannya didedahkan dengan pelbagai cara untuk menyelesaikan soalan tersebut. Hal

ini juga akan dapat menambahkan maklumat tambahan ke dalam minda dan akan

mengembangkan potensi pemikiran mereka dalam mendedahkan mereka dengan cara

menyelesaikan masalah yang pelbagai.

Secara kesimpulannya, kesemua bahan bantu yang digunakan pada setiap fasa

dalam RPH sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan kefahaman dan mengukuhkan

konsep matematik yang diajarkan iaitu konsep asas bahagi.