Kertas Cadangan Pelaksanaan Lawatan Sambil Belajar Ke Karangkraf

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sebagai panduan untuk semua

Citation preview

KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KARANGKRAF, SHAH ALAM.KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KARANGKRAF, SHAH ALAM.1.0 PENDAHULUANSesebuah organisasi sama ada kerajaan atau swasta, pertubuhan atau persatuan tidak dapat lari daripada menghasilkan dan menerbitkan bahan bertulis, bercetak untuk edaran, iklan, melaporkan dan sebagainya dengan matlamat untuk menyebarkan suatu maklumat yang penting seperti risalah, majalah, iklan dan pamphlet. Namun, isi yang disampaikan masih tidak dapat diketahui akan keberkesanannya samada maklumat tersebut sampai kepada pembaca atau tidak. Selain itu, dalam menghasilkan bahan-bahan edaran tersebut, individu yang terlibat perlulah mengamalkan cara kerja yang bijak dan berkesan serta perancangan yang ingin dibuat perlulah menyeluruh dan merangkumi proses awal, pertengan dan proses selepas menerbitkan bahan edaran. Terdapat juga banyak perkara yang perlu diambil kira agar bahan yang diedarkan sesuai untuk dibaca oleh semua serta tidak menyentuh aspek-aspek yang boleh menggugat peribadi seseorang atau suatu kumpulan tertentu yang akan menggugat keharmonian. Justeru, lawatan ini dirancang untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim tentang kerja-kerja media penghasilan bahan bertulis untuk edaran seperti risalah, majalah, iklan dan pamphlet dengan berkesan serta mendedahkan mereka dengan cara kerja bijak dan perancangan yang menyeluruh dan berkesan seperti yang diamalkan oleh Kumpulan Media Karangkraf yang sehingga kini mengekalkan reputasi mereka sebagai antara kumpulan media dengan hasil kerja yang berkualiti dan produktif.2.0 OBJEKTIF2.1. Memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam penghasilan bahan edaran seperti risalah, majalah, iklan dan pamphlet.2.2. Mengenalpasti perkara-perkara utama dalam penghasilan bahan edaran.2.3. Mempelajari teori dan amali penghasilan bahan edaran, etika serta etikat, dan komunikasi.2.4. Mempelajari pengurusan dan cara kerja bijak yang perlu diamalkan dalam kerja kumpulan media.2.5. Mengenalpasti kesilapan yang sering berlaku semasa proses penghasilan bahan edaran.3.0 SASARAN3.1. Diwajibkan kepada ahli Badan Dakwah dan Surau IPG Kampus Sultan Abdul Halim.3.2. Wakil kelab atau persatuan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim khususnya Kumpulan Sidang Redaksi IPG Kampus Sultan Abdul Halim dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.4.0 AJK PELAKSANAKetua Projek : Muhammad Hamizan B. Mohd HattaTimbalan Ketua Projek : Nur Nashroh Bt. OthmanSetiausaha : Ainun Solehah Bt. AriffTimbalan Setiausaha : Fakhrul Rodzi5.0 PELAKSANAAN5.1. Kumpulan Lawatan5.1.1. Wakil daripada setiap lujnah dalam organisasi Badan Dakwah dan Surau IPG Kampus Sultan Abdul Halim.5.1.2. Wakil daripada setiap lujnah dalam organisasi Akademi Fasilitator dan Study Smart.5.1.3. Wakil daripada kumpulan Siding Redaksi IPG Kampus Sultan Abdul Halim.5.1.4. Wakil daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Sultan Abdul Halim.5.2. Pensyarah Pengiring5.2.1. Pensyarah penasihat Badan Dakwah dan Surau IPG Kampus Sultan Abdul Halim.5.2.2. Pensyarah penasihat Akademi Fasilitator dan Study Smart.5.2.3. Pensyarah penasihat Sidang Redaksi IPG Kampus Sultan Abdul Halim.5.2.4. Pensyarah penasihat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.5.3. Program Semasa Lawatan5.3.1. Program semasa lawatan adalah seperti yang ditetapkan oleh jawatankuasa sambutan di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.6.0 PENUTUPDiharapkan agar perancangan ini dapat dijalankan sebaiknya dengan lancar. Dalam masa yang sama, pengelolaan bengkel seumpama ini juga diharapakan agar mampu memberikan pengalaman dan melakar kemahiran khususnya dari segi penghasilam bahan edaran serta pengurusan kumpulan media yang sangat penting untuk menggerakkan apa jua organisasi terutamanya dalam menghasilkan bahan edaran yang mempunyai nilai estetika serta isi kandungan yang penting dalam menyampaikan maklumat secara berkesan dan menyeluruh sebagaimana usaha yang dilakukan organisasi dakwah seperti BADAS demi menjamin keberhasilan dakwah yang dijalankan seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam untuk para sasaran turut berubah menerima kebenaran dakwah yang disampaikan. Selain itu, kemahiran yang disampaikan dalam bengkel ini juga diharapkan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan tugasan dengan baik khususnya tugasan yang diberikan di institut seterusnya dapat dimanfaatkan untuk kemaslahatan dakwah yang digempurkan serta pembinaan sahsiah yang murni melalui medium penyebaran yang diterajui oleh kumpulan media yang berkesedaran terhadap etika perguruan dan nilai-nilai murni. InsyaAllah.Disediakan oleh,(MUHAMMAD HAMIZAN BIN MOHD HATTA)Ketua Lujnah Kemahiran Akademi Fasilitator,IPG Kampus Sultan Abdul Halim,Sungai Petani, Kedah.

KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN KURSUS PENGURUSAN MAJLIS1.0 PENDAHULUANSesebuah organisasi sama ada kerajaan atau swasta, pertubuhan atau persatuan tidak dapat lari dari menganjur dan menguruskan majlis, sama ada rasmi atau tidak rasmi, diperingkat dalaman, organisasi, negeri, malahan diperingkat kebangsaan atau antarabangsa. Pengurusan dan perlaksanaan majlis dengan sempurna bukan sahaja akan dapat mencapai matlamat dan objektifnya, tetapi juga dapat mengelakkan pembaziran masa, kos dan tenaga. Ianya turut memberi gambaran positif bukan sahaja terhadap organisasi dan penganjur, malahan terhadap individu yang terlibat. Kursus ini memberi pendedahan kepada para peserta tentang perancangan dan perlaksanaan majlis mengikut protokol. Selain dari memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang cukup dalam bidang pengurusan majlis dan asas protokol majlis, kursus ini juga memberi pendedahan dan bimbingan bagaimana caranya menguruskan majlis dengan cekap dan sempurna. Majlis yang berjalan dengan kemas, lancar dan menepati protokol akan dapat menaikkan imej dan martabat sesebuah organisasi atau penganjurnya di mata masyarakat, negara dan dunia.2.0 OBJEKTIF2.1. Memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam pengurusan majlis dan asas protokol majlis.2.2. Mengenalpasti perkara-perkara utama dalam pengurusan majlis.2.3. Mempelajari teori dan amali menguruskan majlis serta kemahiran protokol, etika serta etikat, dan komunikasi.2.4. Mempelajari pengurusan majlis rasmi dan tidak rasmi, formal dan tidak formal di peringkat organisasi, negeri, kebangsaan dan peringkat antarabangsa.2.5. Mengenalpasti kesilapan yang sering berlaku semasa mengurus dan mengendalikan majlis.2.6. Mengendalikan majlis melibatkan acara-acara kerajaan.3.0 SASARAN3.1. Diwajibkan kepada semua ahli Badan Dakwah dan Surau IPG Kampus Sultan Abdul Halim.3.2. Warga Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim yang ingin meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pengurusan dan pengacaraan majlis.4.0 AJK PELAKSANAKetua Projek : Nur Afifah Bt. Mohd NoorTimbalan Ketua Projek : Nur Amalini Bt. Mohd AmriSetiausaha : Alifah Zakirah Bt. ZahriTimbalan Setiausaha : Nur Syifa Bt. Amir Hamzah5.0 PELAKSANAAN5.1. Pengenalan kepada pengurusan majlis dan protokol:Majlis :jenis dan peringkat. Protokol :maksud dan kepentingan 5.2. Perkara utama dalam pengurusan majlis:Perancangan dan Persediaan Penubuhan Jawatankuasa Majlis, tempat,tarikh, masa, Aturcara Majlis, acara khas Protokol,sambutan,pengacara Publisiti,buku program,press release,press conference Raptai Program/ Aturcara pentadbiran Perlaksanaan Majlis Perlaksanaan mengikut Program / Aturcara Pentadbiran Post Mortem Mesyuarat untuk mengkaji kelemahan dan kekuatan/kejayaan majlis yang telah dilaksanakan. 5.3. Protokol dan etikat dalam Pengurusan Majlis5.4. Etika berpakaian dan komunikasi dalam Majlis5.5. Pengurusan Majlis Penuh Istiadat dan Peringkat Antarabangsa.6.0 PENUTUPDiharapkan agar perancangan ini dapat dijalankan sebaiknya dengan lancar. Dalam masa yang sama, pengelolaan bengkel seumpama ini juga diharapakan agar mampu memberikan pengalaman dan melakar kemahiran khususnya dari segi pengurusan yang sangat penting untuk menggerakkan apa jua organisasi terutamanya organisasi dakwah seperti BADAS demi menjamin keberhasilan dakwah yang dijalankan seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam untuk para sasaran turut berubah menerima kebenaran dakwah yang disampaikan. Selain itu, kemahiran yang disampaikan dalam bengkel ini juga diharapkan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan tugasan dengan baik khususnya tugasan yang diberikan di institut seterusnya dapat dimanfaatkan untuk kemaslahatan dakwah yang digempurkan. InsyaAllah.Disediakan oleh,(MUHAMMAD HAMIZAN BIN MOHD HATTA)Ketua Lujnah Kemahiran Akademi Fasilitator,IPG Kampus Sultan Abdul Halim,Sungai Petani, Kedah.