22
1 Kertas Kerja 1: RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-2 (RFN KE-2) Pembentang: Kamalruddin bin Shamsudin Timbalan Ketua Pengarah Perancangan Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia

Kertas Kerja 1: RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-2 … · 1 Kertas Kerja 1: RANCANGAN FIZIKAL ... RFN yang pertama telah diluluskan oleh MPFN pada 26 April ... 18.52 juta pada tahun …

  • Upload
    donhan

  • View
    272

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

1  

Kertas Kerja 1:

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-2 (RFN KE-2)

Pembentang:

Kamalruddin bin Shamsudin

Timbalan Ketua Pengarah Perancangan Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia

2  

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-2

(RFN KE-2)

1.0 PENGENALAN

Rancangan Fizikal Negara (RFN) merupakan suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-

dasar strategik bagi maksud menentukan arah tuju pemajuan fizikal bagi seluruh Semenanjung

Malaysia. RFN merupakan salah satu rancangan di peringkat Negara yang disediakan selari

dengan Rancangan Malaysia Lima Tahun dan dasar-dasar sektoral yang lain bagi tujuan

mencapai Wawasan 2020. Dasar-dasar RFN diterjemahkan di peringkat negeri melalui

Rancangan Struktur Negeri dan di peringkat tempatan melalui Rancangan Tempatan.

1.1 Fungsi RFN ialah;

i. Memperkukuhkan perancangan pembangunan Negara dengan memberikan dimensi

spatial kepada dasar-dasar sosio-ekonomi Negara;

ii. Menyelaras keputusan dan tindakan agensi pelbagai sektor yang terlibat dengan

pembangunan fizikal;

iii. Mewujudkan satu kerangka spatial bagi perancangan di peringkat Wilayah, Negeri dan

Tempatan; dan

iv. Menyediakan dasar-dasar perancangan fizikal bagi memastikan pembangunan mampan.

Penyediaan RFN diperuntukkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Subseksyen 6B(1) Akta 172 menetapkan supaya Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan

Desa menyedia dan mengemukakan suatu draf Rancangan Fizikal Negara bagi kelulusan Majlis

Perancang Fizikal Negara (MPFN). RFN yang pertama telah diluluskan oleh MPFN pada 26 April

2005. Manakala RFN Ke-2 ini telah di luluskan oleh MPFN pada 13 Ogos 2010

Bagi memastikan RFN terus relevan dalam keadaan pembangunan Negara yang sentiasa

berubah, Subseksyen 6B(4) Akta 172 memperuntukkan supaya RFN dikaji semula selaras

dengan Rancangan Malaysia Lima Tahun. Sehubungan itu, kajian semula ke atas RFN telah

dijalankan dan RFN Ke-2 disediakan dengan mengambilkira tahap pencapaian RFN serta isu dan

cabaran baru. Proses penyediaan RFN Ke-2 ini telah melibatkan dan mendapat maklumbalas

semua pihak berkaitan termasuk Kementeian, agensi di peringkat pusat dan Negeri, badan

berkanun dan syarikat swasta, institusi pengajian tinggi dan badan bukan kerajaan melalui siri-siri

perbincangan teknikal yang diadakan di setiap peringkat penyediaan.

3  

Subseksyen 6B(3) Akta 172 juga telah menetapkan supaya Rancangan Fizikal Negara terlebih

dahulu dirunding dengan semua Pihak Berkuasa Negeri sebelum ia dibawa ke MPFN untuk

kelulusan. Sebagai memenuhi keperluan itu, RFN Ke-2 ini telah dibentangkan dalam mesyuarat

Jawatankuasa Perancang Negeri semua negeri di Semenanjung Malaysia dan mendapat

maklumbalas serta pandangan Pihak Berkuasa Negeri. Semua maklum balas dan pandangan

berkenaan telah pun diambil kira dalam penyediaan RFN Ke-2 ini.

2.0 ASAS–ASAS PERTIMBANGAN

2.1 Matlamat

Matlamat RFN Ke-2 ialah pembentukan satu rangka spatial Negara yang efisien,

saksama dan mampan untuk memandu pembangunan keseluruhan Negara ke arah

mencapai status Negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

2.2 Bagi menyokong matlamat ini, lima objektif telah dikenalpasti;

i. Merasionalisasikan dan menyediakan rangka kerja perancangan spatial Negara

dengan disokong oleh infrastruktur strategik untuk mencapai ekonomi yang

efisien dan berdaya saing global;

ii. Mengoptimumkan penggunaan tanah dan sumber asli untuk mencapai

pembangunan mampan dan pemuliharaan biodiversiti;

iii. Menggalakkan pembangunan wilayah yang seimbang untuk mewujudkan

pengintegrasian ekonomi dan perpaduan Negara;

iv. Mempertingkatkan kualiti, keselamatan dan kepelbagaian spatial dan

persekitaran untuk mencapai kualiti hidup yang tinggi; dan

v. Mewujudkan hubungan antara negeri yang efisien dan bersepadu serta

penyediaan ruang awam bagi interaksi sosial dan komuniti mampan selaras

dengan konsep 1Malaysia.

2.3 Pencapaian RFN

Pencapaian RFN pertama secara keseluruhannya adalah sederhana iaitu 3.3 berdasarkan

pengukuran 1 hingga 5 yang mana 5 adalah sangat baik dan 1 sangat lemah. Daripada 36

dasar; 9 sangat baik, 11 baik, 9 sederhana, 4 lemah dan 3 sangat lemah. Secara amnya

pencapaian dasar-dasar yang berkaitan pembentukan rangka spatial Negara, dayasaing

4  

ekonomi, pelancongan dan petempatan manusia adalah baik. Ini dilihat dari segi penterjemahan

dasar-dasar RFN oleh rancangan-rancangan struktur negeri, penumpuan penduduk dan aktiviti

ekonomi dalam kawasan conurbation dan pusat pertumbuhan yang telah dikenalpasti, tren

ketibaan pelancong dan penerimapakaian garis panduan-garis panduan berkaitan. Sementara

dasar-dasar yang berkaitan pertanian dan infrastruktur menunjukkan pencapaian sederhana dan

dasar-dasar berkaitan alam sekitar dan pengangkutan menunjukkan pencapaian yang lemah. Di

antara dasar yang menunjukkan pencapaian sangat lemah termasuklah dasar mengenai central

forest spine, kawalan pembangunan tanah tinggi, rel laju, infrastruktur bersepadu dan

pengrizaban parit dan sungai yang mana tindakan masih lagi di peringkat awal atau pun belum

diambil.

2.4 Isu dan Cabaran

Dalam merangka strategi dan dasar-dasar bagi RFN Ke-2, beberapa isu strategik dan cabaran

baru telah diambilkira;

i. Negara Berpendapatan Tinggi, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan

1Malaysia

Perancangan fizikal yang strategik menjadi semakin penting dengan usaha Kerajaan

untuk menjadikan Malaysia Negara berpendapatan tinggi. Untuk menarik lebih banyak

aktiviti bernilai tambah tinggi, kemudahan dan infrastruktur sokongan perlu disediakan

dalam kawasan tumpuan pembangunan yang berdayasaing. Dalam masa yang sama

penekanan perlu diberikan kepada membangunkan kawasan yang ketinggalan seperti

Wilayah Timur dan kawasan desa bagi mengurangkan ketidakseimbangan Wilayah dan

membangunkan potensi semua kawasan. Sementara isu jenayah, penyediaan

kemudahan pendidikan dan infrastruktur serta penggunaan pengangkutan awam juga

perlu diberikan perhatian dalam perancangan fizikal. Penyediaan kemudahan dan ruang

bagi kegunaan bersama bagi membolehkan masyarakat berinteraksi khususnya sangat

penting bagi mewujudkan 1Malaysia yang bersatu padu.

ii. Perubahan Cuaca, Biodiversiti, Geo-Bencana dan Teknologi Hijau

Perubahan cuaca merupakan satu isu yang perlu ditangani oleh semua Negara di dunia.

Dalam membangunkan sesuatu kawasan, langkah-langkah perlu diambil bagi

membendung kesan ke atas alam sekitar. Pembangunan di kawasan-kawasan geo-

bencana seperti tanah tinggi misalnya perlu dikawal dan kawasan hutan yang kaya

dengan biodiversiti perlu dilindungi. Sementara pemakaian teknologi hijau perlu

diterapkan dalam pembangunan dan aktiviti bandar sebagai menangani kesan

perubahan cuaca.

5  

iii. Struktur Bandar Mampan - Compact City

Dalam menangani isu perubahan cuaca, struktur bandar juga perlu diberikan perhatian.

Bagi mengawal rebakan bandar dan pencerobohan ke atas Kawasan Sensitif Alam

Sekitar dan pertanian, konsep compact city yang menekankan ketumpatan bandar yang

tinggi dan penggunaan tanah yang terkawal perlu diamalkan. Ciri-ciri yang ada bagi

bandar sedemikian ialah pembangunan bercampur dan penggunaan pengangkutan

awam sebagai mod utama pengangkutannya. Ia juga bermakna tumpuan perlu diberikan

kepada usaha-usaha pemuliharaan dan pembangunan semula bandar di kawasan pusat

bandar yang sediada.

iv. Pelancongan Mampan

Pelancongan mampan adalah satu lagi konsep yang perlu diamalkan bagi memastikan

sektor pelancongan terus berkembang maju dan menyumbang kepada ekonomi Negara

di samping memelihara alam sekitar. Kawasan-kawasan eko-pelancongan yang

merupakan sumber pelancongan yang penting perlu dipelihara dan dikawal

pembangunannya. Semua aktiviti pelancongan perlu dipastikan tidak menjejaskan alam

sekitar dan nilai-nilai semulajadi kawasan.

v. Jaminan Bekalan Makanan

Jaminan bekalan makanan juga merupakan satu isu yang dihadapi oleh semua Negara

di dunia. Kebergantungan kepada makanan impot meletakkan Negara kepada keadaan

yang terdedah kepada elemen luar yang tidak dapat dikawal. Bagi mencapai kedudukan

bekalan makanan yang lebih baik kawasan pertanian yang produktif perlu dikekalkan dan

kawasan pertanian yang sediada ditingkatkan produktiviti. Bagi Malaysia, ini khususnya

melibatkan kawasan tanaman padi yang mesti dipelihara daripada diambilalih oleh

pembangunan perbandaran.

vi. Teknologi Baru

Teknologi moden khususnya ICT merupakan alat penting dalam pembangunan dan

peningkatan kualiti hidup yang juga mempunyai implikasi besar kepada pembangunan

kawasan. Penyediaan high speed broadband misalnya akan meningkatkan

perhubungan dan pertalian di antara kawasan dan memberi peluang kepada kawasan

kurang maju untuk dibangunkan. Sementara amalan konsep perkongsian dalam

penyediaan infrastruktur yang boleh dilaksanakan menggunakan teknologi terkini akan

menyumbang kepada pembangunan yang lebih mampan.

6  

2.5 Penduduk

Penduduk Semenanjung Malaysia pada tahun 2020 dijangkakan mencapai 27.96 juta berbanding

18.52 juta pada tahun 2000 dengan kadar pertumbuhan penduduk yang dijangka sederhana

perlahan iaitu 2.08%. Unjuran ini dibuat berasaskan unjuran penduduk RFN pertama yang

diubahsuai dengan mengambilkira unjuran yang dibuat dalam setiap Rancangan Struktur Negeri

yang telah disediakan.

Bagi jangkamasa 2000 hingga 2005, wilayah tengah merupakan Wilayah yang mempunyai

pertumbuhan penduduk paling tinggi iaitu 2.51%. Negeri-negeri yang mempunyai kadar

pertumbuhan tertinggi ialah Selangor (2.84%), Johor (2.13%) dan Pulau Pinang (2.10%).

Kadar perbandaran Semenanjung Malaysia dijangka mencapai 75% dengan anggaran penduduk

20.98 juta pada tahun 2020.

2.6 Gunatanah

Berdasarkan maklumat gunatanah bagi tahun 2008, sebahagian besar Semenanjung Malaysia

kekal sebagai kawasan hutan (anggaran 45%). Berbanding dengan gunatanah 2001, kawasan

tepubina telah meningkat kepada 5.8% daripada 3.3%, manakala kawasan pertanian menurun

daripada 50.6% kepada 47.5%. Kawasan tepubina sebahagian besarnya tertumpu di Wilayah

Tengah. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya merupakan kawasan paling

membangun di mana 92.6% dan 72.7% daripada keluasan masing-masing adalah tepubina.

2.7 Strategi Pembangunan – ’Concentrated Decentralisation’

RFN Ke-2 menganjurkan konsep `Concentrated Decentralisation’ sebagai strategi pembangunan

fizikal Negara. Sepertimana RFN pertama, RFN Ke-2 tetap menganjurkan supaya pembangunan

ditumpukan di conurbation terpilih yang merupakan kawasan paling berdaya saing dan tersedia

dengan rangkaian pengangkutan, infrastruktur dan kemudahan. Ini bagi memastikan pelaburan

dan pembangunan yang strategik dan dapat meningkatkan daya saing Negara. Empat

Conurbation Pertumbuhan Utama iaitu Kuala Lumpur, Georgetown, Johor Bharu dan Kuantan

merupakan pusat utama bagi pelaburan asing dan tempatan. Fungsi ini akan disokong oleh

Melaka dan Ipoh sebagai Conurbation Pertumbuhan Separa Wilayah serta ibu negeri-ibu negeri

yang lain yang berfungsi sebagai Conurbation Pertumbuhan Negeri.

Walau bagaimanapun, RFN Ke-2 turut memberi penekanan kepada pembangunan luar bandar

dan kawasan kurang maju. RFN Ke-2 menggalakkan pembangunan di lokasi-lokasi terpilih di

sepanjang koridor iaitu Koridor Utara Selatan (pantai barat), Koridor Pantai Timur dan Koridor

Tengah bagi mewujudkan pembangunan yang lebih menyeluruh. Jika RFN pertama

menekankan keseimbangan di antara pantai barat dan timur, RFN Ke-2 menganjurkan strategi

7  

keseimbangan yang bukan sahaja melibatkan keseimbangan di antara pantai barat dan timur

tetapi juga bandar dan luar bandar serta kawasan maju dan ketinggalan. Bagi mewujudkan

pembangunan luarbandar yang mampan, hubungan bandar-luarbandar perlu diperkukuhkan.

Pusat-pusat pertumbuhan perlu bertindak sebagai pusat yang menyokong aktiviti luar bandar di

samping memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar. Hubungan di antara bandar dan

luar bandar ini perlu diperkukuhkan lagi dengan tahap aksesibiliti dan kemudahan pengangkutan

yang lebih baik di antara kedua-duanya. Ini adalah selaras dengan penekanan yang diberikan

dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Model Baru Ekonomi (NEM).

8  

9  

2.8 Tema dan Dasar

Sebanyak 41 dasar dan 248 langkah telah dirumuskan untuk mencapai matlamat dan objektif RFN Ke-2

berbanding 36 dasar dan 194 langkah dalam RFN pertama. Terdapat 7 dasar baru yang berkaitan

dengan tanah padi, orang asli, pelancongan mampan dan infrastruktur pelancongan, perumahan

mampumilik, perubahan iklim dan bekalan gas asli. Dasar RFN14 merupakan gabungan dua dasar RFN

iaitu RFN9 dan RFN11 yang kedua-duanya berkaitan dengan conurbation. Dasar RFN26 mengenai

sumber air juga merupakan gabungan dua dasar RFN iaitu RFN22 dan RFN31. Dasar-dasar lain

diubahsuai dan ditambahbaik dari segi pernyataan dasar dan penyusunan semula langkah. Dasar-dasar

masih kekal dikategorikan mengikut 8 tema.

2.8.1 Tema 1 - Pembentukan Rangka Spatial Negara

RFN Ke-2 akan terus berperanan sebagai rangka spatial bagi menentukan tujuarah

pembangunan fizikal Negara dan menjadi asas kepada rancangan-rancangan pemajuan di

Peringkat Negeri dan Tempatan serta rancangan pelbagai sektor pembangunan sehingga tahun

2020. Ini bagi memastikan pembangunan Negara yang strategik dan penggunaan sumber yang

optimum dan dalam masa yang sama mengelakkan pertindihan infrastruktur dan kemudahan

serta persaingan antara Negeri yang merugikan.

Satu dasar sediada di bawah RFN pertama dikekalkan dengan pindaan.

RFN 1 RFN berperanan sebagai rangka perancangan spatial Negara bagi

mencapai perancangan guna tanah yang bersepadu dan mampan serta

selaras dengan dasar-dasar sektoral yang lain

2.8.2 Tema 2 - Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara

Untuk memastikan Malaysia mampu bersaing di peringkat global, pembangunan perlu

ditumpukan di Wilayah-wilayah yang berpotensi dan berkelebihan dayasaing. Bagi tujuan ini

RFN Ke-2 menganjurkan supaya pembangunan tertumpu kepada kawasan conurbation tetapi

dalam masa yang sama disokong oleh koridor pembangunan yang bertujuan mempromosikan

Wilayah kurang maju. Untuk mempertingkatkan daya saing Negara juga, kerjasama dengan

Negara-Negara serantau perlu diamalkan. Menerusi kerjasama ini, Malaysia dan Negara-negara

jiran akan mendapat faedah daripada pembesaran Wilayah ekonomi dan tindakan yang lebih

bersepadu. Selaras dengan strategi Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) 2006-2020,

pembangunan perindustrian dan perkhidmatan perlu ditumpukan di kawasan-kawasan strategik

dalam conurbation pembangunan.

10  

Empat dasar sediada di bawah RFN pertama dikekalkan dengan pindaan iaitu :-

RFN 2 Perancangan aktiviti ekonomi asas bandar perlu ditumpukan kepada

conurbation yang strategik.

RFN 3 Perancangan kawasan yang kurang membangun perlu menggunapakai

pendekatan koridor pembangunan untuk menggalakkan pertumbuhan

dan pembangunan ekonomi supaya dapat mengurangkan

ketidakseimbangan wilayah.

RFN 4 Kerjasama di dalam perancangan fizikal dan pembangunan ekonomi di

antara Malaysia dengan Negara-Negara serantau ASEAN perlu

diperkukuhkan.

RFN 5 Perancangan pembangunan industri perlu menggunapakai strategi

pembangunan holistik IMP3 untuk mencapai dayasaing global melalui

transformasi dan inovasi sektor pembuatan dan perkhidmatan.

11  

12  

2.8.3 Tema 3 - Pemuliharaan Sumber Pertanian & Pembangunan Desa

Pertanian merupakan satu sektor ekonomi yang penting khususnya dari segi

pengeluaran makanan. Tanah pertanian walau bagaimanapun dijangka akan terus

berkurangan kerana terpaksa memberi laluan kepada pembangunan perbandaran.

Oleh yang demikian tanah pertanian yang produktif seperti kawasan jelapang padi

dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan amat penting dikekalkan. Sebagai satu

lagi langkah menangani isu jaminan bekalan makanan, RFN Ke-2 menganjurkan

supaya kawasan padi di luar kawasan jelapang padi yang berpotensi, disediakan

dengan teknologi dan infrastruktur yang bersesuaian untuk mempertingkatkan

produktiviti kawasan berkenaan.

Kawasan desa juga perlu dimajukan bagi meningkatkan taraf ekonomi dan kehidupan

masyarakat desa. Pelbagai langkah perlu dilaksanakan termasuklah penyediaan

kemudahan dan infrastruktur asas dengan cara yang lebih sistematik di pusat-pusat

pertumbuhan desa. Dalam hal ini, RFN Ke-2 memberi perhatian khusus kepada

masyarakat orang asli yang ketinggalan yang mana memerlukan bantuan bagi

meningkatkan taraf hidup mereka.

Tiga dasar sediada di bawah RFN pertama dikekalkan dengan pindaan dan dua dasar

baru, RFN8 dan RFN10 diperkenalkan di bawah tema ini.

RFN 6 Kawasan Pertanian Utama (KPU) perlu dipulihara khusus bagi tujuan pertanian dan pembangunan bandar tidak digalakkan di dalam kawasan ini.

RFN 7 Lapan (8) kawasan jelapang padi strategik iaitu Muda (MADA), Kemubu (KADA), IADA Kerian – Sungai Manik , IADA Barat Laut Selangor, IADA Pulau Pinang, IADA Seberang Perak, IADA Terengganu Utara (KETARA) dan IADA Kemasin – Semerak perlu dipulihara.

RFN 8 Tanah padi di luar kawasan jelapang padi yang berpotensi perlu disediakan dengan infrastruktur yang sesuai bagi membolehkan kawasan ini meningkatkan produktiviti dan pengeluaran.

RFN 9 Kawasan desa dan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) akan dimajukan bagi membolehkan penduduk memperolehi pendapatan lebih tinggi dan kualiti hidup lebih baik.

RFN10 Masyarakat Orang Asli perlu diintegrasikan dari segi spatial dan ekonomi ke dalam inisiatif pembangunan arus perdana.

13  

14  

2.8.4 Tema 4 - Pembangunan Pelancongan Mampan

Untuk memastikan sektor pelancongan terus kompetitif konsep pembangunan pelancongan

mampan ditekankan dalam RFN Ke-2. Pembangunan dan aktiviti pelancongan perlu

menitikberatkan kepentingan alam sekitar dan pemuliharaan kawasan tarikan semula jadi.

Pembangunan pelancongan yang tidak terkawal bukan sahaja akan memberikan kesan buruk

kepada alam sekitar tetapi menjejaskan industri pelancongan. Pelancongan juga perlu

dimajukan secara bersepadu berdasarkan ciri-ciri keistimewaan dan kelebihan lokasi sesebuah

wilayah. RFN Ke-2 turut menekankan keperluan penyediaan kemudahan dan infrastruktur

pelancongan yang berkualiti dan mesra alam bagi memastikan keselesaan pelancong dan tarikan

berterusan ke kawasan-kawasan pelancongan.

Satu dasar sediada di bawah RFN pertama dikekalkan dengan pindaan dan dua dasar baru,

RFN11 dan RFN13 diperkenalkan di bawah tema in

2.8.5 Tema 5 - Pengurusan Petempatan Manusia

Tahap perbandaran di Semenanjung Malaysia akan terus meningkat ke tahap yang dijangkakan

iaitu 75% menjelang 2020. Pembangunan perbandaran akan ditumpukan kepada empat

conurbation utama iaitu Kuala Lumpur, Georgetown, Johor Bharu dan Kuantan. Tumpuan

pembangunan di dalam conurbation berkenaan perlu disokong dan diperkukuhkan untuk

memastikan penggunaan sumber yang optimum dan meningkatkan lagi daya saing setiap

conurbation. Dalam masa yang sama bandar-bandar sederhana dan kecil tidak boleh dibiarkan

ketinggalan dan perlu dibangunkan mengikut potensi ekonomi setempat. Begitu juga bandar-

bandar yang mempunyai keistimewaan tertentu perlu dibangunkan berasaskan ciri-ciri istimewa

yang ada supaya ciri-ciri berkenaan dapat dimanfaatkan bagi pembangunan ekonomi masyarakat

setempat.

Selaras dengan konsep pembangunan mampan struktur bandar yang lebih padat (compact city)

perlu dibangunkan dengan penekanan kepada pembangunan secara infill dan penggunaan

kawasan brownfield. RFN Ke-2 juga memberi perhatian terhadap keperluan penyediaan

RFN 11 Sumber eko-pelancongan dan pelbagai budaya asli serta warisan sejarah Negara perlu dipulihara.

RFN 12 Zon pembangunan pelancongan di setiap negeri perlu menekankan produk khusus berdasarkan kelebihan lokasi dan sumber yang ada.

RFN 13 Menyediakan infrastruktur dan kemudahan pelancongan berkualiti tinggi bagi mempertingkatkan keselesaan dan keselamatan pelancong tanpa menjejaskan alam sekitar.

15  

perumahan yang sesuai dan mampumilik dalam kawasan petempatan mengikut keperluan

penduduk sesuai dengan semangat 1Malaysia yang hendak dipupuk di kalangan masyarakat.

Sebagai menyokong usaha meningkatkan kualiti petempatan juga, piawaian perancangan dan

pengumpulan serta pengawalan maklumat gunatanah yang ke hadapan dan sistematik

diperlukan.

Lima dasar sediada di bawah RFN pertama dikekalkan dengan pindaan. Dua dasar di bawah

RFN pertama, RFN9 dan RFN11 yang kedua-duanya mengenai conurbation digabungkan

menjadi RFN14 dan satu dasar baru, RFN19 diperkenalkan di bawah RFN Ke-2.

RFN 14

Tumpuan pertumbuhan bandar perlu ditampung di dalam conurbation yang perlu

dirancang dan dimajukan secara bersepadu selaras dengan Dasar Perbandaran

Negara.

RFN 16 Keutamaan perlu diberikan kepada pewujudan compact cities.

RFN 17 Bandar berciri khas perlu dikenalpasti dan pembangunan projek yang

memperkukuhkan ciri-ciri berkenaan perlu disokong dengan infrastruktur yang

sesuai.

RFN 18 Bandar kecil dan sederhana perlu dikekalkan dan dibangunkan mengikut potensi

ekonomi setempat.

RFN 19 Perumahan mampumilik yang cukup kemudahan dan menjamin keselamatan

perlu disediakan di pusat-pusat bandar utama berdasarkan keperluan penduduk.

RFN 20 Piawaian perancangan dan garis panduan pembangunan bandar perlu dirangka

bagi memenuhi keperluan sebuah Negara maju.

RFN 21 Satu agensi pusat perlu dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan secara

berkala maklumat pembangunan gunatanah.

16  

17  

2.8.6 Tema 6 - Pemuliharaan Sumber Asli, Biodiversiti dan Alam Sekitar

Malaysia kaya dengan sumber asli dan pelbagai khazanah semula jadi. Kawasan sensitif alam

sekitar yang terdiri daripada kawasan yang mempunyai biodiversiti yang tinggi, kawasan yang

mempunyai nilai sokongan hidup dan kawasan berisiko bencana perlu terus dipulihara dan

diuruskan secara mampan. Pengekalan hutan khususnya sangat penting dalam memastikan

pengekalan warisan semula jadi Negara yang mana kehilangan dan fragmentasi hutan bukan

sahaja akan mengakibatkan kehilangan khazanah yang terdapat di dalamnya tetapi juga

menjejaskan hidupan liar.

Kawasan pantai juga merupakan kawasan yang alam sekitarnya sensitif tetapi terdedah kepada

pelbagai bentuk pembangunan. Begitu juga kawasan tanah tinggi yang sangat menarik untuk

dijadikan kawasan pertanian dan pelancongan serta kawasan tadahan air yang penting dalam

memastikan bekalan air bersih yang berterusan. Semua kawasan ini perlu dipulihara dan diurus

secara mampan.

Draf Ke-2 juga mengambil kira perubahan cuaca sebagai faktor penting yang perlu diberi

perhatian dalam perancangan fizikal. Pembangunan Negara harus peka kepada kesan-kesan

perubahan cuaca yang perlu dijangka supaya langkah-langkah mitigasi dan adaptasi terhadap

kesan-kesan tersebut dapat dikenal pasti dan dilaksanakan.

Empat dasar sedia ada di bawah RFN pertama dikekalkan dengan pindaan. Dua dasar di bawah

RFN pertama, RFN 22 dan RFN31 digabungkan menjadi RFN 26 dan satu dasar baru, RFN 27

diperkenalkan.

RFN 22 Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) perlu diintegrasikan dalam perancangan dan pengurusan gunatanah dan sumber asli.15ansitif

RFN 23 Central Forest Spine (CFS) akan diwujudkan bagi membentuk tulang belakang rangkaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar.

RFN 24 Ekosistem pesisiran pantai dan laut yang sensitif perlu dilindungi dan digunakan secara mampan.

RFN 25 Pembangunan di tanah tinggi perlu dikawal dengan rapi bagi melindungi keselamatan manusia, kualiti alam sekitar dan kepelbagaian biologi.

RFN 26 Semua sumber air permukaan dan air tanah adalah aset strategik yang perlu dilindungi dan digunakan secara mampan.

RFN 27 Rangka perancangan spatial perlu memuatkan langkah-langkah mitigasi dan adaptasi terhadap kesan-kesan perubahan cuaca.

18  

19  

2.8.7 Tema 7 - Penyepaduan Rangkaian Pengangkutan Negara dan Bandar

Sistem pengangkutan yang efisien penting dalam pembangunan Negara. Untuk ini sistem

pengangkutan yang bersepadu perlu diwujudkan yang mana sistem rel menjadi tulang belakang

kepada pengangkutan manusia dan barangan sementara rangkaian jalan sebagai mod alternatif

dan sokongan. Rangkaian rel dan jalan mesti saling berkait dan bersambungan bagi

membolehkan pergerakan multi-modal manusia dan barangan. Pengangkutan laut dan udara

juga perlu dilihat secara bersekali dan menyokong strategi pembangunan Negara secara

keseluruhan. Pengangkutan awam khususnya perlu diberikan perhatian di mana untuk mencapai

pembangunan mampan Negara perlu beranjak daripada pergantungan kepada pengangkutan

persendirian kepada pengangkutan awam.

Enam dasar sediada di bawah RFN pertama dikekalkan dengan pindaan.

RFN 29

Satu sistem rel laju yang bersepadu perlu diwujudkan bagi menyokong

rangkaian rel yang sediada.

RFN 30 Rangkaian jalan raya Negara perlu diperluaskan untuk perjalanan Wilayah

dan kemudahsampaian tempatan

RFN 31 Lapangan terbang dan pelabuhan utama perlu dibangunkan mengikut

fungsi yang saling melengkapi bagi memperkukuhkan dayasaing ekonomi

Negara dan memudahkan ketibaan pelancong.

RFN 32 Konsep Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) perlu digalakkan

sebagai asas perancangan gunatanah bandar bagi memastikan

pengangkutan awam yang berdayamaju.

RFN 33 Sistem pengangkutan awam bersepadu perlu dibangunkan di semua pusat

bandar utama.

2.8.8 Tema 8 - Penyediaan Infrastruktur Bersesuaian

Pembangunan Negara perlu disokong oleh infrastruktur dan perkhidmatan yang efisien.

Memandangkan infrastruktur mempunyai pengaruh yang besar terhadap pembangunan dan

melibatkan pelaburan yang tinggi, perancangan dan penyediaannya perlu dibuat secara strategik.

Oleh itu agensi-

Agensi berkaitan perlulah memastikan penyediaan infrastruktur dan penyampaian perkhidmatan

yang berasaskan rangka spatial yang dianjurkan oleh RFN Ke-2. Ini termasuklah penyediaan

infrastruktur bagi bekalan air, kemudahan pembentungan dan pelupusan sisa pepejal. Sistem

saliran dan perparitan juga perlu diberi perhatian untuk memastikan banjir yang boleh

20  

mengakibatkan kerugian yang besar dapat dikawal. Sementara kemudahan komunikasi yang

efisien perlu bagi memudahkan perhubungan di antara kawasan dan menyokong pembangunan

Negara secara keseluruhan.

Penyediaan bekalan tenaga yang terancang dan menyokong pembangunan gunatanah juga

sangat penting dalam menentukan tahap pembangunan Negara. RFN Ke-2 bukan sahaja

mengambilkira bekalan eletrik tetapi juga bekalan gas asli yang merupakan sumber tenaga yang

semakin penting dalam pembangunan Negara.

Tujuh dasar sediada di bawah RFN pertama dikekalkan dengan pindaan dan satu dasar baru,

RFN40 diperkenalkan di bawah tema ini.

RFN 34 RFN menyediakan rangka spatial bagi penyampaian perkhidmatan

infrastruktur yang bersepadu di peringkat Negara, wilayah dan

conurbation.

RFN 35 Infrastruktur bekalan air yang sesuai termasuk kerja-kerja punca, loji

rawatan dan rangkaian penghantaran dan pengagihan perlu disediakan

bagi semua kawasan petempatan.

RFN 36 Kemudahan pembentungan yang sesuai, dengan pengumpulan, rawatan

dan pelupusan kumbahan dan enap cemar yang mencukupi perlu

disediakan bagi semua kawasan.

RFN 37 Semua petempatan perlu disediakan dengan rangkaian pelupusan sisa

pepejal bersepadu dan kemudahan pemulihan.

RFN 38 Infrastruktur perparitan perlu disediakan bagi semua petempatan untuk

mengelakkan kejadian banjir besar dan kecil serta pencemaran.

RFN 39 Sebagai aset strategik, loji janakuasa dan saluran penghantaran dan

agihan eletrik perlu disediakan bagi memastikan bekalan tenaga yang

terjamin dan efisien kepada semua pelanggan.

RFN 40 Loji pemprosesan dan rangkaian saluran penghantaran dan agihan gas

asli perlu disediakan bagi menyediakan bekalan gas asli yang terjamin

dan efisien kepada semua pelanggan.

RFN 41 Kemudahan dan infrastruktur rangkaian komunikasi perlu disediakan

bagi semua petempatan.

21  

2.9 Tindakan Pelaksanaan

Bagi memastikan pelaksanaan RFN Ke-2 yang berkesan beberapa tindakan perlu diambil seperti

berikut;

i. Penubuhan Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara bagi mempertingkatkan

pelaksanaan RFN Ke-2;

ii. Kajian terperinci terhadap Indikator RFN Ke-2 bagi mempertingkatkan pengukuran

pencapaian RFN Ke-2;

iii. Pengukuhan Sistem Perancangan Gunatanah (iPLAN) dan penerbitan Maklumat Gunatanah

bagi memantau perubahan gunatanah;

iv. Penubuhan satu Institut Perancangan dan Penyelidikan Spatial Negara bagi mempromosikan

R&D dalam perancangan spatial dan membangunkan model perancangan; dan

v. Lain-lain tindakan yang perlu bagi memastikan dasar-dasar RFN Ke-2 dapat dilaksanakan.

3.0 IMPLIKASI

Dasar-dasar RFN Ke-2 apabila telah diterimapakai perlu disokong dan dilaksanakan oleh

kerajaan dan agensi di semua peringkat. Subseksyen 6B (5) Akta 172 menetapkan bahawa

menjadi tugas am Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri membantu dalam memastikan

matlamat RFN tercapai. Penterjemahan dasar perlu dibuat dalam perkara-perkara seperti

berikut:

i. Penggubalan dan kajisemula dasar dan pelan induk pelbagai sektor pembangunan

seperti dasar pengangkutan, dasar pelancongan, dasar pembentungan, pelan–pelan

tindakan mengenai kawasan semulajadi dan sebagainya.

ii. Penyediaan rancangan-rancangan pemajuan di bawah Akta 172 iaitu Rancangan Struktur

Negeri, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas. Ini juga termasuk

Rancangan Wilayah yang disediakan bagi setiap conurbation.

iii. Penyediaan kajian dan garis panduan terperinci seperti kajian mengenai bandar-bandar

sederhana dan kecil, kajian bandar-bandar sempadan, kajian kawasan padi luar jelapang

padi, kajian pembangunan taman Negara dan Negeri dan lain-lain.

iv. Pelaksanaan program dan projek oleh agensi-agensi pelaksana yang mana perhatian

khusus perlu diberikan terhadap inisiatif-inisiatif utama yang dicadangkan dalam RFN Ke-2

22  

Bagi menterjemahkan dasar-dasar RFN Ke-2 ke dalam program dan projek, semua agensi

pelaksana perlulah merujuk kepada dasar-dasar RFN Ke-2 dan keutamaan perlulah diberikan

kepada program dan projek yang selaras dengan dasar-dasar berkenaan. Ini bermakna agihan

perbelanjaan Negara dan negeri serta perancangan pembangunan sosio-ekonomi

keseluruhannya perlulah selari dengan RFN Ke-2.

Terdapat implikasi kewangan bagi tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk memastikan

pelaksanaan RFN Ke-2 termasuk kajian, program dan projek yang akan dilaksanakan.

4.0 KESIMPULAN

RFN Ke-2 telah dirangka sebagai salah satu usaha untuk Negara mencapai status Negara maju

dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. Perancangan fizikal yang strategik sepertimana yang

dirumuskan dalam RFN Ke-2 amat penting bagi mempertingkatkan pencapaian ekonomi Negara

dan mencapai matlamat tersebut. Pelaksanaan RFN Ke-2 perlu disokong oleh semua pihak

berkaitan khususnya Kementerian, Kerajaan Negeri dan agensi dalam menjalankan

tanggungjawab masing-masing.