6
SEKOLAH KEBANGSAAN GONG PASIR DUNGUN, TERENGGANU KERTAS KERJA BENGKEL “CONDUCTING FOR BEGINNER” TARIKH : 22 OKTOBER 2015 TEMPAT : BILIK TAYANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN GONG PASIR ANJURAN : GURU PELATIH IPG KAMPUS KOTA BHARU PROJEK INTERNSHIP 2015

Kertas Kerja Conducting for Beginner Internship

  • Upload
    dyana

  • View
    223

  • Download
    8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pendidikan Muzik utk Panitia Muzik

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja Conducting for Beginner Internship

SEKOLAH KEBANGSAAN GONG PASIR

DUNGUN, TERENGGANU

KERTAS KERJA BENGKEL

“CONDUCTING FOR BEGINNER”

TARIKH :

22 OKTOBER 2015

TEMPAT :

BILIK TAYANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN GONG PASIR

ANJURAN :

GURU PELATIH IPG KAMPUS KOTA BHARU

PROJEK INTERNSHIP 2015

Page 2: Kertas Kerja Conducting for Beginner Internship

BENGKEL ‘CONDUCTING FOR BEGINNER’

1.0 PENGENALAN

Conducting atau juga dikenali sebagai memimpin dalam muzik amat penting bagi

sesuatu program muzik yang melibatkan tentang nyanyian koir, nyanyian lagu

sekolah, orchestra dan sebaganyai. Ini adalah kerana melalui kemahiran memimpin

murid akan dapat menghayati tempo, dinamik, ekspresi, detik, pic serta elemen-

elemen muzik yang lain dalam sesebuah lagu. Melaluinya ia akan dapat membantu

seseorang murid untuk memimpin sesebuah lagu dengan lebih baik.

Melalui bengkel “Conducting For Beginner “, murid akan didedahkan dengan

asas menjadi seorang pemimpin muzik. Teknik dan asas memimpin muzik akan

diajar menerusi cara gerak isyarat tangan dan tindakan perlaksanaan arahan muzik

menerusi seni pengawalan untuk persembahan. Kebolehan pemimpin menggunakan

tangan , ekspresi muka, mata dan gerak tubuh badan yang bersesuain dengan mud

lagu turut akan diajar. Fokus dari segi pemilihan lagu untuk memimpin akan diberi

kepada lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu sekolah.

Diharapkan agar dengan adanya program sebegini, ia akan menjadikan

pengajaran guru lebih berkualiti dan pembelajaran kanak-kanak lebih bermakna.

Disamping itu, melalui program ini diharap ia akan dapat membantu murid-murid

untuk menyanyi permulaan lagu dengan seragam dengan adanya murid yang boleh

memimpin.

2.0 MATLAMAT

Memastikan pelajar memahami konsep memimpin dalam Pendidikan Muzik.

3.0 OBJEKTIF

i. Meningkatkan pengetahuan dan penghayatan murid-murid terhadap konsep

dan cara yang betul dalam memimpin sesebuah lagu.

ii. Mengukuhkan asas konsep muzik disamping meningkatkan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik.

iii. Memberi pendedahan dan peluang kepada murid untuk menunjukkan

bakat dalam aktiviti yang dirancang.

Page 3: Kertas Kerja Conducting for Beginner Internship

iv. Menyemai semangat daya saing, berdisiplin dan kemahiran berfikir

dalam kalangan murid.

v. Meningkatkan keyakinan dan motivasi murid dalam memimpin

sesebuah lagu.

vi. Menyediakan bakal pelapis yang boleh memberi tunjuk ajar kepada

murid tahun 1,2 dan 3 untuk memimpin lagu sekolah.

4.0 TARIKH

Tarikh : 22 Oktober 2015

Hari : Khamis

Masa : 10.45 pagi -1.15 tengah hari

5.0 TEMPAT

Bilik tayangan SK Gong Pasir

6.0 KUMPULAN SASARAN

Murid Tahun 4IS

7.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn. Hjh Myshithah Bt Mohamad Ali ( Guru Besar)

Naib Pengerusi : Tn. Hj Johar B.Jusoh ( PK 1)

En. Amri B. Aman (PK. Hem)

En. Hazanizam B. Hashim (PK.Ko)

Setiausaha : Cik Fatimah Dayana Bt Baharom

Mentor : Pn. Normala Bt Ali

Penyelaras Projek : En. Hizarudin B. Hanafi

Page 4: Kertas Kerja Conducting for Beginner Internship

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber Kewangan

Kedai Sekolah : RM 10

Anggaran Kewangan

9.0 TENTATIF PROGRAM

10.45 pagi : Berkumpul di Bilik Tayangan- Bengkel dimulakan

1.15 tengah hari : Sesi bergambar : Bersurai

10.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini diharap dapat menjadi satu titik tolak ke

arah memupuk minat dan keyakinan murid dalam memimpin lagu Negaraku,

Selamat Sultan dan Lagu Sekolah. Bukan itu sahaja, usaha ini juga dapat

meningkatkan pengetahuan dan penghayatan murid-murid terhadap konsep

dan cara yang betul dalam memimpin. Di samping itu, ia juga dapat

mempertingkat ketrampilan serta keyakinan dan motivasi mereka dalam

memimpin sesebuah lagu.

Bagi pihak guru pelatih, program ini dapat dijadikan satu pengalaman

baru yang berguna sebagai bekalan ilmu ketika sudah menjadi guru sebenar

kelak. Pelaksanaan program ini juga diharapkan dapat memberi impak kepada

konsep kendiri guru pelatih terhadap kemahiran mengurus dan memimpin

sesuatu programn di sekolah nanti.

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH CATATAN

1. Kertas A4 1 RIM RM8.90

JUMLAH RM8.90

Page 5: Kertas Kerja Conducting for Beginner Internship

Sehubungan itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak

adalah diharapkan bagi menjayakan program ini.

Disediakan oleh,

.............................................................. ( FATIMAH DAYANA BT BAHAROM )

Setiausaha,

Guru Pelatih PISMP Muzik,

IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan.

Disemak oleh,

..........................................

(EN. HIZARUDIN B. HANAFI)

Penyelaras Panitia Pendidikan Muzik

SK Gong Pasir.

Disahkan oleh,

.......................................................... (PN. HJH MYSHITHAH BT MOHD ALI)

Guru Besar,

SK Gong Pasir, Dungun, Terengganu