Upload
nurqaseh
View
76
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
jamuan akhir tahun
Citation preview
KERTAS KERJAPROGRAM INTERAKSI DAN ETIKA SOSIAL
PPKI SMK MENGKUANG 2014
13 OKTOBER 2014
TEMPAT :PULAU PINANG
PENGELOLA :PROGRAM INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK MENGKUANG
1.0 PENGENALAN
Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD) merupakan satu program yang memberi
peluang kepada para pelajar khasnya pelajar-pelajar kelas pendidikan khas untuk menambah
pengetahuan dan pengalaman mereka tentang kehidupan dan persekitaran di sekeliling mereka.
Program Interaksi dan Etika Sosial ini merupakan program julung kali dianjurkan oleh Kelas
Pendidikan Khas SMK Mengkuang.
Program Interaksi dan Etika Sosial merupakan salah satu aktiviti di luar waktu
pembelajaran Sains dan Matematik yang bertujuan memberi peluang kepada pelajar pendidikan
khas untuk memperolehi pengalaman dan menyediakan diri menghadapi situasi sebenar. Melalui
Program ini, mereka dapat bersosialisasi, berkomunikasi, melakukan aktiviti secara santai yang
menggembirakan, penerokaan dan interaksi dengan persekitaran serta aktiviti bebas dan
terancang.
Secara tidak langsung program ini turut mendedahkan pelajar tentang etika ketika berada
di dalam majlis rasmi. Program ini turut memberi peluang kepada para pelajar untuk
mempelajari tatacara dan etika yang betul ketika dimeja makan serta dapat merasai pengalaman
sebenar di samping dapat mengaplikasikan dalam kehidupan sebenar.
2.0 RASIONAL
2.1 Pendedahan kepada pelajar mengenai tatacara, disiplin dan kepentingan
menggunakan perkhidmatan awam semasa menaiki Feri dari Jeti Butterworth ke
Jeti Pengkalan Weld.
2.2 Pelajar istimewa ini dapat memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk
berkomunikasi, berinteraksi, bersosialisasi semasa melaksanakan teori dan
praktikal etika di meja makan serta latihan pramusaji yang terkandung dalam
sukatan Kemahiran Hidup (Masakan) di Hotel Flamingo.
2.3 Pelajar Pendidikan Khas juga berpeluang melawat Muzium Interaktif di samping
dapat mewujudkan semangat perpaduan dan aspresiasi pelbagai budaya
masyarakat Malaysia. Ini secara tidak langsung pelajar dapat belajar melalui
proses pembelajaran masteri dalam mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan.
2.4 Pendedahan kepada pelajar mengenai tatacara dan disiplin ketika melawat ke
tempat-tempat yang dilawati.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Pelajar Pendidikan Khas perlu diajar dan dilatih untuk melibatkan diri dalam
semua aktiviti yang berfaedah serta dapat meningkatkan persefahaman dan
kemahiran sosialisasi mereka dengan persekitaran.
3.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim serta mewujudkan transformasi idea di antara
para pelajar dan para guru.
3.3 Memberi pendedahan tentang pendidikan sains sosial dan alam sekitar kepada
para pelajar untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.
3.4 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada
Pelajar Pendidikan Khas tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam
masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara
yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan
masyarakat, negara dan dunia.
4.0 KUMPULAN SASARAN
4.1 Pelajar
4.1.1 Pelajar - 48 orang
JUMLAH - 48 orang
4.2 Guru Pengiring
4.2.1 Guru Lelaki - 3 orang
4.2.2 Guru Perempuan - 5 orang
4.2.3 Pembantu Pengurusan Murid – 3 orang
JUMLAH - 11 orang
5.0 PELAKSANAAN
5.1 Tarikh : 13 Oktober 2014
5.2 Tempat : Pulau Pinang
6.0 ATURCARA PROGRAM
TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN
13 OKT 2014
(ISNIN)
0730
0800
0930
1230
1400
1500
1630
1730
- Berkumpul di SMK Mengkuang
- Bertolak ke Pulau Pinang melalui Jambatan kedua.
-Tiba di Hotel Flamingo (Batu Feringgi)
a). Aktiviti Di Hotel Flamingo.
i) Telematch.
ii) Teori dan praktikal pramusaji dan etika
makan.
iii) Jamuan Akhir Tahun PPKI 2014.
iv) Cabutan Bertuah.
v) Pertukaran hadiah sesama guru dan pelajar.
- Rehat & Solat.
-Melawat Muzium Interaktif Pulau Pinang & Fort
Cornwallis.
- Bertolak pulang ke SMK Mengkuang melalui
Feri.
- Tiba di SMK Mengkuang dan bersurai.
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
7.1 PERBELANJAAN
7.1.1 Pengangkutan (Bas) RM 550.00
7.1.2 Pakej Makanan di Hotel Flamingo (RM 40.00 x 48) RM 1920.00
7.1.3 Hadiah Pelajar (48 X RM 10.00) RM 480.00
JUMLAH RM 2950.00
8.0 ANGGARAN PENDAPATAN
8.1 SUMBER
8.1.1 LPBT RM 1550.00
8.1.2 Kaunseling RM
450.00
8.1.3 Sivik RM 950.00
JUMLAH RM 2950.00
9.0 PENUTUP
Kesimpulannya, Program Interaksi dan Etika Sosial ini adalah penting bagi
membolehkan pelajar-pelajar melihat dan mengalami sendiri sesuatu kemahiran dan pengalaman
yang sangat berharga ini. Adalah diharapkan segala aktiviti yang dijalankan dapat memberi
manfaat dan pengetahuan serta pengalaman yang bermakna kepada semua pihak yang terlibat.
Diharapkan program dan aktiviti yang dijalankan ini mendapat kerjasama daripada semua
pihak dan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar Pendidikan Khas bermasalah Pembelajaran
SMK Mengkuang.
Disediakan oleh :
(PUNITHA A/P KANVIDI)
Disemak oleh :
(HAIRULIZWAN B SHAHIDAN)
Penolong Kanan Pendidikan Khas
SMK Mengkuang
Diluluskan / Tidak diluluskan oleh :
(WAN AZIZ BIN MEGAT ZAINON)
Pengetua
SMK Mengkuang
14 000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang.
LAMPIRAN 2
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat En. Wan Aziz Bin Megat Zainon
(Pengetua SMK Mengkuang)
Pengerusi En. Hairulizwan Bin Shahidan
(Pen. Kanan PPKI, SMK Mengkuang)
Naib Pengerusi Pn. Norliza Binti Yusuh
(Penyelaras PPKI, SMK Mengkuang)
Setiausaha Pn. Punitha A/P Kanvidi
Bendahari En. Mohamad Zaiham B. Masri
AJK Aktiviti/Program Puan Yusnizawati Binti Abdullah
AJK Hadiah Puan Syalina Binti Abdullah
AJK Makan dan Minuman Pn. Punitha A/P Kanvidi
Puan Norsaiha Binti Mohd Hilmi
AJK Dokumentasi / Tajaan Pn. Tuan Rohaizam Binti Tuan Yahya
Pn.Siti Sara Binti Abu Bakar
AJK Pengangkutan En. Zainol Bin Desa
Pn. Siti Aishah Binti Harun
AJK Displin / Keselamatan Semua guru dan PPM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MENGKUANG14000 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANGTEL : 04-5223651 FAKS: 04-5225936
“1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”Ruj. Tuan :Ruj. Kami : SMKM(PERK)600-1( )Tarikh : 02 OKTOBER 2014
Tuan,
PROGRAM SEPANJANG BULAN OKTOBER PENDIDIKAN KHAS SMK MENGKUANG 2014
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Mengkuang akan mengadakan program sepanjang bulan Oktober seperti ketetapan berikut:
KETERANGAN PROGRAM TERAPI 3S PROGRAM INTERAKSI & ETIKA SOSIAL
Tarikh 08 Oktober 2014 13 Oktober 2014
Hari Rabu Isnin
Tempat Sunway Carnival Mall Seberang Jaya Hotel Flamingo Pulau Pinang
Bayaran RM10.00 (Bayaran hendaklah dibayar selewat-lewatnya 03.10.14 )
RM40.00 (Bayaran hendaklah dibayar selewat-lewatnya 03.10.14)
Masa 09.00 pagi – 01.45 tengahari 07.30 pagi – 06.00 petang
Pakaian Baju sukan PPKI warna unggu Baju sukan PPKI warna unggu
*** 3. Bersama-sama ini disertakan Perakuan Ibubapa/Penjaga untuk tindakan Tuan selanjutnya. Sehubungan dengan itu,Tuan adalah diminta untuk mengisi Surat Pengakuan tersebut.
Kerjasama dan keprihatinan, Tuan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(HAIRULIZWAN BIN SHAHIDAN)Penolong Kanan Pendidikan Khas,SMK Mengkuang.
s.k. Fail timbul
PERAKUAN IBU/BAPA/PENJAGA
1. Saya ……………………………………… ibu/bapa/penjaga MEMBENARKAN/TIDAK MEMBENARKAN anak di bawah jagaan saya …………………………………….. Tingkatan Pendidikan Khas untuk mengikuti aktiviti Program Sepanjang Bulan Oktober Pendidikan Khas SMKM 2014 sepertimana yang tersebut di atas dengan bayaran sebanyak RM50.00
2. Saya sedar bahawa pihak sekolah dan pihak penganjur yang mengelolakan Terapi Wayang ini akan mengambil segala langkah keselamatan. Walau bagaimanapun, saya mengaku tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang atau mahkamah terhadap pihak penganjur atau wakilnya berkaitan dengan apa-apa kecacatan sementara atau berkekalan pada mana-mana anggota badan atau mengakibatkan kematian terhadap anak/jagaan saya yang berlaku di dalam perjalanan pergi atau balik serta sewaktu berada di tempat kegiatan yang dijalankan sempena dengan perlaksanaan program sepanjang bulan Oktober Pendidikan Khas SMKM 2014 ini.
3. Saya dengan ini memberi kebenaran kepada pihak penganjur atau wakilnya mengambil sebarang langkah rawatan atau bantuan perubatan kepada anak/jagaan saya jika didapati perlu.
Pengesahan kebenaran, Alamat : ………………………………………………………..
………………………………………………………..
……………………………………… ……………………………………………………….
( ) Tel. : ……………………………………………………..
No. K. Pengenalan : ………………………………………………….
Tarikh : …………………………………………………….. *Potong yang tidak berkenaan
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MENGKUANG14000 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANGTEL : 04-5223651 FAKS: 04-5225936
“1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”Ruj. Tuan :Ruj. Kami : SMKM(PERK)600-1( )Tarikh : 16 OKTOBER 2014
Pegawai Pendidikan Daerah,Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah,Permatang Pasir,13500 Permatang Pauh, Seberang Perai.(U/P: Puan Akilah Razinah Binti Abdullah)
Tuan,
PROGRAM TRANSISI KERJAYA DAN INTERAKSI SOSIAL PENDIDIKAN KHAS SMK MENGKUANG 2014
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Mengkuang akan mengadakan Program Transisi Kerjaya dan Interaksi Sosial seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 20 Oktober 2014Hari : IsninTempat : 1. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bagan Indah.
2. Restoran Pan Mutiara, Butterworth
3. Bersama-sama ini disertakan (1) salinan kertas kerja untuk tindakan Tuan selanjutnya.
Kerjasama dan keprihatinan Tuan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(Wan Aziz Bin Megat Zainon)Pengetua SMK Mengkuang.
- s.k. Fail timbul