26
IPG Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun, 75400 Melaka Kertas kerja Karnival Permainan Tradisional 2012 "Permainan Tradisional Identiti Bangsa" TEMPAT : Kompleks Sukan Puteri Gunung Ledang, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka TARIKH : 28 FEBRUARI 2012 ANJURAN BERSAMA: Sekolah Kebangsaan (P) Durian Daun Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,  IPG Kampus Perempuan Melayu.

Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 1/26

IPG Kampus Perempuan Melayu,

Jalan Maktab, Durian Daun, 75400 Melaka

Kertas kerja

Karnival Permainan Tradisional 2012

"Permainan Tradisional Identiti Bangsa"

TEMPAT :

Kompleks Sukan Puteri Gunung Ledang,

Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

TARIKH :

28 FEBRUARI 2012

ANJURAN BERSAMA:

Sekolah Kebangsaan (P) Durian Daun

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, 

IPG Kampus Perempuan Melayu.

Page 2: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 2/26

1.0 Pengenalan

Penganjuran Karnival permainan tradisional merupakan salah satu tugasan yang perlu

dilaksanakan bagi memenuhi keperluan sukatan PJM3112 iaitu Pengurusan dan

Pentadbiran Pendidikan Jasmani. Pendedahan awal mengenai kepentingan pengurusan

pertandingan sukan membantu guru pelatih merancang sebuah pertandingan sukan yang

baik dan lebih bersistematik.

Permainan Tradisional merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai. Sudah menjadi

tanggungjawab kita memelihara warisan yang menjadi identiti kita. Malah permainan

tradisional ini mencakupi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan

keseimbangan individu dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial. Permainan

tradisional merupakan salah satu cara bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup

yang sihat kerana mengunakan kemahiran asas antaranya pergerakan lokomotor dan

bukan lokomotor serta manipulasi alatan. Antara contoh permainan tradisional ialah

ketingting, galah panjang, batu seremban serta lain-lain. Diharap penganjuran permainan

tradisional ini akan memberi pengetahuan serta kesedaran terhadap genarasi muda

mengenai kewujudan permainan tradisional sekaligus memelihara warisan ini dari terus

pupus.

2.0 Rasional

 

2.1 Memenuhi keperluan pro forma PJM 3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran

Pendidikan Jasmani bagi amali pelaksanaan karnival permainan tradisional.

2.2 Memberi pendedahan awal kepada guru pelatih mengenai prosedur menguruskan

pertandingan sukan dengan betul.

2.3 Penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini terhadap murid sekolah rendah

merupakan salah satu cara untuk memelihara permainan tradisional dari terus

pupus.

Page 3: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 3/26

2.4 Memupukkan perasaan cinta dan bangga terhadap permainan tradisional di

kalangan generasi muda.

2.5 Merupakan satu alternatif sebagai permainan sosial yang mengeratkan perpaduan

antara kaum di Malaysia.

2.6 Menarik minat generasi muda terutama murid sekolah untuk mengamalkan gaya

hidup sihat.

2.7 Mengeratkan silaturahim antara warga IPG Kampus Perempuan Melayu dengan

pihak luar seperti Sekolah Kebangsaan (P) Durian Daun, Melaka.

3.0 Objektif 

3.1 Guru pelatih dapat mengenali jenis-jenis permainan tradisional serta peraturannya.

3.2 Guru pelatih dapat mengorganisasikan sesuatu pertandingan dengan baik dan

sistematik.

3.3 Guru pelatih dapat mengetahui prosedur penganjuran sesuatu pertandingan dari

penyediaan kertas kerja sehinggalah ke peringkat pengelolaan pertandingan.

3.4 Guru pelatih dapat mengelolakan pertandingan sukan dengan mengaplikasikan teori

pentadbiran sukan yang dipelajari melalui PJM 3112.

3.5 Meningkatkan kemahiran interpersonal guru pelatih dengan pihak-pihak tertentu

dalam situasi yang pelbagai semasa mengelola penganjuran Karnival Permainan

tradisional.

3.6 Guru pelatih dapat melaksanakan tugas organisasi dalam satu pasukan dengan

semangat kesukanan yang jitu.

3.7 Melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dengan memelihara warisan bangsa di

samping mengeratkan silaturahim antara guru pelatih dengan masyarakat luar 

seperti pihak sekolah.

Page 4: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 4/26

4.0 BUTIRAN PROGRAM

4.1 NAMA PROGRAM

Karnival Permainan Tradisional 2012

4.2 TARIKH

  28 Februari 2012

4.3 MASA

  2.00 - 6.00 petang

4.4 TEMPAT

Kompleks Sukan Puteri Gunung Ledang, IPG Kampus Perempuan Melayu.

4.5 PENYERTAAN

Pengelola : PISMP Semester 5 Unit SN, PK1 dan PK2 (61 pelajar)

Peserta : Pelajar SK (P) Durian Daun (45 pelajar)

.

4.6 ANJURAN

Kerjasama Sekolah Kebangsaan (P) Durian Daun & Jabatan Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Perempuan Melayu.

5.0 JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Pn. Hjh. Noor Hayatee binti Md. Noor 

Pengarah , IPG Kampus PM

Page 5: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 5/26

Penasihat : Pn. Hjh. Maimun Aziz

Timbalan Pengarah , IPG Kampus PM

Pengerusi : Cik Khadijah Hj. Tompang

Ketua Jabatan PJK, IPG Kampus PM

Bendahari : Pn. Rodhiah Zainal

Pegawai Eksekutif Kanan, IPG Kampus PM

Penyelaras : Pn. Fatimah Mustaffa

Pensyarah PJK, IPG Kampus PM.

6.0 AHLI JAWATANKUASA PERLAKSANA

Pengurus Karnival : Hafizah Binti Zakaria (PK 1)

Penolong Pengurus Karnival : Noor Hidayah Bt Mohammad Maskuri (SN)

Setiausaha : Nor Zafirah binti Abdullah (PK 2)

Penolong Setiausaha : Tengku Hazirah Bt Tengku Yahya (SN)

Bendahari : Nurhafiza Binti Abdullah (PK 2)

Jawatankuasa :

a. Istiadat Perasmian, Penutup dan Sambutan

- Fatin Athirah binti Yusof (PK 2)

b. Teknik dan Pertandingan

- Nur Suraya Hani binti Sazali Zaki

c. Hadiah dan Cenderamata

- Sharulniza Binti Zainol (PK 1)

d. Peralatan dan Pengangkutan- Siti Nurfahmira Binti Abdullah (SN)

e. Jamuan ( Perasmian , Peserta & Pegawai)

- Monizahidah Bt Mohamed (PK 1)

f. Siaraya

Page 6: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 6/26

- Wan Fatimah Binti Wan Hassan (PK 1)

g. Kawalan Keselamatan dan kebersihan

- Nor Hafieza binti Awang (SN)

h. Ajk Sponsor - Amirah Isra binti Balius (PK 1)

i. Dokumentasi & Tugas – tugas khas

- Masturah Binti Madzlan (PK 2)

7.0 SENARAI TUGAS DAN SPESIFIKASI JAWATANKUASA

JAWATAN TUGAS  

Pengurus - Ketua pengurusan program

- Mempengerusikan mesyuarat

- Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan

yang diputuskan

- Menjadi rujukan setiap ahli jawatankuasa program

- Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh penasihat dari semasa

ke semasa.

- Memantau dan menyelaras tugas-tugas ahli.

Penolong Pengurus - Membantu pengurus dalam menjalankan tugas dan

tanggungjawab yang diberi.

- Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengurus.

- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah

penasihat dan pengurus dari masa ke semasa.

Setiausaha - Menyediakan kertas kerja program

- Menguruskan hal-hal surat menyurat.

- Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan

Page 7: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 7/26

kegiatan-kegiatan.

- Mencatat kehadiran ahli semasa mesyuarat diadakan.

- Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan program.

- Menyediakan laporan akhir program.

- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah

penasihat dan pengurus dari masa ke semasa.Penolong Setiausaha - Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas yang diberi.

- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah

penasihat dan setiausaha dari masa ke semasa.Bendahari - Bertanggungjawab ke atas semua hal kewangan program.

- Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara

kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

- Menyediakan laporan Penyata Kira-Kira program.

- Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam

mesyuarat.

- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah

penasihat dari masa ke semasa.Jawatankuasa

Istiadat Perasmian,

Penutup dan

sambutan.

- Merancang, mengatur dan menjalankan perbarisan lintas hormat.

- Mengadakan pasukan-pasukan pancaragam, kompang bunga

manggar, silat untuk istiadat sambutan.

- Menentukan kedudukan ahli-ahli jawatankuasa semasa istiadat

sambutan.

- Menyediakan dan menyematkan rozet.

- Menentukan kedudukan pasukan-pasukan di tempat permulaan

perbarisan, di padang dan di astaka.- Menentukan pasukan-pasukan mempunyai bendera, papan nama

dan pakaian kemas serta berdisplin.

- Menyusun aturcara istiadat perasmian.

- Mengadakan raptai

- Menyediakan juruacara perasmian.

Jawatankuasa

Teknik dan

Petandingan

- Menempah / meminjam stadium.

- Memeriksa dan menentukan keadaan gelanggang dan kawasan

permainan yang sesuai untuk digunakan.

- Menyediakan alat-alat sukan, alat-alat untuk hakim dan lain-lain

pegawai sukan.

- Menyediakan pembantu-pembantu yang cukup dan menentukan

tugas serta mengawal displin mereka. Menyediakan minuman dan

Page 8: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 8/26

makanan sekiranya perlu.

- Menjemput dan mengatur jadual bertugas untuk pegawai-pegawai

sukan dan mengadakan taklimat untuk mereka.

- Mengatur acara-acara sukan yang dipertandingkan dan

mempastikan ianya berjalan secara lancer..

- Mengembalikan peralatan sukan tradisional dalam keadaan yang

selamat.

- Menguruskan secret-borang penyertaaan dan lain-lain secret untuk

pegawai.

- Menguruskan secretariat dan menyediakan juruacara pertandingan.

Jawatankuasa

keselamatan dan

keceriaan

- Menyediakan dan memasang bendera-bendera hiasan, bendera

negeri dan Malaysia, kain bunga raya.

-Menyediakan pasu-pasu bunga dan meletakkan di tempat-tempat

yang sesuai. Menguruskan penyiramnya.

- Memastikan kebersihan astaka, arena pertandingan / gelanggang

bilik-bilik semasa dan selepas pertandingan.

- Menyediakan bakul-bakul sampah, penyampu, berus dan kain

pengelap.

-Menyediakan tugas jadual bertugas pembantu-pembantu sertamemastikan ianya dijalankan.

- Mengemas semula dan memulangkan alat perhiasan yang

digunakan.

- Menjaga keselamatan peserta sepanjang perjalanan program.

- Menjaga kebajikan para peserta program.

-Menyediakan kotak kecemasan.

- Memberi pertolongan cemas kepada peserta yang cedera.

Jawatankuasa Sijil,

Hadiah dan

Cenderamata

- Mencari contoh-contoh hadiah/cenderamata dan harganya sesuai

untuk acara pertandingan.

- Menempah secukupnya selepas dipersetujui.

Page 9: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 9/26

- Menyemak secukupnya selepas dipersetujui.

- Menyemak bekalannya dalam keadaan baik dan mencukupi

bilangan.

- Menyusun mengikut giliran penyampaiannya.

-Membawa semua hadiah dan cendermata ke tempat penyampaian.

- Memastikan ada meja, alas meja, dulang dan lain-lain alat

diperlukan.

- Mengiringi penyampai hadiah.

- Menjalankan upacara penyampaian hadiah / cendermata selaras

dengan bahagian pertandingan dan juruacara.

- Menempah , Menaip dan mengedarkan sijil-sijil penyertaan dan

penghargaan.

JawatankuasaPeralatan dan

Pengangkutan

-

Mendapatkan senarai peralatan yang diperlukan dari pengerusi-pengerusi jawatankuasa kecil.

- Mendapatkan /meminjam peralatan tersebut dari pihak-pihak

tertentu.

- Mendapatkan bantuan kenderaan dari pihak IPGKPM atau lain-lain

punca sekiranya terpaksa.

- Memastikan peralatan diangkut dan diserahkan di tempat-tempat

yang memerlukannya dalam masa yang ditetapkan dalam keadaan

yang baik.- Mengemas / memulangkan peralatan tersebut selepas selesai

pertandingan.Jawatankuasa

Jamuan ( Perasmian,

peserta / pegawai )

- Menyediakan dan memesan menu untuk jamuan.

- Menghidang dan menghias bilik jamuan VIP – pastikan segala

kelengkapan jamuan disediakan seperti pinggang, piring, cawan ,

tisu.

- Memastikan kebersihan peralatan dan makanan.

- Mengemas, membasuh dan memulangkan perkakas yang

digunakan.

- Menyediakan kupon minuman mengikut tarikh dan tempat

pertandingan dan menyerahkan kepada bahagian-bahagian

berkenaan.

- Menghantar / menghidang minuman kepada jemputan pegawai

khas sekiranya tiada jamuan teh.

Page 10: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 10/26

- Menolong mengawal kebersihan.

Jawatankuasa

Dokumentasi dan

Tugas-tugas Khas

- Menyediakan Jadual Tugas mencatat / melapor setiap aktiviti yang

dijalankan.

- Menyediakan dan melengkapkan borang penilaian aktiviti semasa

Karnival

- Mengumpul semua catatan / laporan untuk didokumentasikan.- Menyediakan filem yang mencukupi untuk rakaman gambar dan slaid

dan bertanggungjawab mencuci filem-filem tersebut untuk tujuan

dokumentasi.

- Mengumpul dan menyediakan dokumentasi Karnival.

- Menyediakan Juri Rayuan.

- Menghubungi saksi-saksi berkenaan apabila diperlukan.

- Menjalankan tugas seperti diminta oleh pegawai misalnya dalam hal

protokol dan cenderamata.

8.0 Anggaran belanjawan Karnival Permainan Tradisional

Bil Perkara Kuantiti/Jumlah Harga Catatan

1. Makan Tengahari

6 orang guru pengiring

45 murid -SK (P) Durian Daun

(Atas permintaan Guru Besar 

SKDD kerana murid tidak

pulang untuk tengahari)

RM5.00X6 orang=

RM5.00X45 orang=

RM 30.00

RM225.00

Ditanggung

pelajar 

Page 11: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 11/26

Jamuan Perasmian Karnival

61 pegawai teknikal dan

pengadil

45 peserta SK (P) Durian Daun

15 orang - Jemputan VIP,

pensyarah dan guru pengiring

RM4.00X61 orang=

RM4.00X45 orang=

RM4.00X15 orang=

RM244.00

RM180.00

RM60.00

PEK

2.

Hadiah (Hamper)-Kategori

Berpasukan

Johan

Naib Johan

Hadiah(Hamper)-Kategori

Individu

Johan

Naib Johan

RM30.00X2 acara=

RM30.00X2 acara=

RM30 X 4 acara=

RM120.00

RM30 X4 acara=

RM120.00

RM60.00

RM60.00

Stor Pusat

Stor Pusat

Page 12: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 12/26

Hamper Rumah Sukan Terbaik

RM50.00 X 1= RM50.00Ditanggung

pelajar 

3. Sijil Penghargaan 75 keping - Stor pusat

4. Sijil penyertaan 45 keping - Stor pusat5. Biskut(chips more, coklat wafer,

dll)

2 tin RM20.00

Ditanggung

pelajar 

6. Air mineral (150 ml) 6 karton RM144.00

7. Catridge HP 21 & 22 2 unit RM100.00

8. Belon pelbagai warna 2 paket RM50.00

9. Reben plastik 1 inci (pelbagai

warna)

5 gulung RM25.00

10. Paku besi panjang(2.5 inci) 1 kotak RM10.00

11. Roti 110 biji RM77.0012. Kertas bunga(sampul hadiah) 10 helai RM10.00

13. Kertas A4 putih 1 rim RM10.00

14. Kertas A4 warna (pelbagai

warna)

1 rim RM10.00

15. Whiteboard marker 1 kotak biru

1 kotak merah

1 kotak hitam

RM30.00

16. Masking tape(1.5 inci) 10 gulung (besar) RM50.00 Ditanggung

pelajar 17. Gelang getah 4 bungkus RM10.00

18. Tali rafia 2 gulung(besar) RM10.0019. Banner 1 keping RM100.00 Stor Pusat

20. Bendera

I. Malaysia

II. Melaka

1

1

Stor pusat

21. Plastik hitam sampah(tebal) 2 bungkus RM10.00 Ditanggung

pelajar 

22. Bendera hiasan - - Stor pusat

23. Plak IPG 1 unit - Stor pusat

24. Beg kertas IPG 7 keping - Stor pusat25. Cenderamata Perasmi (Tuala

besar)

1 unit - Stor Pusat

26. Cenderamata untuk guru

pengiring

6 buah - Stor pusat

27 Buku Nota Logo IPG 45 buah - Stor Pusat

28. Tali name tag dan plastik nama 61 keping - Stor Pusat29. Khemah (Makanan murid secara

buffet)

1 buah - Stor Pusat

Page 13: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 13/26

Jumlah perbelanjaan:RM1575.00

9.0 Aturcara Majlis

Page 14: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 14/26

Masa Acara

2.00 petang

Semua pelajar Sekolah Kebangsaan (P) Durian Daun berkumpul di

Kompleks Sukan PGL

2.15 petang Ketibaan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu

Ketibaan Guru besar SK (P) Durian Daun, Melaka

2.30 petang Perasmian Pembukaan Karnival

• Bacaan doa

• Ucapan Pengarah

• Ucapan perasmian

- Acara simbolik perasmian- Penyampaian cenderamata kepada perasmi- Jamuan VIP

3. 00 petang  Acara Pertandingan Permainan Tradisional Bermula

• Murid SK (P) Durian Daun / peserta

- Congkak

- Galah panjang

- Ketinting

- Batu seremban

- Dam Aji

- Lompat Getah

- Boling Kelapa

5.00 petang

Penyampaian Hadiah

Majlis penutupan

6.00 petang Bersurai

Page 15: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 15/26

10.0 Jenis Permainan Tradisional

'Indoor' 'Outdoor'

Congkak

Batu Seremban

Ketingting

Dam aji

Galah panjang

Boling kelapa

11.0 Peraturan Permainan Tradisional

BIL NAMA PERMAINAN PERATURAN/ CARA BERMAIN1. Congkak • Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap

papan congkak, dimulakan dengan kedua-duapemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu didalam lubang kampung dengan pergerakan dari

kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

• Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada

tangan dimasukkan dalam kampung kosong dikawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklahberhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati dikampung sendiri.

• Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang

setentang dengan kampungnya iaitu mengautkesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut,hanya selepas membuat satu pusingan.

• Pihak lawan mengambil giliran meneruskan

permainan hingga buahnya mati.

• Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri,

pemain boleh meneruskan permainan denganmengambil buah yang masih banyak di mana-manakampung sendiri.

Page 16: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 16/26

• Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong

pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahajadan pihak lawan boleh memulakan permainanseterusnya hingga mati.

• Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung

pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, makagiliran untuk menggerakkan buah akan berpindahkepada pihak lawan.

• Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain

mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap'terbakar'.

• Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada

pusingan yang kedua dan ketiga.

• Permainan diteruskan dengan papan kedua.

• Pemain yang menang dua papan diikira pemenang.

• Sekiranya seri, permainan diteruskan dengan papan

yang kertga sebagai penentuan

• PENENTUAN KEMENANGAN

• Menang tapak (pihak lawan telah tiada buah) di tiap

papan.

• Menang dua papan.

• Sekiranya seri diteruskan dengan papan yang ketiga

sebagai permainan penentuan.

• Kemengan diberikan kepada pemain yang menang

dua papan daripada tiga.2. Galah Panjang 1. Setiap pemain pertahanan hanya menjaga garisan

masing-masing.

2. Apabila salah seorang pemain penyerang dapatdisentuh semasa menyeberangi garisan, pasukannyadikira mati.

• Pemain yang berjaya melepasi garisan penamat akan

menyebut perkataan “Jeylon!” sebagai tanda berjaya.

• Mata dikira berdasarkan jumlah pusingan yang

dimenangi.

3. Ketingting • Pemain dikira mati jika memijak garisan.

• Pemain akan mati jika buah tidak masuk ke petak

Page 17: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 17/26

sasaran

• Pemain akan mati jika membaling buah bukan di

tapak permulaan.

• Pemain tidak boleh memijaknpetak rumah orang lain.

Sebaliknya terus melangkaui petak tersebut.

• Cara bagi markah

• Mata dikira mengikut petak. (1 petak mewakili ½

mata).1. Untuk set pertama, mata akan dikira selepas

orang pertama dapat menamatkan 1 pusingan2. Untuk set kedua dan ketiga, mata akan dikira

sebaik sahaja pemain mati.3. Setiap peserta mempunyai 1 buah yang sama

saiz. Namun dibezakan mengikut warna iaitumerah, biru, hijau dan kuning.

4. Setiap set permainan diberikan masa 10 minit

untuk setiap pemain.

• Undi pemain untuk mendapatkan giliran.

Set pertama

• Buah dicampak ke dalam petak pertama oleh pemain

pertama.

• Dengan menggunakan kaki sebelah, pemain tersebut

hendaklah melompat terus ke petak 2 dan 3.

• Lompat ke petak 4 dan 5 dengan kedua belah kaki

serentak.

• Terus ke petak 6 dengan sebelah kaki.

• Lompat ke petak 7 dan 8 juga dengan kedua belahkaki serentak.

• Patah balik dengan memusingkan badan ke arah

permulaan tadi.

• Lompat ke petak 6 dengan sebelah kaki dan ke petak

4 dan 5 dengan kedua belah kaki serentak.

• Teruskan lompatan ke petak 3 dan 2 dengan sebelah

kaki.

•  Ambil buah yang berada di petak 1.

• Terus lompat ke petak 1 dan ke tapak permulaan.

• Teruskan balingan oleh pemain pertama sehingga

mati. Kemudian, pemain kedua dan seterusnya pulabermain.

• Permainan akan tamat sebaik sahaja orang pertama

dapat menghabiskan 1 pusingan.

Set kedua

• Pemain pertama hendaklah melompat ke petak 1

sambil memegang buah.

Page 18: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 18/26

• Kemudian, lambung buah ke belakang tapak tangan

dan teruskan lompatan ke petak yang seterusnyasambil buah di belakang tapak tangan.

•  Apabila sudah tiba di petak 1 semula, lambung dan

sambut buah dan terus ke tapak permulaan.

• Teruskan melompat ke petak ke 2 dengan cara yang

sama.

• Jika pemain tidak dapat menyambut buah

lambungan, dia dikira mati dan pemain kedua danseterusnya pula bermain sehingga ke pemainterakhir.

Set ketiga

• Pemain pertama hendaklah melompat ke petak 1 dan

meletakkan buah di atas kepala.

• Kemudian, lompat ke petak yang seterusnya sambil

buah dijunjung di atas kepala.

•  Apabila sudah tiba di petak 1 semula, jatuhkan buahdari kepala dan sambut dengan sebelah tapak tangandi bawah aras pinggang.

• Pemain tidak boleh membongkokkan badan.

• Teruskan lompatan ke petak ke 2 dengan cara yang

sama.

• Jika pemain tidak dapat menyambut buah, dia dikira

mati dan pemain kedua dan seterusnya pula bermainsehingga ke pemain terakhir.

4. Batu seremban • Pemain perlu menimbang buah dalam setiap

kumpulan sebelum memulakan permainan bagimenentukan giliran pemain.

• Terdapat 5 peringkat dalam permainan batu

seremban.

• Pemain juga perlu menimbang buah bagi setiap

peringkat.

• Pemain hendaklah menyambut buah sebelum jatuh

ke lantai.

• Semasa bermain pada setiap peringkat, pemain akan

dikira, jika :

• Tangan tersentuh buah seremban.

• Buah seremban bersentuhan antara satu sama lain.

• Tidak dapat menyambut buah seremban.

• Tidak dapat menimbang sebarang buah seremban

Page 19: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 19/26

untuk ke peringkat seterusnya.

Menentukan Giliran

• Menimbang buah :

• Meletakkan kesemua buah di atas tapak tangan.

Lambungkan ke udara.• Menyambut buah dengan cara mencangkuk.

• Jumlah buah yang disambut itu sebagai penentu

giliran dalam permainan.

Cara Bermain :

• Terdapat 5 peringkat :

• « Buah Satu

« Buah Dua« Buah Tiga« Buah Empat« BuahLima

Buah Satu

• Taburkan semua buah ke atas lantai.

• Buah dalam keadaan tidak bersentuhan antara satu

sama lain

• Sebiji buah dijadikan ibu, dan dilambungkan ke udara.

• Semasa buah ibu masih berada di udara, sebiji lagi

buah hendaklah dikutip.

• Dalam masa yang sama pemain hendaklah

menyambut buah ibu sekali.

•  Apabila telah disambut sebiji buah hendaklah

digenggam di dalam tangan sebelah.• Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga

kesemua buah di atas lantai itu habis dilambungdan disambut.

Buah Dua

• Cara buah dua dimainkan serupa seperti buah satu.

• Tetapi, buah yang dikutip mestilah dengan dua biji

serentak.

• Ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu

dilakukan.

Buah Tiga

• Langkah pertama, mengutip sebiji buah dahulu.

• Pada lambungan kali kedua pemain dikehendaki

mengutip tiga biji buah serentak.

Buah Empat

• Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas

lantai dan dalam masa yang sama

Page 20: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 20/26

hendaklah menyambut buah ibu yang telahdilambungkan.

Buah Lima

• Di peringkat ini urutan dari memainkan buah empat,

sementara di dalam tangantergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklahdilambungkan dan empat biji buahbaki hendaklah diletakkan di atas lantai pula sertamenyambut buah ibu sahaja.

Mati Permainan

• Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa

mengutip buah di atas lantai tanganmengenai biji buah yang lain atau tidak dapatmengutip buah sehingga ibu jatuh atausemasa menimbang buah dan pemain tidak dapatwalau sebiji buah ianya dikira mati(permainan di tamatkan) dan permainan akandiserahkan kepada pemain seterusnya.

5. Dam Aji Giliran

• Mengikut persetujuan pemain, mana-mana pihak boleh

bermula dahulu. Setelah pemain pertama menggerakkansatu buah, giliran pemain kedua pula. Begitulahseterusnya sehingga permainan tamat.

Cara bergerak

Setiap buah dam cuma boleh bergerak satu petaksecara pepenjuru, sama ada ke kiri atau ke kanan,sekiranya petak tersebut masih kosong.

• Haji (buah dam yang telah sampai ke hujung papan

sebelah lawan) bergerak dengan cara yang sama, tetapiboleh pergi seberapa banyak petak yang dikehendaki.

Cara makan

Buah biasa

Sekiranya di pepenjuru kanan/kiri hadapan suatu buah

sendiri ada buah lawan, dan di belakangnya kosong,maka buah lawan tersebut boleh dimakan (ditangkapdan dikeluarkan dari permainan) dengan melompat buahlawan tersebut. Ertinya, buah sendiri diletakkan di petakkosong di belakang buah lawan, kemudian buah lawandikeluarkan dari permainan.

Sekiranya selepas makan kali pertama, situasi yang

Page 21: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 21/26

sama berulang lagi, maka pemain berhak memakan lagi.Ertinya, seseorang pemain boleh memakan beberapabuah lawan dalam satu giliran.

Perlu diingatkan bahawa buah dam biasa cuma bolehbergerak, dan oleh itu makan, ke hadapan.

Buah haji 

Cara makan buah haji sama dengan buah biasa.Bezanya, bauh haji boleh bergerak banyak langkah, danoleh itu boleh makan buah lawan yang jauh. Buah haji

 juga boleh makan ke belakang kerana ia boleh bergerakke belakang.

Peraturan makan

• Sekiranya ada peluang memakan buah lawan,

pemain diwajibkan melakukannya. Kegagalan untukmemakan buah lawan akan menyebabkan phak lawanberhak mengambil buah pemain yang gagal memakandan mengeluarkannya dari permainan.

• Sekiranya terdapat pilihan untuk memakan buah

lawan, pemain boleh memilih untuk memakan mana-mana buah yang dikehendakinya.

• Sekiranya ada dua buah atau lebih untuk dimakan,

pemain boleh memilih untuk makan seberapa banyak

buah yang diingininya.

Tamat

Permainan dam tamat apabila

• Seorang pemain kehilangan semua buah damnya.

Dia dikira kalah.• Seorang pemain tidak dapat menggerakkan buahnya

kerana disekat. Dia dikira kalah.

• Seorang pemain menyerah kalah.

• Kedua-dua pemain bersetuju untuk seri, biasanya

kerana kedua-dua pemain mepunyai buah haji yangtidak dapat dimakan atau disekat.

KESALAHAN :1. Mengarah pihak lawan jalan.2. Dikira tiga kali sentuhan tidak jalan.

Page 22: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 22/26

3. Berfikir lebih dari sepuluh saat.4. Dikira tiga kali tir jalan undur sebelum Aji.5. Tir kembali ke tapak yang sama tiga kali berturut-turut.

PENENTUAN KEMENANGAN :1. Pihak lawan lumpuh langkah iaitu tiada lagi tir di papan.

2. Pihak lawan membuat tiga kali kesalahan, atau dibuanggelanggang.

6. Lompat Getah A) CARA MENENTUKAN GILIRAN

1) Bagi menentukan giliran, kebiasaannya kaedah lai lai li tam plom akan digunakan, diikuti oleh ow som (jika tigapemain sahaja). Jika ramai pemain, "ibu" kedua-duapasukan perlulah ow som.

B) CARA BERMAIN

1) Getah akan dipegang oleh 2 orang wakil penganjur yang mempunyai ketinggian dalam julat 155 cm hingga157 cm.

2) "Ibu" memulakan permainan, diikuti "anak-anak". Jika"anak" melanggar giliran, kesemua ahli pasukantermasuk "ibu" akan mati dan pasukan lawan pula yangakan bermain.

3) Pada awal permainan, getah dipegang tegang padaparas tapak kaki. Semua yang melompat ketika ini perlu

menyebut "zero point" . Pemain tidak boleh menyentuhtali. Jika tidak, pemain itu akan mati.

4) Kemudian, getah dipegang pada paras lutut. Pemainperlu melompat tanpa mengenai getah.

5) Paras berikutnya ialah paras paha. Namun, paras iniboleh ditinggalkan dengan persetujuan kedua-duapasukan. Lompatan tidak boleh mengenai getah.

6) Paras pinggang. Pemain boleh melompat denganmenyentuh getah.

7) Paras dada.

8) Paras telinga. (orang yang memegang getah perluberwaspada demi keselamatan mata dan muka andaikata getah di hujung yang satu lagi terlucut daripadapegangan).

Page 23: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 23/26

9) Paras kepala. Dibenarkan untuk menggunakan tekniktepis.

10) Paras sejengkal dari atas kepala. Bolehdikecualikan dengan persetujuan kedua-dua pasukan.Dibenarkan untuk menggunakan teknik tepis

C) CARA “MATI”1) Peserta tidak dapat melompat getah pada mana-mana paras.

KESALAHAN :6. Tidak mengikut giliran.

PENENTUAN KEMENANGAN :3. Peserta yang dapat melepasi getah pada aras yang

paling tinggi di kira pemenang.4. Walau bagaimanapun, jika terdapat kumpulan yang seri

pemenang ditentukan melalui “timbangan” iaitu pesertayang dapat melompat sebelah kaki peserta sambilmembelit getah pada kaki tersebut sebanyak 20 kali.

12.0 Pertandingan

Penyertaan pertandingan Karnival Permainan Tradisional melibatkan Sekolah

Kebangsaan (P) Durian Daun. Pertandingan ini menggunakan sistem pertandingan

kalah mati bagi setiap permainan. Markah tertinggi yang berjaya dipungut akan dikira

sebagai pemenang.

13.0 Penutup

Page 24: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 24/26

 Adalah diharapkan Karnival Permainan Tradisional ini dapat dijalankan dengan

lancar dan teratur mengikut perancangan. Semoga perlaksanaan karnival ini akan terus

berjaya melahirkan pelajar yang aktif dan bertanggugjawab serta komited terhadap

tugas.

Jawatankuasa kerja juga menaruh harapan dan keyakinan yang tinggi terhadap

kerjasama dan komitmen semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan

Karnival Permainan Tradisional ini. Kami Jawatankuasa kerja amat berharap mendapat

sokongan dan bimbingan sewajarnya untuk melahirkan pelajar PISMP selaras dengan

kehendak Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang

demikian, adalah diharapkan program ini mendapat kelulusan dan sokongan penuh

daripada pihak pengurusan Institut Perguruan Perempuan Melayu, Melaka

Karnival Permainan Tradisional 2012

" Permainan Tradisional Identiti Bangsa"

PERKARA TANDATANGAN / ULASAN

Disediakan oleh:

NOR ZAFIRAH BINTI ABDULLAH

Setiausaha Karnival Permainan Tradisional 2012,

IPG Kampus Perempuan Melayu,

Jalan Maktab, Durian Daun, 75400, Melaka

Page 25: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 25/26

Disemak oleh :

PN. FATIMAH BINTI MUSTAFFA

Penyelaras Karnival Permainan Tradisional 2012,

IPG Kampus Perempuan Melayu,

Jalan Maktab, Durian Daun, 75400, Melaka

 

Disahkan oleh:

CIK KHADIJAH BINTI HJ TOMPANG

Ketua Jabatan,

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,

IPG Kampus Perempuan Melayu,

Jalan Maktab, Durian Daun, 75400, Melaka.

Disahkan oleh,

TN. HJ. DR. MIHAT BIN DOLLAH

Ketua Jabatan,

Jabatan Hal Ehwal Pelajar,

Ipg Kampus Perempuan Melayu,

Melaka.

Ulasan KUKP/PEK/PA

Page 26: Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

7/15/2019 Kertas Kerja Karnival Permainan Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-karnival-permainan-tradisional-563384663c485 26/26

.

Diluluskan / tidak diluluskan oleh,

PN. HJH. NOOR HAYATEE BT. MD NOOR

Pengarah,

IPG Kampus Perempuan Melayu,

Jalan Maktab, Durian Daun, Melaka.