13
KERTAS KERJA KEM MOTIVASI PENGAWAS S.J.K (C) CHUNG HUA KROKOP, MIRI TARIKH 19 April 2014 (Sabtu) TEMPAT S.J.K (C) Chung Hua Krokop, 98000, Miri, Sarawak GURU PENASIHAT Puan Lee Siew Leng

Kertas Kerja Kem Motivasi Pengawas

Embed Size (px)

DESCRIPTION

x

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja Kem Motivasi Pengawas

KERTAS KERJA

KEM MOTIVASI PENGAWAS

S.J.K (C) CHUNG HUA KROKOP, MIRI

TARIKH

19 April 2014 (Sabtu)

TEMPAT

S.J.K (C) Chung Hua Krokop,

98000, Miri, Sarawak

GURU PENASIHAT

Puan Lee Siew Leng

SASARAN

Pengawas Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6

S.J.K (C) Chung Hua Krokop

Page 2: Kertas Kerja Kem Motivasi Pengawas

KERTAS KERJA KEM MOTIVASI PELAJAR UPSR

1.0 Tajuk:

Kem Motivasi Pengawas S.J.K (C) Chung Hua Krokop

2.0 Pendahuluan:

Kem Motivasi Pengawas S.J.K (C) Chung Hua Krokop merupakan satu program

yang perlu dilangsungkan yang melibatkan semua pengawas sekolah Tahun 4,

Tahun 5 dan Tahun 6. Program ini adalah anjuran Jabatan Hal-Ehwal Murid dan

Unit Kaunseling dan Bimbingan S.J.K (C) Chung Hua Krokop. Pengawas

sekolah adalah pemimpin sekolah dan merupakan platform sesebuah sekolah

yang bebas daripada masalah disiplin pelajar. Program ini telah dirangka dan

dijadikan sebagai salah satu program tahunan. Walaupun program ini amat

singkat dari segi pelaksanaannya, program ini tetap membawa kesan signifikan

dengan meningkatkan kesedaran para pengawas sekolah tentang peranan

mereka sebagai seorang pemimpin, di samping itu, meningkatkan imej

pengawas sekolah sebagai rol model yang disanjung tinggi oleh pelajar-pelajar

lain. Program ini banyak meningkatkan semangat pengawas supaya berkhidmat

dengan bersungguh-sungguh demi sekolah yang tercinta.  

3.0 Tujuan:

3.1 Mencetuskan kesedaran dalam kalangan pengawas sekolah tentang

peranan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang pemimpin.

3.2 Memupuk semangat dan azam yang tinggi semasa berkhidmat untuk

sekolah demi membanteras masalah disiplin sekolah.

4.0 Rasional:

4.1 Pengawas merupakan aset penting sekolah untuk mengurangkan kadar

masalah disiplin sekolah.

4.2 Pengawas adalah pemimpin sekolah dan menjadi teladan kepada pelajar

yang lain.

Page 3: Kertas Kerja Kem Motivasi Pengawas

4.3 Tahap jati diri dan kesungguhan pengawas sekolah semasa menjalankan

tugas masih tidak memuaskan.

4.4 Pengawas perlu diberikan panduan dan bimbingan bagi meningkatkan

kesedaran mereka tentang betapa pentingnya tanggungjawab yang

dipegang oleh mereka dan memahami tugasan mereka di sekolah.

4.5 Mereka seharusnya memperkembang potensi mereka dan seimbang dari

segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seperti yang diuar-uarkan

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

5.0 Matlamat :

5.1 Membimbing dan menyedarkan pengawas sekolah  tentang tangungjawab

mereka sebagai pemimpin dan teladan bagi pelajar lain.

5.2 Mewujudkan pengawas yang berazam dan beriltizam untuk terus

berkhidmat dengan bersungguh-sungguh demi mengurangkan masalah

disiplin di sekolah.

5.3 Melahirkan pengawas yang berketerampilan dan kewibawaan.

5.4 Memupuk semangat kerjasama dan sifat kepimpinan pengawas melalui

aktiviti-aktiviti yang bermakna.

6.0 Objektif :

6.1 Afektif :

Menjadikan kem motivasi ini sebagai batu loncatan kepada pengawas

dengan meningkatkan kesedaran mereka bahawa pengawas memainkan

peranan yang amat penting di sekolah dan jawatan tersebut akan

membantu pelajar mendapat markah kokurikulum yang lebih tinggi kerana

mereka sanggup berkhidmat untuk sekolah.

6.2 Kognitif :

Memantapkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan social supaya

pengawas pandai mengatasi cabaran dan masalah dengan tenang serta

berfikir dengan kritis dan kreatif.

6.3 Psikomotor :

Page 4: Kertas Kerja Kem Motivasi Pengawas

Memastikan pengawas sentiasa berada dalam keadaan yang cergas dan

cerdas, sentiasa bersedia melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang

dianjurkan oleh pihak sekolah.

7.0 Butiran Pelaksanaan :

7.1 Tarikh : 19 April 2014 (Sabtu)

7.2 Tempoh : 1 hari

7.3 Tempat : Dewan Besar S.J.K (C) Chung Hua Krokop

7.4 Masa : 8:00 pagi – 5:00 petang

7.5 Kumpulan sasaran : 40 orang pengawas Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6

8.0 Strategi Pelaksanaan :

8.1 Penubuhan Jawatankuasa Pengelolaan

8.2 Perbincangan dan taklimat

8.3 Permohonan kebenaran pihak sekolah

8.4 Perancangan tentatif kem motivasi

8.5 Menjemput penceramah dan Guru Besar untuk majlis perasmian

8.6 Menyediakan peralatan yang diperlukan

8.7 Mendapatkan surat kebenaran ibu bapa pelajar

9.0 Butiran Peserta Penyertaan Kem Motivasi Pengawas :

NO PERKARA BIL(ORANG)

1. Pelajar 40

2. Guru Pengiring 5

3. Penceramah 2

JUMLAH 47

Page 5: Kertas Kerja Kem Motivasi Pengawas

10.0 Jawatankuasa Pengelola Pelaksanaan Kem Motivasi Pengawas :

10.1 Pengerusi : En. Chien Chze Kiong

10.2 Naib Pengerusi : En. Yau Chung Wei

10.3 Setiausaha : Pn. Soh Li Ying

10.4 Naib Setiausaha : Cik Lee See Yee

10.5 Bendahari : En. Tan Cheng Lok

10.6 Naib Bendahari : Pn. Tiong He Yi

10.7 Juruacara : Cik Ling Dong Zhen

10.8 AJK Sistem PA : En. Ling Jai Hui

10.9 AJK Aktiviti : En. Kong Lok Sat

10.10 AJK Protokol : Cik. Tan Sin Sin

10.11 AJK Peralatan : En. Tee Shuai Ge

10.12 AJK Permakanan : Pn. Chia Chin Chin

10.13 AJK Keselamatan : En. Wong Long Han

10.14 AJK Kecemasan : En. Hew Chung Choi

10.15 AJK Fotografi : En. Chang Hung Xi

10.16 AJK Buku Program : Cik Chong Ee Lin

10.17 AJK Cenderahati : Cik Lee Suh Jeng

10.18 AJK Dokumentasi : Cik Lau Wee Dong

11.0 Jadual Tentatif Pengelolaan :

Masa Program

8:00 a.m. – 8:30 a.m. Peserta melaporkan diri.

8:30 a.m. – 9:00 a.m.Majlis perasmian kem motivasi pengawas oleh

guru besar, Encik Ling Jai Huat

9:00 a.m. – 9:30 a.m. Sarapan pagi

9:30 a.m. – 11:00 a.m.

- Taklimat 1 : “Peranan Seorang Pengawas” oleh

guru disiplin sekolah

- Penyampaian cenderahati

Page 6: Kertas Kerja Kem Motivasi Pengawas

11:00 a.m. – 12:00 p.m.Latihan Dalam Kumpulan 1 : sesi “Ice-breaking”,

“tiupan angin besar” dan “Bom-bom”

12:00 p.m. – 1:00 p.m. Rehat dan makan tengah hari

1:00 p.m. – 2:30 p.m.

- Taklimat 2 : “Pemimpim Sekolah, Harapan

Bangsa” oleh motivator, Encik

Michael Kong

- Penyampaian cenderahati

2:30 p.m. – 4:00 p.m.

Latihan Dalam Kumpulan 2 : Station Game : “Tiup-

tiup”, “Tank”, “Baling-baling Bola” dan

Persembahan Fesyen dengan Barangan Terbuang

4:00 p.m. – 4:30 p.m. Refleksi kendiri

4:30 p.m. – 5:00 p.m.

Majlis penutup kem motivasi pengawas

- Penyampaian sijil penyertaan

- Penyampaian hadiah kepada pemenang aktiviti

- Penyampaian cenderahati

12.0 Alatan dan Kemudahan yang Diperlukan :

Alatan dan Kemudahan Kuantiti

12.1 Kemudahan di Dewan

Sistem PA

Mikrofon

Kerusi

Meja

Tong sampah

Plastik hitam besar

-

2

60

5

2

5

12.2 Peralatan untuk Aktiviti

Bola

Bola ping pong

5

5

Page 7: Kertas Kerja Kem Motivasi Pengawas

Tepung

Bekas

Surat khabar lama

Botol yang telah digunakan

Stapler

Gunting

Gam

Pita pelekat

Pelakar merah

Pelakar biru

Pelakar kuning

Pelakar hitam

3 bungkus

5

-

15

10

10

10

10

5

5

5

5

13.0 Anggaran Pembelanjaan :

13.1 Perbelanjaan

Jumlah anggaran kasar perbelanjaran bagi Kem Motivasi Pengawas

adalah seperti berikut:

BIL. PERKARA KUANTITIHARGA PER

UNIT (RM)

JUMLAH

(RM)

1.

Baju Kem Pengawas (Untuk

pengawas, guru pengiring dan

tetamu yang terlibat)

50 20.00 1000.00

2. Roti Coklat 70 0.70 49.00

3. Teh Bunga Berkotak 140 1.50 210.00

4. Makan Tengah Hari 70 3.00 210.00

5.

Cenderahati Untuk Penceramah

dan Guru Besar (Hamper bernilai

RM30 + sehelai baju kem)

3 30.00 90.00

Page 8: Kertas Kerja Kem Motivasi Pengawas

6.

Hadiah Bagi Kumpulan

Pemenang Pertama, Kedua &

Ketiga (Hamper bernilai RM25)

3 25.00 75.00

7.

Hadiah Saguhati Bagi Kumpulan-

Kumpulan Yang Lain (Hamper

bernilai RM15)

2 15.00 30.00

8.Peralatan (Alat tulis) Yang

Diperlukan Dalam Aktiviti- - 100.00

9. Sijil Penyertaan 40 3.00 120.00

JUMLAH 1884.00

13.2 Peruntukan

BIL. PERKARA KUANTITINILAI

(RM)

1. Tajaan Dari Pihak Sekolah 500.00

2. Tajaan Dari PIBG 500.00

3. Bayaran Baju RM20 + Yuran Pendaftaran RM3 40 920.00

JUMLAH 1920.00

14.0 Peraturan dan Undang-undang :

14.1 Semasa kem motivasi, peserta hendaklah menjalinkan hubungan

silaturahim dan wujudkan perasaan hormat-menghormati antara sesama

lain.

14.2 Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa seperti

yang disenaraikan dalam jadual.

14.3 Peserta seharusnya berada di dewan dan mengambil kedatangan pada

pukul 8:00 a.m. pada 19 April 2014.

Page 9: Kertas Kerja Kem Motivasi Pengawas

14.4 Semua peserta dikehendaki menjaga segala peralatan yang disediakan di

Dewan Besar S.J.K (C) Chung Hua Krokop.

14.5 Semua peserta dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan ke

tempat lain.

14.6 Semua peserta dilarang meninggalkan kawasan kem motivasi sesuka

hati.

14.7 Semua peserta dikehendaki menjaga kebersihan di sekeliling Dewan

Besar S.J.K (C) Chung Hua Krokop.

14.8 Semua peserta hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan sopan semasa

menghadiri kem motivasi.

14.9 Setiap peserta tidak dibenarkan lewat atau balik awal kecuali memberi

alasan yang munasabah.

14.10 Semua peserta harus menjaga harta benda persendirian. Pihak sekolah

tidak akan bertanggungjawab atas segala kehilangan harta benda

persendirian.

14.11 Semua peserta diminta memberi sepenuh perhatian sepanjang masa

aktiviti dijalankan.

14.12 Semua peserta diminta beratur semasa mengambil makanan dan

minuman.

14.13 Semua peserta mestilah membayar yuran pendaftaran sebelum 20 Mac

2014.

14.14 Peserta diminta mematuhi segala peraturan dan arahan yang diberi oleh

guru pengiring semasa dalam kem motivasi.

15.0 Penutup :

Kami berharap agar projek Kem Motivasi Pengawas yang dicadangkan ini

diluluskan. Hal ini demikian kerana projek ini akan memberi manfaat dan

meningkatkan lagi kesedaran para pengawas. Semoga pengawas sekolah dapat

memainkan peranan mereka sebagai pemimpin sekolah dan modal insan yang

seimbang dari segi jasmain, emosi, rohani, intelek dan sosial dapat dilahirkan

demi meningkatkan dan mengharumkan lagi imej sekolah kita.

Page 10: Kertas Kerja Kem Motivasi Pengawas

Disediakan oleh, Disemak oleh,

________________ ________________(SOH LI YING) (PN. LEE SIEW LENG)Setiausaha, Guru PenasihatKem Motivasi Pengawas Kem Motivasi PengawasS.J.K (C) Chung Hua Krokop, S.J.K (C) Chung Hua Krokop,98000, Miri,Sarawak.

98000, Miri,Sarawak.

Disahkan oleh,

________________(PN. LEE SING SING)Ketua Jabatan Hal-Ehwal Murid,S.J.K (C) Chung Hua Krokop,98000, Miri,Sarawak.

Diluluskan oleh,

________________(EN. LIM JAI HUAT)Guru Besar,S.J.K (C) Chung Hua Krokop,98000, Miri,Sarawak.