5
KERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM TAJUK: COOKIES CENDAWAN

KERTAS KERJA PROGRAM INNOVASI KOKURIKULUM

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kertas kerja untuk program inovasi

Citation preview

KERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM

TAJUK: COOKIES CENDAWAN

KERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI KOKURIKULUMTAJUK : COOKIES CENDAWAN

PENGENALANSejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi kokurikulum ini diharap dapat menyuntik semangat murid-murid untuk lebih kreatif dan inovatif dalam bidang reka cipta.

OBJEKTIF

Antara objektif program ini ialah;

1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif kritis.2. Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber.3. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan/sekeliling dalam penghasilan produk baru yang berkualiti dan berdaya saing.4. Melahirkan para usahawan muda.

RASIONAL

Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba boleh secara keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.

SASARAN

Semua murid

PERNYATAAN MASALAH

Antaranya ialah :

1. Kebanyakan biskut dalam pasaran menggunakan bahan dari luar negara . 2. Terlalu tinggi kandungan gula dalam biskut/cookies di pasaran.3. Obesiti dalam kalangan murid 4. Kekurangan makanan ringan yang lebih sihat untuk kesihatan awam/murid.

SKOP DAN LIMITASI PROJEK.Skop kajian ialah untuk menggunapakai bahan sekitar yang terdapat dalam kawasan sekolah kerana terdapat tanaman cendawan di Bengkel Pertanian serta bahan-kering kering yang terdapat di dalam Bilik Masakan.

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEKAntara kepentingannya ialah:1. Melahirkan murid yang mampu untuk menyediakan produk makanan tempatan yang berkhasiat melalui aktiviti persatuan.2. Membuka peluang serta menanam minat keusahawanan kepada murid .3. Dapat menghasilkan dana untuk tabung persatuan.4. Latihan praktikal/hands on kepada murid selepas mempelajari teori dalam mata pelajaran KHB

ANGGARAN KOS PROJEKKos anggaran untuk projek inovasi ini tidak melebihi RM80.00. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah : Tepung gandum Tepung beras Gula aising Mentega tulen Minyak kelapa sawit Telur ayam Cendawan kering Serbuk penaik Garam Oat Kertas minyak

TINJAUAN DAN KAJIANDaripada tinjauan yang dijalankan, terdapat banyak cookies atau biskut yang manis dalam pasaran berbanding cookies savori. Keadaan ini sudah tentu boleh mengancam kesihatan murid sama ada mereka mudah mendapat kaviti gigi, masalah obes atau pun diabetes. Sehubungan itu, murid perlu diberi didikan untuk memilih jenis makanan yang baik untuk kesihatan diri dan keluarga di samping mampu untuk menghasilkan sendiri makanan berkhasiat.KAEDAH PENYELIDIKANKaedah yang akan dijalankan ialah melalui penyeidikan laman sesawang serta buku pastri untuk penghasilan satu resepi yang terbaik hasil penggabungan resepi yang ada dalam pasaran.

PERANCANGAN PROJEKProjek ini akan dilaksanakan seperti berikut:1. Januari : Mesyuarat Agung Persatuan KHB = Program Inovasi akan dimasukkan dalam agenda mesyuarat2. Februari: Membentuk Jawatankuasa kerja Program Inovasi AJK akan memulakan pencarian resepi dengan melayari laman sesawang serta rujukan buku resepi pastri untuk menghasilkan satu resepi baru ( Makmal Komputer dan PSS ) Memulakan tanaman cendawan di Rumah Cendawan ( Bengkel Pertanian )

KESIMPULANKesimpulannya, diharapkan program ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta dalam kalangan murid demi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam merekacipta, satu kemahiran yang telah dipelajari dalam mata pelajaran KHB. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat melahirkan bakat keusahawanan dalam diri murid. Akhirnya sekali, projek ini dapat memberikan manfaat kepada murid, sekolah, ibu bapa , masyarakat setempat dan negara.