7

Click here to load reader

Kertaskerja Mentor Mentee Linus 2013

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kertaskerja Mentor Mentee Linus 2013

KERTAS KERJA PROGRAM MENTOR MENTI LINUS

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU 2013

1.0 NAMA PROGRAM

Program Mentor Menti Linus

1. PENDAHULUAN

LINUS merupakan program yang mengkhusus kepada usaha menyeluruh dan

bersepadu di bawah sub-NKRA Pendidikan yang berhasrat memperluas akses

pendidikan berkualiti dan berkemampuan.Dari aspek istilah, LINUS merupakan

akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening).

Manakala dari aspek kandungan, LINUS ialah satu program pemulihan yang direka

bentuk untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia)

dan numerasi (Matematik) pada akhir 3 tahun persekolahan pada peringkat pendidikan

rendah.LINUS disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu

Membaca, Menulis dan Mengira.

2. RASIONAL

Setiap murid, sama ada dalam kategori Linus atau Linus Tegar memiliki potensi

tersendiri untuk menguasai kemahiran dan konstruk-konstruk literasi dan numerasi.

Usaha bersungguh-sungguh dan berterusan tanpa jemu mampu meningkatkan

keupayaan murid-murid Linus untuk mentransformasi kemahiran mereka sehingga

boleh berpindah ke kelas perdana. Bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru secara

individu mampu meningkatkan kemahiran murid Linus dalam menguasai 3M. Justeru,

program Mentor Menti merupakan medan paling sesuai bagi merangsang minat murid-

murid Linus dan Linus Tegar untuk membolehkan murid-murid mendapat bimbingan

secara lebih fokus dan berkesan.

3. OBJEKTIF

a. Menyediakan peluang kepada murid-murid Linus untuk mendapat bimbingan dan

tunjuk ajar secara individu daripada mentor masing-masing.

b. Merapatkan hubungan antara guru dan murid.

Page 2: Kertaskerja Mentor Mentee Linus 2013

Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu

c.Menyemai dan memupuk sifat kesungguhan dan keazaman dalam diri murid-murid

Linus serta mengekang sifat mudah putus asa.

d.Menggalakkan kerjasama antara guru dalam memastikan pencapaian Linus di

sekolah.

4. KUMPULAN SASARAN

Murid-murid Linus Tegar dan Linus Tahun 1 selepas Saringan 1 bagi tahun 2013 dan

guru-guru LINUS dan guru pemulihan.

5. MATLAMAT

Mensifarkan murid-murid LINUS TEGAR dan LINUS dalam saringan 2 yang akan

datang. Program ini dapat mengesan kelemahan murid secara individu dan seterusnya

membantu mereka untuk memantapkan kemahiran mereka untuk menguasai kemahiran

3M dengan teknik yang betul.

6. PENERAJU

Penyelaras Linus, semua guru tahap satu Literasi dan Numerasi.

2

Page 3: Kertaskerja Mentor Mentee Linus 2013

Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu

7. JAWATANKUASA INDUK & PELAKSANA PROGRAM

JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA PROGRAM

PENASIHAT

En Mohamad Akhwan b Hj Jamil

(Guru Besar)

PENGERUSI

Pn Jamaliah bt Razali

(Guru Penolong Kanan Kurikulum)

PENYELARAS

Pn Norzuliana bt Amir

(Penyelaras Linus)

Setiausaha Literasi

Pn Habibah bt Takril

(Guru Literasi)

Setiausaha Numerasi

En. Mohamad Afiq b Ahmad

(Guru Numerasi)

Mentor

Pn Habibah bt Takril

Pn Rogayah bt Bakar

Pn Saleha bt Abdullah

Pn Afiza Fazuraini bt Omar

Pn Norasikin bt Mohammad

En Mohamad Afiq b Ahmad

Pn Norzuliana bt Amir

3

Page 4: Kertaskerja Mentor Mentee Linus 2013

Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu

8. PENGISIAN PROGRAM

a. Perjumpaan mingguan

b. Latih tubi membaca

c. Latih tubi asas Numerasi

d. Latih tubi penulisan

9. KAEDAH PENILAIAN

i. Pre test dan post test – boleh guna Instrumen saringan yang terdahulu.

10. TARIKH CADANGAN PERLAKSANAAN

Program akan berkuatkuasa selepas Saringan 1 2013.

11. TEMPAT PERLAKSANAAN

Mentor akan memilih sendiri tempat mengikut kesesuaian mentor dan murid.

12. ANGGARAN KOS

BIL PERKARA ANGGARAN KOS1 Bahan untuk ABM/BBM RM50

Jumlah RM50

13. PENUTUP

Semoga dengan adanya Program Mentor Menti ini akan dapat mensifarkan bilangan murid

Linus Tegar dan Linus di sekolah ini dan mentor dapat mengesan kelemahan murid secara

individu dan seterusnya membantu mereka untuk memantapkan kemahiran mereka untuk

menguasai kemahiran 3M dengan teknik yang betul dan berkesan. Selain itu juga

diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara murid dan guru dan juga semua guru tahap

satu bagi Literasi dan Numerasi serta dapat bersama menggembleng tenaga demi

memantapkan pencapaian Linus di sekolah.

4

Page 5: Kertaskerja Mentor Mentee Linus 2013

Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu

Disediakan oleh,

……………………………….

(PN NORZULIANA BINTI AMIR)

Penyelaras Linus

SK Kuala Kubu Bharu

Disahkan oleh,

………………………………..

(EN MOHAMAD AKHWAN BIN HJ JAMIL)

Guru Besar

SK Kuala Kubu Bharu

5