Upload
alex-alexander
View
27
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
SK ISKANDAR PERDANA32610 BANDAR BARU SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUAN
KERTAS KERJA
PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA MURID LINUS & PEMULIHAN KHAS
SK ISKANDAR PERDANA, 32610 BANDAR BARU SERI ISKANDAR PERAK DARUL RIDZUAN
-------------------------------------------------------------------------------------------------
KERTAS KERJA PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA MURID LINUS & PEMULIHAN KHAS
PENGENALAN LINUS & PEMULIHAN KHAS
Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana Minister Key Performance Indicators ( MKPI ) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.Justeru,setiap segala yang diatur,disusun dan dijalankan adalah dengan satu hasrat iaitu kejayaan program LINUS. Sehubungan dengan itu,bagi merealisasikan hasrat ini,satu bentuk perancangan yang baik,tersusun,terarah,bermatlamat dan bermakna perlu direncanakan.Perancangan Strategik LINUS merupakan satu usaha untuk menetapkan hala tuju perjalanan program LINUS sekolah ini agar dapat menyumbang sesuatu kepada murid-murid tahap satu.Perancangan stategik yang disusun ini akan menjadi pelan operasi bagi setiap program yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa LINUS sekolah ini.
Program Pemulihan Khas ialah satu usaha untuk mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiranasas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kelas Pemulihan Khas dikendalikan oleh guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalambidang ini. Pada tahun 2010, Guru Khas Pemulihan telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid Linus tegar yang tidak melepasi Konstruk 1 & 2.
TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan sebagai makluman dan kelulusan pihak sekolah untuk mengadakan
majlis perjumpaan ibu bapa/penjaga LINUS dan Pemulihan Khas.
MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012 kecuali murid berkeperluan khas.
OBJEKTIF PENDIDIKAN NKRA
Objektif Program Literasi
Pada akhir Program Literasi murid berupaya:
i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang
mudah
iv. dengan menggunakan kata hubung ‘dan’.
Objektif Program Numerasi:
Pada akhir Program Numerasi murid berupaya:
i. membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga angka 1000
ii. membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000
iii. bermula daripada sebarang nombor
iv. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
v. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan
vi. waktu, ukuran dan sukatan.
SASARAN
Murid tahap 1 yang berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid
berkeperluan khas
TEMPOH
Mac – November 2012 (Sepanjang Tahun mengikut Plan Taktikal)
OBJEKTIF PROGRAM IBU BAPA
1. Memberi pengenalan & pemhaman mengenai program LINUS & Pemulihan Khas
2. Mendapatkan sokongan ibu bapa dalam membantu pihak sekolah untuk
menghapuskan buta 3M tahap 1 pada 2012.
TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM
Tarikh : 7 April 2012Hari : SabtuTempat : Bilik Darjah 5 Cemerlang
SENARAI PENCERAMAH
1. En.Mohd Hanifah bin Main ( Penolong PPD Pendidikan Khas)2. Pn. Nik Hasni bt. Mamat ( Fasilinus)
TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI9.00 pg Pendaftaran Ibu Bapa9.15 pg Ucapan pengerusi9.20 pg Bacaan Doa9.25 pg Ucapan Tuan Guru Besar9.45 pg Taklimat Fasilinus mengenai LINUS & Pemulihan Khas10.45 pg Sesi soal jawab11.00 pg Jamuan Ringan11.15 pg Bersurai
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS
Pengerusi : En Shahari B. Embon (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Pn. Hjh Khairiah bt Lahamad (Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Pn Nor Samsuniah bt Musa (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 2 : En Abdullah Radzi b. Abbas
(Penolong Kanan Kokurikulum)Pengurus : Cik Noraini bt Abdul HamidPen. Pengurus : Pn. Hjh Aniah bt Noh Setiausaha : Pn. Norazita bt JasdiPengacara : Pn. Hjh Aniah bt NohAJK Brosur : Pn. Faridah Anom bt Harun
Pn. Fuziah Bt Alang AhmadAJK Siaraya & peralatan : En. Salam Izwan B. Ramly
En. Shah Alim b. BaharuddinAJK Makanan : Pn. Siti Haslina bt Syed AliAJK Backdrop : Pn. Arbaayah bt Salleh HoodinAJK Pendaftaran : Pn. Mariam Megat bt Alg MohdAJK Bilik Taklimat : Pn. Halimatun Maimunah Bt Mior Hamzah
En. Khairil Azam b. Mohd IdrisJuru Foto : Pn.Nor Jamilatun Bt Jonid
ANGGARAN KEWANGAN
Bil Perkara Kos & Bil Jumlah (RM) Sumber1 Backdrop 1 x RM50.00 50.00 B&Kaunseling2 Jamuan 30x RM2.00 60.00 PIBG3 Hadiah para jemputan 3x RM10 30.00 PK
JUMLAH 140.00
SUMBER KEWANGAN
1) Panitia Bahasa Malaysia2) Panitia Bimbingan & Kaunseling
KEPERLUAN PERALATAN
1) LCD - mohon pinjaman daripada bilik komputer
2) Skrin Projektor - mohon pinjaman daripada bilik komputer
PENUTUP
Adalah diharapkan agar kertas kerja ini diluluskan untuk membanteras buta 3M di sekolah
dan sekaligus menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah
literasi dan numerasi. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk memastikan program ini
berjaya selaras dengan sasaran NKRA. Kerjasama semua pihak didahulukan dengan ribuan terima
kasih.
Disediakan Oleh,
...........................(NORAINI ABDUL HAMID)Setiausaha Program Pemulihan,SK Iskandar Perdana
Tarikh:
Diluluskan Oleh,
..........................(SHAHARI EMBON)Guru Besar,SK Iskandar Perdana,
Tarikh:.
Disemak Oleh,
..........................(KHAIRIAH LAHAMAD)PK Pentadbiran,SK Iskandar Perdana,
Tarikh: