10
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH H ormatilah K emuliaan B ulan R amadan A l- M ubarak “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelum mu, agar kamu bertakwa.” [Al-Baqarah: 183] v Seseorang yang pada waktu berpuasa di dalam bulan Ramadan membeli makanan atau minuman untuk dimakan atau diminum dengan serta merta atau menjual atau memberi kepada orang yang beragama Islam makanan dan minuman untuk dimakan atau diminum dengan serta merta adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya dengan denda tidak lebih dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali. (Seksyen 58 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995) v Seseorang yang didapati makan atau minum atau menghisap sebarang tembakau atau seumpamanya pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali. (Seksyen 58 (2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995) KESALAHAN MENJUAL MAKANAN/MINUMAN DAN TIDAK BERPUASA DI BULAN RAMADAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH No. Tel.: 088-223436 No. Faks: 088-223436

KESALAHAN MENJUAL MAKANAN/MINUMAN DAN TIDAK …jheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI16.pdf · v Seseorang yang didapati makan atau minum atau menghisap sebarang tembakau

  • Upload
    others

  • View
    19

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH

Hormatilah KemuliaanBulan Ramadan Al-Mubarak

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamuberpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang

sebelum mu, agar kamu bertakwa.” [Al-Baqarah: 183]

v Seseorang yang pada waktu berpuasa di dalam bulan Ramadan membelimakanan atau minuman untuk dimakan atau diminum dengan serta merta atau menjual atau memberi kepada orang yang beragama Islam makanan dan minuman untuk dimakan atau diminum dengan serta merta adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selamatempoh tidak lebih daripada enam bulan dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya dengan denda tidak lebih dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(Seksyen 58 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995)

v Seseorang yang didapati makan atau minum atau menghisap sebarangtembakau atau seumpamanya pada waktu berpuasa dalam bulanRamadan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(Seksyen 58 (2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995)

KESALAHAN MENJUAL MAKANAN/MINUMANDAN TIDAK BERPUASA DI BULAN RAMADAN

P.K. 0457 (L) - 2019

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAHNo. Tel.: 088-223436 No. Faks: 088-223436

Dicetak oleh pencetak kerajaan,politin @ wenen bin mobiji, a.S.D.k., a.D.k., b.S.k., jabatan cetak kerajaan,

Sabah, malaySia.2019.

Sedar tidak sedar, Ramadhan telah masuk hari ke-12 pada hari ini (Jumaat). Alhamdullilah kita rafakkan kesyukuran kepada Allah SWT telah memberi kesempatan kita menjalani ibadat puasa ini dengan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan. Apa yang penting dalam Ramadhan ini adalah meningkatkan ketakwaan kita ke hadrat Allah SWT. Ini sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183, maksudnya: ''Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kepadamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." Takwa adalah sifat yang paling mulia di sisi Allah, bekal hidup yang paling diperlukan oleh setiap manusia agar dapat hidup bahagia di dunia dan di akhirat. "Berbekallah, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa" sebagaimana petikan dari maksud dari surah al-Baqarah ayat 197.

Takwa menurut sebahagian ulama, adalah melaksanakan perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Sebahagian ulama yang lain mengatakan, takwa adalah sikap yang tidak pernah lalai atau culas dalam setiap perintah Allah SWT dan tidak pernah melakukan dalam setiap larangan-Nya. Sebahagian lagi mengatakan, takwa adalah melindungi diri dari seksa neraka dengan cara melaksanakan perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Takwa boleh menjadikan seseorang melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar, di samping taqarrub kepada Al lah SWT dengan amalan sunat. Kepentingan takwa amat jelas apabila dinyatakan bahawa manusia yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah yang paling bertakwa.

Dalam dialog antara Umar bin Khattab dengan Ubai bin Ka'ab tentang takwa dapat kita fahami bahawa takwa adalah sikap waspada, hati-hati yang penuh dengan kesungguhan dalam meniti kehidupan, tak ubahnya seperti orang yang ingin selamat ke tempat tujuan dalam melintasi jalan yang penuh onak dan duri, jalan yang penuh rintangan. Ali bin Abi Thalib menjelaskan, "Takwa adalah takut kepada Allah, mengamalkan al-Quran, mempersiapkan diri untuk kehidupan akhirat dan tawakal penuh kepada Allah". Takwa pada hakikatnya adalah keyakinan yang mantap kepada Allah SWT, rasa takut yang mendalam, dan perasaan muraqabah yang terus menerus. Orang yang takwa menyadari dan meyakini bahawa dirinya senantiasa dilihat, didengar dan diketahui oleh Allah yang Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Perasaan tersebut dapat membangkitkan kesedaran yang tinggi untuk selalu melaksanakan perintah-perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-larangan-Nya.

Program ihya Quran Ihya Ramadhan yang dianjurkan oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Sabah dan Hidayah Centre Sabah adalah salah satu pendekatan untuk membawa masyarakat kepada peningkatan takwa melalui tadarus atau pembacaan al-Quran. Semoga Ramadhan yang berbaki ini meningkatkan ketakwaan kita semua kepada Allah SWT. Amin.

MohaMad Sidik bin awang adi

sidang redaksiPENAUNG

Yang Berbahagia datuk seri Panglimadr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIhAt

YBhg. Ustaz Haji saifulzaman bin sangulPengarah

Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahkEtUA EDItor

Ustaz Mohamad sidik Haji awang aditimbalan Pengarah (hal Ehwal Islam), JhEAINS

tIMbAlAN kEtUA EDItorUstaz abd. razak Hamdin

EDItor/kEtUA PENYElArASUstaz asmuni ali

([email protected])SIDANG PENGArANG

adi Pitang([email protected])

Ustaz asmuni ali([email protected])

Ustaz abd. rahman Tajudin (emang)([email protected])

Ustaz abdillah Haji nanun([email protected])

Puan siti imrah bte Lenas([email protected])Ustaz awang Juri ag. Tahir([email protected])Tuan Haji nordin Lossin

encik abdu khalil bin Hassanencik Mohd alwie noorbaki

Tuan Haji sainuri bin YahminUstaz Mohd azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Syafiq Ismail

encik Mohd azrul nizam bin JunaidiPuan Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

PENGUrUSANencik daut Haji insun

GrAfIkencik azmi bin Hashim

JUrUtAIPBahagian Penyelidikan & informasi, JHeains

JUrUfotoencik Jamiun Osman

Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabahbeg berkunci 103, tingkat 9, blok b, Wisma MUIS

88737 kotA kINAbAlUtel.: 088-522222

faks: 088-253449

ibadah puasa

Rukun wajib tertunai membangun keperibadianakhlak mulia ikatan kesetia tulusan insanamanah terjalin tanggungjawab kekhalifanmensirnakan jiwa yang takut akan kemurkaandari sifat syaitaniyah kepada nilai Illahiyah

Mari amati suri teladan unggulluhurnya peribadi nabi dan para rasulmenunai ibadah penuh kesungguhanamalan membimbing ke arah ketakwaandiam adalah tafakur penuh kesabaranberfikir bertasbih mengalun zikir kefasihansiang jua malam bersuluh pancaran keimananberamal soleh memadam sekalian kemungkaran

Allahu Akbarkedaifan diri perkukuhkan insafberkati muhasabah membekali imankami rindu Nur kasih-Mudalam mencintai kedamaianmelayari bahtera memohon keredaantidak akan mensia-siakan kebahagiaanmensyukuri limpahan nikmatEngkau kurniakan.

Oleh:duliam suarikota kinabalu

212 Ramadhan 1440H/17 Mei 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Ramadhan 1440H/17 Mei 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

puasa dan detoksifikasi (bahagian 3)Oleh:

Tuan Haji Nordin Lossin

Bersahur dan SainsBersahur merupakan tuntutan penting dalam bulan ramadhan. “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan." (Hadits diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Ibn Majah).Keberkatan bermaksud rahmat, kebaikan serta restu Illahi. Dalam riwayat lain oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, Nasai, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan ahli kitab ialah makan sahur.” Umat Islam juga dianjurkan melewatkan waktu bersahur. “Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa.” Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad. “Kami pernah bersahur bersama Nabi SAW kemudian kami bangun untuk melakukan solat subuh. “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” Kata Zaid bin Thabit. Hadis diriwayatkan oleh Bukhari.Bersahur menepati sarapan pagiPenekenan Nabi SAW agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana menepati waktu bersarapan pagi (breakfast). Kajian yang dilakukan oleh Dr. Mark Prereira dan rakan-rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan menghidap penyakit kencing manis. Kajian yang sama juga menunjukkan mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding dengan mereka yang jarang bersarapan pagi.Kanak-kanak dan sarapan pagiKajian-kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun dari tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakan- rakannya ke atas 700 pelajar-pelajar dari Louisiana menunjukkan, mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah dan ini akan menyebabkan penyakit anemia. Anemia satu penyakit yang berkaitan dengan kekurangan haemoglobin dalam darah. Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.Bersahur dan berita baikSecara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan bersahur pasti akan ada kelebihan.

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan- pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan hamba-hamba-Nya;16. (Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab Neraka;17. (Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya) dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah) dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah) dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. (Surah Ali-Imran ayat 15 - 17).Bersambung...

poligami tanpa kebenaran mahkamahOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Perkahwinan poligami seringkali dicemuh dan amat dikritik oleh kaum wanita walaupun ianya dibenarkan dalam Islam. Pelbagai pandangan negatif dilemparkan terhadap perkahwinan poligami ini sebagai contoh, istilah perampas, merebut suami orang sering dilabel kepada isteri baru yang dikahwini, tidak kurang juga perkataan yang melampau seperti lelaki yang gatal dan tidak sedar diri ditimbulkan dalam konteks perkahwinan secara poligami. Kritikan negatif ini berpunca daripada perasaan cemburu wanita dan mereka yang kurang memahami hikmah pensyariatan poligami.

Antara sebab-sebab diharuskan poligami dalam islam adalah seperti berikut:1. Mandul Isteri tidak mampu melahirkan zuriat dan suami

berkeinginan untuk mendapatkannya maka diharuskan untuk berkahwin isteri kedua bagi melahirkan anak-anak yang membawa kebahagiaan dalam rumahtangga.

2. Isteri yang menderita sakit yang berpanjangan Seperti sakit kanser sehingga hilang daya tarikan

seksual dan mengakibatkan suami tidak boleh menggaulinya maka diharuskan untuk menikah isteri kedua bagi mengelakkan berlakunya maksiat.

3. Biologi lelaki berbeza dengan wanita Allah SWT menganugerahkan kekuatan seksual kepada

seorang lelaki sehingga kadang-kadang seorang lelaki tidak merasa puas dengan hanya seorang isteri. Apatah lagi jika isterinya sedang haid dalam waktu yang panjang. Dalam keadaan seperti ini, untuk menyalurkan keperluan seksual dengan cara yang baik ialah suami perlu berkahwin secara poligami.

4. Jumlah wanita lebih ramai dari lelaki Akhir zaman ini, bilangan wanita melebihi bilangan

lelaki. Oleh itu, sekiranya membiarkan wanita tanpa suami bererti membiarkan wanita tersebut melawan fitrahnya. Walaupun wanita dapat menjalani kehidupan hariannya untuk bekerja dan mencari kekayaan namun tidak dapat menggantikan fitrahnya yang memerlukan kasih sayang, perlindungan dan pimpinan suami sesuai dengan fitrah ciptaan Allah SWT.

Hukum berpoligami ada 3 iaitu:1. Sunat - apabila lelaki tersebut boleh berlaku adil terhadap isteri-isterinya sepertimana yang berlaku di zaman sahabat-sahabat nabi, ramai yang berkahwin lebih dari satu.

2. Makruh - apabila poligami itu bukan kerana keperluan tetapi hanya untuk menambah keseronokkan hawa nafsu semata-mata dan dia meragui kemampuannya untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Hal ini boleh mengakibatkan kemudaratan kepada isteri-isterinya disebabkan tidak mampu berlaku adil terhadap mereka. Sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu."

3. Haram - apabila lelaki itu yakin dia tidak mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya, kerana kemiskinan atau kerana kelemahanya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah an-Nisa’: 3).

Memandangkan hal poligami ini akan memberi kesan kepada para wanita, maka diperuntukkan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sabah tahun 2004 sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 124, iaitu:Jika seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertu-lis terlebih dahulu daripada Mahkamah maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

Perkahwinan poligami akan diputuskan oleh mahkamah setelah mendapat permohonan poligami daripada lelaki yang berkehendak. Sekiranya mahkamah mendapati lelaki berkenaan mampu dari sudut kewangan, kesihatan maka kebenaran akan diberikan. Namun, sekiranya tidak menepati, maka mahkamah tidak akan meluluskan permohonan tersebut. Malangnya prosedur ini dianggap rumit dan leceh oleh sesetengah pihak dan memilih jalan mudah untuk bernikah poligami di luar negara tanpa mengikut prosedur.

Oleh yang demikian, bagi memberi keadilan di pihak isteri serta mewujudkan keharmonian berumahtangga, maka hendaklah semua pihak mematuhi undang-undang ini kerana kesan pengabaiannya akan mengakibatkan pendakwaan di mahkamah serta pengurusan bagi pengiktirafan perkahwinan poligami juga agak menyulitkan pasangan. Justeru, hendaklah mematuhi prosedur yang ditetapkan demi kebaikan semua pihak.

1812 Ramadhan 1440H/17 Mei 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Ramadhan 1440H/17 Mei 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Yang Di-Pertua MUIS bersama sebahagian Urus Setia danorang ramai selepas Tadarus Al-Quran di Masjid Negeri Sabah

Setelah puasa diwajibkan kepada kaum Muslim dan menjadi bulan istimewa bagi mereka. Mereka begitu bersemangat menyambut bulan penuh berkah tersebut. Kerana itu, mereka selalu berupaya menjaga diri agar melaksanakan ibadah tersebut tepat waktu. Namun kala pertama kali diwajibkan, batas-batas waktu ibadah puasa belum jelas.

Ketidakjelasan waktu berpuasa tersebut berakhir dengan turunnya ayat, dihalalkan bagi kalian bersetubuh dengan isteri-isteri kalian pada malam hari bulan puasa. Mereka adalah pakaian bagi kalian dan kalian pun pakaian bagi mereka. Allah SWT mengetahui bahawasanya kalian tidak dapat menahan nafsu kalian. Kerana itu, Allah SWT mengampuni kalian dan memberi maaf kepada kalian. Maka, kini campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah SWT untuk kalian. Dan, makan minumlah hingga terang bagi kalian benang putih dari benang hitam (Al-Baqarah - 187).

Begitu mengetahui ayat tersebut turun, ‘Adi ibn Hatim seorang sahabat, sebelum malam tiba, menyiapkan benang hitam dan benang putih, lalu meletakkannya di bawah bantal. Sepanjang malam, dia memandang benang hitam dan benang putih yang berada di bawah bantal tersebut. Namun, dia gagal melihat perbezaannya. Hingga fajar terbit, dia tetap tidak dapat membezakan antara kedua benang tersebut. Sementara itu, beberapa sahabat lain pada malam yang sama, mengikat benang hitam dan benang putih pada kaki mereka dan mereka tetap makan hingga mereka dapat membezakan kedua benang tersebut.

Keesokan harinya, mereka pun menemui Rasulullah SAW untuk memberitahukan kepada Baginda apa yang telah mereka lakukan. Mendengar penuturan mereka, Rasulullah SAW pun terpegun. Sejenak Baginda berdiam diri dan kemudian berkata, “Sahabat-sahabatku, maksud benang hitam adalah gelapnya malam, sedangkan putih adalah terangnya siang.”

Tidak lama kemudian, turun sambungan ayat tersebut, iaitu fajar. Kemudian, sempurnakanlah puasa itu hingga datang malam, tetapi janganlah kalian campuri mereka, sementara kalian sedang beri’tikaf dalam masjid. Itulah ketentuan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kalian mendekatinya. Demikianlah Allah SWT menerangkan ayat-ayatnya kepada manusia supaya mereka bertakwa. (Al-Baqarah - 187).

benang hitam dan putih di bawah bantalOleh:

Mohd Alwie Noorbaki

Pagi itu belum ramai yang duduk mengisi kerusi yang disediakan di ruang serbaguna tingkat bawah Masjid Negeri Sabah. Waktu baru menunjukan pukul 8 .46 pag i ke t ika aku memasuk i ruang i tu . Beberapa orang staf Masj id Neger i sedang menyiapkan keperluan terakhir majlis ini termasuk ustaz Suhaidi, Imam Besar Masjid Negeri Sabah. Tiba-tiba Zainal staf masjid Negeri datang menyapaku dari belakang bertanyakan di mana mahu meletakkan meja kecil berwarna putih yang dibawanya di atas troli. Betapa kerjasama berpasukan ini membawa

makna dalam mana-mana penganjuran program. Apa lagi kalau sense of belonging itu sudah mendarah daging. Masing-masing akan memastikan kejayaan program walau apa pun status jawatan yang disandang. Kekuatan ini didorong oleh kerjasama berpasukan tanpa memikirkan kepentingan diri masing-masing.

Hari ini, 8 Ramadhan 1440H, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Sabah dan Hidayah Centre Sabah telah mengadakan pelancaran program Ihya Quran Ihya Ramadhan yang disempurnakan oleh Datuk Seri Panglima Dr. Haji Hasbullah Haji Mohd Taha, Yang Di-Pertua MUIS. Program ini bertolak dari perbincangan awal dalam Mesyuarat Ihya Ramadhan Agensi Islam yang dihoskan oleh JAKIM Cawangan Sabah bagi menghidupkan suasana Ramadhan pada tahun ini. Melihat kepada kelebihan tadarus al-Quran pada hari-hari Ramadhan, semua agensi bersetuju untuk mengadakan program tadarus ini dengan nama Ihya Quran Ihya Ramadhan.

Yang Di-Pertua MUIS dalam ucapannya mengatakan setiap individu muslim harus mempelajari al-Quran dan memahami isi kandungannya. Apatah lagi di bulan Ramadhan ini. Pesannya lagi jangan setakat dibaca atau dihafal saja, tetapi al-Quran itu seharusnya difahami, dihayati dan dipraktikkan dalam kehidupan, agar kehidupan kita akan lebih diberkati dan berjaya. Program tadarus seperti ini jelasnya membawa masyarakat untuk sama- sama membaca al-Quran secara berjemaah dan ini tentunya memberi ruang terbaik kepada anak-anak kariah yang terlibat dalam program ini untuk membaca dan khatam quran dalam bulan Ramadhan ini. Beliau mengucapkan taniah kepada semua agensi yang terlibat dalam penganjuran ini yang disifatkannya sebagai program yang dinukilkan dari pemikiran out of the box.

Program yang bertujuan membudayakan bacaan al-Quran di kalangan masyarakat ini melibatkan sekurang- kurangnya 50 orang pegawai, guru KAFA, imam-imam dan kakitangan agensi-agensi Islam yang akan berkumpul di 27 buah masjid di seluruh daerah yang terpilih sebagai pemudahcara bagi program ini. Ia juga melibatkan penyertaan masyarakat kampung (ahli kariah masjid). Pengisian program yang dilaksanakan selepas waktu solat Asar ini dimulakan dengan tazkirah, tadarus, khatam Quran, buka puasa, solat Maghrib, Isya’ dan Tarawih. “Pengerusi! Berapa orang sasaran kita dalam program ini?” Tanya Ramlin Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Tambunan. “Target kita sekurang-kurang dalam 150 orang atau lebih.” Jelasku menjawab soalan semasa mesyuarat penyelarasan program yang dihadiri oleh Pegawai Tadbir Agama, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah dan Penyelia-penyelia KAFA daerah yang terlibat dalam program ini. Semua yang hadir dalam mesyuarat itu memberikan komitmen untuk melaksanakan program ini mengikut konsep yang telah dipersetujui sebelum ini. Semoga semua yang terlibat dalam Ihya Quran Ihya Ramadhan ini dinaungi dengan keberkatan al-Quran. Amin.

ihya quranihya ramadhan

Oleh: Adi Pitang

412 Ramadhan 1440H/17 Mei 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Ramadhan 1440H/17 Mei 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Imam Malik atau nama sebenarnya Abu Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris bin Gaiman bin Kutail bin Amr bin Haris al-Asbahi al-Yamani. Beliau ialah imam kedua paling tua daripada imam-imam empat mazhab daripada segi umur. Beliau salah seorang tabiit tabiin dan pengasas mazhab Maliki. Beliau dilahirkan pada tahun 93 Hijrah di Zulmarwah di utara Madinah. Beliau mempunyai seorang isteri dan 4 orang anak, 3 lelaki dan seorang perempuan iaitu Muhamad, Hammad, Yahya dan Fatimah. Keluarga atau keturunannya berasal dari Yaman. Moyangnya berpindah ke Madinah dan menganut Islam pada zaman Rasullulah.

Sepanjang hidupnya, Imam Malik terkenal dengan kecerdasan akal fikirannya yang tinggi sehinggakan mampu menghafal al-Quran dalam usia yang masih muda. Beliau juga terkenal dengan sifat mulia, bersopan-santun, suka memakai pakaian yang bersih, kemas serta bau-bauan yang harum. Beliau merupakan seorang yang pendiam dan hanya berkata-kata apabila perlu dan perkara-perkara yang berfaedah sahaja. Beliau juga seorang yang sangat menghormati hadis dan diri Rasulullah SAW walaupun baginda SAW telah wafat. Beliau dikatakan tidak pernah menunggang sebarang jenis kenderaan di Madinah sebagai tanda menghormati jasad baginda SAW yang dikebumikan di Madinah.

Imam Malik telah menghafal ayat-ayat al-Quran dan hadis semenjak kecil dan mendapat pendidikan di Kota Madinah daripada beberapa orang ulama terkenal di sana. Guru pertama beliau adalah Abdul Rahman bin Hamzah iaitu seorang ulama besar Madinah yang telah memberi pendidikan kepada beliau selama lapan tahun. Akibat dari kecerdasan akalnya yang luar biasa, beliau pernah menghafal 29 buah hadis daripada 30 buah hadis yang dibacakan oleh gurunya dalam satu hari sahaja. Beliau pernah belajar daripada 900 orang guru dari kalangan tabiin dan tabiit tabiin. Di antara guru-gurunya yang lain adalah Muhammad Ibnu Sihab al-Zuhri, Nafi mantan budak ibnu Umar, Imam Jaafar al-Shadiq bin Muhammad bin Ali al-Husain bin Ali bin Abi Thalib, Rabiah al-Rayi bin Abd al Rahman, Amir bin Abdillah bin al-Zubair bin al-Awwam, Naim bin Abdillah al-Majmar, Zaid bin Aslam, Abdillah bin Dinar al-Adawi dan Abu Abd al Rahman al-Madini.

Sepanjang hayatnya, Imam Malik banyak menghabiskan masa untuk memberi fatwa, sokongan, perjuangan dan menyebarkan Islam serta ilmu pengetahuan kepada masyarakat daripada segenap lapisan. Beliau merupakan ulama mujtahid yang pakar dalam bidang fiqh dan hadis khasnya. Antara sumbangan besar sekaligus membuktikan keilmuan dan kepakaran beliau dalam hadis dan fiqh ialah pembukuan Kitab al-Muwatta. Beliau menyusun kitab tersebut selepas membuat kajian yang teliti dari sudut perawi dan sanad. Kitab tersebut mengandungi 10,000 buah hadis yang ditapis menjadi 1,790 hadis.

Imam Malik jatuh sakit selama 20 hari dan wafat pada 14 Rabiulawal 179 Hijrah. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan al-Baqi, Madinah.

RUJUKAN:● Lembaran Hidup Ulama, Muhammad Abdulloh suradi, Hijjaz Record Publishing, Cetakan Kedua, 2018.● Biografi Gemilang Imam Malik, Imam Abu Zahrah, H.M Yusuf Sinaga, Jasmin Publications, Cetakan 2011.

imam malik rahimahullahOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

amalan sedekah bulanramadhan berlipatkali gandaOleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies

Institute)

Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah.

Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan.

Hal ini kerana amalan bersedekah dapat mendidik jiwa manusia menjadi dermawan hasil tarbiyah Ramadhan untuk menggapai takwa.

Sifat kedermawanan adalah salah satu sifat Allah SWT, sebagaimana hadis:

“Sesungguhnya Allah SWT itu Maha memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (Riwayat Al-Baihaqi 1744).

Maka dengan hadith ini, kita dikehendaki untuk memperbanyakkan sedekah untuk mencapai taraf akhlak yang diimpikan iaitu sifat dermawan.

Malah nama Allah SWT iaitu Ar-Rahman yang Maha pemurah menunjukkan sifat pemberi yang tiada tandingannya.

Rasulullah SAW berkenaan sifat dermawan yang sentiasa memberi sedekah:

“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.” (Riwayat Bukhari no. 1429, Muslim no. 1033).

Selain itu, sifat dermawan jika di dukung dengan tafaqquh fiddin, mengilmui agama dengan baik, sehingga terkumpul dua sifat yaitu alim dan juud (dermawan), akan dicapai kedudukan hamba Allah SWT yang paling tinggi.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda:

“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rezeki oleh Allah serta kefahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyedari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (Riwayat Tirmidzi, no. 2325).

Allah SWT benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah. Ibnu Hajar Al Haitami mengumpulkan ratusan hadis mengenai keutamaan sedekah dalam sebuah kitab yang berjudul Al Inaafah Fimaa Ja’a Fis Shadaqah Wad Dhiyaafah.

Antaranya adalah sedekah dapat menghapus dosa. Rasulullah SAW bersabda:

“Sedekah dapat m e n g h a p u s dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Riwayat Tirmidzi no. 614).

Dosa-dosa kecil boleh terhapus dengan sedekah. Ia bagaikan pemadam yang memadam tulisan pensil yang menghitamkan hati.

Malah orang yang bersedekah akan mendapatkan naungan di hari akhir lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang dilipat kali gandakan pahalanya.

Rasulullah SAW bersabda tentang 7 jenis manusia yang mendapat naungan di suatu hari yang ketika itu tidak ada naungan lain selain dari Allah SWT, iaitu hari akhir. Salah satu jenis manusia yang mendapatkannya adalah:

“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” (Riwayat Bukhari no. 1421).

Jelas sedekah mampu membentuk payung rahmat yang memayunginya di padang mahsyar kelak.

Sedekah di bulan Ramadhan juga dapat memberi keberkatan pada harta. Sabda baginda SAW:

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (Riwayat Muslim, no. 2588).

Keberkatan yang dimaksudkan adalah sentiasa merasa cukup dan tidak pernah berkurangan. Sedekah itu mencukupkan hal kehidupan ini.

Malah Allah SWT melipatgandakan pahala orang yang bersedekah. Ia berganda-ganda lagi apabila dilakukan di bulan Ramadhan.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18).

Sesungguhnya beruntunglah kepada mereka yang menafkahkan hartanya di jalan Allah melalui sedekah di bulan Ramadhan. Amalan bersedekah itu digandakan oleh Allah, malah berlipatkali ganda lagi bila dilakukan di bulan Ramadhan ini. Oleh yang demikian marilah sama-sama kita mencontohi nama Allah iaitu Ar-Rahman Ilahi yang maha Pemurah dengan memperbanyakkan sedekah di bulan Ramadhan.

1612 Ramadhan 1440H/17 Mei 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Ramadhan 1440H/17 Mei 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Disebutkan dalam hadits Ibnu Abbas:

“Rasulullah adalah orang yang paling dermawan, dan beliau bertambah kedermawanannya di bulan Ramadhan ketika bertemu dengan malaikat Jibril, dan Jibril menemui beliau di setiap malam bulan Ramadhan untuk mempelajari Al-Quran.” (HR Bukhari).

Hadith ini memberikan faedah kepada kita bahawa sifat demawan harus ditingkatkan lagi di bulan Ramadhan. Mengapa Rasulullah memperbanyak sedekah di bulan Ramadhan? Al-Hafidz Ibnu Rajab menyebutkan banyak faedah mengapa demikian.

Beliau berkata, “Meningkatnya kedermawanan Rasulullah di bulan Ramadhan memberikan faedah yang banyak, antaranya:

Pertama: Bertepatan dengan waktu yang mulia di mana amalan dilipat gandakan pahalanya bila bertepatan dengan waktu yang mulia.

Kedua: Membantu orang-orang yang berpuasa, solat malam, dan berdzikir dalam ketaatan mereka sehingga orang yang membantu itu mendapatkan pahala seperti pahala orang-orang yang dibantu. Sebagaimana orang yang memberikan persiapan perang kepada orang lain mendapat pahala seperti orang yang berperang.

Ketiga: Allah amat dermawan kepada hamba-hamba-Nya di bulan Ramadhan dengan memberikan kepada mereka rahmat, ampunan dan kemerdekaan dari api neraka, terutama di malam lailatul qadar. Allah SWT merahmati hamba-hamba-Nya yang kasih sayang, sebagaimana sabda Nabi :

“Sesungguhnya Allah hanyalah menyayangi hamba-hamba-Nya yang penyayang.” (HR Bukhari dan Muslim).

Barang siapa yang dermawan kepada hamba-hamba Allah SWT, maka Allah SWT pun akan dermawan kepadanya dengan kurnia-Nya, dan balasan itu sesuai dengan jenis amalan.

Keempat: Menggabungkan puasa dan sedekah adalah sebab dimasukkan ke dalam syurga, sebagaimana dalam hadis Ali Radliyallahu ‘anhu, Nabi bersabda:

“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat kamar-kamar yang luarnya terlihat dari dalamnya, dan dalamnya terlihat dari luarnya.” Seorang arab badwi berdiri dan berkata, “Untuk siapa wahai Rasulullah?” Rasulullah bersabda, “Untuk orang yang membaguskan perkataannya, memberi makan, sentiasa berpuasa, dan solat malam kerana Allah sementara manusia sedang terlelap tidur.” (HR At Tirmidzi).

Kelima: Menggabungkan antara puasa dan sedekah lebih memberikan kekuatan untuk menghapus dosa dan menjauhi api neraka, apatah lagi jika ditambah solat malam. Dalam hadith yang shahih Rasulullah berpesan bahawa puasa adalah perisai dan sedekah pula dapat memadamkan kesalahan sebagaimana air dapat memadamkan api.

Keenam: Orang yang berpuasa tidak lepas dari kekurangan dan kesalahan, maka sedekah dapat menutupi kekurangan dan kesalahan tersebut. Oleh karena itu, diwajibkan zakat fitrah di akhir Ramadhan sebagai pensuci bagi orang yang berpuasa dari perbuatan sia-sia dan kata-kata yang kotor.

"dermawan di bulan ramadhan"Oleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

ketika berpuasa lalat masuk dalam mulut lalu tertelan, adakah batal puasa saya?

Oleh:Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SoalanUstaz, sedang saya berpuasa, saya menguap tiba-tiba masuk seekor lalat ke dalam mulut saya dan terus tertelan masuk ke dalam perut saya. Adakah puasa saya itu batal? Mohon juga dapat dijelaskan perkara- perkara yang membatalkan ibadah puasa. Harap dapat ustaz jelaskan.

JawaPanSeseorang yang sedang berpuasa tiba-tiba masuk sesuatu ke dalam mulutnya lalu tertelan masuk ke dalam perutnya tanpa sengaja, maka puasanya tidak batal.

Sebab yang membatalkan puasa itu ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja, tetapi jika masuk bukan dengan sebab sengaja maka tidaklah membatalkan puasa.

Justeru, untuk selengkapnya kami sebutkan di sini segala perkara yang membatalkan puasa iaitu:

1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja, misalnya makan atau minum dengan sengaja. Adapun yang tidak sengaja tidak membatalkan puasa walaupun banyak. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Barangsiapa lupa padahal ia sedang berpuasa, lalu ia makan atau minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya, hanya sanya memberi makan akannya oleh Allah dan memberi minumnya.” (HR: Bukhari dan Muslim dari sahabat Abu Hurairah RA).

2. Muntah dengan sengaja.

3. Wat’ie (jimak) dengan sengaja, walaupun dengan haiwan dan sekalipun tidak keluar mani.

4. Mengeluarkan mani (inzal) dengan sengaja. Seperti mengeluarkan mani dengan tangannya atau tangan isterinya atau kerana bersentuhan dengan perempuan lalu keluar mani. Adapun keluar mani (inzal) dengan tidak sengaja seperti mimpi jimak lalu inzal, maka tidak membatalkan puasanya.

5. Kedatangan haid bagi permpuan.

6. Kedatangan nifas, atau melahirkan anak (bersalin).

7. Gila walaupun sebentar.

8. Pitam atau mabuk sepanjang hari.

9. Murtad walaupun sebentar. Berlindung kita dengan Allah SWT daripada yang demikian.

Demikianlah yang dapat diberikan mengenai hukum puasa orang yang tertelan lalat dan perkara-perkara yang membatalkan ibadah puasa, semoga ianya memberikan kefahaman dan panduan kepada kita.

Wallahu a’lam.

612 Ramadhan 1440H/17 Mei 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Ramadhan 1440H/17 Mei 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”.

Dalam ayat ini Allah SWT memuji hamba-hamba-Nya yang melakukan amalan sedekah. Kalimah ‘sedekah’ itu dari yang bermaksud ‘membenarkan’. Orang-orang yang bersedekah itu membenarkan janji-janji Allah SWT yang hendak memberi balasan yang baik kepada mereka lantaran perlakuan bersedekah. Maka sehubungan itulah mereka ringan tangan untuk menghulurkan harta, tenaga dan masa mereka berkhidmat di jalan Allah SWT.

Disebut lelaki dan wanita yang bersedekah di dalam ayat ini kerana kedua-duanya digalakkan untuk melakukan amalan sedekah, ini menunjukkan tiada perbatasan dalam medan bersedekah termasuklah golongan wanita juga berpeluang melipatgandakan pahala mereka menerusi amalan sedekah.

Pastinya Allah SWT akan membalas pemberian mereka itu dengan berlipat kali ganda. Ini adalah gandaan dari segi kuantiti. Allah SWT balas dengan balasan yang banyak berganda-ganda. Ditemui dalam ayat yang lain, balasan itu meningkat hingga 700 kali ganda malah dengan kerahiman Allah SWT boleh sahaja diberikan lebih banyak dari jumlah tersebut.

Kalimah kareem dalam ayat ini menjurus kepada nilai atau kualiti. Ia juga bermaksud keampunan dari Allah SWT. Sudah tentu kita amat mengharapkan keampunan Allah SWT kerana perlakuan dosa yang banyak. Bila dosa kita dihapuskan, maka tentulah tinggal amal ibadat kita sahaja yang akan dinilai. Allah SWT dengan kerahiman-Nya akan mengurniakan balasan yang bernilai lebih tinggi dari apa yang kita telah infak dan sedekahkan. Sememangnya jika diukur dengan apa yang telah kita sumbangkan tidaklah sebesar mana kerana keterbatasan kemampuan kita tetapi ganjaran Allah SWT dibalas dengan syurga yang tiada ternilai.

Madrasah Ramadhan mendorong umat Islam menjadi insan yang perihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik. Baginda Nabi SAW sendiri memanfaatkan kehadiran Ramadhan dengan memaksimakan sifat dermawan dan pemurah Baginda. Seharusnya ini menjadi pemangkin kepada umat Islam untuk berlumba-lumba menambah pahala menerusi amalan bersedekah. Mafhum hadis Nabi SAW “Sedekah yang paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan.” (Riwayat At-Tirmizi).

Ingatlah ganjaran yang disebutkan oleh Nabi SAW yang bermaksud: “Barang siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya.” (Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi).

Oleh itu, marilah kita mengambil kesempatan Ramadhan kali ini menyediakan juadah berbuka puasa kepada jiran atau pun saudara seagama. Ini boleh dilakukan secara bersendirian atau dengan mengambil giliran menyumbang wang kepada masjid atau surau menyediakan juadah berbuka puasa.

Perkara utama yang perlu kita fahami adalah kebajikan yang kita lakukan walau sebesar zarah akan diperlihatkan ganjarannya di akhirat kelak. Sama-sama kita hayati sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang di bawah adalah orang yang meminta.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

ayat al-quran surah al-hadid: 18"ramadhan menyuburkan amalan sedekah"

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Agama Allah SWT (Islam) merupakan agama yang benar, dan Allah SWT lah yang akan membantunya. Kebatilan sekalipun dilihat indah tetapi kebenaran akan membatalkannya. Kemenangan akan datang daripada Allah SWT meskipun sebab-sebab kemenangan itu lambat laun munculnya. Wajib ke atas sang hamba untuk berpegang teguh dengan agama ini, sekiranya mereka membantu agama Allah SWT, nescaya Allah SWT akan membantu mereka, firman Allah SWT, “Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).” (Ali Imran, 123).Puasa diwajibkan kepada umat Islam pada Sya’ban tahun 2 Hijrah, seperti dinyatakan Imam an-Nawawi rahimahullah di dalam Majmuk.Hari Jumaat, 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah merupakan hari yang agung dalam sejarah Islam. Allah SWT menamakan hari tersebut sebagai Hari al-Furqan (pemisah antara kebenaran dan kebatilan). Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda tentangnya, “(Baginda berdoa): Wahai Allah, sekiranya jemaah muslimin ini dihancurkan, tidaklah Engkau disembah di muka bumi ini, (maka bantulah kami).” (HR Muslim) Imam al-Qurtubi berkata, “Pada hari itulah tertegaknya Islam.”

Nabi sendiri menghadiri peperangan ini, begitu juga turunnya seribu malaikat daripada langit yang dikepalai malaikat Jibril alaihissalam demi peperangan ini. Sesiapa saja daripada kaum mukminin yang menyertai peperangan ini dosanya kesemua diampunkan, diharamkan daripada api neraka dan kedudukannya di Syurga yang tertinggi. Sesiapa saja daripada malaikat yang menyertainya dimuliakan daripada selain mereka. Peristiwa ini mengandungi teladan dan bukti kekuasaan-Nya, pelajaran dan mukjizat-Nya.Perang Badar merupakan perang yang berlaku antara Muslimin dan Musyrikin Mekah; perang yang menguji keimanan 319 ahli Badar dan mengajar Musyrikin Mekah yang meskipun 1000 orang itu, akan kekuatan Allah Ta’ala yang tanpa perinya. Tiada seorang pun daripada ahli Badar ini yang mundur daripada medan perang, meskipun dalam keadaan Ramadhan yang terik dan berpuasa dan hanya berbuka ketika betul-betul di medan perang (HR Muslim). Kesemuanya sama ada; pulang ke Madinah sebagai pemenang atau pulang ke rahmatullah sebagai syahid.14 orang sahabat telah mati syahid dan ditempatkan di Syurga tertinggi. Ibu kepada Haritsah bin Suraqah (salah seorang sahabat yang mati syahid) mendatangi Nabi dan berkata, “Wahai Nabi Allah, ceritakanlah kepadaku tentang Haritsah!” Baginda menjawab, “Wahai Ibu Haritsah! Sesungguhnya terdapat pelbagai tingkatan Syurga, dan anakmu ditempatkan di Syurga Firdaus yang tertinggi!” (HR Bukhari) Ibn Katsir berkata, “Dalam hadis ini terdapat peringatan yang agung tentang kemuliaan Ahli Badar. Sesungguhnya Haritsah tidak masuk ke tengah medan perang, tetapi merupakan daripada pasukan pemantau daripada jauh. Beliau terkena panahan yang tajam dalam keadaan beliau meminum air daripada telaga, meskipun dalam hal demikian beliau tetap menempati Firdaus. Bagaimana pula dengan mereka yang berdepan dengan musuh (sudah tentulah lebih lagi)?”

Islam telah sampai kepada kita dengan pengorbanan demi pengorbanan; jiwa-jiwa dikorbankankan deminya, badan- badan menjadi luka deminya, dan para Rasul, para Siddiqin (mereka yang melazimi kebenaran), para Syuhada dan Malaikat berperang demi mengangkat agama ini dan mengekalkannya di muka bumi. Zaman bertukar ganti, namun agama ini tetap terpelihara secara sempurna hukum-hakamnya dan pensyariatannya, sesuai untuk setiap waktu dan tempat; kewajipan setiap hamba ialah untuk menganuti dan menurutinya, dan bergembira dengan agama ini dan menyebarkannya dan membantunya.

Kita memohon daripada Allah SWT agar mengekalkan kita dalam agama ini dan memberi kita petunjuk ke arah sebaik-baik jalan.

ibrah badar, jihad pertama di bulan ramadhan Oleh:

Mohammad Syafiq IsmailExco Penyelidikan ABIM Sabah

1412 Ramadhan 1440H/17 Mei 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Ramadhan 1440H/17 Mei 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

bolehkah suami melarang isterinya beri'tikafOleh:

Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

Dalam bahasa Arab, I’tikaf bererti berdiam dan bertaut pada sesuatu, baik mahupun buruk, secara terus-menerus. Allah SWT berfirman dalam surah al-A’raaf, ayat 138:

Maksudnya: “…yang tetap penyembah berhala…”

Dia berfirman juga dalam surah al-Baqarah ayat 187:

Maksudnya: “... tetapi jangan kamu campuri mereka, ketika kamu beri’tikaf dalam masjid...”Manakala dalam konteks syariat, i’tikaf adalah berdiamnya seseorang dengan kriteria khusus di dalam masjid dengan niat. Kriteria khusus adalah seperti berikut:1. Islam. Maka tidak sah bagi orang kafir.2. Tamyiz atau berakal. Maka, tidak sah bagi orang gila.3. Bertempat di Masjid. Maka, tidak sah dikerjakan di rumah.4. Niat. Maka, tidak sah bagi mereka yang tidak berniat i’tikaf.5. Puasa.6. Suci dari junub, haid, dan nifas.7. Izin suami bagi isterinya. Maka, tidak sah wanita i’tikaf tanpa izin suaminya meskipun i’tikafnya itu

dinadzarkan.Jadi, melalui syarat-syarat ini, maka sudah terang lagi bersuluh bahawasanya, seorang suami itu boleh melarang isterinya daripada beri’tikaf. Hal ini sebagaimana dinyatakan dalam hadith Aisyah, dia berkata: “Apabila hendak beri’tikaf, Nabi SAW melaksanakan solat subuh terlebih dahulu, kemudian barulah Baginda SAW masuk ke tempat i’tikafnya. Suatu ketika, Rasulullah SAW memerintahkan untuk mendirikan khemahnya, maka khemah pun didirikan. Nampaknya Baginda hendak beri’tikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Kemudian, Zainab memerintahkan agar membuatkan baginya sebuah khemah, maka khemah pun didirikan untuknya. Lantas, isteri-isteri Baginda yang lain juga meminta untuk didirikan khemah bagi setiap mereka, maka dibuatlah khemah satu per satu. Seusai melaksanakan solat subuh, Rasulullah SAW melihat khemah-khemah tersebut lalu berkata: "Apakah kalian menginginkan kebaikan (ketaatan)?" Lalu, Baginda memerintahkan untuk membongkar (dibuka) kembali khemahnya dan tidak jadi melakukan i’tikaf pada bulan Ramadhan. Akhirnya, Baginda pun beri’tikaf pada sepuluh hari pertama bulan Syawal”. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim).An-Nawawi menyebutkan beberapa alasan yang dijelaskan oleh al-Qadhi tentang mengapa (alasan) Nabi SAW melarang isteri-isteri Baginda melakukan hal itu. Di antaranya ialah: “Baginda tidak suka isteri-isterinya tinggal di dalam masjid, sedangkan ramai orang di situ, bahkan di antara mereka terdapat Arab Badui dan orang-orang munafik. Sementara itu, isteri-isteri beliau perlu keluar masuk untuk menunaikan keperluan mereka, maka tentu saja mereka menjadi malu kerana itu. Alasan lainnya, apabila Nabi SAW melihat isteri-isteri Baginda berada di sisinya di dalam masjid, seolah-olah Rasulullah berada di rumahnya yang tertutup, bersama isteri-isteri Baginda, sehingga hilanglah tujuan i’tikaf yang sangat penting, iaitu memisahkan diri dari isteri-isteri dan kembali terkait dengan masalah duniawi, atau yang semisalnya. Mungkin juga, kerana, isteri-isteri Nabi akan membuatkan masjid menjadi sempit dengan khemah-khemah mereka..”Akan tetapi, tidaklah menjadi suatu masalah sekiranya si isteri telah mendapat kebenaran si suami untuk melakukan i’tikaf di masjid asalkan si isteri telah memenuhi syarat beri’tikaf seperti yang dinyatakan di atas.Wallahu a’lam.

RUJUKAN:● Fiqih Islam Wa Adillatuhu: Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaili● Eksiklopedi Fiqih Praktis Menurut al-Quran dan as-Sunnah: Syaikh Husain bin ‘Audah.

hindari diri dari sifat marahOleh: Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri Pensyarah Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MaKSud HadISDaripada Abu Hurairah RA: Bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Nabi SAW: Berilah wasiat kepadaku. Baginda bersabda: "Janganlah engkau marah." Kemudian Lelaki tersebut mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: "Janganlah engkau marah." (Riwayat al-Bukhari).HuRaIan HadISHadis ini merupakan kata-kata Rasulullah SAW yang ringkas tetapi mengandungi pengertian yang padat kerana ia menghimpunkan kebaikan dunia dan akhirat. Dalam hadis ini terkandung nilai akhlak yang utama iaitu larangan dari sifat marah. Larangan ini sangat besar faedahnya, kerana dengan menahan kemarahan, kita dapat mencegah sesuatu keadaan agar tidak semakin memburuk.Hadis ini juga menerangkan bahawa sifat marah itu perlu dihindari oleh setiap mukmin, kerana marah membawa banyak keburukan terhadap diri sendiri juga terhadap orang lain. Larangan “Jangan marah” ertinya mengelakkan sebarang sebab yang membawa kepada kemarahan. la juga bererti menahan kemarahan apabila dia mula marah. Erti menahan marah ialah menahan dari melaksanakan tuntutan ledakan kemarahan seperti memukul, memaki hamun, menghina atau mengamuk. Seseorang yang gagah perkasa dan handal bukan hanya yang mampu beradu tenaga, bahkan juga orang yang mampu menahan kemarahannya. Terdapat keadaan marah yang dibolehkan, iaitu apabila marah itu didorong oleh perasaan mahu membela kebenaran kerana Allah SWT, namun mestilah menurut cara hikmah dan batas yang dibenarkan. Perasaan marah dituntut apabila berlakunya pencabulan dan perlanggaran terhadap larangan-larangan Allah SWT. Sifat ini adalah hasil dari keimanan yang kuat terhadap Allah SWT kerana orang yang tidak marah terhadap pencabulan dan pelanggaran larangan Allah SWT dianggap sebagai orang yang lemah iman.Kecantikan Islam dalam marah ialah apabila kita dapat mengurus sifat marah dengan cara hikmah dan bijaksana, bukannya dengan cara mengikut perasaan dan nafsu seperti memaki hamun, mencerca atau memukul.PEnGaJaRan HadIS1. Dianjurkan bagi setiap muslim untuk memberi nasihat yang baik dan hendaklah sentiasa menambah ilmu

pengetahuan yang bermanfaat.2. Perasaan marah adalah penghimpun kejahatan dan bebas daripadanya adalah penghimpun kebaikan.3. Kita dianjurkan mengulangi percakapan hingga pendengar menyedari betapa penting kedudukannya.4. Marah yang terpuji ialah marah kerana mencari keredaan Allah SWT, membela agama Allah SWT dan membela

kehormatan seseorang Muslim. 5. Cara mencegah kemarahan: i. Jauhi akhlak tercela seperti sombong, bangga diri, suka berdebat dan sebagainya. ii. Didiklah diri dengan akhlak mulia seperti sabar, lemah-lembut, berhemah dan sebagainya. iii. Berlatih memaafkan orang yang membuat salah. iv. Mengubah posisi ketika marah daripada berdiri kepada duduk, daripada duduk kepada berbaring. v. Bersikap tawaduk vi. Mengucapkan ta’awwuz vii. Berhenti bercakap viii. Mengambil wuduk

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd., Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

812 Ramadhan 1440H/17 Mei 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Ramadhan 1440H/17 Mei 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

zakat fitrah dan peduli sosialOleh:

Tuan Haji Sainuri bin Yahmin

Zakat fitrah itu adalah salah satu bentuk kepedulian sosial. Agama Islam mencela orang yang tidak memiliki kepedulian kepada orang miskin. Dan mereka itu dianggap sebagai pendusta agama. (QS Al-Ma'un [107]: 1 - 3).Zakat fitrah adalah penyempurna puasa seorang Muslim. Ibarat solat fardhu, salah satu unsur diterimanya solat adalah dengan wudhu. Maka, amal ibadah di bulan Ramadhan, seperti Tarawih, membaca al-Quran, sedekah dan zikir akan semakin baik dan lengkap bila disempurnakan dengan zakat fitrah. Begitu juga halnya perihal sujud sahwi untuk menampung kecacatan solat yang didirikan.Kepedulian sosial dalam Islam merupakan manifestasi akhlak dan sebahagian dari ketakwaan seorang Muslim. Seseorang yang memiliki rasa peduli dan kemanusiaan terhadap sesama maka Allah SWT telah menjanjikan kemudahan dan pertolongan kembali untuknya di akhirat. Kepedulian sosial adalah perasaan bertanggungjawab atas kesulitan yang dihadapi oleh orang lain di mana seseorang terpanggil untuk melakukan sesuatu untuk membantu orang yang sedang menghadapi kesusahan atau masalah.Kepedulian sosial dalam kehidupan bermasyarakat lebih tepat diertikan sebagai perilaku baik seseorang terhadap orang lain di sekitarnya.Kepedulian sosial dimulai dari kemahuan memberi bukan menerima.Mengimbau kembali lima belas abad terdahulu. Rasulullah SAW pernah berkumpul bersama para sahabatnya yang majoritinya daripada golongan orang miskin. Sekadar menyebut beberapa nama sahabat yang hampir semuanya bekas hamba, seperti Salman al-Farisi, Ammar bin Yasir, Bilal, Suhayb Khabab bin Al-Arat. Rata- rata mereka berpakaian lusuh, diperbuat daripada jubah bulu yang kasar. Tetapi mereka adalah sahabat awalun Nabi SAW, para perintis perjuangan Islam.Para bangsawan di kalangan bangsa arab yang baharu memeluk Islam amat mementingkan kedudukan sosial mereka, hingga memperlihatkan perbuatan dan kelakuan sinis dan benci terhadap sahabat-sahabat yang tampak kelas bawahan daripada kaca mata mereka.Lantas mengusulkan kepada ar-Rasul SAW untuk menyediakan majlis khusus bagi mereka. "Orang-orang Arab akan mengenal kemuliaan kami. Para utusan dari berbagai kabilah arab akan datang menemuimu. Kami malu kalau mereka melihat kami duduk dengan mereka-mereka kelas bawahan ini. Apabila kami datang menemui anda, jauhkanlah mereka dari kami. Apabila urusan kami sudah selesai, bolehlah anda duduk bersama mereka sesuka anda.”Namun surat al-An’am [6] ayat 52 menyatakan dengan tegas dan jelas:“Dan janganlah kamu mengusir orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi hari dan di petang hari, sedang mereka menghendaki keredhaan-Nya. Kamu tidak memikul tanggungjawab sedikitpun terhadap perbuatan mereka. Begitu pula mereka tidak memikul tanggungjawab sedikitpun terhadap perbuatanmu, yang menyebabkan kamu (berhak) mengusir mereka, sehingga kamu termasuk orang-orang yang zalim.”Nabi saw segera menyuruh kaum fuqara duduk lebih dekat lagi sehingga lutut-lutut mereka merapat dengan lutut Rasulullah SAW. Golongan fuqara atau miskin mungkin dilhat dari kaca mata sosial termasuk dalam golongan bawahan. Namun kayu ukur untuk menilai mereka bukan hanya dari sudut pandang materi dan sosial sahaja. Mereka juga manusia yang berperanan dalam hidup bermasyarakat. Besar kemungkinan dari sudut rohaninya mereka berada dalam kategori kelas yang tertinggi.Justeru, golongan yang berada jangan terlalu sombong dengan kekayaan yang ada. Kekayaan yang ada itu terdapat di dalamnya hak orang yang kurang berada. Lantaran zakat fitrah adalah manifestasi daripada pendidikan kepedulian sosial pada peringkat awal lantaran jumlah yang dikeluarkan adalah terlalu kecil secara nisbinya. Namun itu adalah permulaan kepada kepeduliaan sosial yang lebih besar.

ramadhan: menggapai rahmatmeraih maghfirah illahi

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Ketibaan Ramadhan, menyeru dan mengajak umat Islam di seluruh pelosok dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT.

Lantaran itu, dengan melaksanakan ibadah puasa semua golongan Islam, kaya dan miskin, berpangkat dan marhaen, berada dan tidak berada, terpaksa menempuh ujian yang sama. Iaitu dengan berpuasa akan menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih-mengasihi sesama umat Islam.

Ibadah puasa mestilah dijadikan amalan dan ibadah yang baik yang dapat diterjemahkan dalam kehidupan kita seterusnya dapat meraih keampunan dan Rahmat daripada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda di dalam sebuah hadith:

"Sesiapa yang berpuasa kerana iman dan penuh pengharapan, maka akan diampuni semua dosanya yang telah lalu." (Riwayat Muttafaqun ‘Alaih).

Alangkah indahnya seseorang yang berpuasa kemudian daripada ibadah puasa tersebut dia beroleh keampunan seperti seorang bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya. Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah SWT mewajibkan puasa pada bulan Ramadhan dan saya menyunnahkan bagi kamu solat pada malamnya. Maka sesiapa yang berpuasa dan solat pada malamnya kerana iman dan mengharapkan pahala, nescaya dosa-dosanya akan keluar sebagaimana saat dia baru dilahirkan oleh ibunya."

Begitulah juga melalui amalan puasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah SWT. Justeru, melalui ibadah puasa akan lahir ketenangan jiwa dan ketakwaan yang kuat dalam kalangan umat Islam. Puasa dalam bulan Ramadhan juga mendidik jiwa tabah dan sabar dalam menghadapi apa juga ujian dan cabaran hidup.

Dalam kehidupan di era digital dan dunia tanpa sempadan ini, kita terdedah kepada dosa terutama

yang berkaitan dengan fitnah, cacian dan juga menyebarkan berita yang tidak sahih. Oleh itu, Ramadhan mengajak kita bermuhasabah diri, merenung kembali apa yang kita lakukan selama ini. Lebih-lebih lagi Ramadhan merupakan bulan maghfirah (pengampunan dosa). Nabi SAW bersabda:

”Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan akan menghapuskan dosa-dosa di antara masa-masa itu selagi mana dosa-dosa besar dijauhi.” (Riwayat Muslim).

Menariknya, bagi meraih keampunan dosa daripada Allah SWT berhubung erat dengan akhlak mulia, seperti yang disebutkan oleh Nabi SAW, “Sesungguhnya bulan ramadhan adalah bulan yang agung. Di bulan ini Allah melipat-gandakan kebaikan, menghapus keburukan dan mengangkat darjat. Sesiapa yang bersedekah di bulan ini maka Allah mengampuni dosanya. Sesiapa yang berbuat baik kepada pembantunya, maka Allah mengampuni dosanya. Siapa yang memperbaiki akhlaknya maka Allah akan mengampuni dosanya. Siapa yang menahan marahnya, maka Allah mengampuni dosanya. Siapa yang menyambung tali silaturrahim di bulan ini, maka Allah akan mengampuni dosanya“.

Justeru, meraih keampunan daripada Allah SWT berhubung rapat dengan sikap kita terhadap manusia. Semakin kita bersikap baik terhadap manusia, maka semakin Allah SWT melimpahkan keampunannya ke atas dosa-dosa kita yang telah lalu.

Memetik pandangan ilmuwan Islam, Sayyid Qutb berkaitan dengan akidah dan kehidupan beliau menyatakan kehidupan manusia adalah singkat. Sekiranya kita membandingkan manusia dengan alam yang luas di mana kita tinggal kini, kita sebenarnya hanyalah satu jasad yang terapung- apung bersendirian di mana riwayat hidup kita cuma merupakan sebahagian kecil daripada kehidupan di akhirat.

Menurutnya lagi, walau bagaimanapun, manusia mampu dan berkeupayaan untuk berhubungan dengan sumber kuasa yang kekal iaitu Allah SWT, dengan merenung dan memahami tentang alam ini serta mengharmonikan diri dengannya.

1212 Ramadhan 1440H/17 Mei 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Ramadhan 1440H/17 Mei 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

majlis tautan kasih guru dihatiku bersama ustaz haji saifulzaman bin sangul, pengarah jheains dengan ketua penolong pengarah bahagian pendidikan dan semua guru besar sekolah agama negeri san bahagian sandakan melakukan ziarah ke rumah murid-murid yang dikategorikan sebagai anak yatim piatu, fakir miskin dan asnaf yang terdapat di san tanjung papat, sandakan pada 9 mei 2019

majlis anugerah perkhidmatan Cemerlang jheains 2018 dan penyampaian sijil penghargaan kepada kakitangan yang bersara wajib yang disempurnakan oleh yang berhormat

datuk haji aidi bin haji moktar, menteri undang-undang dan hal ehwal anak negeri pada 22 april 2019 di kota kinabalu

Peristiwa

1012 Ramadhan 1440H/17 Mei 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 12 Ramadhan 1440H/17 Mei 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa