Upload
cikwawa
View
272
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/7/2019 Kesan Latihan
http://slidepdf.com/reader/full/kesan-latihan 1/12
8/7/2019 Kesan Latihan
http://slidepdf.com/reader/full/kesan-latihan 2/12
� Sistem kardiovaskular terdiri dari jantung, saluran darah, darah
dan saluran pernafasan. Sistem ini berfungsi untuk mengangkut
bahan-bahan keperluan dan bahan-bahan kumuh sel-sel tubuh.
Antaran bahan-bahan yang diangkut ialah oksigen (sistem
pernafasan), nutrien (sistem penghadaman) dan hormon dari
kelenjar-kelenjar tertentu. Bahan-bahan kumuh seperti urea,
karbon dioksida dan air pula akan diangkut dari sel-sel tubuh
dan dihantar ke organ perkumuhan.
8/7/2019 Kesan Latihan
http://slidepdf.com/reader/full/kesan-latihan 3/12
� Dinding jantung terbina dari gentian otot yang dinamakan
'myocardium'. Bahagian interior jantung terdiri dari empat
bahagian iaitu dua atrium dan dua ventrikal. Oleh kerana
ventrikel berfungsi untuk mengepam darah keluar dari jantung,
dinding kedua-dua ventrikel adalah adalah lebih tebal dari
dinding kedua-dua atrium. Dinding ventrikel kiri pula lebih tebal
dari ventrikel kanan kerana ia harus menampung tekanan
darah yang lebih tinggi. Dinding yang tebal juga diperlukan
kerana ventrikel kiri berfungsi untuk mengepam darah darijantung keseluruh bahagian badan.
8/7/2019 Kesan Latihan
http://slidepdf.com/reader/full/kesan-latihan 4/12
� Didapati latihan-latihan yang tertentu akan memberikan kesan
yang tertentu terhadap sistem kardiovaskular. latihan yang
dimaksudkan ialah latihan berintensiti tinggi, dilakukan tiga kali
seminggu dalam jangkamasa bertahun-tahun.
8/7/2019 Kesan Latihan
http://slidepdf.com/reader/full/kesan-latihan 5/12
� saiz kaviti ventrikel
� ketebalan dinding ventrikel
8/7/2019 Kesan Latihan
http://slidepdf.com/reader/full/kesan-latihan 6/12
� Terdapat perbezaan hipertrofi kardiak dikalangan atlit-atlit
acara dayatahan dengan atlit-atlit acara bukan dayatahan.
Atlit dayatahan ( seperti pelari marathon, perenang, pemain
hoki ice ) mempunyai kaviti ventrikel yang lebih besar
berbanding dengan ventrikel atlit-atlit bukan acara dayatahan.
Dari segi ketebalan dinding ventrikel pula, atlit-atlit bukan
acara dayatahan pula didapati mempunyai dinding ventrikel
yang lebih tebal dari atlit-atlit acara dayatahan
8/7/2019 Kesan Latihan
http://slidepdf.com/reader/full/kesan-latihan 7/12
� Perbezaan hipertrofi kardiak di antara atlit-atlit acaradayatahan dengan atlit-atlit bukan acara dayatahan adalahdisebabkan oleh perbezaan gerakbalas jantung terhadapaktiviti yang mereka lakukan. Latihan-latihan dayatahan
biasanya memerlukan atlit bekerja dalam jangkamasa yanglama dan keluaran kardiak adalah tinggi. Bagi memenuhikeperluan tersebut, gerakbalas penyesuaian kardiak ialahmelalui peningkatan saiz karviti ventrikel. Di kalangan atlit-atlitdayatahan pula, latihan-latihan yang mereka lakukan
memerlukan tekanan darah di arteri pada masa-masa tertentu(gerakan-gerakan mereka berbentuk eksplosif ). Oleh itugerakbalas penyesuaian kardiak ialah melalui penebalandinding ventrikel
8/7/2019 Kesan Latihan
http://slidepdf.com/reader/full/kesan-latihan 8/12
� Selain dari kesan hipertrofi kardiak, atlit yang menjalani
latihan fizikal yang tekal dalam jangkamasa yang panjang
juga akan mengalami pengurangan kadar nadi rehat. Kadar
nadi adalah antara indikator terhadap tahap kecergasan
seseorang. Kadar nadi rehat yang rendah menggambarkan
seseorang itu lebih cergas dari sesaorang yang mempunyai
kadar nadi rehat yang tinggi.
8/7/2019 Kesan Latihan
http://slidepdf.com/reader/full/kesan-latihan 9/12
� Perbezaan kadar nadi dapat dilihat sebelum dan sesudah atlit
menjalani latihan selama beberapa tahun. Pengurangan kadar nadi
rehat menunjukkan tahap kecergasan atlit yang menjalani latihan
fizikal adalah bertambah baik. Kadar nadi adalah berkait rapat
dengan impuls intrinsik dari S.A.Node. Sungguhpun begitu,peningkatan dan pengurangan kadar nadi akan dipengaruhi juga
oleh rangsangan dari sistem saraf autonomik (sympathatik dan para
sympathetik) yang dibawa ke S.A.Node. Semasa latihan, hormon
epinephine dikeluarkan. Epinephine akan meningkatkan gerakbalas
jantung, menyebabkan peningkatan kadar nadi. Latihan yang lamaakan menyebabkan kepekaan tisu kardiak terhadap epinephine
menurun dan fenomena ini akan memberi kesan penurunan kadar
nadi rehat kepada atlit yang menjalani latihan.
8/7/2019 Kesan Latihan
http://slidepdf.com/reader/full/kesan-latihan 10/12
� Satu lagi kesan latihan terhadap sistem kardiovaskular ialah
peningkatan isipadu stroke. Isipadu stroke adalah jumlah darah
yang dikeluarkan melalui satu denyutan jantung (satu stroke).
Perkara ini ada kaitannya dengan hipertrofi kadiak. Apabila
kaviti ventrikel bertambah, jumlah darah yang dapat dipamkan
kedalamnya juga meningkat. Dengan ini jumlah darah yang
dipamkan keluar dari venrtikel juga akan meningkat
8/7/2019 Kesan Latihan
http://slidepdf.com/reader/full/kesan-latihan 11/12
� Peningkatan isipadu stroke juga disebabkan oleh peningkatan
penguncupan otot-otot myokardium akibat latihan. Latihan
menyebabkan jantung menjadi aktif. Peningkatan aktiviti
jantung bereti peningkatan peningkatan penggunaan dan
penghasilan ATP dalam otot jantung. Apabila bekalan ATP
meningkat, keupayaan pengepaman otot jantung juga
meningkat
8/7/2019 Kesan Latihan
http://slidepdf.com/reader/full/kesan-latihan 12/12
� Atlit yang selalu menjalani latihan fizikal juga akan mengalami
peningkatan densiti salur darah. Densiti salur darah bermaksud
jumlah saluran darah yang terkandung dalam fiber otot.
Aktiviti-aktiviti fizikal yang dijalankan akan menyebabkan
pengaliran darah ke otot-otot meningkat. Ini akan
menyebabkan pembukaan salur-salur darah yang pasif dan
juga menyebabkan penggunaan salur darah yang sedia ada
menjadi lebih aktif. Ini pastinya akan menghasilkan peningkatan
densiti salur darah. Peningkatan densiti salur darah yangketara berlaku di otot kardiak dan otot-otot rangka.