7
Kesedaran Kendiri Apakah kesedaran kendiri Kesedaran kendiri adalah keadaan di mana seseorang mempunyai pengetahuan mengenai kesedaran, kefahaman mengenai dirinya, persekitarannya dan Penciptanya. Ia juga bererti seseorang itu mengenali emosi dan kesannya. Kepentingan kesedaran kendiri Untuk mengetahui : Siapakah anda Tabiat anda Keperibadian anda Anda mampu menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan orang dan persekitaran

Kesedaran Kendiri

  • Upload
    nathia

  • View
    3.481

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kesedaran Kendiri

Kesedaran Kendiri

Apakah kesedaran kendiri

Kesedaran kendiri adalah keadaan di mana seseorang mempunyai

pengetahuan mengenai kesedaran, kefahaman mengenai dirinya,

persekitarannya dan Penciptanya.

Ia juga bererti seseorang itu mengenali emosi dan kesannya.

Kepentingan kesedaran kendiri

Untuk mengetahui :

Siapakah anda

Tabiat anda

Keperibadian anda

Anda mampu menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan orang dan

persekitaran

Mengetahui kekuatan dan kelemahan dalaman bagi membuat satu

strategi mencapai apa yang dicita-citakannya.

Page 2: Kesedaran Kendiri

Kekurangan pengetahuan dalam kesedaran kendiri

Jika anda kekurangan pengetahuan dalam kesedaran kendiri, anda tidak dapat :

Menjelaskan tindakan dan tingkah laku anda

Mengenali tabiat anda

Memahami peribadi anda

Melakukan penyesuaian yang perlu apabila berhadapan dengan orang

lain

Memberi keprihatinannya kepada persekitaran

Masalah yang anda akan hadapi jika anda tidak mengambil berat mengenai

kesedaran kendiri :

Menjadi keliru dalam peranan anda sebagai seorang remaja

Mempunyai konflik dalam sikap dan tingkah laku anda

Menjadi kurang empati dan kurang penyayang

Tidak berupaya untuk menampilkan diri anda sepenuhnya

Membuat keputusan dan tindakan secara terburu - buru

Langkah – langkah

Mengetahui segalanya mengenai diri anda

Mendapat pandangan ikhlas dari kawan-kawan anda

Belajar daripada orang lain contoh ahli keluarga, jiran tetangga dan

kawan - kawan

Kaji dan fahami kehendak emosi anda

Tingkatkan kemahiran mendengar anda, empati dan penyayang

terhadap diri sendiri dan orang lain

Berusaha untuk kemajuan dalam apa saja yang anda lakukan

Page 3: Kesedaran Kendiri

Jikalau anda berjaya memiliki kompentensi kesedaran kendiri maka anda:

Sedar emosi yang dirasakan dan sebabnya

Sedar kaitan antara perasaan dan pemikiran, perlakuan dan pertuturan

Mempunyai kesedaran tentang matlamat hidup

Berkeyakinan, berketerampilan

Membuat satu strategi mencapai apa yang dicita-citakannya.

Page 4: Kesedaran Kendiri

PENGURUSAN KAWALAN KENDIRI

Pengurusan kawalan kendiri boleh dilihat dari beberapa aspek seperti :

Kawalan kendiri

Amanah

ketekunan

kebolehsuaian

inovasi

KAWALAN KENDIRI

Maksud :

sesuatu individu itu dapat menguruskan emosi yang destruktif. Individu yang

memiliki kompetensi ini biasanya:

1. mengurus perasaan dan emosi negatif dengan baik

2. tenang dan positif semasa tertekan

3. berfikiran waras dan berfokus dalam tekanan

AMANAH

Maksud :

Sesuatu individu itu dapat mengekalkan piawaian kejujuran dan integriti. Individu

yang memiliki kompetensi ini biasanya:

1. bertindak secara beretika mengikut peraturan

2. membina keyakinan melalui keboleh percayaan dan autentisiti

3. mengakui kesalahan sendiri dan menentang tindakan tidak beretika orang

lain

4. mengekalkan pandangan yang ada prinsip walaupun tidak popular

Page 5: Kesedaran Kendiri

KETEKUNAN

Maksud :

Sesutu individu itu bertanggungjawab atas prestasi diri. . Individu yang memiliki

kompetensi ini biasanya:

1. mempunyai komitmen dan menunaikan janji

2. bersifat akauntable untuk memenuhi objektif

3. teratur dan sistematik dalam melaksanakan tugas

KEBOLEHSUAIAN

Maksud :

Ini bererti sesuatu individu itu luwes (fleksibel) dalam menangani perubahan .

Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya:

1. menangani tuntutan pelbagai, perubahan keutamaan dan pertukaran yang

kerap

2. menyesuaikan respons dan taktik dengan keadaan yang sering berubah

3. luwes dalam presepsi terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku

INOVASI

Maksud :

Sesuatu individu itu rasa selesa dan terbuka kepada idea-idea serta maklumat

baru . Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya:

1. mencari idea baru daripada pelbagai sumber

2. memikirkan penyelesaikan kreatif terhadap masalah-masalah

3. menjana idea baru

4. mempunyai perspektif terkini dan risiko dalam pemikiran