51
August 29, 2014 [KESELAMATAN BENGKEL DAN TEMPAT KERJA] PENGENALAN Sebelum kita memasuki bengkel atau makmal maka perlukan kita mengetahui tentang keselamatan di dalam bengkel atau makmal tersebut. Di peringkat awal, pensyarah akan menerangkan peraturan keselamatan kepada pelajar-pelajar. Peraturan keselamatan dalam bengkel haruslah dipelajari dari semasa ke semasa. Ini adalah kerana kita akan mula bekerja dengan peralatan elektrik dan alatan elektronik . Sewaktu kita bekerja maka perlukan kita berwaspada bagi menggelakkan satu kejadian yang tidak diinginan berlaku. Punca-punca keselamatan yang berkaitan dengan alat-alat elektronik ini , perlukan dikenali dan tabiat kerja yang baik serta selamat perlulah diamalkan selalu. Demikian juga bagi membolehkan semua kerja-kerja atau peralatan berkeadaan baik. Keselamatan merupakan perkara yang sangat penting tidak kira di mana situasi kita berada termasuk di dalam kerja pemasangan ataupun baikpulih sesuatu benda. Oleh itu langkah-langkah awal perlulah diambil seperti langkah-langkah pencegahan dan peraturan serta kaedah mengatasinya perlu diatasi dan dipelajari serta diamalkan. Jenis-jenis kemalangan di dalam bengkel dan makmal yang dimaksudkan adalah seperti berikut: i. Kemalangan Elektrik ii. Kemalangan Mekanikal Ernie Page 1

KESELAMATAN BENGKEL

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ok

Citation preview

Page 1: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

PENGENALAN

Sebelum kita memasuki bengkel atau makmal maka perlukan kita mengetahui

tentang keselamatan di dalam bengkel atau makmal tersebut. Di peringkat awal,

pensyarah akan menerangkan peraturan keselamatan kepada pelajar-pelajar. Peraturan

keselamatan dalam bengkel haruslah dipelajari dari semasa ke semasa. Ini adalah

kerana kita akan mula bekerja dengan peralatan elektrik dan alatan elektronik . Sewaktu

kita bekerja maka perlukan kita berwaspada bagi menggelakkan satu kejadian yang tidak

diinginan berlaku. Punca-punca keselamatan yang berkaitan dengan alat-alat elektronik

ini , perlukan dikenali dan tabiat kerja yang baik serta selamat perlulah diamalkan selalu.

Demikian juga bagi membolehkan semua kerja-kerja atau peralatan berkeadaan baik.

Keselamatan merupakan perkara yang sangat penting tidak kira di mana situasi

kita berada termasuk di dalam kerja pemasangan ataupun baikpulih sesuatu benda.

Oleh itu langkah-langkah awal perlulah diambil seperti langkah-langkah pencegahan dan

peraturan serta kaedah mengatasinya perlu diatasi dan dipelajari serta diamalkan.

Jenis-jenis kemalangan di dalam bengkel dan makmal yang dimaksudkan adalah seperti

berikut:

i. Kemalangan Elektrik

ii. Kemalangan Mekanikal

iii. Kemalangan Kebakaran

iv. Kemalangan Letupan

v. Kemalangan bahan-bahan Kimia

Ernie Page 1

Page 2: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

GIATMARA Bukit Katil telah mula beroperasi semenjak Januari 1998. Pada masa

tersebut kursus yang dijalankan ialah Pendawaian Elektrik Domestik. Pada tahun 2000,

satu lagi kursus telah dimulakan di pusat ini iaitu kursus Penyejukbekuan & Penyaman

Udara. Pusat GIATMARA ini telah berkembang dengan menambahkan satu lagi kursus

iaitu Consumer Electronic and Information Technology mulai tahun 2004. Pada hari ini

terdapat 3 kursus yang dijalankan dengan bilangan tenaga kerja seramai 10 orang :

1-Pengurus

7-Tenaga Pengajar

1-Pembantu Tadbir

1-Penyelenggara Stor

VISI

“Menjadi Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional sepanjang hayat yang terunggul di

peringkat negara dan antarabangsa”

MISI

Menyediakan latihan teknikal dan vokasional yang berkualiti dan memenuhi kehendak

komuniti dan Negara bagi mewujudkan tenaga kerja mahir dan bakal usahawan yang

berdaya saing

OBJEKTIF

Meningkatkan bilangan bumiputera yang mempunyai kemahiran teknikal dan vokasional

yang bersesuaian dengan keperluan negara

Menambahkan bilangan bakal usahawan bumiputera yang berdaya saing di pasaran

terbuka

Meningkatkan bilangan tenaga pengajar yang kompeten dan berkelayakan dalam bidang

teknikal dan vokasional

Meningkatkan keyakinan pihak ‘stakeholder’ dan industri terhadap keupayaan pelatih

lepasan GIATMARA

Ernie Page 2

Page 3: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

KESELAMATAN ELEKTRIK

Terdapat 3 cara bagi mengelakkan daripada berlaku kemalangan:

i. Keselamatan Kawasan Kerja

ii. Keselamatan semasa membuat pemasangan elektrik.

iii. Keselamatan ke atas pemasangan atau pendawaian.

KESELAMATAN KAWASAN KERJA

a. Tempat kerja hendaklah sentiasa kemas dan bersih daripada minyak, air, gris dan

sebagainya. Tujuannya adalah supaya tidak tergelincir serta menjadi sebahagian

daripada litar dan mengakibatkan kejutan elektrik.

b. Alat-alat dan perkakas keluli mesti diletakkan di dalam tempat yang tidak menjadi

gangguan ketika bekerja.

c. Semua alat dan perkakas elektrik mestilah dalam keadaan baik dan dapat

mengelakkan daripada berlaku nahas renjatan elektrik.

KESELAMATAN SEMASA MEMBUAT PEMASANGAN ELEKTRIK

a. Keselamatan diri

i. Pakaian : mestilah sesuai dengan kerja yang hendak dibuat.

ii. Kasut : Diperbuat daripada bahan penebat dan bertumit rendah

iii. Pakaian kemas tidak dibenarkan sama sekali.

Ernie Page 3

Page 4: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

iv. Semasa Membuat Atau Membuangkan Penebat Arah Pergerakkan Pisau

Adalah Tidak Menghala Pada Bacaan Atau Pelajar Lain

b. Litar terbuka (litar mati)

Semua kerja-kerja pemasangan seboleh-bolehnya hendaklah dilakukan dalam

keadaan litar terbuka. Cara untuk memutuskan litar adalah dengan menutup (off) suis

utama atau dengan mencabut fius.

c. Litar tertutup (litar hidup).

Membuat kerja pemasangan semasa litar hidup adalah tidak digalakkan kecuali

dalam keadaan kecemasan atau dalam keadaan memerlukan bekalan elektrik yang

segera.

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL DALAM KEADAAN INI IALAH :

i. Tebatkan diri dengan menggunakan sarung tangan yang bertebat dan juga berdiri

diatas barang-barang yang bertebat.

ii. Elakkan bekerja pada sebahagian litar pada satu masa.

iii. Alat-alat perkakas hendaklah kering.

iv. Buat tanda pada kabel yang sedang dibaiki.

iii. Keselamatan Keatas Pemasangan atau Pendawaian

a. Setiap pemasangan mestilah mempunyai alat pelindung litar seperti fius dan

pemutus litar bagi tujuan menggelakkan berlakunya lebihan beban (beban

lampau), lebihan arus dan litar pintas.

b. Membuat pendawaian semula setelah tempuh ketahanan pemasangan telah

tamat.

c. Memberi pelindungan mekanikal.

Ernie Page 4

Page 5: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

Perkara-perkara yang boleh menyebabkan berlakunya renjatan elektrik adalah

seperti berikut:

a. Kerosakkan alat-alat atau perkakas elektrik.

b. Kelalaian manusia iaitu:

i. Kegagalan untuk mematuhi segala peraturan keselamatan semasa

menggunakan alat-alat elektrik.

ii. Membuat perubahan pada alat-alat elektrik tanpa mendapatkan kebenaran

daripada pihak pembuat.

iii. Kegagalan untuk membaiki alat-alat elektrik yang telah pun mengakibatkan

renjatan yang tidak berapa serius.

iv. Kegagalan menguji rintangan penebat pada alat-alat elektrik

Langkah-langkah yang perlu diambil dengan segera apabila seseorang itu terkena

renjatan elektrik adalah:

i. Putuskan bekalan

ii. Letakkan mangsa pada tempat yang lapang dan mempunyai pengudaraan yang

baik.

iii. Longgarkan pakaian dan keluarkan barang yang terdapat daripada mangsa

tersebut.

iv. Mulakan pemulihan pernafasan sementara

v. Dapatkan bantuan segera.

Ernie Page 5

Page 6: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

ii. KEMALANGAN MEKANIKAL

Kemalangan mekanikal mempunyai banyak persamaan dengan kemalangan

elektrik. Ini kerana kedua-duanya menggunakan arus elektrik sebagai pembekal atau

sumber tenaga utama. Bezanya adalah elektrikal lebih banyak menggunakan wayar

untuk penyambungan manakala mekanikal pula lebih kepada penggunaan mesin-mesin.

Mesin-mesin banyak mempunyai bahagian-bahagian yang bergerak dan juga

terdapat alat-alat pemotong yang tajam. Pelatih mesti mahir menggunakan mesin-mesin

tersebut seperti mesin gerudi, mesin canai, mesin pembentuk dan lain-lain serta

mengetahui bahaya-bahaya yang terdapat pada mesin tersebut.

Faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan bengkel :

1. Kecuaian

a. Tidak mengambil berat terhadap pekerjaan itu.

b. Bermain-main ketika di dalam bengkel

c. Leka dan khayal

2. Tidak Teratur

a. Tempat kerja mestilah bersih

b. Jangan biarkan minyak di atas lantai

c. Benda yang tajam hendaklah dibuang.

3. Pertolongan cemas

Semua luka-luka walaupun sedikit mestilah dibubuh ubat yang sesuai sehingga ia

betul- betul baik. Jika cedera hendaklah segera dihantar ke hospital

4. Keselamatan pada mesin

a. Mesin yang tidak digunakan mestilah ditutup suisnya.

b. Jangan sentuh pada mesin yang berputar

Ernie Page 6

Page 7: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

c. Pada bahagian yang berputar mestilah mempunyai pengadang

d. Bahagian yang bahaya pada sesuatu mesin ialah gears, belt, alat pemotong,

proses dan grinders.

5. Keselamatan pada alat-alat

a. Benda yang tajam, kalau membawanya hendaklah berhati-hati. Mata

alat tersebut mestilah menuju kebawah.

b. Jangan masukkan alat-alat seperti drier, screw driver di dalam saku

c. Bila bekerja di tempat yang selalu ditinggalkan, pastikan bahawa

peralata tangan diletakkan pada tampat yang selamat.

6. Logam yang keras dan menpunyai tepi yang tajam boleh menyebabkan

luka.

7. Kerosakan pada bahagian mesin yang bergerak seperti gear, takal dan

talisawat boleh menyebabkan tangan dan pakaian terperangkap.

Langkah-langkah keselamatan Semasa Menggunakan Mesin-mesin

1. Mahir cara mengendali mesin dan jangan cuba mengendali mesin yang

tidak mahir lagi dengan menggerakkanya.

2. Menggunakan pengadang (guard) pada bahagian-bahagian yang bergerak

di mesin jika perlu.

3. Memakai `goggle’ semasa menggunakan mesin canai dan mesin gerudi

untuk keselamatan mata.

4. Sebelum mengendalikan mesin seorang pelatih mesti tahu suis ‘off’ atau

‘on’ sesuatu mesin.

5. Sebarang kerosakan hendaklah diberitahu kepada jurulatih dengan segera.

6. Dilarang menggunakan mesin tanpa arahan.

Ernie Page 7

Page 8: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

7. Jangan bergurau atau menjalankan satu mesin lebih dari seorang pada

satu masa kerana ini akan melalaikan pekerja itu dan kemalangan

boleh berlaku.

8. Mesin-mesin yang telah digunakan hendaklah dibersihkan dan disapu

minyak pada bahagian yang bergerak. Tujuannya ialah supaya mesin-

mesin dalam keadaan baik.

KEMALANGAN KEBAKARAN

Kemalangan dalam kebakaran adalah sesuatu yang serious dimana ia telah

banyak menyebabkan kecederaan dan kematian. Kebakaran boleh berlaku apabila

bahan yang mudah terbakar mendapat oksigen secukupnya pada keadaan suhu yang

tinggi . Biasanya, kebakaran mengeluarkan haba yang secukupnya untuk menetapkan

suhu ini dan ia sekaligus menyebabkan ia terus mengalami kebakaran. Ini boleh

ditunjukkan pada rajah dibawah.

Bentuk Segitiga Kebakaran

Bahan-bahan yang mudah terbakar juga dikenali sebagai ‘flammable’. Dalam

makmal atau bengkel , bahan-bahan yang mudah terbakar adalah seperti berikut:

i. Pepejal : Sodium, potassium, magnesium dan naphthalene.

ii. Cecair : Ether, alkohol, magnesium dan naphthalene dan beberapa pelarut

seperti Bramin.

iii. Gas : Hidrogen, gas biasa, gas lengai dan wap-wap yang dikeluarkan oleh

cecair mudah terbakar.

Ernie Page 8

Page 9: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

Punca-punca Berlakunya Kebakaran

1. Kebakaran yang disebabkan oleh bahan-bahan yang mudah terbakar

seperti alkohol, petrol, acid dan sebagainya. Ini disebabkan ia mungkin

disalahgunakan.

2. Kebakaran disebabkan litar pintas. Ini biasanya disebabkan oleh

pendawaian yang tidak sempurna atau alat-alat yang sudah mengalami

kerosakan. Justeru itu, pemeriksaan yang kerap hendaklah selalu

dilakukan.

3. Kebakaran disebabkan oleh kayu-kayan, kain, kertas dan serpihan logam.

Sampah-sarap yang tidak diperlukan hendaklah dibuang dan dibakar

ditempat yang selamat

Langkah-langkah Mencegah Kebakaran

1. Bahan-bahan yang mudah terbakar hendaklah disimpan ditempat-tempat

yang selamat dan teratur.

2. Segala alat-alat pemadam api hendaklah dalam keadaan yang baik dan

diletakkan ditempat-tempat yang mudah mengambilnya apabila diperlukan.

3. Gunakan alat-alat dan pakaian-pakaian yang kalis api semasa melakukan

kerja yang melibatkan haba yang tinggi.

4. Alat-alat pemadam kebakaran hendaklah diletakkan pada dinding dengan

ketinggian yang sesuai, supaya ia mudah dicapai apabila diperlukan.

5. Sentiasa melakukan latihan kebakaran agar ia dapat memahirkan dan tidak

terlalu panik apabila berlaku kebakaran.

Ernie Page 9

Page 10: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

Alat-alat Pemadam Api

i. Pancutan air

ii. Pemadam soda-asid

iii. Pemadam buih kimia

iv. Pemadam karbon dioksida

v. Pemadam serbuk kering.

Kegunaan alat-alat pemadam api ini pula boleh dikelaskan kepada 4 kategori iaitu:

i. Kelas A - Kebakaran yang melibatkan bahan berkarbon, ini termasuk kayu,

kertas, perabut dan lain-lain.

ii. Kelas B - Kebakaran yang melibatkan cecair yang mudah terbakar.

iii. Kelas C - Kebakaran yang melibatkan gas yang mudah terbakar.

iv. Kelas D - Kebakaran yang melibatkan logam yang mudah terbakar.

Kegunaan alat-alat pemadam api mengikut kategori-kategori yang telah ditetapkan.

1. Kelas A (Bahan Berkarbon)

Gunakanpancutan air, karbon dioksida, serbuk kering. Jika kebakaran ini

melibatkan arus elektrik jangan gunakan air sama sekali.

2. Kelas B ( cecair mudah terbakar)

Gunakan buih sabun, karbon dioksida, serbuk kering ataupun pasir.

Jangan menggunakan sabun jika ada sambungan elektrik.

3. Kelas C (gas mudah terbakar)

Tutupkan sumber atau bekalan gas kemudian padamkan kebakaran yang

berlaku seboleh mungkin.

Ernie Page 10

Page 11: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

4. Kelas D ( Logam mudah terbakar)

Gunakan pasir. Untuk menggelakkan bahaya seelok-eloknya hubungi

bomba yang berdekatan.

Langkah-langkah yang perlu diambil semasa berlakunya kebakaran.

1. Jika bangunan itu mempunyai alat penggera kebakaran, bunyikan loceng

tersebut supaya orang ramai dapat mengetahui. Jika tiada, hendaklah

memberitahu pada seseorang dan kemudian menghubungi balai bomba

yang berdekatan.

2. Orang ramai yang keluar dari bengkel hendaklah berkumpul di kawasan

yang selamat.

3. Orang ramai dinasihatkan mengikut pintu kecemasan yang telah

disediakan dengan berhati-hati.

4. Jika kebakaran itu kecil, hendaklah menggunakan alat pemadam api

dengan betul sementara menunggu pihak keselamatan tiba

KEMALANGAN LETUPAN

Kemalangan letupan adalah berkait rapat dengan kebakaran. Ia berpunca

daripada bahan-bahan kimia, tong-tong keselamatan, tong-tong gas dan sebagainya.

Jika dibandingkan dengan kemalangan-kemalangan yang lain, letupan lebih memberi

kesan yang besar pada keadaan sekelilingnya. Ini kerana ia menyebabkan kerosakan

yang banyak dan menyeluruh. Jadi, kita perlu mencegah ia dari berlakunya letupan.

Ernie Page 11

Page 12: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

Langkah-langkah mencegah letupan

i. Bahan- bahan letupan hendaklah dijauhi daripada segala sumber api dan

haba.

ii. Bahan-bahan ini hendaklah disimpan atau ditempatkan ditempat yang

selamat seperti di dalam stor.

iii. Memakai pelindung telinga untuk melindungi telinga daripada bunyi yang

kuat jika berlakunya sebarang letupan yang kuat. Anggaran bunyi

yang terhasil adalah lebih dari 130 desibel.

iv. Letakkan bahan-bahan yang mudah terbakar di dalam tempat yang betul

agar ia tidak disalahgunakan nanti. Sebarang kesilapan kecil akan

membawa bencana yang buruk.

v. Tunjukkan tanda atau gambarajah di tempat yang sesuai agar dapat

memberi peringatan kepada pengguna-pengguna.

KEMALANGAN BAHAN-BAHAN KIMIA

Makmal kini merupakan tempat yabg paling bahaya jika langkah-langkah

keselamatan tidak diambil atau tidak sedar akan bahaya yang akan menimpa. Kunci

utama yang perlu ada

semasa dimakmal kimia adalah kesedaran dan berwaspada sewaktu menjalankan

sesuatu kerja. Kita seharusnya berhati-hati apabila berada di dalam makmal, untuk

mengelakkan sebarang bahaya yang akan menimpa. Bahan-bahan kimia boleh memberi

kesan ke atas badan manusia delam 3 cara:

1. bertindak secara terus keatas kulit dan mata.

2. melukakan kulit dan kemudian mengeluarkan bakteria

3. memasuki ke dalam badan dan mengalami keracunan.

Ernie Page 12

Page 13: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

Punca-punca berlakunya kemalangan bahan-bahan kimia.

1. Kemalangan disebabkan oleh asid dan alkali. Terdapat 2 tindakan pada asid iaitu

tindakan cepat manakala satu lagi tindakan lambat. Biasanya kemalangan yang

biasa terjadi adalah tumpahan dan percikkan semasa memindahkan bahan

tersebut ke tempat lain . Manakala kemalangan alkali adalah jauh lebih serius jika

dibandingkan dengan asid. Ini kerana tindakan alkali memasuki tisu-tisu badan

dengan cepat.

2. Kemalangan disebabkan kebakaran bahan-bahan tar.

3. Kemalangan disebabkan kebakaran phosphorus, Bromin dan Selenium

4. Kemalangan disebabkan gas-gas dan habuk-habuk di dalam makmal. Biasanya

habuk tidak merbahaya tetapi ia mempunyai silica yang boleh merosakkan

jantung manusia.

Langkah-langkah pencegahan

1. Pakai topeng muka atau ‘goggle’ keselamatan semasa membuat sesuatu kerja.

2. Elakkan daripada terhidu gas-gas yang tidak diketahui akan bahayanya lagi. Jika

ini berlaku, segeralah membuka pintu atau tingkap sypaya udara segar boleh

didapati.

3. Elakkan menyentuh bahan-bahan kimia tanpa sebarang alas atau sarung tangan.

4. Simpan segala bahan kimia dan pelarut ke dalam bekas-bekas yang ditetapkan

dan perlulah dilabelkan diluar bekas-bekas tersebut.

5. Pelajari dan fahami betul-betul akan peraturan dan keselamatan semasa

melakukan sesuatu ujikaji atau eksperimen.

6. Merokok, menyimpan makanan dan makan atau menggunakan api yang menyala

adalah dilarang keras di dalam kawasan di mana bahan-bahan kimia dan pelarut

digunakan atau disimpan.

Ernie Page 13

Page 14: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

OBJEKTIF:

Analisa dan tujuan perlaksanaan langkah keselamatan dan kesihatan

pekerjaan syarikat.

Bagi memastikan keselamatan dalam bengkel terjaga,amalan kerja yang

baik perlu diikuti.Pihak majikan perlu membentuk satu dasar agar setiap

arahan keselamatan dan kesihatan sentiasa dipatuhi oleh seluruh

organisasi dan pekerja.

Jawatankuasa keselamatan perlu diwujudkan untuk mengendalikan serta

memastikan keselamatan dan kesihatan para pekerja menjadi satu perkara

penting yang perlu dipatuhi. Jawatankuasa ini dibentuk berpandukan satu

akta yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu Akta Keselamatan Dan

Kesihatan.

Adalah menjadi kewajiban oleh majikan yang mempunyai 40 orang pekerja

atau lebih dengan menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan

yang mana dipengerusikan oleh pengurus atau pegawai atasan serta

dianggotai oleh wakil pengurusan serta wakil pekerja.

Ianya juga bagi mencapai objektif

Membolehkan pihak pengurusan dan pekerja menilai dan

mengambil tindakan keatas masalah keselamtan dan kesihatan

yang ada.

Memberikan kesedaran kepada pekerja-pekerja tentang pentingmya

mematuhi polisi keselamatan dan kesihatan pekerja.

Menyalurkan pengetahuan dan pelajaran serta meningkatkan

motivasi.

Sebagai alat komunikasi berhubung bahaya atau risiko di tempat

kerja serta langkah pencegahan.

Ernie Page 14

Page 15: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

KAJIAN PERLAKSANAAN PERATURAN KESELAMATAN

Tujuan utama Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).

Tujuan Akta ini adalah—

Terdapat empat tujuan Akta ini iaitu memastikan keselamatan,

kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja.

• Terma keselamatan, kesihatan dan kebajikan boleh ditakrifkan seperti

berikut:

i. Keselamatan ke atas ketidakwujudan risiko kepada kecederaan.

ii. Kesihatan ialah keadaan fizikal, mental dan sosial yang baik dan

ia bukan hanya dengan ketiadaan penyakit.

iii. Kebajikan pekerja adalah termasuk peruntukan peti kecemasan,

air minuman, kantin,kemudahan membasuh dan tandas untuk

lelaki dan perempuan.

Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

a) Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-

orang yang sedangbekerja terhadap risiko kepada keselamatan

atau kesihatan yang berbangkit daripadaaktiviti orang-orang yang

sedang bekerja;

b) untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-

orang yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau

kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang

sedang bekerja;

c) Adalah untuk melindungi orang selain daripada orang yang sedang

bekerja yang menghadapi risiko keselamatan dan kesihatan. Orang

lain selain pekerja termasuklah pelanggan, pelawat dan orang

awam.

Ernie Page 15

Page 16: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

d) Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang

yang sedang bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi

dan psikologi mereka;

Tujuan ketiga adalah untuk menggalakkan suasana kerja yang

sesuai yang dapat memenuhi setiap keperluan orang-orang

yang sedang bekerja. Ia juga bertujuan untuk menyesuaikan

proses dan stesen kerja dengan keperluan fisiologi dan

psikologi mereka.

Persekitaran tempat kerja mestilah sesuai dengan fisiologi

manusia contohnya bekerja di persekitaran haba memerlukan

rejim kerja-rehat yang sesuai.

Troli untuk membantu membawa beban berat yang melebihi

kemampuan individu.

Ia juga mestilah memenuhi keperluan psikologi pekerja

contohnya pekerja tidak sepatutnya diberikan kerja yang

berlebihan atau terlalu kurang; tahap stressor yang sesuai

yang dapat memaksimakan produktiviti tetapi tidak

menyebabkan pekerja menghadapi stress.

Gangguan seksual boleh dianggap sebagai bahaya

psikososial di tempat kerja.

e) Untuk mengadakan cara yang menurutnya perundangan

keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan boleh

digantikan secara berperingkat-peringkat oleh sistem peraturan dan

tataamalan industri yang diluluskan, yang berjalan secara

bergabung dengan peruntukan akta ini yang dimaksudkan untuk

mengekalkan atau memperbaiki standard keselamatan dan

kesihatan.

Ernie Page 16

Page 17: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

Tujuan akhir adalah untuk memperuntukkan cara yang

menurutperundangan keselamatan dan kesihatan yang berkaitan

boleh digantikan dengan peraturan dan tataamalan industri

dengan cara bergabung dengan peruntukan akta ini. Ia bertujuan

untuk memansuhkan pendekatan tradisi yang ketat dan kurang

fleksibel dengan suatu undang-undang yang fleksibel dan mampu

menghadapi perubahan teknologi yang

pesat.

Dasar Keselamatan dan Kesihatan.

Adalah menjadi dasar Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan untuk

menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya

dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.

Pihak pengurusan dan pekerja akan sama-sama berusaha untuk mencapai

matlamat dan objektif-objektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama.

Khususnya, dasar Jabatan ialah:

a. Untuk menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang

selamat dan sihat;

b. Untuk memastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat,

arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas

dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;

c. Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian

berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-

kejadian tersebut tidak berulang lagi;

d. Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan mengenai keselamatan

dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan tataamalan-

tataamalan yang diluluskan;

e. Memupuk minat pekerja –pekerja di dalam perkara-perkara yang

bersangkutan keselamatan dan kesihatan. .

Ernie Page 17

Page 18: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

f. Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua

pekerja; dan

g. Untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu.

Jabatan yakin bahawa keselamatan dan kesihatan mestilah diintegrasikan ke

dalam aktiviti-aktiviti harian kita, dan penggunaan cara kerja selamat dan sihat

adalah faktor utama ke arah mempastikan kejayaan misi kita.

Untuk mempastikan pelaksanaan dasar ini, seorang pegawai keselamatan dan

kesihatan dilantik di setiap pejabat untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti

keselamatan dan kesihatan seperti yang telah dirancang.

.

Tugas dan tanggungjawab organisasi.

I. Majikan

Seksyen 15 adalah seksyen penting dalam Akta ini. Ia menyatakan

kewajipan am majikan dan orang yang bekerja sendiri terhadap pekerja-

pekerja.

1) Adalah menjadi kewajipan setiap majikan dan orang yang bekerja

sendiri untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan

semasa bekerja dan semua pekerjanya kerja yang selamat tanpa

membawa risiko kepada kesihatan.

2) Subseksyen ini menyatakan majikan perlu menyediakan dan

mengekalkan loji dan sistem kerja yang selamat tanpa membawa

risiko kepada kesihatan.

3) Majikan dikehendaki menyediakan arahan, latihan dan penyeliaan

untuk memastikan keselamatan dan kesihatan para pekerja terjamin.

Ernie Page 18

Page 19: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

4) Majikan memastikan setiap tempat kerja yang dibawah kawalannya

berada dalam keadaan selamat dan sihat. Ini termasuk pintu masuk

setiap tempat kerja dan jalan keluar disenggara setiap masa.

5) Menyediakan pegawai keselamatandan kesihatan dengan

kemudahan-kemudahan yang sesuai, termasuk peralatan latihan dan

maklumat yang mencukupi untuk membolehkannya menjalankan

kewajipannya sebagaimana yang dikehendaki oleh akta.

ii. Pekerja:

- Mengikuti segala arahan yang diberi oleh pihak atasan.

- Mematuhi langkah langkah keselamatan yang ditetapkan.

- Mematuhi undang-undang syarikat.

- Melaksanakan tugas dengan bertanggungjawab.

- Melaporkan pada pihak atasan jika berlaku sebarang kemalangan.

- Memastikan semua peralatan yang digunakan adalah selamat.

- Melakukan kerja-kerja dengan cermat untuk mengelak berlakunya

kemalangan.

- Memberi kerjasama kepada pihak atasan.

Ernie Page 19

Page 20: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

iii. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan

Memastikan segala peruntukan di dalam akta dipatuhi termasuk

menasihati majikan atau mana-mana orang yang

bertanggungjawa di tempat kerja berkenaan dengan langkah-

langkah yang perlu diambil demi kepentingan keselamatan dan

kesihatan orang yang diambil bekerja di tempat kerja itu.

Pegawai keselamatan dan kesihatan hendaklah memeriksa

tempat kerja untuk menentukan sama ada loji,seperti jentera,

peralatan dan perkakas atau bahan atau proses atau apa-apa

jenis kerja kasar yang digunakan di tempat kerja, yang boleh

menyebabkan kecederaan anggota ke atas mana-mana orang

yang bekerja di situ.

Beliau juga perlu menjalankan latihan, penyeliaan dan promosi

berkaitan keselamatan dan kesihatan kerja seperti latihan

peralatan perlindungan diri, penyeliaan pekerja baru dan

memupuk kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan

dikalangan majikan dan pekerja.

Menyiasatan apa-apa kemalangan, penyediaan laporan

kemalangan, mengumpul, menganalisis dan menyelenggara

statistik mengenai apa-apa kemalangan yang berlaku di tempat

kerja.

Mengemaskini sistem rekod kemalangan dan insiden yang

berlaku.

Ernie Page 20

Page 21: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

iv. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

-Mengkaji semula dasar keselamatan.

-Penyasiatan kemalangan.

-Mengkaji keberkesanan program keselamatan & kesihatan

pekerja.

-Kajian trend kemalangan & menyediakan laporan serta

cadangan.

-Pemeriksaan tempat kerja:

# 3 bulan sekali

# Bincang dan rekod pemerhatian anggota

# Cadangan dan rekod langkah pemulihan

-Laporan dan cadangan anggota

# SHO / pengerusi kemukakan kepada majikan

# Majikan bincangkan dengan SHO

# Simpan laporan < 7 tahun

-Kaedah k & k dan system kerja selamat

-Laporan selain dari fungsi jawatankuasa

# Laporan daripada SHO

# Audit keselamatan

# Agensi agensi kerajaan

PENGURUSAN RISIKO

Ernie Page 21

Page 22: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

(Berpandukan gambarajah yang diberi)

Laporan identifikasi hazard, penilaian dan pengawalan risiko.

PROSES PENILAIAN RISIKO

Ernie Page 22

Page 23: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

Langkah 1: Menilai KEMUNGKINAN BERLAKUNYA KECEDERAAN /

KEROSAKAN.

NILAI KEMUNGKINAN KETERANGAN

1 Sangat Tinggi Kesalahan hampir tidak dapat dielakkan,

paling berkemungkinan berlaku.

2 Tinggi Kesalahan terjadi kerap kali

3 Sederhana Kesalahan kadang-kadanng dialami,tetapi tidak

dalam kadar yang tinggi.

4 Rendah Kesalahan terasing yang boleh berlaku secara

tipis.

5 Sangat Rendah Hanya kesalahan terasing, tidak berlaku dalam

beberapa tahun.

6 Tipis Kesalahan tidak pernah berlaku.

Langkah 2: Menilai indeks PENDEDAHAN.

NILAI PENDEDAHAN KEKERAPAN PENGESANAN

1. Sangat Jarang Terjupa Berlaku/berulang sekali setahun atau kurang.

2. Jarang Terjumpa Berlaku/berulang 1 hingga 2 kali setiap

setahun.

3. Jarang-jarang Berlaku/berulang setiap sebulan.

4. Sekali-sekala Berlaku/berulang setiap seminggu.

5. Kerap Berlaku/berulang setiap hari.

6. Berterusan Berlaku/berulang setiap 1 jam.

Langkah 4: Menilai akibat daripada kecederaan/kerosakan yang berlaku.

Ernie Page 23

Page 24: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

Akibat Keterangan

Kecederaan Logi Persekitaran

Disastrous Kematian Membinasakan

sejumlah logi/

peralatan.boleh

berlaku tanpa

amaran awal.

Berkeupayaan memberi

nisbah yang besar dan

berterusan di tempat

kerja. Tindakan dan

perdakwaan berlaku.

Critical Pemotongan/

kehilangan anggota

badan.

Gangguan/

tergendala dengan

nisbah yang besar.

Memberikan nisbah yang

besar pada kerosakan di

tempat kerja.

Serious Kecederaan kronik(cuti

>1 minggu)

Gangguan/

tergendala nisbah

kecil pergeluaran

dan sebahagian

produk dibuang.

Memberi nisbah yang

besar kepada kerosakan

tempat kerja. Pengatur

sedar dengan masalah.

Significant Kecederaan yang amat

sangat (<1minggu cuti)

Pembaikan kecil

pada logi.

Tidak mungkin

menyebabkan kerosakan

tempat kerja atau

persekitaran dan

peristiwa boleh dikawal.

Noticeable “First-aid” kerosakan kecil

dan tiada kesan

pada pergeluaran.

Tiada kesan dari semasa

ke semasa pada

persekitaran tempat

kerja.

Langkah 5: Menentukan KIRAAN MATA RISIKO.

Ernie Page 24

Page 25: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

MATRIK RISIKO PENILAIAN

Akibat

Kemungkinan x pendedahan

1-3 4-8 9-15 16-25 26-36

Disastrous 25 24 22 19 15

Critical 23 21 18 14 10

Serious 20 17 13 9 6

Significant 16 12 8 5 3

Noticeable 11 7 4 2 1

Langkah 6: Menentukan TAHAP RISIKO.

Tahap Risiko Kiraan Mata Risiko Tindakan Serta-Merta

Risiko sangat tinggi 21 hingga 25

Segera memaklumkan kepada ketua

dan kawal berkesan sebelum

melakukan kerja.

Risiko tinggi 16 hingga 20

Memaklum kepad ketua/ penyelia.

kawalan sebelum kerja dan kawalan

jangka panjang dilaksanakan.

Risiko Sederhana 11 hingga 15

Berkait dengan perkerja yang terlibat

dengan bahaya dan pihak pengurusan

menlaksanakan kawalan jangka

panjang.

Risiko rendah 6 hingga 10Kawalan rutin dan pihak pengurusan

iaitu menyediakan prosedur/arahan.

Risiko sangat rendah 1 hingga 5Kawalan dari ketua

kumpulan/penyelia/pekerja.

TABLE OF RISK ASSESSMENT

SECT. HAZARD RISK RISK CONTROL DATE

Ernie Page 25

Page 26: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

IDENTIFICATION

ASSESSMENTCOMPLETED

RISK SCORERISK

LEVEL

01Terlanggar

barangan7

Risiko

rendah

(6 to 10)

1 24/01/10

02

Kecederaan

disebabkan oleh

mesin pencanai

20

Risiko

tinggi

(16 to 20)

4 24/01/10

03 Percikan logam 17

Risiko

tinggi

(16 to 20)

6 24/01/10

Penyelesaian untuk masalah 01.

Ernie Page 26

Page 27: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

Langkah 1 : 2 (Kesalahan terjadi kerap kali.)

Langkah 2 : 2 (Kerap Berlaku/berulang setiap hari.)

Langkah 3 : Langkah 1 x langkah 2 maka 2 x 2 = 4

Langkah 4 : kenalpasti akibat (Noticeable - 7)

Langkah 5 : kiraan mata (4 to 8) = 7 (noticeable)

Langkah 6 : Risiko rendah. (6 hingga 10) Kawalan rutin dan pihak pengurusan iaitu menyediakan prosedur/arahan.

Pengawalan risiko : 1

Penyelesaian untuk masalah 02.

Langkah 1 : 1 (Sangat Tinggi - Kesalahan hampir tidak dapat dielakkan, paling berkemungkinan berlaku. )

Langkah 2 : 2 (Kerap - Berlaku/berulang setiap hari.)

Langkah 3 : Langkah 1 x langkah 2 maka 1 x 2 = 2

Langkah 4 : kenalpasti akibat (Serious – 20)

Langkah 5 : kiraan mata (16 to 20) = 20 ( Serious )

Langkah 6 : Risiko tinggi (16 hingga 20) Memaklum kepad ketua/ penyelia. kawalan

sebelum kerja dan kawalan jangka panjang dilaksanakan.

Pengawalan risiko : 4

Ernie Page 27

Page 28: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

Penyelesaian untuk masalah 03

Langkah 1 : 2 ( Tinggi - Kesalahan terjadi kerap kali.)

Langkah 2 : 2 ( Kerap - Berlaku/berulang setiap hari.)

Langkah 3 : Langkah 1 x langkah 2

maka 2 x 2 = 4

Langkah 4 : kemalpasti akibat (Serious – 17)

Langkah 5 : kiraan mata (16 to 20) = 20 ( Serious )

Langkah 6 : Risiko tinggi (16 hingga 20) Memaklum kepad ketua/ penyelia. kawalan

sebelum kerja dan kawalan jangka panjang dilaksanakan.

MEMBAIKI PROSEDUR KESELAMATAN

(Berpandukan gambarajah 1 yang diberi)

Prosidur kerja selamat.

Pengawalan risiko Prosidur kerja selamat

Elimination (1) Alihkan barangan yang mengganggu laluan berjalan.

Pastikan semua barangan disusun dengan selamat.

Engineering control

(4)

Pasang penghadang pada mesin tersebut.

Pastikan kelajuan digunakan bersesuaian dengan

benda kerja.

Personal protective

equipment (6)

Pakai google semasa membuat kerja.

Memakai baju berlengan panjang tetapi tidak terlalu

ketat dan longgar.

Ernie Page 28

Page 29: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

Ernie Page 29

Page 30: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PERKERJAAN 514, 1994

DEFINASI

Akta 514, 1994 ini telah diwartakan pada 24 Febuari 1994 dengan tujuan

menjadi payung kepada semua akta yang mengawal atau mengurus keselamatan,

kesihatan dan kebajikan di tempat kerja.Akta menyediakan rangka perundangan

untuk memupuk, merangsang dan menggalakan mutu keselamatan dan kesihatan

yang tinggi semasa berkerja.Matlamat utama jangka panjang ialah menghasilkan

suatu budaya kerja yang sihat dan selamat dikalangan pekerja dan majikan di

malaysia.Akta ini mendefinasikan kewajipan-kewajipan am tetapi memerlukan

perhatian yang serius.Menghasilkan satu sistem undang-undang yang menyeluruh

dan bersepadu.Tertakluk kepada subseksyen (3), akta ini hendaklah terpakai

diseluruh malaysia bagi industri yang dinyatakan didalam jadual pertama.Tiada apa-

apa jua dalam akta ini boleh terpakai bagi perkerjaan diatas kapal yang dikuasai oleh

Ordinan perkapalan saudagar 1952, Ordinan perkapalan saudagar 1960 bagi sabah

dan sarawak atau angkatan tentera.

PELBAGAI SEKTOR-SEKTOR YANG TERLIBAT DIDALAM AKTA 514,1994 INI:-

1. Pengilangan

2. Perlombongan

3. Pembinaan

4. Pertanian, perhutanan dan perikanan.

5. Kemudahan (Elektrik, air, gas, dll )

6. Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi

7. Perdagangan borong dan runcit

8. Hotel dan restoran

9. Kewangan, insurans, harta dan perkhidmatan perniagaan

10.Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa

Ernie Page 30

Page 31: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

TUJUAN AKTA KESELAMATAN DAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN ADALAH

SEPERTI BERIKUT :

Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan seseorang yang sedang

berkerja terhadap risiko kepada keselamatan dan kesihatan yang berbangkit

daripada aktiviti-aktiviti orang-orang yang berkerja sendiri.Melindungi orang-orang

ditempat kerja selain terhadap risiko keselamatan dan kesihatan yang berbangkit

daripada aktiviti-aktiviti orang yang sedang berkerja.Menggalakan suatu persekitaran

perkerjaan bagi orang-orang yang sedang berkerja yang disesuaikan dengan

keperluan fisiologi dan psikologi mereka.Mengekalkan dan memperbaiki standard

keselamatan dan kesihatan.

KANDUNGAN AKTA 514,1994

Mempunyai 15 bahagian, adalah langkah pembolehubah yang bertindih diatas

undang-undang keselamatan dan kesihatan sedia ada seperti Akta kilang dan jentera

1967.Mendefinasikan kewajipan-kewajipan am majikan, pengilang, pekerja sendiri,

pereka bentuk, pengimport dan pembekal. Ia memerlukan perhatian yang serius dan

membawa pelbagai tanggungjawab yang luas.

KEWAJIPAN AM

Kewajipan am majikan, pekerja, orang yang berkerja sendiri dan perekabentuk,

pengilang, pengimport, pembekal loji, atau bahan didefinasikan dengan jelas dibawah

akta ini, kewajipan utama di ringkaskan seperti berikut:-

Ernie Page 31

Page 32: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

KEWAJIPAN ORANG YANG BERKERJA SENDIRI

Mempunyai kewajipan yang sama seperti kewajipan majikan dalam memastikan

dia dan orang lain tidak terdedah kepada risiko keselamatan dan kesihatan yang

wujud daripada pengusahaanya.

KEWAJIPAN PEREKABENTUK, PENGILANG, PENGIMPORT DAN PEMBEKAL

1. Memastikan bahan yang digunakan semasa kerja mestilah selamat dan tanpa

risiko kepada kesihatan.

2. Menjalankan dan mengaturkan ujian keatas sesuatu barang atau bahan

sebelum digunakan oleh seseorang pekerja ataupun pengguna.

3. Membuat penyelidikan yang perlu bagi menghapuskan dan mengurangkan

sebarang risiko kepada keselamatan dan kesihatan.

4.

15 BAHAGIAN YANG TERKANDUNG DIDALAM AKTA:-

1. Penubuhan MNKKP (Majlis Negara Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan )

2. Tugas dan tanggungjawab majikan

3. Kewajipan pekerja

4. Pemberitahuan kemalangan

5. Peranan aktiviti pengamal perubatan

6. Kuasa pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan

7. Pengawasan dan pemeriksaan perubatan

8. Perlatikan PKK ( Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan)

9. Penubuhan JKK ( Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan)

10.Satu akta induk keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

11.Tugas keperihatinan

12.Usaha sepraktik mungkin

13.Peraturan sendiri

14.Menjaga kebajikan pekerja

15.Kerjasama semua pihak

Ernie Page 32

Page 33: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

PEMBERITAHUAN KEMALANGAN (AKTA 514 )

Pemberitahuan kemalangan adalah mengikut Akta mewajibkan majikan

memberitahu dan melaporkan kepada pejabat keselamatan dan kesihatan

perkerjaan yang terdekat mengenai kemalangan, kejadian bahaya, keracunan

pekerja atau penyakit perkerjaan yang telah atau mungkin terjadi ditempat

kerja.Peruntukan ini melebihi peruntukan undang-undang terdahulu kerana

sebelum akta 514, pemberitahuan dan laporan hanya dibuat keatas kecelakaan

yang sudah berlaku sahaja.Akta 514 ini juga mewajibkan majikan memberitahu

atau melapor kecelakaan yang belum berlaku dan berpotensi untuk

berlaku.Peruntukan ini penting kerana ia menggalakan majikan supaya tidak hanya

reaktif kepada kemalangan yang sudah berlaku tetapi proaktif terhadap apa yang

mungkin berlaku. Dengan cara ini majikan digalakan melakukan penilaian risiko

pekerjaan ditempat kerjanya.

KUASA YANG DIBERIKAN PEGAWAI KESELAMATAN & KESIHATAN

PERKERJAAN.

Ia adalah mengikut Akta memperuntukan perlantikan Pegawai Keselamatan &

Kesihatan Pekerjaan (PKK) dan memperjelaskan kuasa penguatkuasaan dan

siasatan mereka.Sebelum terwartanya Akta 514 ini, kuasa hampir sama diletakkan

diatas inspektor Kilang dan Jentera, tetapi kuasa yang ada padanya terhad kepada

aktiviti yang berkaitan dengan kilang dan jentera sahaja.Sekarang

PKKPdipertanggungjawabkan untuk menguatkuasa semua peruntukan akta 514,

peraturan-peraturan dan perintah yang berkaitan.

Ernie Page 33

Page 34: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

PENUBUHAN JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN

Akta mewajibkan majikan yang mengambil kerja di tempat kerja, 40 orang

pekerja atau lebih apabila diarah oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan

Kesihatan Perkerjaan, menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan

pekerjaan ditempat kerja tersebut.Komposisi dan fungsi jawatankuasa ini

diperjelaskan lagi dalam peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan perkerjaan

(JKK) 1996. Penubuhan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh majikan atau

seorang pegawai yang diberi kuasa oleh majikan ini, dan yang dianggotai oleh

wakil majikan dan pekerja, untuk mengurus keselamatan dan kesihatan di tempat

kerja tidak pernah diwajibkan sebelum ini keatas sebarang organisasi.Sebarang

perancangan dan tindakan yang diambil berkaitan keselamatan dan kesihatan di

tempat kerja telah dibuat dengan sumbangan wakil semua peringkat perkerjaan.

SATU AKTA INDUK KESELAMATAN DAN KESIHATAN PERKERJAAN

AKTA 514 dijadikan sebagai akta induk terhadap semua akta sedia ada,

didalam mengurus dan mengawal keselamatan dan kesihatan di tempat

kerja.Malahan akta ini menjadi tambahan kepada semua peruntukan bertulis dan

mengatasi sebarang pencagahan antara peruntukan akta jika ada.Banyak akta dan

peraturan mengenai keselamatan dan kesihatan perkerjaan di Malaysia mempunyai

persamaan dengan yang terdapat di United Kingdom.Di UK Health and Safety at

Work Act,1974 (HASAWA),telah di bangunkan, antara lain berasaskan kepada

laporan sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Lord Robens pada tahun

1972.AKTA 514 telah mengadaptasikan HASAWA,1974 dan sekali gus menerima

pakai cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa tersebut.

Ernie Page 34

Page 35: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

TUGAS KEPERIHATINAN

Akta 514 menekankan ‘ tugas keperihatinan’ atau ‘Duty of Care’Ianya bermaksud

keperihatinan untuk mengelakan sesuatu perbuatan atau meninggalkan sesuatau

yang mungkin mengakibatkan kecederaan atau kecelakaan kepada rakan

sekerja.Tugas keperihatinan merangkumi usaha mengujudkan:-

Suasana kerja yang selamat dan tanpa risiko.

Sistem kerja selamat.

Latihan dan arahan untuk memastikan bahawa kaedah yang disediakan

difahami dan di patuhi.

Mengujudkan kumpulan kerja yang kompeten dan..

Memastikan bahawa loji dan mesin berfungsi dengan baik dan sentiasa

di senggara.

USAHA SEPRAKTIK MUNGKIN

Akta 514 mewajibkan setiap majikan untuk memastikan, sepraktik mungkin,

keselamatan, kesihatan dan kebajikan semu pekerjanya, sepraktik disini bermaksd

melakukan sesuatu setelah mengambilkira.

Ketenatan dan kebarangkalian berlakunya sesuatu kesan

Maklumat yang sedia ada mengenai hazard dan risiko

Ada tidaknya kesesuaian cara untuk menghapuskan atau mengurangkan

bahaya atau risiko itu dan..

Kos untuk mengurangkan atau menghapuskan risiko itu.

PENGATURAN SENDIRI (AKTA 514 )

Ernie Page 35

Page 36: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

• AKTA 514 mementingkan sikap pengaturan sendiri didalam pengurusan

keselamatan dan kesihatan di tempat kerja daripada semata-mata memenuhi apa

yang diwajibkan secara sistematik.Menyelesaikan masalah keselamatan dan

kesihatan di tempat kerja perlu menggunakan satu sistem yang menggabungkan

elemen perundangan dan penyeliaan kerajaan dan kawalan serta bantuan sendiri

daripada pihak organisasi itu sendiri.

KERJASAMA SEMUA PIHAK

AKTA 514 mengutama dan menggalakan kerjasama diantara kerajaan,

majikan dan pekerja bagi meningkatkan keselamatan dan kesihatan

pekerjaan.

Kerjasama ini boleh dibuat melalui Majlis Negara Keselamatan Dan Kesihatan

Perkerjaan ( MNKKP ) di peringkat negara, dan Jawatankuasa Keselamatan

Dan Kesihatan (JKK) ditempat kerja.

Ernie Page 36

Page 37: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

KEROSAKAN YANG SERING BERLAKU DI DALAM BENGKEL

Jangan gunakan plag atau soket yang pecah dan rosak

 

Jangan membuat sambungan yang banyak daripada satu punca

 

Jangan cuba menyentuh wayar hidup yang tidak bertebat

 

Ernie Page 37

Page 38: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

Jangan cuba menmengantikan dawai fius dengan sebarang dawai atau logam

 

Jangan menggunakan kabel yang pecah atau terlalu lama

 

Hendaklah utamakan KESELAMATAN DIRI, KESELAMATAN MAKMAL/BENGKEL

dan KESELAMATAN PERALATAN.

Pamerkan slogan UTAMAKAN KESELAMATAN agar selalu dapat mengingatkan guru-guru

dan pelajar-pelajar sepanjang berada dan melakukan aktiviti di makmal/bengkel.

Ernie Page 38

UTAMAKAN KESELAMATAN

Page 39: KESELAMATAN BENGKEL

BILIK TANDASPERSEDIAAN/SUB STOR

BENGKEL AMALI

: RUANGAN BILIK

: RUANGAN KAWASAN PENGAJARAN AMALI

: BILIK KULIAH TINGKAT ATAS

: RUANGAN BENGKEL AMALI

BILIK : PINTU KELUAR/MASUKPENYELARAS

KEDUDUKAN PEMADAM API

BILIK MESYUARAT

BILIK KULIAH

STOR

BILIK KULIAH

BILIK KULIAHBILIK KULIAH

KAWASAN PENGAJARAN AMALI

KAWASAN PENGAJARAN AMALI

BILIK KULIAH A BILIK KULIAH BTINGKAT ATAS TINGKAT ATAS

BILIK PENGAJAR

1

2

3

417 16

5

6

7

9

11

15

14

13 12

8

18

20

19

21

10

Page 40: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

Ernie Page 40

Carta OrganisasiGIATMARA BUKIT KATIL,

MELAKA

PENGURUS

PENTADBIRAN LATIHAN

PEMBANTU TADBIR KANAN

PENY. STOR KANAN

TENAGA PENGAJAR PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK

TENAGA PENGAJAR SISTEM PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN

UDARA

TENAGA PENGAJAR ELEKTRONIK INDUSTRIL

ROSLAN BIN ISMAIL

ERNIWATY BINTI JASMI

MOHKTAR BIN MOHD

HISHARUDDIN BIN SALLEH

RAMLI BIN DAUD

ISHNIN BIN JAAFAR

MOHD KHAFIZI BIN ABD SAMAD

JANUARY BIN

MARUAN

. NNORAZIZAH BINTI SHARIF

EN.MISBAH BIN MOHAMED KASSIM

Page 41: KESELAMATAN BENGKEL

August 29, 2014 [ ]

Ernie Page 41