Ketika Aku Pulang Dari Sekolah

Embed Size (px)

Citation preview

Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang menangis di tepi jalan. Aku berasa simpati melihat budak itu.

Ketika aku berada di kantin,aku ternampak seorang budak perempuan sedang menangis di atas kerusi.Aku berasa simpati melihat budak itu.Aku terus menghampiri budak tersebut.Rupa-rupanya budak tersebut dari tahun 1 Hornet,Siti.Aku memujuk Siti supaya berhenti menangis.Aku menyuruh Siti menceritakan apa yang telah berlaku.Rupa-rupanya Siti kehilangan dompet.Aku cuba menenteramkannya dan berjanji mencari dompetnya.Aku mengajak Siti untuk makan terlebih dahulu.Aku membayar makanan untuk Siti.Aku membeli sepinggan mee goreng dan segelas air untuk Siti.Aku mengajak Siti di duduk di meja makan dan cuba menenangkan Siti sebelum aku melaporkan kepada guru yang bertugas.Setelah selesai Siti makan,aku membawa Siti berjumpa guru yang bertugas pada minggu itu,aku memberitahu tentang kehilangan dompet Siti di kantin.Guru yang bertugas pada minggu itu menyuruh pengawas-pengawas mencari dompet Siti di kawasan sekolah.Setelah beberapa lama mencari, akhirnya dompet Siti dijumpai di dalam longkang berdekatan dengan kantin sekolah.Siti berasa sangat gembira kerana dompetnya telah dijumpai,Siti mengucapkan terima kasih

Aku terus menghampiri budak tersebut sambil menuntun basikalku. Rupa-rupanya budak itu ialah anak jiranku, Nurul. Aku memujuk Nurul supaya berhenti menangis.Aku menyuruh Nurul menceritakan apa yang telah berlaku. Rupa-rupanya Nurul ketinggalan bas. Aku cuba mententeramkannya dan berjanji akan menghantarnya pulang.

Aku menyuruh Nurul membonceng basikalku. Dalam keadaan panas terik, aku terpaksa mengayuh basikalku lebih berat daripada biasa menuju ke rumahnya yang terletak kira-kira 2 kilometer dari situ. Ini sungguh memenatkan. Namun, aku gembira kerana dapat menghantarnya pulang ke rumah.

Bajuku telah pun basah lencun dengan peluh setibanya kami di halaman rumahnya. Nurul kelihatan amat gembira sekali lalu mengucapkan terima kasih kepadaku sebelum ia beredar ke rumahnya.

Setibanya di rumah, aku ditegur oleh ibu bapaku kerana pulang lewat. Namun, selepas aku menceritakan peristiwa tersebut, mereka memuji tindakanku itu. Kata ayah, "Kita haruslah menolong orang yang kesusahan. Apatah lagi, jika orang itu ialah jiran atau saudara mara sendiri".