khotbah - Mengalahkanlah duniaedited

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kotbah tjc member

Citation preview

Tajuk yang dijadikan pelajaran bersama pada malam ini berjudul Mengalahkanlah dunia ini. ( Ibrani 2 : 1) Dunia ini seumpama suatu arus yang sangat deras.Sekiranya seseorang terjatuh ke dalam arus ini, dia mungkin tidak dapat keluar dari arus itu.Jadi,

MENGALAHKAN DUNIA

Maleakhi Lee

EpilogTajuk yang dijadikan pelajaran bersama pada malam ini berjudul Mengalahkan dunia ini. Dunia ini seumpama suatu arus yang sangat deras(Ibr 12:1). Seseorang yang telah terjatuh dalam arus ini kemungkinan tidak dapat keluar daripada arus tersebut. Arus yang dimaksudkan ialah arus dunia. Arus ini dapat mempengaruhi kepercayaan kita. Arus ini bukan saja mempengaruhi kita dari segi pakaian, malahan termasuk juga pemikiran manusia , konsep nilai manusia, dan konsep moral. Semua ini mampu mengancam iman kepercayaan kita.

Arus dunia ini merupakan muslihat dari Iblis kerana menerusinya, Iblis turut menduniawikan gereja. Jadi, apakah sebabnya kita harus mengalahkan dunia ini? Kitab suci memberitahukan kita bahawa dunia ini penuh dengan dosa.( Roma 5: 12)

Di sini memberitahu kita bahawa dosa telah masuk ke dunia melalui satu orang. Jadi dunia ini penuh dengan dosa. Di sini, juga memberitahu kita tentang upah dosa. Alkitab juga mengatakan bahwa maut berasal dari dosa. Maka, ketika dosa masuk ke dalam dunia,maka maut juga menjalar kepada semua orang. Oleh itu , ketika dosa masuk ke dalam dunia,maka manusia tidak dapat lagi hidup dalam keamanan.Manusia selalu hidup dalam keadaan ketakutan tubuh jasmani dan jiwa rohani.( Kejadian 6 : 5-7). Di sini mencatatkan hasil daripada dosa.Ketika Tuhan melihat bahawa anak-anak Allah mengahwini anak-anak manusia.Pada masa itu , fikiran manusia hanya membuahkan kejahatan.Ini bermaksud dunia pada masa itu sudah penuh dengan dosa.Maka , ini memiluhkan hati Tuhan. Dengan itu, Tuhan membuat keputusan untuk memusnahkan dunia pada masa itu. Oleh itu, kesudahan dunia yang berdosa ialah kebinasaan. Dengan itu, kita harus mengalahkan dunia ini.

Kita harus mengalahkan dunia ini.Disebabkan dunia ini penuh dengan hawa nafsu.( 1 Yohanes 2 : 16) Di sini memberitahu kita sebab kita perlu mengalahkan dunia ini.Ini kerana dunia ini penuh dengan hawa nafsu.Manusia berdosa kerana adanya hawa nafsu.Dengan itu, kita harus mengalahkan hawa nafsu.Di sini ada menyebut tentang tiga jenis hawa nafsu, iaitu keinginan daging,keinginan mata dan keangkuhan hidup.Sekiranya kita mengikut hawa nafsu kita,akhirnya kita akan binasa.

Apakah sebabnya kita perlu mengalahkan dunia ini?Ada orang kata, dunia ini sangat baik. Kita mendapat banyak kebaikan dari dunia ini.Mengapakah kita menganggap dunia ini seperti musuh kita.Dengan pemikiran seperti ini, manusia akan mencintai dunia ini.Walaupun dunia ini dapat memberi banyak kebaikan kepada manusia,tetapi semua kebaikan ini hanya buat sementara saja.Apakah yang dikatakan dalam kitab suci? ( 2 Petrus 3: 10-11)Di sini memberitahu kepada kita dunia ini hanya buat sementara. Tuhan Yesus akan datang kembali. Jadi haruslah kita beriman sedemikian.Walaupun dunia ini memberi banyak kebaikan kepada kita, tetapi apakah akibatnya? Di sini mengatakan ketika Tuhan datang kembali ,maka segala unsur di dunia ini akan hangus dalam nyala api.Hasil daripada usaha kita itu akan menjadi sia-sia.Memandangkan itu kesudahannya, mengapakah kita harus mengorbankan nyawa kita untuk dunia ini? ( Matius 6: 26) Di sini mencatatkan tentang nilai nyawa kita.Dunia ini memang memberi banyak kebaikan kepada kita. Biarpun ada seseorang yang dapat menguntungkan seluruh dunia, tetapi apakah gunanya jikalau dia kehilangan nyawa sendiri.Dengan itu , kita perlu mengalahkan dunia ini.Janganlah mencintai dunia ini.Juga disebabkan kita bukan milik dunia.Bilakah masanya kita tidak lagi jadi milik dunia ini? ( Yohanes 17: 14-15) Inilah doa Tuhan Yesus.Tuhan Yesus mendoakan murid-muridNya. Dia juga mendoakan mereka yang percaya kepada nama Tuhan.Bagi mereka yang percaya dan masuk ke dalam Tuhan,mereka ada milik Tuhan Yesus,dan mereka bukan lagi milik dunia.Pada hari ini, Tuhan telah menebus kita daripada dosa menerusi darahNya yang bernilai.Dengan itu, kita bukan milik dunia ini lagi.Disebabkan kita bukan milik dunia, maka dunia ini membenci kita.Dengan itu, kita perlu mengalahkan dunia ini.Sebab kita tidak lagi milik dunia .Kalau kita kembali lagi ke dunia, ataupun kita mencontohi dunia ini. Jadi kesudahannya adalah kebinasaan.Kita ingin mengalahkan dunia kerana ini adalah pesanan daripada kitab suci. (1 Yohanes 2:15) Kitab suci mengatakan bahawa jangan kita mengasihi dunia ini dan hal-hal dalam dunia. Itu adalah pesanan daripada Rasul Yohanes. Dari pengalaman kepercayaannya memberitahu kita, apakah kesudahannya jikalau kita mencintai dunia.Memandangkan kitab suci memesan kita sedemikian, haruslah kita menurutinya. Mengapakah kita harus mengalahkan dunia?Ini disebabkan manusia tidak dapat mengalahkan dunia.dia akan kehilangan kasih kepada Bapa.Perkara ini sangatlah penting. Sekirannya seseorang tidak ada kasih kepada Bapa,maka dia tidak akan takut kepada Tuhan. Dia juga tidak memegang dan menuruti ajaran Kitab Suci. Sekiranya seseorang kehilangan kasih akan Bapa, dia tidak rela mengorbankan sesuatu. Dia akan mengira dalam segala hal. Sekiranya seseorang tidak mengasihi Bapa, maka dia akan mementingkan dunia ini.Dia tidak akan lagi mementingkan permintaan Kitab Suci.Jadi , kalau seseorang kehilangan kasih kepada Bapa,maka kesudahannya adalahh kemusnahan.

Jadi kenapakah kita perlu mengalahkan dunia ini?Sebabnya dunia ini adalah suatu alat yang digunakan oleh si jahat untuk menggodai manusia.( Yohanes 17:15)Kita hidup di dalam dunia, jadi kita tidak dapat meninggalkan dunia kebendaan ini. Tetapi apakah permintaan Tuhan Yesus dalam doaNya?Iaitu memohon Bapa di Syurga supaya melindungi mereka daripada yang jahat ataupun melindungi mereka dari dosa. Ini kerana dunia ini penuh dengan dosa.Dengan kata yang lain, si jahat menggunakan dunia ini untuk menggodai manusia. Kita lihat ketika TUhan Yesus masih di dunia, Iblis telah membawa Tuhan Yesus pergi ke suatu gunung yang tinggi. Apa yang dilihatNya? Iaitu melihat kemewahan dunia. Apakah tujuannya? Iaitu Tuhan Yesus menyembah kepada nya.Dengan kata yang lain, Iblis menggunakan dunia ini menggodai manusia supaya meninggalkan Tuhan dan menyembah kepada Iblis. ( Matius 4 : 8-9)

Terlebih dahulu kita harus mengetahui bahawa siapa yang dapat mengalahkan dunia .Hanyalah Tuhan Yesus yang dapat mengalahkan dunia. ( Yohanes 16: 33)Ketika kita hidup dalam kesusahan,ada masanya kita menjadu kecewa.Tetapi Tuhan Yesus memeberitahu dengan yakin.Kuatkanlah hatimu kerana Aku telah mengalahkan dunia .

Saudara-saudari sekalian, Tuhan Yesus telah mengalahkan dunia ini sewaktu berada di dunia. Tuhan telah mengalahka dunia menerusi kematian-Nya.Iblis sangka bahawa dia telah menang kerana Tuhan Yesus mati pada kayu salib. Tapi dalam kitab suci mengatakan ,menerusi kebangkitanNya, Tuhan Yesus telah mengalahkan Iblis yang berkuasa atas maut.Dan menerusi kematianNya,Tuhan telah menglahkan mereka yang hidup tanpa pengharapan. Dengan itu, Tuhan Yesus mengalahkan dunia menerusi kematian-Nya. Jadi bagaimankah kita harus mengalahkan dunia?Oleh itu kita haruslah terlebih dahulu mengenali siapakah yang dapat mengalahkan dunia. Memandangkan hanya Tuhan Yesus yang dapat mengalahkan dunia,jadi kita haruslah percaya kepada Tuhan Yesus. Hanya menerusi percaya akan Tuhan Yesus ,kita dapat mengalahkan dunia.( 1 Yohanes 5: 5)Di sini mengatakan siapakah yang mengalahkan dunia? TUhan Yesus. Jadi pada hari ini kita harus percaya akan Tuhan Yesus. Kita percaya kepada Tuhan dan dibaptis di dalam namaNya.Haruslah menerusi doa dan senantiasa bersandar kepada Tuhan.Ada orang yang sudah percaya kepada Tuhan tetapi tidak tahu bersandar kepada-Nya. Ketika dia menemui kesusahan, dia tidak tahu menyerahkannya kepada Tuhan.Jadi kita haruslah mengalahkan dunia ini.Haruslah percaya kepada Tuhan Yesus di samping bersandar kepada-Nya. Oleh itu , kita harus selalu berdoa.Kitab suci mengatakan , Tuhan Yesus adalah terang dunia.Terang ini dapat menyinari dunia yang gelap. Dunia yang gelap ini menunjukkan dunia ini penuh dengan dosa.Sebelum munculnya terang, dunia ini berada dalam kegelapan.Tetapi ketika adanya terang, maka kegelapan telah hilang.Bermaksud Tuhan Yesus dapat mengalahkan dunia yang gelap. Kalau kita mengikuti Tuhan Yesus, kita tidak akan sesat dalam perjalanan. Sebab Tuhan Yesus dapat memelihara kita sehinggakan kita mengalahkan si jahat. Dengan itu, kita perlu percaya kepada Tuhan

Selain daripada itu, bagaimanakah kita dapat mengalahkan dunia Iaitu janganla mencontohi dunia ini.( ROma 12: 2) Kita harus mengalahkan dunia ini.Kita tidak akan menjadiserupa atau mengikut arus dunia.Janganlah kita mencontohi dunia ini. Dunia ini penuh dengan dosa. Jikalau kita mencontohi dunia ini, maksudnya kehidupan kita bertolak ansur dengan kejahatan. Oleh itu , kalau kita mencontohi dunia ini,kita akan menjalani hidup yang bertolak ansur dengan kejahatan. Jadi kita akan mengikuti atau mencontohi perbuatan orang lain.Kita akan berkata orang lain pun begitu. Begitulah arus sekarang, jadi kenapa kamu rasa hairan?Apakah maksudnya? Ini bermaksud kita akan menjad serupa dengan mereka. Akhirnya secara perlahan kita akan menjadi serupa dan dibawa oleh arus dunia. Janganlah kita berkata dunia ini memang begini,jadi kita ikut sahaja. Orang lain berbuat sedemikian, kita berbuat juga.Akhirnya kita akan kehilangan pendirian kita dalam kepercayaan.Kita seperti dibawa jalan oleh seseorang iaitu menarik hidung kita. Jadi kepercayaan kita akan diduniawikan. Oelh itu, kita harus membezakan yang kudus. Barulah kita dapat mengalahkan dunia. ( 2 Korintus 6: 17) Di sini menasihati kita bahawa kita harus keluar dari antara mereka agar kitapisahkan diri kita daripada mereka.Dunia hari ini sangat menakutkan .Banyak kepercayaan sesat menggodai manusia sehingga melakukan dosa . Mereka berkata , kita adalah yang sama kerana percaya akan Tuhan Yesus .Dia tidak kata , kita tidak sama melainkan berkata,kita adalah yang sama.Itulah yang paling menakutkan. Sekiranya kita tidak berhati-hati , kita percaya bahwa kita sama dengan mereka. Maka kita terkena tipu muslihat mereka. Kita harus tahu membezakannya sebab itu adalah pesanan daripada Tuhan.Kita harus menjadi umat Tuhan . Janganlah kita mencontohi dunia ini.Jangan juga kita mencintai dunia ini .( Galatia 6: 14) Disalibkan bermaksud sudah mati. Bagi dunia, kita sudaha mati. Bagi kita, dunia juga sudah mati.Benda yang sudah mati tidak mempunyai daya tarikan lagi. Kita tidak akan menyukai akan sesuatu yang sudah mati. Kalau kita sudah meninggalkan dunia, orang lain juga tidak maukan tubuh kita. Jadi, janganlah kita tertarik oleh dunia ini. Janganlah kita menumpukan perhatian kita ke dunia ini. Oleh itu , kita haruslah mengalahkan dunia. Caranya ialah jangan kita menjadi serupa dengan dunia ini.

Selain daripada itu, ktia dapat mengalahkan dunia menerusi iman kita sendiri. ( 1 Yohanes 5:4)Siapakah yang lahir dripada Tuhan?Iaitu setiap kita yang telah dilahirkan kembali olehdarah Tuhan Yesus.Kemenangan mengalahkan dunia adalah iman kita. Dengan itu , kita harus menjalani suatu kehidupan yang bersandar kepada Tuhan.Haruslah kita mendirikan iman kepercayaan kita atas firman Tuhan.Janganlah iman kita didirikan atas kebendaan. Barulah dunia tidak dapat mempengaruhi iman kita. Dengan itu, dasar kepercayaan kita haruslah teguh. Menerusi firman Tuhan memperbaharui iman kita. Oleh itu, kita harus mengalahkan dunia ini , iaitu menerusi iman kita. Untuk mengalahkan dunia ini, janganlah kita mencintai dunia ini, Hati dan mata kita janganlah hnaya melihat dunia ini. Janganlah mengejar supaya sama dengan dunia ini, sebab kita adalah anak-anak Tuhan.Dengan itu, kita harus beriman dan mengalahkan dunia ini.