Kisah Drebar Jadi Jutawan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sinar Harian best article

Citation preview

  • Kisah drebar jadi jutawan

    MUHAMAD MAT YAKIM

    18 Disember 2015

    TENGAH hari kelmarin, saya terserempak dengan Samad Kinto di sebuah kedai mamak di

    Sungai Buloh. Kalaulah lelaki berusia 45 tahun itu benda, saya boleh anggap dia adalah benda

    ajaib yang kelapan di dunia.

    Tetapi oleh kerana Samad orang, manusia seperti kita, dia tidaklah boleh dianggap sebegitu

    ajaib kerana ramai lagi orang yang lebih ajaib berbanding dia. Malah ada orang yang

    keajaibannya jauh lebih power berbanding Samad kerana berupaya mendapat derma berbilion

    ringgit daripada orang lain.

    Apa pun, bagi saya Samad Kinto tetap seorang yang ajaib.

    Sepanjang hidupnya, Samad yang bersekolah setakat tingkatan lima dengan keputusan SPM

    gagal Bahasa Inggeris dan Matematik pernah bekerja sebagai pembantu kantin, pengangkat

    sampah, pemotong rumput, buruh binaan dan pembantu van. Pekerjaan paling selesa baginya

    sebelum ini ialah pemandu kepada seorang pengarah syarikat.

    Itulah sumber rezekinya hingga dia berkahwin dan beranak-pinak.

    Pada Jun 2008, Samad berhenti kerja pemandu setelah berkhidmat selama 10 tahun dengan gaji

    terakhir RM1,516. Ketika dia berhenti kerja, wang dalam akaun banknya hanya RM53.

    Namun ketika berjumpa saya kelmarin, Samad bercerita mengenai kehidupannya sekarang

    hanya sesudah kira-kira tujuh tahun dia berhenti kerja bahawa dia ada membeli beberapa

    hartanah yang nilai kesemuanya mencecah jutaan ringgit.

    Tidak. Samad tidak dapat derma daripada sesiapa. Dengan bahasa Inggeris SPM gagal, Samad

    tidak berkawan dengan mana-mana bilioner Timur Tengah untuk mendapat derma sebanyak

    itu.

  • Sebenarnya, sejak berhenti kerja, dia bersungguh-sungguh menjalankan perniagaan dari rumah

    hingga bisnesnya naik sedikit demi sedikit. Komitmen, kreativiti dan kebijaksanaan membawa

    peningkatan usaha Samad pada kadar yang agak pantas.

    Dia menjadi begitu nekad kerana ada dua pengalaman mengubah hidupnya untuk jadi seperti

    sekarang. Kali pertama pada 2003, dia ditinggalkan kekasihnya hanya kerana dia bergaji kecil

    dan tidak mempunyai simpanan. Sementelahan pula keluarga gadis itu turut menolak dirinya

    mentah-mentah.

    Kali kedua, di penghujung kariernya sebagai pemandu, Samad berniaga sambilan beli telefon

    rosak, baiki dan jual semula. Ketika itu, dia berkenalan dengan Uncle Lim, pakar baiki telefon.

    Kali pertama ke rumah Uncle Lim pada suatu malam, Samad terperanggah melihat kediaman

    lelaki itu yang sangat mewah sedangkan Uncle Lim yang dikenalinya sering berseluar pendek

    dengan baju pagoda sahaja, langsung tidak nampak ciri-ciri orang kaya.

    Malam itu, Uncle Lim - seorang kurang upaya - mengenakan caj RM400 untuk baiki telefon

    yang dibawa Samad hanya dalam masa lima minit. Insiden itu mengajar Samad bahawa untuk

    kaya, kita harus cari sebab untuk orang membayar kepada kita.

    Apabila kita berjaya mencipta sebab untuk dibayar oleh orang lain, itu adalah jalan untuk

    menuju kekayaan. Lebih banyak sebab adalah lebih baik, Lagi bernilai sebab yang dicipta, lagi

    tinggi bayaran diterima, dan itu juga akan menjadikan diri kita lebih bernilai dengan kepakaran

    yang ada untuk mendapat lebih banyak wang.

    Sejak itu, Samad tidak menoleh ke belakang lagi dan dia bekerja keras untuk mencapai taraf

    jutawan yang dimilikinya sekarang.

    Dulu, aku selalu fikir dengan sijil SPM pun tak berapa nak lepas, takdir hidup aku yang

    paling baik adalah jadi driver sampai mati, ada gaji tetap. Lepas 10 tahun aku kerja, gaji pokok

    aku RM1,516. Itu gaji mati, maksimum kau tahu.

  • Hanya jika kita sendiri mengatakan sesuatu kejayaan itu adalah mustahil, maka ia akan benar-

    benar jadi mustahil. Tetapi aku, seorang driver telah jumpa jalan untuk berubah daripada kuli

    kepada tauke, daripada orang yang selalu tak cukup duit kepada jutawan.

    Sebenarnya dalam hidup, tidak ada yang mustahil kalau kita benar-benar ada kemahuan,

    katanya lagi sambil menghulurkan buku motivasinya yang terbaharu.

    Uniknya perniagaan Samad, dia tidak mempunyai pejabat. Dikenali dalam kalangan pelanggan

    dan rakan-rakan sebagai Pakar Bisnes Dari Rumah Samad menjalankan perniagaan melalui

    telefon dan media sosial.

    Daripada situ, pertemuan dengan pelanggan diatur di mana sahaja, kafe, kelab atau di tepi jalan.

    Dia juga kini aktif menurunkan ilmu-ilmu perniagaannya menerusi ceramah dan juga

    penulisan. Dia mahu setiap orang yang pernah anggap diri gagal dalam hidup sepertinya,

    berubah 360 darjah untuk jadi jutawan.

    Petang semalam, Samad terbang bersama isterinya ke luar negara untuk berbulan madu entah

    kali yang ke berapa!