KISAH MALAIKAT

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/28/2019 KISAH MALAIKAT

    1/16

    KISAH MALAIKAT

    Jibril & 12,000 Malaikat menemui

    Rasulullah di Bukit Qubais

    Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan daribelakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah.Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubahapa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepadasesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang

    dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapatmenolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-R'ad 13:11)

    Pada zaman jahiliah di antara beberapa orang raja ada seorang raja yang bernama raja Habib lbnuMalik di kota Syam. Orang-orang arab menggelarnya Raihanah Quraisyin.

    Ketika Raja Habib bersama angkatan tenteranya seramai 12,000 orang singgah di Abthah, iaitu suatutempat dekat kota Makkah maka datanglah Abu Jahal beserta pengikut pengikutnya memberikanberbagai-bagai hadiah kepada raja Habib.

    Setelah itu Abu Jahal dipersilakan duduk di sebelah kanan raja Habib. Berkata raja Habib: WahaiAbu Jahal katakan kepadaku tentang Muhammad.

    Berkata Abu Jahal: Tuan, silalah tuan tanya tentang Muhammad itu dari Bani Hasyim.

    Raja Habib pun bertanya kepada Bani Hasyim: Wahai Bani Hasyim, katakan pada beta tentangMuhammad itu.

    Berkata Bani Hasyim: Sebenarnya kami telah mengenal Muhammad itu sejak dia kecil lagi, orangnyasungguh amanah dan setiap katanya benar; dia tidak akan berkata selain dari yang benar. Apabilaumur Muhammad meningkat pada 40 tahun dia telah mula mencela Tuhan kita dan dia membawaagama baru yang bukan datangnya dari nenek moyang kita.

    Sebaik sahaja raja Habib mendengar penjelasan dan Bani Hasyim maka dia pun berkata: BawaMuhammad mengadap dengan cara baik, kalau Muhammad degil maka gunakan kekerasan.

    Setelah itu mereka pun mengutus salah seorang untuk menjemput Muhammad SAW. SetelahRasulullah SAW menerima pesanan raja, baginda pun bersiap-siap untuk pergi, sementara itu AbuBakar ra dan Siti Khadijah menangis kerana takut baginda dizalimi oleh raja tersebut.

    Rasulullah SAW berkata: Janganlah kamu berdua menangis, serahkanlah urusanku ini kepada AllahSWT.

    Kemudian Ahu Bakar ra pun mengaturkan pakaian untuk RasuIulIah SAW yang terdiri dari bajuberwarna merah dan serban berwarna hitam.

    Setelah Rasulullah SAW mengenakan pakaian tersebut maka baginda bersama Abu Bakar ra danKhadijah ra pun pergi menghadap raja Habib. Setelah sampai di hadapan raja, Abu Bakar ra berdiri disebelah kanan Rasulullah SAW sementara Siti Khadijah berdiri di belakang Rasulullah SAW.

  • 7/28/2019 KISAH MALAIKAT

    2/16

    Apabila raja Habib melihat baginda Rasulullah SAW berdiri dihadapannya maka raja Habib punbangun memberi hormat mempersilakan Rasulullah SAW duduk di sebuah kerusi yang diperbuat dariemas. Sementara itu Siti Khadijah yang merasa cemas berdoa kepada Allah SWT: Ya Allah,tolonglah Muhammad dan mudahkanlah dia menjawab sebarang pertanyaan.

    Sewaktu baginda duduk di hadapan raja Habib maka keluarlah cahaya memancar dari wajah baginda

    dan baginda duduk dengan tenang tanpa rasa takut.

    Raja Habib memulakan pertanyaan: Wahai Muhammad, kamu pun tahu bahawa setiap Nabi itu adamukjizatnya, jadi apakah mukjizat kamu itu?

    Bersabda Rasulullah SAW: Katakan apakah yang kamu kehendaki?

    Berkata raja Habib: Aku mahu matahari itu terbenam dan bulan pula hendaklah turun ke bumi dankemudiannya bulan hendaklah terbelah menjadi dua, kemudian masuk di bawah baju kamu danseparuh keluar melalui lengan baju kamu yang kanan dan sebelah lagi hendaklah keluar melaluilengan baju kamu yang kiri. Setelah itu bulan itu hendaklah berkumpul menjadi satu di atas kepalakamu dan bersaksi atasmu, kemudian bulan itu hendaklah kembali ke langit dan mengeluarkan

    cahaya yang hersinar dan hendaklah bulan itu tenggelam. Sesudah itu hendaklah matahari yangtenggelam muncul semula dan berjalan ke tempatnya seperti mulanya.

    Setelah mendengar begitu banyak yang raja Habib kehendaki, maka baginda Rasulullah SAW punbersabda:

    Apakah kamu akan beriman kepadaku setelah aku melakukan segala apa yang kamu kehendaki?

    Berkata raja Habib: Ya, aku akan beriman kepadamu setelah kamu dapat menyatakan segala isihatiku.

    Abu Jahal yang sedang menyaksikan percakapan itu segera melompat ke hadapan sambil berkata:

    Wahai tuanku, tuanku telah mengatakan yang cukup baik dan tepat.

    Rasulullah SAW pun keluar lalu pergi mendaki gunung Abi Qubais, kemudian baginda mengerjakansolat dua rakaat lalu berdoa kepada Allah SWT. Setelah berdoa maka turunlah malaikat Jibril asbersama dengan 12,000 malaikat dengan memegang panah di tangan mereka.

    Malaikat Jibril as berkata: Assalamu alaika yaa Rasulullah, sesungguhnya Allah telah bersalamkepadamu dan berfirman:

    Wahai kekasihku, janganlah kamu takut dan bersusah hati. Aku akan sentiasa bersamamu di manasahaja engkau berada dan telah tetap dalam pengetahuanKu dan berjalan di dalam qada kepastianKudi zaman azali apa-apa yang diminta oleh raja Habib bin Malik pada hari ini; pergilah kamu kepadamereka dan berikan hujjahmu dengan tepat dan jelaskan keadaanmu dan keutusanmu. Ketahuilahsesungguhnya Allah SWT telah menundukkan matahari, bulan, malam dan siang. Sesungguhnya rajaHabib itu mempunyai seorang puteri yang tidak mempunyai kedua tangan, kedua kaki dan tidakmempunyai kedua mata. Dan katakan kepadanya bahawa Allah SWT telah mengembalikan keduatangannya, kedua kakinya dan kedua matanya.

    Setelah itu Rasulullah SAW pun turun dari gunung Abi Qubais dengan rasa tenang dan rasa gembira.Malaikat Jibril as di angkasa dan para malaikat berbaris lurus dan Rasulullah SAW berdiri di maqamIbrahim. Dan adalah saat itu matahari terbenam.

    Matahari mulai seakan-akan berlari cepat, ertinya matahari cepat-cepat terbenam dan menjadi gelapgelita. Kemudian bulan terbit dengan terangnya, setelah bulan naik meninggi baginda Rasulullah SAWmemberikan isyarat dengan dua jari-jarinya kepada bulan itu, dan bulan seakan-akan berlari turun ke

    bumi dan berdiri di hadapan baginda Rasulullah SAW. Kemudian bulan itu bergerak-gerak sepertiawan lalu bulan itu terbelah menjadi 2 dan bulan itu masuk di bawah baju Rasulullah SAWseparuhnya keluar melalui lengan sebelah kanan baju baginda sementara yang sebelah lagi keluar

  • 7/28/2019 KISAH MALAIKAT

    3/16

    melalui lengan sebelah kiri baju baginda. Kemudian bulan kembali bercantum mengeluarkan cahayadengan terang lalu berdiri di atas kepala Rasulullah SAW dengan berkata: Saya bersaksi bahawasesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan saya bersaksi bahawa Muhammad itu hamba

    Allah dan RasulNya sesungguhnya berbahagialah orang-orang yang membenarkan engkauMuhammad dan rugilah orang-orang yang menyalahi engkau.

    Setelah bulan berkata demikian maka bulan pun kembali ke langit menjadi terang dan menghilangkandirinya. Sebaik sahaja bulan menghilangkan dirinya maka matahari pun timbul kembali. Oleh keranaraja Habib telah mengatakan bahawa Rasulullah SAW mesti memberitahu rasa hatinya maka diapunberkata: Wahai Muhammad, kamu masih ada satu syarat lagi.

    Belum sempat Habib hendak berkata maka baginda Rasululah SAW bersabda: Sesungguhnya kamumempunyai seorang puteri yang tidak mempunyai dua tangan, tidak mempunyai dua kaki dan dia jugatidak mempunyai dua mata dan sesungguhnya ketahuilah olehmu Allah SWT telah mengembalikankedua tangan, kedua kaki dan kedua matanya.

    Sebaik sahaja raja Habib mendengar dan meihat segala galanya maka dia pun berkata: Wahai ahliMakkah, tidak ada kufur sesudah iman dan tidak ada keraguan sesudah yakin, oleh itu ketahuilah olehkamu sekelian bahawa sesungguhnya aku bersaksi, Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang satu dantidak ada sekutu bagiNya, dan saya bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu hambaNya danutusan-Nya.

    Raja Habib dan semua bala tenteranya masuk Islam. Kemarahan Abu Jahal meluap-luap dan diaberkata: Wahai tuan raja, apakah tuan percaya kepada ahli syihir ini sehingga syihir itu telahmempersonakan tuan.

    Raja Habib tidak menghiraukan kata-kata Abu Jahal, sebaliknya raja Habib kembali ke negerinyaSyam. Apabila raja Habib masuk ke dalam istananya dia disambut oleh anak perempuanya denganmengucap: Asyhadu alla ilaaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan abduhu wa Rasuuluhu(Saya bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan AlIah dan saya bersaksi bahawaMuhammad itu adalah pesuruhNya dan utusanNya).

    Raja Habib tercengang dengan kalimah yang diucapkan oleh anaknya maka dia pun berkata: Wahaianakku, siapakah yang mengajarkan kepada kamu kalimah ini?

    Berkata anak raja Habib: Sebenarnya sewaktu saya tidur, telah datang seorang lelaki lalu berkatakepada saya: Sesunguhnya ayah kamu telah masuk Islam, kalau kamu mahu masuk Islam maka akukembalikan segala anggota kamu dengan baik. Setelah itu saya pun tidur dan pagi ini diri saya tidakada yang

    kurang seperti yang ayah lihat sekarang

    Kemudian raja Habib bersyukur sujud kepada Allah SWT agar nikmat iman dan bertambahlah

    keyakinan. Setelah itu raja Habib mengumpulkan emas, perak dan kain lalu dinaikkan atas lima ekorunta berserta dengan beberapa orang hamba

    dikirimkan kepada Rasulullah SAW.

    Ketika rombongan yang membawa segala hadiah dari raja Habib itu sampai dekat kota Makkah, tiba-tiba muncul Abu Jahal bersama kuncu-kuncunya lalu berkata: Kamu semua milik siapa?

    Berkata rombongan itu: Kami semua ini milik raja Habib bin Ibnu Malik dan kami hendak pergi padaRasullulah SAW.

    Sebaik sahaja Abu Jahal mendengar jawapan dari rombongan itu maka dia cuba merampas semua

    barang-barang yang bawa oleh rombongan itu, oleh kerana rombongan itu enggan menyerahkanbarang-barang tersebut maka berlakulah pergaduhan antara kedua belah pihak. Apabila berlaku

  • 7/28/2019 KISAH MALAIKAT

    4/16

    peperangan diantara kedua belah pihak maka berkumpullah penduduk kota Makkah dan datangbersama mereka Rasulullah SAW.

    Melihat akan kedatangan orang ramai maka berkata rombongan diraja itu: Kesemua barang yangkami bawa ini adalah milik raja Habib, dan raja Habib berhajat untuk rnenghadiahkan kesemua barangini kepada Rasulullah SAW.

    Abu Jahal berkata: Raja Habib menghadiahkan kesemua harang ini kepada saya.

    Lalu Rasulullah SAW bersabda: Wahai penduduk Makkah, adakah kamu semua suka kalau akumencadangkan sesuatu?

    Berkata penduduk Makkah: Ya, kami setuju.

    Bersabda Rasulullah SAW: Kita hendaklah memutuskan percakapan unta ini, untuk siapakahsebenarnya harta ini.

    Berkata Abu Jahal: Kita tentukanperkara ini esok pagi.

    Setelah mendapat persetujuan dari Rasulullah SAW untuk ditunda pada esok hari maka Abu Jahalpun balik dan terus pergi kepada berhala-berhala yang disembahnya, dia pun memberi beberapakorban kepada berhala-berhala mereka dan memohon pertolongan pada berhala mereka sehinggapagi.

    Apabila waktu yang dijanji telah tiba maka ramailah penduduk kota Makkah datang untuk melihatkeputusan pengadilan. Rasulullah SAW datang bersama bapa saudara baginda danAbu Jahalbersama kuncu-kuncunya. Sebaik sahaja Abu Jahal sampai maka dia pun terus mengelilingi unta itudengan berkata: Berkatalah unta-unta semua atas nama Lata, Uzza dan Manata. Setelah Abu Jahalberkata demikian sekian lama sehingga matahari telah tinggi, namum unta-unta itu tidak berkata apa-apa.

    Maka berkata penduduk kota Makkah: Wahai Abu Jahal, cukuplah apa yang kamu buat itu, sekaranggiliran Muhamad pula untuk melakukannya.

    Rasulullah SAW pun menghampiri unta-unta tersebut dengan berkata: Wahai unta makhluk Allah,demi ciptaanAllah berkatalah kamu dengan kekuasaan Allah.

    Setelah Rasulullah SAW berkata demikian maka bangunlah salah satu dari lima ekor unta laluberkata: Wahai ahli kota Makkah, kami semua ini adalah hadiah raja Habib bin Ibnu Malik untukdipersembahkan kepada Rasulullah SAW.

    Sebaik sahaja unta itu berkata demikian maka RasulullahSAW pun menarik unta-unta tersebut

    berserta dengan barang-barang yang dibawanya ke gunung Qubais, kemudian Rasulullah SAWmengeluarkan semua emas dan perak yang

    ada di atas unta lalu dikumpulkan sehingga menjadi bukit lalu berkata: Wahai emas dan perak,hendaklah kamu semua menjadi pasir.

    Kemudian dengan sekejap sahaja kesemua emas dan perak itu menjadi bukit sehingga sekarang.

    Jibril a.s menggoncang tugu kaum nabi

    Saleh

  • 7/28/2019 KISAH MALAIKAT

    5/16

    Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan daribelakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah.Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubahapa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepadasesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang

    dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapatmenolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-R'ad 13:11)

    Kaum Saleh telah dibinasakan Allah dengan suara jeritan Jibril as. Peristiwa ini terjadi pada hari Rabu.Firman Allah SWT:

    "Sesungguhnya kami menimpakan atas mereka suatu suara yang keras mengguntut; maka jadilahmereka seperti rumput-rumput kering (yang dikumpulkan oleh) yang mempunyai kandang binatang."(Al- Qomar: 31)

    Dikisahkan bahawa pada suatu hari Nabi Saleh menyampaikan berita bahawa pada masa itu akanlahir di tengah-tengah mereka seseorang yang menjadi penyebab kehancuran kaum itu.

    Maka para pemuka kaum itu mengadakan mesyuarat untuk membahas masalah tersebut. Akhirnyamereka memutuskan, harus memisahkan diri daripada isteri masing-masing, jika ada yang hamil danmelahirkan anak lelaki maka harus dibunuh. Keputusan mereka itu dijalankan.

    Salah seorang dari kaum mereka melahirkan seorang anak lelaki, namun mereka tidak sampai hatiuntuk membunuhnya. Disebabkan keluarga tersebut belum pernah mempunyai anak, anak itubemarna Qodaron.

    Sebanyak sembilan kaum telah membunuh anak lelaki mereka yang lahir. Namun ketika merekamelihat Qodaron telah menjadi seorang pemuda, mereka merasa menyesal kerana telah membunuhanak-anak mereka dahulunya. Kemudian mereka berunding untuk membunuh Nabi Saleh as.

    Mereka berkata: "Sebaiknya kita pergi keluar kota dahulu, kemudian kita pulang dengan secarasembunyi, pada saat itu Nabi Saleh kita bunuh. Lalu kita bersumpah dengan nama Allah dengankerabatnya bahawa kita tidak membunuhnya dan kita tidak tahu sama sekali tentang pembunuhanitu."

    Ketika itu umur Qodaron lima belas tahun. Di saat mereka sedang minum arak, mereka jugamemerlukan air, sedangkan pada hari itu merupakan giliran unta untuk mendapatkan air, merekasudah puas mencari air di tempat yang lain, namun tidak mereka temui. Kemudian Qodaron berkata:"Menurut pendapatku, lebih baik kita bunuh sahaja unta Saleh, sebab kita dalam kesukaran air."

    Kemudian mereka pun keluar dengan membawa sebilah pedang, mereka bersembunyi di rumput-rumput di bawah kaki gunung. Pada saat giliran unta Saleh ingin minum air, maka dengan segera

    Qodaron membunuh unta tersebut. Kemudian mereka juga berusaha membunuh anak unta NabiSaleh, maka anak unta itu pun berlari ke arah gunung, maka dengan kuasa Allah gunung itu terbelah,dan masuklah anak unta itu ke dalamnya.

    Ketika Nabi Saleh as mengetahui peristiwa pembunuhan terhadap unta mukjizatnya itu, maka iaberkata kepada kaumnya: "Anda semua boleh duduk di rumah selama tiga hari, setelah itu akandatang seksaan kepada anda. Tandatandanya adalah, pada hari pertama muka-muka kamu semuamenjadi merah, pada hari kedua menjadi kuning, pada hari ketiga menjadi hitam legam."

    Di saat mereka melihat tanda-tanda seperti yang diucapkan oleh Nabi Saleh itu betul, mereka punberkata: "Mari kita bunuh Nabi Saleh seperti kita membunuh untanya." Mereka kemudiannya menujuke tempat tinggal Nabi Saleh. Peristiwa itu terjadi pada hari Rabu. Kemudian Jibril as datang sambilmemegang tugu-tugu kota itu lalu digoncangnya dengan sekeras-kerasnya. Akhirnya dia menjerit

    dengan sekuat-kuatnya sehingga mereka semua mati pada saat itu juga.

  • 7/28/2019 KISAH MALAIKAT

    6/16

    Begitu gambaran betapa bahayanya minuman keras yang memabukkan ini. Kerana sebabterbunuhnya unta mukjizat Nabi Saleh disebabkan minuman keras. Fitnah Harut dan Maarut jugakerana minuman keras. Sebab terbunuhnya Nabi Yahya kerana minuman keras. Kaum Nabi Nuhmengganggu Nabi Nuh kerana minuman keras. Pembunuhan terhadap Usman ra juga disebabkanminuman keras. Pembunuhan terhadap Sayyidina Husin juga kerana minuman keras."

    Jibril Memberi Peringatan kepada NabiYusof as

    FIRMAN Allah SWT:Dan bersama dengan Yusuf masuk pula ke dalam penjara dua orang pemuda. (Yusuf: 36)

    Dua orang yang masuk ke dalam penjara tersebut, adalah tukang beri minum raja dan tukang masakraja. Sedangkan ketika itu yang menjadi raja iaitu Royyaan.

    Sebab dimasukkan kedua orang pemuda ke dalam penjara adalah kerana kedua pemuda tersebuttelah menerima rasuah daripada raja Rom dengan tugas memberi racun dalam makanan danminuman raja Royyaan.

    Tukang masak menerima rasuah tersebut. Sementara itu tukang memberi air raja menolak tawaranraja Rom, dan melaporkan kepada raja tentang pengkhianatan yang dilakukan oleh tukang masak.Namun tukang memberi air juga dimasukkan ke dalam penjara bersama dengan tukang masak tadi.

    Mereka berada di penjara lebih kurang selama tiga hari. Di dalam penjara, mereka berdua melihatNabi Yusuf as suka membuat penilaian tentang mimpi. Untuk mencuba kebenaran tafsiran ataupenilaian Yusuf as mereka mengatakan seakan akan mereka bermimpi, padahal sesungguhnyamereka hanya berbohong.

    Sebahagian ulamak mengatakan bahawa tukang memberi minum raja memang betul-betul bermimpisedangkan tukang masak tidak bermimpi sama sekali. Tukang memberi minum raja be rkata: Akubermimpi seakan-akan melihat ada tiga buah bekas atau mangkuk dari emas, aku memerah anggurdan memasukkan ke dalam bekas itu. Lalu aku buat khamar dan aku berikan kepada raja Royyaan.

    Tukang masak raja berkata pula: Aku bermimpi seakan akan d iriku sedang memikul satu bakul roti diatas kepalaku, dan burung-burung memakan roti tersebut.

    Kemudian Nabi Yusuf as meramal mimpi keduanya. Beliau berkata: Wahai kedua temanku, adapunsalah seorang di antara kamu akan memberikan minuman untuk tuannya dengan khamar, adapunyang seorang lagi ia akan di salib.

    Setelah Nabi Yusuf as selesai meramalkan mimpi mereka, berkata salah seorang di antara mereka:Sesungguhnya saya tidak bermimpi. Maka Nabi Yusuf menjawab: Telahku ramal mimpimu danbahkan telah ditetapkan oleh Allah SWT.

    Firman Allah SWT maksudnya:Telah diputuskan perkara yang kamu berdua menanyakannya kepadaku.(Yusuf: 41)

    Tidak beberapa lama setelah itu, maka pegawai-pegawai raja membawa tukang masak tersebut,kemudian mereka salib. Setelah tukang masak tersebut disalib, maka tinggallah tukang memberiminum raja di penjara selama tiga hari. Kemudian datang utusan raja membawanya keluar dari dalampenjara, dia diberi pakaian indah, lalu dibawa kepada raja dengan segala kehormatan.

  • 7/28/2019 KISAH MALAIKAT

    7/16

    Ketika tukang memberi minum raja tersebut keluar, Nabi Yusuf sempat berkata: Jelaskanlahkeadaanku ini kepada tuanmu. KetikaYusuf berkata demikian, maka gunung-ganang pun bergoncangdan turunlah Jibril as serta berkata:

    Wahai Yusuf sesungguhnya Allah SWT bertanya kepadamu: Siapakah yang menjadikan rasa cinta didalam hati Yakub terhadapmu? Yusuf menjawab; Tuhanku. Jibril bertanya: Siapakah yang

    menyelamatkan dirimu dari tipu daya saudara-saudaramu? Yusuf menjawab; Tuhanku. Siapakahyang telah memeliharamu di dalam perigi? Yusuf menjawab; Tuhanku. Siapakah yang menjadikanrasa suka Zulaikha terhadapmu? Yusuf menjawab; Tuhanku. Kemudian Jibril bertanya: Siapa pulayang telah menyelamatkan dirimu dari tipu daya Zulaikha? Yusuf menjawab; Tuhanku.

    Selanjutnya Jibril berkata: Wahai Yusuf, sesungguhnya Allah SWT telah membuat kebaikan iniuntukmu. Maka di manakah engkau melihat tidak mempunyai Allah, sehingga engkau memintapertolongan kepada yang lain? Wahai Yusuf, dulu datukmu Ibrahim as tidak mahu meminta tolongkepada Jibril ketika ia akan dilemparkan ke dalam api oleh Namruz. Ketika itu aku berkata kepadanya:Apakah engkau memerlukan pertolongan wahai Ibrahim? Kemudian Ibrahim menjawab: Kepadamu,aku tidak meminta pertolongan.

    Begitu pula datukmu Ismail, ia tidak meminta pertolongan apa pun kepada ayahnya Ibrahim, ketika iaakan dikorbankan. Namun ia hanya berkata: Insya Allah engkau akan memperolehi aku termasukgolongan orang-orang yang sabar.

    Tetapi engkau wahai Yusuf baru sahaja tiga hari berada di dalam penjara, sudah tidak sabar,sehingga engkau minta pertolongan kepada raja.

    Maka bersujudlah Nabi Yusuf as. kepada Allah SWT, dan menangis selama empat puluh hari.YaAllah, demi kehormatan datukku Ibrahim as dan Ismail as dan Ishak as serta demi ayahku Yaku bas kasihanilah aku dan ampunkanlah kesalahanku.

    Maka turunlah Jibrail as menemui Nabi Yusuf as dan berkata:

    Sesungguhnya Allah SWT berfirman: Aku telah memaafkanmu, akan tetapi Allah beri engkauhukuman dengan tinggal di dalam penjara selama tujuh tahun lagi.

    Jibril Memberitahu Yusof as Tentang

    Kedatangan Saudaranya

    Saudara-saudara Yusuf menemui Nabi Yusuf as pada hari Khamis.Firman Allah SWT:

    Dan saudara-saudara Yusuf datang (ke Mesir) kemudian mereka masuk ke tempatnya. Maka Yusufmengenal mereka, sedang mereka tidak kenal lagi kepadanya.(Yusuf: 58)

    Ketika saudara-saudara Yusuf hampir sampai di Kota Mesir, maka turunlah Jibril menemui Nabi Yusufas dan ia berkata:

    Saudara-saudaramu datang menemuimu, bagaimana sikapmu terhadap mereka. Nabi Yusufmenjawab: Wahai Jibril, mereka telah banyak menyakiti hatiku, bahkan mereka telah beniat untukmembunuhku, ketika ini mereka datang memerlukan bantuan denganku. Tiada lain yang haruskulakukan selain memaafkan mereka.

    Sebahagian ulama mengatakan bahawasanya saudara-saudara Yusuf as datang menemuinyasebanyak tiga kali. Untuk kali pertama, mereka datang sebagai orang-orang yang memerlukanbantuan. Kemudian Yusuf as memuliakan mereka.

  • 7/28/2019 KISAH MALAIKAT

    8/16

    Firman Allah SWT bermaksud:

    Yusuf berkata kepada bujang-bujangnya, Masukkanlah barang-barang (penukar milik mereka) kedalam karung-karung mereka, supaya mereka mengetahuinya apabila mereka telah kembali kepadakeluarganya mudah-mudahan mereka kembali lagi.(Yusuf. 62)

    Kali kedua, mereka datang dengan kesombongan maka mereka pulang dengan rasa dukacita, ketikasaudara mereka mengatakan kepada mereka: Kembalilah kepada ayahmu dan katakanlah: Wahaiayah kami, sesungguhnya anakmu telah mencuri.(Yusuf. 81)

    Kali ketiga mereka datang dengan merendahkan diri, oleh sebab itu mereka pulang dengan hati yangsenang dan gembira. Kerana Yusuf mempunyai sifat penyayang dan orang yang penyayang itu sukakepada orang yang merendah diri.

    Ketika mereka memasuki Kota Mesir, Yusuf as memerintahkan agar istana-istana dan rumah-rumahdihias. Kemudian beliau mengeluarkan pakaian yang indah untuk dipakaikan kepada sahaya dan

    perajuritnya. Beli memasang permaidani-permaidani yang indah, serta menyusun singgahsana untukmenyambut saudara-saudaranya.

    Nabi Yusuf as duduk di atas singgahsana, lalu beliau memerintahkan agar saudara-saudaranyamasuk. Ketika itu mereka tidak lagi mengenali Yusuf as tetapi Nabi Yusuf masih mengenali mereka.

    Jibril Mengajar Nabi Nuh membuat Kapal

    Di saat kaum Nuh melakukan tipu daya untuk membinasakan Nabi Nuh as maka Allah membinasakanmereka semua iaitu dengan mengeluarkan daripada bumi air yang sangat panas dan mencurahkandari langit air yang sangat sejuk dan mendatangkan angin taufan yang sangat dahsyat di keliling

    mereka, saat itu binasalah musuh-musuh Nabi Nuh dan selamatlah Nabi Nuh berserta pengikut-pengikutnya yang beriman.

    Firman Allah SWT yang bermaksud:

    Maka Kami selamatkan Nuh dan orang-orang yang bersertanya di dalam kapal yang penuh muatan. (Asy-Syuara: 119)

    Kaum Nuh ingin mengeluarkan Nabi Nuh as. daripada tengah-tengah mereka. Kemudian Allah SWTmelakukan tipu daya terhadap mereka. Dan Allah mengeluarkan daripada langit air yang sangat sejukdan memancarkan air daripada bumi dengan air yang sangat panas.

    Firman Allah SWT yang bermaksud:

    Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan menurunkan air yang mencurah-curah. Dan Kamijadikan bumi memancar mata air-mata air maka bertemulah air-air itu satu urusan yang sungguh telahditetapkan.(Al-Qamar: 11-12)

    Ketika masa azab yang telah ditentukan oleh Allah SWT itu hampir tiba, Allah mengutus Malaikat Jibrilas untuk menemui Nabi Nuh as mengajarkan kepada beliau cara-cara menukang kayu, dan Jibrilmengatakan bahawa Allah menyuruh Nabi Nuh membuat sebuah kapal.

    Firman Allah SWT yang bermaksud:

    Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami. (Hud: 37)

  • 7/28/2019 KISAH MALAIKAT

    9/16

    Kemudian Nabi Nuh berkata: Bagaimana cara membuat kapal tersebut? Jibril menjawab: Potonglah124000 keping papan, dan pada tiap-tiap keping papan itu tertulis nama Nabi. Nabi Nuh menjawab :Sesungguhnya saya tidak mengetahui seluruh nama-nama Nabi tersebut? Allah berfirman: WahaiNuh, tugas memotong papan itu adalah tugasmu, sedangkan menyatakan nama-nama nabi itu,

    Akulah yang akan melakukannya.

    Kemudian Nabi Nuh pun memotong kepingan papan yang pertama, maka kelihatan nama Nabi Adamas. Pada kepingan yang kedua nampak nama Syaits as. Pada kepingan papan yang ketiga nampaknama Idris as. Pada kepingan papan yang keempat nama Nuh as. Demikianlah seterusnya, setiap kaliNabi Nuh selesai memotong papan tersebut maka nampaklah nama seorang Nabi pada papan itu.Yang paling akhirnya adalah Nabi Muhammad SAW, sebagai penutup nabi-nabi, penghias orangorang suci dan penyuluh para wali.

    Setelah itu Allah memerintahkan Nabi Nuh as untuk menyiapkan paku-pakunya. Pada setiap pakutercantum nama salah seorang Nabi. Setelah Nabi Nuh as menyiapkan paku, lalu beliau menyatukankepingan-kepingan papan tersebut dan memakunya. Orang-orang kafir yang melihat pekerjaan NabiNuh itu mengejek dan menghinanya. Hal ini dinyatakan Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud:

    Dan mulailah Nuh membuat bahtera. Dan setiap kali pemimpin kaumnya berjalan melewati Nuh,mereka mengejeknya. Berkatlah Nuh: Jika engkau mengejek kami, maka sesungguhnya kami punmengejekmu sebagaimana kamu sekalina mengejek (kami).(Hud: 38)

    Itulah sebagai peringatan yang diberikan oleh Allah, kerana ketika Allah nampakkan nama-namakekasih-Nya pada kepingan papan itu, maka Allah selamatkan papan itu dan penumpangnya daripadabadai dan taufan. Dan ketika Allah menampakkan pada hati orang-orang beriman kecintaan kepadaRasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya, maka Allah selamatkan pula mereka daripada seksaan apiNeraka.

    Dalam sebuah kisah diceritakan, bahawa ada yang bertanya kepada Abdullah bin Abbas ra. Ajarilahkami ilmu yang dapat menyelamatkan kami daripada api neraka dan dapat memasukkan kami ke

    dalam Syurga?

    Ibnu Abbas menjawab: Hendaklah kamu semua melakukan lima belas perkara. laitu lima denganlisan, lima dengan anggota badan dan lima dengan hatimu.

    Lima dengan lisan itu adalah mengucap kalimah:

    1. Subhanallah2. Alhamdulillah3. La ilahaillallah4. Allahuakhbar5.

    Lahaulawala quwata illa billahil aliil adzhim

    Lima dengan anggota badan iaitu solat lima waktu:

    1. Isyak.2. Subuh.3. Zohor.4. Asar.5. Maghrib.

    Lima dengan hati iaitu mencintai lima orang yang dicintai Allah SWT Rasulullah dan sahabat yangempat.

    1. Nabi Muhammad SAW

  • 7/28/2019 KISAH MALAIKAT

    10/16

    2. Abu Bakar Siddiq.3. Umar bin Khattab.4. Usman bin Affan.5. Ali bin Abi Thalib.

    Izrail Masukkan Roh Ke badan Adam AS

    Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala, dan duabuah liang di bawah badan letaknya. Tujuh buah letaknya di kepala: Dua liang mata, dua liangtelinga, dua liang hidung, dan sebuah liang mulut. Yang dua macam di bawah: Sebuah liangkemaluan dan liang dubur.

    Dijadikan pula lima buah pancaindera:

    1. Mata alat penglihatan.2. Hidung alat penciuman.

    3. Telinga alat pendengaran.4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.5. Anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa, halus, kasar, dansebagainya.

    Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api.KemudianAllah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "Sifat. Lalutubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan di dalam "AlamMalakat."

    Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "Tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelumdijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari Nur Sifat

    Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Bahrul-Uluhiyah." Kemudian tubuh itu dibenamkan dengan

    air "Kudral- 'lzzah-Nya," iaitu sifat "Jalan dan Jammal", lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yangsempurna.

    Cuba perhatikan fiman Allah dalam surah Ad-Dahr, ayat satu sebagaimana yang berbunyisebagai berikut: "Apakah tidak datang kepada manusia khabar berita suatu zaman yang tidakdapat disebut-sebutkan menurut perhitungan manusia?"Yang maksudnya Allah ciptakan alam semesta dan temasuk Adam dalam waktu yang sangatlama, yang tidak dapat ditaksir dan dikira-kira menurut perhitungan manusia zaman sekarang.

    Menurut keterangan ulama, ketika tubuh Adam diselubunginya dalam waktu 120 tahun, 40 tahundi tanah yang kering, 40 tahun di tanah yang basah, dan 40 tahun yang hitam dan berbau.Kemudian Allah rubah tubuh Adam dengan rupa kemuliaan. Maka tertutuplah pemandangan mata

    malaikat daripada melihat hakikat yang sebenamya. Mereka memandang rendah akan bakalkejadian Adam lantaran menurut penglihatan yang nyata asal kejadian Adam. Tiada lainsebabnya dari kurang makrifat mereka. Memang para malaikat telah mengetahui bahawa Adamini akan menjadi khalifah Tuhan di dunia. Sudah tentu mereka merasa hairan, mengapa orangyang akan menjadi khalifah Tuhan demikian asal kejadiannya. Sedangkan bangsa malaikat asalkejadian mereka dari cahaya.

    Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam, ia pun merasa enggan.Segan dan malas untuk masuk ke tubuh Adam yang masih merupakan patung yang kini sudahmengeras seperti batu. Roh itu bukan masuk, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adamyang terlantar di situ dikelilingi malaikat yang menyaksikan seperti Jibril, Mikail, Israfil, Izra'il danlain-lain malaikat lagi.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izra'il untuk memaksa roh itu masuk ke dalam tubuh Adam.

    Akhirnya mahu tidak mahu roh itu menyerah kepada Izra' il.

  • 7/28/2019 KISAH MALAIKAT

    11/16

    Ia dimasukkan ke dalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanyayang mengambil masa selama 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan kepada Izra'iluntuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Dahulu Izra'il ditugaskan mengambil tanah untuk

    Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

    Setelah ia meresap ke kepala Adam, maka teijadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya

    dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat danmelirik ke kiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana sebahagian daripada badannyamasib merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikankejadian dia. Ketika itu telinga Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucap tasbihmemuji kebesaran Allah, dengan bemacam-macam ucapan kalimat tasbih dengan suara merdudan mengasyikkan.

    Kemudian ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itu Allahajarkan mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kali ke hadrat Allah. Lalu Allahberkata: "Yarkhamukallaah" yang ertinya: "Semoga engkau diberi rahmat Allah."

    Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap: "Alhamdulillah" dan orang yangmendengarnya sunat mengucap: Yarkhamukallaah."

    Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagianbadannya ke bawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang sukatergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana fiman Allah SWT maksudnya: "Dan adalah manusia itu,suka tergesa-gesa."

    Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya maka terjadilah susunan isi perut dengansempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruhtubuh Adam, tangan, kaki, lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengansempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

    Menurut riwayat ketika Adam masih berada di Syurga sangat baik sekali kulitnya. Tidak sepertiwarna kulit kita sekarang ini. Kerana setelah Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahanwarna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanya pada kuku manusia.Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tapi warna kuku adalah sama, ialah putihkemerah-merahan.

    Suatu keterangan bahawa Nabi Adam as dikenali dengan gelaran Abul-Basyar: (Bapa segalaManusia) dan Nabi Muhammad SAW pula dengan gelaran "Abul Ruh" atan "Abul Arwah" (Bapasegala roh).

    Setelah kejadian Adam sempurna sebagal manusia, maka dialah merupakan jenis makhlukmanusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang

    begitu menawan. Mereka sama sekali tidak menyangka bahawa makhluk yang asalnya dari tanahkini kelihatan indah dan menawan.

    Kemudian Adam dipakaikan dengan pakaian kebesaran dari syurga dengan mahkota yang ditatahintan berlian yang menambahkan lagi keagungannya sebagal seorang raja atau khalifah. Setelahitu Adam duduk di atas kerusi keemasan yang bertatah pemata sambil dikelilingi oleh paramalaikat. Kemudian setelah Adam duduk di atas kerusi itu, lalu dia di usung oleh empat orangmalaikat serta diiringi oleh ribuan malaikat untuk diperkenalkan kepada penghuni di langit yangpertama sehingga ke langit yang ke tujuh sampailah ke syurga.

    Menurut riwayat mengatakan Adam diarak oleh malaikat selama lebih kurang 100 tahun. Setelahitu barulah Adam dibawa ke syurga iaitu tempat Adam mula-mula dijadikan.

    Kemudian datanglah Jibril membawa seekor kuda dari syurga yang berwarna hijau muda sertabersayap. Baunya sangat harum serta dapat berkata-kata seperti manusia. Di belakang kuda itu

  • 7/28/2019 KISAH MALAIKAT

    12/16

    terdapat tempat duduk yang selesa. Jibril memegang tali pemacu, Mikail duduk di sebelah kananAdam manakala Israfil pula duduk di sebelah kiri beliau.

    Diceritakan di mana saja Adam pergi dia selalu mengucapkan "Assalamualaikum" yang mana iadijawab oleh setiap para malaikat dengan "Waa'alaikum salam."

    Berbagai bentuk Malaikat Izrail Mencabut

    Nyawa

    Bila sampai masa kematian, maka Allah SWT mengutus malaikat Maut (Izrail)mencabut roh dari tubuh orang tersebut. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

    "Dan Dialah yang mempunyai kuasa tertinggi di atas hambaNya. Dan diutusNya, padamu malaikat-malaikat penjaga. Sehingga apabila datang kematian pada salah seorang di antaramu lalu iadiwafatkan oleh malaikat-malaikat Kaini, dan malaikat-malaikat Kaini itu tidak melalaikan

    kewajipannya."(Al-An 'un: 61)

    Sekiranya orang yang akan dicabut rohnya itu orang Mukmin yang tidak berdosa, maka malaikat itudatang sebagai seorang yang rupawan. Tetapi jika datang pada orang kafir dan munafik maka merekamendatanginya dengan rupa yang menakutkan.

    Bara' bin Azib telah meriwayatkan yang dikutip dalam hadith Sunan Abi Daud, Hakim, Ahmad danlainnya menyebutkan hal tersebut sebagai berikut:

    "Sesunguhnya jika orang Mukmin, maka ketika dia akan keluar dari dunia ini dan menuju alam akhirat,maka dia didatangi malaikat yang turun dari langit dengan muka yang putih berseri. Seolah-olahwajah malaikat itu seperti sinar matahari. Mereka itu membawa kain kafan yang dibawa dari syurga.

    Juga membawa wangian dari syurga. Malaikat datang sambil duduk sejauh mata memandang.Kemudian datanglah malaikat Maut dengan duduk di sisi kepalanya. Malaikat itu mengatakan:

    "Hai nafas yang baik (tenang), keluarlah anda sekarang dengan mendapatkan ampunan dari Allahdan kerelaanNya." Kemudian keluarlah roh itu seperti mengalirnya sebuah titisan yang berasal darisatu minuman, kemudian malaikat itu mengambil roh itu.

    "Dan sesungguhnya jika orang yang akan dicabut itu roh orang yang kafir, (dalam riwayat yang lain:orang yang "fajir" ertinya penjahat, penzina atan pendusta) maka ketika orang itu di dunia lalu diadidatangi malaikat yang turun dari langit (yang keadaannya kejam dan kasar) dengan rupanya yanghitam. Dengan membawa pakaian berbulu, lalu mereka duduk daripadanya sejauh mata memandang.Lalu Malaikat Maut (Izrail) datang dan duduk di sisi kepalanya, sambil mengatakan, "Hai roh yang

    jahat, keluarlah engkau sekarang menuju kemurkaan Allah dan kemarahanNya ." Lalu dipisahkan rohitu dari tubuhnya, yang terpisahnya itu laksana dicabutnya bulu basah oleh besi panas (yangkemudian diikuti dengan putusnya keringatnya dan urat sarafnya)." (Lihat Hadith riwayat Hakim, AbuDaud, Ahmad dan lainnya).

    Semasa hal itu berlaku, mereka yang hidup berada di sampingnya tidak tahu apa-apa, tidak melihatsesuatu. Perhatikan firman Allah SWT yang bermaksud:

    "Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkongan, padahal kamu ketika itu melihat. Dan Kamilebih dekat kepadanya daripada kamu. Tetapi kamu tidak melihat."(Al- Waqiah: 83-85)

    Nabi SAW telah mengungkapkan tentang adanya malaikat maut yang akan memberikan berita

    gembira kepada mereka yang akan mati sebagai seseorang mukmin dengan janji ampunan Allahserta kecintaanNya. Namun bagi mereka yang kafir atau orang yang jahat (berdosa), bagi merekadijanjikan pula adanya kemurkaan dan kemarahan Allah kepadanya.

  • 7/28/2019 KISAH MALAIKAT

    13/16

    Berkaitan janji syurga kepada orang Mukmin yang akan mati telah diterangkan Allah dalam AI-Quranyang ertinya:

    "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: Tuhan kami ialah Allah kemudian merekameneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun pada mereka dengan mengatakan:

    Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan bergembiralah kamu denganberoleh syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu. Kamilah pelindung-pelindungmu dalamkehidupan dunia mahupun akhirat, yang di dalamnya kamu akan beroleh apa yang kamu inginkan,dan akan memperoleh pula di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan bagimu dari TuhanYang Maha Pengampun lagi Penyayang."(FusshiIat: 30-32)

    Firman di atas menurut para ahli tafsir turun berkenaan dengan orang yang akan mati dalam keadaanserba takut dan susah, menghadapi masa akan datangnya kematian. Bahkan takutnya orang-orangyang akan mati kemudian. Dengan ayat ini maka jelaslah bahawa malaikat akan turun padanya nantipada saat-saat kematiannya dengan berita yang membawa ketenteraman, yang seolah-olah malaikatitu akan mengatakan:

    "Janganlah anda susah dalam menghadapi masa akan datang, baik ketika di alam barzakh mahupundi akhirat nanti. Juga anda tidak perlu susah tentang keluarga anda, anak-anak anda, mahupunhutang-hutang anda." Bahkan diberinya berita dengan janji akan dimasukkan syurga sebagai beritagembira.

    Sebaliknya, bagi orang yang kafir maka malaikat berjanji kepada mereka untuk menempatkan merekadi neraka jahannam.

    Sepertimana Allah SWT firmankan dalam Al-Quran tentang malaikat yang akan mematikan merekayang kafir dalam peperangan Badar, seperti dalam ayat yang menyebutkan:

    "Kalau kamu melihat ketika para malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul

    muka dan belakang mereka dan berkata: Rasakanlah olehmu seksa neraka yang membakar.Demikian itu disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri. Sesungguhnya Allah tidak sekali-kalimenganiaya hambaNya."(AL-Anfal: 50-51)

    Dari firman Ilahi di atas menunjukkan pada kita bagaimana para malaikat mencabut roh orang yangkafir, maka merupakan suatu cara yang mengerikan; para malaikat itu memukul wajah dan belakangmereka dan malaikat mengatakan; "Rasakanlah engkau sekarang dengan seksaan yang pedih."

    Kisah itu berlaka dalam peperangan Badar, namun hal itu boleh terjadi bila-bila masa saja berkaitanmasalah yang menyangkut kekafiran; tidak hanya khusus bagi orang-orang kafir dalam perang Badar.Boleh berlaku pada hari ini untuk orang yang kafir.

    Malaikat Suka Duduk dalam Majlis Zikir

    Dari Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Allah Tabaraka wa Taala

    mempunyai para malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir, sebaik saja mereka menjumpai majlis

    zikir, maka mereka akan duduk bersama orang-orang yang sedang berzikir serta memanggil malaikat-

    malaikat yang lain. Mereka akan datang berkerumun mengelilingi orang-orang yang sedang berzikir

    itu dengan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit dunia.

    Apabila majlis berzikir itu tamat, maka para malaikat akan naik kembali ke langit. Lalu Allah SWT

  • 7/28/2019 KISAH MALAIKAT

    14/16

    bertanya mereka: "Wahai para malaikatKu, dari manakah kamu semua?" Berkata para Malaikat: "Ya

    Tuhan kami, kami baru saja pulang dari memeriksa hamba-hambaMu di bumi, mereka bertasbih,

    takbir, talil dan tahmid serta memohon kepadaMu." Sebenarnya Allah SWT lebih mengetahui tentang

    perbuatan mereka dan semua makhluk ciptaannya. Setelah Allah SWT mendengar kata-kata para

    malaikatNya, maka Allah SWT pun berfiman: "Wahai para malaikatku, apakah yang mereka minta

    kepadaKu?" Berkata para malaikat: "Hamba-hambamu itu memohon syurga dariMu." Allah SWTbertanya lagi: "Pemahkah mereka melihat akan syurga itu?" Berkata para malaikat lagi: "Mereka tidak

    pernah melihat syurga itu."

    Berfiman Allah SWT: "Hamba-hambaKu memohon syurga padahal mereka tidak melihatnya dan

    apalagi kalau mereka melihat syurga itu." Berkata para malaikat: "Mereka juga memohon kebebasan."

    Allah SWT bertanya: "Mohon bebas dari apa?" Berkata para malaikat: "HambaMu itu memohon

    kepadaMu supaya mereka itu dibebaskan dari neraka jahanam." Allah SWT bertanya para malaikat

    lagi: "Pernahkah hamba-hambaKu melihatkan nerakaKu itu?" Berkata para malaikat: "Tidak ya Allah."

    Allah SWT berfirman: "Hamba-hambaKu itu tidak pemah melihat neraka jahanam, tapi mereka

    memohon supaya dibebaskan darinya, apalagi kalau mereka melihatnya."

    Kemudian para malaikat berkata lagi: "Ya Allah, hambaMu itu memohon ampun kepadaMu," AllahSWT berfiman: "Dengarlah wahai para malaikatKu, Aku mengampuni mereka itu dan aku akanmemberi apa yang mereka minta serta membebaskan mereka dari api neraka yang mereka takut itu."Berkata malaikat lagi: "Ya Allah, di antara mereka itu terdapat seorang hamba yang penuh dengandosa, dia melalui majlis itu lalu duduk bersama mereka yang sedang berzikir." Allah SWT berkata:"Orang itu pun Ku ampuni, begitu juga dengan setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir itu, tidakada yang celaka."

    Malaikat Menunjukkan Gambaran Syurga

    kepada Asiah

    Dalam sejarah tokoh kekafiran yang paling dahsyat adalah Firaun. Ia bukan sahaja tidak mengakuiadanya Tuhan malah ia mengangkat dirinya sebagai tuhan yang berhak disembah sehingga tergamakia menyatakan di hadapan rakyat jelata, Akulah tuhan kamu yang maha tinggi.

    Orang-orang kafir seperti Raja Namrud, Abu Jahal, Abu Lahab dan beberapa orang lagi yang terkenaldalam sejarah, mereka tetap mengakui adanya Tuhan. Hanya sahaja mereka tidak mengakui tuhanmereka adalah Allah Yang Maha Esa.

    Segala seruan Nabi Musa dan Harun sedikitpun tidak pernah ia hiraukan, malah pernah suatu ketikaFiraun naik ke puncak sebuah bangunan yang tinggi dan melepaskan anak panah ke langit.

    Kebetulan anak panah itu jatuh di hadapannya dengan bersimbahan darah, lalu ia isytiharkan padarakyat jelata bahawa ia telah membunuh Tuhan Nabi Musa sedangkan darah tersebut hanyalah darahburung yang Allah tetapkan mengenai sasaran anak panahnya supaya ia bertambah kufur dengankesombongan dan kekafirannya.

    Seluruh rakyatnya dipaksa untuk menyembah dan sujud padanya. Sesiapa yang ingkar, pastidibunuhnya sehingga seluruh rakyatnya merasa takut dan tidak mempunyai pilihan kecualimenyembahnya.

    Walaupun seluruh rakyat telah menyembahnya sebagai tuhan, ada seorang yang paling dekathubungan dengan dirinya berani mengingkarkan dirinya sebagai tuhan iaitu istennya sendiri, Asiah.

  • 7/28/2019 KISAH MALAIKAT

    15/16

    Dialah satu-satunya orang yang beriman kepada Allah di istana Firaun. Rahsia keimanannya yangdisembunyikan selama ini telah terbongkar berpunca dari ucapan perkataan Allah yang terbit danmulutnya secara tidak sengaja.

    Firaun berusaha memujuk supaya ia kembali kepada kekafirannya. Ia berkata: Wahai isteriku,tahukah engkau akibat orang yang mengingkari diriku sebagai tuhan? Sebelum engkau menyesal,

    ubahlah pendirianmu!

    JawabAsiah dengan tegas: Wahai Firaun, pendirianku tidak akan berubah walau apapun yang akanmenimpa diriku dan perlu engkau ingat bahawa engkau dan aku adalah sama-sama manusia biasa.Tuhanmu dan Tuhanku adalah Allah.

    Firaun berusaha memujuknya dengan kata-kata lemah lembut tetapi tetap tidak berhasil, laludigunakan kekerasan. Kata Firaun: Hai Asiah, jika engkau tidak mahu mengubah pendirianmu,pastilah engkau akan aku pancung!

    Jawab Asiah: Wahai Firaun, lakukanlah apa yang engkau mahu tetapi sedikitpun engkau tidak akandapat menguasai pendirianku dan dengarkanlah sekali lagi aku nyatakan bahawa Tuhanmu dan

    Tuhanku adalah Allah.

    Setelah usaha mempengaruhinya secara lemah lembut mahupun secara keras juga tidak berhasil,lalu Firaun membuat pengumuman pada sekelian rakyatnya bahawa seorang perempuan akandipancung kepalanya akibat keengganannya untuk mengakui Firaun sebagai tuhan iaitu Asiah,isterinya sendiri. Semoga hukuman ini akan menjadi pengajaran bagi sesiapa yang ingkar akanketuhanan Firaun.

    Pada masa yang telah ditentukan, berkumpullah sekalian rakyat di suatu tempat di mana Asiah diikatpatda sebatang pokok kurma. Firaun masih tidak berputus asa dan cuba memujuknya.

    Katanya: Wahai Asiah, ubahlah pendirianmu. Engkau akan kumaafkan. Berulang kali pula Asiahmenjawab: Tidak, janganlah engkau cuba mempengaruhiku lagi. Sia-sia sahaja perbuatanmu.

    Lalu Asiah memohon pada Allah sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yang bermaksud: Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan bagi orang-orang yang beriman iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata: Tuhanku, binalah untukku sebuahistana di sisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya sertaselamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.

    Permohonan Asiah diperkenankan oleh Allah, lalu Allah perintahkan pada malaikat: SesungguhnyahambaKu memohon padaKu dan Aku perkenankan permohonannya. Maka perlihatkanlah padanyagambarannya kerana suaminya yang di dunia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalamsyurga, istananya yang ada di dunia akan Aku ganti dengan istana yang lebih baik di dalam syurga.

    Maka malaikat pun menunjukkan gambaran keindahan syurga sebagaimana permohonan Asiah.Pada ketika itu Asiah tersenyum seolah-olah ia mencabar kematiannya. Asiah menghadapi kematiantidak dalam keadaan bersedih, juga tidak menangis malah tersenyum.

    Hari Raya para Malaikat

    Diriwayatkan dari Abi Umamah Al-Bahili dia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Apabiladatang bulan Syaaban, maka bersihkanlah dirimu dan perbaikilah niatmu didalamnya.

    Hadith dari Usamah ra: Aku berkata; Ya Rasulullah SAW aku tidak pernah melihatmu berpuasa satubulan dari bulan bulan ini seperti puasa dalam bulan Syaaban. Sabda Rasulullah SAW: Wahai

    Usamah, itu adalah satu bulan yang kebiasaannya manusia lengah darinya antara Rejab dan

  • 7/28/2019 KISAH MALAIKAT

    16/16

    Ramadan. Syaaban adalah satu bulan yang di dalamnya diangkat amal-amal ini kepada Tuhan serusekalian alam, maka sebab itu aku suka kalau amalku diangkat sedang aku dalam keadaan puasa.

    Dikatakan bahawa sesungguhnya malaikat-malaikat di langit memiliki dua malam hari raya,sebagaimana orang-orang Islam di bumi memiliki dua hari raya. Hari raya bagi para malaikat ialahpada malam Baraah iaitu malam nisfu Syaaban dan malam lailatul Qadar, dan raya bagi orang-orang

    Islam di bumi ialah pada han raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.

    As-Subki dalam tafsirnya menyatakan: Sesungguhnya malam Nisfu Syaaban itu menutup dosa-dosasetahun, malam jumaat menutup dosa seminggu dan malam Lailatul Qadar menutupkan dosa seumurhidup.