4
1 KISAH NABI YUSUF A.S. DENGAN ZULAIKHA. Assalamualaikum…… Ahlan wasahlan bicara bermula Hakim yang bijaksana .hadirin sejahtera, Qisahsul anbiya wadah ditinta, Kisah Nabi Yusuf dengan Zulaikha rangkaikan diminda. Nabi Yusuf adalah putera Nabi yaakub.Bondanya bernama Rahil.Bunyamin saudaranya seibu.Baginda merupakan salah seorang dari 12 orang anak Nabi Yaakub.Nabi Yaakub amat sayangkan Nabi Yusuf kerana akhlaknya yang baik banding dengan saudaranya yang lain.Ini menimbulkan rasa cemburu dan iri hati pada saudara Nabi Yusuf. Surah Yusuf ayat 6 Kawan-kawan Keturunan yang baik melengkapi kebahagiaan keluarga.Berleluasanya perzinaan masa kini meruntuhkan Institusi Modal Insan. Langkah pencegahan perlu dilaksanakan. Ya hadirin sekelian. Sajak; Keizinan ayahanda membawa Yusuf bergembira. Niat jahat saudaranya terlaksana, Didalam perigi dicampakkan ia Hanya memohon keselamatan dari Allah Yang Esa. Singgahlah kabilah mengambil air bekalan mereka.

Kisah Nabi Yusuf

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kisah nabi

Citation preview

Page 1: Kisah Nabi Yusuf

1

KISAH NABI YUSUF A.S. DENGAN ZULAIKHA.

Assalamualaikum……

Ahlan wasahlan bicara bermulaHakim yang bijaksana .hadirin sejahtera,Qisahsul anbiya wadah ditinta,Kisah Nabi Yusuf dengan Zulaikha rangkaikan diminda.

Nabi Yusuf adalah putera Nabi yaakub.Bondanya bernama Rahil.Bunyamin saudaranya seibu.Baginda merupakan salah seorang dari 12 orang anak Nabi Yaakub.Nabi Yaakub amat sayangkan Nabi Yusuf kerana akhlaknya yang baik banding dengan saudaranya yang lain.Ini menimbulkan rasa cemburu dan iri hati pada saudara Nabi Yusuf.

Surah Yusuf ayat 6

Kawan-kawan

Keturunan yang baik melengkapi kebahagiaan keluarga.Berleluasanya perzinaan masa kini meruntuhkan Institusi Modal Insan. Langkah pencegahan perlu dilaksanakan.

Ya hadirin sekelian.

Sajak;

Keizinan ayahanda membawa Yusuf bergembira.Niat jahat saudaranya terlaksana,Didalam perigi dicampakkan iaHanya memohon keselamatan dari Allah Yang Esa.Singgahlah kabilah mengambil air bekalan mereka.Terkejut….lelaki tampan bergayut ditimbanya.Dijual Yusuf mendapat ganjarannya.Dibeli Pembesar Mesir Futihar namanya.Jadilah anak angkat keluarga tercinta.Ibu angkatnya bernama Zulaikha.

Page 2: Kisah Nabi Yusuf

2

Surah Yusuf ayat 21.

Ya kawan-kawan,

Kita mestilah menyayangi anak angkat seperti anak kandung sendiri. Malaysia antara negera yang sangat perihatin dengan pengendalian anak angkat seperti yang dikendalikan oleh badan kebajikan masyarakat. Ya hadirin sekelian,Segak dan tampan Yusuf kini,Zulaikha tertarik hingga lupa diriCinta Zulaikha tidak diperduli,Iman kepada Allah benteng diri.

Nafsu telah menguasai diri hingga Zulaikha menarik Yusuf agar melakukan maksiat.Yusuf yang takut cuba melarikan diri sehingga bajunya terkoyak ditarik oleh Zulaikha.Disaat itu datanglah suaminya melihat keedaan yang mencurigakan. Zulaikah telah memfitnah bahawa Yusuf telah masuk ke bilik dan mengajaknya melakukan maksiat.

Surah Yusuf ayat 28

Kawan-kawan

Wanita selalu menggunakan kelembutan untuk menguasai kaum lelaki.Isteri curang jadi sempadan. Futihar telah memanggil seorang saksi mengadili perkara tesebut.‘ jika pakaian Yusuf koyak dihadapan,maka kata-kata Zulaikha benar dan Yusuf telah berdusta ,tetapi jika baju itu koyak dibelakang maka Yusuf bercakap benar.’ Apabila melihat melihat kepada pakaian Yusuf itu terbukti bahawa Zulaikha yang berdusta.

Page 3: Kisah Nabi Yusuf

3

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua.Setiap kejujuran pasti ada hasilnya.Nabi Yusuf terselamat dari fitnah Zulaikha.

Hadirin sekelian,

Berita tentang Yusuf dan Zulaikha tersebar .Zulaikha mengadakan jamuan dan mengajak wanita-wanita yang mencemuhnya.Setiap wanita diberi satu pisau untuk memotong makanan mereka. Kemudian Yusuf disuruh keluar dihadapan para jemputan.Melihat ketampanan Nabi Yusuf telah membuatkan mereka tercengang dan cecara tidak sengaja telah memotong jari mereka sendiri

Surah Yusuf ayat 31

Ketampanan Nabi Yusuf yang sangat luar biasa diakui oleh semua orang.Semua orang ingin mendampinginya. Baginda berdoa kepada Allah baginda lebih rela masuk penjara.Doa Nabi Yusuf diperkenankan.Futihar merancang penjarakan Nabi Yusuf demi menjaga nama baik keluarganya. Nabi Yusuf terasa bebas hidup dipenjara ,bebas dari godaan para wanita. Keimanan baginda telah menarik minat penghuni penjara untuk menyahut seruan suci. Manusia adalah khalifah Allah.

Demikian kisah Nabi yang mulia,Tulus ikhlas berserah jiwa,Jadiikutan iktibar bersana.Tanda bersyukur sebagai hamba.

Wabillahi taufiq wal hidayah,

Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.