5
KISAH NABI ZULKIFLI A.S Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahiwabarokaatuh, Pengerusi majlis saya hormati, Panel hakim paksi keadilan, Sidang hadirin yang dikasihi, KISAH NABI ZULKIFLI ALAIHIS SALAM tajuk pilihan. Nabi Zulkifli alaihis salam adalah anak kepada Nabi Ayub. Nama sebenarnya ialah “ Basyar “ Baginda digelarkan dengan gelaran Zulkifli kerana berani tampil menyatakan kesanggupan melaksanakan amanah Rajanya. Raja mencari penggantinya. Tercari cari, Di seluruh negeri, Raja berkualiti, Nasyid – Buat mengganti, Pemerintah negeri.. “Wahai rakyatku…siapakah di antara kamu yang sanggup berpuasa di siang hari, beribadat di malam hari?”. Titah raja kepada rakyat jelata. Baginda dengan beraninya menyatakan kesanggupannya untuk menyahut cabaran rajanya. Berpuasa jadi amalan, Malamnya beribadah mengabdikan diri, (Pantun) Kesabaran diri jadi pilihan, Kretirea raja memerintah negeri. document.doc Page 1 of 5

Kisah Nabi Zulkifli 2014

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kisah Nabi Zulkifli 2014

Citation preview

Page 1: Kisah Nabi Zulkifli 2014

KISAH NABI ZULKIFLI A.S

Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahiwabarokaatuh,

Pengerusi majlis saya hormati,Panel hakim paksi keadilan,Sidang hadirin yang dikasihi,KISAH NABI ZULKIFLI ALAIHIS SALAM tajuk pilihan.

Nabi Zulkifli alaihis salam adalah anak kepada Nabi Ayub. Nama sebenarnya ialah “ Basyar “ Baginda digelarkan dengan gelaran Zulkifli kerana berani tampil menyatakan kesanggupan melaksanakan amanah Rajanya.

Raja mencari penggantinya.

Tercari cari,Di seluruh negeri,Raja berkualiti, Nasyid –Buat mengganti, Pemerintah negeri..

“Wahai rakyatku…siapakah di antara kamu yang sanggup berpuasa di siang hari, beribadat di malam hari?”. Titah raja kepada rakyat jelata.

Baginda dengan beraninya menyatakan kesanggupannya untuk menyahut cabaran rajanya.

Berpuasa jadi amalan,Malamnya beribadah mengabdikan diri, (Pantun)Kesabaran diri jadi pilihan,Kretirea raja memerintah negeri.

Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi lsmail, dan Nabi Alyasak, serta Nabi Zulkifli; dan mereka masing-masing adalah dari orang-orang Yang sebaik-baiknya. ( Surah Sood, 48)

Yaaaa…kita hendaklah berbuat baik sepanjang hayat kita.

Program rialiti imam muda dan ustazah pilihan dari Astro Oasis bertujuan untuk mencari individu yang berkualiti, berilmu serta beriman.

Kawan-kawan nak dengar cerita seterusnya….. dengar ya…

document.doc Page 1 of 4

Page 2: Kisah Nabi Zulkifli 2014

Baginda Dilantik Menjadi Raja.

Nabi Zulkifli ... gelaran diberi…Kesanggupannya … tiada tara…kewibawaannya…. terserlah imannya ( Sajak )kesabarannya … jiwanya..Munajjatnya … ditemani malamnyaAmalan mulia … sebati dijiwa..

Nabi Zulkifli sangat penyabar,Jiwanya murni sungguh mulia, ( Nasyid – 11 bintang matahari )Ibadahnya ikhlas pada ilahi,Hidupnya diberkati..

Dengan ketaatan dan keperibadiannya, baginda telah dilantik menjadi raja memerintah negeri tersebut.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. ( Surah Az-Zaariat – 56 )

Ada dikalangan ummat Islam kini menunaikan solat di tepi-tepi jalan dan kawasan lapang. Ia telah menarik perhatian kita apabila telah dimuatnaik ke ruangan facebook.

Ya kawan-kawan… dalam kesibukan mengejar dunia, ibadah kepada Allah tetap menjadi keutamaan.

Cerita seterusnya makin menarik, marilah sama-sama ikutinya...

Dugaan Syaitan Terhadap Baginda.

Kesabaran dan ibadah teguh dijaga,Memimpin negara seadil-adilnya. ( Pantun )

document.doc Page 2 of 4

Page 3: Kisah Nabi Zulkifli 2014

Iblis melihat penuh curiga.Mengganggu baginda jadi impiannya.

Iblis merancang untuk mengganggu masa tidur baginda. Iblis berfikir apabila masa tidur baginda terganggu, ia akan membuatkan baginda sukar untuk beribadat dan hilang tumpuan semasa memerintah.

Iblis datang… sebagai manusia,Seorang musafir … dirompak barangnya, (Sajak)Masa rehat baginda… telah diganggu,Iblis berharap…. baginda jadi buntu…

Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh Yang amat nyata bagi manusia.( Surah Al-Isra’ ,53)

Sahabatku semua….. berimanlah kepada Allah sepenuh hati..

Kini … ramai remaja masih terlibat dengan masalah sosial seperti rempit, lepak dan penzinaan. Ini adalah kerana kita terpengaruh dengan godaan syaitan.

Wahai rakan-rakan, Teruskanlah bersama saya….

Mengalahkan Iblis Laknatullah

Iblis terus mengganggu baginda. Pada suatu malam, baginda sangat mengantuk dan meminta penjaga supaya mengunci semua pintu. Baginda terdengar ada orang mengetuk pintu biliknya. Penjaga menyatakan bawawa tidak ada sesiapa pun yang masuk ke dalam rumahnya. Baginda merasa sangat hairan.document.doc Page 3 of 4

Page 4: Kisah Nabi Zulkifli 2014

Baginda menyatakan bahawa iblislah yang masuk ke rumahnya. ” Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua ”.

” Ya, aku memang iblis yang ingin menguji kesabaranmu. Ternyata memang benar , engkau orang dapat memenuhi kesanggupanmu duhulu ” jawab iblis.

Ibadah puasa terus diamalkan...Kesabaran nabi tetap di jiwa.. ( nasyid )Kidmatnya pula memang cemerlang..Iblis kecewa tidak terkira.

Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan Taatlah kepadaKu. ( Surah Aali emron – 50)

Hmmm ....bertaqwalah kita kepada Allah taala.

Ceramah perdana dan program dakwah yang berterusan di seluruh negara kini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan insan yang lebih bertaqwa.

Kesimpulannya :

Taatilah perintah Allah dan sabarlah menghadapi ujian-Nya sebagaimana ketaatan nabi Zulkifli alaihis salam.

Wassala mualaikum waroh matullohi wabarokaatuh.

document.doc Page 4 of 4