12
Kolaborasi Informasi Isu Esei PA P1 Perkara/ Isu Definisi Kepentingan Perlembagaan - Perlembagaan bertulis, - Perlembagaan Persekutuan - 31 ogos 1957 - Sumber segala perundangan - Dikanunkan tetapi boleh dipinda - 131 memorandum - Merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan - Sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir Negara - Menjadi asas penting untuk menjamin kelangsungan dan kestabilan politik. - Menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil - Menajmin hak rakyat untuk hidup sebagai seorang warganegara secara aman dan harmoni Bidang:

Kolaborasi Informasi Isu Esei PA P1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

JAdual berkaitan isu-isu yang perlu dikuasai dalam matapelajaran pengajian am penggal 1 stpm 2014/2015.

Citation preview

Kolaborasi Informasi Isu Esei PA P1Perkara/IsuDefinisiKepentingan

Perlembagaan Perlembagaan bertulis, Perlembagaan Persekutuan 31 ogos 1957 Sumber segala perundangan Dikanunkan tetapi boleh dipinda 131 memorandum Merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan Sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir Negara Menjadi asas penting untuk menjamin kelangsungan dan kestabilan politik. Menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil Menajmin hak rakyat untuk hidup sebagai seorang warganegara secara aman dan harmoni

Bidang:

Kolaborasi Informasi Isu Esei PA P1Bidang:Perkara/IsuDefinisiKesan-KesanLangkah-langkah

GangsterismeKamus Dewan edisi ke 4 Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) 2010 halaman 458, gengsterisme didefinisikan kegiatan gengster atau kumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah tertentu. Menurut Trasher (1963) yang merupakan pelopor awal tentang kajian gangsterisme mengutarakan bahawa pada awal remaja golongan ini berpotensi untuk mewujudkan gang.Golongan ini mudah terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat mereka dapat memperolehi keseronokan dalam kumpulan mereka.1. Membawa kesan negatif kepada sekolah Kewujudan kumpulan-kumpulan gangster di sekolah memberi impak dan pengaruh negatif kepada pata pelajar.Ahli-ahli kumpulan gangster sering melakukan kegiatan-kegiatan ganas di sekolah.Sekiranya ahli geng dapat menubuhkan satu jaringan aktiviti yang amat kuat di sekolah ia bolahmengganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah.Ini seterusnya memberi kesan negatif kepada pelajar-pelajar, pihak pengurusan, keselamnatansekolah, dan juga proses penyampaian pendidikan amnya.2. Mengganggu proses pengajaran dan pembelajaranSalah laku pelajar memberi impak secara langsung ke atas kualiti pendidikan yang diberikan disekolah.Kumpulan-kumpulan ini mencurahkan perasaan benci dan tidak puas hati dengan mengganggu prosesP&P .Berasaakan perkembangan ini, aktiviti gengsterisme yang wujud di sekolah-sekolah --- jika tidak dikawal akan menimbulkan gangguan terhadap P&P di dalam dan di luar sekolah. Unsur-unsur gengsterisme itu juga memesongkan kumpulan pelajar daripada terlibat secara aktif dan bersungguh-sungguh dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Kegagalan menangani secara segera dan berkesan bolah mengagalkan usaha mencapai matlamat pendidikan negara.3. Mewujudkan budaya takutKehadiran geng di sekolah menyebabkan pelajar-pelajar di sekolah berkenaan menjadi 2 kali gandalebih takut.Para pelajar takut menjadi mangsa keganasan.

Kolaborasi Informasi Isu Esei PA P1Bidang:Perkara/ isuDefinisiSebab/ FaktorKepentingan

Integriti Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.Sebab/Faktor1. KepimpinanIltizam yang lemah akan menyebabkan merosotnya integriti.2. Sistem dan ProsedurKurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam, misalnya dalam urusan tender.3. Struktur dan institusi ialah komponen penting dalam menjamin kelancaran pentadbiran Struktur yang tidak kemas, kurang fokus dan lapuk akan membazirkan sumber dan menyebabkan tidak berkesan untuk mencapai matlamatnya.4. BudayaBudaya yang tidak menjunjung tinggi integriti akan mempengaruhi mereka untuk bersikap tidak ambil peduli, tidak bertanggungjawab dan melepaskan tanggungjawab kepada orang lain.

1. KepimpinanKepimpinan sangat penting dalam mencorakkan budaya organisasi dan masyarakat serta tahap integriti.2. Struktur dan institusi ialah komponen penting dalam menjamin kelancaran pentadbiran Kerajaan, swasta dan masyarakat .3. BudayaPersekitaran amat penting dalam mempengaruhi individu dari segi pembentukan nilai dan tingkah laku.Budaya yang menjunjung tinggi integriti akan memberi persekitaran yang sesuai kepada individu untuk tidak menyimpang dalam tingkah lakunya.

Kolaborasi Informasi Isu Esei PA P1Perkara/IsuDefinisiPunca-puncaLangkah-langkah

Penderaan Kanak-kanak Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun.

Penderaan kanak-kanak ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:-Penderaan fizikal kanak-kanak.Penderaan mental kanak-kanak.Penderaan seksual kanak-kanak.

Penderaan kanak-kanak merupakan satu masalah perubatan dan sosial yang berlaku di seluruh dunia. ibu bapa yang bekerja mungkin menghadapi tekanan di tempat kerja.

Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu.

faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen Keluarga Bahagia bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka.

Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yangmendera kanak-kanak.

Bidang

Kolaborasi Informasi Isu Esei PA P1Perkara/IsuDefinisiPunca-puncaLangkah-langkah

Budaya hutang Budaya berhutang boleh ditakrifkan sebagai perihal amalan meminjam wang milik orang lain tanpa melunaskannya akibat tidak berkemampuan. Mengutamakan kemahuan lebih daripada keperluan dalam kehidupan seharian.

Sikap mementingkan pemilikan kebendaan yang melampau.

Terlalu taksub dan terikut-ikut dengan trend gaya hidup mewah terkini.

Penyalahgunaan kad kredit. Penggunaan kad debit dan mengurangkan penggunaan kad kredit. Merancang perbelanjaan isi rumah dan perbelanjaan peribadi secara bijak dan sistematik. Mengadakan kempen kesedaran tentang bahaya mengamalkan budaya hutang yang melampau kepada individu, masyarakat dan Negara

Bidang:

Kolaborasi Informasi Isu Esei PA P1Bidang:Perkara/IsuDefinisiPunca-puncaAkibat

Pelancongan kesihatan Pelancongan kesihatan dimaksudkan apabila seorang individu atau pesakit yang melancong ke negara lain untuk mendapatkan rawatan atau perkhidmatan kesihatan. Kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Tahap kualiti perubatan yang tinggi. Kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta. Mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik di dunia. Caj rawatan di sini lebih murah. - Menjanakan pendapatan negara. - Meningkatkan imej negara di mata dunia. - Menambahkan peluang pekerjaan. - Merancakkan bidang penyelidikan dan pembangunan negara (R&D). - Membantu kemajuan industri yang berkaitan dengan pelancongan negara. - Meningkatkan pembangunan prasarana/infrastruktur negara.

Kolaborasi Informasi Isu Esei PA P1Bidang:Perkara/IsuDefinisiFaedah-faedah

Susu ibu SUSU ibu merupakan rumusan terbaik untuk bayi yang baru lahir. Penyusuan ibu terhadap bayi, ternyata membawa kebaikan kepada si ibu dan bayinya sekali.. Ibu-ibu yang menyusukan bayinyasendiri dapat menjarakkan kelahiran bayi seterusnya secara semula jadi. Ibu-ibu yang menyusukan bayinya ternyata lebih sihat berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi dengan susu badan.

Bayi-bayi yang menyusu badan pula akan lebih tahan daripada dijangkiti penyakit.

Susu ibu juga ternyata satu makanan yang sangat berkhasiat kepada bayi-bayi.Susu ibu mengandungi pelbagai mineral, kaya dengan protein serta sumber vitamin A dan C.

Kolaborasi Informasi Isu Esei PA P1Bidang:Perkara/IsuDefinisiKepentinganLangkah-langkah

Kedaulatan dan keutuhan negaraKedaulatan merupakan perkara asas dalam sesebuah negara. Kedaulatan amat penting kerana ia dianggap satu aset bagi mempertahankan kemerdekaan dan ketuanan negara untuk tidak terus dijajah atau dijajah. Rakyat di sesebuah Negara dapat hidup dengan aman dan harmoni. Rakyat bebas mengeluarkan atau menyuarakan pendapat atau buah fikiran secara aman dan bebas Rakyat bebas menganut ssterusnya mengamalkan agama masing-masing. Bebas memilih cara hidup tanpa mengganggu kesejahteraan orang lain. Kedaulatan dan keutuhan dapat dikekalkan melalui kewibawaan dan kebijaksanaan pemimpin. Mengadakan kerjasama ketenteraan serantau atau antarabangsa Membendung masalah kebejatan nilai-niali moral dalam kalangan rakyat melalui pelaksanaan kempen-kempen kesedaran