Koleksi Karangan

Embed Size (px)

Citation preview

Hobi SayaSetiap orang mempunyai hobi masing-masing.Hobi biasanya dilakukan pada masa terluang atau masa lapang.Kita perlu mengisi masa lapang kite dengan perkara-perkara yang berfaedah.Hobi saya ialah menanam pokok bunga.Saya menanam pelbagai jenis pokok bunga.Antaranya ialah bunga kertas,bunga orkid,bunga mawar dan bunga matahari.Kesemua pokok bunga saya tumbuh dengan subur dan cantik.Ibu banyak mengajar saya cara-cara menanam dan menjaga pokok-pokok bunga tersebut.Saya pula memperoleh benih dan anak-anak pokok di nurseri dan pasar tani yang berdekatan dengan rumah kami.Pada waktu petang,saya akan menyiram pokok-pokok bunga tersebut.Setiap bulan pula saya akan membubuh baja pada pokok-pokok bunga itu supaya lebih subur.Di samping itu,saya juga akanmerumput dan membuang daun-daun kering yang terdapat di dalam pasu bunga dan sekitarnya.Saya berasa gembira dengan hobi ini.Saya bercita-cita untuk mengusahakan beberapa buah nursery dan kedai bunga apabila dewasa kelak.

Pada minggu yang lalu,saya sekeluarga pulang ke kampong datuk yang terletak di Tanjung Piandang.Saya berasa sangat seronok kerana sekarang musim buah-buahan.Pokok-pokok di dusun datuk seperti durian,rambutan,langsat dan manggis berbuah lebat.Datuk membawa kami ke dusunnya.Datuk mengait buah rambutan dengan sebatang galah yang panjang.Kami mengutip lalu memasukkannya ke dalam sebuah raga yang besar.Buah-buahan tersebut akan dijual sebahagiannya.Selepas itu,saya dan adik mandi di air terjun yang terletak bersebelahan dengan dusun datuk.Badan kami terasa segar.Kemudian,kami membantu datuk mengutip buah durian yang gugur.Di samping itu,datuk mengopek buah durian untuk kami berdua.Rasa buah durian sungguh lazat.Pada sebelah petang,datukmenjual buah buah tersebut di sebuah gerai di tepi jalan.Saya turut menbantu datuk menjual buah-buahan itu.Ramai pelanggan yang datang untuk membeli buah durian dan buah rambutan datuk.Pada keesokan hari,kami pulang ke Kuala Lumpur.Saya berasa sangat gembira dan tidak puas berada di kampong.Saya berjanji akan pulang ke kampong pada waktu cuti sekolah nanti.

Laporan Hari Anugerah KecemerlanganSJK(C) Ai Chun2Pada 5 November yang lalu,SJK(C) Ai Chun 2 telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan.Majlis tersebut telah diadakan di dewan sekolah.Suasana dewan sungguh cantik dihiasi dengan bendera-bendera kecil yang berwarna-warni dan pokok-pokok bunga yang disusun indah.Ramai ibu bapa yang hadir,Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG,Encik Vincent Yau.Dalam ucapannya,eliau menasihati murid-murid supaya sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan dengan cemerlang.Beliau turut melahirkan rasa bangga atas kejayaan yang dicapai oleh sekolah sepanjang tahun 2012.Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah kepada murid-murid yang mendapat tempat pertama,kedua dan ketiga dalam kelas.Selain itu, murid yang mendapat markahtertinggi dalam setiap mata pelajaran juga turut diberi hadiah.Selanjutnya,kemuncak majlis itu ialah acara penyampaian Anugerah Tokoh Kecemerlangan Akademik yang diberikan kepada Sim Pek San bagikategori lelaki manakala Wong Sue Mey pula bagi kategori perempuan.Sementara itu, majlis turut diselang-selikian dengan acara persembahan oleh murid-murid seperti deklamasi sajak,pantomin dan koir.Hari Anugerah Kecemerlangan tahun ini telah berlangsung dengan lancer dan meriah.Majlis berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.Sebelum bersurai,semua hadirin dijemput menikmati jamuan di kantin sekolah.

Disediakan oleh, 5 November 2014.Evalee (Lee Jia Wen) Setiausaha,SJK(C) Ai Chun 2.