Koleksi Terpilih Status Facebook Edisi Nayo

  • Upload
    wak-mil

  • View
    219

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu, usah kau cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu.Andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu, usah kau gusar kerana aku juga ingin waktu untuk diriku.Andai suatu saat aku mengalirkan airmataku, usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku...Namun andai suatu saat engkau hilang daripada pandanganku, aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu.Andai suatu saat engkau berhenti menjawab panggilanku, ingatlah aku sentiasa ada saat-saat kau memerlukan diriku.Andai suatu saat kau tersenyum bahagia, aku juga akan tersenyum gembira melihat dirimu bahagia...

Citation preview

KOLEKSI TERPILIH STATUS FACEBOOK EDISI NAYOJika anda ditimpa masalah dalam keluarga, bersabarlah... Jika suami anda mendatangkan masalah & anda rasa tertekan, bersabarlah... Jika isteri anda tak mahu ikut cakap anda & asyik menyusahkan anda bersabarlah... Jika anak-anak anda kurang sihat atau memeningkan kepala anda, bersabarlah... Jika jiran atau mereka sekeliling membenci anda & keluarga bersabarlah...Sesungguhnya sabar itu besar ganjarannya. Bersabar & berusaha berserta doa & tawakkal insyaAllah segala kesusahan & masalah yang menimpa dapat diselesaikan dengan jayanya bila tiba masanya, amiin..

Andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu, usah kau cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu.Andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu, usah kau gusar kerana aku juga ingin waktu untuk diriku.Andai suatu saat aku mengalirkan airmataku, usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku...Namun andai suatu saat engkau hilang daripada pandanganku,aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu.Andai suatu saat engkau berhenti menjawab panggilanku, ingatlah aku sentiasa ada saat-saat kau memerlukan diriku.Andai suatu saat kau tersenyum bahagia, aku juga akan tersenyum gembira melihat dirimu bahagia...