Upload
fathi-ramli
View
161
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
dakwah
Citation preview
1.0 KONSEP DAKWAH
1. Pengertian Dakwah
Pengertian dakwah dari segi bahasa ialah berasal dari kata Arab seperti da’a, yad’u,
da’watan yang membawa maksud menyeru, memanggil, mengajak, menjamu,
memandu dan menjemput. Manakala maksud dakwah dari segi istilah pula
ialah mendorong manusia agar berbuat kebajikan dan petunjuk serta menyuruh mereka
berbuat yang ma`ruf dan mencegah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar,
agar mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dalam erti kata yang lain
pula, dakwah adalah mengajak umat manusia dengan hikmah dan kebijaksanaan untuk
mengikuti petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah SWT :
“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan
nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan
itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih
mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih
mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.”1
Dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada
(mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang
soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang
berserah bulat-bulat kepada Allah)!"2
1 Surah An-Nahl, ayat 1252 Surah Fusilat, ayat 33
Dr. Ra’uf Shalabi menjelaskan bahawa dakwah Islamiah itu adalah gerakan membawa
atau mengubah masyarakat daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan,
daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit
kepada keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.
Menurut Jum’ah Amin Abdul Aziz mengatakan bahawa dakwah Islamiah adalah risalah
terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai wahyu dari Allah
dalam bentuk kitab yang tidak ada kebatilan di dalamnya, baik di depan atau
dibelakangnya, dengan kalam-Nya yang bernilai mukjizat dan yang ditulis di dalam
mushaf yang diriwayatkan dari Nabi Muhammad SAW dengan sanad yang mutawatir,
bagi yang membacanya dinilai sebagai ibadah.
Ali Abdul Halim Mahmud pula mengatakan bahawa dakwah Islamiah bermaksud kita
berdakwah agar manusia beriman kepada Allah, risalah yang dibawa para nabi dan
rasul, taat pada apa-apa yang diperintahkan, berhenti sepenuhnya dari semua yang
dilarang dan membenarkan seluruh perkataan utusan Allah tersebut. Erti berdakwah
adalah mengajak kepada din Islam, penutup seluruh Kalamullah, serta agama yang
paling sempurna dan syumul (komprehensif). Islam adalah agama yang telah Allah
jamin penjagaannya, sedangkan agama-agama selain Islam diserahkan kepada para
pemeluknya. Oleh kerana itu, hanya Islamlah yang akan tegak tanpa perubahan dan
cacat.
Syeikh Ali Mahfuz berpendapat bahawa dakwah adalah mendorong manusia untuk
berbuat baik dan mengikut petunjuk serta melaksanakan amar makruf dan nahi munkar
untuk kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat. Dalam hal ini, dakwah
mengandungi makna yang sangat luas, meliputi aspek informasi, komunikasi, ekonomi,
sosio budaya, pendidikan dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan kehidupan
manusia. Oleh itu, dakwah dipandang juga sebagai gerakan Islam yang mencakupi
amalan teori dan praktik.
Menurut Ustazah Hajjah Hamidah binti Shamsuddin3, dakwah bermaksud proses
mengajak manusia meninggalkan amal atau perbuatan negative kepada melakukan
amalan-amalan positif dan perkara yang diredhai oleh Allah SWT dengan menolak
segala perkara yang mungkar dan menerima serta mengamalkan semua suruhan Allah
SWT.
Dakwah ilallah adalah dakwah yang bersumber dari Allah SWT yang disampaikan
kepada kita melalui para nabi dan rasulNya, serta ditutup dengan kehadiran Nabi
Muhammad SAW. Bila dikatakan ‘dakwah ilallah’, bererti kita berdakwah agar manusia
beriman kepada Allah, risalah yang dibawa para nabi dan rasul, taat pada apa-apa
yang diperintahkan, berhenti sepenuhnya dari semua yang dilarang dan membenarkan
seluruh perkataan utusan Allah tersebut. Erti berdakwah adalah mengajak
kepada din Islam, penutup seluruh Kalamullah, serta agama yang paling sempurna
dan syamil (komprehensif). Islam adalah agama yang telah Allah jamin penjagaannya,
sedangkan agama-agama selain Islam diserahkan kepada para pemeluknya. Oleh
kerana itu, hanya Islamlah yang akan tegak tanpa perubahan dan cacat.
Kegiatan berdakwah sudah ada sejak adanya tugas dan fungsi yang perlu diberatkan
oleh manusia dibelantara kehidupan dunia ini. Hal itu dilakukan dalam rangka
penyelamatan seluruh alam, termasuk di dalamnya manusia itu sendiri. Namun
kegiatan dakwah seringkali difahami, baik oleh masyarakat awam atau pun sebahagian
masyarakat terdidik, sebagai sebuah kegiatan yang sangat praktis, sama
dengan tabligh (ceramah), iaitu suatu kegiatan penyampaian ajaran Islam secara lisan
yang dilakukan oleh para khatib di atas mimbar. Kegiatan dakwah itu dilakukan terbatas
hanya di majlis-majlis taklim, masjid-masjid dan mimbar-mimbar keagamaan. Meskipun
hal ini tidaklah sepenuhnya keliru, namun sangat penting untuk diluruskan.
Asas amar ma’ruf merupakan landasan untuk selalu memikirkan yang baik dan terbaik,
yang cemerlang dan gemilang sehingga menghasilkan kesan yang positif dalam
kehidupan seseorang yang bergelar manusia.
3 Ustazah Hajjah Hamidah binti Shamsuddin merupakan Ketua Panitia Pendidikan Islam SK Bukit Tok Beng
Apabila kita katakan “Dakwah Islamiah”, maka yang kita maksudkan adalah “Risalah
terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Sebagai wahyu dari Allah
dalam bentuk kitab yang tidak ada kebatilan di dalamnya, baik di depan atau di
belakangnya, dengan kalamNya yang bernilai mukjizat dan yang ditulis di dalam
mushaf yang diriwayatkan dari Nabi SAW dengan sanad yang mutawatir, yang
membacanya bernilai ibadah.”
Dakwah megandungi makna An-Nasyr (menyebarkan), Al-Balagh (menyampaikan), Al-
Iqna’ (menyedarkan) dan Ad-Di’ayah (propaganda) yang semua ini telah menjadi ilmu
tersendiri, sejajar dengan ilmu-ilmu lainnya. Semua ini memiliki pembahasan,
karakteristik dan sasaran tersendiri bersama dengan ilmu-ilmu Islam lainnya. Dakwah
bahkan telah menjadi ilmu Islam yang paling penting dalam menjaga akidah umat,
eksistensinya hari ini dan masa depannya nanti, melindunginya dari mazhab-mazhab
batil yang menyerang umat Islam, hembusan angin beracun dari musuh-musuh Islam
siang dan malam, ghawul fikri (perang pemikiran), penjajahan intelektual yang
mawadah sekarang ini di tengah masyarakat muslim.
Pada prinsipnya, kewajipan melaksanakan dakwah ditujukan kepada setiap muslim
sesuai dengan bidang atau tugas masing-masing. Tugas amar ma’ruf dan nahi
mungkar sama-sama dipertanggungjawabkan dan diletakkan kepada lelaki mukmin dan
wanita mukminah sebagaimana wajibnya mengerjakan solat lima waktu, berpuasa,
membayar zakat serta keta’atan sepenuhnya kepada Rasulullah SAW dan Allah SWT
yang mana juga dilaksanakan oleh wanita mukmin.
Di dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman :
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah)
menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. mereka menyuruh (mengerjakan) yang
ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka
taat pada Allah dan Rasul-Nya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah;
Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.4
Mahmud Syaltut mentafsirkan bahawa tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar
adalah tanggungjawab paling besar mengikut pandangan Islam. Jika di dalam kajian
komunikasi, informasi dipandang sebagai kekuatan, maka dakwah dalam kaitannya
dengan sistem sosial adalah merupakan kekuatan yang dapat menghidup serta
menggerakkan seluruh kekuatan sosial. Oleh yang demikian, dalam memikul
tanggungjawab ini diperlukan kualiti pendakwah yang memiliki kompetensi ideal,
sehingga dakwah dapat ditangani secara professional.
Dari segala definisi dakwah yang telah diberikan di atas, beberapa rumusan telah dapat
dibina seperti :
1. Dakwah adalah satu usaha mengajak manusia beriman dan taat akan segala
perintah dan larangan Allah.
2. Dakwah ialah usaha untuk menyelamatkan manusia dari melakukan segala
kesalahan yang bertentangan dengan syariat Islam. Usaha ini juga dilakukan
melalui usaha tabligh melalui ceramah atau segala program yang dijalankan di
masjid-masjid.
3. Dakwah adalah kesinambungan usaha dakwah Rasulullah SAW untuk
menyampaikan segala wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada sekelian umat
seperti telah tercatat di dalam Al-Quran.
4 Surah at-Taubah, ayat 71
4. Dakwah merupakan sebahagian ilmu Islam yang paling penting. Dakwah juga
adalah usaha menyebar, menyampaikan, menyedarkan dan mempunyai kaedah
yang tersendiri untuk melindungi umat Islam dari terjebak dalam perkara-perkara
yang bertentangan dengan Islam. Ini bertujuan untuk memelihara keharmonian
akidah umat Islam agar umat Islam menjadi seorang muslim yang sejati.
Berdasarkan beberapa rumusan yang telah diberikan di atas ini, maka kita dapat
menyimpulkan bahawa dakwah itu adalah satu usaha mengajak manusia beriman
kepada Allah dengan membenarkan segala apa yang telah dibawa oleh Rasulullah
SAW. Dakwah juga mengajak manusia mencontohi akhlak yang telah ditunjuk dan
diajarkan oleh Rasulullah SAW. Dakwah dapat ditinjau dari dua sudut yang berbeza
seperti :
1. Maksud dakwah secara umum, ialah suatu ilmu pengetahuan yang berisi
kaedah-kaedah dan tuntunan-tuntunan bagaimana cara sebaiknya untuk
pendakwah itu menarik perhatian atau minat seseorang untuk menganut,
menyetujui dan melaksanakan suatu ideologi tertentu.
2. Dakwah menurut Islam pula ialah mengajak seseorang dengan penuh
kebijaksanaan ke arah jalan yang benar sesuai dengan perintah Allah untuk
kemaslahatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Allah mengajak hamba-Nya untuk melakukan sesuatu yang membolehkan mereka
masuk ke syurga, seperti berpegang teguh kepada ajaran Islam. Dengan agama inilah,
Allah mengutuskan para rasul untuk menyeru sekelian umat manusia ke jalan yang
diredhoi Allah dan meninggalkan segela perkara yang dilarang oleh-Nya. Beruntunglah
bagi sesiapa yang membenarkan seruan tersebut. Firman Allah yang berbunyi :
“Dan sesiapa Yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman
itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana Sesungguhnya golongan (yang
berpegang kepada ugama) Allah, itulah Yang tetap menang.”5
Zaman moden ini, dakwah sangat diperlukan untuk membendung segala masalah
keruntuhan Akhlak yang semakin berleluasa. Kalaulah konsep dakwah ini tidak
digunakan dengan penuh hikmah dan penuh kebijaksanaan, maka kemungkinan besar,
ia belum tentu dapat mengatasi masalah sosial ini. Ini menunjukkan bahawa seorang
pendakwah perlu mempunyai persediaan dan jati diri yang kuat. Bukan mudah hendak
berdepan dengan manusia ini, kerana ia mempunyai berbagai karenah dan berbagai
rintangan yang perlu dihadapi oleh pendakwah, jika tidak mempunyai persiapan yang
rapi, maka seseorang pendakwah itu akan mengalami kekalahan atau kekecewaan dan
ia juga tidak sanggup lagi untuk menghadapi masalah ini.
Nabi Yusof telah menunjukkan satu tauladan yang sangat bermakna kepada para
pendakwah sekalian, walaupun Baginda di penjarakan dengan sebab difitnah oleh
seorang isteri raja ketika itu, tetapi Baginda tidak berputus asa dan Baginda
meneruskan usaha dakwahnya di dalam penjara tersebut. Kisah ini telah dirakamkan
oleh Allah dalam Al-Quran yang berbunyi :
"Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka
kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak Aku kepada-Nya. dan
jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin Aku akan
5 Surah al-Maidah, ayat 56
cenderung kepada mereka, dan Aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan
ilmunya".6
2. Hukum Dakwah
Pendapat 1:
Fardhu Kifayah.
(Apabila telah ada pemerintah Islam)
Kewajipan umat Islam untuk melaksanakannya gugur setelah dilakukan oleh
pemerintah.
1. As-Sayyid Nawfal
Fardhu kifayah kerana keperluan menyediakan golongan tertentu dalam
kalangan orang Islam untuk lebih dipertanggungjawabkan dalam urusan dakwah.
2. Muhammad Abu Zahrah
Menjadi fardhu kifayah ke atas jemaah Islamiah.
Firman Allah :
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik,
serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka Yang bersifat
demikian ialah orang-orang yang berjaya.7
6 Surah Yusuf, ayat 337 Surah Ali-Imraan, ayat 104
Pendapat 2:
Fardhu Ain
(sesetengah Ulama’).
1. As-Sayyid Nawfal
Fardhu Ain kerana setiap orang Islam wajib melaksanakan dan mengemukakannya
kepada orang yang masih jahil tentang pengajaran Islam.
2. Muhammad Abu Zahrah
Fardhu Ain kerana melihat kepada para sahabat dan tabiin yang masing-masing
ambil bahagian dalam menyampaikan dakwah.
Hadis Rasulullah SAW:
“Barang siapa yang terlihat kemungkaran hendaklah ia mengubah dngan tangannya,
jika tiada kuasa maka dengan lidahnya sekiranya tiada kuasa hendaklah ia cegah
dengan hatinya dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.”
3. Rukun Dakwah
Daie Orang yang menyampaikan dakwah
Mad’u Golongan yang menerima dakwah
Maudhu’ Dakwah Tajuk dakwah.
Uslub Dakwah Kaedah atau method dakwah.
4. Matlamat Dakwah
1. Melaksanakan amanah Allah SWT.
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit
dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya
dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka
persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan
Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan
manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara
yang tidak patut dikerjakan.8
2. Mengubah pandangan hidup.Tujuan dakwah adalah menyedarkan manusia
tentang kehidupan yang sebenarnya. Hidup bukanlah untuk makan,minum dan
tidur sahaja. Dakwah akan memimpin manusia untuk menuju ke jalan yang
benar.Firman Allah SWT:
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik,
serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). Dan mereka Yang bersifat
demikian ialah orang-orang Yang berjaya.9
3. Mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya. Ini diterangkan oleh
Allah SWT :
Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan Dia kepadamu (Wahai
Muhammad), supaya Engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita
kufur kepada cahaya iman - Dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha
Kuasa lagi Maha Terpuji.10
8 Surah al-Ahzab, ayat 739 Surah Ali-Imraan, ayat 10410 Surah Ibrahim, ayat 1
4. Mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan mungkar. Banyak
ayat-ayat Qur’an yang menerangkan tentang seruan amar ma’ruf dan nahi
mungkar ini. Firman Allah SWT:
Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah)
umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan
melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula
beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi
dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi
baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan
mereka: orang-orang Yang fasik.11
5. Ciri-ciri Dakwah
RABBANI
Seruan mentauhidkan Allah serta berpegang teguh kepada Islam. Islam dari Allah.
Dakwah juga mesti selari dengan Allah.
SEJAGAT
Dakwah Islam untuk semua manusia bagi menyelamatkan mereka dari ‘azab Allah.
11 Surah ali-Imraan, ayat 110
SYUMUL
Dakwah tidak terbatas di masjid dan surau sahaja dan fokusnya tidak menjurus kepada
ilmu dan ibadah semata-mata. Kesyumulan Islam merangkumi persoalan hidup seperti
ekonomi, politik, sosial, rumahtangga dan akhlak.
Faktor-Faktor Kejayaan Dalam Dakwah
1. Keperibadian pendakwah sebagai model dakwah:
Berilmu berpengetahuan luas mengenai Islam.
Sabar atas jalan dawah.
Merendah diri.
Bersifat benar dalam menyampaikan kebenaran tanpa
ragu-ragu.
2. Kefahaman yang mendalam tentang isi dakwah yang hendak disampaikan.
3. Kefahaman yang mendalam tentang selok belok sasaran dakwah seperti psikologi
mereka, kebudayaan, kepercayaan, keadaan sosial dan kemampuan berkomunikasi
mereka.
6. Ciri-ciri Penting Da’ie
1- Ikhlas niat kerana Allah .
2- Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yang dipikul. Dengan itu dia
akan memberikan perhatian yang selayaknya dengan tugas tersebut .
3- Melaksanakan tugas dengan bijak, pandai memilih uslub, memberi tunjuk ajar dan
nasihat yang baik serta berbincang dengan cara terbaik.
4- Hendaklah bersikap ramah mesra, mempermudahkan urusan dan memiliki akhlak
yang baik.
5- Memahami selok belok, cara hidup dan budaya Masyarakat.
2.0 DAKWAH DALAM PENDIDIKAN
Pendidikan merupakan sesuatu yang amat penting bagi sesebuah negara dalam
melahirkan insan-insan atau rakyat yang berguna dan bermanfaat kea rah menjadikan
sesebuah negara tersebut maju dan berjaya. Pendidikan juga merupakan salah satu
“market” dalam melaksanakan proses dakwah yang menjadi penyumbang besar ke
arah melahirkan masyarakat yang berilmu, beramal serta bertaqwa kepada Allah SWT
di dalam bidang-bidang lain seperti ekonomi, politik, muamalat dan sebagainya.
Asasnya, pendidikan merupakan tunjang utama dakwah ke arah menjadikan sesebuah
negara aman, makmur dan taat kepada Allah SWT .
Dalam dunia pendidikan, khususnya bagi peringkat sekolah rendah, sekolah menengah
dan peringkat pengajian tinggi, sukatan pelajaran Pendidikan Islam menjadi domain dan
satu-satunya matapelajaran yang tersusun rapi dan dirancang dengan sebaik-baiknya
serta menjurus kepada kebaikan di dunia dan di akhirat. Dari segi istilah di dalam
dakwah, sukatan pelajaran ini dinamakan sebagai maudhu’ dakwah. Maudhu’ dakwah
inilah yang memainkan peranan besar ke arah melahirkan insan-insan yang kamil dan
berakhlak mulia.
Sasaran dakwah ataupun mad’u di dalam bidang pendidikan ini adalah tidak lain tidak
bukan murid-murid atau pelajar-pelajar di semua peringkat sama ada peringkat rendah,
menengah, mahupun di peringkat pengajian tinggi. Secara automatiknya, guru di
sekolah-sekolah dan di pusat-pusat pengajian tinggi ditaklifkan sebagai daie ataupun
pendakwah kepada para pelajar tersebut dalam mendokong dan menyebarkan
maudhu’ dakwah tersebut kepada para pelajar. Secara kesimpulannya, guru
memainkan peranan yang cukup penting dalam menjayakan usaha dakwah dalam
dunia pendidikan untuk melahirkan pelajar-pelajar atau mad’u yang cemerlang di dunia
dan di akhirat serta berbakti kepada bangsa, agama dan negara.
Di peringkat sekolah, dakwah menjadi satu kewajipan kepada profesion guru dan
pengurusan sekolah untuk membentuk generasi cemerlang di dunia dan di akhirat
dengan Guru Pendidikan Islam (GPI) menjadi tonggak utama dalam merealisasikan
dakwah di peringkat sekolah.
Secara umumnya, tugas guru di sekolah-sekolah adalah mengajar dan menyampaikan
ilmu kepada murid-murid dan para pelajar di dalam kelas. Ini merupakan kaedah
ataupun method utama seseorang guru terutamanya Guru Pendidikan Islam (GPI)
menyebarkan dan melaksanakan dakwah kepada murid-murid.
Antara method ataupun kaedah-kaedah lain dalam melaksanakan dakwah di peringkat
sekolah khususnya adalah dengan mengadakan program-program bersifat Islamik dan
merancang aktiviti-aktiviti yang boleh mencungkil bakat murid-murid seperti
mengadakan pertandingan syarahan yang bertemakan tajuk yang berunsur agama,
bercerita dari kisah-kisah Al-Quran, pertandingan nasyid, pertandingan kuiz agama,
pertandingan azan dan mengadakan ceramah-ceramah khas dalam sambutan hari-hari
kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul, Israk-Mikraj dan sebagainya. Dengan adanya
program-program dakwah seperti ini di sekolah-sekolah, method dakwah dapat
dipelbagaikan dan dapat menarik minat para pelajar kea rah mendekatkan diri serta
menghayati Allah SWT dan agama Islam. Selain itu, biah solehah dapat dijelmakan di
sekolah-sekolah tersebut dengan adanya program-program dakwah seperti ini.12
Penanda aras atau keberkesanan program dakwah yang dijalankan di peringkat
sekolah yang dibawa oleh GPI dan guru-guru dapat dilihat dengan mad’u atau murid-
murid yang bermasalah dan melanggar disiplin sekolah berkurangan seperti tidak
membuang sampah merata-rata dan sebagainya, murid-murid berasa semangat untuk
belajar bersungguh-sungguh dengan peratusan lulus murid dalam pelajaran meningkat
dan sebagainya.
Kesimpulannya, keberkesanan dan kejayaan dakwah di sekolah adalah bergantung
kepada guru-guru di sesebuah sekolah tersebut yang menjadi daie terutamanya
profesion GPI. GPI perlu menyedari bahawa amalan dakwah kepada murid-murid di
sekolah perlulah berterusan dari semasa ke semasa untuk membentuk generasi murid
atau pelajar yang berakhlak mulia dan bertaqwa kepada Allah SWT. Program-program
dakwah di sekolah juga perlu mendapat sokongan yang padu dari semua warga
sekolah supaya konsep dakwah mampu dilaksanakan bagi membentuk sekolah yang
gemilang, guru terbilang dan murid cemerlang jika semua warga sekolah tersebut saling
bantu membantu dan tolong menolong antara satu sama lain sebagaimana firman Allah
SWT :
dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan
tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada
Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.13
12 Ustazah Hajjah Hamidah binti Shamsuddin13 surah al-Maidah, ayat 2
3.0 SAHSIAH GURU PENDIDIKAN ISLAM
Syeikh Abdullah Nasih Ulwan (1981), memberi garis panduan ciri-ciri sahsiah yang
perlu ada pada diri seorang pendidik agar penerimaan pembelajaran kepada murid-
murid lebih berkesan dan mendalam terhadap pengajarannya, antaranya adalah :
Ikhlas
Para ulama’ menyebut:
Maksudnya: “Seorang pendidik wajib membersihkan niatnya dan bersifat ikhlas
terhadap Allah dalam segala amal pendidik yang dilakukanny, sama ada amalan
itu merupakan perintah, larangan, nasihat, perhatian atau hukuman.”
Perintah tentang ikhlas telah dinyatakan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Firman
Allah SWT :
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan
ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka
mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian Itulah agama yang
lurus.14
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan apa
yang ikhlas kepada-Nya dan yang ditujukan hanya untuk-Nya.”15
Selepas memberikan pengajaran, setiap pendidik mestilah membersihkan niatnya dan
menunjukkan setiap kerja yang dilakukan itu hanya semata-mata kerana allah SWT.
Kesannya dia akan dikasihi dan dihormati oleh murid-muridnya.
Bertaqwa
Sifat yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik adalah taqwa. Sifat ini ialah
sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama’ seperti berikut:
Maksudnya: “Agar anda tiada dilihat Allah di tempat larangan-Nya dan tidak sampai
tidak didapatinya di tempat suruhan-Nya.”
Sesetengah yang lain pula berkata:14 Surah al-Bayyinah, ayat 515 Hadith riwayat Abu Daud dan Annasaie
Maksudnya: “membimbangkan seksa Allah dengan mengerjakan amalan yang baik dan
takut kepada-Nya secara rahsia dan terang-terangan.”
Setiap pendidik tergolong dalam kumpulan awal orang yang wajib mematuhi semua
perintah dan petunjuk Allah SWT disebabkan mereka menjadi ikutan dan orang yang
bertanggungjawab tentang pendidik anak-anak atas asas-asas keimanan dan
pengajaran Islam.
Berilmu pengetahuan
Pendidik seharusnya datang daripada golongan alim yang mengenali dasar-
dasar pendidikan yang ditunjukkan oleh syariat Islam dan dia juga mengetahui
urusan-urusan halal dan haram. Dia juga hendaklah cukup faham tentang
prinsip-prinsip akhlak dan segala peraturan Islam serta kaedah-kaedah
syariatnya secara umum. Hal ini kerana, ilmu yang meliputi semua perkara ini
akan menjadikan si pendidik seorang yang berilmu, bijaksana, tahu meletakkan
setiap perkara pada tempatnya dan akan mendidik anak-anak menurut usul-usul
pendidikan dan cara-cara yang benar. Dia juga akan melalui jalan kebaikan dan
pendidikan terhadap asas-asas yang kukuh daripada pengajaran Al-Quran,
petunjuk Nabi SAW dan tauladan yang mulia daripada para sahabat serta para
tabiin yang datang sesudah mereka dengan baik.
Abdul Halim al-Muhammadi (1991) menyatakan bahawa sebagai pendidik, guru
memerlukan sikap kehidupan dan pembawaan yang jelas. Beliau menyenaraikan
antara sahsiah yang wajib dimiliki oleh guru, iaitu:
Sifat zuhud (mendidik kerana mencai keredaan Allah)
Bertolak dari kewajipan sebagai penyampai ilmu, para pendidik perlu disemai
dengansifat zuhud dalam dirinya. Sifat zuhud bermakna menyampaikan
pelajaran bukan kerana balasan kebendaan atau penghormatan masyarakat,
tetapi kerana mencari keredaan Allah SWT. Namun, ini bukan bermakna kita
tidak boleh menerima ganjaran daripada usaha itu. Kemuncak matlamat kerja
yang dilakukan seharusnya tidak diukur dengan pencapaian kebendaan kerana
itu akan membahayakan peningkatan diri dan pencapaian orang yang berada di
bawah didikannya.
Kebersihan Diri
Guru sebagai pendidik hendaklah bersih jiwanya daripada segala kekotoran adat
dan syarak, iaitu mempunyai kebersihan lahiriah yang jelas dan peribadi yang
tinggi, tidak bersifat angkuh, riak, hasad, pemarah atau mempunyai sifat-sifat keji
yang lain.
Bertindak memahami tabiat murid
Guru hendaklah memahami dengan jelas latar belakang dan kemampuan
muridnya. Dengan berbuat demikian, ia bukan sahaja dapat menyesuaikan
bahan dan cara penyampaiannya, malahan dapat melayani mereka dengan
sebaik-baiknya.
Abdullah Ishak (1989) menyatakan untuk keberkesanan dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan dan pendidikan, guru dan pendidik perlulah memiliki sifat-sifat
keperibadian yang unggul, ketokohan dan perwatakan yang sempurna. Guru bukan
sahaja perlu memiliki pelbagai ilmu pengetahuansecara mendalam dan pendidikan
yang sempurna, bahkan hendaklah sentiasa beramal dan berpegang teguh dengan
ilmu yang dimilikinya. Amal ibadat yang dilakukan secara istiqamah berserta disiplin-
disiplinnya, menjadikan mereka kuat berpegang teguh kepadaajaran agama, warak dan
bertaqwa kepada Allah SWT. Cetusan daripada situasi tersebut lahirlah perasaan
ikhlas, jujur, amanah dan rasa bertanggungjawab terutama dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan dan Pendidikan Islam. Firman Allah SWT:
Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri
(kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu
berfikir?16
LAPORAN DOKUMENTASI
MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA RAMADHAN 1433H/2012M
SK BUKIT TOK BENG
Pada hari Rabu, 15 Ogos 2012 yang lalu, Panitia Pendidikan Islam Sekolah
Kebangsaan Bukit Tok Beng telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Ramadahan
1433H peringkat sekolah tersebut. Saya Muhammad Fathi bin Ramli dan Muhamad Arif bin
Abdullah selaku guru yang menjalani praktikum di sekolah tersebut secara langsung terlibat
dalam majlis yang diadakan ini. Majlis Khatam Al-Quran ini merupakan program kemuncak bagi
program Ihya’ Ramadhan Sk Bukit Tok beng yang telah di rancang oleh Panitia Pendidikan
Islam sekolah tersebut. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengangkat kemuliaan Al-
Quran sebagai salah satu mukjizat Nabi Muhammad SAW dan memberi pengetahuan dan
penghayatan kepada murid tentang bulan turunnya mukjizat besar Nabi SAW iaitu Al-Quran
pada bulan Ramadhan. Disamping itu juga, majlis ini diadakan untuk memenuhi tugasan subjek
Profesionalisme Guru Pendidikan Islam bagi kami guru pelatih PISMP Pendidikan Islam
semester 6 IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.
16 Surah al-Baqarah, ayat 44
Foto 1 Keadaan dewan sebelum majlis bermula
Terlebih dahulu, bagi memastikan kelancaran perjalanan projek dakwah ini, satu
jawatan kuasa telah dibentuk dan seluruh guru-guru Panitia Pendidikan Islam yang
terdiri daripada guru Pendidikan Islam, guru-guru j-QAF dan kami guru praktikum.
Setiap guru di dalam panitia tersebut diberi tugasan dan saya telah diberi amanah untuk
menjadi Juru Khatam bersama Muhamad Arif bin Abdullah.
Foto 2 Suasana sebelum majlis bermula
Majlis Kahtam Al-Quran tersebut bermula pada jam 8.00 pagi dengan murid-
murid dan guru berkumpul di dewan SK bukit Tok Beng. Majlis dimulakan dengan
bacaan doa dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada wakil murid untuk mengawal
keadaan murid-murid di dalam dewan tersebut.
Foto 3 Suasana sekitar Majlis Khatam Al-quran
Tepat jam 8.50 pagi, majlis diserahkan kepada kami selaku juru khatam bagi
majlis tersebut. Seramai 30 orang murid telah dipilih untuk menjayakan majlis ini. Majlis
ini dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah oleh Muhammad Arif dan murid-murid bergilir-
gilir membaca satu surah bermula dari surah ad-Dhuha hingga surah an-Nas.Murid-
murid yang menyaksikan majlis ini ada yang turut serta membaca surah-surah tersebut.
Selepas bacaan khatam Al-Quran tamat, doa khatam Al-Quran telah dibacakan oleh
Muhammad Arif untuk menyempurnakan majlis tersebut.
Foto 4 Persembahan nasyid
Selepas majlis khatam Al-Quran tamat, majlis diserahkan kembali kepada
pengerusi majlis untuk agenda yang seterusnya iaitu persembahan nasyid daripada
kumpulan nasyid sekolah. Tepat pada jam 10.00 pagi, majlis Khatam Al-Quran
sempena Ramadhan 1433H peringkat SK Bukit Tok Beng tamat. Secara
keseluruhannya, majlis ini berjalan lancar berikutan kerjasama penuh yang diberikan
oleh semua pihak baik para guru mahupun murid-murid sekolah tersebut. Ada guru
yang memuji perlaksanaan majlis tersebut oleh kerana majlis ini diadakan untuk tahun
yang kedua bagi sekolah tersebut dan dilaksanakan dengan meriah. Tidak kurang juga
yang memberi pendapat yang membina bagi meningkatkan lagi mutu projek tersebut.
Bagi saya pula, majlis ini merupakan majlis yang pertama bagi saya sebagai juru khtam
Al-Quran dan memberi banyak manfaat dan pengalaman yang berguna kepada saya
selaku guru Pendidikan Islam pada masa akan datang.
REFLEKSI
Pada 22 Julai 2012, unit PISMP Pendidikan Islam Semester 6 IPG Kampus Dato’
Razali Ismail telah menerima tugasan bagi subjek Profesionalisme Guru Pendidikan
Islam oleh pensyarah subjek tersebut iaitu Ustaz Asyraf Ridwan bin Ali. Kami telah
diberi tempoh selama 6 minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini terbahagi
kepada dua iaitu tugasan bertulis dan projek yang mana kami dikehendaki
menganjurkan satu program dakwah di sekolah. Bagi tugasan bertulis, ia dijalankan
secara individu manakala bagi tugasan projek, dijalankan secara berpasangan bersama
pasangan praktikum di sekolah yang kami jalani praktikum. Kami dikehendaki
menghantar tugasan ini pada 6 September 2012.
Secara keseluruhannya, tugasan ini perlu dibuat semasa kami menjalani
praktikum. Saya telah menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng
bersama Muhamad Arif bin Abdullah. Perkara pertama yang saya fikir setelah
mendapat tugasan ini adalah bagaimana saya perlu menyiapkan tugasan ini di dalam
waktu berpraktikum yang mana umumnya bagi guru pelatih apabila menjalani
praktikum, masa untuk menyiapkan tugasan adalah terbatas kerana kesibukan dalam
merancang dan menulis Rancangan Pengajaran Harian di samping membina bahan
bantu mengajar.
Bagi tugasan bertulis, kami di kehendaki menghuraikan konsep dakwah, dakwah
dalam pendidikan, pendidik dan pendidikan dalam al-Quran dan As-Sunnah serta
sahsiah guru Pendidikan Islam cemerlang. Disamping perlu mendapatkan bahan-bahan
rujukan untuk menyiapkan tugasan bertulis ini, kami juga perlu menemu bual Guru
Cemerlang (GC) atau guru yang memperolehi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
(APC) sebagai rujukan kami dalam menjawab soalan tugasan ini secara bertulis.
Kekuatan yang dapat saya lihat dan kesan semasa menyiapkan tugasan bertulis
ini adalah yang pertama dari sudut bahan dan buku-buku rujukan. Bagi saya, masalah
tentang rujukan ini tidak menjadi penghalang kepada saya kerana bahan-bahan rujukan
seperti buku-buku yang berkaitan dengan dakwah ataupun konsep dakwah mencukupi
dan saya memiliki buku-buku berkaitan dengan dakwah yang cukup. Selain itu juga,
kami rakan-rakan sekelas berkongsi bahan-bahan berkaitan dengan dakwah ini. Jadi,
masalah berkaitan dengan bahan rujukan tidak mencukupi atau terbatas tidak berlaku
dan tajuk tugasan ini juga agak umum dan amat mudah bagi saya dalam menyiapkan
tugasan bertulis ini.
Kekuatan yang kedua dalam menyiapkan tugasan ini adalah saya mendapat
kerjasama yang baik daripada guru pembimbing saya semasa berpraktikum iaitu
Ustazah Hajjah Hamidah binti Shamsuddin yang juga merupakan Ketua Panitia
Pendidikan Islam sekolah tersebut. Sebelum menemu bual beliau, saya telah pun
merangka sebanyak 15 soalan yang berkaitan dengan tugasan ini untuk mendapat
jawapan, nasihat dan saranan kepada saya dalam menyiapkan tugasan bertulis ini.
Beliau memberikan kerjasama yang amat baik kepada saya semasa proses menemu
bual beliau. Daripada hasil temu bual dengan beliau, saya dapat menyiapakan tugasan
bertulis ini dengan baik dan hasil temu bual ini benar-benar membantu saya
terutamanya dalam menjawab soalan-soalan yang tiada dalam rujukan saya.
Seterusnya, daripada tugasan bertulis ini juga saya dapat menambah ilmu
pengetahuan saya secara mendalam terutamanya berkaitan dengan dakwah,
hubungannya dengan pendidik serta sahsiah atau ciri-ciri yang perlu ada pada seorang
guru terutamanya guru Pendidikan Islam. Ilmu-ilmu ini sangat berguna kepada saya
sebagai seorang guru Pendidikan Islam di sekolah kelak. Banyak perkara-perkara yang
saya tidak tahu berkenaan dengan dakwah semasa menyiapkan tugasan ini. Melalui
tugasan ini, saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya.
Dari segi kelemahan pula, terdapat beberapa kelemahan yang saya terpaksa
hadapi dalam menyiapkan tugasan bertulis ini. Pertama adalah dari sudut kekangan
masa. Dalam waktu berpraktikum sememangnya kita hanya menumpukan kepada
membina dan merancang Rancangan Pengajaran Harian dan alat bantu mengajar
sahaja. Dengan waktu yang sibuk sebegini, saya tidak mempunyai banyak ruang masa
untuk menyiapkan tugasan bertulis ini. Walaupun bahan rujukan mencukupi, tetapi dari
segi proses mengambil isi-isi penting dalam bahan-bahan rujukan tersebut tidak sempat
kerana kekangan berpraktikum tersebut.
Kelemahan yang kedua adalah dari segi olahan dan susunan tugasan bertulis
ini. Secara mudahnya, saya merasakan tajuk dakwah ini adalah sesuatu yang agak
umum. Jadi, menjadi satu masalah kepada saya dalam menyusun sub-sub topik bagi
tajuk ini dan mengolah isi-isi penting kerana tugasan ini terhad dalam 15 hingga 20
muka surat sahaja. Selain itu, saya juga berhadapan dengan masalah pemindahan
maklumat temu bual bersama dengan guru pembimbing saya untuk dipamerkan secara
bertulis dalam tugasan ini.
Bagi tugasan projek pula, dari segi kekuatan yang dapat saya lihat adalah dari
segi kerjasama pihak sekolah dan pihak Panitia Pendidikan Islam sekolah tersebut. Hal
ini demikian kerana, saya menjalani praktikum semasa bulan puasa. Jadi, pihak
sekolah dibawah panitia Pendidikan Islam sekolah tersebut telah merangka banyak
program bagi bulan Ramadahan tersebut. Mereka juga secara automatic telah
memasukkan nama saya dalam program-program yang dijalankan sepanjang bulan
Ramadhan tersebut antaranya program Ihya’ Quran dan Majlis Khatam Al-Quran. Ini
memudahkan lagi perlaksanaan projek kami untuk mengadakan program dakwah di
sekolah kerana kami dapat jadikan program tersebut sebagai program dakwah kami di
sekolah.,
Kekuatan yang seterusnya adalah dari segi kerjasama guru-guru semasa
program dakwah kami dijalankan. Guru-guru memberikan kerjasama yang baik dalam
memastikan kelancaran program Majlis Khatam Al-Quran peringkat SK Bukit Tok Beng
yang dikendalikan oleh kami selaku Juru khatam al-Quran pada hari tersebut. Guru-
guru lain berperanan dalam menjaga kawalan murid, persiapan tempat dan sebagainya.
Selain itu juga, saya dapat menimba pengalaman yang berharga bagi diri saya kerana
diberi tugas sebagai juru khatam pada hari tersebut. Ini merupakan pengalaman
pertama bagi saya dan dapat membantu saya dalam menjadi guru Pendidikan Islam di
sekolah pada masa akan datang.
Kesimpulannya, melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari banyak perkara.
Walaupun menghadapi beberapa kesulitan dan kelemahan, tetapi perkara tersebut
dapat diatasi dengan baik. Perancangan yang baik serta mendapatkan nasihat dan
pandangan daripada sahabat-sahabat serta guru-guru di sekolah amat membantu saya
dalam menyiapkan tugsan ini dengan jayanya. Di kesempatan ini saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang membantu saya
dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih saya kepada guru
pembimbing serta guru-guru SK Bukit Tok Beng kerana memberi kerjasama, nasihat,
dan bimbingan yang baik kepada saya dalam menjayakan program dakwah ini dan
dalam menyiapkan tugasan ini secara keseluruhannya. Wallahua’lam.
RUJUKAN
BUKU
1. Mustafa Masyhur, cetakan ketiga (2012), Jalan Dakwah Antara Qiyadah dan
Jundiyyah, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
2. Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS, cetakan pertama (2010), Manhaj Daurah
Tadribiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka At-Tibyan.
3. Mustafa Masyhur, cetakan kedua (1986), Bekalan di Dalam Perjalanan Dakwah,
Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
4. Ahmad Mohd Salleh (2011), Kurikulum Metadologi dan Pedagogi Pengajian
Islam, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
5. Al-Quranul Karim.
6. Ab. Aziz Mohd. Zin, Pengantar Dakwah Islamiah, 1997, Kuala Lumpur, Universiti
Malaya.
INTERNET
1) http://mbegedut.blogspot.com/2011/01/pengertian-definisi-pendidikan-
menurut.html - diakses pada 8 Ogos 2012
2) http://cikguzailani.blogspot.com/2012/05/assalamualaikum.html - diakses pada
17 Ogos 2012
3) http://qaulalhaq.wordpress.com/2010/12/20/definisi-dakwah-mengikut-pendapat-
tokoh- tokoh- islam/ - diakses pada 4 September 2012
TEMU BUAL
1. Puan Hajjah Hamidah binti Shamsuddin, Ketua Panitia Pendidikan Islam,
Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng.