Upload
kinomulok
View
298
Download
11
Embed Size (px)
DESCRIPTION
KONSEP DERHAKA HANG JEBAT
Citation preview
SEJAUHMANAKAH ANDA BERSETUJU BAHAWA HANG JEBAT (HANG KASTURI) MENENTANG KEZALIMAN SULTAN KERANA MEMBUNUH HANG TUAH TANPA USUL PERIKSA DIANGGAP SEBAGAI “MENDERHAKA” ATAU MEMPERTAHANKAN PERJANJIAN (WAADAT) DI ANTARA RAJA DAN RAKYAT? BERIKAN PENDAPAT ANDA DENGAN CONTOH-CONTOH YANG RELEVEN.
O1. Pengenalan
Penilaian terhadap pengertian derhaka yang dilakukan oleh Hang Jebat diceritakan
dalam Hikayat Hang Tuah iaitu pertarungan dua sahabat ini adalah berkaitan dengan
penderhakaan yang telah dilakukan oleh Hang Jebat kepada Sultan Mansur Shah.
Pertarungan yang telah terjadi didalam istana sultan telah mengakibatkan maruah
sultan jatuh dan kerana itulah Hang Tuah diperintahkan oleh Sultan Mansur Shah
untuk membunuh Hang Jebat bagi menghilangkan malu yang telah diberikan oleh
Hang Jebat itu. Dalam hikayat ini dapat kita lihat tentang kedaulatan sultan dan selain
itu memaparkan nilai-nilai setiakawan yang telah ditunjukkan oleh Hang Jebat bagi
membela kematian sahabatnya dan juga pendirian Hang Jebat untuk menegakkan
keadilan.
02. Konsep Tulah dan Derhaka
Sultan dianggap sebagai individu yang perkasa dan boleh mendatangkan kecelakaan
kepada mereka yang menentang. Dalam aspek ini konsep daulat, tulah, dan derhaka
telah menghantui masyarakat melayu supaya sentiasa patuh dan menuruti kehendak
sultan. Dalam konsep daulat, sultan dianggap mempunyai kuasa dan tidak boleh
disentuh. Kedaulatan sultan telah dimengertikan melampaui batas kekuasaan sultan
dalam politik. Ia melampaui batas-batas kuasa dan sentiasa menganggap sultan
sebagai mempunyai kuasa ketuhanan untuk memberi pembalasan terhadap individu
yang menderhaka.
1
Dengan kata lain konsep daulat memberi pengertian bahawa sultan merupakan
seorang yang terpilih dan diterima oleh tuhan untuk memimpin kesejahteraan
masyaraka. Sultan juga dianggap boleh mencelakakan kehidupan orang yang derhaka.
Hal ini dapat dilihat daripada peristiwa penderhakaan Laksamana Bentan terhadap
Sultan Mahmud. Sumpah sultan terhadap keturunan Laksamana dianggap sebagai satu
kuasa dan ia dikaitkan dengan daulat sultan.
Tulah bermaksud sumpahan. Seseorang yang terkena tulah sultan dianggap
sebagai seorang yang derhaka. Oleh itu, masyarakat melayu menganggap sultan
sebagai seorang individu yang istimewa serta sentiasa ingin mendapat rahmatnya
untuk memperoleh kehidupan yang terjamin. Jika ia ditulah maka ia akan menerima
bencana seperti keturunan Laksaman Bentan Megat Sri Rama. Dalam hal ini rakyat
akan sentiasa mencari peluang untuk berbakti kepada sultan. Ini menimbulkan satu
konsep kerja raja dijunjung , kerja sendiri dikelek .
Sebagai kesan daripada konsep ini, mereka berbangga meninggalkan kerja-
kerja mereka semata-mata untuk berbakti serta mengelakkan diri daripada tulahan dan
daulat sultan. Hal ini seterusnya menimbulkan satu amalan berkenaan sistem hamba
dan kerahan yang dianggap olah sejarawan barat sebagai satu institusi yang
melemahkan sistem politik Melayu. Terjadinya sistem kerah, serah dan hamba ini
timbul berikutan kehendak rakyat untuk mendapat pengiktirafan sultan sebagai rakyat
yang setia. Dalam hal ini maka timbullah kesetiaan dan ketaatan yang membabi buta
seperti yang ditonjolkan oleh Hang Tuah yang sanggup membunuh rakannya semata-
mata untuk membukti kesetiaannya kepada sultan.
Konsep raja ini bermula daripada dua nilai utama iaitu daulat dan derhaka.
Berdasarkan sejarah Melayu, konsep ini bermula apabila Demang Lebar Daun yang
mewakili golongan rakyat mengadakan perjanjian (waadat) dengan Sang Sapurba
(disebut juga Seri Teri Buana) yang mewakili pihak raja. Perjanjian itu menyatakan
bahawa rakyat tidak akan menderhaka dan berjanji untuk member taat setia kepada
raja. Manakala, raja pula berjanji untuk menjaga kebajikan, tidak menzalimi dan tidak
mencela rakyat. Perjanjian itu jelas menunjukkan wujudnya perasaan taat setia mutlak
rakyat kepada raja di satu pihak dengan kewibawaan mutlak seorang raja di satu pihak
yang lain sehingga timbulnya dua konsep daulat dan derhaka1.
1 Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia: Penerbit Fajar Bakti, hlm 11
2
Perjanjian antara Sang Sapurba dengn Demang Lebar Daun;
Maka sembah Demang Lebar Daun. ‘Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia
akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak
cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan
difadhilatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jilakau besar dosanya dibunuh,
itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak’.
Maka titah Sang Sapurba, ‘ Akan pinta bapa itu hamba kabulkanlah tetapi hamba
minta satu janji pada bapa hamba’.
Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Janji yang mana itu Tuanku?’
Maka tita Sang Sapurba, Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba
jangan derhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun’.
Maka sembah Demang lebar Daun, ‘Baiklah Tuanku. Tetapi jikalau anak buah
Tuanku dahulu mengubakan dia, maka cucu patik pun mengubahkanlah’. Maka titah
Sang Sapurba, ‘Baiklah, kabullah hamba akan wadaat itu’.2
Penjelasan terhadap konsep waadat perjanjian itu, raja mempunyai kuasa
daulat yang memberi kuasa tertinggi kepada raja untuk mengawal para pembesar dan
rakyat. Konsep daulat dikemukakan dengan tujuan untuk member kuasa tertinggi
kepada raja serta untuk mengawal para pembesar dan rakyat. Daulat bukan sahaja
member satu tanggapan undang-undang, malah meliputi tanggapan budaya dan
agama. Tanggapan ini ada hubung kaitnya dengan diri raja itu sendiri. Daulat member
sultan banyak hak kemudahan serta meletakkan dirinya di tempat mulia.
Konsep daulat menyebabkan baginda tidak boleh ditegur atau dicela yang
bermakna wujudnya kesetiaan mutlak daripada rakyat kepada raja3. Oleh itu, konsep
daulat telah menjadikan kedudukan raja bertambah mulia dan diiringi dengan
anggapan bahawa raja mempunyai kuasa luar biasa atau sakti secara turun temurun.
2 W.G Shellabear (1995), Sejarah Melayu, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Hal. 19-20.3 Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia: Penerbit Fajar Bakti, hlm 11
3
Sehubungan itu, derhaka pula merupakan satu tanggapan yang berkiat dengan daulat.
SDerhaka dianggap sebagai melanggar atau ingkar kepada perintah rajanya. Maka
akibat yang bakal diterimnya ialah dia akan ditimpah tulah raja iaitu dikenakan
hokum bunuh.
Konsep daulat dan derhaka menjadi asas penting dalam kehidupan masyarakat
Melayu, terutamanya mereka yang tinggal berdekatan dengan istana. Ada pepatah
yang mengatakan bawaha ‘adat orang Melayu tidak boleh menderhaka kepada raja’.
Pepatah ini jelas menunjukkan bahawa perbuatan menderhaka kepada raja
merupakan satu perkara yang dilarang dalam dalam masyarakat melayu dan dianggap
sebenar-besar jenayah yang dilakukan4.
Jelasnya konsep ini merupakan satu peraturan yang diadakan bagi
memastikan bahawa raja raja bukan sahaja berperanan sebagai pemerintah, tetapi pula
mereka harus tunduk dan taat setia tanpa berbelah bagi kepada raja. Menerusi konsep
daulat ini, seseorang raja itu akan dihormati dan ditakuti oleh rakyat. Jika rakyat
menderhaka kepada raja, mereka akan dikenakan hukuman sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Hukuman secara langsung bermaksud apabila raja sendiri yang
mengarahkan orangnya membunu pesalah berkenaan5.
03. Konsep Derhaka Hang Jebat daripada Perspektf Masyarakat
Fedualisme
4 Ibid, hlm.125 Ibid, hlm.12
4
Didalam Hikayat Hang Tuah ini ada menceritakan tentang pertarungan antara Hang
Tuah dengan Hang Jebat. Pertarungan dua sahabat ini adalah berkaitan dengan
penderhakaan yang telah dilakukan oleh Hang Jebat kepada Sultan Mansur Shah.
Pertarungan yang telah terjadi di dalam istana sultan telah mengakibatkan maruah
sultan jatuh dan kerana itulah Hang Tuah diperintahkan oleh Sultan Mansur Shah
untuk membunuh Hang Jebat bagi menghilangkan malu yang telah diberikan oleh
Hang Jebat itu. Dalam hikayat ini dapat kita lihat tentang kedaulatan sultan dan selain
itu memaparkan nilai-nilai setiakawan yang telah ditunjukkan oleh Hang Jebat bagi
membela kematian sahabatnya dan juga pendirian Hang Jebat untuk menegakkan
keadilan. Daripada petikan itu, dapat dilihat bergitu besar sekali penderhakaan yang
dilakukan oleh Hang Jebat sehingga Sultan Mansur Shah begitu murka.
Dalam hikayat Hang Tuah, Hang Jebat merupakan seorang pahlawan yang
telah dibunuh oleh Hang Tuah kerana derhaka dalam pertarungan yang memakan
masa 3 hari 3 malam. Hang Jebat pada masa pertarungan itu menggunakan keris
Taming Sari yang dianugerahkan oleh Sultan Melaka semasa melantiknya menjadi
Laksamana. Keris itu dikatakan menjadikan Hang Jebat kebal tidak lut senjata. Hang
Tuah telah berjaya merampas semula keris Taming Sari dalam pergelutan dan
menikam Hang Jebat. Selepas menikam Hang Jebat, Hang Tuah yang baru kembali
dari buangan, kembali kerumahnya. Hang Jebat tidak terus mati, tetapi telah
membalut lukanya dengan kain cindai dan kemudiannya memasuki kampung-
kampung untuk mengamuk membunuh siapa sahaja yang melintas dihadapannya. Dia
akhirnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Hang Tuah.
Penderhakaan Hang Jebat bukan bermotifkan kuasa dan pangkat.
Penderhakaan Hang Jebat adalah untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya.
Petikan itu menunjukkan penderhakaan Hang Jebat bermotifkan keadilan yang
sewajarnya. Penderhakaan yang mengemparkan kota Melaka pada masa itu sehingga
semua panglima, pendekar dan rakyat jelata sehinggakan sultan sendiri tidak mampu
untuk mengawal keadaan tersebut. Hang Jebat ibarat memperlekehkan sultan
sehingga istana tempat tinggal sultan ditawan dan dijadikan tempat untuk dia
melakukan penderhakaan.
5
Sultan Mansur Syah telah mengumpul seluruh rakyat Melaka untuk melawan
Hang Jebat sekaligus untuk membunuh Hang Jebat tetapi semua itu adalah perbuatan
sia-sia sahaja. Di sini ditunjukan tentang kehebatan empunya keris Tamingsari
sehingga tiada rakyat bahkan panglima yang handal pun tidak berani mendekati Hang
Jebat kerana apa yang pasti kematian akan mengundang kepada rakyat atau panglima
yang ingin menentang Hang Jebat.
Justeru, waadat ini merupakan tulah yang membawa implikasi kepada rakyat
yang menentang dan memberi ruang kepada sultan untuk meletakkan dirinya berbeza
dengan orang lain. Apa sahaja perintah sultan harus dilaksanakan. Hal ini juga
berkaitan dengan unsur ketuhanan atau sebagai wakil tuhan yang dimilik sultan. Ia
seterusnya mencerminkan kelebihan-kelebihan yang ada pada sultan serta tidak boleh
digunakan oleh orang lain. Hal ini mencetuskan konsep daulat dari segi kehidupan
sultan itu sendiri sebagai golongan elit yang tidak boleh dikongsi bersama dengan
rakyat.
Daripada perspektif konsep waadat ini dan sistem fedualisme yang wujud
dalam masyarakat pada masa tersebut ternyata Hang Jebat telah melakukan
penderhakaan dan kesalahan yang amat besar terhadap sultan. Kekuasaan raja dalam
institusi pemerintaan masyarakat melayu tradisional merupakan satu bentuk kuasa
yang unggul dan terpelihara melalui istiadat. Selain itu, unsur kerohanian yang wujud
dalam institusi beraja pada ketika itu ialah sistem nilai dan tanggapan masyarakat
terhadap raja itu sendiri seperti menganggap raja sebagai wakil Allah serta konsep
daulat dan derhaka. Kedua-dua unsure ini mempertahankan kedudukan institusi raja
dalam masyarakat Melayu6.
Hal ini juga dapat digambarkan jika rakyat melakukan penderhakaan kepada raja
maka Allah akan membalikkan rumah penderhaka bumbungan ke bawah manakala
tiang rumah ke atas.Manakala bagi raja yang zalim akan dibinasakan
negerinya.Keadaan ini menunjukkan bahawa konsep daulat dan derhaka dalam
masyarakat melayu bukan perkara remeh tetapi merupakan sesuatu yang perlu
dipatuhi dan diikuti oleh raja dan rakyat.
6 Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia: Penerbit Fajar Bakti, 2006 hlm 12
6
Berdasarkan stigma konsep daulat dan derhaka yang diberikan terhadap
penderhakan rakyat terhadap sultan pada ketika itu, saya berpendapat Hang Jebat
tetap bersalah. Keadilan yang dituntut mencerminkan keberanian dan ketegasan
Hang Jebat untuk mencari keadilan sehingga sanggup menderhaka kepada Sultan
untuk membela Hang Tuah merujuk kepada ungkapan katanya 'Raja adil raja
disembah,raja zalim raja disanggah,' yang menjadi kata-kata hikmat setiap kali
memperkatakan perjuangan untuk menuntut keadilan atau bila hendak
memperkatakan kezaliman raja yang memerintah. Dalam kitab Sejarah Melayu,
masyarakat Melayu menganggap raja atau sultan sebagai Zillu” fil-‘alam:
…pada segala hokum bahawa raja-raja yang adil itu dengan Nabi s.a.w umpama dua
buah permata pada sebentuk cincin; lagi pula raja itu Zillul”llah fil-‘alam…
Petikan ini bermaksud raja yang memerinta di dunia disifatkan sebagai
bayangan Tuhan di muka bumi. Raja yang menjadi penanung masyarakat Melayu
dianggap sebagai wali Allah di dunia dan rakyat dikehendai taat kepada raja
sepertimana mereka taat kepada Allah7 . Perkara yang sama ditekankan dalam
undang-undang Melaka dan Adat Raja-raja Melayu yang meletakkan raja-raja Melaka
sebagai ‘Khalifah Allah di dunia ini8.
Sesiapa yang membantah perintah raja dianggap seperti melanggar perintah
Allah. Raja dianggap sebagai subjek yang sangat mulai dan hamper tiada cacat celah.
Walaupun terdapat kekurangan, sama ada dari segi tingkah laku mahupun
kewibawaannya sebagai pemerinta. Mereka tidak boleh dipertikaikan apatah lagi
dicelah, Perintah raja menjadi satu yang wajib dilakukan walaupun ada diantaranya
yang bercanggah dengan hokum kemanusiaan dan hokum agama9.
Berdasarkan kenyataan dan pandangan masyarakat terhadap system beraja
pada ketika itu, Hang Tuah telah menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi
terhadap sultan. Membunuh Hang Jebat sahabat baiknya merupakan satu tuntutan
yang harus dilakukan demi mentaati perintah raja. Mentaliti masyarakat zaman
fedualisme yang dilatari dengan konsep taat setia kepada raja mencorakkan padangan
7 W.G Shellabear, Sejarah Melayu, Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1975, hlm 1418 Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia: Penerbit Fajar Bakti, 2006 hlm 109 Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia: Penerbit Fajar Bakti, 2006 hlm 10
7
hidup mereka terhadap setiap tindakan dan situasi. Hang Tuah telah mengekalkan
kontrak sosial yang bersifat sepihak iaitu raja perlu dipatuhi. Rakyat tidak boleh
menentang. Pendirian ini semacam ada persamaan dengan definisi kontrak sosial yang
dikemukakan oleh seorang ahli falsafah Inggeris bernama Hobbes (1588-1679) iaitu
rakyat perlu mengikut perintah raja secara mutlak dan kontrak itu tidak boleh
dirungkai sampai bila-bila
8
04. Pandangan Saya Terhadap Penderhakaan Hang Jebat, Keadilan Sebagai
Tuntutan Rakyat Masakini.
Keberanian dan ketegasan Hang Jebat untuk mencari keadilan sehingga sanggup
menderhaka kepada Sultan adalah satu-satunya persoalan yang menjadikan Nama
Hang Jebat begitu harum sehingga ke zaman ini. Ungkapan katanya 'Raja adil raja
disembah,raja zalim raja disanggah,' menjadi kata-kata hikmat setiap kali
memperkatakan perjuangan untuk menuntut keadilan atau bila hendak
memperkatakan kezaliman raja yang memerintah. Kesetiaan Hang Tuah yang
membuta tuli sebaliknya menjadi cemuhan orang-orang di generasi ini.
Perbalahan di antara dua wira Melaka telah menimbulkan tanda tanya tentang
moral Hang Jebat yang bertindak membunuh rakyat yang tidak berdosa dan mengenai
sejauh mana Hang Tuah bertindak mematuhi perintah Sultan. Bagaimanapun,
seseorang perlu melihat tindakan tersebut dalam konteks sezaman. Oleh itu adalah
tidak menusahabah bagi seseorang yang hidup di abad ke 21 mempersoalkan nilai
moral mereka yang hidup dalam abad ke 15. Selain itu membunuh mereka yang tidak
berdosa merupakan satu kesalahan, satu nilai moral yang kekal sepanjang zaman.
Walaupun terdapat mereka yang mengagung-agungkan Hang Jebat dan sebaliknya,
ianya bukanlah sesuatu yang diterima secara keseluruhan, cuma sebahagian
masyarakat. Seseorang itu perlu menimbangkan sebanyak mungkin fakta sebelum
membuat keputusan. Disebabkan oleh itu, Hang Jebat merupakan wira bagi
sesetengah orang dan pembunuh bagi sesetengah yang lain.
Hang Jebat sebenarnya memberikan banyak kiasan tentang integiti politik
zaman fedualisem. Hang Tuah kecundang kerana fitnah dan Jebat kecundang kerana
melanggar adat. Ini sebahagian daripada hukum hakam politik. Malah ia juga
mengingatkan persaudaraan boleh terputus bila-bila masa sahaja apabila berada dalam
ideologi yang berbeza. Sikap Sultan Mansyur saya yang bertindak terburu-buru dalam
melaksanakan hukuman dan tindakan mencerminkan kelemahan institusi
pentadbirannya sendiri.
Hang Tuah mencatatkan Hang Jebat adalah penderhaka. Sebagai orang
yang menentang Sultan Mansur Syah dan menodai birokrasi negeri, dia wajar mati.
9
Seluruh keturunannya juga perlu dihapuskan. Sudah tersurat untuk penderhaka, Hang
Jebat mati di tangan sahabat karibnya, Hang Tuah, pahlawan Melayu yang
mempunyai taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada sultan Melaka (sebenarnya
membuta-tuli). Legenda Tuah dan Jebat, Kesultanan Melaka yang penuh hasad dengki
dan kepincangan birokrasi ini sudah menjadi milik rakyat dan mereka tahu seluruh
perjalanan kisah yang membawa kepada kematian Jebat itu.
Polemik antara Jebat dan Tuah tidak pernah menemukan noktahnya hingga
ke hari ini. Sarjana-sarjana memperdebatkan kedudukan kedua-duanya dari perspektif
wira, penderhaka kesetiaan dan di satu sisi lain ia merupakan keberanian menentang
birokrasi yang pincang.Ramai yang melihat Tuah sebagai wira kerana setia yang tidak
ada duanya kepada Sultan Melaka. Tetapi Sasterawan Negara Usman Awang melihat
Jebat sebagai wira dalam naskhah teater Matinya Seorang Pahlawan.10Begitu juga
Kassim Ahmad dan Mana Sikana (Tuah-Jebat dalam Drama Melayu: Satu Kajian
Intertekstualiti, 1994) yang meletakkan Jebat sebagai wira yang berani
memperjuangkan kebenaran walaupun terpaksa menderhaka kepada sultan.
Namun, masyarakat Melayu telah dididik - sesiapa yang mengkritik birokrasi
dan sistem kekuasaan adalah penderhaka. Sebagaimana Jebat, dosanya terhadap
sultan dan negeri Melaka terlalu besar, walaupun dia membela kebenaran. Balasan
kepada penderhaka dalam mana-mana kerajaan di dunia ialah mati di hujung
senjata.Malah, dalam waadat antara Demang Lebar Daun (mewakili rakyat) dan Sang
Sapurba seperti yang tercatat dalam Sejarah Melayu, mana-mana hamba rakyat yang
menderhaka dan berbuat nista kepada rajanya, mereka boleh dijatuhkan hukuman
mati, jika tidak ada lagi ruang keampunan.
Persoalannya kenapa Jebat dianggap sebagai penderhaka sedangkan dia
memperjuangkan kebenaran dan keadilan? Jawapan yang mudah ialah Jebat
menentang sebuah sistem yang dibangun oleh suara kekuasaan majoriti. Di sisi lain,
Jebat sendiri dilihat oleh pembesar-pembesar Melaka yang berkepentingan dalam
sistem tersebut sebagai upaya mencabar kedudukan sultan, sekali gus meletakkan
dirinya sebagai penguasa baru.
10 Utusan Malaysia, Arkib 3.7.2008 hlm, 12
10
Biarpun, mengetahui kezaliman sultan dalam sistem tersebut, kebenaran Jebat
dan penakutnya Tuah untuk membetulkan kesilapan birokrasi, pembesar-pembesar
tetap mengakui Tuah sebagai wira.Akhirnya seperti yang dicatat dalam Sejarah
Melayu, seluruh keturunan Jebat dibunuh dan diaibkan. Binatang peliharaannya juga
dimusnahkan dan tapak rumahnya dihumbankan ke laut. Namun pada saya, Hang
Jebat telah melaksanakan keadilan yang seharusnya dilakukan.
05. Kesimpulan
Sebenarnya, kisah Jebat-Tuah telah diletakkan dalam ruang kognitif masyarakat
bahawa Jebat adalah penderhaka. Sesiapa sahaja yang bertentangan dengan
kepentingan sistem birokrasi yang majoriti adalah “Jebat”. Secara filosofis, dalam
paradigma Max Weber, birokrasi merupakan organisasi rasional yang mengutamakan
mekanisme sosial bagi memaksimumkan keberkesanan untuk mensejahterakan
masyarakat. “Keberkesanan birokrasi mengarah kepada aspek-aspek pentadbiran dan
organisasi. Dalam pandangan ini, birokrasi diertikan sebagai institusi formal yang
bertanggungjawab melaksanakan kesejahteraan masyarakat secara fungsional.
Sebagai sebuah konsep pemerintahan yang paling penting, birokrasi perlu
dikritik kerana ternyata dalam pelaksanaannya banyak menimbulkan masalah
kegagalan dan kepincangan ekoran daripada kelemahan para penguasa. Ini kerana
(berdasarkan pandangan Weber), birokrasi yang menjadi landasan untuk kepentingan
tertentu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, akhirnya menjadi pincang dan tidak
bermaya.
Oleh itu, tidak wajar masyarakat kita sentiasa meletakkan Tuah yang tidak
berani mengkritik sultan sebagai wira, sedang Jebat terus dianggap sebagai
penderhaka . Sebelum prapenjajahan dahulu, di negara kita belum ada konsep "raja
berperlembagaan". Raja adalah pemerintah yang berkuasa mutlak berdasarkan nilai
dan norma feudal. Berdasakan nilai dan norma feudal itu, menderhaka kepada raja
memanglah merupakan satu kesalahan besar.Akan tetapi, kini apa yang wujud di
negara kita ialah "raja berperlembagaan", yang. kedudukan dan peranannya bukan
lagi ditentukan oleh nilai dan norma feudal, tetapi oleh undang-undang "moden".
11