Konsep Dosa Menurut Islam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

qq

Citation preview

  • PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078

    0 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]

    CTU 101

    PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM

    TAJUK : KONSEP DOSA MENURUT ISLAM

    DISEDIAKAN OLEH:

    Nama No. Kad Pelajar

    1. MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628

    2. MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078

    KOD PROGRAM : AC 110

    SESI : 07/11

    SEKSYEN : 11

  • PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078

    1 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]

    Kandungan

    1. Pendahuluan

    2. Pengertian Dosa

    3. Jenis jenis Dosa Kecil

    4. Jenis jenis Dosa Besar

    5. Konsep Tuntutan Taubat

    6. Kesimpulan

  • PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078

    2 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]

    1. Pendahuluan

    Allah telah menyeru manusia melakukan amalan-amalan yang baik dan meninggalkan amalan perbuatan-

    perbuatan yang ditegah Allah. Antara amalan-amalan baik yang wajib dilakukan manusia ialah mendirikan

    solat lima waktu, berpuasa, membayar zakat, berbuat baik kepada ibu bapa, tolong-menolong sesama

    manusia dan sebagainya, manakala antara perbuatan-perbuatan yang ditegah dan dimurkai Allah ialah

    berjudi, minum dan makan makanan yang diharamkan Allah S.W.T., membunuh, memfitnah dan

    sebagainya. Tujuan Allah S.W.T. menyeru manusia membuat kebaikan dan mencegah manusia daripada

    melakukan kemungkaran ialah untuk memastikan agar manusia dapat hidup aman dan harmoni di muka

    bumi Allah ini.

    Dosa itu bagaikan madu yang beracun yang dapat dirasakan nikmat dan lazatnya ketika pertama

    menikmatinya. Namun setelah itu kita akan merasakan betapa pahitnya racun yang merupakan balasan dan

    azab yang pedih dari Allah S.W.T.. Umat Islam yang tidak melaksanakan perintah Allah S.W.T. dianggap

    berdosa. Manakala umat Islam yang melakukan perkara yang ditegah oleh Allah juga dianggap berdosa.

    Apabila kita melakukan dosa, timbangan sebelah kiri kita akan bertambah. Terdapat dua jenis dosa iaitu

    dosa kecil dan dosa besar. Kita akan membincangkan pengertian dosa dan jenis jenisnya satu persatu,

    kemudian kita akan sentuh mengenai taubat iaitu sebagai salah satu jalan untuk memohon keampunan

    daripada Allah S.W.T. apabila kita telah melakukan dosa.

  • PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078

    3 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]

    2. Pengertian Dosa

    Menurut nas Al-Quran dan Al-Hadis, dosa terbahagi kepada dua jenis iaitu dosa kecil dan dosa besar. Allah

    S.W.T. berfirman:

    Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya

    Kami hapus kesalahan-kesalahan (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang

    mulia (syurga). (An Nisa ayat 31)

    Berpandukan kepada firman di atas, maka jelaslah dalam konteks dosa ini terdapat dosa kecil dan dosa besar

    yang diukur dalam kehidupan kita seharian.

    i.i Pengertian Dosa Besar

    Dosa besar didefinisikan sebagai segala kesalahan yang ditentukan hukumya di dunia dan amaran

    azab di akhirat, seperti minum arak dan berzina.

    i.ii Pengertian Dosa Kecil

    Dosa kecil pula didefinisikan sebagai kesalahan yang tidak diperuntukkan hukuman yang tertentu di

    dunia atau amaran azab di akhirat, seperti bercakap perkara yang tidak memberi faedah.

    Allah S.W.T. telah menetapkan hukuman hukuman tertentu terhadap umat manusia yang melakukan

    perbuatan dosa besar mahupun dosa kecil. Oleh itu, setiap umat manusia hendaklah menjauhi dan

    meninggalkan perbuatan tersebut.

    Firman Allah S.W.T. :

  • PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078

    4 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]

    Dan barang sesiapa Yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya,

    akan dimasukkan oleh Allah ke Dalam api neraka, kekalah Dia di dalamnya, dan baginya azab seksa Yang

    amat menghinakan.(An Nisa ayat 14)

    3. Jenis-jenis Dosa Kecil

    Dosa kecil ini biasanya dilakukan oleh manusia secara sengaja mahupun tidak sengaja dalam kehidupan

    seharian. Umumnya manusia tidak sedar bahawa mereka telah melakukan dosa kecil kerana bagi mereka ia

    hanya biasa sahaja. Hal ini berlarutan kerana, kebanyakkan manusia pada hari ini tidak memahami akan

    hukum-hukum dalam Islam. Antara dosa kecil yang dapat dijelaskan ialah membazir dan mengumpat dan

    lain-lain.

    i) Membazir

    Islam menganggap sikap terlalu boros adalah perbuatan yang berdosa kerana ia akan menyebabkan

    manusia ingkar terhadap nikmat Allah S.W.T.

    .

    Sesungguhnya orang-orang Yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu

    pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya( Al-Isra ayat 27)

    Ayat di atas menjelaskan bahawa orang-orang yang suka menghambur-hamburkan harta adalah

    saudara syaitan. Hal ini kerana,perbuatan memboroskan harta itu adalah ciri-ciri perbuatan syaitan.

    Oieh sebab syaitan juga ingkar terhadap Tuhannya, maka orang- orang yang meniru perbuatan

    memboros akan tergolong salah satu di antara mereka.Ayat di atas adalah merupakan kencaman

    terhadap perbuatan menghambur-hamburkan wang.

  • PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078

    5 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]

    ii) Mengumpat

    Mengumpat ialah seseorang menuturkan sesuatu yang kurang disenangi yang berkaitan dengan

    peribadi temannya. Percakapannya itu boleh secara sindiran, baik yang dicakapnya itu bertalian

    dengan masalah agamanya atau keperibadiannya, semuanya sama sahaja.

    Al-Quran memberikan perumpamaan kepada kita mengenai perbuatan mengumpat ini.

    Perumpamaannya sama sahaja dengan memakan daging saudara yang telah mati.

    Firman Allah S.W.T.:

    Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak

    menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah

    dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan

    janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka

    memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah

    tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah

    kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

    ( Al Hujurat ayat 12)

    Terdapat satu andaian yang menyatakan bahawa dosa kecil tidak ada tetapan hukumnya di dunia dan

    tidak ada seksaan di akhirat kelak. Tetapi perlu diingatkan bahawa dosa kecil yang kerap dilakukan

    tanpa insaf seperti istighfar dan solat lima waktu akan menjadikannya sebagai dosa besar.

  • PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078

    6 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]

    4. Jenis-jenis Dosa Besar

    Imam Adz-Dzahabi mengatakan bahawa dosa besar itu adalah semua perbuatan yang berat yang dihukum

    had di dunia seperti membunuh, membuat zina, mencuri, atau yang di ancam azab di akhirat atau mendapat

    kemurkaaan atau laknat Allah S.W.T.. Semua ini tergolong dalam dosa besar.

    i) Syirik

    Syirik bermaksud menyekutukan atau menyamakan Allah S.W.T. dengan makhluk-Nya sama ada

    dari segi zat-Nya, sifat-Nya, ataupun perbuatan-Nya. Mensyirikkan Allah diharamkan kerana

    perbuatan tersebut menafikan kekuasaan Allah S.W.T. dan merupakan suatu kezaliman yang besar.

    Firman Allah S.W.T.:

    dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:"

    Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain),

    Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar". (Luqman ayat 13)

    Syirik dibahagikan kepada dua, iaitu syirik jali dan syirik khafi.

    i.i Syirik jali

    Perbuatan syirik yang dilakukan secara terang-terangan. Contohnya, bertenung nasib,

    menyembah berhala dan menyembah pokok.

    i.ii Syirik khafi

    Tidak meletakkan Allah S.W.T. sebagai yang mutlak dalam niat. Contohnya, menunjuk-nunjuk

    kehebatan diri, riak, ujub, takbur, dan mengagungkan kuasa lain lebih daripada Allah S.W.T..

  • PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078

    7 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]

    ii) Meninggalkan solat fardhu

    Meninggalkan solat fardhu sehingga keluar dari waktunya dengan menganggapnya remeh, maka

    umat manusia seperti ini kelak di kemudian hari kiamat akan diseksa oleh Allah S.W.T. dengan

    seksaan Neraka Wail iaitu azab yang amat pedih.

    Sebahagian ulama ada yang mengatakan bahawa ancaman bagi orang yang meremehkan solat itu

    kelak akan dijatuhkan ke dalam Neraka Jahanam yang sangat panas sehingga keadaan tersebut

    digambarkan:

    Jika seandainya sebuah gunung dimasukkan ke dalamnya nescaya ia akan hancur kerana sangat

    panasnya dan disamping itu tempat tersebut disiapkan bagi orang yang selalu meremehkan dan

    melalaikan solat sehingga waktunya habis. Kecuali mereka mahu bertaubat kepada Allah S.W.T.

    atas perbuatan mereka itu, nescaya Allah S.W.T. memberi pengampunan kepada mereka.

    iii) Riba

    Dalam erti bahasa riba merujuk kepada tambahan. Maksud riba di sini adalah hutang-piutang atau

    pinjam-meminjam wang atau barang dengan syarat ada tambahan faedah.

    Riba ini pada dasarnya banyak merugikan peminjam atau penghutang. Seperti riba nasiah yang

    terjadi di zaman Jahiliah. Larangan riba ini ditegaskan oleh Allah S.W.T..

    Firman Allah S.W.T.:

    Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu makan atau mengambil riba Dengan berlipat-

    lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya. (Ali-Imran ayat

    130)

  • PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078

    8 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]

    iv) Bunuh diri

    Bunuh diri iaitu seseorang yang mencelakakan dirinya dengan maksud untuk menghabiskan

    nyawanya sendiri sama ada dengan cara meminum racun, menggantung diri, menjatuhkan diri dari

    atas bangunan dan lain-lain. Bunuh diri ini termasuk dalam dosa besar dan diancam dengan hukuman

    neraka. Firman Allah S.W.T.:

    29 ....... dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa

    Mengasihani kamu. 30. dan sesiapa berbuat demikian Dengan menceroboh dan aniaya, maka Kami

    akan masukkan Dia ke Dalam api neraka, dan balasan Yang sedemikian itu adalah mudah bagi

    Allah, (tidak ada sesiapapun Yang dapat menghalangnya). (An Nisa Ayat 29-30)

    v) Berzina

    Zina ialah mengadakan hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan penikahan yang

    sah. Penzinaan ini merupakan perbuatan yang keji sama ada dalam pandangan Islam mahu pun

    pandangan masyarakat. Malah perbuatan tersebut menghasilkan keturunan yang tidak jelas dan

    akhirnya menyebabkan anak yang dilahirkan itu menjadi terbiar. Dengan alas an itu Islam melarang

    untuk melakukan perbuatan zina kerana zina tergolong dalam perbuatan dosa besar. Perbuatan zina

    ini sangat dicela oleh Allah S.W.T. dalam firman-Nya:

    dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji

    dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan). (Al Israa ayat 32)

  • PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078

    9 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]

    vi) Meninggalkan solat Jumaat

    Setiap umat Islam diwajibkan untuk solat Jumaat dengan berjemaah. Barang siapa yang

    meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja tanpa ada uzur yang diizinkan oleh agama adalah

    termasuk meninggalkan kewajipan, bererti mereka telah berbuat dosa.

    Orang yang meninggalkan jemaah solat Jumaat dengan sengaja tanpa ada halangan yang diizinkan

    oleh agama adalah dilarang. Kalau mereka selalu meninggalkannya, nescaya Allah S.W.T. akan

    mematri hatinya sehingga ia akan sering lupa terhadap perintah Allah S.W.T. dan akan menjadi

    orang yang munafik.

    5. Tuntutan Taubat

    Taubat bermaksud kembali semula taat kpd Allah S.W.T setelah menyesal dengan bersungguh-sungguh

    terhadap dosa yang telah dilakukan serta memohon keampunan daripada-Nya. Setiap umat manusia disuruh

    untuk bertaubat bagi menyucikan diri dari sebarang dosa besar ataupun dosa kecil, sama ada dilakukan

    secara sengaja ataupun tidak. Kita hendaklah memohon keampunan secara langsung kepada Allah S.W.T.

    kerana taubat tidak boleh dilakukan melalui perantaraan.

    Firman Allah S.W.T.:

  • PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078

    10 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]

    Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-

    mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam

    syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan

    orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak

    cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika

    orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami

    cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-

    tiap sesuatu". (At Tahrim ayat 8)

    Hukum taubat adalah wajib terhadap golongan yang melakukan dosa sama ada terhadap Allah S.W.T.

    sesama manusia. Jika dosa itu berkaitan dengan manusia maka hendaklah meminta maaf daripada mereka.

    Sekiranya dosa itu berkaitan dengan harta benda, maka hendaklah dikembalikan harta tersebut kepada

    tuannya.

    i) Syarat-syarat taubat

    Taubat tidak hanya diucapkan dengan kata-kata, namun ia harus dibuktikan dengan hati yang tulus

    dan perbuatan. Taubat itu akan menjadi bererti apabila melalui syarat-syarat tertentu. Menurut Imam

    Al-Ghazali, syarat taubat itu antaranya apabila penyesalan itu menimbulkan lebih banyak rasa pedih

    di hati, maka lebih kuatlah harapan bahawa dosa itu akan terampun. Tanda besarnya penyesalan itu

    ialah lunaknya hati kemudian air mata kesedihan mengalir di pipi.

    Menurutnya lagi, apabila rasa pilu terhadap dosa-dosa yang dilakukannya itu terus mencengkam di

    jantung hati orang yang melakukan dosa itu, perasaannya tidak akan senang apabila mengingat dosa

    yang pernah dilakukannya. Tegasnya kecenderungan yang mula-mula ada dalam perasaannya ketika

    melakukan dosa itu telah berubah menjadi benci.

  • PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078

    11 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]

    ii) Tujuan bertaubat

    Tujuan bertaubat adalah untuk menyucikan diri daripada segala dosa terutamanya ketika bertemu

    dengan Allah S.W.T pada hari akhirat kelak. Jika manusia tidak bertaubat, maka ibadat yang

    dilakukan tidak akan diterima oleh Allah S.W.T kerana dosa-dosa yang dilakukan merupakan

    penghalang kepada ibadat. Apabila umat manusia melakukan taubat kepada Nya, maka lahirlah

    perasaan takut akan Allah S.W.T. dan akan menyebabkan mereka untuk patuh dan beribadat dengan

    sempurna kepada Nya. Orang yang bertaubat akan mendapat balasan baik pada hari akhirat kelak.

    Hal ini demikian kerana orang yang bersih daripada dosa akan mendapat kedudukan yang istimewa

    di sisi Allah S.W.T.. Mereka jua akan mendapat petunjuk dan hidayat daripada Allah S.W.T.

    disamping jiwa dan perasaan yang tenang dan tenteram kerana dosa mereka diampun oleh Allah

    S.W.T..

    iii) Hikmah bertaubat

    Hikmah taubat dari konsep pembentukan peribadi adalah umat manusia dapat membaiki dan

    memiliki akhlak yang mulia apabila mereka telah bertaubat dan benar-benar insaf untuk tidak

    mengulanginya lagi. Ia juga dapat mendorong manusia untuk melakukan perkara kebajikan seperti

    bersedekah. Tambahan pula ia juga dapat mendorong umat manusia untuk meningkatkan ketaqwaan

    dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.. Firman Allah S.W.T.:

    dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: "Darah

    haid itu satu benda Yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". oleh sebab itu hendaklah kamu

    menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh Dengan isteri kamu) Dalam masa datang

  • PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078

    12 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]

    darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.

    kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan Yang diperintahkan

    oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang banyak bertaubat, dan

    mengasihi orang-orang Yang sentiasa mensucikan diri. (Al Baqarah ayat 222)

    6. Kesimpulan

    Kehidupan dunia dengan segala nikmat yang ada di dalamnya merupakan anugerah yang diberikan oleh

    Allah S.W.T. kepada umat manusia. Dengan anugerah dan kenikmatan itu juga bagaimanapun terselit ujian

    dan cubaan dari Ilahi

    Allah S.W.T. akan mencuba umat manusia terlebih dahulu dengan apa yang dikurniakannya kepadanya.

    Keimanan dan ketenangan hanya dapat diperoleh setelah kita menang dalam ujian yang sememangnya

    diselitkan dalam tiap-tiap kurnia yang diberikan kepada kita.

    Kita lihat ada satu nikmat yang Allah S.W.T. telah berikan kepada kita iaitu ilmu pengetahuan, rezeki,

    kedudukan dan sebagainya, tapi dalam pada itu terselit juga cubaan dan ujian. Apakah dengan demikian kita

    masih mahu mengatakan bahawa aku yang tinggi, dan aku yang pandai dan kaya,? Kalau demikian

    adanya kita telah kalah dengan segala ujian Allah akhirnya kita hidup dalam kegelumangan dosa dan noda.

    Manusia selalu lupa dengan dirinya sendiri, dan lupa kepada Penciptanya. Manusia diberi amanah tetapi

    dikianati sebaliknya lebih senang memperuntukan kehendak diri sendiri dan hawa nafsu. Tidak ada jalan

    lain untuk kembali kepada kebenaran dari jambangan dosa itu melainkan bertaubat dengan menginsafi

    segala kesalahan masa lalu yang diukir dari setiap langkah kehidupan ini. Memang tiada manusia yang tidak

    berdosa, dan tidak ada juga seorang manusia yang ingin diseksa. Taubat sesungguhnya akan membimbing

    kita kepada tali agama Allah S.W.T. yang benar dan suci. Maka kita hendaklah mennyegerakan taubat kita

    pada Tuhan Yang Esa.

  • PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078

    13 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]

    Rujukan

    Drs. Md. Isa Selamat, 2001. Dosa bagai Madu Yang Beracun, Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher

    Abu Bakar Ali, 2002. Menjauhi Perangkap Dosa, Selangor Darul Ehsan: Ilmiah Publisher Sdn. Bhd.

    Muahammad Ali Imran, 1996. Pengertian Hukum Dan Pembalasan Dosa Menurut Al-Quran Dan Al-

    Hadis, Johor Baharu: Perniagaan Jahabersa

    http://1992hafiz.blogspot.com/2010/07/dosa-menurut-islam_31.html

    http://imam-islam-com.3402717.n2.nabble.com/Pengertian-Dosa-dalam-Islam-td3428236.html

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Taubat_menurut_Islam

    http://www.sabda.org/publikasi/40hari/2003/12/

    http://kajiandosa.blogspot.com/2011/03/pembagian-dosa-menurut-pandangan-islam.html

    http://www.perkahwinan.com/index.php?topic=1091.0