Konsep Kursus Kelestarian Program LINUS Dalam Arus Perdana (Writeup)

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Konsep Kursus Kelestarian Program LINUS Dalam Arus Perdana (Writeup)

    1/13

    Konsep Kursus Kelestarian Program LINUS dalam Arus Perdana

    Pengenalan

    Kursus Kelestarian Program LINUS dalam Arus Perdana ini diadakan bertujuan untuk

    membantu murid-murid yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam Arus Perdana akibatterlalu lambat menguasai Literasi dan serentak dengan itu tidak menguasai isi

    kandungan pembelajaran dalam Arus Perdana dalam Sistem KBSR atau KSSR

    Beberpa langkah telah diambil sebagai tindak susul dari laporan Deloitte

    (PEMANDU, Laporan Check LINUS, 2011).

    Kenyataaan laporan Deloitte bahawa keperluan minimum untuk murid ke Arus

    Perdana tidak menunjukkan indaktor yang boleh disandarkan untuk Literasi Sebenar.Adakah kenyataan ini benar?

    Berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KBSR (Kementerian

  • 7/29/2019 Konsep Kursus Kelestarian Program LINUS Dalam Arus Perdana (Writeup)

    2/13

    Pelajaran Malaysia,2003)Pelajaran Kurikulum Berserpadu Sekolah Rendah

    (KBSR):

    Terangkum dalam Sistem Bahasa (m.s 5), Sistem Bahasa dan Morfologi (m.s 13,

    14), Sintaksis m.s 15), Sistem Ejaan (m.s 16), Sebutan dan Intonasi (m. s 17)

    dan kosa kata (m.s 18)

    Diperkukuhkan dalam Kemahiran Membaca (m.s 9)

    Dimantapkan dalam Kemahiran Menulis (m.s 11)

    Semua aspek di atas disepadukan dalam KBSR keseluruhan dan tidak terpisah

    Aspek yang ada dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah jelas

    telah menjadi asas kepada isi kandungan Literasi dalam program LINUS dan

    kemudiannya Lembaga Peperiksaan telah membentuk dalam bentuk konstruk yang

    perlu dikuasai oleh murid tahap 1 sekolah rendah.

    Berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Draf (2011) pula

    aspekLiterasi dalam:

    Objektif (ii)mendengar , memahami bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat

    dengan betul (m.s 5)

    Pendekatan Modular 4.3.2 Modul Kemahiran Membaca (m.s 5)

    Pendekatan 4.3.3 Modul Kemahiran Menulis (m.s 5)

    Sistem BahasaMorfologi-merujuk pola suku kata (m.s 6), Sintaksis (m.s 7)4.4.3 Sistem

    ejaan 4.4.4 Sebutan dan intonasi, Kosa Kata (m.s 8 )

    Namun demikian terdapat segelintir murid LINUS dalam Literasi (3%) yang tidak

    dapat menguasai Literasi dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah apabila berada di

    Arus Perdana (berdasarkan selisih antara saraingan khas dan saringan 6 (97-94%).

    Faktor-faktor yang menyumbang kepada keadaan ini ialah:

    Murid tidak melalui proses bersepadu dalam Program LINUS dan KBSR atau KSSR.

    Guru tidak mengenali kelemahan sebenar murid.

    Guru tidak menggerakkan garis kontimum punca kelemahan dengan sukatan (KBSR)

    atau modular (KSSR) semasa.

    Guru gagal menggunakan Pendekatan Pelbagai Aras

  • 7/29/2019 Konsep Kursus Kelestarian Program LINUS Dalam Arus Perdana (Writeup)

    3/13

    APA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MEMBOLEHKAN MURID KUASAI LITERASI

    TANPA MENINGGALKAN KBSR DAN KSSR

    Kenal pasti kelamahan murid. Laksana Task Analysis (RPI).

    Pastikan tajuk dan objektif dalam Sukatan Pelajaran (KBSR) Standard

    Pembelajaran (KSSR)

    Utamakan sukatan KBSR atau Standard Pembelajaran KSSR

    Sesuaikan antara kelemahan murid LINUS (Konstuk berapa) dan sukatan KBSR

    atau Standard Pembelajaran KSSR

    Bina Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian

    Kaji berdasarkan task analysis sebelum membina Rancangan Pengajaran

    Tahunan atau Rancangan Pengajaran Individu

    Contoh Situasi

    Situasi Kelas

    Terdapat 30 orang murid Arus Perdana.

    5 orang murid LINUS

    Murid A: Literasi pada konstruk 3 (Suku kata Terbuka)

    Murid B: Literasi pada konstruk 7 (Diftong)

    Murid C: Literassi pada konstruk 9 (Imbuhan Awalan dan Akhiran)

    Mudid D: Literassi pada konstruk 10 (Ayat Tunggal)

    Murid E:Literassi pada konstruk 12 (Ayat Majmuk)

  • 7/29/2019 Konsep Kursus Kelestarian Program LINUS Dalam Arus Perdana (Writeup)

    4/13

    Berikut adalah cadangan task analysis murid LINUS dalam Arus Perdana atau

    murid LINUS yang dijar dalam kelas LINUS:

    HASIL PEMBELAJARAN

    (Mendengar dan Bertutur

    KEMAHIRAN LINUS

    1.0 Berbual dengan keluarga. rakansebaya dan pihak lain dalam situasiformal dan tidak formal

    1.1,2.1 Membaca dan memahami sertamenulis perkataan yang mengandungsuku kata terbuka KV+KV.

    1.1 Berbual tentang sesuatu perkaraberkaitan kehidupan seharian denganmenggunakn kata, ungkapan , ayat,

    sebutan, intonasi dan nada yang sesuai

    1.2 Membaca dan memahami sertamenulis perkataan yang mengandungsuku kata terbuka KV+KV+KV.

    1.2 Bertanya dan menjawab tentangsesuatu perkara secara bertatasusila

    1.3 Membaca dan memahami sertamenulis perkataan yang mengandungisuku kata terbuka V+KV.

    1.3 Memberikan dan memahami arahanserta pesanan tentang sesuatu perkara

    1.4 Membaca dan memahami sertamenulis perkataan yang mengandungigabungan suku kata tertutup dan terbu

    KVK+KV

    1.4 Menyatakan permintaan secaraberterus terang dan meyakinkan denganmenggunakan intonasi dan unsurparalinguistik yang sesuai untukmenguatkan permintaan

    1.5 Membaca dan memahami sertamenulis perkataan yang mengandungigabungan suku kata tertutup dan terbuKVKK+KV.

    Begitu juga dalam pelaksanaan yang berdasarkan Dokumen Standard KSSR,Standard Pembelajaran disesuaikan dengan kemahiran Literasi atau Numerasi dalam

    program LINUS dengan menentukannya berdasarkan task analysis yang dirangka.

    Beberapa pertimbangan perlu diperhatikan dalam membuat task analysis untuk

    murid LINUS :

  • 7/29/2019 Konsep Kursus Kelestarian Program LINUS Dalam Arus Perdana (Writeup)

    5/13

    1. Pastikan keupayaan murid LINUS dalam kedua-dua aspek sama ada aspekkeupayaan murid LINUS menguasai Literasi atau Numerasi

    2. Pastikan kemahiran Literasi dan Numerasi disusun supaya dapat dikuasaisebelum saringan berikutnya.

    3. Pastikan murid Perdana dan murid LINUS berupaya untuk melaksanakan

    aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran sama ada berdasarkanKurikulum KBSR atau KSSR4. Pastikan pengajaran dan pembelajaran pelbagai aras berlaku.5. Sistem KBSR yang mengelompokkan murid dalam kelompok

    cemerlang,sederhana dan lemah digunakan dalam kelas gabungan.6. Aktiviti yang menekankan pengayaan dan pemulihan dalam sistem KBSR

    digunakan untuk melaksanakan pengaajran dan pembelajaran.7. Rancangan Pengajaran Harian dirangka supaya aktiviti bagi Literasi dan

    Kurikulum sedia ada dapat dilaksana dan dirancang dengan teliti,

    Rancangan Pengajaran Harian

    Bagi memastikan proses penyelarasan program LINUS dan Kurikulum

    Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) atau Kurikulum Standard Sekolah Rendah

    (KSSR), kita perlu merancang dan melaksana kedua-dua aspek ini dalam pengajaran

    dan pembelajaran .

    Rancangan Pengajaran Harian ini perlu dirancang setelah dikaji Task Analysis

    murid LINUS dan setelah disusun Rancangan Pengajaran Tahunan. Peringatan :

    Rancangan Pengajaran Tahunan Program LINUS mestilah disesuaiakandalam tempoh sehingga saringan berikutnya. Sementara KBSR atau KSSR

    dalam tempoh satu tahun.Lakukan task analysis terlebihdahulu

    Berikut adalah contoh RPH untuk KSSR. Perhatikan bagaimana kedua-dua

    aspek diberi penekanan dalam kelas berkenaan.

  • 7/29/2019 Konsep Kursus Kelestarian Program LINUS Dalam Arus Perdana (Writeup)

    6/13

    RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

    BAHASA MALAYSIA

    Mata Pelajaran danKelas

    Bahasa Malaysia Tahun 2 Bestari

    Tema/Tajuk Kebudayaan - Makanan Kita

    Masa 7.30 8.30 pagi

    StandardPembelajaran

    1.4.4 / Literasi: 3.2

    ObjektifPembelajaran

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;

    i. Bertutur untuk menyatakan permintaan dengan betul.

    ii. Bertutur untuk menyatakan permintaan dengan intonasiyang betul secara bertatasusila.

    Aktiviti 1. Menuturkan ayat-ayat permintaan yang telah didengardaripada dialog.

    2. Main peranan sebagai penjual dan pembeli.

    3. Berbincang tentang cara yang betul membina ayatpermintaan berdasarkan situasi.

    4. Menulis ayat permintaan berdasarkan gambar, slaidpowerpointatau situasi pada komputer, papan tulis ataulembaran kerja.

    Akitiviti Literasi

    1. Menyebut dan memahami frasa yang mengandungi suku

    kata terbuka dan tertutup yang terdapat dalam ayatpermintaan berdasarkan dialog.

    EMK Nilai Murni berbudi bahasa, jujur

    Keusahawanan sikap dan pemikiran keusahawanan

    TMK belajar melalui TMK

    Bahan Bantu Belajar Radio/komputer, slaidpowerpointgambar-gambar tunggal, kadgambar, lembaran kerja

    Penilaian Pengajarandan Pembelajaran

    Murid menuturkan ayat-ayat permintaan berdasarkan gambarsituasi atau slaidpowerpointyang dipaparkan.

    Refleksi 30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.

    Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

    5 dari 6 orang murid menguasai Literasi

    Seorang murid Literasi akan diberi bimbingan

  • 7/29/2019 Konsep Kursus Kelestarian Program LINUS Dalam Arus Perdana (Writeup)

    7/13

    NUMERASI

    Nemerasi pula memeri penekanan kepada Bahasa Murid dalam Numerasi

    OBJEKTIF :

    1) MENGATASI MASALAH TEKANAN GURU YANG MENGAJAR LINUS DENGAN

    MEMBERI MOTIVASI KEPADA GURU TAHUN 3 YANG MENGAJAR

    MATAPELAJARAN MATEMATIK

    2) MENJADIKAN CONTOH PELAKSANAAN LINUS TAHUN 3 YANG BERKESAN

    3) PERKONGSIAN DAN PERCAMBAHAN IDEA UNTUK MELESTARIKAN P&P

    LINUS

    4) PERKAITAN ANTARA KEMAHIRAN KONTRUK 10,11,12 LINUS DENGAN

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN TEKANKAN GURU SUPAYA MURID

    MENAAKUL DAN PENGGUNAAN BAHASA HARIAN DALAM P&P MATEMATIK

    5) MEMBERI PENDEDAHAN APLIKASI ICT DI DALAM P&P , FOKUS KEPADA

    KONSTRUK 10,11 DAN 12. (PENGENALAN KEPADA EDUWEB TV)

    6) MEMBERI PENDEDAHAN TENTANG PENGURUSAN MURID YANG BARU

    MELEPASI SARINGAN LINUS

    7) MEMBUAT KAJIAN LAPANGAN DISEKOLAH UNTUK MENCUBA

    PENDEKATAN YANG TELAH DIPELAJARI.

    8) MERUMUS HASIL DAPATAN KURSUS DAN DAPATAN DARIPADA KAJIAN

    LAPANGAN DI SEKOLAH TERPILIH.

    JUSTIFIKASI KEPADA PENDEKATAN BAHASA MURID:

    1. SELARAS DENGAN HASRAT UNTUK MENGATASI KELEMAHAN MURIDMENGUASAI KONSTRUK 10, 11 DAN KONSTRUK 12.

    2. PENYEDIAAN BAHAN YANG MUDAH DAPAT DAN SENANG DISEDIAKAN.

    3. AKTIVITI P&P YANG MELIBATKAN MURID SECARA AKTIF DAN BOLEH

    LAKSANA.

  • 7/29/2019 Konsep Kursus Kelestarian Program LINUS Dalam Arus Perdana (Writeup)

    8/13

    4. BERPUSATKAN MURID SECARA AKTIF DAN MENGGUNAKAN BAHAN

    MURID DALAM AKTIVITI PEMBELAJARAN.

    5. MURID MUDAH MENGAMBIL BAHAGIAN KERANA BAHAN RANGSANGAN

    TERDIRI DARIPADA SITUASI YANG RAPAT ATAU HAMPIR DENGAN

    MEREKA.

    PENDEKATAN BAHASA MURID:

    ADA 4 FASA PERBINCANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN YANG

    DIKENALPASTI BERKAITAN DENGAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN PADA HARI

    BERKENAAN.

    a. FASA BAHASA MURID MURID AMBIL BAHAGIAN DALAM

    PERBINCANGAN MENGGUNAKAN ISTILAH ATAU BAHASA YANGBIASA DALAM KEHIDUPAN MEREKA.

    b. FASA BAHASA BAHAN MURID BERCAKAP TENTANG RUPA

    BAHAN ATAU MENCERITAKAN PERIHAL BAHAN YANG MEREKA

    LIHAT.

    c. FASA BAHASA MATEMATIK MURID AKAN DIPANDU OLEH GURU

    UNTUK BERCERITA TENTANG BILANGAN OBJEK DAN OPERASI

    YANG TERLIBAT DALAM BAHAN RANGSANGAN ITU

    d. FASA PENULISAN (SIMBOL)

    SETIAP FASA MURID AKAN BERBINCANG MELALUI LANGKAH LANGKAH

    BERIKUT:

    1. MODELING PERBINCANGAN MENGENAI BAHAN RANGSANGAN YANG

    BIASA DENGAN MURID

    2. SHARING PERBINCANGAN ITU DITERUSKAN DENGAN PENGALAMAN

    MASING MASING.

    3. CREATING MURID AKAN TERUS MEREKACIPTA, MEMBINA CERITA,GAMBAR, JADUAL ATAU RAJAH SAMBIL MEMASUKKAN UNSUR

    KEMAHIRAN MATEMATIK.

  • 7/29/2019 Konsep Kursus Kelestarian Program LINUS Dalam Arus Perdana (Writeup)

    9/13

    BAHAN RANGSANGAN

    BAHAN RANGSANGAN UNTUK ASAS PERBINCANGAN ADAAH TERDIRI

    DARIPADA

    GAMBAR, RAJAH,

    JADUAL, GRAF

    CERITA.

    CONTOH GAMBAR UNTUK BAHAN PERBINCANGAN ADALAH SEPERTI DIBAWAH:

    o MURID AKAN BERBINCANG DENGAN RAKAN TENTANG GAMBAR YANG

    DIPAPARKAN. MEREKA AKAN BERCAKAP TENTANG APA YANG MEREKA

    SUKA DAN BIASA DENGAN MEREKA.

  • 7/29/2019 Konsep Kursus Kelestarian Program LINUS Dalam Arus Perdana (Writeup)

    10/13

    o GURU MEMBIMBING MURID DENGAN MENGIKUTI FASA PERBINCANGAN

    YANG DICADANGKAN, FASA FASA INI HANYA CADANGAN. SEMUA

    BERGANTUNG KEPADA KREATIVITI GURU, MASA, KEBOLEHAN MURID

    DAN BAHAN YANG DISEDIAKAN.

    1. Bahasa Murid

    2. Bahasa bahan

    3. Bahasa matematik

    4. penulisan (symbol)

    o PERBINCANGAN DISARANKAN JUGA DENGAN ASPEK BERIKUT:

    1. SHOW, (Dengan pelbagai cara perwakilan)

    2. SAY (dengan variasi ayat yang membawa makna yang sama)

    3. WRITE. (dengan variasi ayat tetapi membawa makna yang sama)

    o SETIAP MURID / KUMPULAN MESTI ADA BAHAN RANGSANGAN,

    MANIPULATIF DAN ALAT TULIS untuk aktiviti pembelajaran.

    Langkah 1: Bahasa Murid

    1.1 Bahasa murid adalah bahasa dan istilah tempatan yang difahami oleh murid.Umpamanya belon bagi pesawat di Sarawak, Walai bagi rumah di Sabah, buahseta bagi manggis di Kelantan.

    1.2 Guru akan membimbing murid untuk bercerita atau memperihalkan objek yangdipilih melalui soalan soalan yang dikemukakan oleh guru yang berkaitan dengangambar tersebut.

    1.3 Merujuk kepada gambar di atas mungkin murid akan bercakap tentang harimau,rumah, unta, burung, dan pokok kelapa.

    1.4 Contoh:

    1.4.1 Murid bercakap tentang pokok kelapa. Guru boleh meluaskanperbincangan dengan bertanya di mana boleh didapati pokok kelapa,apakah kegunaan hasil kelapa,

  • 7/29/2019 Konsep Kursus Kelestarian Program LINUS Dalam Arus Perdana (Writeup)

    11/13

    1.4.2 Tujuan utama adalah untuk memberi mereka peluang memperihalkansesuatu (menaakul) berasaskan apa yang mereka tahu.

    1.4.3 Guru boleh melanjutkan perbincangan dengan soalan tentang hasildaripada pokok kelapa seperti lidi, santan, tempurung, sabut air nira dll.

    Langkah 2: Bahasa Bahan

    2.1 Guru melanjutkan perbincangan dengan membimbing murid bercakap tentangrupa, keadaan, kedudukan, saiz warna objek yang dipilih oleh murid.

    2.2 Dalam langkah ini bahan rangsangan yang dihasilkan mestilah menunjukanperbezaan yang nyata dari segi rupa, keadaan, saiz, warna dan bilangan objek.

    2.3 Kemukakan soalan ke arah perbincangan yang memperihalkan keadaan sesuatu

    objek yang sama tetapi berbeza keadaannya.

    2.4 Contoh:

    2.2.1 Murid bercakap tentang unta. Tanya soalan tentang ada yang besar, adayang kecil. Lanjutkan perbincangan siapakah agaknya unta yang besardan siapakah AGAKNYA unta yang kecil . Kemungkinan ada murid yangmenjawab bapa unta, anak unta dan sebagainya.

    Langkah 3: Bahasa Matematik

    3.1 Soalan guru dan perbincangan murid hendaklah melibatkan bilangan objek yang

    terdapat dalam bahan rangsangan tersebut.

    3.2 Dalam langkah ini guru menumpukan kepada bilangan objek serta perbezaan

    rupa, kedudukan, saiz dan warna objek tersebut.

    3.3 Libatkan istilah istilah yang membawa maksud tambah, tolak. Jumlah, sama

    dengan, darab dan juga bahagi. Ini bergantung kepada objektif pembelajaran

    pada hari berkenaan.

    3.4 Contoh

    3.4.1 Dua unta kecil dan satu unta besar jadi tiga semuanya.

    3.4.2 Minta murid wakilkan bilangan objek dengan manipulative yang

    disediakan guru.

  • 7/29/2019 Konsep Kursus Kelestarian Program LINUS Dalam Arus Perdana (Writeup)

    12/13

    3.4.3 Gunakan pelbagai istilah yang membawa maksud yang sama seperti

    jumlah, kesemuanya, sama dengan bagi menunjukkan jumlah selepas

    tambah atau baki dan perbezaan jika menunjukkan operasi tolak.

    Langkah 4: Penulisan Simbol

    4.1 Setelah melalui variasi cara sebutan bagi sesuatu situasi, guru membimbing

    murid menulis dalam bentuk symbol dan perkataan ayat matematik yang mereka

    sebutkan.

    4.2 Variasi penulisan mestilah sama seperti sebutan yang telah dibetulkan oleh guru

    dalam perbincangan sebelum ini.

    4.3 Dua bentuk penulisan diutamakan. Satu dalam bentuk symbol seperti 2 + 3 = 5

    atau dalam perkataan seperti dua tambah tiga sama dengan lima.

    4.4 Guru harus membimbing murid menulis ayat matematik dalam pelbagai variasi.Contoh, tulis juga 5 = 2 + 3,

    4.5 Penulisan dalam bentuk symbol hendaklah sama dengan sebutan dan susunan

    manipulative yang digunakan.

    Contoh:

    Dua unta kecil dengan satu unta besar jadi tiga semuanya.

    Manipulatif

    Simbol 2 + 1 = 3

    Bahan Rangsangan Berupa Jadual.

    Lima orang sahabat telah pergi memancing. Jumlah ikan yang mereka dapat adalah

    seperti berikut.

    Bil NamaBilanganIkan

    1 Husna 5

    2 Fauzi 83 Roslin 4

    4 Azman 10

    5 Raju 2

  • 7/29/2019 Konsep Kursus Kelestarian Program LINUS Dalam Arus Perdana (Writeup)

    13/13

    Untuk bahan rangsangan seperti ini guru boleh mempersembahkannya dengan carabercerita yang menarik.

    Bagi menyesuaikan dengan Nilai nombor yang makin besar guru boleh membuatpengubahsuaian cerita dengan menukar situasi. Umpamanya jumlah murid si sekolah

    sekolah yang boleh memberikan jumlah dari tiga digit hingga 4 digit.

    Semua bergantung kepada kreativiti guru untuk membuat penyesuaian yang relevan.