Upload
valentine-b-jenny
View
3
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
konsep pentaksiran dlm PSV
Citation preview
KONSEP PENTAKSIRAN
Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan
kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la
hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta
Pendidikan 1996. (Akta 550). Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk
mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan
mempertingkatkan perkembangan mereka.
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor da menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi
tujuan tertentu
Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan
seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid
ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut:
1. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
2. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.
3. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa
ke semasa.
4. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.
5. Mengesan keberkesanan pengajaran
6. vi. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.
TUJUAN PENTAKSIRAN
Tujuan pentaksiran adalah:
Mengesan keberkesanan pengajaran.
Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.
Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan
pertumbuhan murid.
Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa
ke semasa.
Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.
CIRI- CIRI PENTAKSIRAN
1. Kesahan Skor:- merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan
2. Kebolehpercayaan Skor:- merujuk kepada ketekalan dan ketepatan
3. Keobjektifan:- ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor
4. Kebolehtadbiran:- kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara
berpusat atau berasaskan sekolah
5. Kemudahtafsiran:- maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskrimininasi
antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian
6. Kekomprehensifan:- Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan
Pelajaran
INSTRUMEN PENILAIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
- Ujian (sejarah dan apresiasi seni)
- Kaedah pemerhatian
- Kaedah temubual
- Kaedah anekdot
- Menggunakan senarai semak
- Menggunakan soal selidik
- Portfolio
(Crow & Crow dalam Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan,DBP. Kementerian
Pelajaran Malaysia:1983)
Michael (1998), berpendapat penilaian kerja-kerja studio dan hasil kerja seni
mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai apabila iaitu meliputi:
1. Komunikasi / ekspresi,
2. Keyakinan diri /self-esteem,
3. Perkembangan persepsi,
4. Ketekalan organisasi estetika,
5. Pengetahuan seni,
6. Kreativiti ,
7. Kemahiran , dan
8. Kepuasan / keseronokan.
PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
Terdapat berbagai jenis jenis penilaian yang boleh dijalankan dalam pengajaran
penduidiakan seni visual. Antaranya juga terdapat berbagai pandangan dan garis
panduan yang boleh dirujuk agar penilaian itu akauntabel dan menggunakan piawai
(standards) nasional yang telah ditentukan mengikut kemahiran dan tahap pelajaran
pendidikan seni visual. Penilaian juga boleh dilakukan dengan menggunakan portfolio
untuk penilaian yang berterusan.
Untuk menilai proses dan hasil kerja pelajar, beberapa cadangan boleh dijadikan
kriteria penilaian. Rob Barnes (1987) berpendapat, terdapat lima perkara yang perlu
dinilai iaitu:
1. i. proses kerja,
2. ii. pengendalian bahan,
3. iii. penggunaan media,
4. iv. kemahiran kritikal, dan
5. v. peringkat-peringkat perkembangan peribadi.
Manakala Michael (1998) mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai iaitu
meliputi: komunikasi atau ekspresi, keyakinan diri /self-esteem, perkembangan
persepsi, ketekalan organisasi estetika, pengetahuan seni, kreativiti, kemahiran, dan
kepuasan atau keseronokan.
Dalam penilaian pendidikan seni visual, adalah penting untuk menilai aspek yang
berkaitan dengan pembelajaran, sejarah dan apresiasi seni serta perkembangan dalam
estetika. Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang
perkara-perkara berikut:
1. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai.
2. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
3. Menentukan instrumen yang hendak digunakan.
4. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan.
5. Menentukan tempoh masa pemerhatian.
6. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.
Instrumen penilaian yang dibina juga perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Tujuan yang jelas.
ii. Menepati apa yang hendak dinilai.
iii. Item boleh diukur.
iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.
Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, penilaian boleh dilakukan sama ada
penilaian secara terkawal atau penilaian tidak terkawal.
a) Penilaian Terkawal:
Penilaian ini dijalankan dalam suasana yang terkawal, di mana pelajar menjawab
soalan-soalan dalam keadaan tenteram dan tidak diganggu. Ia merupakan ujian
pencapaian yang berbentuk kertas dan pensel. Pelajar diberi masa yang sama panjang,
menjawab dalam masa yang sama, menggunakan kertas soalan dan bentuk soalan
yang sama dan diawasi oleh pengawas atau petugas sepanjang masa. (masa ujian
atau peperiksan)
Penilaian terkawal ini biasanya dijalankan pada setiap penggal persekolahan yang telah
dimasukkan dalam takwim persekolahan sepanjang tahun. Penilaian terkawal juga ialah
peperiksaan kendalian Kementerian Pelajaran seperti peperiksaan SPM dan STPM.
Penilaian terkawal sangat sesuai untuk mendapatkan maklumat pengetahuan dan
kemahiran pelajar.
b) Penilaian Tidak Terkawal:
Penilaian tidak terkawal ini dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual. Guru dapat memerhatikan tingkah laku pelajar setiap hari dan
mengumpul maklumat daripada pemerhatian tersebut. Dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran, guru akan sentiasa memerhati dan membuat pengujian tidak formal
kepada pelajar. Hal ini dilaksanakan semasa pelajar membuat aktiviti dan projek, sama
ada secara individu atau berkumpulan. Hal ini sangat penting bagi membantu mencapai
hasil pembelajaran yang diharapkan.