Pentaksiran Prasekolah

Embed Size (px)

Text of Pentaksiran Prasekolah

Rangka Isi Pelajaran

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK

PRA 3111PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN

KANAK-KANAK

SINOPSISModul ini mengandungi konsep pentaksiran dan penilaian kemajuan perkembangan kanak-kanak. Modul kursus ini juga mendedah pelajar kepada perancangan pentaksiran dan penilaian kanak-kanak, pengumpulan data melalui pemerhatian tingkah laku, perbualan, penilaian hasil kerja, rakaman, temubual dengan pelbagai pihak, perbincangan dengan ibu bapa, penilaian melalui rekod-rekod peribadi dan penilaian melalui ujian saringan. Melalui modul ini, pelajar juga dapat memahami penganalisisan, pelaporan dan membuat tindakan susulan, etika pentaksiran yang meliputi garis panduan membuat pentaksiran dan peranan serta tanggungjawab guru-guru prasekolah.HASIL PEMBELAJARAN

Menjelaskan konsep, objektif, kepentingan dan prinsip-prinsip pentaksiran dan penilaian kemajuan kanak-kanak.Mengunakan pertimbangan sendiri dalam melaksanakan teknik-teknik pentaksiran dan penilaian pengikut proses.

Mengaplikasi pelbagai kaedah dalam menyediakan laporan pentaksiran dan penilaian kanak-kanak.

Merancang, mengurus dan melaksanakan pentaksiran dan penilaian kanak-kanak prasekolah.

Mengenalpasti pelbagai cara pemerhatian untuk mengumpul data berkaitan kemajuan kana-kanak.Mengenalpasti dan mematuhi etika pentaksiran dalam melaksanakan pentaksiran dan penilaian kemajuan kanak-kanak.

Kerangka Tajuk-tajuk

TAJUK 1PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1.0 PengenalanKanak-kanak merupakan golongan yang agak sukar dinilai secara tepat kerana aktiviti yang mereka lakukan, tumpuan yang singkat dan pencapaian yang tidak konsisten dalam persekitaran baru. Faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi pencapaian mereka termasuk baka, perbezaan budaya dan bahasa, serta ibu bapa yang kadang-kadang kurang berinteraksi dengan anak mereka. Pentaksiran dalam keadaan yang santai adalah situasi di mana penilaian amat berkesan dilakukan.

Pentaksiran merupakan proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, 2010)

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran dijalankan secara berterusan

Pentaksiran kemajuan kanak-kanak bertujuan untuk mengenali basic point kekuatan dan kelemahan seseorang kanak-kanak dalam bentuk yang praktikal bukan sekadar teori. Sebaliknya berbentuk rujukan kriteria iaitu membandingkan kebolehan kanak-kanak dengan kriteria yang perlu dicapai mengikut peringkat umur. Pentaksiran bukan untuk membandingkan tahap pencapaian antara seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain atau untuk melabel mereka.Kesimpulannya, pentaksiran dan penilaian dalam prasekolah bermaksud satu proses pemerhatian yang melibatkan beberapa langkah utama dalam proses pengumpulan tentang perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dari aspek psikomotor, kognitif dan afektif yang dilaksanakan secara berterusan dan tidak formal dalam tujuan mendapatkan maklumat yang tepat selain memberi panduan buat guru dalam menilai sejauh mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Maklum balas yang diberi semasa atau selepas sesuatu aktiviti pentaksiran merupakan perkara penting dalam melengkapkan proses pentaksiran. Pertimbangan harus diberi ke atas aspek keperluan, perasaan, psikologi dan teori perkembangan kanak-kanak semasa merancang proses pentaksiran1.1 Pentaksiran AutentikPentaksiran autentik merujuk kepada bentuk penilaian di mana murid ditaksir pada masa menjalankan tugasan aktiviti pembelajaran harian di dalam dan di luar kelas. Untuk mendapat hasil atau evidens terbaik, konteks (tema, topik atau aktiviti) yang digunakan untuk mentaksir murid harus mengambil kira aspek minat, budaya, latar belakang sosio ekonomi, pengalaman seharian, persekitaran, kekuatan, ketidakupayaan dan kebolehlaksanaan. Oleh yang demikian, fleksibiliti dibenarkan dari segi instrumen dan aktiviti yang dirancang.

Pentaksiran prasekolah dilaksanakan secara pendekatan formatif. Matlamatnya ialah untuk meningkatkan motivasi dan pembelajaran murid. Pentaksiran dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, membantu guru mengesan penguasaan, kemajuan dan merancang pengajaran atau strategi seterusnya. Untuk mencapai matlamat, guru harus melaksanakan aktiviti-aktiviti pentaksiran secara berulang dan berterusan. Sebagai persediaan, guru harus membuat perancangan dan membina item, instrumen atau aktiviti.

Kanak-kanak memerlukan kaedah penilaian yang berkesan dalam mengenal pasti kemajuan mereka menggunakan cara yang sah dan boleh dipercayai. Maka, pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan prasekolah dengan rasional perlu ada sistem yang mentaksir secara bermakna untuk perkembangan kanak-kanak, sistem pentaksiran yang telus untuk ibubapa dan kanak-kanak dan perlu ada program jambatan di prasekolah dengan program di sekolah dan kesinambungan subjek.1.2 Objektif Pentaksiran

Pentaksiran murid di prasekolah menekankan kepada usaha ke arah penambahbaikan serta perkembangan dan bukan pencapaian semata-mata. Maklum balas yang diberi semasa atau selepas sesuatu aktiviti pentaksiran merupakan faktor penting dalam menjayakan proses pentaksiran. Pertimbangan harus diberi ke atas keperluan kanak-kanak, perasaan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak, teori perkembangan kanak-kanak semasa merancangkan proses pentaksiran. Bagi memastikan murid mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran tertentu sebelum memulakan persekolahan formal di Tahun Satu, Pentaksiran Merujuk Standard digunakan,selaras dengan reka bentuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang mula digunakan di semua prasekolah pada tahun 2010. Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut:i.

Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.ii. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.iii. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa semasaiv. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.v. Mengesan keberkesanan pengajaran.vi. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

Menurut Katz (1997), objektif pentaksiran dan penilaian di prasekolah bertujuan untuk:

Meningkatan pembelajaran murid

Membuat keputusan penempatan Membuat diagnosis masalah pembelajaran Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid

Menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibu bapa Menolong kanak-kanak dalam menilai kemajuannya sendiri

Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta

Membantu membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum Menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama1.3 Prinsip-prinsip Pentaksiran

James H. McMillan (2000), menyatakan tiga prinsip dalam pentaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak ialah;

Jelas, boleh dipercayai dan boleh dicapai dengan telus Konsisten Inklusif dan adilSurayah dan Haslinda (2009), amalan bersesuaian perkembangan kanak-kanak menyatakan terdapat enam prinsip pentaksiran dan penilaian:i. Dijalankan secara berterusan.ii. Mempunyai perancangan strategi dan instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan setiap tujuan dan hasil penilaian.iii. Mempunyai kriteria-kriteria penilaian perkembangan yang sesuai dengan objektif pembelajaran.iv. Memberikan manfaat dan bermakna dalam pengalaman harian murid-murid.v. Dilaksanakan secara tidak formal. vi. Dilaksanakan melalui pemerhatian dan dokumentasi untuk membuktikan kesahihannya1.4 Kepentingan Pentaksiran

1. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi kanak-kanak dalam pembelajaran. Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang normal dapat dikesan secara menyeluruh. Bagi kanak-kanak yang mempunyai kesulitan pembelajaran dalam aspek tertentu, guru boleh merujuk dan bekerjasama dengan pakar kesihatan semoga bantuan dapat diberikan pada peringkat awal lagi.

2. Melihat perubahan pada perkembangan setiap murid

Tidak semua murid dapat menerima maklumat baru ketika guru mengajar. Oleh itu guru hendaklah membuat beberapa pemerhatian bagi melihat tahap penerimaan maklumat baru serta perubahan kemahiran yang dicapai oleh setiap murid. Penglibatan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif sangat penting.3. Membuat perancangan aktiviti

Selepas memerhati kanak-kanak melakukan aktiviti yang diberi, guru dapat mencadangkan beberapa aktiviti lain dalam bentuk aktiviti bimbingan atau pengayaan. Aktiviti kelas boleh dijadikan sebagai aktiviti beberapa kumpulan kecil.

4. Meneliti keberkesanan aktiviti, rutin dan strategi yang digunakan

Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran melalui respons kanak-kanak semasa rutin harian dan aktiviti memberi gambaran berkenaan status penerimaan. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran dalam memperbaiki pengajaran-pembelajaran. Maka, guru perlu membuat pengubahsuaian daripada segi strategi untuk mencapai pembelajaran yang dikehendaki. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang secara tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.5. Mempelajari keperluan setiap murid

Guru dapat mengenal