Upload
eja-hafiz
View
232
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/8/2019 konvergen & divergen2
1/17
Teknik, kaedah dan strategiConvergent dan Divergent
8/8/2019 konvergen & divergen2
2/17
Pemikiran divergent/ pemikiran
bercapah Pemikiran Divergen kerap kali dirujuk
sebagai keupayaan mencadangkan idea-
idea/penyelesaian yang berbeza terhadapmasalah yang terbuka.
Ia disifatkan oleh beberapa jawapan yang
secara logik dan boleh diterima.
8/8/2019 konvergen & divergen2
3/17
Dalam pemikiran divergen,
pengetahuan/pengalaman dan idea-idea
baru digunakan serentak untuk
menyelesaikan masalah dengan
memberikan pelbagai jawapan yangmungkin.
Kemahiran guru dalam membahagikan
sebuah tajuk kepada unit-unit yang kecilsupaya murid-murid dapat menganalisis
tajuk utama secara lebih mendalam.
8/8/2019 konvergen & divergen2
4/17
Seseorang individu yang melibatkan diri
dalam pemikiran ini akan menonjolkan
idea-idea yang asli. Jenis pemikiran seperti ini turut
menggalakkan pemikiran kreatif dan lebih
sesuai digunakan dalam bidang sastera
serta humanistik.
8/8/2019 konvergen & divergen2
5/17
Beberapa tajuk kendiri yang boleh
dikemukakan oleh guru kepada murid
untuk menggalakkan pemikiran divergendi kalangan murid-muridnya adalah seperti
yang berikut:
Apakah yang menganggu saya?
Apa yang saya ingin mengubah dalam hidupsaya?
Apakah kepercayaan, nilai dan falsafah hidup
saya?
8/8/2019 konvergen & divergen2
6/17
Tajuk-tajuk pengajaran yang boleh
dikemukakan oleh guru dalam
pengajarannya untuk menggalakkanpemikiran divergen pula ditunjukkan di
bawah:
Bagaimana anda menerangkan sesuatu?
Apakah yang menyebabkan sesuatu?
Apakah yang penting mengenai sesuatu?
8/8/2019 konvergen & divergen2
7/17
Maka, untuk menggalakkan pemikiran
divergen, guru harus sentiasa menggunakansoalan-soalan terbuka di dalam bilik darjah.
Contoh: Jika seseorang diminta untuk
memberi cadangan tentang penggunaansebatang pensel, dia berupaya
menyenaraikan cadangan-cadangan berikut:
Menulis dan melukis
Menebuk lubang pada kertas Sebagai senjata
Sebagai alat permainan
8/8/2019 konvergen & divergen2
8/17
Contoh di atas menunjukkan bahawa
seseorang berupaya memikirkan pelbagai
jawapan yang logik. Jawapan yang diberi
mungkin terlalu personal/unik berasaskan
keupayaan meneroka mindanya yang
kreatif.
8/8/2019 konvergen & divergen2
9/17
Guilford telah mengenal pasti 4 ciri
pemikiran divergen seperti yangditunjukkan dalam jadual di bawah:
Kelikatan (fluidity) Mampu memberi penjelasan dgn mengemukakan
banyak idea dan contoh
Kelenturan
(flexibility)
Menjana pelbagai idea dan cara bagi
menyelesaikan masalah
Keaslian
(originality)
Mampu memikirkan idea-idea baru yang bernas
dan unik
Terperinci (details) Mampu menjelaskan idea-idea dengan panjang
kebar dan terperinci
8/8/2019 konvergen & divergen2
10/17
Rangsangan
idea
idea
idea
idea
idea
idea
idea
idea
Corak pemikiran divergen
8/8/2019 konvergen & divergen2
11/17
Pemikiran Konvergen/pemikiran
tertumpu/ pemikiran berpandu Pemikiran Konvergen merujuk kepada
keupayaan memfokus ke satu arah untuk
mencari satu jawapan.
Proses ini mengurangkan kepelbagaian
jawapan kepada hanya satu jawapan bagi
sesuatu masalah yang jelas dan hanya
mempunyai jawapan yang tepat.
8/8/2019 konvergen & divergen2
12/17
Dalam pemikiran konvergen, seseorang
individu mengaplikasi pengetahuannyadan peraturan-peraturan serta prinsip-
prinsip dalam usahanya untuk mencari
satu jawapan yang paling sesuai.
Seseorang yang berfikir secara konvergen
biasanya:
berupaya menyelesaikan masalah yang
memerlukan satu penyelesaian yang betul. tidak suka meneka dan tidak akan mencuba
menjawab sesuatu yang tidak pasti.
8/8/2019 konvergen & divergen2
13/17
Contohnya, sesebuah bangunan barumula retak selepas enam bulan. Jurutera
awam itu perlu mencari sebab-sebabnya.
Berdasarkan pengetahuan serta
pengalamannya, jurutera perlu berusahamencari sebab-sebab dan membuat satu
kesimpulan tentang keretakan tembok
bangunan itu. Jadi, jurutera itu dikatakanmenggunakan pemikiran konvergen.
8/8/2019 konvergen & divergen2
14/17
Murid-murid di sekolah yangmenggunakan hukum-hukum dan rumus-
rumus untuk menyelesaikan masalah
Matematik dan Fizik adalah menggunakanpemikiran konvergen.
Pemikiran ini sesuai diaplikasikan dalam
mata pelajaran Sains dan banyak diuji
dalam peperiksaan awam.
8/8/2019 konvergen & divergen2
15/17
faktafakta
fakta
fakta
fakta
fakta
fakta
Jawapan
Pemikiran konvergen
8/8/2019 konvergen & divergen2
16/17
Gaya pembelajaran lain ialah murid yangsuka belajar dengan cara konvergen dandivergen.
Murid yang suka belajar dengan cara
konvergen dapat memberikan penyelesaiankepada satu soalan tertutup dengan cepatdan tepat.
Murid yang suka belajar dengan cara
divergen pula dapat memberikan pelbagaijawapan atau alternatif kepada satu soalanterbuka.
8/8/2019 konvergen & divergen2
17/17
Tamat