7
Krisis Greece ancam dunia Rakyat Greece membakar salinan notis cukai kecemasan kerana marah dengan keadaaan ekonomi negara itu yang semakin meruncing. GREECE terjerumus ke dalam kancah kemelut ekonomi Eropah dan mungkin boleh mengheret dunia ke alam kemelesetan. Bagaimana boleh terjadi sedemikian dan kenapa Kesatuan Eropah (EU) lemah menangani masalah ini? Pilihan yang terbuka kepada Greece tidak banyak dan semuanya ada implikasi serius. Kalau masalah Greece tidak diselesaikan, ekonomi Eropah boleh merudum dan tentunya Malaysia juga terasa tempiasnya. Greece terperangkap dalam putaran ganas kemuflisan, daya saing dan kediri rendah serta kemerosotan ekonomi semakin mendalam. Masalah ini berpunca daripada pengurusan ekonomi lemah, rasuah dan perbelanjaan boros sehingga hutang negara mencecah 113 peratus. Defisit perbelanjaan kerajaan pula 13.6 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2009. Hutang negara ini dijangka naik sehingga 200 peratus dari KDNK tidak lama lagi. Kedudukan kewangan sektor awam menjadi genting sehingga pendapatan kerajaan (dari cukai dan hasil sebagainya) tidak cukup untuk membayar gaji kakitangan awam! Hutang gergasi Greece sebanyak AS$400 billion telah dibiayai oleh bank-bank Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat (AS), Jerman dan bank-bank tempatannya sendiri melalui terbitan (penjualan) bon kerajaan Greece. Selalunya, bon kerajaan amat dipercayai dan dianggap tidak berisiko tinggi kerana kerajaan mempunyai keupayaan kewangan kukuh untuk membayar hutangnya.

Krisis Greece Ancam Dunia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

uytf

Citation preview

Page 1: Krisis Greece Ancam Dunia

Krisis Greece ancam dunia

Rakyat Greece membakar salinan notis cukai kecemasan kerana marah dengan keadaaan ekonomi negara itu yang semakin meruncing.

GREECE terjerumus ke dalam kancah kemelut ekonomi Eropah dan mungkin boleh mengheret dunia ke

alam kemelesetan. Bagaimana boleh terjadi sedemikian dan kenapa Kesatuan Eropah (EU) lemah

menangani masalah ini? Pilihan yang terbuka kepada Greece tidak banyak dan semuanya ada implikasi

serius.

Kalau masalah Greece tidak diselesaikan, ekonomi Eropah boleh merudum dan tentunya Malaysia juga

terasa tempiasnya.

Greece terperangkap dalam putaran ganas kemuflisan, daya saing dan kediri rendah serta kemerosotan

ekonomi semakin mendalam. Masalah ini berpunca daripada pengurusan ekonomi lemah, rasuah dan

perbelanjaan boros sehingga hutang negara mencecah 113 peratus. Defisit perbelanjaan kerajaan pula

13.6 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2009. Hutang negara ini dijangka naik

sehingga 200 peratus dari KDNK tidak lama lagi. Kedudukan kewangan sektor awam menjadi genting

sehingga pendapatan kerajaan (dari cukai dan hasil sebagainya) tidak cukup untuk membayar gaji

kakitangan awam!

Hutang gergasi Greece sebanyak AS$400 billion telah dibiayai oleh bank-bank Perancis, United Kingdom,

Amerika Syarikat (AS), Jerman dan bank-bank tempatannya sendiri melalui terbitan (penjualan) bon

kerajaan Greece. Selalunya, bon kerajaan amat dipercayai dan dianggap tidak berisiko tinggi kerana

kerajaan mempunyai keupayaan kewangan kukuh untuk membayar hutangnya.

Kebimbangan tentang keutuhan bon kerajaan mula muncul apabila Dubai yang dianggap kaya raya tidak

dapat membayar hutangnya dan terpaksa minta pertolongan Abu Dhabi. Oleh kerana jumlah hutang

terlalu besar dan pendapatan kerajaan kecil akibat pertumbuhan ekonomi rendah berikutan kelemahan

ekonomi Eropah, ramai khuatir bahawa Greece akan default dan gagal membayar hutang bonnya. Jika

ini berlaku, maka sistem kewangan dunia yang sudah lemah kerana baru sahaja dilanda teruk krisis

kewangan global 2008/09, akan runtuh kerana bank-bank mengalami kerugian besar dan masyarakat

umum hilang keyakinan yang boleh membawa kepada bank run. Jika bank muflis, kerajaan terpaksa

mengambil alih dan dana besar diperlukan untuk memulihkan bank berkenaan.

Page 2: Krisis Greece Ancam Dunia

Jika Greece tidak dapat membayar hutangnya, terdapat kebimbangan bahawa Itali, Portugal, Ireland dan

Sepanyol yang juga mempunyai beban hutang besar mungkin akan gagal membayar hutang. Akhirnya,

bank-bank utama Eropah yang memegang bon Greece dan negara-negara ini akan jadi muflis dan

seterusnya membawa kepada kemusnahan sistem perbankan Eropah dan boleh jadi dunia juga. Oleh

itu, Greece mesti diselamatkan bagi kebaikan semua pihak.

Cara EU dan IMF menyelamatkan Greece adalah dengan memberi pinjaman bagi membiayai operasi

sektor awam dan untuk membayar hutang kerajaan Greece. Justeru, pada Mei 2010 EU dan IMF

bersetuju menyediakan pakej penyelamat sebanyak �110 billion. Walaupun komitmen pinjaman diberi,

keyakinan terhadap ekonomi dan sistem kewangan EU terus diragui. Pada Februari 2011 Menteri

Kewangan EU telah menubuhkan Tabung Stabiliti Eropah bernilai �400 billion. Pinjaman pertama kepada

Greece ternyata tidak cukup. EU terpaksa memberi talian hayat kepada Greece dengan pakej

penyelamat kedua sebanyak �109 bilion pada Julai 2011.

Jimat cermat

Pinjaman ini diberi dengan syarat Greece melaksanakan langkah jimat cermat dan meningkatkan

pendapatan kerajaan. Gaji dan pencen kakitangan awam dipotong, cukai dinaikkan, cukai baru

diperkenalkan dan banyak projek diswastakan. Rakyat Greece menganggap langkah mengikat tali perut

ini keterlaluan sehingga menyebabkan kesusahan amat sangat. Pekerja pengangkutan awam, pemandu

teksi, kakitangan awam, guru dan pengawal trafik udara bertindak mogok. Ramai merusuh dan

menunjukkan kemarahan dengan merosakkan harta awam.

Pinjaman yang diterima dan langkah jimat cermat ini tidak membuahkan sepenuhnya hasil yang

dijangkakan. Pihak memberi pinjam iaitu EU dan IMF berpendapat program penjimatan tidak

dilaksanakan dengan berkesan dan tidak mengikut jadual. Mereka mendesak wang pinjaman akan hanya

diberi jika langkah penjimatan dan peningkatan pendapatan dijalankan dengan tegas dan cepat.

Kerajaan Perdana Menteri George Papandreou tentunya sukar mematuhi desakan ini kerana program

penjimatan menerima tentangan hebat daripada rakyat.

Page 3: Krisis Greece Ancam Dunia

Akibatnya, ekonomi Greece terus meleset kerana pasaran tidak yakin bahawa ekonomi akan pulih. Bank-

bank yang memegang bon kerajaan Greece mahukan bayaran dibuat segera. Rakyat negara yang

memberi pinjaman terutamanya Jerman juga menentang kerana tidak mahu kerajaan mereka

menggunakan dana awam untuk membantu negara lain walaupun ia ahli EU. Rakyat Jerman marah

kerana wang dari titik peluh mereka digunakan untuk menyelamatkan negara lain yang boros

berbelanja. Dana pinjaman Jerman untuk Greece perlu diluluskan oleh Parlimen negara itu. Canselor

Angela Merkel terpaksa bertungkus lumus memujuk Parlimen Jerman untuk meluluskan usul tersebut.

Suasana di Greece memang muram. KDNK tahun ini dijangka menguncup sebanyak 6.3 peratus dan

tahun depan (2012) akan terus menurun sebanyak 5.9 peratus. Kadar pengangguran akan melonjak

kepada 17 peratus.

Apakah opsyen yang ada bagi Kerajaan Greece? Jawabnya tidak banyak. Menteri Kewangan Greece

Evangelos Venizelos merungut bahawa negaranya telah �diugut dan dihina � serta menjadi �korban � ketidakcekapan EU. Manakala rakyat Greece pula menuduh kerajaan mereka menyerahkan kuasa

mentadbir dan maruah negara kepada EU. IMF dan bank-bank mengenakan syarat-syarat yang tidak

boleh diterima. Contohnya, sekarang ini rakyat Greece yang berpendapatan hanya RM20,000 setahun

atau RM1,700 sebulan terpaksa membayar cukai pendapatan.

Opsyen pertama adalah bagi Greece melaksanakan langkah penjimatan lebih berkesan dan menerima

syarat pinjaman tambahan yang perit terutamanya menaikkan cukai. Dengan ini, Greece boleh terus

mendapat pinjaman dan boleh membayar hutangnya. Tetapi, opsyen ini boleh menyebabkan ekonomi

Greece meleset lebih teruk kerana tidak ada program untuk mengembangkan ekonomi seperti pakej

rangsangan melalui perbelanjaan sektor awam. Jika ini berlaku, pemulihan mengambil masa lama. Yang

selamat adalah bank-bank memegang bon kerajaan Greece.

Opsyen kedua adalah Greece tidak membayar hutangnya iaitu default dan keluar dari EU. Setengah ahli

ekonomi seperti Prof. Nouriel Roubini mencadangkan ini sebagai opsyen terbaik. Jika begitu, Greece

dapat menurun kadar mata wangnya yang boleh meningkatkan eksport, menjalankan program

rangsangan ekonomi dan meningkatkan daya saing. Apabila ekonomi berkembang, pendapatan kerajaan

akan pulih dan hutang dapat dikurangkan.

Jika pilihan ini diambil, keyakinan terhadap ekonomi dan bank EU akan hancur sepenuhnya dan bank

yang terdedah kepada hutang di EU akan muflis. Mata wang Euro juga mungkin akan berpecah kerana

pasaran tidak mahu lagi memegang Euro. Ekonomi seluruh EU akan meleset, kecuali negara yang kukuh

seperti Jerman.

Page 4: Krisis Greece Ancam Dunia

Hutang

Opsyen ketiga ialah pengeluaran bon baru oleh kumpulan institusi kewangan antarabangsa untuk

menggantikan bon kerajaan Greece. Opsyen ini telah diambil untuk menyelesaikan masalah hutang

Argentina pada tahun 1990-an. Bon baru yang dinamakan �Brady Bond � dikeluarkan oleh Amerika Syarikat

untuk menggantikan bon Argentina. �Brady Bond � adalah sempena nama Setiausaha Kewangan AS masa

itu. Tetapi opsyen ini tidak boleh dibuat kerana ekonomi Greece lemah dan tidak boleh berkembang

untuk membayar bon baru ini.

Penyelesaian masalah hutang Greece bukan hanya terletak di bahu negara itu sahaja. Ia memerlukan

penyelesaian serantau (EU) dan masyarakat antarabangsa kerana dana yang diperlukan adalah amat

besar. Menurut Pengarah Urusan IMF yang baru, Christine Lagarde, walaupun implementasi pakej

penjimatan penting, pemulihan ekonomi hanya boleh dicapai jika hutang dikurangkan. Memang, punca

masalah ini adalah keborosan kerajaan Greece tetapi bank-bank juga tidak boleh terlepas

tanggungjawabnya. Mereka begitu ghairah memberi pinjaman tanpa meneliti risiko yang terlibat. Oleh

itu, bank-bank perlu berkongsi kerugian dan mesti menerima jumlah pembayaran balik pinjaman yang

lebih kecil.

Satu pengajaran penting dari pengalaman Greece ialah menyelesaikan hutang melalui pinjaman dari

punca luar bukanlah satu penyelesaian kekal. Ekonomi sesebuah negara hanya boleh pulih dan terus

maju jika ia ada daya saing dan asas mantap. Tanpa pertumbuhan ekonomi, masalah hutang negara

akan datang semula. Dayang saing yang berasaskan produktiviti dan kadar mata wang yang realistik

serta fleksibel penting untuk pertumbuhan ekonomi.

EU pula tidak boleh berlengah dan perlu menjalankan langkah pemulihan dengan segera dan tegas.

Perbalahan dan ketidaktentuan akan membuatkan pasaran gusar dan hilang keyakinan. Progam baru

untuk membantu bagi ahli-ahli EU yang bermasalah perlu diwujudkan dengan segera dan jumlah

bantuan yang diperlukan mesti dibuat secara betul berasaskan maklumat tepat. Langkah pantas perlu

diambil kerana jika tidak pelabur akan mengalihkan dana mereka keluar kepada pelaburan di tempat

lain yang dianggap lebih selamat. EU juga perlu ada sumber secukupnya jika bank-bank mereka

memerlukan suntikan dana dan penambahan modal terutamanya bagi kerajaan Itali dan Sepanyol yang

kedudukannya tidak begitu mantap.

Page 5: Krisis Greece Ancam Dunia

Krisis di Eropah ini menampakkan satu perubahan baru yang penting. Kali ini AS tidak mampu

mengambil peranan sebagai penyelamat kerana ekonominya sendiri bermasalah. Sebaliknya, dunia

beralih kepada kuasa baru iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS) sebagai penyelamat

baru. Setakat ini, BRICS masih lihat dan tunggu. Jika mereka menjadi penyelamat, ini merupakan

fenomena unik kerana negara sedang membangun membantu negara maju. Yang jelas BRICS semakin

berpengaruh di persada dunia. BRICS ada dana yang besar, pertumbuhan ekonomi tinggi, daya saing

yang kuat, sumber yang banyak dan pasaran besar. BRICS juga berjaya mengharungi krisis global dengan

baik dan ekonomi mereka pulih dengan cepat.

Secara kesimpulan, krisis hutang Greece bukan masalah negara itu sahaja. Dunia akan terjejas secara

langsung dan tidak langsung apabila krisis di Greece menular ke negara lain dan kemelesetan merebak

ke seluruh dunia.

Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin

ialah Ketua Eksekutif

Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2011&dt=1002&sec=Rencana&pg=re_01.htm#ixzz3h07qFnfr

© Utusan Melayu (M) Bhd