21
WEBINAR FALAK NUSANTARA 1443H (BULAN FALAK MALAYSIA) 1 KRITERIA IMKANUR RUKYAH YANG BARU 1443 HIJRAH Mohd Zambri Zainuddin & Mohd Saiful Anuar Mohd Nawawi Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaysa Kuala Lumpur ABSTRAK Takwim atau kalendar boleh ditakrifkan sebagai rekod perjalanan waktu atau sistem susunan masa yang amat penting bagi kelangsungan hidup manusia di dunia. Takwim Islam ditentukan berdasarkan kebolehnampakkan hilal pada setiap awal Bulan hijri berdasarkan peredaran Bulan mengelilingi Bumi. Ramai ahli astronomi dari zaman Babylonian Yunani, Cina, India, ilmuwan Islam dan barat telah mengemukakan kriteria kebolehnampakkan masing-masing berdasarkan pemerhatian dan perkiraan mereka. Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura sebagai anggota MABIMS juga tidak ketinggalan untuk mengemukakan kriteria imkanur rukyah baru berdasarkan penyelidik falak di negara masing-masing. Pada mesyuarat pertemuan Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) ke-16 di Telok Kemang setiap wakil negara telah mengemukakan cadangan kriteria imkanurrukyah yang baru. Akhirnya satu syarat baru imkanur rukyah telah dikemukakan dan dipersetujui oleh semua wakil MABIMS iaitu ketika Matahari terbenam, ketinggian hilal dari ufuk ialah tidak kurang dari 3 0 dan jarak lengkung atau elongasi tidak kurang 6.4 0 . Kriteria imkanurrukyah yang baru ini telah dilaksanakan secara rasmi di Malaysia pada 1hb. Muharam 1443H bersamaan 9hb. Ogos 2021. PENGENALAN Takwim atau kalendar boleh ditakrifkan sebagai satu rekod perjalanan waktu atau sistem susunan masa yang membahagikan tahun menjadi Bulan, Bulan menjadi minggu dan minggu menjadi hari seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Israa’ ayat 12, Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami), Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap

KRITERIA IMKANUR RUKYAH YANG BARU 1443 HIJRAH

  • Upload
    others

  • View
    9

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KRITERIA IMKANUR RUKYAH YANG BARU 1443 HIJRAH

WEBINAR FALAK NUSANTARA 1443H (BULAN FALAK MALAYSIA) 1

KRITERIA IMKANUR RUKYAH YANG BARU 1443 HIJRAH

Mohd Zambri Zainuddin & Mohd Saiful Anuar Mohd Nawawi Jabatan Fiqh dan Usul,

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaysa

Kuala Lumpur

ABSTRAK

Takwim atau kalendar boleh ditakrifkan sebagai rekod perjalanan waktu atau

sistem susunan masa yang amat penting bagi kelangsungan hidup manusia di dunia.

Takwim Islam ditentukan berdasarkan kebolehnampakkan hilal pada setiap awal

Bulan hijri berdasarkan peredaran Bulan mengelilingi Bumi. Ramai ahli astronomi dari

zaman Babylonian Yunani, Cina, India, ilmuwan Islam dan barat telah mengemukakan

kriteria kebolehnampakkan masing-masing berdasarkan pemerhatian dan perkiraan

mereka. Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura sebagai anggota MABIMS juga

tidak ketinggalan untuk mengemukakan kriteria imkanur rukyah baru berdasarkan

penyelidik falak di negara masing-masing. Pada mesyuarat pertemuan Menteri Agama

Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) ke-16 di Telok Kemang setiap

wakil negara telah mengemukakan cadangan kriteria imkanurrukyah yang baru.

Akhirnya satu syarat baru imkanur rukyah telah dikemukakan dan dipersetujui oleh

semua wakil MABIMS iaitu ketika Matahari terbenam, ketinggian hilal dari ufuk ialah

tidak kurang dari 30 dan jarak lengkung atau elongasi tidak kurang 6.40. Kriteria

imkanurrukyah yang baru ini telah dilaksanakan secara rasmi di Malaysia pada 1hb.

Muharam 1443H bersamaan 9hb. Ogos 2021.

PENGENALAN

Takwim atau kalendar boleh ditakrifkan sebagai satu rekod perjalanan waktu

atau sistem susunan masa yang membahagikan tahun menjadi Bulan, Bulan menjadi

minggu dan minggu menjadi hari seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Israa’ ayat

12, Allah SWT berfirman yang bermaksud :

“Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan

kekuasaan Kami), Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap

Page 2: KRITERIA IMKANUR RUKYAH YANG BARU 1443 HIJRAH

WEBINAR FALAK NUSANTARA 1443H (BULAN FALAK MALAYSIA) 2

gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang benderang, supaya kamu mudah

mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui

bilangan tahun dan hitungan hisab (Bulan dan hari); Dan (ingatlah tanda seruan)

tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah

terangkan dia satu persatu (di dalam al-Quran) dengan sejelas-jelasnya”

Peranan takwim dalam kehidupan manusia sangat penting. Ia merupakan

sistem masa yang berkait rapat dengan aktiviti sosial dan keagamaan bagi membantu

manusia mentadbir kehidupan seharian. Ia diasaskan kepada kedudukan Bulan

(Takwim Hijriah) atau Matahari (Kalendar masihi atau lebih tepat Miladiah).

Takwim Hijriah mula diperkenalkan semasa pemerintahan Khalifah Islam

kedua, Sayidina Umar Ibn al-Khattab dalam tahun 638 Miladiah. Takwim hijriah dipilih

bersempena dengan penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah.

Awal Muharam tahun pertama hijriah bersamaan 16 Julai 622 Miladiah.

Manakala Kalendar Miladiah pula adalah berasaskan kedudukan Matahari.

Tahun Miladiah atau Masihi atau Gregorian adalah berasal daripada Kalendar Julian

(Julius Caesar) yang diperkenalkan sejak tahun 45 BC. Kalendar Gregorian hanya

mula digunakan secara rasmi pada tahun 1582 setelah melalui beberapa

pengubahsuaian oleh Pope Gregory XIII.

Tahun hijrah adalah berdasarkan Bulan qamariah dalam setahun adalah 12

Bulan iaitu Bulan Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal,

Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah seperti

yang tertera dalam surah at- Taubah ayat 36, Allah SWT berfirman yang bermaksud :

“Sesungguhnya bilangan Bulan-Bulan pada sisi (hukum) Allah ialah dua belas

Bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan

langit dan bumi, di antaranya empat Bulan yang dihormati. (Ketetapan) yang

demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiayai

diri kamu dalam Bulan-Bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranga-

Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka

memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta

orang yang bertaqwa”

Page 3: KRITERIA IMKANUR RUKYAH YANG BARU 1443 HIJRAH

WEBINAR FALAK NUSANTARA 1443H (BULAN FALAK MALAYSIA) 3

Hari pula di dalam perkiraan Takwim Hijriah bermula dari waktu Matahari

terbenam. Ini berbeza dengan Kalendar Miladiah yang perkiraan harinya bermula pada

jam 12.00 tengah malam. Perkiraan hari dalam setahun bagi, Takwim Hijriah

mempunyai 354.36 hari, berbeza 10 atau 11 hari dari jumlah hari dalam Kalendar

Miladiah. Setiap tahun, hari-hari kebesaran Islam dirayakan dalam musim yang

berlainan. Ia akan kembali ke musim asal setiap 33 tahun (1 pusingan lengkap). Tahun

baru hijriah bermula iaitu 1 Muharam disambut pada musim berlainan iaitu ia berganjak

sebanyak 10 atau 11 hari lebih awal setiap tahun.

Bilangan hari bagi setiap Bulan qamariah mengandungi 29 atau 30 hari

bergantung kepada bila berlakunya ijtimak dan kewujudan/kenampakan hilal pada

penghujung Bulan qamariah hari ke-29 setiap Bulan hijriah mengikut syarat-syarat

tertentu.

Untuk penentuan tarikh setiap 1hb.Hijrah pencerapan anak Bulan dilakukan

dengan banyak kaedah atau kriteria telah dikemukakan dengan syarat-syarat tertentu

oleh ahli-ahli astronomi zaman silam seperti Babilon, Yunani, Mesir, Cina, India,

ilmuwan Islam dan orang-orang barat. Namun begitu pada abad ke-20 seorang ahli

astronomi Islam Prof. Muhammad Ilyas telah mengemukakan kaedahnya berkaitan

kebolehnampakkan anak Bulan berdasarkan idea garisan Tarikh antarabangsa iaitu

mengemukakan cadangan garis Tarikh Bulan antarabangsa. Garis Tarikh Bulan Islam

Antarabangsa adalah garis atas permukaan bumi yang menyambung antara longitud-

longitud kenampakan pertama hilal pada latitud-latitud berlainan.

Ia terbahagi kepada beberapa ciri iaitu:

Membahagikan kawasan-kawasan di mana berkemungkinan berlakunya

kenampakan hilal atau tidak.

Peluang kemungkinan berlakunya kenampakan hilal akan meningkat ke

arah barat dan berkurangan karah timur.

Kedudukan garis ini tidaklah tetap kerana ia sentiasa berubah setiap Bulan.

Inilah permasaalahan besar dalam cadangan garisan Tarikh Bulan Islam

antarabangsa kerana ia berubah-ubah setiap Bulan tidak seperti garisan Tarikh

antarabangsa yang tetap. Namun begitu kita umat Islam tetap memerlukan satu

Page 4: KRITERIA IMKANUR RUKYAH YANG BARU 1443 HIJRAH

WEBINAR FALAK NUSANTARA 1443H (BULAN FALAK MALAYSIA) 4

kriteria kenampakkan anak Bulan yang boleh digunakan oleh seluruh umat Islam di

dalam dunia ini.

SISTEM BUMI-BULAN-MATAHARI

Hubungan antara ilmu falak dengan penentuan awal Bulan hijriah sudah tidak

asing lagi bagi umat Islam di Malaysia seperti yang dinyatakan dalam surah al-

Anbiyaa’; ayat 33 Allah SWT berfirman yang bermaksud :

“Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta Matahari

dan Bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran

masing-masing (di angkasa lepas)”

Ia amat penting dalam membentuk Takwim Hijriah dan seterusnya menentukan

tarikh-tarikh penting dalam Islam seperti Ramadan, Idul Fitri dan Idul Adha. Asas

astronomi bagi Takwim Hijriah adalah berdasarkan sistem qamariah yang

berpandukan kepada peredaran Bulan mengelilingi bumi. Bulan mempunyai saiz yang

paling kecil di antara ketiga-tiga objek bumi, Bulan dan Matahari. Ia berbentuk bulat

atau sfera seperti bola dan jelas kelihatan pada waktu malam. Bulan beredar

mengelilingi bumi pada orbitnya yang mengakibatkan terbentuknya bilangan Bulan.

Manakala bumi berputar di paksinya yang membentuk gerakan harian (diurnal) sambil

bergerak mengelilingi Matahari dan terjadinya gerakan tahunan (annual). Bumi

beredar mengelilingi Matahari di atas orbitnya dalam tempoh masa lebih kurang 365

hari iaitu satu tahun. Ini dikenali sebagai gerakan tahunan (annual). Bumi beredar

mengelilingi Matahari pada arah berlawanan jam dan orbitnya berbentuk eliptik

(membujur). Oleh itu jarak antara bumi dengan Matahari berubah-ubah semasa

peredarannya. Jarak paling dekat sekali (Matahari-bumi) dikenali sebagai Perihelion

dan jarak paling jauh sekali (Matahari-bumi) dipanggil Aphelion. Kesan daripada

kecondongan paksi bumi terhadap satah orbit bumi mengelilingi Matahari iaitu

sebanyak 23.5o menyebabkan terjadinya empat musim iaitu musim panas, gugur,

sejuk, dan bunga. Sekiranya di hemisfera utara mengalami musim panas, maka di

hemisfera selatan pula akan mengalami musim sejuk.

Bulan adalah cakerawala berbentuk bulat atau sfera, beredar mengelilingi bumi

dari arah barat ke timur. Bulan mengambil masa selama 27.32 hari bagi melengkapi

satu pusingan mengelilingi bumi yang mana ia dipanggil Bulan sideris (sidereal).

Manakala tempoh waktu yang diambil oleh Bulan untuk melengkapkan pusingan

Page 5: KRITERIA IMKANUR RUKYAH YANG BARU 1443 HIJRAH

WEBINAR FALAK NUSANTARA 1443H (BULAN FALAK MALAYSIA) 5

mengelilingi bumi beserta Matahari (Matahari, Bulan dan bumi berkedudukan di atas

longitud yang sama) ialah secara purata selama 29.53059 hari dan dipanggil Bulan

sinodis (synodic) atau dikenali juga sebagai satu Bulan ijtimak. Maka umat Islam perlu

memahami peredaran Bulan mengelilingi Bumi di fahami membentuk fasa-fasa Bulan

iaitu fasa Pertama ialah Bulan baru dan diikuti hilal atau anak Bulan, fasa kedua Bulan

pada suku pertama, fasa ketiga Bulan pada suku kedua (Bulan purnama atau penuh)

dan fasa keempat Bulan pada suku ketiga dan kemudian kembali ke fasa pertama

Kembali. Begitulah kitaran fasa-fasa Bulan yang kita fahami.

KRITERIA RAMALAN - LATARBELAKANG DAN KESAHIHAN

Walau pun ia adalah mungkin untuk menghitung kedudukan Bulan di langit

dengan kejituan tinggi, tetapi ia lazimnya amat sukar untuk meramalkan jika hilal akan

dapat dilihat daripada sesuatu lokasi disebabkan faktor-faktor yang mempengaruhi

keboleh-nampakkan.

Kenampakkan hilal adalah satu masalah yang susah, melibatkan hitungan

orbital, serakan Bulan sabit, serakan atmosfera dan kenampakan fisiologi. Semenjak

era Babylonian, bermula dari 500 B.C ahli astronomi telah mencuba untuk mencari

kaedah-kaedah untuk meramalkan bila hilal boleh dilihat setiap Bulan.

Satu kriteria mudah telah dibangunkan dan telah digunakan berabad-abad tanpa

sebarang penambahbaikan. Hanya pada tahun 1910 apabila seorang ahli astronomi

J.K. Fotheringham deduksikan satu lagi set kriteria, yang membentuk bahagian yang

penting didalam membangunkan ramalan keboleh-nampakan hilal.

Beliau menggunakan data cerapan yang diperolehi dari Athen, disamping itu pada

tahun 1977 seorang lagi ahli astronomi Frans Bruin memperbaiki kriteria itu

berasaskan teoritikal. Dalam tahun 1984 Mohammad Ilyas, penyelidik astronomi,

kemudiannya memperbaiki kriteria beliau.

Bermula lewat 1980, data dikumpul secara sistematik merentasi Amerika Utara. 1784

cerapan dikumpulkan dan diuji terhadap pelbagai kriteria kebolehnampakan. Pada 26

Mei 1990, rekod baru melihat hilal yang berumur 15 jam dengan mata kasar dicipta,

dan pada 21 Januari 1996 hilal termuda 12.1 jam dilihat melalui teleskop 8 inci. Mari

kita pertimbangkan pelbagai kriteria lebih terperinci.

Page 6: KRITERIA IMKANUR RUKYAH YANG BARU 1443 HIJRAH

WEBINAR FALAK NUSANTARA 1443H (BULAN FALAK MALAYSIA) 6

a) Babylonian (Umur ketika Matahari terbenam >24 jam, Moonset Lag > 48

minit).

Ini adalah criteria astronomi terawal untuk menentukan kebolehnampakkan

pertama. Pada zaman purba, Babylonian membangunkan satu set kriteria

kebolehnampakan apabila hilal boleh dilihat ketika:

(i) Ketika Matahari terbenam tempatan, umur hilal ialah > 24 jam, dari masa

ijtimak ke masa cerapan.

(ii) Dan bahawa dari sela masa Matahari terbenam hingga Bulan terbenam

ialah > 48 minit (as>120 ketika terbenam Matahari.

Kenapa 120?

Katakan Matahari dan Bulan terbenam bersama-sama, oleh kerana kita

perlu Bulan jadi > 24 jam tua untuk ia dapat dilihat dan fakta bahawa

Bulan ambil satu Bulan ( 30 hari) untuk membuat satu peredaran

lengkap (3600) mengelilingi bumi, maka

Dalam 30 hari --- 3600

Dalam 24 jam ---120

Bulan dibelakang Matahari sebanyak 120

Kenapa 120 sepadan kepada 48 minit?

Ini kerana bumi membuat putaran lengkap 3600 dalam satu hari (24 jam)

Maka 24 jam --- 3600

1 jam --- 150

48 minit – (48/60) x 150 = 120

Model ini bagaimana pun agak bias dengan lebih 50% selisihan bagi

umur hilal antara 18 jam dan 24 jam dan selalu memberi ramalan yang

tidak tepat.

Page 7: KRITERIA IMKANUR RUKYAH YANG BARU 1443 HIJRAH

WEBINAR FALAK NUSANTARA 1443H (BULAN FALAK MALAYSIA) 7

Tambahan pula kriteria ini adalah kriteria cerapan mudah yang tidak

mengambil kira kedudukan pencerap. Pada latitud tinggi Matahari

terbenam pada sudut yang lebih kecil kepada ufuk berbanding yang

berhampiran dengan khatulistiwa..Hasilnya tempoh masa terbenam

Matahari dan terbenam Bulan adalah lebih pendek. Sebelum Matahari

terbenam sepenuhnya, hilal telah pun terbenam, maka hilal tidak dapat

dilihat. Bagaimana pun berhampiran khatulistiwa Matahari terbenam

hampir menegak kepada ufuk. Dalam kes ini Matahari terbenam sangat

cepat dan langit menjadi gelap lebih cepat sebelum hilal terbenam. Ini

membolehkan hilal dilihat.

48 minit tempoh masa terbenam Matahari dan terbenam Bulan itu tidak

mengambil kira keadaan latitud dan ia adalah pengukuran yang tidak

tepat. Tempoh masa terbenam Matahari dan terbenam Bulan ada yang

pendek sehingga 35 minit telah dilihat dan sebesar 75 minit didapati tidak

dapat dilihat.

Maka kriteria Babylonian untuk umur hilal dan tempoh masa terbenam

Matahari dan terbenam Bulan adalah tidak boleh dipercayai.

b) Fotheringham (altitud hilal, relatif azimut antara Bulan dan Matahari)

Pada tahun 1910 Fotheringham mengumpul 76 cerapan mata kasar kelihatan

dan tidak kelihatan hilal dari 1859 – 1880, menggunakan log J Schmidt di Athen.

Schmidt adalah ahli astronomi di Athen dan telah menyumbang kepada

pembangunan kalendar Islam melalui data cerapan beliau yang

banyak(Schmidt, J., 1868, Astr.Nachr, Terhadap kenampakan awal sabit Bulan

pada langit petang). Bagi setiap set data cerapan, Fotheringham hitung altitud

Bulan dan relatif azimut pemisahan ketika Matahari terbenam tempatan dan

memplot lengkung. Lengkung menunjukkan garis pemisah yang jelas antara

positif (titik diatas lengkung) dan negatif (titik dibawah lengkung) cerapan.

Untuk applikasi kriteria ini, satu set data altitud Bulan dan relatif azimut

dikumpulkan. Jika set data berada diatas lengkung, maka hilal boleh kelihatan.

Jika data berada di bawah lengkung, maka hilal tidak akan dapat dilihat.

Page 8: KRITERIA IMKANUR RUKYAH YANG BARU 1443 HIJRAH

WEBINAR FALAK NUSANTARA 1443H (BULAN FALAK MALAYSIA) 8

Dari lengkungan itu, kita perhatikan bahawa relatif azimut meningkat, dan altitud

hilal yang diperlukan untuk ia dilihat mengurang, tetapi altitud hilal yang

diperlukan > 60. Ini adalah hilal tidak dapat dilihat jika ia berada hanya di atas

ufuk. Bagaimana pun kriteria ini membuat anggapan bahawa semua bahagian

dunia mempunyai kejernihan yang sama seperti di Athen. Ia tidak mengambil

kira faktor penting seperti musim, latitud, ketinggian, kelembapan dan

kejernihan atmosfera. Oleh kerana faktor-faktor ini berubah dengan masa

dalam tahun dan lokasi secara mendadak, maka nilai ambang 60 bukan sahaja

berubah dari satu lokasi ke lokasi tetapi juga dari Bulan ke Bulan (lunasi ke

lunasi.)

Tambahan Bulan tentukur pembahagi garis berdasarkan semua cerapan

mungkin juga menyebabkan ketidak tepatan. Untuk hilal di atas Matahari, nilai

terbesar bagi altitud hilal adalah hampir 120 untuk Fotheringham, 110 untuk

Maunder, 10.50 untuk Ilyas A dan C

c) Maunder (altitud hilal, relatif azimut antara Bulan dan Matahari (1911))

Pada tahun 1911, E.W.Maunder, ahli astronomi British, gunakan data Schmidt,

bersama-sama dengan lebih banyak cerapan dan diplot lengkung lebih rendah

dari Fotheringham. Ini adalah kerana cerapan Schmidt di Athen lazimnya

mengandungi sabit tua, maka, cerapan positif adalah lebih dijangka tersilap

daripada cerapan negatif.

Seperti Fotheringham, data lebih jitu pada latitud rendah. Pada latitud tinggi di

mana atmosfera tidak begitu jernih, modifikasi diperlukan.

d) Indian (altitud hilai, relatif azimut antara Bulan dan Matahari(1900 C.E)

Saintis India dari Efemeris Astronomi India memplot satu lengkung yang mana

sedikit rendah dari Maunder menggunakan kriteria modifikasi.

e) Bruin (altitud hilal, lebar hilal) 1977

Page 9: KRITERIA IMKANUR RUKYAH YANG BARU 1443 HIJRAH

WEBINAR FALAK NUSANTARA 1443H (BULAN FALAK MALAYSIA) 9

Pada tahun 1977, Bruin membangunkan satu set kriteria yang mana

berasaskan hanya ke atas teori. Kriteria ini berasaskan ke atas lebar hilal dan

altitud hilal ketika Matahari terbenam, sementara mengambil kira kecerahan

langit, keamatan cahaya hilal, lebar hilal, sudut Matahari dibawah ufuk, kontras

mata manusia, kelembapan, ketinggian dan lain-lain lagi. Lebar hilal

dicadangkan jadi > 0.5 arka minit untuk kebolehnampakan yang mungkin.

Data telah dikumpulkan dan satu graf h (altitud hilal), h + s diplot melawan s

(sudut Matahari dibawah ufuk) untuk nilai pilihan w (atau aL, elongasi). Untuk

menentukan kenampakan, dapatkan data h + s yang sepadan bagi lebar yang

diberi. Jika lengkung (data) berada di atas lengkung, maka hilal boleh dilihat.

Contohnya, jika kita cari bahawa pada satu petang tertentu selepas Bulan baru,

h + s = 100, kita lukis garis mendatar merentasi lengkung itu, Garis ini akan

menyilang di dua titik, A dan B. Hilal akan dapat dilihat kali pertama pada A dan

akan kekal kelihatab untuk 60 Matahari junam (sekitar 30 minit) sehingga titik B.

Kriteria Bruin adalak konsisten secara dalaman dengan data cerapan Maunder

(bagi latitud rendah)

Maunder Bruin

Z ≥ 60 (h + s)≥60 (kerana s=00 ketika terbenam Matahari tempatan)

AZ200 aL 21.50 (kerana AZ = kos-1(kos aL/kos Z)

AZ = kos-1(kos 21.50/kos 60)

= 200

Dimana w = d sin2 (aL/2), d = diameter Bulan dalam km.

Pada latitud rendah, kriteria Bruin adalah lebih tepat ia mengambil kira faktor-

faktor yang telah dinyatakan di atas, yang mengambil kira kenampakan yang

berbeza di kawasan yang berbeza. Bagaimana pun konsisten ini hanya untuk

latitud rendah sahaja. Dari latitud pertengahan ke atas wujud diskrepansi yang

besar, maka kriteria ini tidak lengkap dan selisih.

Page 10: KRITERIA IMKANUR RUKYAH YANG BARU 1443 HIJRAH

WEBINAR FALAK NUSANTARA 1443H (BULAN FALAK MALAYSIA) 10

Tambahan pula kajian menunjukkan bahawa kriteria kenampakan memerlukan

hilal lebih lebar (w > 0.5 arka minit) untuk Maunder. Keperluan ini bagi lebar

hilal didapati kemudian agak terlalu tinggi dan dikurangkan ke >0,25 arka minit

oleh Ilyas.

f) Ilyas A (Altitud Hilal, elongasi) 1984

Pada tahun 1984, Ilyas plot satu lengkung berasaskan data cerapan dengan

altitude hilal ketika terbenam Matahari melawan arka cahaya (aL) atau elongasi

Matahari-Bulan atau sudut pemisahan antara Matahari dan bulam. Hilal akan

dapat dilihat jika ciri-ciri hilal berada atas lengkung dan tidak kelihatan jika ia

berada dibawah lengkung.

Bruin Ilyas A

latitud rendah ke latitud pertengahan latitud rendah ke tinggi dan elongasi

sgt besar

(h + s) ≥60 Z ≥ 40 (tambahan)

g) Ilyas B (lag, latitud)

Bermula dari zaman Babylonian, tempoh terbenam Matahari dan terbenam

Bulan memberikan satu kriteria astronomi mudah untuk kenampakan awal hilal.

Bagaimana pun, kriteria ini digunakan terutama pada latitud rendah. Apa yang

terjadi apabila kita melihat pada latitud-latitud lain? Kriteria Ilyas B kemudian di

modifikasikan dari Babylonian dengan kompensasi pada latitud-latitud. Tempoh

terbenam Matahari dan terbenam Bulan, ketika Matahari terbenam tempatan

dihitung bagi setiap longitud untuk pelbagai latitud-latitud dan untuk 70 lunasi

berturutan. Hasilnya adalah pada lat. 00 lag 41(±2) minit, 300 lag 46(±4) minit,

400: lag 46(±4) minit, 500: lag 55(±15) minit.

Kita dapat lihat dari keputusan graf bahawa ramalan untuk kenampakkan awal

hilal adalah malar dari rendah ke pertengahan latitud.

Bagaimana pun kriteria ini adalah kriteria anggaran yang mudah. Pada latitud

tinggi (contoh 600) data adalah tidak konsisten dan graf berombak (serakan

Page 11: KRITERIA IMKANUR RUKYAH YANG BARU 1443 HIJRAH

WEBINAR FALAK NUSANTARA 1443H (BULAN FALAK MALAYSIA) 11

data). Ini mungkin disebabkan elongasi yang besar. Lagi pula pada latitud tinggi

musim tidak diambil kira dalam kriteria ini.

h) Ilyas C (altitud hilal, relatif azimut antara Bulan dan Matahari ) 1988

Pada tahun 1988, Ilyas membuat sedikit modifikasi pada kriteria Ilyas A

menggunakan formula trigonometri. Satu lengkung diplot dengan altitud hilal

melawan relatif azimut. Apabila elongasi aL , atau relatif azimut dipanjangkan,

jejak tidak boleh ikut a kerana ini akan jadi anggaran terlebih, jejak juga tidak

boleh ikut b kerana pada latitud tinggi AZ akan jadi negatif iaitu hilal tidak

kelihatan.

Bruin Ilyas A Ilyas C

Z vs aL Z vs AZ (guna AZ = kos-1(kos L/kos Z)

AL =10.50 AZ = kos-1 (kos 10.50 / kos 10.50) = 0

(h + s)≥60 Z ≥40 Z ≥40

i) RGO (altitud hilal, Elongasi)

RGO adalah Royal Greenwich Observatory. Kriteria ini berasaskan kepada

peraturan bahawa waktu terbaik dan tempat yang boleh membuat

kebolehnampakkan awal hilal adalah apabila Bulan berada tegak di atas

Matahari ketika terbenam supaya relatif azimut = 00, dan dimana altitud hilal

ketika Matahari terbenam ialah 100. Dari buku-buku, hilal dapat dilihat apabila

Z ≥50, dan s (sudut Matahari dibawah ufuk) > 30 dan aL ≥100.

j) Shaukat (altitud hilal, lebar hilal)

Kriteria Shaukat menggunakan lebih 900 cerapan, dikumpulkan dalam tempoh

lebih 150 tahun dipelbagai lokasi seluruh dunia. Bagi setiap cerapan, beliau

hitung semua parameter yang penting untuk kelihatan. Analisa statistik multi-

pengubah dilakukan untuk mencari bila kebolehnampakan berlaku dan bila

tidak kelihatan berlaku. Dari MoonCalc: altitud hilal mesti > 3.40 ketika Matahari

terbenam dan (alt/12.7) + (lebar hilal dalam arkamninit/1.2)>1.

Page 12: KRITERIA IMKANUR RUKYAH YANG BARU 1443 HIJRAH

WEBINAR FALAK NUSANTARA 1443H (BULAN FALAK MALAYSIA) 12

Kriteria Shaukat ini lebih dipercayai.

k) Yallop (relatif altitud, lebar hilal) 1980’s

Bernard Yallop, ahli astronomi Inggeris, menggunakan 295 (non) data cerapan

kenampakkan dan membangunkan satu kriteria dari India dan Bruin. Kriteria ini

bergantung ke atas satu parameter ‘q’ dimana ‘q’ diterbitkan dari relatif

geosentrik altitud hilal dan lebar hilal toposentrik pada waktu terbaik, iaitu

waktu Matahari terbenam + (4/9) tempoh terbenam Matahari dan terbenam

Bulan.

Bagaimana pun, oleh kerana kriteria ini bergantung ke atas ‘waktu terbaik’ , ia

tidak sentiasa tepat, kerana sekali kita applikasi kriteria kepada Matahari

terbenam tempatan, maka hasilnya akan menjadi lebih pesimis dari ‘waktu

terbaik’.

PENENTUAN AWAL BULAN HIJRIAH : AMALAN DI MALAYSIA

Di Malaysia, penentuan awal Bulan hijrah adalah secara rukyah dan hisab.

Kaedah ini berhubungkait di antara satu sama lain dalam urusan penentuan awal

Bulan hijrah di Malaysia.

Terdapat beberapa jenis takwim pernah digunapakai di Malaysia iaitu:

1. Kalendar Istilahi (sebelum 1969 -1986): Sebelum tahun 1969 penyusunan

calendar istilahi telah digunapakai di Malaysia. Secara umumnya kalendar ini

berdasarkan kepada hisab urfi yang mempunyai bilangan hari sebanyak 29 hari

dan 30 hari secara berselang seli setiap Bulan, contohnya Muharam 30 hari,

Safar 29 hari, Rabiulawal 30 hari ……

Namun begitu kalendar istilahi tidak digunakan bagi penentuan Ramadan,

Syawal dan Zulhijjah sebaliknya tarikh-tarikh tersebut ditentukan berdasarkan

kepada kaedah hisab dan rukyah.

2. Kalendar Ijtimak Hakiki (1986 hingga 1991)

Page 13: KRITERIA IMKANUR RUKYAH YANG BARU 1443 HIJRAH

WEBINAR FALAK NUSANTARA 1443H (BULAN FALAK MALAYSIA) 13

Pada tahun 1986 hingga 1991 Malaysia telah menggunakan Kalendar Ijtimak

Hakiki:

Kalendar ini berdasarkan sekiranya ijtimak berlaku sebelum terbenam

Matahari, maka sejak terbenam Matahari dikira awal Bulan hijrah telah bermula.

Namun sekiranya ijtimak berlaku selepas Matahari terbenam, maka bermula

Matahari terbenam dikira 30 hariBulan bagi Bulan hijrah yang berlangsung.

Contohnya:

Pada 29 Muharam iaitu sebelum Matahari terbenam telah berlakunya ijtimak,

maka masuknya waktu maghrib selepas Matahari terbenam pada petang 29

Muharam itu menandakan masuknya 1 Safar.

Jika ijtimak berlaku selepas Matahari terbenam pada 29 Muharam, maka

masuknya waktu maghrib selepas Matahari terbenam, Bulan Muharam

digenapkan menjadi 30 hari.

Selain kalendar Istilahi kalendar ini juga digunakan bagi menentukan semua

awal Bulan kecuali Ramadan, Syawal dan Zulhijjah.

3. Kalendar Ijtimak Wujudul Hilal : (1992- 1994)

Antara tahun 1992 hingga 1994 Kalendar Ijtimak Wujudul Hilal telah

digunapakai di Malaysia. Kalendar ini berdasarkan kepada masa berlaku ijtimak

pada akhir Bulan Hijrah beserta anak Bulan wujud di atas ufuk selepas Matahari

terbenam. Kalendar ini digunakan untuk penentuan awal Bulan selain

Ramadan, Syawal dan Zulhijjah. Penentuan Bulan-Bulan tersebut

menggunakan Kalendar Imkanur Rukyah.

Kalendar Ijtimak Wujudul Hilal mempunyai beberapa kriteria bagi menentukan

masuknya awal Bulan baru, antaranya:

Telah berlaku ijtimak, ijtimak berlaku sebelum Matahari terbenam, dan ketika

Matahari terbenam Bulan berada atas ufuk. Ketiga-tiga kriteria ini mesti

dipenuhi sekaligus bagi menentukan awal Bulan baru tanpa mengambil kira

sudut ketinggian Bulan. Contohnya:

Page 14: KRITERIA IMKANUR RUKYAH YANG BARU 1443 HIJRAH

WEBINAR FALAK NUSANTARA 1443H (BULAN FALAK MALAYSIA) 14

Jika berlaku ijtimak pada 29 Muharam, Bulan terbenam selepas Matahari

terbenam pada petang itu. Maka masuknya waktu maghrib selepas Matahari

terbenam pada petang 29 Muharam itu menandakan masuknya 1 Safar tanpa

mengambil kira sudut ketinggian Bulan ketika Matahari terbenam asalkan

melebihi 0 darjah.

4. Kalendar Imkanur Rukyah: (1995 hingga kini):

Kalendar Imkanur Rukyah telah digunakan dalam penyusunan dalam kalendar

Hijrah Malaysia.

Setiap awal Bulan ditentukan dengan terlihatnya hilal selepas berlaku ijtimak iaitu

apabila bumi, Bulan dan Matahari berada di garisan atau longitud yang sama. Bilangan

hari pula dikira dari kedudukan ini sehingga Bulan kembali ke kedudukan ijtimak

seterusnya iaitu selama 29.53 hari.

Menurut astronomi moden, perkiraan Bulan bermula ketika berlakunya waktu ijtimak,

sementara menurut ilmu falak, perkiraan awal Bulan baru hijrah bermula selepas

peristiwa ijtimak dan hilal berada di ufuk barat ketika Matahari terbenam. Oleh itu,

berlakulah perbezaan di antara tahun hijrah dengan tahun Miladiah sebanyak 10 atau

11.

KRITERIA IMKANUR-RUKYAH

Page 15: KRITERIA IMKANUR RUKYAH YANG BARU 1443 HIJRAH

WEBINAR FALAK NUSANTARA 1443H (BULAN FALAK MALAYSIA) 15

Kriteria Imkanur-Rukyah mula diperkenal ketika Muktamar Hilal Bagi Penentuan

Permulaan Bulan Hijrah di Istanbul pada 26-29 November 1978 dengan ketetapan:

Ketinggian hilal tidak kurang dari 5o ketika Matahari terbenam.

Jarak lengkung hilal-Matahari tidak kurang daripada 8o ketika Matahari terbenam.

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia menerimapakai Deklarasi

Istanbul 1978 dengan tambahan syarat alternatif:

Umur hilal tidak kurang dari 8 jam ketika hilal terbenam.

Pada 1 Jun 1992, bertempat di Labuan, Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri

Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) telah bersetuju untuk

mengubahsuai kriteria Imkanur-Rukyah yang sedia ada.

Kriteria Imkanur-Rukyah adalah:

Sebelum Matahari terbenam, ijtimak telah berlaku pada 29 hariBulan hijrah dan

melalui perkiraan kewujudan hilal adalah positif serta dapat memenuhi salah satu

syarat-syarat berikut:

ketika Matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang dari 2o dan

jarak lengkung hilal-Matahari tidak kurang 3o

ATAU

ketika hilal terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam selepas ijtimak

berlaku.

Kriteria Imkanur-Rukyah ini pada mulanya diguna bagi penentuan awal Bulan

Ramadan, Syawal dan Zulhijjah sahaja manakala Bulan-Bulan lain secara kaedah

Wujudul Hilal. Pada tahun 1995, Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam telah

menetapkan penggunaan kriteria Imkanur-Rukyah untuk semua Bulan hijrah dalam

pelaksanaan Takwim Hijrah.

Bulan hijrah bermula pada waktu maghrib (Matahari terbenam) hari kelihatan hilal.

Kecanggihan teknologi dan perkiraan sekarang membolehkan kita membuat perkiraan

tentang kedudukan Bulan dengan tepat. Bagaimanapun, sama ada hilal boleh dilihat

di sesuatu lokasi atau tidak agak sukar untuk dijangkakan.

Page 16: KRITERIA IMKANUR RUKYAH YANG BARU 1443 HIJRAH

WEBINAR FALAK NUSANTARA 1443H (BULAN FALAK MALAYSIA) 16

Kebolehnampakan hilal bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan cuaca,

ketinggian Bulan ketika Matahari terbenam, jarak lengkung Bulan-Matahari ketika

Matahari terbenam, tempoh masa antara Matahari terbenam dan Bulan terbenam,

pencemaran udara, peralatan optik, pencerap dan sebagainya. Oleh itu, kriteria

Imkanur-Rukyah (kebolehnampakan hilal) yang mengambilkira faktor-faktor tersebut

digunakan bagi menentukan permulaan Bulan hijrah. Kriteria ini boleh disesuaikan

berdasarkan laporan-laporan rukyah yang dibuat dari semasa ke semasa.

KRITERIA 2013 IMKANUR RUKYAH

Setelah lebih 20 tahun Malaysia menggunakan kriteria Imkan al-ru’yah (1995),

Malaysia dan negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei telah

berjaya menyusun tarikh awal Bulan Hijrah dengan baik dan dilihat mampu

memelihara keharmonian kehidupan beragama khususnya di Malaysia. Kriteria Imkan

al-ru’yah adalah konsep yang menggabungkan kaedah hisab (pengiraan) dan rukyah

(cerapan) anak Bulan. Konsep ini perlu didasarkan kepada data-data kenampakan

anak Bulan yang saintifik dalam menjangkakan kenampakan anak Bulan (posibility of

sighting). Sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi kriteria Imkan al-ru’yah

(1995) perlu didinilai dari masa kesemasa bagi memastikan penyusunan kalendar

Hijrah menepati dari aspek sains dan agama.

Sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menubuhkan

Jawatankuasa Kecil Analisis Rekod Cerapan Hilal Seluruh Malaysia hasil dari

keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam pada 22 Jun 2006.

Jawatankuasa Kecil Analisis Rekod Cerapan Hilal Seluruh Malaysia ini dianggotai oleh

ahli-ahli falak di Malaysia iaitu dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM),

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Persatuan Falak Syar’i Malaysia. Ahli

Jawatankuasa tersebut telah bermesyuarat sebanyak 8 kali sepanjang penubuhan

Jawatankuasa dalam tahun 2007-2013. Hasil kajian mendapati penggunaan syarat

tinggi anak Bulan 2° dan jarak lengkung anak Bulan-Matahari 3° ketika Matahari

terbenam atau umur anak Bulan lapan jam ketika Bulan terbenam menyebabkan

berlakunya ketidakseragaman titik-titik lokasi sebenar kebolehnampakan anak Bulan.

Selain itu, terdapat pandangan yang mengatakan penggunaan syarat statistik yang

ketat menyebabkan pada petang hari rukyah, terdapat potensi dimana cerapan anak

Bulan dilakukan dalam keadaan ijtimak masih belum berlaku. Jawatankuasa bertindak

Page 17: KRITERIA IMKANUR RUKYAH YANG BARU 1443 HIJRAH

WEBINAR FALAK NUSANTARA 1443H (BULAN FALAK MALAYSIA) 17

mengumpulkan rekod cerapan anak Bulan dari seluruh Malaysia dan kenampakan

anak Bulan di negara-negara anggota MABIMS (Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-

Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, dan Singapura).

Jawatankuasa ini juga menganalisis parameter-parameter kenampakan rekod

cerapan anak-anak Bulan. Di samping itu, jawatankuasa juga meneliti penemuan-

penemuan saintifik dalam bidang sains kenampakan anak Bulan. Hasilnya, ahli

jawatankuasa telah merumuskan satu kriteria yang munasabah iaitu untuk

dilaksanakan setelah diunjurkan 20 tahun pelaksanaan kalendar Hijrah. Hasil kajian

menunjukkan bahawa kriteria imkanur rukyah yang baru adalah ketinggian hilal ketika

Matahari terbenam 30 dan jarak lengkung (sudut elongasi) 50. Kriteria ini dikenali

sebagai kriteria imkanur rukyah 2013 (KIR2013).

Muzakarah Rukyah Dan Takwim Islam negara anggota MABIMS kali ke 16

telah diadakan pada tarikh 2hb. Ogos 2016 hingga 4hb. Ogos 2016 di Klana Beach

Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. Seramai 70 ahli telah menghadiri

muzakarah ini. Pecahan ahli yang hadir adalah terdiri seperti berikut iaitu 3 orang

delegasi dari Brunei, 4 orang delegasi dari Indonesia, 2 orang delegasi dari Singapura,

manakala delegasi dari Malaysia terdiri dari 5 orang Mufti Kerajaan Negeri, 13 orang

Panel Pakar Falak JAKIM, 10 orang wakil Jabatan Mufti seluruh Malaysia dan 2 orang

dari Pengarah Bahagian JAKIM.

Penganjuran muzakarah ini adalah ekoran cadangan semakan semula kriteria

Imkanur rukyah yang diguna pakai oleh anggota negara MABIMS dalam penentuan

takwim Hijri dan awal Bulan hijri. Melalui muzakarah ini juga merupakan medan

perkongsian kepakaran dan pengalaman mengenai isu umat Islam di antara negara

yang terlibat dalam menangani perkara-perkara yang mempunyai kepentingan

bersama serta penyelarasan maklumat berkaitan falak dan astronomi Islam.

Isu utama yang dibincangkan dalam muzakarah ini adalah hasil kajian semula

terhadap kriteria imkanur rukyah yang telah disepakati negara anggota MABIMS

dalam penentuan takwim Hijri dan awal Bulan Hijri. Selain dari itu isu-isu yang

dibincangkan adalah berkaitan teknik pengimejan yang boleh digunakan dalam

pensabitan anak Bulan mengikut syarat-syarat yang ditentukan.

Page 18: KRITERIA IMKANUR RUKYAH YANG BARU 1443 HIJRAH

WEBINAR FALAK NUSANTARA 1443H (BULAN FALAK MALAYSIA) 18

Delegasi dari Indonesia telah mengusulkan kriteria baru yang iaitu ketika

Matahari terbenam: ketinggian hilal dari ufuk tidak kurang 40 dan jarak lengkung (sudut

elongasi) Bulan ke Matahari tidak kurang dari 6.40. Kriteria ini adalah berdasarkan

penemuan Mohamed Odeh dalam artikelnya bertajuk “ New Criterion for Lunar

Crescent Visibility”, Experimental Astronomy, 18(2004) 39 -64.

Delegasi dari Singapura pula hanya mengutarakan kriteria jarak lengkung

(sudut Elongasi) Bulan ke Matahari tidak kurang dari 6.40. Ini juga adalah kriteria yang

ditemui dalam artikel Mohamed Odeh.

Delegasi Brunei pula ingin mengutarakan umur Bulan lebih 19 jam atau pun

kriteria jarak lengkung tidak kurang dari 6.40. Jelas disini kesemua kriteria imkanur

rukyah yang diutarakan berdasarkan hasil penulisan Mohamad Odeh. Delegasi

Malaysia mengutarakan kriteria imkanur rukyah berdasarkan kajian yang telah

dilakukan di Malaysia dari tahun 1972 hingga 2013. Hasil kajian menunjukkan bahawa

kriteria imkanur rukyah yang baru adalah ketinggian hilal ketika Matahari terbenam

30 dan jarak lengkung (sudut elongasi) 50. Kriteria ini dikenali sebagai kriteria

imkanur rukyah 2013 (KIR2013).

Memandangkan tiada keputusan yang disepakati maka delegasi-delegasi dari

negara Brunei, Indonesia, Singapura dan Malaysia yang terpilih telah mengadakan

mesyuarat berasingan dan bersama pada sebelah malamnya untuk menetapkan

kriteria baru imkanur rukyah.

Muzakarah Rukyah Dan Takwim Islam Negara Anggota MABIMS kali ke 16

telah bersetuju menerima pakai kriteria imkanur rukyah baru bagi anggota MABIMS

dalam penentuan takwim Hijri dan dan awal Bulan Hijri adalah:

“Ketika Matahari terbenam, ketinggian anak Bulan 30 dari ufuk dan jarak lengkung

(sudut elongasi) Bulan ke Matahari tidak kurang dari 6.40. “

Parameter jarak lengkung (sudut elongasi) yang dirujuk adalah dari pusat Bulan ke

pusat Matahari. Keputusan mesyuarat MABIMS ke-16 di Telok Kemang telah

menerima cadangan kriteria imkanur rukyah yang baru tetapi meminta dilakukan kajian

untuk tempoh setahun lagi sebelum dilaksanakan.

Page 19: KRITERIA IMKANUR RUKYAH YANG BARU 1443 HIJRAH

WEBINAR FALAK NUSANTARA 1443H (BULAN FALAK MALAYSIA) 19

Seterusnya pada Seminar Antarabangsa Fikih Falak 2017 di Jakarta yang

diadakan dari 28 hingga 30 November 2017 telah membincangkan tentang kalendar

unifikasi global yang dicadangkan oleh pihak Turki. Pada seminar ini beberapa kertas

kerja telah dibentangkan oleh pihak Indonesia, Malaysia dan negara-negara lain. Di

akhir seminar itu rekomendasi Jakarta ialah menerima penggunaan kalendar unifikasi

global dengan bersyarat iaitu kriteria kebolehnampakkan ditukar dari altitud hilal dari

ufuk 50 dan elongasi atau jarak sudut Bulan dan Matahari 80 kepada altitud hilal

dari ufuk 30 dan elongasi atau jarak sudut Bulan dan Matahari 6.40.

Ini mengukuhkan lagi cadangan kriteria baru yang dipersetujui oleh negara-

negara anggota MABIMS pada mesyuarat ke -16 di Teluk Kemang Malaysia pada 2hb

Ogos hingga 4hb. Ogos 2016.

KESIMPULAN

Akhirnya, kesepakatan dicapai untuk dilaksanakan kriteria baharu itu.

Seterusnya, pada 8-10 Oktober 2019 bersamaan 9-11 Safar 1441H Pertemuan Pakar

Falak MABIMS, diYogyakarta, Indonesia sekali lagi diterima satu resolusi untuk

dilaksanakan kriteria baharu seperti yang diputuskan sebelum ini. Seterusnya

Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) Bagi MABIMS Kali Ke-44 di Singapura 12

hingga 13 November 2019 bersamaan 15-16 Rabiulawal 1441H telah bersetuju untuk

melaksanakan kriteria baharu tersebut. Rentetan itu, di peringkat kebangsaan pihak

JAKIM telah membentangkan kriteria Imkan al-ru’yah baharu ini dalam Mesyuarat

Jawatankuasa Muzkarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

Kali-118 pada 16-17 Februari 2021 bersamaan 4-5 Rejab 1442H. Setelah menjalani

proses yang panjang, 9 Ogos 2021 bersamaan 1 Muharam 1443H Malaysia telah

mencatat sejarah dalam mengadaptasi kriteria Imkan al-ru’yah yang baharu.

Pelancaran kriteria baharu ini telah diumumkan pada Sambutan Maal Hijrah Peringkat

Kebangsaan Tahun 1443H/2021M, sempena Bulan Falak Malaysia Muharam 1443H.

Pelancaran kriteria Imkan al-ru’yah baharu ini telah disempurnakan oleh YB Senator

Datuk Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal

Ehwal Agama).

Page 20: KRITERIA IMKANUR RUKYAH YANG BARU 1443 HIJRAH

WEBINAR FALAK NUSANTARA 1443H (BULAN FALAK MALAYSIA) 20

PENGHARGAAN:

Di sini penulis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan yang

tidak terhingga kepada pihak Universiti Malaya dan Makmal Fizik Angkasa, Jabatan

Fizik, Fakulti Sains yang membenarkan penulis menjalankan kajian ini. Ucapan terima

kasih tidak terhingga kepada pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM),

Persatuan Falak Syarie Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi

Malaysia yang wakilnya telah memberikan sepenuh kerjasama yang tidak ternilai.

Ucapan terima kasih juga kepada semua ahli Teknikal Kalendar Islam yang terlibat

dalam jawatankuasa kecil ini atas sumbangan mereka yang tidak ternilai. Akhir kata

ucapan jutaan terima kasih kepada pihak JAKIM yang telah memberi kerjasama yang

baik sepanjang jawatankuasa kecil ini bersidang sama ada berupa kewangan atau

tenaga kerja kakitangan. Sesungguhnya tanpa kerjasama semua pihak diatas jawatan

kuasa kecil ini tidak dapat menghasilkan keputusan yang baik. Allah SWT sahaja yang

dapat membalas jasa semua orang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

RUJUKAN:

1. Fotheringham, J.K. 1910. On the smallest visible phase of the moon. Monthly

Notices of the Royal Astronomical Society 70: 527-531.

2. Maunder, E.W. 1911. On the smallest visible phase of the moon. The Journal

of the British Astronomical Association 21: 355-362

3. Danjon, A. 1936. Ann. L’Obs. Strasbourg 3: 139-181

4. Bruin, F. 1977. The first visibility of the lunar crescent. Vistas in Astronomy

21(4): 331-358.

5. Ilyas Mohammad. 1983. The Danjon limit of lunar visibility: A re-examination.

The Journal of the Royal Astronomical Society of Canada 77: 214-219.

6. McNally, D. 1983. The length of the lunar crescent. Quarterly Journal of the

Royal Astronomical Society 24: 417-429.

7. Ilyas Mohammad. 1994. Lunar crescent visibility criterion and Islamic calendar.

Quarterly Journal of the Royal Astronomical Society 35: 425-461

8. Schaefer, B.E. 1996. Lunar crescent visibility. Q.J.R. Astr. Soc. 37: 759-768.

Page 21: KRITERIA IMKANUR RUKYAH YANG BARU 1443 HIJRAH

WEBINAR FALAK NUSANTARA 1443H (BULAN FALAK MALAYSIA) 21

9. Yallop, B.: A method for predicting the first sighting of the new Crescent Moon’,

RGO NAO Technical Note No. 69 (1997)

10. Odeh, M.Sh. 2004. New criterion for lunar crescent visibility. Experimental

Astronomy 18: 39-64.

11. Hasanzadeh, A. 2012. Study of Danjon limit in moon crescent sighting.

Astrophysics and Space Science 339: 211-221.

12. Nazhatulshima Ahmad, Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi, Mohd Zambri

Zainuddin, Zuhaili Mohd Nasir, Rossita Mohamad Yunus & Ibrahim Mohamed,

“A New Crescent Moon Visibility Criteria using Circular Regression Model: A

Case Study of Teluk Kemang, Malaysia”, Sains Malaysiana 49(4)(2020): 859-

870