kuliah-6

Embed Size (px)

Citation preview

  • STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR (1)

  • PengenalanBagaimana kita mengajar kemahiran berfikir?Persoalan ini meliputi beberapa persoalan yang saling berkait:-Adakah kemahiran berfikir diajar sebagai satu kursus tersendiri/terpisah ?Adakah pengajaran kemahiran berfikir digabung dengan mata pelajaran lain?Kalau digabung dengan matapelajaran lain, bagaimana kita melakukannya?

  • Strategi pengajaran kemahiran berfikirPendekatan terpisah merujuk kepada sesuatu kemahiran berfikir disampaikan secara berasingan iaitu tanpa menggunakan isi kandungan mata pelajaranPendekatan gabungan merujuk kepada pengajaran kemahiran berfikir yang digabungkan ke dalam pengajaran isi kandungan mata pelajaran

  • RANGKA KULIAHStrategi pengajaran kemahiran berfikirPendekatan terpisah:Program umumFeuersteins Instrumental Enrichment programmeSomerset Thinking SkillsTop Ten Thinking Tactics (TTTT)De Bonos CoRT ProgrammeThinking TogetherPendekatan gabungan : Program berkaitan dengan mata pelajaranProgram pemecutan kognitif (Cognitive acceleration)Thinking ThroughPhilosophy for children

  • Pendekatan terpisahJuga dikenali sebagai program umum.Antara program yang menggunakan pendekatan terpisah ialah:Feuersteins Instrumental Enrichment programme (FIE)Somerset Thinking Skills (STS)Top Ten Thinking Tactics (TTTT)De Bonos CoRT ProgrammeThinking Together

  • Feuersteins Instrumental Enrichment programmen(FIE)

    Bermula pada tahun 1970anTujuan utama untuk membantu meningkatkan pencapaian kanak-kanak retardedFokus kepada perkembangan proses kognitifMenggunakan kaedah Mediated learning Experience Digunakan di Israel, Perancis, UK dan US

  • Feuersteins Instrumental Enrichment programmen(FIE)

    Kaedah Mediated learning Experience (MLE) merujuk kepada intervensi/skafolding yang dilakukan oleh guru bagi membantu pelajar memahami dunianyaSkafolding daripada guru dapat menggalakkan pelajar mengaplikasikan prinsip yang dipelajari dalam program berfikir bagi menyelesaikan masalah yang lebih kompleks dalam kehidupan seharian

  • Feuersteins Instrumental Enrichment programme (FIE)

    Matlamat FIE: Penekanan kepada perkembangan kemahiran proses mentalFeuerstein mengenal pasti bagaimana kemahiran berfikir yang tertentu perlu diperkembangkan menggunakan pelbagai instrumen atau aktivitiProgram FIE mengandungi 14 instrumen yang dibina untuk memperkembangkan fungsi kognitif yang tertentu

  • Feuersteins Instrumental Enrichment programme (FIE)

    Contoh instrumen yang digunakan:Analytic perception: pelajar diberi pelbagai bentuk yang abstrak dan diminta memilih kombinasi mana yang sesuai. Fungsi kognitif yang dijangka dapat dibina: Membandingkan modelKaitan antara bahagian kecil dengan keseluruhanMengkategori mengikut bentuk dan warnaKemahiran memvisualisasi

  • Feuersteins Instrumental Enrichment programme (FIE)

    Contoh instrumen yang digunakan:Family relations: Pelajar diberi maklumat tentang keluarga dalam bentuk senarai, gambarajah serta pernyataan dan diminta memilih mengenal pasti siapa adalah siapaFungsi kognitif yang dijangka dapat dibina: Definisi masalahMengenal pasti maklumat yang adaMembanding beza elemen dan hubunganMenghubung kaitPemikiran hipotetikal

  • Somerset Thinking Skills (STS)Untuk kanak-kanak 10-16 tahunTujuan am: meningkatkan keupayaan kemahiran penyelesaian masalahMengandungi 7 modul:Asas penyelesaian masalahAnalisis dan sintesisPemikiran komparatifKedudukan dalam masa dan ruangMemahami analogiCorak dalam masa dan ruangOrganisasi dan mengingat Pengajaran juga dijalankan secara MLE

  • Somerset Thinking SkillsAsas penyelesaian masalahMengandungi pelbagai ransangan visual termasuk dalam konteks kanak-kanak daripada yang dekat (persekitaran dalam rumah hingga persekitaran dunia)Pelajar digalakkan mempertimbangkan pelbagai peringkat penyelesaian masalah:Memahami masalah : meneliti dengan berhati-hati ; adakah saya telah lihat semua dengan telitiMerancang apa yang hendak dibuat: apa telah buat sebelum ini; apa masalah yang dihadapi sebelum iniMelaksanakan dan menilai: adakah ia seperti yang dirancang; apa kemahiran yang saya guna

  • Somerset Thinking Skills2. Analisis dan sintesis: Modul ini menyediakan peluang perbendaharaan kata yang diperlukan ketika menyelesaikan masalah. Bertujuan membina kemahiran kognitif seperti: mengenalpasti hubungan antara bahagian kecil dengan keseluruhan; membuat urutan, mengklasifikasi, merumus, menjana idea

  • Top Ten Thinking Tactics (TTTT)Untuk kanak-kanak 8-12 tahunTujuan: untuk membantu pelajar menjadi pelajar yang efektifTerapat 11 aktiviti yang fleksibel10 taktik terbahagi kepada dua peringkat:Peringkat asasPeringkat pemikiran aras tinggi

  • Top Ten Thinking Tactics (TTTT)Peringkat asasPinpointing the problemSystematic searchPlanningCheck and changeCorrect communicationPeringkat pemikiran aras tinggiComparing and contrastingGetting the pointUsing several sourcesSelf-awarenessSetting your own targets

  • De Bonos CoRT ProgrammeDe Bono percaya kemahiran berfikir boleh ditingkatkan melalui latihan Proram CoRT direkabentuk untuk menyediakan alat atau teknik yang dapat membantu (scaffold) aplikasi berbagai jenis kemahiran berfikirCoRT merupakan alat yang digunakan untuk mengarahkan pemikiran (attention-directing tools)Terdapat 60 pelajaran dalam program CoRT yang dibahagikan kepada 6 kelompok

  • De Bonos CoRT ProgrammeCoRT 1: BreadthCoRT 2: OrganizationCoRT 3: InteractionCoRT 4: CreativityCoRT 5: Information and feelingC0RT 6: Action

  • CoRT 1: BreadthCoRT 1 bertujuan untuk meluaskan persepsiAntara jenis-jenis CORT 1 yang dicadangkan:PMI (Plus, Minus, Interesting)CAF (Consider All Factors)C & S (Consequence and Sequel)AGO (Aims, Goals, Objectives)FIP (First, Important, Priorities)APC (Alternatives, Possibilities, Choices)OPV ( Other peoples Views)

  • Thinking TogetherFokus kepada penggunaan bercakap untuk menggalakkan pemikiranTujuan untuk meningkatkan penaakulan kritikal dan konstruktif kanak-kanakTerdapat 16 aktivitiLima aktiviti yang pertama bertujuan menyediakan peluang kepada kanak-kanak membuat refleksi cara yang terbaik bercakap dan bekerjasama secara kolaboratif untuk menyelesaikan masalah

  • Thinking Together11 lagi aktiviti memerlukan kanak-kanak menggunakan kemahiran komunikasi yang dibina untuk menaakul bersama-sama atau untuk think out loudStruktur pelajaran :Tujuan : mengeksplisitkan tujuan aktiviti di awal aktivitiPengenalan: menjelaskan tujuan dan arahan aktivitiKerja kumpulan: Kanak-kanak bekerja secara kolaboratifPlenari: Perbincangan Kerja susulan: untuk latihan dan pengukuhan

  • Thinking TogetherKaedah: Menggunakan pendekatan konstruktivis sosialPelajar bercakap di dalam kumpulan (TALK GROUPS) ketika melaksanakan aktiviti bagi meggalakkan perkongsian pemikiran dan menjadikan pemikiran lebih eksplisitKandungan program:Lima aktiviti yang pertama berkisar mengenai bagaimana bercakap dan berfikir di dalam kumpulanAktiviti selanjutnya memperkembangkan kemahiran kolaboratif awal

  • Pendekatan gabunganMerujuk kepada pendekatan yang menggunakan pendekatan bagaimana pelajar boleh digalakkan untuk berfikir dan membina makna dalam mata pelajaran yang diajarAntara program yang menggunakan pendekatan ini:Program pemecutan kognitif (CA)Thinking ThroughPhilosophy for children

  • Program pemecutan kognitif (CA) Program pemecutan kognitif pada asalnya dibina dalam konteks mata pelajaran sains pada tahun 1980anMulai 1990, berkembang dalam mata pelajaran lain seperti matematik,teknologi dan seni persembahanDibina berdasarkan teori perkembangan kognitif Piaget dan teori sosio-budaya Vygotsky

  • Program pemecutan kognitif (CA) Tujuan CA ialah meningkatkan prestasi intelektual pelajar melalui peningkatan kebolehan proses kognitifPelajaran CA dijalankan satu kali setiap dua mingguBerdasarkan andaian bahawa menggalakkan proses mental untuk mengaitkan dengan konsep akan mengambil masa yang lamaAntara program CA yang diperkenalkan:CASE (CA in Science Education)CAME (CA in Mathematic Education)Art & Performing Thinking SkillsCATE (CA through Technology Education)

  • Program pemecutan kognitif: CASECASE direka bagi pelajar 11-14 tahun bertujuan untuk memecutkan perkembangan aras pemikiran (supaya lebih abstrak atau lebih tinggi berdasarkan teori Piaget)Pada akhir dua tahun diharapkan kebolehan pemprosesan pelajar akan meningkat lebih cepat dariapda perkembangan semula jadi

  • Program pemecutan kognitif: CASE Struktur am rancangan pelajaran mengandungi enam tonggak (Six pillars)Concrete preparationCognitive conflictConstructionMetacognitionBridgingSkemata

  • Program pemecutan kognitif: CASE Concrete preparation: Peringkat pengenalan kepada pelajaranCognitive conflict: Cabaran intelektual dipersembahkanConstruction: Melalui proses interaksi sosialMetacognition: mengartikulasikan proses berfikir yang terlibatBridging: Aplikasi dalam konteksSkemata: Proses penaakulan dalam konteks

  • Program pemecutan kognitif: CASE Keenam-enam tonggak dalam struktur pelajaran boleh dirumus sebagai:Aktiviti 1: Penyediaan kelas kepada aktiviti berfikir yang hendak dijalankanAktiviti 2:Kelas dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakanAktiviti 3: Whole-class reflectionAktiviti 4: Optional membuat generalisasi tentang kemahiran berfikir dan aplikasi dalam konteks lain

  • Program pemecutan kognitif: CAME CAME pada asalnya dibina untuk pelajar 11-13 tahun, berdasarkan teori perkembangan kognitif PiagetIa juga dibina untuk pelajar antara 5-6 tahun (Program Lets Think) dan kumpulan pelajar 6-9 tahun

  • Program pemecutan kognitif : Art & Performing Thinking SkillsBidang seni persembahan juga dikenal pasti sebagai saluran yang sesuai untuk pemecutan kognitifPenglibatan remaja dalam seni didakwa dapat memberi sumbangan yang signifikan kepada perkembangan remaja untuk mengatasi masalah malu dan membolehkan mereka memperolehi kemahiran dan teknik yang berguna dalam kehidupan kelak

  • Program pemecutan kognitif : Art & Performing Thinking SkillsProgram intervensi direkabentuk dalam konteks musik, seni visual dan drama untuk pelajar 7-8 tahunMengandungi 30 pelajaran bertujuan menyediakan cabaran intelektual semasa pelajar terlibat menyelesaikan tugasan dan pada masa yang sama pemikiran yang terlibat secara implisit dan eksplisit digunakan untuk meningkatkan keupayaan kognitif pelajar

  • Program pemecutan kognitif: CATE Pendekatan CATE agak berbeza sedikit berbanding CASE , CAME dan Seni persembahanDirekabentuk untuk diajar sebulan sekali dalam jangka masa yang panjang (2-3 tahun) untuk kumpulan umur 11-14 tahunPenekanan kepada kemahiran memproses untuk menyelesaikan masalahKemahiran dan strategi kognitif yang digunakan agak menyerupai FIE dan STS

  • Program pemecutan kognitif: CATE Aktiviti berbentuk kognitif menggunakan lembaran kerjaMenggunakan kaedah penyoalan Socratic : what, why, how dalam tugasan individu dan perbincangan kumpulan kecil dan kumpulan besarMengandungi 36 aktiviti di mana setiap satu mengandungi dua tugasan. Tugasan 1 untuk objektif kognitif dan tugasan 2 untuk menghubungkan (bridge) aktiviti utama dengan pengalaman

  • Thinking Through. seriesPada tahun 1998, David Leat memperkenalkan Thinking Through GeographySelepas itu muncul beberapa buku yang dibina menggunakan pendekatan yang sama menghasilkan TT series termasuklah:Thinking through HistoryThinking through Religious EducationThinking through Primary TeachingThinking through English

  • Thinking Through. seriesTujuan TT ialah menghasilkan pelajar yang Terlibat secara aktif dan bermotivasiMenjadi independent learnerBersemangat belajarBersedia belajar daripada orang lainBertanya soalanIngin dicabar dan mencabarSentiasa ingin terus belajar

  • Thinking Through. seriesPendekatan pedagogi yang digunakan adalah fleksibelGuru boleh:Menggunakan dan mengaplikasikan bahan pengajaranMembuat adaptasi mengikut konteks dan perkembangan pelajarMenyediakan ruang perbincangan refleksi metakognitifPenyebatian penuh dalam mata pelajaran yang diajar

  • Thinking Through. seriesModul/Bahan pengajaran meliputiPengenalan kepada rasional strategi yang digunakanPenerangan tentang konteks bila dan di mana sesuai digunakanPersediaan yang diperlukan sebelum memulakan pengajaranPenjelasan tentang bagaimana bahan digunakanPanduan apa yang patut dilakukan oleh pelajarCadangan cara menguruskan aktivitiPenjelasan tentang sesi refleksi metakognitifPenjelasan tentang proses bridgingRefleksi tentang bagaimana aktiviti boleh diperbaiki di masa depan

  • Philosophy for childrenDikemukakan oleh Matthew LipmanMenjelaskan bagaimana program direkabentuk untuk menggalakkan kanak-kanak menjadi community of learnersMelalui proses inkuiri komuniti dalam bilik darjah, perbincangan filosofikal dibimbing untuk menggalakkan pemikiran melalui aktiviti pentafsiran, mencadang dan meneroka idea, menanyakan soalan, menyokong atau membangkang bagi membina kesedaran etikal

  • RumusanKomponen utama dalam program umum kemahiran berfikir meliputi:Spesifik kepada kemahiran kognitif yang hendak dikembangkanPengenalan yang eksplisit tentang berbagai kemahiran kognitifProgram intervensi yang berpanjanganPengenalan kepada kemahiran tertentu diikuti dengan peluang untuk mengamalkan kemahiranPerkembangan berperingkat kepada tugasan yang lebih kompleks dan mencabar

  • RumusanTerdapat keperluan peranan guru sebagai fasilitator melalui:Proses penyoalanMasa berfikir (thinking wait time)Memberi tanda saran bukan jawapanMemodelkan pemikiranMenyokong kerja kumpulan secara kolaboratifPenekanan terhadap proses kognitif atau isi kandungan sangat dipengaruhi oleh kefahaman guru tentang hasil proses pemikiran

  • RumusanUntuk menyokong kualiti pemikiran yang baik dalam pengajaran mata pelajaran, guru perlu:Memahami kemahiran kognitif atau penaakulan yang ingin dicapaiMemahami kaitan antara kedua-dua proses kognitif dan hasilan pembelajaran dan memahami bahawa pelajar perlu sokongan untuk mengeksplisitkan kaitan tersebutMemberi penekanan kepada usaha pelajar menjelaskan dan menerangkan idea merekaMenjadi orang tengah (mediate) kepada proses berfikir pelajar dan menggalakkan kolaborasi antara merekaMengamalkan skafolding kepada pemikiran bukan terus memberi jawapan

  • Selamat mengajar berfikir