KULIAH 9

Embed Size (px)

Citation preview

KULIAH 9 : PERINGKAT PERKEMBANGAN GURUPERINGKAT PERKEMBANGANGuru PermulaanGuru CekapGuru BerkesanGuru MahirGuru Pakar1)Guru Permulaan / Novis;Dikatakan pasif, tidak kreatif & imaginatif.Belum mencapai tahap yang dikehendaki oleh pihak sekolah.Masalah penyesuaian diri dengan realiti sekolah/bilik darjah.1.1.Ciri-ciri Guru Permulaan;Mula mengaplikasikan kaedah mengajarMemahami fakta, konsep & perkara asas pengajaranMembentuk kerangka kognitif tugas-tugas guruKurang berupaya menangani tugas harian guru1.2. Fokus Guru Permulaan;Mempunyai kualiti dan kebolehan diriMelaksanakan P&PPelaksanaan aktiviti kokurikulumPengurusan tempat kerja (sekolah)Penyesuaian diri dengan budaya sekolahPeka dan sentiasa mendapatkan informasiMempunyai kepelbagaian idea2)Guru Cekap;Mempunyai kecekapan dari segi:-ProfesionalismeMelaksanakan visi dan misiKeterampilan peribadiMengaplikasikan ICTKecerdasan mental dan intelektualKestabilan emosiKebijaksanaan dan kepimpinanGuru cekap mempunyai kecekapan pada tahap minimum.Guru mula mengenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dgn merujuk situasi khusus.Guru memiliki kemampuan menyelesaikan masalah P&P.3)Guru Mahir;Guru terbaik dalam bidangnya.Menguasai kemahiran ICT dan mengaplikasikan dalam P&P.Mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggiBerkemampuan membentuk suasana pembelajaran yang kondusif dan positif.Menjadi teladan sebagai seorang profesional dalam membentuk program yang membangunkan muridMahir membuat jangkaan terhadap murid dan tahu menyelesaikannya.Menunjukkan gaya pengajaran yang tersendiri4)Guru Pakar;Sentiasa menyerlahkan kepimpinan profesional.Terlibat sepenuhnya dalam pengurusan kurikulum.Dianggap sebagai pihak yang berautoriti bercakap dalam bidang profesionalnya.Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah.--------------------------------------------------------------------------------------------------------------NOTA TAMBAHAN(1)Ciri-Ciri Guru CemerlangProfesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu:1. Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas.2. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 178):1. Kecemerlangan PeribadiKecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut: Nilai kendiri yang positif Berakhlak mulia Adil Bertimbang rasa Amanah Bertanggung jawab Kreatif Inovatif Kemas Sikap sedia berkongsi Bersikap terbuka Berpemikiran positif2. Kecemerlangan Pengetahuan dan KemahiranBerikut adalah perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran: Mengamalkan budaya ilmu Berkebolehan menyelesaikan masalah Membuat keputusan yang rasional serta objektif Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing 3. Kecemerlangan KomunikasiKomunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi: Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan. Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya. Berkeupayaan memelihara hubungan mesra. Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan4. Kecemerlangan Potensi Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional, seminar, bengkel. Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan5. Personaliti UnggulPersonaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut: Adil Sabar Tegas Konsep kendiri positif Kesungguhan Mesra Prihatin Kerjasama Menepati masa Bertanggung jawab Berakhlak mulia Kecindan (unsur jenaka)Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciri-ciri di atas iaitutegas, menepati masa dan kecindandimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di negara kita masa kini.-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------NOTA TAMBAHAN (2)CIRI-CIRI GURU BERKESANIlmu Pengetahuan:Apakah pengetahuan? Adakah pengetahuan sahaja sudah cukup? Phillip Van Hooser menyatakan bahawa pengetahuan bukan dimanifestasikan oleh sijil dan diploma, ia juga bukan satu ukuran yang tepat berdasarkan angka gred mata purata atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang itu berada di tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal.KemahiranPengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepadasesetengah'task'merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar.SikapSikap adalahkunci kepadasegalanya. Sikap dapat disamakan dengan kehendak (desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yan tertentu bagi melaksanakan perkara-perkara besar lagi hebat, tetapi jikatanpa kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkah-laku dan perbuatan maka hasil akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Didapati juga individu-indidvidu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap, kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang mereka hadapi dengan jayanya.Cabaran kita ialah secara sedar membuang perasaan berpuas hati (complacency) dan terlalu yakin(overconfidence) sewaktu kita mengembangkan satu atau lebih unsur-unsur di atas.Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak padakeberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap orang pelajar, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiriGURU BERKESANBersikap profesional.Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.Kaya ilmu.Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.Bermoral teguh.Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.Melengkapkan diri dengankemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasansebagai pendidik unggul pada setiap masa.Mempastikan situasi'Guru mengajar murid belajar'wujud di dalam kelas.Berupaya melahirkan'persekolahan berwatak'supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).Taat dan setiaterhadapperkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan,bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam organisasi? Tetapi yang nyata masih ramaiatau sebahagian besar dari kita amat kurang memiliki ciri-ciri tersebut.Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yan berkesan dan seterusnya sekolahberwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang?Untuk menjadi guru berkesaan kita perlu berubah. Kita perlumenganjak paradigma, kita perlu melakukanlonjakan quantumdenganmerobah dan meruntuh tembok penghalang yang pertama dan utama iaituMenolak Perubahan(Resist Change). Ken Blanchard, pengarang buku"The One Minute Manager"menyatakan bahawa kita lumrahnya liat dan sukar menerima perubahan. Beliau menyatakan bahawa;Bila memikirkan perubahan kita sering fikirkan perkara-perkara yang kita kena kepaskan, bukan kepada perkara-perkara yang akan kita dapat .Setiap orang mempunyai toleransi yangberbeza terhadap perubahan kendatipun kepadamereka yang memiliki tahap toleransi yang tinggi akan ada satutitik di mana perubahan tidak berupaya ditanggungi.Selali pun perubahan telah berlaku kita secara fitrahnya mahu meletakkan perkaarap-perkara kembali kepada keadaan asalnya.Mengubah Diri Mengubah SikapPlato berkat,"Kemenangan yang utama dan pertama ialah menakluki diri."Garfield pula berkata,"Di duniaini benda-benda tidak berubah, kecuali ada orang yang mengubahnya."Jelas sekali perubahan tidak terjadi tanpa penggeraknya atau pun penyebabnya, dan perubahan yang paling berat danpaling sukar ialah perubahan diri peribadi. Stephen Covey (1989) dalam bukunya"The Seven Habits of Highly Effective People"menyatakan ada dua tahap proses perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status'orang-orang yang paling berkesan'iaitu tahap'memenangi peribadi'dan'memenangi publik'. Tiga tabiat (habit) yang fundamental bagi seseorang memenangi diri peribadi adalah:Jadilah Proaktif (Be Proactive)Mulai dengan yang akhir di dalam minda (Begin with the End inMind)Buat dahulu perkara pertama (Put First Things First)Bagi memenangi publik (dalam hubungan interpersoal) tabiat (habit)yang perlu diamalkan adalah:Fikirkan Menang/Menang (Think Win/Win)Fahami dahulu, kemudian minta difahami (Seek first to understand, and then to be understood)Sinergi (Synergize)Tajamilah mata gergaji (Sharpen theSaw)Memenangi PeribadiDalam hubungan interpersonal kita sentiasa berinteraksi denganorang-orang di dalam organisasi rasmi kita iaitu sekolah di manapersonaliti dan perwatakan memainkan peranan dan pengaruh yang kuatterutama ke atas anak didik kita dan jugarakan sejawatan. Peribadi yang positif dankuat mudah memberi kesan dan pengaruh sertadapat menjalin hubunganinterpersonal yang baikdan harmonis.Antara rangsangan (stimulus) dan tindakan (response) terdapat satu ruang di mana kita boleh membuat pilihan.Apa jua tindakbalas/tindakan yang diambil bergantung kepada sedar-diri (self-awareness), imaginasi, hati nurani (conscience) dan keazaman-diri (independent will) setiap individu itu. Oleh itu sebelum berlakunya sebarang tindakbalas,setiap orang mempunyai satu ruang untuk membuat pilihan, dan di ruangan'kebebasanmemilih'inilah pula manusia sebenarnya memiliki'anugerah istimewa'iaitu sedar-diri -- keadaan setiap orang sedar situasi sekeliling dan juga implikasi terhadap tindakbalas yang mungkin diambilnya. Di samping sedar-diri ini manusia juga dianugerahkan imaginasi -- kebolehan menjana sesuatu di dalam minda yangmelangkaui realiti semasa. Hati nurani (consceince)pula merupakan kesedaran dalaman (suara hati)terhadap salah dan betul, benardanpalsu, terhadap prinsip-prinsip yang mengawal tingkah-laku serta kesedaran wujudnya harmoni antarapemikiran dan tindakan. Akhir sekali ialah satu anugerah kepada'kemerdekaan'dan keazaman diri -- satu kebolehan bertindakberdasarkan sedar-diri danbebas daripada segala bentuk pengaruh.Cirikedua memenangiperibadiialah'mulai dengan gambaran akhir di dalam minda' yang bererti setiap kita dapat melihat diri di akhir episod hidup kita samaada kemajuan dalam kerjaya atau kejayaan peribadi dankeluarga. Ringkasnya apakah kita mahukan'husnul khatimah'atau pun'su'ul khatimah'.Dan ciri ketigaialah buat dahulu perkara pertama (Put First Things First) yang maksudnya kita mengamalkan'pengurusan masa'yang kemas dan sistematik, mengutamakan prioriti tindakan serta tidak suka menanggguh kerja. Insya Allah setelah tiga unsurpenting ini kita kuasai maka tidaklah sukar untuk menjadi seorang yang lebih berkesan baikdalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru yang cemerlang mahupun sebagai seorang ahli organisasi yan boleh menjadirole modelkepadaorang-oranglain.PendidikanCemerlangAristotle berkata,"We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act, but a habit."Sesungguhnya kecemerlangan bukan terjadi secara begitu sahaja tanpa faktor-faktor yang menggalak dan merangsang setiap guru dan pelajar berusaha mencapai matlamat dan kepuasan kendiri yang tinggi setelah bekerja keras, berkorban masa dan tenaga yang bukan sedikit.Oleh itu sekolah dan guru-guru perlu pertamanya melakukan sesuatu bagi menghapuskan atau mengurangkan faktor-faktor dalaman sekolah yang menyekat kemajuan pelajaran pelajarnya. Usaha-usaha memperbaiki kemajuan dan sekaligus kecemerlangan pendidikan di sekolah mestilah berfokuskan pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah. Semua ini perlukan perubahan sikap dan kepercayaan para guru (termasuk pelajar-pelajar).HusseinMahmood (1993) dalam bukunya "Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah"berkata;"Walau bagaimanapun , di peringkat sekolah padakeseluruhannya,seluruh cara hidup atau cara bekerja - yangdikatakan budayasekolah serta sistem-sistem tertentu yang menghalang kejayaansekolah perlu dikaji semula dan diperbetulkan segera. Jika tidak,segala apa juga usaha untuk memajukan sekolah, kemungkinanmatlamat yang sepatutnya dicapai tidak dicapai."Menurut beliau usaha untuk memajukan sekolah hendaklah berfokuskan;a.Pencapaian matlamat sekolah, iaitu pelajaran dan pencapaian akademik para pelajar;b.Penyelesaian punca-punca masalah yang menyebabkan keadaan sekolah demikian;c.Membentuk atau mewujdukan budaya baru bagi menggantikan budaya yangsedia ada melalui (b) atau memperkukuhkan budaya yangdidapati produktif; dand.Menggerakkan segala tenaga di sekolah dandi luar sekolah ke arah pencapaian matlamat-matlamat sekolah melalui kepemimpinan pengetua.Kajian terhadapProgram Peningkatan Kurikulum dasn Kemajuan Pendidika (PKKP) Jabatan PendidikanPahang, Edisi Kedua (1999);SatuPenilaian dan Cadangan Pembaharuanmenyebut faktor-faktor berikut sebagai penghalang kepada peningkatan dan dengan itu mstilah dibasmi dan dielakkan:Visi bersamatidak dijelaskan dan tidak dihayati oleh setiap anggota;Mesyuarat/perbincangan mengenai strategi yangterlalu kurang;Sikap tidak cakna;Anggota yang masih tidak mahu berubah dari'zon selesa';Cepat berpuas hati atau puas hati yang melampau;Pemimpin organisasi tidak terlibat dan tidak ikut serta untuk membuat perubahan;Tiada usaha yanglebih atau tiada pengorbanan;Terlalu cepat mengisytiharkan kemenangan;Tiada kemenanganjangka pendek yangboleh diraya atau dibanggakan oleh organisasi menyebabkan hilang momentum untuk berubah dan anggota yang kecewa akan memasuki kumpulan yang menolak perubahan.Menempa KejayaanPersekolahan dan pendidikanhariini bukan sahaja menuntut paraguru menyempurnakan tugas dan tanggunjgjawab mereka dalam mempastikansetiap anak didik menguasai tulis baca dan mengira, malah menguasaipengetahuan dan kemahiran-kemahiran baru. Oleh itu tugas dan tanggungjawab serta komitmen guru juga haruslah bertambah dan meningkat dari sebelumnya dan ini sudah tentu memerlukan satu sikap baru dan 'pandangan baru' dalam menempa kecemerlangan pendidikan secara keseluruhannya.Untuk mencapai matlamat ini guru-guru mestilah mempunyai kesedaran diri yang tinggi bahawa apa jua faktor yang memghalang hendaklah dibanteras di samping membuat perubahan pendekatan, strategi dan teknik sertasecara berfikir yangpositif.Salah satu aspek penting menempa kejayaan ialah pendekatan positif terhadap disiplin dalam hubunganmeningkatkan mutu kerja, mutupengajaran dan pembelajaran, dan akhirnya mutu output iaitu pencapaian anak didik didalam penilaian dan peperiksaan.Blaine Lee dalam bukunyaThe Power Principle(1989) menyebut bahawa"The positive approach to discipline focuses 20% on what went wrong, and 80% on what could be different next time."Yang demikian kita seharusnya menumpukan lebih perhatiandan tenaga kepada aspek"next time"ini dan sekaligus menghapuskan segala amalan, tabiat dan tingkah-laku negatif yang merugikan semua orang. Satu daripada pendekatan dan konsep yangboleh diamalkan ialahShewhart Cycleatau lebih dikenali sebagaiPDCA(yakniPlan - Do- Check - Act).Plan(Rancang)Semua aktiviti (sekolah, kelas, kokurikulum, zon dan daerah) mestilah dirancang denganrapi. Elakkan sekali-kalimentaliti ad-hoc, buat sesuatu secara tangkap muat, atau ikut sahaja kerana ramai orang lain buat begitu.Do(Buat)Semua yang telah dirancang mesti dilaksanakan sepenuhnya. Inilah aspekpaling penting dan kritikal kerana pada peringkat inilah yang menentukan kejayaan setiap perancangan itu. Apa makna dan apa gunanya jika perancangan tinggal pernacangan sahaja? Soal balik diri sendiri apakah perancangan yang kita buat telah semuanya dilaksanakan? Lihat kembali Folio B dalam Program PKKP selama ini sudahkah dibuat sebagaimana dirancang? Jujurlah kepada diri sendiri, dan jika belum, nah inilahpuncanyamengapa kita begitu sukar mengatasikelemahan dan kemerosotan.Check(Semak)Semakan amat penting kerana setiap perancangan dan pelaksanaan perlukan;penilaian bagi melihat keberkesanannya atau pun sebab-sebab mengapa ianya tidak mencapai objektif yang ditentukan.Banyakkerja guru-guru kita perlu disemak denganteliti dan rapi seperti buku latihanmurid diperiksa atau tidak, pembetulan dibuat atau tidak, diagnosis mata pelajaran dibuat atau tidak dan jika dibuat tindakan susulan dibuat atau tidak,keputusan mesyuarat guru atau mesyuarat panitia mata pelajaran dibuat atau tidak, pencerapan pengajaran guru dalam bilik darjah dibuat atau tidak; atau laporan-laporan berkala yang diminta oleh JPNP dan PPD dibuat atau tidak, dan dihantar mengikutmasanyaatau tidak? Satu cara berkesan memastikan sistem semakan yangpraktikal ialah dengan mewujudkan satuSenaraiSemak Komprehensifyang melibatkan semua perancangan aktiviti di sekolah.Act(Bertindak)Setelah semakan dibuat dan jawapannya diketahui sama ada ianya positif atau sebaliknya, tindakan yangamat penting seterusnya ialah mengambil tindakan. Cari puncanya, carimana silapnya dan carisiapaculpritnya(afritnya). Adakah puncanya kerana sikap manusia atau sistem dan prosedur atau tidak jelas bidang tugas? Tindakan seterusnya memastikan tidak berulang lagi perkara-perkara tidak memuaskan ini dan personnel yang terlibat mestilah disedarkan melalui nasihat, teguran, bimbingan dan kaunseling malah amaran dan tindakan selanjutbya sekali pun jika sudah sampai kepada tahap yang serius dan kritikal.PenutupMenjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikanyang gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan dan keanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat.Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yangjelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanyadi sekolah, dan mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan.Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik melihatsemuanya dari sudut yang serbaberkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi.Seperti kata Ketua Pengarah PendidikanMalaysia,Dato' Abdul Shukor Abdullah di dalam perutusan Hari Guru 1999, beliau menyebut;

"Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepadapelajar. Oleh itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik yang unggul."