Kumpulan 2 Amway

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh kerja kursus penggal 3 pengajina pernigaan

Citation preview

PowerPoint Presentation

PENDEKATAN STRATEGIK AMWAY

Kajian dijalankan terhadap AMWAY bagi mengenalpastiAktiviti perniagaan yang dijalanakanMengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman melalui analisis SWOTMenghubungkait konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh AMWAY dalam membantu meningkat dan meluaskan pasaranMencadangkan strategi pemasaran yang sesuai digunakan1.0 PENGENALAN

An Organization that receives more than 25% of its total sales revenues from operations outside the parent companys home country Richard L. Daft (2006), New Era of ManagementTakrif Syarikat Multinasional2.0 OBJEKTIF KAJIANMengenalpasti aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh AMWAY

Menjelaskan pendekatan strategik AMWAY

Menghubungkait konsep-konsep perniagaan antarabangsa dengan pendekatan strategik AMWAY.

Mengenal pasti strategi pemasaran yang telah dan boleh diamalkan oleh AMWAY

Mengumpul dan menganalisis data dan maklumat yang berkaitan dengan strategi pemasaran.

RICH DEVOS DAN JAY VAN ANDEL

Pengasas AMWAY Global

3.0 LATAR BELAKANGRICH DEVOS DAN JAY VAN ANDEL

Pada tahun 1959, Rich DeVos dan Jay Van Andel mengasaskan AMWAY. Rich DeVos berkata, "kami hanyalah dua lelaki dari Ada, Michigan, Amerika Syarikat yang mahu memiliki perniagaan sendiri. Kami cuma dua orang budak lelaki (kadang-kadang masih rasa begitu) yang dahagakan kejayaan dan mahu memberikan peluang kepada insan lain untuk menceburi perniagaan ini untuk diri sendiri juga." Mendiang pengasas kami, Jay Van Andel berkata tentang syarikat ini, "AMWAY memberikan orang ramai kehidupan baru yang mempunyai keseronokan, janji, keuntungan dan harapan." AMWAY kini beroperasi di lebih daripada 100 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.DeVos adalah penceramah terkenal dan pengarang empat buah buku termasuk: Believe!, Compassionate Capitalism, Hope from My Heart: Ten Lessons for Life dan Ten Powerful Phrases for Positive People. Beliau juga telah memiliki beberapa francais sukan profesional, termasuk Orlando Magic NBA. Van Andel merupakan penyokong sepanjang hayat perusahaan bebas. Bekas Pengerusi U.S. Chamber of Commerce, Pengarah Jamestown Foundation, U.S. Ambassador dan Commissioner General ke Genoa Expo'92 dan Trustee of the Heritage Foundation. Di kampung halamannya Grand Rapids, Michigan, beliau adalah pengasas Van Andel Institute for Education and Medical Research, mengasaskan Chairman of the Right Place Committee dan menerusi Jay and Betty Van Andel Foundation menyumbang kepada projek-projek komuniti yang penting dalam pembangunan ekonomi, penjagaan kesihatan, pendidikan dan kesenian.LATAR BELAKANGAMWAY bermula di Ada, Michigan. Pengasas Jay Van Andel dan Rich DeVos mencipta AMWAY sebagai singkatan bagi "American Way

1959 AMWAY melancarkan produk pertamanya, Pencuci Organik Cecair - salah satu daripada pencuci pelbagai guna pekat terbiodegradasi yang pertama di dunia.. Pencuci Organik Cecair mencatat jualan tertinggi dan memulakan legasi kami untuk menjaga bumi dengan serius.Sejarah Perkembangan AMWAY IndukLATAR BELAKANGTahun 60an, Falsafah Perniagaan AMWAY mula berkembang dari segi geografi, jualan dan tawaran produk.

1962 Pada bulan Oktober tahun 1962, AMWAY membuka pejabat pertama Antarabangsanya di London, Ontario, Kanada. Ini akan menjadi yang kedua daripada lebih 80 buah negara dan wilayah di mana AMWAY akan berkembang.

1968 Jenama ARTISTRY diperkenalkan dengan 11 produk dan 37 warna. ARTISTRY akan berkembang untuk menjadi salah satu daripada lima jenama penjagaan kulit premium terlaris.

Sejarah Perkembangan AMWAY IndukLATAR BELAKANGTahun70an, AMWAY mengambil alih NUTRILITE, menambah lapan lagi pasaran antarabangsa dan memperluaskan ibu pejabat sedunia kepada hampir satu juta kaki persegi

1972 AMWAY memperoleh Jenama NUTRILITE, untuk menghimpunkan tawaran AMWAY untuk rumah, kecantikan, dan pemakanan. NUTRILITE akan berkembang menjadi jenama vitamin, mineral dan suplemen dietari terkemuka di dunia.

Sejarah Perkembangan AMWAY IndukLATAR BELAKANGTahun 80an, Peluang AMWAY sampai ke 20 buah negara lagi melalui kuasa lebih daripada satu juta pengedar.1981 Hotel Grand Plaza AMWAY dibuka di Grand Rapids, Michigan, Amerika Syarikat. Hotel dengan 682 bilik bertaraf empat bintang ini menjadi salah satu pemangkin ikonik yang akan meningkatkan dan mengembangkan masyarakat Western Michigan.

Sejarah Perkembangan AMWAY IndukLATAR BELAKANGTahun 90an, AMWAY berkembang menjadi 33 pasaran lagi di seluruh dunia, termasuk China dan Afrika Selatan (ditunjukkan). Melalui usaha-usaha pengedar, pekerja dan rakan kongsi kami di seluruh dunia, AMWAY akan berkembang lebih dua kali ganda dalam tempoh sedekad.

Sejarah Perkembangan AMWAY IndukLATAR BELAKANG2003 Kempen One By One untuk Kanak-Kanak AMWAY dilancarkan. Ia menghimpunkan sumber seluruh keluarga AMWAY untuk melakukan perubahan dalam kehidupan kanak-kanak di seluruh dunia.

2006 NUTRILITE membuka Pusat Kesihatan Optimum. Kemudahan berpangkalan di California ini mewakili kerjasama pakar-pakar di seluruh dunia yang berdedikasi untuk membantu insan mencapai kesihatan optimum.

Sejarah Perkembangan AMWAY IndukLATAR BELAKANG2010 Pusat AMWAY, pusat acara dan hiburan yang mempunyai 20,000 tempat duduk dibuka di pusat bandar Orlando, Florida, Amerika Syarikat. Pusat AMWAY adalah rumah kepada pasukan bola keranjang Orlando Magic bagi Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA).

Sejarah Perkembangan AMWAY IndukLATAR BELAKANGPasaran Global AMWAY

LATAR BELAKANGSalah satu perniagaan jualan langsung yang terbesar di dunia dikuasakan oleh: Jenama Yang Memberikan Peluang Keajaiban Yang Menguasakan Hubungan Yang Berjaya Bertahan Dengan Kewarganegaraan Global Yang Bermanfaat.AMWAY berdiri megah dalam kumpulan seluruh dunia AMWAY sebagai salah satu daripada 10 gabungan cemerlang yang disokong oleh penunjuk mengagumkan seperti pusing ganti jualan, keberuntungan dan tenaga Pengedar yang sentiasa bertambah. Sejak penubuhannya pada tahun 1976, AMWAY telah berkembang untuk menyokong perniagaan Pengedar mereka dengan rangkaian Kedai Runcit dan Pusat Pengedaran Daerah AMWAY yang luas di seluruh Malaysia dan Brunei. Pada tahun 1996, AMWAY menjadi syarikat jualan langsung yang pertama disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur. AMWAY juga merupakan syarikat jualan langsung pertama yang dianugerahkan Lesen Jualan Langsung 10 tahun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada tahun 2010.AMWAYLATAR BELAKANG/LOKASI KAJIANHubungi KamiIbu Pejabat - Petaling Jaya28, Jalan 223, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.Pertanyaan Umum:03-7946 2800Faks Umum:03-7946 2399Talian Korporat:03-7946 2288Faks Pemesanan:03-7955 5002No. Tel. Pemesanan:03-7946 2626

LOKASI

Peta Lokasi Ibu Pejabat

Gambaran Keseluruhan KorporatStruktur Korporat

Data Sekunder

Data berkaitan profil syarikat diperoleh daripada laman web AMWAY, Laporan Tahunan 2013 Data berkaitan aktiviti perniagaan diperoleh dari brosur dan juga laman web AMWAYData berkaitan pendekatan strategik diperoleh dari brosurData berkaitan konsep-konsep perniagaan antarabangsa diperoleh dari buku, jurnal, kamus dan laporan tahunan syarikatData berkaitan strategi pemasaran diperoleh dengan merujuk pusat maklumat ibu pejabat AMWAY, Petaling Jaya

4.0 KAEDAH KAJIANPerniagaan AMWAY menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan peruncitan.

PemakananKecantikanMandian & badanDi rumahLain-lain5.1 Aktiviti Perniagaan Menurut .Aktiviti perniagaaan terdiri dari aktiviti Pengeluaran dan perkhidmatan. Pengeluaran melibatkan aktiviti menghasilkan barang untuk dijual.Manakala Perkhidmatan melibatkan penawaran barang tidak nampak.

5.0 DAPATAN KAJIANPemakanan

Aktiviti PerniagaanKecantikan

Aktiviti PerniagaanMandian & Badan

Aktiviti Perniagaan

Produk LainAktiviti Perniagaan5.2.1 Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang & Ancaman (SWOT)

SWOTadalah salah satu teknik analisis organisasi untukmengetahuibagaimanakeadaan organisasiyang berkaitan pada masa sekarang serta bagaimana pula dengan keadaaan yang akan dihadapi pada masa hadapan dengan mempertimbangkan faktor-faktorkekuatan, kelemahan, peluangdanancaman.

Analisis SWOT adalah suatukaedah penyusunan strategiyang dilakukan oleh seseorang dalam sesebuah organisasi.

MenurutRangkuti dan Freddy (2000), analisis SWOT adalah satuproses mengenalpasti faktor luaran dan faktor dalamanyangmempengaruhi sesuatu tindakan atau perlaksanaan suatu strategiyang akan dilakukan oleh sesebuah organisasi dalam mencapaimatlamat, visi dan misi organisasi.

Stephen, Pelayanan, Mary dan Robbins Coulter (1999, 229)mendefinisikan analisis SWOT adalah suatuanalisis organisasi dengan menggunakan kekuatan, kelemahan, kesempatansertaancamandari lingkungan.

5.2 Pendekatan Strategik Pemasaran1. Kekuatan (strengths)

Kekuatan merujuk kepada kelebihan, keistimewaan atau kebolehan yang dimiliki oleh sesebuah organisasi itu sendiri yang tidak ada pada organisasi lain. Kekuatan ini akan memberi kemampuan bersaing kepada organisasi tersebut.

1. Apakah kelebihan yang dimiliki oleh syarikat kita berbanding syarikat lain ?2. Apakah yang boleh kita lakukan yang orang lain tidak boleh lakukan ?3. Apakah perkara yang membolehkan pelanggan setia dengan produk kita ?4. Bidang apa yang kita mahir atau pakar ?

Kekuatan AMWAY dapat dilihat dari aspek :

Menawarkan Pelbagai Jenis ProdukIa adalah merupakan syarikat mutinasional unggul yang telah bertapak lama di Malaysia sejak tahun 1976 menawarkan pelbagai jenis produk runcit kepada pelanggan.

Pentadbiran Organisasi Yang KukuhKekuatan dalam pentadbiran perniagaan kerana setiap pekerja telah diberi tugas untuk menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam melicinkan aktiviti perniagaan. AMWAY memberikan kebebasan untuk perkembangan perniagaan sendiri, penekanan pada ciri kekeluargaan, harapan untu perkembangan diri dan ganjaran diatas pencapaian (Freedom, Family, Hope, Reward)

Menawarkan Harga Yang KompetitifHarga yang ditawarkan bagi setiap produk adalah kompetitif. Harga diletakkan berdasarkan kepada kandungan bahan yang digunakan dan melihat keadaan pasaran semasa. Harga yang ditawarkan juga adalah sama dengan pesaing yang ada di kawasan sekitar.

Lokasi Yang StrategikLokasi perniagaan adalah strategik iaitu terletak di tengah-tengah bandar dan mempunyai ramai pengedar di seluruh negara.

Analisa SWOT2. Kelemahan (weaknesses)

Kelemahan merupakan keadaan perniagaan atau syarikat dalam menghadapi pesaing yang mempunyai keterbatasan dan kekurangan serta kemampuan dalam menguasai pasaran, sumber serta kepakaran. Kelemahan yang dimaksudkan dalam sesebuah perniagaan ialah keterbatasan atau kekurangan dari aspek sumber termasuklah sumber tenaga, kepakaran dan bahan mentah, kemahiran dan kemampuan yang menjadi penghalang utama bagi penampilan prestasi organisasi yang memuaskan.

Tidak Mempunyai Pelanggan TetapPada permulaan perniagaan dijalankan sudah menjadi lumrah bahawa pelanggan masih lagi tidak mengetahui tentang kelebihan produk yang ditawarkan. Oleh itu, pemilik dan pekerja perlu berusaha dengan lebih giat untuk mendapatkan pelanggan dan seterusnya menjadi pelanggan tetap perniagaan.

Analisa SWOT3. Peluang (opportunities)

Peluang-peluang yang wujud memberi potensi kepada perniagaan untuk berkembang. Perkembangan perniagaan atau organisasi boleh dilakukan melalui penemuan baru atau inovatif yang dikenalpasti dalam pasaran. Perubahan pasaran menawarkan pelbagai peluang untuk di manfaatkan dalam perniagaan. Ini menjadikan perniagaan lebih kompetitif berbanding pesaing utama serta boleh bergerak dalam pasaran baru.

Peluang Perniagaan Peringkat GlobalPerniagaan ini juga dijangka akan dapat menguasai pasaran dunia bagi pelbagai produk yang dikeluarkan khususnya produk kesihatan kerana ancaman pelbagai penyakit yang semakin ketara akhir-akhir ini. Imej perniagaan akan bertambah kukuh di persada antarabangsa.

Perkembangan Secara OnlinePerniagaan online yang semakin mendapat perhatian adalah satu peluang kepada perniagaan untuk terus berkembang. Pelanggan boleh melayari laman sesawang yang disediakan untuk mereka membuat tempahan dengan cepat atau melihat produk terkini yang ditawarkan.

Meningkatkan keahlian pengedarSeiring dengan perkembangan pemasaran online, AMWAY menjangkakan peningkatan keahlian pengedar, seterusnya membantu peningkatan jualan.

Analisa SWOT4. Ancaman (threats)

Ancaman ialah sebarang kemungkinan yang melibatkan faktor-faktor luaran yang boleh menganggu pergerakan dan kemajuan organisasi. sesuatu perubahan persekitaran luaran juga boleh memberi ancaman kepada organisasi, syarikat atau perniagaan. Ancaman merupakan suatu keadaan yang mengancam dari luaran organisasi.

Analisis ancaman lebih ke arah menilai apakah halangan yang bakal ditempuhi kelak. Dalam analisis SWOT, ancaman merujuk kepada pengurusan risiko. Secara tidak langsung kita dapat menentukan jalan terbaik bagi mengatasi sesuatu masalah atau halangan yang timbul. Dengan adanya analisis ini, sesuatu perancangan dapat berjalan dengan lancar dan sesebuah organisasi perlu mengenal pasti serta menyenaraikan ancaman serta faktor penghalang kejayaan.

Pesaing baruPerniagaan ini juga akan bersaing dengan pasaran baru jika pasaran ini wujud dan berjaya. Pesaing baru yang memasuki pasaran merupakan ancaman kepada perniagaan. Di sini pelbagai strategi perlu diwujudkan bagi memastikan Brands That Do Wonders tetap menjadi pilihan utama pelanggan.

Kuasa Dan Kekuatan Pesaing Yang AdaPersaingan dengan perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama merupakan ancaman yang dihadapi. Pesaing yang telah lama berada di pasaran mempunyai pelbagai strategi untuk memantapkan perniagaan mereka. Nama perniagaan yang telah dikenali umum menyebabkan persaingan sengit kepada untuk memasuki pasaran yang ada.Antara pesaing hebat AMWAY adalah Elken, CNI, Revell, Totalife.

Analisa SWOTBerdasarkan faktor kekuatan dan peluang dalam analisis SWOT, AMWAY telah memilih visi berikut sebagai tonggak pengurusan syarikat secara global

Kami bekerja setiap hari untuk membantu insan menjalani kehidupan yang lebih baik. Kami mencapai wawasan kami dengan membantu insan di mana-mana untuk menemui potensi mereka dan mencapai matlamat mereka dengan menawarkan jenama dan peluang yang lebih baik untuk masa depan dan dengan berkongsi dengan masyarakat global.

Empowering individuals, Creating Positive ChangeBuilding TeamsProviding Solutions

5.2.2 PERANCANGAN STRATEGIK AMWAYDUNIA TANPA SEMPADAN

Pergerakan manusia, modal, barang dan perkhidmatan boleh bergerak secara bebas tanpa sebarang halangan seperti tarif dan kuota. Dengan ini pengguna tidak memilih negara mana yang mengeluarkan sesuatu barangan tetapi lebih mementingkan kualiti, harga, rekabentuk, nilai, dan citarasa barangan tersebut. Melalui slogan AMWAY iaitu Membentuk Kepimpinan dan Membina Rangkaian syarikat ini membuka cawangan di beberapa negara bagi memasarkan produknya.

5.3 KONSEP PERNIAGAAN ANTARABANGSA PASARAN MENIMBUL (EMERGING MARKET)

Merupakan usaha dan tindakan yang diambil oleh sesebuah negara untuk mengubah dan meningkatkan taraf ekonomi negara itu supaya setanding dengan negara membangun melalui pembukaan pasarannya kepada pelabur asing. Ini akan meningkatkan kuasa beli pengguna kerana dapat memperoleh pelbagai pilihan barang. Dengan membuka cawangan di Malaysia, AMWAY dapat membantu menjana ekonomi dan meningkatkan taraf hidup penduduk.

KONSEP PERNIAGAAN ANTARABANGSAGLOBALISASI

Globalisasi merujuk kepada pembentukan operasi syarikat diserata tempat di dunia atau merentasi sempadan negara masing-masing dengan tujuan menjalankan aktiviti perniagaan antarabangsa. Oleh itu faktor-faktor pengeluaran dapat di gunakan secara meluas di keseluruhan rangkaiannya di serata dunia. AMWAY membuka cawangan dan menjalankan kerjasama dengan pengeluar barang pengguna bagi memenuhi kehendak pengguna.

KONSEP PERNIAGAAN ANTARABANGSASTRATEGI MEMASUKI PERNIAGAAN ANTARABANGSA IMPORT

Merupakan aktiviti pembelian barang dan perkhidmatan antara negara dan negara bagi membolehkan pengguna menikmati pilihan barang lebih banyak. Amway mengimport perkhidmatan tak nyata iaitu buruh daripada luar bagi mengembangkan rangkaian perniagaan keseluruh dunia.

EKSPORTMerupakan aktiviti penjualan barang nyata dan tak nyata yg dihasilkan dalam negara ke negara lain.iniadalah cara yang paling berkesan untuk meluaskan pasaran sedia ada.Amway membuka cawangan di beberapa buah negara seperti Singapura sebagai tapak untuk memperluaskan rangkaian pasaran produknya.

STRATEGI MEMASUKI PERNIAGAAN ANTARABANGSA USAHA SAMAGabungan dua atau lebih syarikat tempatan atau antarabangsa untuk mengeluarkan sesuatu barangan atau perkhidmatan bersama di negara asing dengan bermotifkan keuntungan dan mencapai misi tertentu. Kerjasama ini bertujuan untuk mengembangkan perniagaan dan meningkatkan keuntungan .Amway bekerjasama pengeluar produk jenama Philip dalam mempelbagaikan produk rangkaiannya,

STRATEGI MEMASUKI PERNIAGAAN ANTARABANGSA 5.4.1 Penembusan Pasaran Syarikat AMWAY menggunakan kaedah ini dengan harga yang kompetitif dengan promosi jualan dan pameran . (maklumat terperinci melalui contoh produk terpilih yang menggunakan strategi ini perlu dinyatakan)

5.4.2 Pembangunan pasaran Penerokaan pasaran di kawasan baru, mewujudkan segmentasi pasaran yang baru di India dan Bangaladesh

5.4 Strategi Pemasaran5.4.3 PEMBANGUNAN PRODUKMerupakan strategi pertumbuhan produkAMWAY memperkenalkan produk mengikut peredaran masaContohnya , water filter untuk mendapatkan air bersihMempelbagaikan produk dengan meluaskan lini produkContohnya memasuki produk automatif.

5.4.4 PEMPELBAGAIAN Melibatkan diri dalam perniagaan baru. Selain perkhidmatan peruncitanAMWAY juga aktif memberi khidmat nasihat, terlibat denganprogram kesedaran kesihatan dan kerja-kerja amal. Antaranya Happy Healthy Mind Workshop, Projek Wad Riang Sihat.

6 NILAI AMALAN AMWAY2. IntegritiIntegriti adalah penting bagi kejayaan perniagaan kami. Kami lakukan apa yang betul, bukan sekadar apa yang "berfungsi." Kejayaan AMWAY diukur bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi rasa hormat, kepercayaan dan kredibiliti yang kami peroleh.

1. PerkongsianAMWAY dibina di atas konsep perkongsian di antara pengasas kami. Perkongsian yang wujud di kalangan keluarga pengasas, pekerja dan pemilik perniagaan adalah milik kami yang paling berharga. Kami sentiasa mencuba untuk melakukan apa yang terbaik demi kepentingan jangka panjang rakan kongsi kami dengan cara yang meningkatkan kepercayaan dan keyakinan.

6 NILAI AMALAN AMWAYNilai Peribadi

Kami juga mengakui keunikan yang dicipta dalam diri setiap individu. Setiap orang wajar dihormati, dan berhak mendapat layanan yang adil dan peluang untuk berjaya sehingga ke tahap potensi mereka yang sepenuhnya. Pencapaian

Kami adalah pembina dan penggalak. Kami berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua yang kami lakukan. Fokus kami ialah kepada penambahbaikan , kemajuan dan pencapaian matlamat individu dan kumpulan yang berterusan. Kami menjangkakan perubahan, bertindak pantas terhadapnya, bertindak untuk menyiapkan kerja dan mendapat manfaat daripada pengalaman kami. Kami menggalakkan kreativiti dan inovasi. 6 NILAI AMALAN AMWAYPerusahaan Bebas

Kami bangga menyokong kebebasan dan perusahaan bebas. Kemajuan ekonomi manusia adalah jelas terbukti terbaik dicapai dalam ekonomi pasaran bebas.

Tanggungjawab Peribadi

Setiap individu bertanggungjawab untuk mencapai matlamat peribadi, serta memberikan 100 peratus usaha dalam membantu mencapai matlamat korporat atau pasukan. Dengan membantu orang menolong diri mereka sendiri, kami melanjutkan potensi untuk kejayaan individu dan dikongsi bersama. Kami juga mempunyai tanggungjawab untuk menjadi warganegara yang baik dalam masyarakat di mana kami tinggal dan bekerja.AMWAY di Malaysia memberi tumpuan kepada pemupukan kesihatan mental yang positif di kalangan kanak-kanak.

Kajian mendedahkan bahawa satu daripada lima kanak-kanak Malaysia cenderung mendapat kemurungan, harga diri dan keyakinan yang rendah dan kami mahu membantu menangani hal ini.

One By One di MalaysiaAktiviti AMWAYMelalui bengkel dan kem untuk kanak-kanakMinda Riang Sihat, pihak syarikat menyediakanplatform untuk ahli psikologi yang ditaja oleh AMWAY untuk melengkapkan kanak-kanak dengan kemahiran mental dan tingkah laku yang perlu untuk mencapai harga diri dan keyakinan yang lebih tinggi.

Sejak program ini dimulakan pada Disember 2003, AMWAY telah mengendalikan 55 bengkel dan kem yang melibatkan lebih daripada 2,000 kanak-kanak, dengan waktu sukarela sejumlah 5,448 jam.

Happy Healthy Mind WorkshopAktiviti AMWAYProjekWad Riang Sihat, lanjutan bagi kem-kem yang sedang berlangsung,merupakan usaha menghias semula Wad Pediatrik dan Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak di hospital-hospital kerajaan untuk mewujudkan suasana yang lebih ceria dan mesra bagi kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan.Sejak 2006, AMWAY telahmenghias semulafasiliti Pediatrik di sebelas buah hospital kerajaan diMalaysia.

Projek Wad Riang SihatAktiviti AMWAY6.1 Kesimpulan

AMWAY merupakan syarikat multinasional yang menjalankan aktiviti perniagaan perkhidmatan peruncitan berasaskan produk kesihatan.

Penubuhan AMWAY pada 1976 memberi sumbangan besar kepada peningkatan ekonomi negara.

Berdasarkan analisis SWOT, AMWAY telah membentuk visi & misi yang mantap

Hasil kajian mendapati bahawa AMWAY mengamalkan konsep perniagaan antarabangsa seperti globalisasi, lokalisasi dan dunia tanpa sempadan.

Strategi pemasaran yang diamalkan oleh AMWAY meliputu penembusan pasaran pembangunan pasaran, pembangunan produk dan pempelbagaian.

6.0 Penutup6.2 Cadangan

Bagi memantapkan pengurusan dalam menghadapi pesaing, AMWAY perlu mengukuhkan lagi strategi pembangunan pasaran dalam mencari pasaran baru yang lebih berpotensi sesuai dengan pekembangan semasa. Penyelidikan dan pembangunan wajar diberi penekanan bagi memastikan produk berdaya saing.

6.0 Penutup