19
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TEMA Kebudayaan,Kesenian dan Estatika TAHUN Tahun 6 Gemilang TAJUK Kesenian Makyung MASA 8.15-9.15 am STANDARD PEMBELAJARAN 1.3.1 OBJEKTIF 1. Murid dapat memberikan respons terhadap 3 arahan berdasarkan ayat perintah dengan ulasan yang sesuai dan betul. AKTIVITI 1.Murid menjalankan aktiviti Cabutan Bertuah 2.Murid membaca ayat yang telah di pilih daripada kotak. Tolong beritahu rakan-rakan kamu bahawa petang ini kita akan mengadakan latihan Makyung. 3.Murid dengan pasangan akan memilih kad yang lain daripada kotak. 4.Murid membaca ayat perintah dan pasangannya akan memberikan respons dengan lisan atau gerak laku. Tolong terangkansedikit tentang persembahan Makyung. Makyung ialah .......... 5.Murid menuturkan ayat perintah yang lain . Harap kamu dengar muzik Makyung dengan teliti. Sila ikut gerakan yang saya lakukan. 6.Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan Kumpulan A membina ayat Perintah dan Kumpulan B memberikan respons. PENGISIAN KURIKULUM Ilmu : Sejarah Nilai : Hemah tinggi EMK : Kreativiti dan Inovasi KB : Membuat gambaran mental

Rph Kumpulan 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

free

Citation preview

Page 1: Rph Kumpulan 2

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA

TEMA Kebudayaan,Kesenian dan Estatika

TAHUN Tahun 6 Gemilang

TAJUK Kesenian Makyung

MASA 8.15-9.15 am

STANDARD PEMBELAJARAN

1.3.1

OBJEKTIF

1. Murid dapat memberikan respons terhadap 3 arahan berdasarkan ayat perintah dengan ulasan yang sesuai dan betul.

AKTIVITI

1.Murid menjalankan aktiviti ‘Cabutan Bertuah’

2.Murid membaca ayat yang telah di pilih daripada kotak.

Tolong beritahu rakan-rakan kamu bahawa petang ini kita akan

mengadakan latihan Makyung.

3.Murid dengan pasangan akan memilih kad yang lain daripada kotak.

4.Murid membaca ayat perintah dan pasangannya akan memberikan

respons dengan lisan atau gerak laku.

Tolong terangkansedikit tentang persembahan Makyung.

Makyung ialah ..........

5.Murid menuturkan ayat perintah yang lain .

Harap kamu dengar muzik Makyung dengan teliti.

Sila ikut gerakan yang saya lakukan.

6.Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan – Kumpulan A membina ayat

Perintah dan Kumpulan B memberikan respons.

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu : Sejarah

Nilai : Hemah tinggi

EMK : Kreativiti dan Inovasi

KB : Membuat gambaran mental

Page 2: Rph Kumpulan 2

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA

TEMA Sains, Teknologi dan Inovasi

TAHUN Tahun 6 Gemilang

TAJUK Kereta Idamanku

MASA 8.15-9.15 am

STANDARD PEMBELAJARAN

3.7.2

OBJEKTIF

1. Murid-murid dapat menghasilkan penulisan imaginatif dan deskriptif dengan bahasa yang menarik.

1.Murid melawat kawasan parkir kereta di sekolah.

2.Murid bercerita tentang kereta yang terdapat di parkir tersebut.

3.Murid membina peta minda (bubble map) untuk mecari ciri-ciri kereta idaman mereka dalam kumpulan contoh, jenama,warna,bentuk,harga,keistimewaan dan sebagainya.

4.Murid membentangkan hasil yang dibincangkan dalam peta buih mengikut kumpulan

5. Murid diberi peluang melihat hasil kerja kumpulan lain dengan memberikan komen pada peta buih yang dipaparkan.

6.Murid membina rangka karangan.

7. Murid menulis karangan, “Kereta Idaman Saya”

KURIKULUM

Ilmu : sains dan teknologi

Nilai : bekerjasama

EMK : Kreativiti dan Inovasi

KB : Membuat gambaran mental

Page 3: Rph Kumpulan 2

Bersenam merupakan aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota tubuh badan ataupun psikomotor. Aktiviti ini boleh dilakukan dengan cara berjoging, berjalan dan melakukan regangan serta lompatan. Banyak kelebihan jika kita melakukan amalan bersenam.

Antara faedah bersenam ialaah menyihatkan tubuh badan. Sebagai contoh melalui aktivitii berjoging, badan kita akan mengeluarkan peluh. Oleh itu, badan kita akan terasa segar dan sentiasa sihat tanpa sebarang penyakit seperti diabetes dan masalah jantung.

Selain itu, aktiviti bersenam merupakan kegiatan riadah yang boleh mengurangkan tekanan perasaan ataupun stres. Setelah penat belajar di dalam kelas, kita boleh mengurangkan tekanan tersebut dengan mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani contohnya berlari dan melompat. Kesannya sudah pasti kita akan kembali bersemangat untuk mengikuti pelajaran di dalam kelas.

Seterusnya, apabila kita melakukan akiviti bersenam, kita mengelakkan diri daripada gejala sosial misalnya melepak dan ponteng sekolah. Contohnya selepas waktu persekolahan, kita boleh berjoging dan bermain futsal. Ini dapat mengelakkan daripada masa kita terbuang dengan sia-sia.

Page 4: Rph Kumpulan 2

Rancangan Mengajar Bahasa Malaysia Tahun 6

Tema : Kesihatan

Tajuk : Bersenam

S.P : 2.2.3

Objektif : Murid-murid dapat membaca dan memahami ayat yang mengandungi perkataan

berimbuhan yang terdapat dalam teks.

Aktiviti : Beberapa orang murid membaca teks secara individu.

: Murid-murid menyenaraikan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam teks.

: Beberapa orang murid membaca ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan

dan menerangkan maksud perkataan berimbuhan tersebut.

: Menulis ayat daripada beberapa perkataan berimbuhan tersebut.

EMK : Kreativiti dan Inovasi

Penilaian PdP : Murid-murid membaca dan memahami perkataan berimbuhan daripada bahan

yang diberi.

BBM : Slaid

Page 5: Rph Kumpulan 2

Rancangan Mengajar Bahasa Malaysia Tahun 6

Tema : Kebersihan

Tajuk : Cara Menjaga Kebersihan

Kelas : Tahun 6 Arif

Masa : 8.30 -9.30 pagi

S.P : 3.2.6 Menulis teks prosa dan puisi secara mekanis dengan betul dan kemas

Objektif : Murid-murid dapat menulis prosa pantun 4 kerat dengan betul.

Aktiviti : i . Soal jawab mengenai pantun 4 kerat

: ii. Murid dibahagikan kumpulan dan membaca pantun yang dipaparkan.

: iii. Adakan perbincangan mencari maksud pantun

: iv. Ahli kumpulan menyatakan maksud pantun secara lisan.

: v. Latihan bertulis

EMK : Kreativiti dan Inovasi

Penilaian PdP : Murid-murid dapat memprosakan pantun

BBM : Slaid pantun dan lembaran kerja

Page 6: Rph Kumpulan 2

PANTUN KEBERSIHAN SEKOLAH

Pergi belanja ke Kuala Pilah,Singgah sebentar di kedai Ah Fatt,

Jika sekolah bersih dan indah, kita akan mendapat manfaat.

 Pergi membeli belah ke Juasseh,Pergi bersama keluarga nyonya,

Jika ingin menjadi sekolah terbersih Buang sampah pada tempatnya

 Pergi kepasar membeli buah-buahan,

Pergi bersama ibu Raudah,Tanamlah pohon dan jaga kebersihan,Agar sekolah kita nyaman dan indah.

 Pergi bermain kerumah Asih,

Tidak lupa membeli jamu,Jika lingkungan sekolah kita bersih,

Agar mudah mendapat ilmu. 

Page 7: Rph Kumpulan 2

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA

TEMA Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

TAHUN 6

TAJUK Kura-kura dan monyet

MASA 8.15 – 9.15 pagi

STANDARD PEMBELAJARAN

4.2.2 Mengujarkan cerita menggunakan bahasa yang indah dan ayat

yang gramatis untuk menyampaikan idea dengan bahasa badan

yang santun.

OBJEKTIF

Pada akhir pdp, murid-murid dapat bercerita menggunakan bahasa yang indah dan ayat yang gramatis untuk menyampaikan idea dengan bahasa badan yang santun.

AKTIVITI

1. Guru menunjukkan gambar “ monyet dan kura-kura “.

2. Murid-murid bercerita tentang haiwan tersebut.

3. Murid-murid diberi teks cerita.

4. Murid-murid membaca cerita secara mekanis.

5. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk berbincang tentang kesudahan cerita.

6. Murid bercerita dalam kumpulan kecil tentang cerita yang dibaca.

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu : Pendidikan Moral

Nilai : Bekerjasama, rajin

EMK : TMK

KB : Membaca secara mekanis

Page 8: Rph Kumpulan 2

Kura-kura dan monyet

Pada zaman dahulu, seekor kura-kura dengan seekor monyet adalah sahabat baik. Kura-kura suka bercucuk tanam sedangkan monyet pula asyik merayau dari sebatang pokok ke sebatang pokok kerana mencari makanan.

     Setelah lama menunggu, buah pisang tanaman kura-kura pun masak. Kura-kura berusaha untuk memetik buah pisangnya tetapi gagal. Lalu, ia meminta tolong pada monyet. Apalagi, betapa seronoknya monyet mendapat makanan kegemarannya itu. Ia tidak menghiraukan kura-kura yang asyik menunggu di bawah pokok itu. Monyet mencampakkan kulit-kulit pisang yang dimakannya itu ke bawah pokok.

    Kura-kura sangat marah.Hilang sabar menyebabkan kura-kura mencari pokok-pokok berduri, lalu diletakkannya di pangkal pokok pisang itu. Ia ingin mengajar kawannya yang hanya mementingkan diri sendiri.

     Setelah kenyang, monyet melompat turun daripada pokok. Kakinya telah tertusuk duri tajam dan mengaduh kesakitanlah ia. Dihempasnya kura-kura ke atas tanah, namun kura-kura tidak merasa sakit.

     Apabila kura-kura memberitahu bahawa dia hanya boleh mati kerana air, maka monyet ................................………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Page 9: Rph Kumpulan 2

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA

TEMA Kebudayaan, Kesunian dan Estetika

TAHUN Tahun 6 Gemilang

TAJUK Budaya Kita

MASA 7:45 pagi - 8:45 pagi

STANDARD PEMBELAJARAN

1.4.2Berbual tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber menggunakan kata gelaran yang sesuai dalam situasi formal secara bertatasusila.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i) berbual dengan menggunakan kata panggilan hormat secara simulasi.

AKTIVITI

1. Murid menonton tayangan video yang dipaparkan.

2. Murid diminta mencatat kata panggilan hormat yang didengar dan ditonton daripada watak melalui tayangan video tersebut.

3. Guru bersoal jawab berdasarkan video yang ditonton.

4. Secara berkumpulan, murid diminta berbincang untuk melakonkan semula watak berdasarkan video yang ditonton pada awal pembelajaran.

5. Setiap kumpulan diminta berlakon berdasarkan video yang ditonton menggunakan kata panggilan hormat yang sesuai di hadapan kelas mengikut kreativiti masing-masing.

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu : Pendidikan Moral

Nilai : Kerjasama

EMK : Kreativiti dan inovasi

KB : menghubung kait, menganalogi, menjana idea

Page 10: Rph Kumpulan 2

Contoh Skrip Lakonan

Tan Sri Devarajan : Datuk, apakah pandangan Datuk tentang persiapan majlis kita ini?

Datuk Paduka Johari : Saya fikir persiapan ini ialah yang terbaik pernah kita lakukan,

______________.

Tan Sri Devarajan : Tahniah ____________ kerana dapat mengetengahkan budaya seni

warisan dengan amat baik.

Tuan Haji Masri : Terima kasih, ___________. Kejayaan ini hasil kerjasama penduduk

taman.

Datin Chew Mei Ling : ____________, kejayaan juganberpunca daripada sokongan padu

______________ dan _______________ serta semua

_____________.

Page 11: Rph Kumpulan 2

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA

TEMA Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

TAHUN 6 Mawar

TAJUK Dialog – Ular telan manusia

MASA 8.45 – 9.45 pagi

STANDARD PEMBELAJARAN

2.3.1 Membaca sesuatu bahan yang mengandungi pelbagai jenis ayat dan ragam ayat secara mekanis

OBJEKTIF

Pada akhir PdP murid dapat :

i) membaca dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul

AKTIVITI

1. Murid ditunjukkan gambar berkaitan ular.2. Murid bersoal-jawab tentang kebahayaan ular.3. Murid membaca petikan dialog yang diedarkan oleh guru secara

senyap.4. Murid membaca dialog secara kelas dan kumpulan.5. Murid dipilih secara berpasangan untuk membaca dialog. 6. Murid melakonkan dialog di hadapan kelas. 7. Murid jawab soalan pemahaman berpandukan petikan.8. Murid baca jenis ayat yang diberi dan mengkategorikan ayat-ayat

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu : Sains.

Nilai : Mementingkan keselamatan dan bertanggungjawab

EMK : TMK

telur yogurtdaging susu

Page 12: Rph Kumpulan 2

Baca petikan di bawah

Gopal : Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa

tempoh hari !

Samat : Mestilah! Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar

yang tersiar dalam akhbar tu. Eee...........ngerinya !

Chan : Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak putus-putus keluar cerita tentang ular sawa dalam akhbar.Ular sawa telan ayamlah, telan kambinglah, dan macam-macam lagi.

Samat : Apa yang peliknya, Chan. Memanglah berita sensasi macam tu

disukai oleh orang ramai. Jadi wartawan pun jalankanlah tugas

mereka untuk mencari cerita-cerita sedemikian !

Gopal : Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang ular sawa telan

Gajah. Haa, masa itu barulah heboh satu dunia ! Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan yang dilindungi ?

Samat : Tahu. Baru semalam Cikgu Lina beritahu.

Gopal : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita boleh didakwa jika

mencedera atau membunuh ular.

Chan : Hukumannya berat juga. Kita boleh kena denda hingga RM 3 000

atau penjara!

Samat : Kita juga boleh dikenakan kedua-duanya sekali !

Page 13: Rph Kumpulan 2

Gopal : Kalau macam tu, apabila jumpa ular sawa, cepat-cepatlah lari. Jangan cuba-cuba nak pukul atau bunuh.

Chan : Kenapa ? Kamu takut ke ?

Samat : Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas masuk mulut ular

sawa, awak kena masuk penjara pulak !

Page 14: Rph Kumpulan 2

Baca ayat di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kemudian, kategorikan ayat –ayat tersebut.

Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar yang tersiar dalam akhbar tu.

Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan yang dilindungi ?

Eh,awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh hari !

Jangan cuba-cuba nak pukul atau bunuh.

Ayat penyata

Ayat perintah

Ayat seruan

Page 15: Rph Kumpulan 2

Ayat tanya

Baca ayat-ayat tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul

Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar yang tersiar dalam akhbar tu.

Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan yang dilindungi ?

Eh,awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh hari !

Jangan cuba-cuba nak pukul atau bunuh.