12
8/8/2019 Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani http://slidepdf.com/reader/full/kurikulum-dan-hubungkaitnya-dengan-sukatan-pelajaran-pendidikan-jasmani 1/12 Kurikulum dan hubungkaitnya dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani.  A Curriculum is a written document which may contain many ingredients, but basically it is a plan for the education of pupils during their enrolment in given school -  George A.Beauchamp (1986) Berdasarkan kepada George A. Beauchamp, beliau mendefinisikan kurikulum sebagai dokumen bertulis di mana di dalamnya terkandung pelbagai bahan tetapi asasnya ia adalah satu rancangan untuk pendidikan murid-murid semasa mereka berada di sekolah Kurikulum yang digubal mempunyai kepentingan tertentu yang berkait rapat dengan mata pelajaran pendidikan jasmani. Kurikulum yang dibentuk dapat membantu melahirkan insan yang seimbang dari keupayaan psikomotor, afektif dan kognitif. Aspek pembangunan insan merupakan keperluan negara dalam proses pembentukan modal insan yang berkualiti. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani ialah satu garis panduan kepada guru-guru dalam merujuk kandungan-kandungan pelajaran yang harus diberikan, diajarkan dan diterapkan kepada murid-murid. Di dalam sukatan pelajaran tersebut, terdapat tajuk- tajuk, kemahiran-kemahiran, cadangan aktiviti yang sesuai dengan murid mengikut tahap tertentu serta cadangan bahan-bahan yang hendak digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Justeru dapat kita kenal pasti di sini bahawa Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani adalah sub unit yang terdapat di dalam kurikulum. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani adalah garis panduan yang lebih khusus untuk diteliti oleh guru yang hendak mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Sukatan Pendidikan Jasmani merupakan satu kaedah yang terbaik untuk melahirkan individu yang mempunyai keseimbangan yang baik sama ada dari segi keupayaan psikomotor, afektif mahupun kognitif. Unsur membina kesepaduan dan korelasi dalam

Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

  • Upload
    crunx89

  • View
    223

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

8/8/2019 Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

http://slidepdf.com/reader/full/kurikulum-dan-hubungkaitnya-dengan-sukatan-pelajaran-pendidikan-jasmani 1/12

Kurikulum dan hubungkaitnya dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. 

 A Curriculum is a written document which may contain many ingredients, but basically it 

is a plan for the education of pupils during their enrolment in given school -  

George A.Beauchamp (1986)

Berdasarkan kepada George A. Beauchamp, beliau mendefinisikan kurikulum sebagai

dokumen bertulis di mana di dalamnya terkandung pelbagai bahan tetapi asasnya ia

adalah satu rancangan untuk pendidikan murid-murid semasa mereka berada di

sekolah

Kurikulum yang digubal mempunyai kepentingan tertentu yang berkait rapat denganmata pelajaran pendidikan jasmani. Kurikulum yang dibentuk dapat membantu

melahirkan insan yang seimbang dari keupayaan psikomotor, afektif dan kognitif. Aspek

pembangunan insan merupakan keperluan negara dalam proses pembentukan modal

insan yang berkualiti.

Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani ialah satu garis panduan kepada guru-guru

dalam merujuk kandungan-kandungan pelajaran yang harus diberikan, diajarkan dan

diterapkan kepada murid-murid. Di dalam sukatan pelajaran tersebut, terdapat tajuk-

tajuk, kemahiran-kemahiran, cadangan aktiviti yang sesuai dengan murid mengikut

tahap tertentu serta cadangan bahan-bahan yang hendak digunakan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Justeru dapat kita kenal pasti di sini bahawa

Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani adalah sub unit yang terdapat di dalam

kurikulum. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani adalah garis panduan yang lebih

khusus untuk diteliti oleh guru yang hendak mengajar mata pelajaran Pendidikan

Jasmani.

Sukatan Pendidikan Jasmani merupakan satu kaedah yang terbaik untuk melahirkan

individu yang mempunyai keseimbangan yang baik sama ada dari segi keupayaan

psikomotor, afektif mahupun kognitif. Unsur membina kesepaduan dan korelasi dalam

Page 2: Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

8/8/2019 Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

http://slidepdf.com/reader/full/kurikulum-dan-hubungkaitnya-dengan-sukatan-pelajaran-pendidikan-jasmani 2/12

kurikulum sukatan pelajaran pendidikan jasmani diselitkan unsur-unsur sains, maka

kesepaduan mata pelajaran dapat dibentuk. Terdapat juga unsur-unsur mata pelajaran

lain yang disepadukan dalam pendidikan jasmani seperti muzik, matematik, fizik, biologi

dan lain-lain.

Subjek pendidikan jasmani mengaplikasikan kurikulum berpusatkan murid. Perkara ini

dapat dilihat melalui permainan kecil yang disertai oleh mereka. Sebagai contoh,

permainan kecil adalah permainan kegemaran semulajadi kanak-kanak. Oleh itu, unsur 

permainan diselitkan dalam sukatan pendidikan jasmani untuk menarik minat murid-

murid.

Kepentingan pendidikan jasmani dalam kurikulum sekolah. 

Pendidikan jasmani amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah rendah.

Hal ini demikian kerana, melalui pendidikan jasmani, pelbagai aspek dapat

dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai contoh, aspek JERIS seseorang

individu mungkin akan terjejas sekiranya mereka mengabaikan aspek pembangunan

fizikal dan jasmani diri masing-masing.

Kepentingan pendidikan jasmani dalam kurikulum sekolah rendah tidak dapat dinafikan

lagi. Berikut adalah beberapa huraian mengenainya. Pertama, pendidikan jasmani

membantu membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan

seseorang individu. Selain itu, melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan

  jasmani dapat membantu seseorang individu membangunkan kemahiran pergerakan

asas. Pendidikan jasmani di sekolah rendah juga dapat membantu murid-murid

meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti.

Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pendidikan jasmani membantu murid

meneroka kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang dan

ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya. Pendidikan jasmani yang diajar di

sekolah berdasarkan kepada kurikulum yang telah digubal mampu menyemai budaya

Page 3: Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

8/8/2019 Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

http://slidepdf.com/reader/full/kurikulum-dan-hubungkaitnya-dengan-sukatan-pelajaran-pendidikan-jasmani 3/12

bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid. Perkara yang sedemikian

mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.

Pendidikan jasmani yang perlu difahami oleh guru bagi memenuhi aspirasi dan

keperluan yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara." (Falsafah Pendidikan Kebangsaan).

Guru perlu memahami dan menyedari kepentingan pendidikan jasmani supaya aspirasi

negara untuk melahirkan insan yang seimbang dalam pelbagai aspek termasuk

  jasmani. Pendidikan Jasmani membantu murid menjadi cergas, aktif dan

berpengetahuan melalui pemupukan kemahiran, nilai dan amalan kecergasan.

Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan

perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan

produktif. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu

Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai

matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan

peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada

kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan

menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu

mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu

yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang

Page 4: Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

8/8/2019 Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

http://slidepdf.com/reader/full/kurikulum-dan-hubungkaitnya-dengan-sukatan-pelajaran-pendidikan-jasmani 4/12

amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan

manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan

pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan

mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada

manusia.

Sejajar dengan objektif pendidikan jasmani iaitu murid dapat menguasai kemahiran

asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri. Pendidikan jasmani juga

melibatkan elemen-elemen teori kecerdasan pelbagai seperti kinestatik (pergerakan).

Melalui pendidikan jasmani juga, potensi dan kebolehan seseorang individu dapat

diterokai dan seterusnya menjadi satu platform untuk melonjakkan diri untuk mencapai

kejayaan.

Pendidikan jasmani bukan semata-mata aktiviti senaman atau kesukanan tetapi lebih

dari itu. Ia merangkumi banyak aspek yang penting kepada pembangunan individu.

Tiga tunjang pendidikan jasmani iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan perlu

dikuasai oleh setiap individu. Perlu ditekankan bahawa setiap aktiviti yang melibatkan

pergerakan perlu bermula dengan kemahiran asas yang betul bagi mengelakkan

kecederaan. Pelbagai penyerapan dalam pendidikan jasmani yang menjadi ilmu yang

berguna, contohnya anatomi dan fisiologi.

Pendidikan jasmani melahirkan manusia yang berguna, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketrampilan, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

 Aktiviti kesukanan merupakan salah satu cara yang terbaik untuk mengisi masa lapang,

seterusnya dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak

berfaedah dan tidak bermoral. Pendidikan jasmani melahirkan individu yang

bertanggungjawab, misalnya sebagai ketua dalam kumpulan.

Pendidikan jasmani juga mampu meningkatkan keyakinan diri. Pendidikan jasmani

membolehkan seseorang menerima kejayaan dan kegagalan dengan optimis. Individu

yang cergas dan cerdas mempunyai keterampilan dan peribadi yang baik dan

Page 5: Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

8/8/2019 Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

http://slidepdf.com/reader/full/kurikulum-dan-hubungkaitnya-dengan-sukatan-pelajaran-pendidikan-jasmani 5/12

menonjol. Kemungkinan individu yang banyak memberi alasan adalah kurang diberi

pendidikan jasmani dan kurang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.

Tiga faktor utama yang harus diteliti dalam merancang dan melaksanakan

aktiviti Pendidikan Jasmani 

Terdapat tiga faktor utama yang harus diteliti dalam merancang dan melaksanakan aktivitiPendidikan Jasmani. Faktor yang pertama ialah infrastruktur dan tenaga. Faktor kedua pula ialah

  perkembangan murid dan yang ketiga ialah faktor persekitaran.

Infrastruktur Dan Tenaga Pengajar  

Dalam faktor ini, terbahagi pula kepada beberapa unsur iaitu kemudahan, peralatan dankepakaran. Kemudahan merangkumi kedudukan sekolah sama ada di kawasan bandar atau luar 

 bandar, kemampuan kewangan sekolah, kemudahan-kemudahan semasa penyediaan aktiviti dantenaga pengajar.

Peralatan pula merangkumi pemilihan alatan yang perlu berdasarkan kepada spesifikasi umur 

dan pertandingan. Faktor keselamatan pengguna haruslah diambil kira terlebih dahulu. Kualitialat juga perlu dipertimbangkan dalam memilih alatan.

Kepakaran lebih menjurus kepada guru Pendidikan Jasmani itu sendiri yang bertanggungjawabdalam melaksanakan tugas semasa mengajar. Mereka perlu menanggung risiko yang bakalditempuhi semasa melaksanakan aktiviti. Pengetahuan dan kepatuhan terhadap prosedur dan

disiplin dalam aktiviti Pendidikan Jasmani perlu kerana ia dapat mengelakkan sebarang perkarayang tidak diingini berlaku.

Perkembangan Murid 

Perkembangan murid boleh dibahagikan kepada beberapa domain.

Domain kognitif 

Perkembangan domain kognitif pelajar melibatkan cara berfikir, merasa dan bertindak.Penyusunan domain kognitif perlu mengikut keupayaan pelajar dari mudah kepada lebih sukar.

Hal ini membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang dan dijalankandengan lebih sistematik. Domain kognitif ini merujuk kepada Taksonom Bloom yang

Page 6: Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

8/8/2019 Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

http://slidepdf.com/reader/full/kurikulum-dan-hubungkaitnya-dengan-sukatan-pelajaran-pendidikan-jasmani 6/12

membahagikan kepada enam peringkat iaitu didahului dengan kefahaman, aplikasi, analisis,sintesis dan diakhiri dengan penilaian.

Domain afektif 

Objektif Domain Afektif mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap,  penghargaan dan nilai. Domain afektif juga mempunyai peringkat penghayatan daripada yang

  paling rendah kepada paling tinggi iaitu bermula dari peringkat penerimaan, kemudiangerakbalas, penilaian, organisasi dan akhirnya perwatakan.

Domain psikomotor 

Psikomotor adalah kemahiran berkaitan pergerakan anggota fizikal seseorang. Di peringkatrendah, murid-murid dilatih untuk menguasai pergerakan yang biasa dilakukan dalam kehidupan

harian dan juga pergerakan baru dalam senaman. Domain psikomotor juga turut mempunyaihierarki tersendiri iaitu daripada peringkat mudah kepada susah bermula dengan peringkat

  persepsi, persediaan, pergerakan terkawal, pergerakan mekanistik, pergerakan kompleks danakhirnya pergerakan suaian.

Domain sosial

Domain sosial ini khusus untuk hubungan atau tingkah laku. Domain ini terdiri daripada lapan  peringkat objektif iaitu : berhubung, berkomunikasi, melibatkan diri, berunding, bekerjasama,

menghakim, memulakan dan menukar.

Persekitaran 

Menurut Amram Schienfeld, persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor   bakanya bermula dari peringkat persenyaw

  Norman L. Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di

sekeliling unit-unit kebakaan.

W. Edgar Vinacke menerangkan bahawa persekitaran ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks yang  boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu

Pengertian-pengertian di atas menunjukkan dengan jelas bahawa persekitaran merujuk kepada

alam sekitar seseorang individu sama ada di peringkat pralahir atau selepas lahir.

Urie Bronfenbrenner seorang ahli psikologi Amerika menjelaskan perkembangan murid-muridsebagai hasil interaksi di antara alam persekitaran dengan murid-murid tersebut. Beliau

Page 7: Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

8/8/2019 Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

http://slidepdf.com/reader/full/kurikulum-dan-hubungkaitnya-dengan-sukatan-pelajaran-pendidikan-jasmani 7/12

mengetengahkan model ekologi berbentuk lapisan bulatan (Sistem Ekologi Bronfenbrenner )yang masing-masing mempunyai pengaruh dan tahap tertentu. Terdapat empat tahap dalam

  perkembangan ini

Mikrosistem. Murid-murid terdedah kepada persekitaran yang berbentuk pada apa yang ada di

depan mata termasuklah pengaruh objek-objek fizikal seperti patung dan teknologi, struktur   persekitaran, serta peranan dan persekitaran ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa dan adik  beradik.

Mesosistem. Merangkumi hubungan murid-murid dengan persekitaran yang lebih luas dan

  bagaimana persekitaran ini mempengaruhi murid-murid. Contohnya, bagaimana murid-murid  bergaul di sekolah lebih-lebih lagi apabila mahu memulakan alam persekolahan dan pertama

kalinya berpisah dengan keluarga.

Eksosistem. Menghubungkaitkan murid-murid dengan persekitaran yang mungkin kurang  berkaitan dalam hidup mereka. Melihat bagaimana murid-murid didedahkan dengan jiran

tetangga, tempat kerja ibu bapa, rakan-rakan ibu bapa dan institusi sosial lain.

Makrosistem. Makrosistem adalah lapisan paling luar yang menyentuh pengaruh hubunganmurid-murid dengan persekitaran yang jauh lebih besar. Hubungan ini termasuklah sistem nilai

sosial, perubahan sejarah, polisi sosial dan media massa.

Menurut Bronfenbrenner, teori yang dikemukakan oleh beliau bersandarkan tanggapan bahawafaktor persekitaran tidak sepenuhnya memainkan peranan kepada perkembangan murid-murid

tetapi antara keduanya saling berkait rapat. Murid-murid tidak lari daripada berhadapan dengan persekitaran sosial mereka setiap hari yang mana ini secara tidak langsung dapat mempengaruhi

 perkembangan mereka

Penggabungjalinan dalam pendidikan jasmani 

Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dilihat dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaituyang pertama, penggabungjalinan antara kemahiran-kemahiran yang ada di dalam satu

matapelajaran itu. Keduanya ialah penggabungjalinan kemahiran daripada beberapamatapelajaran yang lain.

Penyerapan pendekatan gabung jalin dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah satu

inovasi dan anjakan ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif 

  bagi menimbulkan minat dan rasa seronok dalam kalangan murid.

Terdapat tiga jenis penggabungjalinan. Pertama, Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu

mata pelajaran. Kedua, penggabungjalinan dengan kemahiran mata pelajaran lain. Ketiga,menggabungkan kedua-dua jenis penggabungjalinan dalam satu pengajaran.

Contoh Penggabungjalinan 

Page 8: Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

8/8/2019 Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

http://slidepdf.com/reader/full/kurikulum-dan-hubungkaitnya-dengan-sukatan-pelajaran-pendidikan-jasmani 8/12

 Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu mata pelajaran. 

Contoh permainan - bola sepak. Di dalam permainan ini, terdapat pelbagai kemahiran yang

didedahkan kepada murid seperti menghantar, menggelecek, menjaring, menendangr dan

sebagainya. Guru boleh menggabungkan dua atau lebih kemahiran dalam satu-satu sesi  pengajarannya, contohnya menggabungkan kemahiran menggelecek dan menendang. Dalamlakuan ini, murid dikehendaki menggelecek bola dalam jarak yang ditetapkan sebelum membuat

tendangan dengan teknik yang betul. Di sini, kita dapat perolehi satu contoh penggabungjalinandalam pendidikan jasmani.

Penggabungjalinan dengan kemahiran mata pelajaran lain. 

Contoh aktiviti ± regangan. Di dalam aktiviti ini, guru boleh menerapkan kemahiran membilangdan mengira yang diajar dalam mata pelajaran matematik. Guru hanya perlu meminta murid-

murid membuat pergerakan regangan sambil mengira dari nombor satu hingga ke nombor lapan.Melalui aktiviti ini, murid secara tidak langsung dapat memperbaiki kekuatan memori mereka

terhadap angka.

Menggabungkan kedua-dua jenis penggabungjalinan dalam satu pengajaran. 

Contoh aktiviti ± senamtari (senamrobik). Aktiviti ini melibatkan pergerakan, aktiviti membilang

dan muzik. Guru akan memasang muzik yang berbeza rentak dan kemudian meminta murid-murid melakukan pergerakan fizikal mengikut rentak lagu. Ketika murid melakukan pergerakan,

mereka juga dikehendaki untuk membilang beramai-ramai sehingga nombor lapan supaya  pergerakan mereka menjadi seragam, kemas dan teratur. Pengajaran yang dijalankan akan

menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan. Ia bergantung kepada keupayaan guru untuk member penerangan yang jelas kepada murid sebelum melaksanakan aktiviti tersebut

R ancangan kerja tahunan 

R ancangan Kerja Tahunan 

Rancangan kerja tahunan merupakan perancangan pengajaran untuk tempoh setahun (12 bulan).

Rancangan kerja tahunan perlu disediakan oleh guru pada awal sesi persekolahan.

Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran  berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Kepentingan R ancangan Kerja Tahunan 

Page 9: Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

8/8/2019 Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

http://slidepdf.com/reader/full/kurikulum-dan-hubungkaitnya-dengan-sukatan-pelajaran-pendidikan-jasmani 9/12

Rancangan Kerja Tahunan mempunyai beberapa kepentingan yang sangat membantu tugas guru.Melalui rancangan yang telah disediakan, guru dapat memastikan sesuatu aktiviti pengajaran dan

  pembelajaran dapat dilaksanakan mengikut jadual. Terdapat enam kepentingan menyediakanrancangan kerja tahunan.

Pertama, dapat mempertingkatkan daya profesionalisme Pengetua/Guru besar dan guru-gurudalam melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses pengajaran-pembelajaran sejajar denganfalsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan negara.

Kedua, membantu memupuk, memelihara dan memperkukuhkan hubungan profesionalisme dan

Interaksi yang positif antara Pengetua/Guru Besar dengan guru, guru dengan guru dan antaraguru dan murid.

Ketiga, membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan membentuk 

sikap guru ke arah yang lebih positif.

Keempat, memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran dan pembelajaran.

Kelima, berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan  boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran.

Keenam, memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam)

dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi / target yangditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.

Nilai murni yang biasa diterapkan dalam aktiviti yang biasa diterapkan dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani 

 Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu

manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkannilai murni sebagai:

"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa

yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanyadiasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan

  penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia" (Wan Mohd. Zahid, 1988).

Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh pelajar danmasyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya diberi

  penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (Laporan Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk SriAnwar Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian Pendidikan beliau membuat penyataan

mengenai FPN & KBSM yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja

dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani.

Page 10: Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

8/8/2019 Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

http://slidepdf.com/reader/full/kurikulum-dan-hubungkaitnya-dengan-sukatan-pelajaran-pendidikan-jasmani 10/12

 

Nilai Murni Dalam Pendidikan Jasmani 

 Nilai-nilai murni yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah selaras dengan

kehendak matlamat mata pelajaran ini. Antara nilai yang perlu diterapkan dan diamalkan ialah

semangat kesukanan, permainan bersih, toleransi, semangat berpasukan, disiplin, berdaya saing,kepemimpinan dan penyertaan.

 Nilai-nilai dalam pendidikan jasmani dan kesihatan dibentuk atas prinsip bahawa manusia telahdijadikan sebaik-baik makhluk. Terdapat banyak nilai-nilai murni yang dapat dipupuk dalam diri

murid-murid melalui pendidikan jasmani. Contohnya, nilai menghargai, memelihara danmeningkatkan keadaan kesihatan diri dan masyarakat supaya dapat meningkatkan produktiviti

dan kesejahteraan hidup. Kedua, menghargai amalan kelaziman latihan kecergasan dankesihatan. Ketiga, menghargai pentingnya mengikut prinsip-prinsip latihan. Keempat, menyedari

 pentingnya rehat dan rekreasi serta mengamalkannya. Kelima, mengamalkan lakuan gerak badanyang baik dan sempurna dalam kegiatan harian. Keenam, mementingkan langkah-langkah

keselamatan dalam sebarang kegiatan harian. Terakhir sekali, berkeyakinan dalam menyusun program latihan kecergasan dan melakukannya bagi keperluan diri sendiri

Cara-cara dan tujuan untuk berfikir secara kritis dalam pengajaran Pendidikan

Jasmani 

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran.

Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat,konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk 

tindakan yang terarah dan sewajarnya. Kemahiran berfikir terbahagi kepada dua iaitu kemahiran

  berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif.

Asasnya, pemikiran kritis menjadikan kita lebih terbuka dalam menerima sesuatu, di samping

cuba mempertimbangkannya semula, menganalisa secara kritis dengan mengambilkira pelbagaisudut. Ia juga memungkinkan pencernaan beberapa idea dan konsep baru.

Ilmu pemikiran kritis juga membolehkan selain menganalisa hujah (hujah yang kuat atau lemah,

teori berguna atau menyangkalnya), kita juga berupaya berhujah dengan berkesan sekali.Hakikatnya ia mampu membuatkan kita berhujah dengan baik atau menganalisa hujah dengan

lengkap.

Pemikiran kritis menjadikan kita lebih kritis dan peka dalam mengkaji sesebuah hujah ataupun  penyataan yang dikeluarkan secara pengucapan ataupun penulisan. Ia dapat menyedarkan kita

 bahawa sesebuah penyataan itu tidak semestinya benar walaupun konteks struktur penyataannyaadalah betul.

Pemikiran kritis juga mampu membuka minda kita agar lebih menerima berbanding terus

menolaknya secara falasi kejahilan. Kita akan lebih berkeyakinan dalam menangani  permasalahan serta jelas dalam melihat sesuatu fenomena.

Page 11: Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

8/8/2019 Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

http://slidepdf.com/reader/full/kurikulum-dan-hubungkaitnya-dengan-sukatan-pelajaran-pendidikan-jasmani 11/12

 

Pemikiran Kritis Dalam Pendidikan Jasmani 

Pemikiran kritis dalam pendidikan jasmani bertumpu kepada tahap kefahaman dan pengetahuan

murid dalam semua topik dalam subjek tersebut. Melalui ujian seperti ini guru perlu melihatmurid-murid dari aspek kefahaman dan pengetahuan murid ketika murid sedang melaksanakansesuatu bidang kemahiran. Murid juga perlu diterapkan dan dilatih untuk mentafsir, mengguna

dan melaksanakan kemahiran berdasarkan teknik-teknik yang telah diajar oleh guru. Apabilamurid mempraktikkan suatu kemahiran, kefahaman dan tahap pengetahuan sedia ada murid ini

  boleh dijadikan kayu pengukur kepada komponen kognitif.

Cara-cara untuk berfikir secara kritis dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. 

Pertama, penglibatan murid secara aktif dan selamat. Melalui cara ini, murid diberi ruang yang

sama rata untuk melahirkan perasaan atau pendapat mereka mengenai sesuatu tajuk dalam pembelajaran.

Kedua, interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alatan. Melalui cara ini, murid diberi

suatu peranan atau situasi untuk mereka selesaikan. Melalui manipulasi yang boleh dijalankanoleh murid-murid, mereka akan secara tidak langsung akan cuba berfikir secara luar kotak bagi

menyelesaikannya.

Ketiga, penglibatan murid secara penghayatan ilmu. Ianya bermaksud murid-murid diajar untuk memahami dan menghayati dan bukannya dengan cara terima dan hafal sahaja. Dengan cara

sebegini, murid-murid mampu mengasah fikiran mereka bagi mengaplikasikan pengetahuanyang mereka ada dengan situasi yang dihadapi.

Keempat, interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat. Interaksi murid-murid dengan orang

yang lebih dewasa mampu membuka minda murid dalam memahami sesuatu situasi. Perananguru amat penting dalam memastikan murid-murid mendapat layanan yang mampu mencorak 

fikiran mereka.

Tujuan untuk berfikir secara kritis dalam pengajaran Pendidikan Jasmani.  

Pertama, dapat memahami kepentingan Pendidikan Jasmani dalam kehidupan murid. Kedua,supaya murid dapat mengaplikasikan cara hidup yang sihat melalui pemahamam yang mendalam

tentang kesihatan. Ketiga, agar murid tidak memandang Pendidikan Jasmani sebagai satu subjek yang membosankan. Keempat, menjadi medan untuk murid melahirkan pertanyaan mengenai

kesihatan yang begitu dekat dengan diri mereka

Page 12: Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

8/8/2019 Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

http://slidepdf.com/reader/full/kurikulum-dan-hubungkaitnya-dengan-sukatan-pelajaran-pendidikan-jasmani 12/12

Hubungkaitkan bagaimana pendidikan jasmani membantu pembentukan

individu dari segi jeris? 

JERIS adalah singkatan bagi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Sukatan pendidikan  jasmani digubal dengan begitu teliti supaya aspek JERIS dapat dicapai melalui segala aktiviti

  pengajaran dan

Dalam aspek jasmani, kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan  pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera

dan produktif. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan,Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif 

Pendidikan Jasmani.

Aspek emosi, rohani dan intelek pula dapat dibentuk dalam diri individu apabila murid dapatmemahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani agar 

dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Murid diorientasikan dengan

ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapicabaran hidup. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi murid ke tahap

optimum.

Penerapan nilai-nilai murni dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pembentukan sosial individu. Nilai-nilai murni yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan

Jasmani adalah selaras dengan kehendak matlamat mata pelajaran ini. Antara nilai yang perluditerapkan dan diamalkan ialah semangat kesukanan, permainan bersih, toleransi, semangat

 berpasukan, disiplin, berdaya saing, kepemimpinan dan penyertaan.