Upload
others
View
26
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN ENAM
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PENDENGARAN) DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PENDENGARAN) DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN6
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
DRAF
14Cetakan Pertama 20 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat Kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN ____________________________________________________________________________________________________________________
PENDAHULUAN 1 MATLAMAT 1 OBJEKTIF 1 STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2 KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 3 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 3 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4 FOKUS MATA PELAJARAN 6 ORGANISASI KANDUNGAN 7 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 8 PENTAKSIRAN 9 STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN: PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN 4
• BIDANG: AL-QURAN 12 • BIDANG: HADIS 17 • BIDANG: AKIDAH 18 • BIDANG: IBADAH 24 • BIDANG: SIRAH 27 • BIDANG: ADAB 31 • BIDANG: JAWI 35
berakhlak mulia.harmonis dan
emosi, rohani, intelek dan sosial bagi melahirkan insan yang seimbang,
kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani,
menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap
digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara
KSSR bagi murid berkeperluan pendidikan khas masalah pendengaran
seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.
bermasalah pendengaran supaya mereka menjadi insan yang
ediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid juga meny
darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini
pendengaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di bilik
KSSR bagi murid berkeperluan pendidikan khas masalah
bagi murid berkeperluan pendidikan khas masalah pendengaran
sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR
ikan dan kualiti pendidikan yang secara menyeluruh, peluang pendid
prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-
keperluan pendidikan khas masalah pendengaran dibina selaras
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi murid ber-
1
PENDAHULUAN
bersifat holistik, tidak menekankan
akademik
semata-mata
selaras
dengan yang dihasratkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM).
Bagi
memenuhi keperluan individu, pengajaran dan pembelajaran di
sekolah dan Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran
dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 , 8.(1)(c) yang menyatakan;
....seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada:
i. kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran
ii. masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti
iii. susunan aktiviti; dan
iv. bahan bantu mengajar
...... apa-apa pengubahsuaian
yang dibuat di bawah perenggan
(1)(c) hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan Khas.
MATLAMAT
OBJEKTIF
membolehkan murid:
i.
Mengamalkan
tingkah
laku dan sikap
positif
dalam
menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta
menjadi warganegara yang berguna.
ii.
Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari
dalam kehidupan seharian
KSSR bagi murid berkeperluan pendidikan khas masalah pendengaran
2
iii. Menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan
berkerjaya.
iv. Mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri
dengan sempurna.
v. Menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,
berinteraksi dan bersosialisasi sejajar dengan tatasusila
masyarakat majmuk.
vi. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi
yang beragama Islam.
vii. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
viii. Melibatkan diri dalam aktiviti riadah.
ix. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
x. Menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
seiring dengan perkembangan semasa.
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang diguna bagi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang
saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Domain bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii. Kemanusiaan
iv. Sains Dan Teknologi
v. Perkembangan Fizikal Dan Estetika
vi. Keterampilan Diri
Reka Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah
mengandungi elemen
diorganisasikan dalam bentuk modular yang Pembelajaran
Standard Kandungan dan Standard yang perlu dikuasai oleh murid.
Kandungan dan Standard Pembelajaran
keperluan pendidikan khas masalah pendengaran digubal dalam
bentuk pernyataan Standard
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi murid ber-
3
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur untuk setiap Standard Kandungan.
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
Kurikulum Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang
seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat,
dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan
bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6
aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing
pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial,
pengetahuan dan kemahiran berfikir.
Kemahiran berfikir telah ditekankan dalam kurikulum sejak tahun 1994
dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
(KBKK). Kemahiran Berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras
rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT adalah
merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
mencipta seperti Jadual 1.
pengetahuan, kemahiran dan nilai.
4
KBAT Penerangan
Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan
nilai dalam situasi berlainan untuk
melaksanakan sesuatu perkara
Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian
kecil untuk memahami dengan lebih mendalam
serta hubung kait antara bahagian berkenaan
Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan
menggunakan pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi
Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau kaedah
yang kreatif dan inovatif
Jadual 1: Penerangan KBAT
Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata
pelajaran.
KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk
menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek.
Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran,
peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi di dalam
dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid berfikir.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah
diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar, Patriotisme,
Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial,
Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan Keselamatan
Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR dikekalkan dan
ditambah dengan memperkenalkan elemen Kreativiti dan Inovasi,
Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Kreativiti dan Inovasi
Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara
umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,
pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana idea
dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Elemen
kreativiti dan inovasi merupakan salah satu elemen yang diberi
penekanan dalam KSSR untuk menyediakan murid dalam menangani
cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi murid perlu dipupuk dan
dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka berkeupayaan
menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya menjadi
amalan dan budaya dalam kehidupan warganegara Malaysia pada
masa hadapan. Bagi mencapai matlamat ini penulisan standard
pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam (Masalah
Pendengaran) yang berkaitan dengan pemupukan kreativiti dan inovasi
dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun guru juga digalakkan
5
menerapkan elemen kreativiti dan inovasi di mana-mana topik yang
difikirkan sesuai jika elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru
haruslah menyediakan aktiviti yang meningkatkan minat dan kreativiti.
Murid pula perlu dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan alat
yang membolehkan mereka membangunkan kreativiti dan memupuk
sikap dan personaliti individu kreatif.
Keusahawanan
Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020
adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan
dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan keusahawanan
sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid.
Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:
Mengamalkan sikap keusahawanan;
Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
pengurusan perniagaan;
Memformulasikan konsep, proses atau produk
keusahawanan; dan
Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam
keusahawanan.
Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap
kebolehan murid sekolah rendah.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Teknologi merupakan sesuatu mata pelajaran yang berkesan untuk
memperkukuhkan pembelajaran. Penggunaan teknologi seperti
televisyen, radio, komputer, Internet, perisian komputer, perisian kursus
dan antara muka berkomputer menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Animasi dan simulasi
berkomputer membantu dalam mempelajari konsep yang sukar dan
abstrak, dan boleh dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau
laman web. Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi
penekanan dalam KSSR.
Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK iaitu:
Belajar mengenai TMK
Belajar melalui TMK
Belajar dengan TMK
pelajaran Pendidikan Islam (Masalah Pende
Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata pelajaran
6
FOKUS MATA PELAJARAN
Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) memberi fokus kepada
penyampaian ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan
kepada al-Quran dan as-Sunah. Ia bagi melahirkan murid yang
beriman, berilmu, berakhlak mulia, bertakwa dan beramal soleh. Mata
pelajaran Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) memberi
pendedahan kepada murid tentang ilmu pengetahuan, kemahiran serta
nilai yang merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan dan
ketatanegaraan. Mata pelajaran ini disusun mencakupi bidang Al-
Quran, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab dan Jawi.
Matlamat
ngaran) adalah untuk
melahirkan murid bermasalah pendengaran yang menghormati diri dan
orang lain, berilmu, beramal, berketerampilan dan berakhlak mulia
serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan
negara.
Objektif
Setelah mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan
Khas (KSSRPK) Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) murid
dapat;
1. Membaca surah-surah terpilih daripada al-Quran dengan betul
secara isyarat atau kod untuk memupuk minat membaca al-
Quran dan mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan
seharian;
2. Memahami maksud beberapa surah terpilih dan menghayati
pengajarannya ke arah meyakini al-Quran sebagai rujukan;
3. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih dan
mengamalkan tuntutan hadis serta menghayati kepentingannya
dalam kehidupan seharian;
4. Memahami dan meyakini asas-asas akidah sebagai pegangan
dan benteng dalam kehidupan beragama;
5. Memahami dan mengamalkan asas ibadah sebagai memenuhi
tuntutan fardu ain dan fardu kifayah;
6. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah
SAW bagi menanam rasa kecintaan kepada baginda;
7. Memahami, mengamalkan dan menghayati nilai-nilai akhlak
dalam kehidupan seharian; dan
8. Membaca dan menulis tulisan jawi serta mencintainya sebagai
warisan budaya bangsa.
7
ORGANISASI KANDUNGAN
Bidang Al-Quran
a. Mengenal dan membaca al-Quran menggunakan Kaedah Fakih.
b. Memahami makna surah al-Fatihah dan surah-surah tertentu
dari juzuk A’mma ( عم ) serta menghayati pengajarannya.
Bidang Hadis
a. Merumus dan mengamalkan tuntutah hadis.
b. Menghayati kepentingan hadis dalam kehidupan harian.
Bidang Akidah
a. Memahami dan mempunyai akidah yang sahih.
b. Mengetahui mengenai peraturan akidah yang ditentukan oleh
Allah SWT dan melaksanakannya.
c. Mengaplikasikan tuntutan akidah dalam kehidupan seharian.
Bidang Ibadah
a. Melaksanakan ibadah fardhu seperti solat, puasa, zakat dan haji.
b. Mematuhi peraturan dan cara hidup Muslim dalam hubungan
dengan Allah SWT, Rasulullah SAW dan sesama manusia.
Bidang Sirah
a. Mengetahui peristiwa yang berlaku dan sirah Rasulullah SAW.
b. Mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa dalam sirah
Rasulullah SAW.
Bidang Akhlak
Mematuhi peraturan dan tatacara, serta berakhlak terhadap diri sendiri,
keluarga, masyarakat, negara dan alam sekitar.
Bidang Jawi
a. Mengenal dan membaca tulisan jawi.
b. Menulis tulisan jawi dengan baik.
c. Mempelajari asas seni khat.
8
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Asas 3M, guru
boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Antaranya adalah:
Inkuiri
Analisis Tugasan
Belajar Melalui Bermain
Pengajaran Bertema
Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)
Konstruktivisme
Multi Sensori
Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran Interaktif
Pembelajaran Koperatif
Simulasi
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
Rancangan Pendidikan Individu (RPI):
…adalah....suatu rekod yang mengandungi butiran
sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang
menyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap murid
berkeperluan pendidikan khas.
(Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013).
...adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat
perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid
berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan
tahap pencapaian murid.
(Buku Panduan Rancangan Pendidikan
(RPI) Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas,2000)
RPI dirumuskan sebagai suatu rancangan pengajaran berasaskan
penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan
murid pendidikan khas. Ia dirancang khusus bagi individu murid, dan
dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan penerapan
ke atas rancangan pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan.
Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah tentang
keperluan individu murid dan bagaimana keperluan tersebut dirancang
untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, perlu ada kerjasama
9
dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa, dan murid itu sendiri,
dengan dibantu oleh pegawai pendidikan peringkat negeri dan daerah,
dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.
RPI memperincikan antara lain:
i. Tahap prestasi sedia ada murid
ii. Perancangan akademik dan bukan akademik
iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid
iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur
v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi
mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian
vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu perkhidmatan
dapat disediakan untuk murid, dan
viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan
membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran
mereka.
PENTAKSIRAN SEKOLAH Pengajaran dan pembelajaran perlu dinilai keberkesanannya melalui
aktiviti pentaksiran. Pentaksiran di bilik darjah penting bagi mengetahui
tahap penguasaan dan pemahaman murid tentang apa yang telah
dipelajari. Pentaksiran boleh dijalankan secara formatif dan sumatif.
Maklumat yang diperoleh akan membantu guru untuk menambah baik
kaedah pengajaran serta dapat memberi maklum balas kepada guru
untuk merancang tindakan susulan bagi meningkatkan penguasaan
dan pemahaman murid. Guru hendaklah merancang dengan teliti
kaedah yang sesuai untuk mentaksir murid bagi memastikan
pentaksiran yang relevan dan menepati tujuan.
Kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan adalah
seperti berikut:
i. Pemerhatian
Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran,
sikap dan nilai murni. Pentaksiran secara pemerhatian
hendaklah disertakan dengan senarai semak.
ii. Ujian / Kuiz
Ujian atau kuiz boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel
atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk
soalan objektif atau subjektif.
10
iii. Persembahan
Persembahan secara lisan atau amali adalah penting untuk
menilai kemahiran bertutur, berkomunikasi (kod tangan dan
isyarat), keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang isi
kandungan yang dipelajari.
iv. Folio
Folio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu atau
kumpulan. Contoh folio adalah buku skrap dan laporan.
Standard Prestasi Standard Prestasi merupakan skala rujukan guru untuk menentukan
pencapaian murid dalam menguasai Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran yang ditetapkan.
Standard Prestasi mengandungi 6 Tahap Penguasaan yang disusun
secara hirarki di mana Tahap Penguasaan 1 menunjukkan pencapaian
terendah sehingga pencapaian tertinggi iaitu Tahap Penguasaan 6.
Setiap pernyataan Tahap Penguasaan ditafsirkan secara generik
sebagai aras tertentu untuk memberi gambaran holistik
tentang
pencapaian murid.
Tafsiran umum pernyataan Tahap Penguasaan tersebut adalah seperti
di Jadual 2.
Tahap Penguasaan
Tafsiran
1 Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
2 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3 Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.
6
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
Jadual 2: Tafsiran Umum Standard Prestasi
11
Tafsiran pernyataan Standard Prestasi bagi mata pelajaran Pendidikan Islam
(Masalah Pendengaran) adalah seperti di Jadual 3.
Jadual 3: Tafsiran pernyataan Standard Prestasi Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran)
Tahap Penguasaan
Kemahiran Tafsiran
1 Ilmu Murid menguasai asas penghayatan, kemahiran dan nilai dalam tajuk yang dipelajari.
2 Amali Murid menjelaskan konsep atau menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai secara praktik dalam tajuk yang dipelajari.
3 Amalan Murid mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada tajuk yang dipelajari dalam kehidupan seharian.
4 Iltizam
Murid menjadikan pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada tajuk yang dipelajari sebagai amalan dan melakukannya secara bersungguh-sungguh serta bertanggungjawab melaksanakan sesuatu dalam kehidupan seharian
5 Penghayatan
Murid memberi justifikasi atau istiqamah terhadap tindakan yang dilakukan dalam kehidupan seharian berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada tajuk yang dipelajari
6 Pentabiatan
Murid mengalami perubahan tingkah laku, cara pemikiran serta mempamerkan ciri-ciri kepimpinan sebagai seorang yang bertakwa berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada tajuk yang telah dipelajari dan boleh dicontohi atau boleh membimbing orang lain
STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
Membaca kalimah daripada Surah al-Zalzalah.
Membaca ayat daripada Surah al-Zalzalah.
Membaca Surah al-Zalzalah dengan baik dan diamalkan dalam kehidupan seharian.
Membaca Surah al-Zalzalah dengan betul dan bersungguh-sungguh.
Membaca Surah al-Zalzalah dengan betul dan lancar serta istiqamah.
Membaca Surah al-Zalzalah dengan betul dan
6 lancar serta dapat dicontohi bacaannya atau boleh membimbing orang lain.
TAHAP
PENGUASAAN
1
2
3
1.1.3 Membaca ayat 1 hingga 8 daripada Surah al-Zalzalah.
12
4
5
BIDANG: AL-QURAN
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Mengenal dan 1.1.1 Mengenal dan mengecam
membaca Surah kalimah dan ayat daripada al-Zalzalah. Surah al-Zalzalah.
1.1.2 Menyebut kalimah-kalimah
tertentu daripada Surah al-Zalzalah.
BIDANG: AL-QURAN
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.2 Mengenal dan membaca 1.2.1 Mengenal dan mengecam
Surah al-Bayyinah. kalimah dan ayat daripada Surah al-Bayyinah.
1.2.2 Menyebut kalimah-kalimah
tertentu daripada Surah al-Bayyinah.
1.2.3 Membaca ayat 1 hingga 8
daripada Surah al-Bayyinah.
13
STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
Membaca kalimah daripada Surah al-Bayyinah.
Membaca ayat daripada Surah al-Bayyinah.
TAHAP
PENGUASAAN
1
2
3
4
5
6
Membaca Surah al-Bayyinah dengan baik dan kehidupan seharian. diamalkan dalam
Membaca Surah al-Bayyinah dengan betul dan bersungguh-sungguh.
Membaca Surah al-Bayyinah dengan betul dan lancar serta istiqamah.
Membaca Surah al-Bayyinah dengan betul dan lancar serta dapat dicontohi bacaannya atau boleh membimbing orang lain.
STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
Membaca kalimah daripada Surah at-Tin.
Membaca ayat daripada Surah at-Tin.
Membaca Surah at-Tin dengan baik dan diamalkan dalam kehidupan seharian.
Membaca Surah at-Tin dengan betul dan bersungguh-sungguh.
Membaca Surah at-Tin dengan betul dan lancar serta istiqamah.
Membaca Surah at-Tin dengan betul dan lancar serta dapat dicontohi bacaannya atau boleh membimbing orang lain.
BIDANG: AL-QURAN
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.3 Mengenal dan membaca 1.3.1 Mengenal dan mengecam
Surah at-Tin. kalimah dan ayat daripada Surah at-Tin.
1.3.2 Menyebut kalimah-kalimah
tertentu daripada Surah at-Tin.
1.3.3 Membaca ayat 1 hingga 8
daripada Surah at-Tin.
14
TAHAP
PENGUASAAN
1
2
3
4
5
6
STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
Menyatakan makna kalimah-kalimah tertentu daripada Surah al-Falaq.
Menjelaskan maksud Surah al-Falaq.
Menjelaskan dan mengaplikasikan maksud Surah al-Falaq dalam kehidupan seharian.
Memahami dan mengamalkan Surah al-Falaq secara bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
Memahami dan mengamalkan Surah al-Falaq secara istiqamah dan melaksanakannya dalam kehidupan seharian.
Memahami dan mengamalkan Surah al-Falaq dalam kehidupan seharian serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.
BIDANG: AL-QURAN
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.4 Memahami Surah 1.4.1 Membaca ayat 1 hingga
al-Falaq. 5 Surah al-Falaq.
1.4.2 Mengenal makna
kalimah-kalimah tertentu daripada Surah al-Falaq.
1.4.3 Memahami maksud
TAHAP
PENGUASAAN
1
2
3
ayat 1 hingga 5 daripada Surah al-Falaq.
4 1.4.4 Memahami maksud
keseluruhan Surah al-Falaq.
15
5 6
STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
Menyatakan makna kalimah-kalimah tertentu daripada Surah al-Ikhlas.
Menjelaskan maksud Surah al-Ikhlas.
Menjelaskan dan mengaplikasikan maksud Surah al-Ikhlas dalam kehidupan seharian.
Memahami dan mengamalkan Surah al-Ikhlas secara bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
Memahami dan mengamalkan Surah al-Ikhlas secara istiqamah dan melaksanakannya dalam kehidupan seharian.
Memahami dan mengamalkan Surah al-Ikhlas dalam kehidupan seharian serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.
BIDANG: AL-QURAN
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.5 Memahami Surah 1.5.1 Membaca ayat 1 hingga
al-Ikhlas. 4 Surah al-Ikhlas.
1.5.2 Mengenal makna
kalimah-kalimah tertentu daripada Surah al-Ikhlas.
1.5.3 Memahami maksud
TAHAP
PENGUASAAN
1
2
3
ayat 1 hingga 4 daripada Surah al-Ikhlas.
4 1.5.4 Memahami maksud
keseluruhan Surah al-Ikhlas.
16
5 6
STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
Membaca hadis dan terjemahannya
Menjelaskan tuntutan hadis dan mempraktikkan cara menghormati tetamu
Menjelaskan dan mengaplikasikan tuntutan hadis menghormati tetamu dalam kehidupan seharian.
Menjelaskan tuntutan hadis menghormati tetamu dan mengamalkannya secara bersungguh-sungguh dalam kehidupan seharian.
Menjelaskan tuntutan hadis menghormati tetamu dan memberi justifikasi kepentingan melaksanakannya dalam kehidupan seharian.
Mengamalkan tuntutan hadis menghormati tetamu dan menghayati kepentingannya dalam kehidupan seharian serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1.1 Membaca hadis dan
terjemahannya
2.1.2 Menerangkan maksud
tetamu
2.1.3 Menghuraikan kepentingan
melaksanakan tuntutan hadis
2.1.4 Menjelaskan cara
memuliakan tetamu
2.1.5 Menjelaskan akibat tidak
memuliakan tetamu
TAHAP
PENGUASAAN
1
2
3
4
5
2.1.6 Mengamal dan menghayati tuntutan hadis
6
17
BIDANG: HADIS
STANDARD KANDUNGAN
2.1 Membaca dan
menghayati hadis menghormati tetamu
Sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud:
“Dan sesiapa yang beriman
kepada Allah dan Hari Akhirat
maka hendaklah memuliakan
tetamu.”
( Riwayat Bukhari dan Muslim)
STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
Menyatakan maksud as-Sabur.
Menjelaskan contoh-contoh as-Sabur Allah.
Menjelaskan dan mengaplikasikan kefahaman terhadap maksud as-Sabur dalam kehidupan seharian.
Memahami dan mengamalkan faedah meyakini nama Allah as-Sabur dengan menjadikannya sebagai asas tindakan dalam kehidupan seharian.
Merumuskan kefahaman terhadap faedah meyakini nama Allah as-Sabur dengan menjadikannya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian.
Merumuskan kefahaman terhadap as-Sabur dan mengamalkan sifat sabar dengan menjadikannya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian dan dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.
BIDANG: AKIDAH
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.1 Memahami dan 3.1.1.1 Menyatakan pengertian
menyakini nama-nama as-Sabur. Allah:
3.1.1.2 Menjelaskan contoh- 3.1.1 As-Sabur contoh as-Sabur Allah.
3.1.1.3 Menerangkan faedah
meyakini nama Allah as-Sabur.
3.1.1.4 Mengamalkan sifat
sabar dalam tindakan.
18
TAHAP
PENGUASAAN
1
2
3
4
5
6
STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
Menyatakan maksud al-Hakim.
Menjelaskan contoh-contoh al-Hakim Allah.
Menjelaskan dan mengaplikasikan kefahaman terhadap maksud al-Hakim dalam kehidupan seharian.
Menerangkan faedah meyakini nama Allah al-Hakim dengan menjadikannya sebagai asas tindakan dalam kehidupan seharian.
Merumuskan kefahaman terhadap faedah meyakini nama Allah al-Hakim dengan menjadikannya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian.
Merumuskan kefahaman terhadap al-Hakim dengan melaksanakan tugasan dengan bijaksana sebagai pegangan dalam kehidupan seharian dan dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.
BIDANG: AKIDAH
STANDARD KANDUNGAN
3.1 Memahami dan
meyakini nama-nama Allah:
3.1.2 Al-Hakim
STANDARD PEMBELAJARAN
3.1.2.1 Menyatakan pengertian
al-Hakim.
3.1.2.2 Menjelaskan contoh-
contoh al-Hakim Allah.
TAHAP
PENGUASAAN
1
2
3.1.2.3 Menerangkan faedah meyakini nama Allah al-Hakim.
3.1.2.4Sentiasa melaksanakan
tugasan dengan bijaksana.
19
3
4
5
6
STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
Menyatakan maksud Sama’.
Menjelaskan maksud meyakini Allah bersifat Sama’.
Menerangkan kesan meyakini Allah bersifat Sama’ dan mengaplikasikan kefahaman terhadap sifat Sama’ dalam kehidupan seharian.
Memahami dan mengamalkan kesan meyakini Allah bersifat Sama’ dengan menjadikannya sebagai asas tindakan dalam kehidupan seharian.
Merumuskan kefahaman terhadap sifat Sama’ dan menjelaskan kesan meyakini Allah bersifat Sama’ dengan menjadikannnya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian.
Merumuskan kefahaman terhadap sifat Sama’ dan sentiasa memohon kepada Allah dengan menjadikannya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian dan dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.
BIDANG: AKIDAH
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.2 Memahami dan meyakini 3.2.1.1 Menyatakan maksud
sifat-sifat Allah: Sama’.
3.2.1 Sama’ 3.2.1.2 Menyatakan maksud
meyakini Allah bersifat Sama’.
3.2.1.3 Menerangkan faedah
meyakini Allah bersifat Sama’.
3.2.1.4 Menjelaskan akibat tidak
meyakini Allah bersifat Sama’.
3.2.1.5 Sentiasa memohon
kepada Allah.
20
TAHAP
PENGUASAAN
1
2
3
4
5
6
STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
Menyatakan maksud Basar.
Menjelaskan maksud meyakini Allah bersifat Basar.
Menjelaskan faedah meyakini Allah bersifat Basar dan mengaplikasikan kefahaman terhadap sifat Basar dalam kehidupan seharian.
Memahami dan mengamalkan kesan meyakini Allah bersifat Basar dengan menjadikannya sebagai asas tindakan dalam kehidupan seharian.
Merumuskan kefahaman terhadap sifat Basar dan menjelaskan kesan meyakini Allah bersifat Basar dengan menjadikannya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian.
Merumuskan kefahaman terhadap sifat Basar dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang dengan menjadikannya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian dan dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.
BIDANG: AKIDAH
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.2 Memahami dan meyakini 3.2.2.1 Menyatakan pengertian
sifat-sifat Allah: Basar.
3.2.2 Basar 3.2.2.2 Menyatakan maksud
meyakini Allah bersifat Basar.
3.2.2.3 Menerangkan faedah
meyakini Allah bersifat Basar.
3.2.2.4 Menjelaskan akibat
tidak meyakini Allah bersifat Basar.
3.2.2.5 Menjauhi perkara-
perkara yang dilarang.
21
TAHAP
PENGUASAAN
1
2
3
4
5
6
STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
Menyatakan maksud Kalam.
Menjelaskan maksud meyakini Allah bersifat Kalam.
Menjelaskan kesan meyakini Allah bersifat Kalam dan mengaplikasikan kefahaman terhadap sifat Kalam dalam kehidupan seharian.
Memahami dan mengamalkan kesan meyakini Allah bersifat Kalam dengan menjadikannya sebagai asas tindakan dalam kehidupan seharian.
Merumuskan kefahaman terhadap sifat Kalam dan menjelaskan kesan meyakini Allah bersifat Kalam dengan menjadikannya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian.
Merumuskan kefahaman terhadap sifat Kalam dan sentiasa mengamalkan kata-kata yang baik dengan menjadikannya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian dan dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.
BIDANG: AKIDAH
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.2 Memahami dan meyakini 3.2.3.1 Menyatakan pengertian
sifat-sifat Allah: Kalam.
3.2.3 Kalam 3.2.3.2 Menyatakan maksud
meyakini Allah bersifat Kalam.
3.2.3.3 Menerangkan faedah
meyakini Allah bersifat Kalam.
3.2.3.4 Menjelaskan akibat tidak
meyakini Allah bersifat Kalam.
3.2.3.5 Sentiasa mengamalkan
kata-kata yang baik.
22
TAHAP
PENGUASAAN
1
2
3
4
5
6
STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
Menyatakan maksud Sam’iyaat.
Menjelaskan perkara-perkara Sam’iyaat.
Menjelaskan kesan beriman dengan perkara- perkara Sam’iyaat dan mengaplikasikan kefahaman terhadap perkara-perkara Sam’iyaat dalam kehidupan seharian.
Memahami dan mengamalkan kesan beriman dengan perkara-perkara Sam’iyaat dengan menjadikannya sebagai asas tindakan dalam kehidupan seharian.
Merumuskan kefahaman terhadap konsep Sam’iyaat serta kesan beriman dengan perkara Sam’iyaat dengan menjadikannya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian.
Merumuskan kefahaman terhadap konsep Sam’iyaat dan sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dengan menjadikannya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian dan dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.
BIDANG: AKIDAH
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.3 Memahami dan meyakini 3.3.1 Menyatakan maksud
perkara-perkara Sam’iyaat. Sam’iyaat.
3.3.2 Menyatakan perkara- perkara Sam’iyaat.
3.3.3 Menjelaskan faedah
beriman dengan perkara- perkara Sam’iyaat.
3.3.4 Menerangkan akibat tidak
beriman dengan perkara- perkara Sam’iyaat.
3.3.5 Sentiasa berhati-hati dalam
setiap tindakan.
23
TAHAP
PENGUASAAN
1
2
3
4
5
6
BIDANG: IBADAH
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
4.1 Memahami dan 4.1.1 Menyatakan pengertian
mengamalkan puasa puasa. Ramadan.
4.1.2 Menyatakan rukun puasa.
4.1.3 Menyenaraikan syarat-
syarat wajib puasa.
4.1.4 Menyenaraikan syarat-
syarat sah puasa.
4.1.5 Menjelaskan perkara-
perkara yang membatalkan puasa.
4.1.6 Menerangkan hikmah
berpuasa.
4.1.7 Sentiasa istiqamah
melaksanakan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan.
24
STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
Menyatakan maksud puasa.
Menyatakan konsep ibadah puasa dengan betul
Menjelaskan dan mengaplikasikan ibadah puasa dalam kehidupan seharian. Menjelaskan dan mengamalkan ibadah puasa dengan bersungguh-sungguh dalam kehidupan seharian.
Menjelaskan dan mengamalkan ibadah puasa secara sempurna serta istiqamah dalam kehidupan seharian.
Menjelaskan dan mengamalkan ibadah puasa secara istiqamah dalam kehidupan seharian serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.
TAHAP
PENGUASAAN
1
2
3
4
5
6
STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
Menyatakan maksud dan hukum Solat Jenazah.
Menjelaskan dan mempraktikkan cara Solat Jenazah.
Menjelaskan dan mengaplikasikan cara Solat Jenazah dengan betul dalam kehidupan seharian.
Menjelaskan dan mengamalkan Solat Jenazah dalam kehidupan seharian.
Menjelaskan dan mengamalkan Solat Jenazah secara sempurna dalam kehidupan seharian.
Menjelaskan dan mengamalkan Solat Jenazah secara sempurna dalam kehidupan seharian serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.
TAHAP
PENGUASAAN
1
2
3
4
5
6
BIDANG: IBADAH
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
4.2 Memahami dan 4.2.1 Menyatakan pengertian
mengamalkan Solat dan hukum Solat Jenazah. Jenazah.
4.2.2 Menyatakan Rukun Solat Jenazah. 4.2.3 Menyatakan perbezaan
Solat Jenazah dengan Solat Fardu.
4.2.4 Amali Solat Jenazah
25
STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
Menyatakan maksud Solat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Menyatakan perbezaan antara Solat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Menjelaskan dan mengamalkan cara Solat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha dengan betul.
Menjelaskan dan mengaplikasikan cara Solat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha dengan sempurna dan bersungguh-sungguh.
Menganalis dan melakukan cara Solat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha secara sempurna dengan menekankan kepentingan melakukannya.
Melakukan Solat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha secara sempurna dengan menekankan kepentingan melakukannnya serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.
BIDANG: IBADAH
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
4.3 Memahami dan 4.3.1 Menyatakan pengertian
mengamalkan Solat Hari Solat Hari Raya Aidilfitri Raya Aidilfitri dan dan Aidiladha. Aidiladha.
4.3.2 Menyatakan rukun Solat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha
4.3.3 Menyatakan perbezaan
ibadah sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
4.3.3 Amali Solat Hari Raya
Aidilfitri dan Aidiladha.
26
TAHAP
PENGUASAAN
1
2
3
4
5
6
STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
Menyatakan latar belakang penduduk Madinah.
Menjelaskan isi kandungan Piagam Madinah.
Menjelaskan dan mengaplikasikan iktibar daripada peristiwa Piagam Madinah di dalam kehidupan seharian.
Menjelaskan dan mengaplikasikan iktibar daripada peristiwa Piagam Madinah dalam kehidupan seharian dengan bersungguh- sungguh.
Menganalisis dan mengaplikasikan iktibar daripada peristiwa Piagam Madinah dalam kehidupan seharian secara istiqamah.
Menganalisis dan mengaplikasikan iktibar daripada peristiwa Piagam Madinah secara istiqamah serta boleh membimbing orang lain memahami peristiwa tersebut.
BIDANG: SIRAH
STANDARD KANDUNGAN
5.1 Memahami dan
mengambil iktibar daripada peristiwa Piagam Madinah.
STANDARD PEMBELAJARAN
5.1.1 Menyatakan latar
belakang penduduk Madinah.
5.1.2 Menyenaraikan isi
kandungan Piagam Madinah.
5.1.3 Menjelaskan iktibar
daripada peristiwa Piagam Madinah.
TAHAP
PENGUASAAN
1
2
3
4
5.1.4 Mematuhi peraturan pada setiap masa berdasarkan peristiwa 5 Piagam Madinah.
6
27
STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
Menyatakan isi Perjanjian Hudaibiyah.
Menjelaskan isi Perjanjian Hudaibiyah dan mengambil iktibar daripada peristiwa perjanjian Hudaibiyah.
Menjelaskan dan mengaplikasikan isi Perjanjian Hudaibiyah dan kesan perjanjian tersebut dalam kehidupan seharian.
Menjelaskan dan mengaplikasikan iktibar daripada peristiwa Perjanjian Hudaibiyah dalam kehidupan seharian secara bersungguh-sungguh.
Menganalisis dan mengaplikasikan iktibar daripada peristiwa Perjanjian Hudaibiyah dalam kehidupan seharian secara istiqamah.
Menganalisis dan mengaplikasikan iktibar daripada peristiwa Perjanjian Hudaibiyah dalam kehidupan seharian secara istiqamah serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.
BIDANG: SIRAH
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
5.2 Memahami dan 5.2.1 Menyenaraikan isi
mengambil iktibar Perjanjian Hudaibiyah. daripada peristiwa Perjanjian Hudaibiyah. 5.2.2 Menyatakan kesan
daripada Perjanjian Hudaibiyah.
5.2.3 Menjelaskan iktibar
daripada peristiwa Perjanjian Hudaibiyah.
5.2.4 Menepati janji dalam
kehidupan seharian berdasarkan Perjanjian Hudaibiyah.
28
TAHAP
PENGUASAAN
1
2
3
4
5
6
STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
Menyatakan peristiwa pembukaan Kota Makkah.
Menjelaskan kesan daripada peristiwa pembukaan Kota Makkah terhadap orang Musyrikin Makkah dan orang Islam.
Menjelaskan dan mengaplikasikan kesan dan iktibar daripada peristiwa pembukaan Kota Makkah dalam kehidupan seharian.
Menjelaskan dan mengaplikasikan iktibar daripada peristiwa Pembukaan Kota Makkah dalam kehidupan seharian secara bersungguh-sungguh.
Menganalisis dan mengaplikasikan iktibar daripada peristiwa Pembukaan Kota Makkah dalam kehidupan seharian secara istiqamah.
Menghuraikan dan mengaplikasikan iktibar daripada peristiwa pembukaan Kota Makkah dalam kehidupan seharian secara istiqamah serta dapat dicontohi dan boleh membimbing orang lain memahami peristiwa tersebut.
BIDANG: SIRAH
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
5.3 Memahami dan 5.3.1 Menyatakan peristiwa
mengambil iktibar pembukaan Kota Makkah. daripada peristiwa pembukaan Kota 5.3.2 Menyatakan kesan Makkah. daripada peristiwa
pembukaan Kota Makkah.
TAHAP
PENGUASAAN
1
2
3 5.3.3 Menjelaskan iktibar
daripada peristiwa pembukaan Kota Makkah.
4
5.3.4 Menghormati hak asasi manusia berdasarkan peristiwa pembukaan 5 Kota Makkah.
6
29
STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
Menyatakan peristiwa sebelum kewafatan Nabi Muhammad SAW.
Menceritakan peristiwa kewafatan Nabi Muhammad SAW.
Menjelaskan dan mengaplikasikan kesan dan iktibar kewafatan Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian.
Menjelaskan dan mengaplikasikan iktibar daripada peristiwa kewafatan Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian secara bersungguh-sungguh.
Menganalisis dan mengaplikasikan iktibar daripada peristiwa kewafatan Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian secara istiqamah.
Menghuraikan dan mengaplikasikan iktibar daripada peristiwa kewafatan Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian secara istiqamah serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.
STANDARD PEMBELAJARAN
5.4.1 Menyatakan peristiwa
sebelum kewafatan Nabi Muhammad SAW.
TAHAP
PENGUASAAN
1
2 5.4.2 Menyatakan peristiwa
kewafatan Nabi Muhammad SAW.
5.4.3 Menjelaskan kesan
kewafatan Nabi Muhammad SAW.
5.4.4 Menjelaskan iktibar
daripada peristiwa kewafatan Nabi Muhammad SAW.
3
4
5
5.4.5 Mencontohi Sunnah Nabi Muhammad SAW.
6
30
BIDANG: SIRAH
STANDARD KANDUNGAN
5.4 Memahami dan
mengambil iktibar daripada peristiwa kewafatan Nabi Muhammad SAW.
STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
Menyatakan maksud alam sekitar.
Menjelaskan adab menjaga alam sekitar.
Menyatakan hikmah adab menjaga alam sekitar dengan betul.
Menyenaraikan akibat tidak mengamalkan adab menjaga alam sekitar serta membudayakannya dalam kehidupan seharian.
Mengamalkan adab menjaga alam sekitar secara istiqamah serta membudayakannya dalam kehidupan seharian.
Mengamalkan adab menjaga alam sekitar secara istiqamah serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.
BIDANG: ADAB
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
6.1 Memahami dan 6.1.1 Menyatakan maksud alam
mengamalkan adab sekitar. menjaga alam sekitar.
6.1.2 Menyenaraikan adab menjaga alam sekitar.
6.1.3 Menyatakan hikmah
menjaga alam sekitar.
6.1.4 Menerangkan akibat tidak
mengamalkan adab menjaga alam sekitar.
6.1.5 Mengamalkan adab
menjaga alam sekitar.
31
TAHAP
PENGUASAAN
1
2
3
4
5
6
STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
Menyatakan maksud harta benda awam.
Menjelaskan adab menjaga harta benda awam.
Menunjuk cara menjaga harta benda awam dengan betul.
Menyenaraikan kesan adab menjaga harta benda awam serta membudayakannya dalam kehidupan seharian.
Mengamalkan adab menjaga harta benda awam secara istiqamah serta membudayakannya dalam kehidupan seharian.
Mengamalkan adab menjaga harta benda awam secara istiqamah serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.
TAHAP
PENGUASAAN
1
2
3
4
5
6
BIDANG: ADAB
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
6.2 Memahami dan 6.2.1 Menyatakan maksud harta
mengamalkan adab benda awam. menjaga harta benda awam. 6.2.2 Menyenaraikan adab
menjaga harta benda awam.
6.2.3 Menyatakan hikmah
menjaga harta benda awam.
6.2.4 Menerangkan akibat tidak
menjaga harta benda awam.
6.2.5 Mengamalkan adab
menjaga harta benda awam.
32
STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
Menyatakan adab terhadap haiwan.
Menjelaskan adab terhadap haiwan.
Menunjuk cara adab terhadap haiwan dengan betul.
Menyenaraikan kesan mengamalkan adab terhadap haiwan serta membudayakannya dalam kehidupan seharian.
Mengamalkan adab terhadap haiwan secara istiqamah serta membudayakannya dalam kehidupan seharian.
Mengamalkan adab terhadap haiwan secara istiqamah dalam kehidupan seharian serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.
BIDANG: ADAB
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
6.3 Memahami dan 6.3.1 Menyenaraikan adab
mengamalkan adab terhadap haiwan. terhadap haiwan.
6.3.2 Menyatakan hikmah mengamalkan adab terhadap haiwan.
6.3.3 Menerangkan akibat tidak
mengamalkan adab terhadap haiwan.
6.3.4 Mengamalkan adab
terhadap haiwan.
33
TAHAP
PENGUASAAN
1
2
3
4
5
6
STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
Menyatakan adab kecintaan kepada Negara.
Menjelaskan adab kecintaan kepada Negara.
Menjelaskan kesan adab kecintaan kepada Negara dengan betul.
Menjelaskan kesan mengamalkan adab kecintaan kepada Negara serta membudayakannya dalam kehidupan seharian.
Mengamalkan adab kecintaan kepada Negara secara istiqamah serta membudayakannya dalam kehidupan seharian.
Mengamalkan adab kecintaan kepada Negara secara istiqamah dalam kehidupan seharian serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.
BIDANG: ADAB
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
6.4 Memahami dan 6.4.1 Menyenaraikan adab
mengamalkan adab kecintaan kepada Negara. kecintaan kepada Negara. 6.4.2 Menyatakan hikmah
mencintai Negara.
6.4.3 Menjelaskan akibat tidak
mencintai Negara.
6.4.4 Mengamalkan adab
kecintaan kepada Negara.
34
TAHAP
PENGUASAAN
1
2
3
4
5
6
STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
Mengeja dan membaca pelbagai teks berdasarkan tema.
Menyebut, membaca dan menulis pelbagai teks berdasarkan tema.
Membaca dan menulis pelbagai teks berdasarkan tema dengan betul.
Membina dan menulis pelbagai teks berdasarkan tema dengan betul dan membudayakannya dalam kehidupan seharian.
Membina dan menulis pelbagai teks berdasarkan tema dengan betul dan berterusan serta membudayakannya dalam kehidupan seharian.
Membina dan menulis pelbagai teks berdasarkan tema dengan sempurna serta boleh dicontohi dan membimbing orang lain.
BIDANG: JAWI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
7.1 Membaca, membina dan 7.1.1 Membaca pelbagai teks
menulis pelbagai teks berdasarkan tema: berdasarkan tema. - Sukan
- Perayaan
7.1.2 Membina dan menulis
pelbagai teks berdasarkan tema: - Sukan - Perayaan
35
TAHAP
PENGUASAAN
1
2
3
4
5
6
STANDARD PRESTASI
TAFSIRAN
Mengeja dan menulis huruf tunggal jawi dalam bentuk khat riq’aah.
Menulis perkataan jawi dalam bentuk khat riq’aah.
Menulis perkataan jawi dalam bentuk khat riq’aah dengan betul.
Menulis perkataan jawi bentuk khat riq’aah dengan betul dan membudayakannya dalam kehidupan seharian.
Mmenulis ayat dalam bentuk khat riq’aah dengan betul secara isitiqamah dan membudayakannya dalam kehidupan seharian.
Menulis ayat dalam bentuk khat riq’aah dengan cantik dan kemas secara istiqamah dan membudayakannya serta boleh dicontohi dan membimbing orang lain.
TAHAP
PENGUASAAN
1
2 7.2.2 Menulis perkataan dalam
bentuk khat riq’aah.
3 7.2.3 Menulis ayat dalam bentuk
khat riq’aah.
4 7.2.4 Mencintai tulisan khat.
5
6
36
BIDANG: JAWI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
7.2 Mengenal dan menulis 7.2.1 Mengenal dan menulis
Khat Riq’aah. huruf tunggal jawi dalam bentuk khat riq’aah.