Upload
lyque
View
228
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR
TAHUN LIMA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
DRAF
PENDIDIKAN KHAS(MASALAH PEMBELAJARAN)
DRAF
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR
TAHUN LIMA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
DRAF
Cetakan Pertama 2014 © Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak CiptaTerpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua samaada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
DRAF
DRAF
DRAF
KANDUNGAN
MUKA SURAT
RUKUN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
KANDUNGAN
PENDAHULUAN 1
MATLAMAT 1
OBJEKTIF 1
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 2
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 3
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4
FOKUS MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR 5
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 6
PENTAKSIRAN SEKOLAH 7
PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR 11
DRAF
DRAF
1
PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
(Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan prinsip-prinsip
pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara
menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama
untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR
Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bersifat holistik, tidak
menekankan akademik semata-mata selaras dengan yang
dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM).
Bagi memenuhi keperluan individu, pengajaran dan pembelajaran
di Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran)
dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 , 8.(1)(c) yang menyatakan;
....seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada:
i. kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran
ii. masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti
iii susunan aktiviti; dan
iv bahan bantu mengajar
...... apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah
perenggan (1)(c) hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan
Khas.
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina supaya
pembelajaran yang diperolehi di bilik darjah dapat diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan
pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran
supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan
berupaya menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.
MATLAMAT
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan
matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan
secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu, sesuai dengan
tahap keperluan murid pendidikan khas. Perkembangan ini meliputi
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan
yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
OBJEKTIF
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) membolehkan
murid:
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam
menguruskan kehidupan seharian dengan lebih bermakna
serta menjadi warganegara yang berguna
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat
berdikari dalam kehidupan seharian
iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah
kehidupan berkerjaya
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri
dengan sempurna
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,
berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila
masyarakat majmuk
DRAF
2
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
bagi yang beragama Islam
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain
utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi
membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi
v. Fizikal dan Estetika
vi. Keterampilan Diri
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam
bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan
dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular
yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah
DRAF
3
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.
Standard Prestasi
Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap penguasan murid
sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai.
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang
seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,
berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad
ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid
untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid
akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran
berfikir.
Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun
1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis
(KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras
rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan
kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
KBAT merujuk pada keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan
refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT juga merujuk
kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
mencipta seperti di Jadual 1.
KBAT Penerangan
Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan
nilai dalam situasi berlainan untuk
melaksanakan sesuatu perkara.
Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian
kecil untuk memahami dengan lebih
mendalam serta hubung kait antara bahagian
berkenaan.
Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan
menggunakan pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi.
Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau kaedah
yang kreatif dan inovatif.
Jadual 1: Penerangan KBAT
Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata
pelajaran.
DRAF
4
KBAT boleh diaplikasikan melalui aktiviti berbentuk pembelajaran
inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu
menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan
Thinking Hats, serta teknik penyoalan yang menggalakkan
pemikiran ke aras tinggi. Murid perlu diberi tanggungjawab atas
pembelajaran mereka sendiri.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah
diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,
Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif
dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan
Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR
dikekalkan dan ditambah dengan memberi penekanan pada
elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi.
Kreativiti dan Inovasi
Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara
umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,
pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana
idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.
Elemen kreativiti dan inovasi merupakan antara elemen yang diberi
penekanan dalam KSSR bagi menyediakan murid menangani
cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi perlu dipupuk dan
dibangunkan ke tahap optimum supaya murid berupaya
menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya
menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian Bagi
mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata
pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkaitan
dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara
tersurat. Sungguhpun begitu guru digalakkan menerapkan elemen
kreativiti dan inovasi dalam mana-mana topik yang difikirkan sesuai
sekiranya elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru
haruslah menyediakan aktiviti yang meransang minat dan kreativiti
murid. Murid perlu dibimbing dengan pengetahuan dan kemahiran
untuk membolehkan mereka mengembangkan daya kreativiti dan
memupuk sikap dan personaliti yang positif.
Keusahawanan
Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020
adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen
keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan
keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan
murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:
Mengamalkan sikap keusahawanan;
Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
pengurusan perniagaan;
Memformulasikan konsep, proses atau produk
keusahawanan; dan
Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam
keusahawanan.
Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap
kebolehan murid sekolah rendah.
DRAF
5
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk
memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.
Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet,
perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan
berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam
mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh
dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.
Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan
dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK
iaitu:
Belajar mengenai TMK
Belajar melalui TMK
Belajar dengan TMK
FOKUS MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL
DAN ALAM SEKITAR
Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar(PSSAS) mula
diperkenalkan di Tahun 4 (Tahap 2) bagi murid pendidikan khas
(Masalah Pembelajaran). Matapelajaran PSSAS merupakan
gabungan empat disiplin ilmu iaitu Sains, Geografi/ Alam Sekitar,
Sejarah dan Kemahiran Sosial.
Matlamat
Matlamat matapelajaran PSSAS adalah untuk melahirkan murid
yang mempunyai pengetahuan asas sains, menghargai alam
sekitar, mempunyai semangat patriotisme dan mampu berinteraksi
secara positif dalam kehidupan harian.
Objektif
Matapelajaran Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar bertujuan
untuk:
i. Menyemai minat murid bagi menguasai ilmu sains
melalui pemerhatian, pengalaman dan penyiasatan
ii. Memberi peluang murid menguasai kemahiran
saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif.
iii. Membolehkan murid mengenali dan menghargai
alam sekitar.
iv. Memberi kefahaman tentang jati diri.
v. Membolehkan murid mengaplikasi kemahiran
komunikasi dan interaksi sosial yang positif
vi. Membimbing murid dengan sikap dan nilai-nilai
murni dalam kehidupan seharian.
Disiplin Ilmu
Matapelajaran ini melibatkan empat disiplin ilmu iaitu Sains,
(40%),Geografi/ Alam Sekitar (20%),Sejarah(20%) dan Kemahiran
Sosial(20%).
i. Sains
Menyemai minat murid terhadap ilmu sains melalui
pemerhatian, pengalaman dan penyiasatan. Sains juga dapat
mendidik murid dengan kemahiran saintifik dan nilai-nilai
murni.
DRAF
6
ii. Geografi/ Alam Sekitar
Mengembangkan pemikiran agar peka tentang alam sekitar,
mengetahui punca pencemaran yang mengakibatkan
bencana serta mengambil langkah pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.
iii. Sejarah
Memberi pengetahuan asas tentang sejarah Malaysia,
mengenali identiti negara, mengetahui negeri-negeri dan
masyarakat di Malaysia serta memupuk dan menyemai
semangat patriotisme dan cintakan negara.
iv. Kemahiran Sosial
Melatih dan membimbing murid dengan kemahiran
komunikasi dan mengaplikasi interaksi sosial yang positif
serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
bermasyarakat.
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
Rancangan Pendidikan Individu (RPI):
…adalah....suatu rekod yang mengandungi butiran
sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang
menyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap
murid berkeperluan pendidikan khas.
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) 2013
...adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat
perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid
berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh
menyatakan tahap pencapaian murid.
Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI)
Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas,
2000
RPI dirumuskan sebagai suatu rancangan pengajaran berasaskan
penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi
keperluan murid pendidikan khas. Ia dirancang khusus bagi individu
murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian
dan penerapan ke atas rancangan pembelajaran dan perkhidmatan
yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak
sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan
tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut,
perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,
dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan
DRAF
7
peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat
sokongan lain.
RPI memperincikan antara lain:
i. Tahap prestasi sedia ada murid
ii. Perancangan akademik dan bukan akademik
iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid
iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur
v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi
mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian
vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu
perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan
viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan
membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran
mereka.
PENTAKSIRAN SEKOLAH
Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan
mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan
pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang
apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS
dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula
dengan perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran,
pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan hingga
pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dan
pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan
seimbang. PS merupakan aktiviti berterusan yang menuntut
komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang jelas daripada guru dan
pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke
tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut:
Iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh
tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan
pengamalan nilai murni;
Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring
dengan PdP;
Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai
mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan
Merujuk standard prestasi yang dibina
berdasarkan standard kurikulum.
PS boleh dilaksanakan secara:
Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.
Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit
pembelajaran, semester atau tahun.
Pentaksiran Rujukan Standard
Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan
pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang
murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham
dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari
berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan.
Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian
seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan
dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid
dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama
sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,
kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan
dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum
DRAF
8
balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif.
Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang
bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf
dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting
dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan
negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-
masing.
Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu
yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.
Jadual 2 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap
TP. Jadual 3 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna
pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran
Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar.
Tafsiran Umum
Jadual 2: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan
MAKSUD TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN UMUM
Tahu 1
Murid tahu perkara asas, atau boleh
melakukan kemahiran asas atau
memberi respons terhadap perkara
yang asas.
Tahu dan
Faham 2
Murid menunjukkan kefahaman untuk
menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa
yang telah dipelajari.
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat
3
Murid menggunakan pengetahuan
untuk melaksanakan sesuatu
kemahiran pada suatu situasi.
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
4
Murid melaksanakan sesuatu
kemahiran dengan beradab, iaitu
mengikut prosedur atau secara
sistematik.
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Terpuji
5
Murid melaksanakan sesuatu
kemahiran pada situasi baharu,
dengan mengikut prosedur atau
secara sistematik, serta tekal, dan
bersikap positif.
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Mithali
6
Murid berupaya menggunakan
pengetahuan dan kemahiran sedia ada
untuk digunakan pada situasi baharu
secara sistematik, bersikap positif,
kreatif dan inovatif, serta boleh
dicontohi.
DRAF
9
Tafsiran Mata Pelajaran
Jadual 3: Tafsiran Tahap Penguasaan bagi
matapelajaran Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar
Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Pentaksiran
Sekolah
Setiap guru perlu merancang PdP dengan merujuk kepada
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan
guru adalah perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP yang
berkesan dan bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu
mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan
Standard Prestasi yang telah disusun mengikut kelompok standard
kandungan dan standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi
peluang kepada setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan
yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan
pengukuhan.
Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari
dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi
panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan
seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan
pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.
Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh
dijalankan adalah:
Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek
kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah
pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid,
bukan hasil akhir yang diperoleh.
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
1 Murid tahu perkara berkaitan atau boleh memberi respons pada sebarang perkara berkaitan.
2 Murid tahu dan faham perkara yang dipelajari atau boleh memberi respons pada perkara yang dipelajari
3 Murid tahu dan faham perkara yang dipelajari dan boleh mengaplikasikannya pada situasi sebenar.
4
Murid tahu, faham dan boleh mengaplikasikan perkara yang dipelajari dengan beradab iaitu boleh mengikut cara yang betul.
5
Murid boleh menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Murid berupaya menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
DRAF
10
Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau
lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan
objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.
Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah
penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan
pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.
Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu
tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains
adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai
murni.
Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara
individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan
folio.
Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk
menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.
DRAF
11
PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR
DRAF
12
DRAF
13
1. MANUSIA
STANDARD
KANDUNGAN (murid dibimbing untuk….)
STANDARD
PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
1.1 Mengetahui
keperluan
asas
manusia
1.1.1 Menyatakan dan menghargai
keperluan asas manusia
untuk hidup:
i. makanan
ii. air
iii. udara
iv. tempat perlindungan
1.1.2 Menyata dan memerihalkan
kepentingan air, makanan,
udara dan tempat
perlindungan
1
Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai keperluan asas manusia untuk hidup.
2
Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan keperluan asas manusia untuk hidup dengan menggunakan bahan bantu belajar.
3
Menyatakan mengenai keperluan asas manusia untuk hidup dan kepentingannya kepada manusia dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4
Memilih gambar-gambar yang berkaitan keperluan asas manusia untuk hidup dengan betul.
5
Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai keperluan asas manusia dan kepentingannya dalam kehidupan seharian pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betlul sera tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan keperluan asas manusia pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
DRAF
14
2. HAIWAN
STANDARD
KANDUNGAN (muriddibimbinguntuk….)
STANDARD
PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
2.1 Mengetahui keperluan asas haiwan
2.1.1 Menyebut keperluan asas haiwan untuk hidup:
i. makanan ii. air iii. udara iv. tempat perlindungan
1
Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai keperluan asas haiwan untuk hidup.
2
Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan keperluan asas haiwan untuk hidup dengan berpandukan bahan bantu belajar.
3
Menyatakan mengenai keperluan asas haiwan untuk hidup dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4
Memilih gambar-gambar haiwan dan keperluan asas haiwan untuk hidup dengan betul.
5
Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai keperluan asas haiwan pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan keperluan asas haiwan pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
DRAF
15
STANDARD
KANDUNGAN (murid dibimbing untuk….)
STANDARD
PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
2.2 Memahami jenis
haiwan
2.2.1 Mengelaskan jenis haiwan mengikut makanan yang dimakan: i. haiwan yang makan
tumbuhan ii. haiwan yang makan haiwan lain iii. haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan lain
2.2.2 Mengelaskan haiwan mengikut habitat:
i. darat ii. air
iii. darat dan air
1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai haiwan.
2
Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan haiwan dan makanan yang dimakannya serta habitatnya dengan berpandukan bahan bantu belajar.
3
Membezakan haiwan mengikut makanan yang dimakan serta habitatnya dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4
Mengasingkan gambar-gambar haiwan mengikut makanan yang dimakan dan habitatnya dengan betul.
5
Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai jenis haiwan mengikut makanan yang dimakan dan habitatnya pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan jenis haiwan mengikut makanan yang dimakan dan habitatnya pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
DRAF
16
3. TUMBUHAN
STANDARD
KANDUNGAN (murid dibimbing untuk….)
STANDARD
PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
3.1 Mengetahui keperluan asas tumbuhan
3.1.1 Menyatakan keperluan asas tumbuhan untuk hidup
i. air ii. udara
iii. cahaya matahari
1
Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai keperluan asas tumbuhan untuk hidup.
2
Memberi respons terhadap apa yang dipelajari berkaitan keperluan asas tumbuhan untuk hidup dengan menggunakan bahan bantu belajar.
3
Menerangkan mengenai keperluan asas tumbuhan untuk hidup dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4
Mengasingkan gambar-gambar tumbuhan dan keperluan asas tumbuhan untuk hidup dengan betul.
5
Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai keperluan asas tumbuhan pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan keperluan asas tumbuhan untuk hidup pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
DRAF
17
STANDARD
KANDUNGAN (murid dibimbing untuk….)
STANDARD
PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
3.2 Memahami kepelbagaian tumbuhan
3.2.1 Membezakan tumbuhan di darat dan air
1
Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai tumbuhan di darat dan air.
2
Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan tumbuhan yang tumbuh di darat dan air dengan menggunakan bahan bantu belajar.
3
Membezakan antara tumbuhan di darat dan air dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4
Mengasingkan gambar-gambar tumbuhan mengikut tempatnya samada di darat atau di air dengan betul.
5
Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai kepelbagaian tumbuhan pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaa kepelbagaian tumbuhan pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
DRAF
18
4. KEMAHIRAN SOSIAL
STANDARD
KANDUNGAN (murid dibimbing untuk….)
STANDARD
PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
4.1 Mengetahui asas kemahiran sosial 4.2 Mengaplikasi
kemahiran sosial di pejabat pos atau bank
4.1.1 Menyatakan cara berkomunikasi di pejabat pos atau bank
i. membuat permintaan secara sopan
ii. berbalas ucapan iii. memberi ucapan
penghargaan
4.2.1 Melaksanakan aktiviti-aktiviti di pejabat pos atau bank dengan menggunakan ucapan bertatasusila dan tingkah laku yang bersesuaian.
1
Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai cara-cara berkomunikasi dan perlakuan di tempat awam
2
Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan cara-cara berkomunikasi dan perlakuan yang betul ketika berada di pejabat pos/ bank dengan berpandukan bahan bantu belajar.
3
Menyata dan mengapalikasikan kemahiran sosial melalui pengucapan bertatasusila dan perlakuan yang betul ketika berada di pejabat pos/ bank .
4
Membandingbeza cara berkomunikasi dan perlakuan yang betul dengan tidak betul ketika berada di pejabat pos/ bank.
5
Menghubungkaitkan pengetahun dan kemahiran sosial yang betul ketika di pejabat pos/ bank pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan cara berkomunikasi dan perlakuan yang baik ketika di pejabat pos/ bank dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
DRAF
19
STANDARD
KANDUNGAN (murid dibimbing untuk….)
STANDARD
PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
4.3 Menjelaskan
dengan contoh keadaan di pejabat pos atau bank
4.3.1 Menyatakan keadaan di pejabat pos atau bank
1
Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai keadaan di pejabat pos/ bank.
2
Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari mengenai keadaan di pejabat pos/ bank dengan menggunakan bahan bantu belajar.
3
Menceritakan keadaan di pejabat pos atau bank dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4
Menyatakan perbezaan keadaan di pejabat pos/ bank dengan tempat awam yang lain dengan betul.
5
Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai keadaan di pejabat pos/ bank pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan dan kemahiran sosial ketika di pejabat pos/bank pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
DRAF
20
5. ALAM SEKITAR
STANDARD
KANDUNGAN (murid dibimbing untuk….)
STANDARD
PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
5.1 Mengetahui sistem suria
5.1.1 Mengenal sistem suria
i. Bulan ii. Bumi iii. Matahari
1
Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai Bulan, Bumi dan Matahari.
2
Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan dengan Bulan, Bumi dan Matahari dengan menggunakan bahan bantu belajar.
3
Menerangkan mengenai sistem suria dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4
Membandingbeza gambar Bulan, Bumi dan Matahari daripada segi bentuk, saiznya dan kedudukannya secara sistemetik dalam sistem suria.
5
Menghubungkaitkan pengetahuan mengenal pasti sistem suria pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan sistem suria pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
DRAF
21
STANDARD
KANDUNGAN (murid dibimbing untuk….)
STANDARD
PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
5.2 Mengetahui
kejadian siang dan malam
5.2.1 Memerihalkan kejadian siang dan malam
1
Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai kejadian siang dan malam.
2
Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari mengenai kejadian siang dan malam dengan menggunakan bahan bantu belajar.
3
Menerangkan mengenai kejadian siang dan malam dan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4
Mengelaskan kejadian siang dan malam berdasarkan gambar-yang berkaitan dengannya mengikut cara betul. .
5
Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai kejadian siang dan malam pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan kejadian siang dan malam pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
DRAF
22
STANDARD
KANDUNGAN (murid dibimbing untuk….)
STANDARD
PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
5.3 Memahami unsur cuaca
5.3.1 Memerihalkan unsur cuaca
i. cahaya matahari ii. hujan iii. angin iv. suhu
1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai cuaca.
2
Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari mengenai cuaca dengan berpandukan bahan bantu belajar.
3
Memberi respons/ menerangkan mengenai cuaca dan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4
Memilih gambar-gambar yang berkaitan dengan cuaca dan unsur-unsurnya dengan betul.
5
Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai cuaca dan kepentingannya dalam kehidupan seharian pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan cuaca pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
DRAF
23
STANDARD
KANDUNGAN (murid dibimbing untuk….)
STANDARD
PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
5.4 Mengetahui
iklim di Malaysia
5.4.1 Memerihalkan ciri-ciri iklim Khatulistiwa i. panas dan lembab sepanjang tahun ii. suhu sekata 27ºC-32ºC
1
Memberi respons secara pada sebarang persoalan mengenai iklim di Malaysia.
2
Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan iklim di Malaysia dengan menggunakan bahan bantu belajar.
3
Menerangkan mengenai iklim di Malaysia dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4
Memilih gambar-gambar yang berkaitan dengan iklim di Malaysia dengan betul.
5
Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai iklim di Malaysia pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan iklim di Malaysia pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
DRAF
24
6. PETROLEUM
STANDARD
KANDUNGAN (murid dibimbing untuk….)
STANDARD
PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
6.1 Mengetahui kepentingan
petroleum
6.1. 1 Menyatakan kegunaan petroleum 6.1.2 Menghasilkan buku skrap berkaitan petroleum seperti menggunting dan menampal gambar dan logo yang berkaitan dengan petroleum atau sebagainya
1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai petroleum.
2
Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan kepentingan petroleum dalam kehidupan dengan menggunakan bahan bantu belajar.
3
Menghasilkan buku skrap mengenai petroleum dan kegunaannya dalam kehidupan.
4
Mengelas gambar-gambar berkaitan petroleum dan kepentingannya dalam kehidupan seharian dengan betul.
5 Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai petroleum dan kegunaanya dalam kehidupan pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan kepentingan petroleum dalam kehidupan pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
DRAF
25
7. SEJARAH MALAYSIA
STANDARD
KANDUNGAN (murid dibimbing untuk….)
STANDARD
PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
7.1 Mengetahui
sejarah penubuhan Malaysia
7.1.1 Memerihal hari penubuhan Malaysia
i. tarikh ii. peristiwa
1
Memberi respons secara pada sebarang persoalan mengenai sejarah Malaysia.
2
Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan sejarah penubuhan Malaysia berdasarkan tarikh dan peristiwa dengan menggunakan bahan bantu belajar.
3
Menerangkan mengenai sejarah penubuhan Malaysia dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4
Memilih gambar-gambar berkaitan dengan sejarah penubuhan Malaysia dengan betul.
5
Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai sejarah penubuhan Malaysia pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan sejarah penubuhan Malaysia pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
DRAF
26
8. IDENTITI MALAYSIA
STANDARD
KANDUNGAN (murid dibimbing untuk….)
STANDARD
PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
8.1 Mengetahui
identiti Malaysia
8.1.1 Menamakan identiti Malaysia
i. bunga kebangsaan ii. bahasa kebangsaan
1
Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai identiti Malaysia.
2
Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan bunga kebangsaan dan bahasa kebangsaan dengan berpandukan bahan bantu belajar.
3
Menerangkan mengenai bunga dan bahasa kebangsaan dengan memberikan contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4
Membandingbezakan identiti Malaysia dengan identiti negera-negera lain.
5
Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai identiti Malaysia dengan semangat patriotisme pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan identiti Malaysia pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
DRAF
27
9. OBJEK
STANDARD
KANDUNGAN (murid dibimbing untuk….)
STANDARD
PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
9.1 Mengetahui ciri fizikal objek
9.1.1 Menamakan objek yang timbul dan objek yang tenggelam di dalam air
1
Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai objek yang timbul dan yang tenggelam di dalam air .
2
Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan ciri fizikal objek yang timbul dan tenggelam di dalam air dengan menggunakan bahan bantu belajar.
3
Membezakan antara objek yang timbul dengan yang tenggelam serta memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4
Membandingbezakan antara objek yang timbul dengan objek yang tenggelam dengan betul.
5 Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai konsep tenggelam dan timbul sesuatu objek pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan mengenai ciri-ciri fizikal objek yang timbul dan tenggelam pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
DRAF
28
STANDARD
KANDUNGAN (murid dibimbing untuk….)
STANDARD
PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
9.1.2 Menamakan objek yang menyerap dan objek yang tidak menyerap air.
1
Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai objek yang menyerap air dan yang tidak menyerap air.
2
Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan ciri fizikal objek yang menyerap air dan tidak menyerap air dengan menggunakan bahan bantu belajar.
3
Membezakan antara objek yang menyerap dengan yang tidak menyerap air serta memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4
Membandingbezakan antara objek yang menyerap atau tidak menyerap air dengan betul.
5 Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai konsep penyerapan sesuatu objek pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan mengenai ciri-ciri fizikal objek yang menyerap dan tidak menyerap air pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
DRAF
29
10. ELEKTRIK
STANDARD
KANDUNGAN (murid dibimbing untuk….)
STANDARD
PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
10.1 Mengetahui tentang tenaga elektrik
10.1.1 Mengenal pasti sumber tenaga elektrik
i. bateri ii. dinamo
1
Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai tenaga elektrik.
2 Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan sumber tenaga elektrik dengan menggunakan bahan bantu belajar.
3
Menerangkan mengenai sumber tenaga elektrik dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4
Membandingbeza antara sumber tenaga elektrik dari bateri dan dinamo dengan betul.
5
Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai sumber tenaga elektrik dan kepentingannya dalam kehidupan pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan sumber tenaga elektrik pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
DRAF
30
STANDARD
KANDUNGAN (murid dibimbing untuk….)
STANDARD
PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
10.1.2 Membina litar ringkas elektrik dengan menggunakan bateri dan mentol
1
Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai litar ringkas elektrik.
2 Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan litar ringkas elektrik dan komponennya dengan menggunakan bahan bantu belajar.
3 Membina litar ringkas elektrik yang lengkap.
4
Memilih komponen-komponen yang berkaitan dengan pembinaan litar ringkas elektrik dengan betul.
5 Menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada mengenaii litar elektrik pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan litar elektrik pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
DRAF
31
STANDARD
KANDUNGAN (murid dibimbing untuk….)
STANDARD
PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
10.2 Mengetahui
konduktor
dan
penebat
elektrik
10.2.1 Menamakan konduktor
elektrik
i. logam
ii. air
10.2.2 Menyenaraikan bahan
penebat elektrik
i. kayu
ii. getah
iii. kain
iv. kaca
1
Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai konduktor dan bahan penebat elektrik.
2
Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan konduktor dan penebat elektrik dengan menggunakan bahan bantu belajar.
3
Menerangkan mengenai konduktor dan penebat elektrik dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4
Membezakan antara konduktor dan penebat elektrik berdasarkan bahannya dengan betul.
5
Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai kegunaan konduktor dan penebat elektrik pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan konduktor dan penebat elektrik pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
DRAF
32
11. BENCANA ALAM
STANDARD
KANDUNGAN (murid dibimbing untuk….)
STANDARD
PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
11.1 Memahami
kejadian
jerebu
11.1.1 Memerihalkan kejadian
jerebu
11.1.2 Menyenaraikan punca
jerebu
1
Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai kejadian jerebu.
2
Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan kejadian jerebu dengan menggunakan bahan bantu belajar.
3
Menerangkan mengenai kejadian dan punca jerebu dan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4
Membandingbeza antara keadaan sebelum dengan selepas kejadian jerebu berdasarkan gambar yang betul.
5 Menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada mengenai kejadian dan punca jerebu dengan menggunakan pelbagai sumber secara tekal.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan kejadian dan punca jerebu pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
DRAF
33
STANDARD
KANDUNGAN (murid dibimbing untuk….)
STANDARD
PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
11.1.3 Menyatakan kesan kejadian
jerebu
11.1.4 Menyatakan langkah-
langkah keselamatan
apabila berlaku jerebu
1
Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai kesan kejadian jerebu kepada manusia dan persekitaran.
2
Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan kesan kejadian jelebu dan langkah langkah keselamatan apabila berlaku jerebu dengan berpandukan bahan bantu belajar.
3 Menyatakan mengenai kesan jerebu dan langkah-langkah keselamatan apabila berlakunya kejadian jerebu serta memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4 Membandingbezakan antara kesan kejadian jerebu dengan kejadian banjir/ tanah runtuh dengan menggunakan gambar yang betul.
5 Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai kesan jerebu serta langkah-langkah keselamatan ketika kejadian jerebu pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan kejadian jerebu pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
DRAF
34
12. TEKNOLOGI HIJAU
STANDARD
KANDUNGAN (murid dibimbing untuk….)
STANDARD
PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
12.1 Mengetahui kepentingan teknologi hijau
12.1.1 Menamakan aktiviti-aktiviti berkaitan teknologi hijau, antaranya pengurangan penggunaan: i. tenaga elektrik ii. racun serangga iii. polistirena dan beg plastik
1
Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai teknologi hijau.
2
Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan kepentingan teknologi hijau dengan berpandukan bahan bantu belajar.
3
Menyatakan kepentingan dan aktiviti -aktiviti yang berkaitan dengan teknologi hijau.
4
Mengelas gambar-gambar mengenai aktiviti-aktiviti yang berkaitan
teknologi hijau mengikut kepentingannya dengan betul.
5
Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai kepentingan teknologi hijau ke atas alam sekitar pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan dengan teknologi hijau pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
DRAF
35
13. NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA
STANDARD
KANDUNGAN (murid dibimbing untuk….)
STANDARD
PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
13.1 Mengetahui
bendera
negeri-
negeri di
Malaysia
13.1.1 Mengenal bendera negeri-
negeri di Malaysia
1
Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai bendera negeri-negeri di Malaysia.
2
Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan bendera negeri-negeri di Malaysia dengan menggunakan bahan bantu belajar.
3
Menerangkan mengenai bendera negeri-negeri di Malaysia dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4
Membandingbezakan antara bendera-bendera negeri di Malaysia dengan betul.
5 Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai bendera negeri-negeri di Malaysia pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan bendera negeri-negeri di Malaysia pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
DRAF
36
14. MASYARAKAT DI MALAYSIA
STANDARD
KANDUNGAN (murid dibimbing untuk….)
STANDARD
PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …….)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
14.1 Mengetahui
agama-
agama
utama
masyarakat
Malaysia
14.1.1 Menyatakan agama-agama
utama masyarakat Malaysia
i. Islam
ii. Buddha
iii. Hindu
iv. Kristian
14.1.2 Menamakan tempat
beribadat mengikut agama
i. Islam
ii. Buddha
iii. Hindu
iv. Kristian
1
Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai agama-agama utama masyarakat Malaysia.
2
Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan tempat beribadat dan agama-agama utama masyarakat di Malaysia dengan berpandukan bahan bantu belajar.
3
Menyatakan mengenai tempat beribadat dan agama-agama utama masyarakat di Malaysia dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
4
Mengelaskan agama-agama utama masyarakat Malaysia mengikut tempat-tempat beribadatnya dengan betul.
5
Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai agama-agama utama masyarakat Malaysia pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.
6
Menggabungkan pengetahuan berkenaan agama–agama utama masyarakat Malaysia pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.
TERBITAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8 BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917
http//www.moe. gov.my/bpk