5
KURSUS KEJURULATIHAN BOLASEPAK PRA `C` PADA 26 FEB – 3 MAC 2012 DI PUSAT PETROLIUM MIRI Kursus ini telah disertai oleh 80 orang dari seluruh daerah Sarawak yang tidak mempunyai sijil spesifik sebagai persiapan untuk menghadapi kursus Lesen C yang akan dianjurkan pada bulan Mei 2012 nanti. Kursus telah dikendalikan oleh Pengarah Teknikal FAM merangkap Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bolasepak Negara En. Lim Kim Chon, Jurulatih Penjaga Gol FAM En. Lim Chuan Chin dan penyelaras kursus En Ibrahim Hj Mohamed. Dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai tenaga pengajar mahir dengan konsep `Train The Trainers` seramai 3 ketua jurulatih Remaja Negeri telah dilantik sebagai instruktur kursus. Mereka ialah En. Richard Sinappan dari Melaka, En. Razak Jaamadi dari Kuala Lumpur dan YM.Raja Azlan Shah Raja Sho`ib dari Perak. Laporan hari Pertama – 27 Feb 2012 Sesi pagi – 7.00 am Peserta kursus telah diperkenalkan dengan kaedah memanaskan badan – tanpa bola dan dengan bola ( statik dan dinamik ) Peserta kursus juga telah didedahkan dengan latihan-latihan mengendalikan bola serta latihan menimang bola Sesi pagi – 11-15 pagi dan 2-00 petang

Kursus Kejurulatihan Bolasepak Pra

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kursus Kejurulatihan Bolasepak Pra

KURSUS KEJURULATIHAN BOLASEPAK PRA `C`

PADA 26 FEB – 3 MAC 2012

DI PUSAT PETROLIUM MIRI

Kursus ini telah disertai oleh 80 orang dari seluruh daerah Sarawak yang tidak mempunyai sijil spesifik sebagai persiapan untuk menghadapi kursus Lesen C yang akan dianjurkan pada bulan Mei 2012 nanti.

Kursus telah dikendalikan oleh Pengarah Teknikal FAM merangkap Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bolasepak Negara En. Lim Kim Chon, Jurulatih Penjaga Gol FAM En. Lim Chuan Chin dan penyelaras kursus En Ibrahim Hj Mohamed.

Dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai tenaga pengajar mahir dengan konsep `Train The Trainers` seramai 3 ketua jurulatih Remaja Negeri telah dilantik sebagai instruktur kursus. Mereka ialah En. Richard Sinappan dari Melaka, En. Razak Jaamadi dari Kuala Lumpur dan YM.Raja Azlan Shah Raja Sho`ib dari Perak.

Laporan hari Pertama – 27 Feb 2012Sesi pagi – 7.00 am Peserta kursus telah diperkenalkan dengan kaedah memanaskan badan – tanpa bola dan dengan bola ( statik dan dinamik )

Peserta kursus juga telah didedahkan dengan latihan-latihan mengendalikan bola serta latihan menimang bola

Sesi pagi – 11-15 pagi dan 2-00 petangSesi teori dijalankan dibilik Merpati. Peserta kursus telah diberi penerangan dengan dengan tajuk-tajuk Characteristic Of Children and How Chlidren Play dan Pre-Training of Young Players

Sesi Petang – 3-30 petangPeserta kursus telah diajar dengan cara-cara mengendalikan bola serta pergerakan pergerakan dengan bola

Page 2: Kursus Kejurulatihan Bolasepak Pra

Sesi Malam – 8-00 malamPada sesi malam kesemua peserta diminta menyediakan nota serta perbincangan berhubung latihan-latihan yang telah dijalankan.

Sesi tamat jam 10 malam

Laporan hari Kedua – 28 Feb 2012Sesi pagi – 7.00 am Peserta kursus telah diperkenalkan dengan latihan-latihan koordinasi dibawah kendalian En Pangiran Bala.

Peserta kursus juga telah didedahkan dengan latihan-latihan kepantasan, kekuatan serta latihan kelincahan

Sesi pagi – 11-15 pagiSesi teori ini memperkenalkan setiap peserta kursus dengan tajuk-tajuk latihan koordinasi, Agility dan Motor Skills . Sesi Petang – 3-00 petangPeserta kursus telah diajar dengan latihan- latihan hantaran leret, hantaran jauh serta kaedah mengendalikan latihan permainan kecil. Sesi Malam – 8-00 malam

Page 3: Kursus Kejurulatihan Bolasepak Pra

Pada sesi malam kesemua peserta diminta menyediakan nota serta perbincangan berhubung latihan-latihan yang telah dijalankan.

KURSUS KEJURULATIHAN BOLASEPAK PRA `C`

PADA 26 FEB – 3 MAC 2012

DI MAJLIS SUKAN NEGARA BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

Laporan hari Ketiga – 29 Feb 2012Sesi pagi – 7.00 am Peserta kursus telah diperkenalkan dengan latihan-latihan menerima dan mengawal bola dengan tekanan dan tanpa tekanan dibawah kendalian En Richard Sinappan.

Peserta kursus juga telah didedahkan dengan latihan-latihan dalam permainan kecil

Sesi pagi – 11-15 pagiSesi teori ini memperkenalkan setiap peserta kursus dengan tajuk-tajuk cara pengendalian pertandingan peringkat umur serta perkembangan bolasepak hari ini . Sesi Petang – 3-00 petang

Page 4: Kursus Kejurulatihan Bolasepak Pra

Peserta kursus telah diajar dengan latihan- latihan menjaring gol dengan dan tanpa tekanan serta menjaring gol dalam permainan kecil. Sesi Malam – 8-00 malamPada sesi malam kesemua peserta yang telah diberikan kumpulan membentangkan tajuk tajuk latihan yang ditetapkan.

Sesi tamat jam 10 malam

Laporan hari Keempat – 1 Feb 2012Sesi pagi – 7.00 am Peserta kursus telah diperkenalkan dengan latihan-latihan mengelecek 1 v 1, 2 v 2, 3 v 3 dibawah kendalian En Razak Jaamadi.

Peserta kursus juga telah didedahkan dengan latihan-latihan mengelecek dalam situasi permainan kecil

Sesi pagi – 10.30 pagiPeserta kursus telah diajar dengan latihan- latihan asas-asas tangkapan oleh jurulatih penjaga gol, En. Lim Chuan Chin. Sesi Petang – 2-00 petangSesi teori ini memperkenalkan setiap peserta kursus dengan tajuk-tajuk perancangan serta persediaan latihan untuk penjaga gol. Sesi Petang – 3-30 petangPeserta kursus telah diajar dengan latihan- latihan asas-asas tangkapan oleh jurulatih penjaga gol, En. Lim Chuan Chin. Peserta kursus juga telah diberi tugasan untuk membuat penilaian pertandingan semasa pertandingan Piala Presiden antara Kelantan Vs Sekolah Sukan Bukit Jalail pada jam 5.00 petang Sesi Malam – 8-00 malamPada sesi malam kesemua peserta yang telah diberikan kumpulan membentangkan tajuk tajuk latihan yang ditetapkan.

Sesi tamat jam 10 malam