12
KURSUS PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU DALAM PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH Nuraini Yusoff, PhD Universiti Utara Malaysia Pada masa membentangkan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh, Perdana Menteri Malaysia telah mengusulkan supaya dipertingkatkan kualiti pelajar dengan meningkatkan kualiti guru. Usul ini antaranya menghasilkan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PPGSR) yang mensasarkan 60 peratus daripada gurunya memperoleh ijazah. Oleh itu, mauduk utama yang dibicarakan dalam makalah ini ialah ilmu guru khususnya kualiti ilmu guru. Sebagai latar, makalah ini menelusur beberapa konsep seperti pendidikan karakter dan nilai. Dipaparkan juga beberapa kajian yang bersangkut dengan kepentingan kesusasteraan. Makalah ini juga menyentuh berkenaan Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Didapati bahawa Model Kualiti Ilmu Guru (Killen, 2007) menyangga PPGSR kerana terdapat kornponen kualiti ilmu dari segi kandungan, gaya pengajaran dan gaya pembelajaran yang menjurus kepada ilmu pedagogi kandungan. Seterusnya dijelaskan secara ringkas berkaitan kursus Penghayatan Karya Agung Melayu. Seramai 103 orang guru di Kelantan dan 124 orang guru di Kedah mengikuti kursus yang penulis kendalikan. Daripada pencerapan didapati bahawa berlaku perubahan dari segi ilmu kandungan guru, iaitu dari segi ketepatan, keluasan dan kedalaman. Guru didapati lebih arif tentang pantun dan peribahasa jika dibandingkan dengan prosa klasik. Dari segi persepsi guru pula didapati mereka memikirkan cara menggunakan karya agung Melayu untuk menyerapkan nilai-nilai seperti pembetukan jati diri dan semangat, menghargai khazanah warisan, usaha menuntut ilmu, bekerjasama, hormat-menghormati, menggunakan aka1 fikiran, nilai persaudaraan, ganjaran, pesanan dan pedoman, nilai estetik dan pelbagai nilai lagi dalam kalangan murid-murid. Boleh dikatakan melalui PPGSK ini guru dapat menimba ilmu kesusasteraan warisan bangsa yang mula terpinggir di samping menjadi perantara yang akan membantu dalam pembinaan karakter bangsa Malaysia. Kajian seterusnya perlu dilakukan untuk menilai keberkesanan ilmu pedagogi kandungan kerana guru-guru ini juga mendapat input gaya pengajaran dan gaya pembelajaran dari kursus-kursus yang lain. Prolog Imam Shafie berkata: "Barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah dengan ilmu, barang siapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu, dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya maka hendaklah dengan ilmu." (Al-Majmu', Imam An-Nawawi) Pengenalan Ilmu menjadi inti sari perbincangan dalam makalah ini. Kita juga sedia maklum bahawa dengan ilmu lahirlah pelbagai konsep yang berkaitan dengan 'pendidikan karakter', 'nilai murni', 'jati diri', 'etika', 'karakter bangsa', dan sebagainya yang telah berjaya menarik minat sarjana dan para pendidik bukan sahaja dari bidang pendidikan malah mencakupi semua ranah yang ada kaitannya dengan manusia dan kemanusiaan. Penulis mengucapkan tahniah kepada pihak urus setia yang berjaya mengangkat satu tema yang 'tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan'.

KURSUS PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU DALAM …repo.uum.edu.my/9877/1/Nura.pdf · Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Didapati bahawa Model Kualiti Ilmu Guru

  • Upload
    others

  • View
    3

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KURSUS PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU DALAM …repo.uum.edu.my/9877/1/Nura.pdf · Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Didapati bahawa Model Kualiti Ilmu Guru

KURSUS PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU DALAM PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

Nuraini Yusoff, P h D Universi t i Utara Malaysia

Pada masa membentangkan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh, Perdana Menteri Malaysia telah mengusulkan supaya dipertingkatkan kualiti pelajar dengan meningkatkan kualiti guru. Usul ini antaranya menghasilkan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PPGSR) yang mensasarkan 60 peratus daripada gurunya memperoleh ijazah. Oleh itu, mauduk utama yang dibicarakan dalam makalah ini ialah ilmu guru khususnya kualiti ilmu guru. Sebagai latar, makalah ini menelusur beberapa konsep seperti pendidikan karakter dan nilai. Dipaparkan juga beberapa kajian yang bersangkut dengan kepentingan kesusasteraan. Makalah ini juga menyentuh berkenaan Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Didapati bahawa Model Kualiti Ilmu Guru (Killen, 2007) menyangga PPGSR kerana terdapat kornponen kualiti ilmu dari segi kandungan, gaya pengajaran dan gaya pembelajaran yang menjurus kepada ilmu pedagogi kandungan. Seterusnya dijelaskan secara ringkas berkaitan kursus Penghayatan Karya Agung Melayu. Seramai 103 orang guru di Kelantan dan 124 orang guru di Kedah mengikuti kursus yang penulis kendalikan. Daripada pencerapan didapati bahawa berlaku perubahan dari segi ilmu kandungan guru, iaitu dari segi ketepatan, keluasan dan kedalaman. Guru didapati lebih arif tentang pantun dan peribahasa jika dibandingkan dengan prosa klasik. Dari segi persepsi guru pula didapati mereka memikirkan cara menggunakan karya agung Melayu untuk menyerapkan nilai-nilai seperti pembetukan jati diri dan semangat, menghargai khazanah warisan, usaha menuntut ilmu, bekerjasama, hormat-menghormati, menggunakan aka1 fikiran, nilai persaudaraan, ganjaran, pesanan dan pedoman, nilai estetik dan pelbagai nilai lagi dalam kalangan murid-murid. Boleh dikatakan melalui PPGSK ini guru dapat menimba ilmu kesusasteraan warisan bangsa yang mula terpinggir di samping menjadi perantara yang akan membantu dalam pembinaan karakter bangsa Malaysia. Kajian seterusnya perlu dilakukan untuk menilai keberkesanan ilmu pedagogi kandungan kerana guru-guru ini juga mendapat input gaya pengajaran dan gaya pembelajaran dari kursus-kursus yang lain.

P r o l o g Imam Shafie berkata: "Barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah dengan ilmu,

barang siapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu, dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya maka hendaklah dengan ilmu." (Al-Majmu', Imam An-Nawawi)

P e n g e n a l a n Ilmu menjadi inti sari perbincangan dalam makalah ini. Kita juga sedia maklum bahawa dengan

ilmu lahirlah pelbagai konsep yang berkaitan dengan 'pendidikan karakter', 'nilai murni', 'jati diri', 'etika', 'karakter bangsa', dan sebagainya yang telah berjaya menarik minat sarjana dan para pendidik bukan sahaja dari bidang pendidikan malah mencakupi semua ranah yang ada kaitannya dengan manusia dan kemanusiaan. Penulis mengucapkan tahniah kepada pihak urus setia yang berjaya mengangkat satu tema yang 'tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan'.

Page 2: KURSUS PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU DALAM …repo.uum.edu.my/9877/1/Nura.pdf · Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Didapati bahawa Model Kualiti Ilmu Guru

Literature and Nation Character Building 8

fi Ruang liput pembicaraan makalah ini mencakupi perbincangan berkaitan pendidikan karakter r f

dan nilai yang dikaitkan dengan kesusasteraan. Ini diikuti dengan rancangan kerajaan Malaysia I

untuk meningkatkan kualiti pelajar dengan meningkatkan kelayakan guru sekaligus rnelaksanakan B Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PPGSR). Program ini selari dengan Model Kualiti Ilmu Guru (Killen, 2007) yang penting diambil kira dalam menentukan keberkesanan Pembelajaran I dan Pengajaran (PdP). Dalam makalah ini penulis ingin bekongsi pengalaman mengendalikan kursus .

Penghayatan Karya Agung Melayu dalam kalangan guru sekolah rendah di Kelantan dan juga di Kedah yang mendaftar dengan Universiti Utara Malaysia. Makalah ini turut meninjau persepsi guru berkaitan bagaimana memanfaatkan karya agung Melayu dalam (PdP) di sekolah rendah. Makalah ini diakhiri dengan saranan agar penyelidikan dijalankan untuk menilai penerapan ilmu pedagogi kandungan setelah guru tamat PPGSR.

Pendidikan Karakter Lickona (2001) mentakrifkan pendidikan karakter sebagai "the deliberate efJbrt to cultivate

virtue in its cognitive, emotional, and behavioral dimensions. I t does so intentionally through every phase of school life, from the teacher's example to the handling of rules and discipline to the content of the curriculum to the conduct of sports" (hlm. 3).

Berdasarkan takrifan yang dipaparkan dapat dirumuskan bahawa pendidikan karakter merupakan usaha yang perlu dirancang dengan baik kerana pelaksanaannya merentas tahun-tahun pengajian seorang murid dari prasekolah sehinggalah ke sekolah menengah sebagai asas sebelum ke tahap pengajian yang lebih tinggi. Bak kata pepatah 'melentur buluh biar dari rebungnya'. Di sini juga ditekankan betapa pentingnya peranan seorang pendidik. Malah ha1 ini diungkapkan dengan penuh bermakna dalam pantun berikut:

Berburu di padang datar, Dapat rusa belang kaki;

Berguru kepalang ajar; Bagai bunga kembang tak jadi.

Pantun ini melihat konsep PdP dari sudut pelajar. Sekiranaya seseorang itu tidak belajar bersungguh-sungguh akibatnya sia-sia belaka. Dalam situasi yang boleh dikatakan murid-murid masih belum matang tentunya pantun ini secara tersurat melihat peranan, tanggungjawab dan kesiapsagaan seorang guru dalam mendidik anak muridnya agar ilmu d i :roleh bermanfaat dan akhirnya menjadi bunga yang kembang mekar.

Seterusnya, secara lebih terperinci Lickona, Schaps, dan Lewi (1995) menggariskan 11 elemen

asas dalam pendidikan karakter, iaitu 1. Character education promotes core ethical values. 2. "Character" is defined comprehensively to include thinking, feeling, and behavior, 3. Character education is intentional, proactive, and comprehensive. 4. The school is a caring community. 5. Students have opportunities for moral action. 6. The academic curriculum challenges all learners and helps them succeed, 7. The program develops students' intrinsic motivation to learn and to do the right thing. 8. All school staff share responsibility for modeling and promoting good character, 9. There is leadership from both stafland students. 10. Parents and community members are full partners in the character-building effort.

Page 3: KURSUS PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU DALAM …repo.uum.edu.my/9877/1/Nura.pdf · Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Didapati bahawa Model Kualiti Ilmu Guru

3

Literature and Nation Character Building

pelengkap (efektif) budaya ilmu, insan harmonis dan beberapa lagi, istilah nilai murni menjadi salah satu inti pati konsep Kurikulum Bersepadu (Awang Sariyan, 2012, hlm. 3.)

Apabila diteliti, konsep pembangunan insaniah direka secara bersepadu dengan tujuh komponen, iaitu etika dan moral, kepimpinan, komunikasi, keusahawanan, kemahiran berfikir, pembelajaran dan pengurusan maklumat secara berterusan, dan kerja berpasukan. Pembangunan karakter dilaksanakan dengan pendekatan berfikiran global tetapi bertindak lokal, iaitu glokal, supaya insan yang dilahirkan mempunyai jati diri yang kental.

Memandangkan terdapat nilai yang begitu tinggi dalam bahan-bahan kesusasteraan khususnya untuk mengenal jati diri, penyerapan nilai-nilai murni dan membina karakter bangsa, pihak Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) telah menggesa kerajaan supaya sastera wajib dipelajari dari peringkat prasekolah sehinga institusi pengajian tinggi. Pada masa ini di peringkat sekolah rendah, kesusasteraan tidak merupakan satu subjek tersendiri dan terpulang kepada kebijaksanaan para guru bagaimana menggabungjalinkan unsur sastera dalam subjek Bahasa Melayu. Selayaknyalah guru-guru ini ditingkatkan pengetahuan mereka dari segi kesusasteraan Melayu dan Nusantara.

Peranan Guru Guru mempunyai tanggungjawab untuk menterjemahkan silabus berdasarkan kurikulum yang

berpaksikan Falsafah Pendidikan Negara yang berbunyi

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. (Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 2007)

Sebagai latar, berikut dipetik Pengisian Kurikulum sebahagian daripada Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR):

Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberi penekanan selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat madani. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003)

Sebagai latar juga, dalam makalah ini dipaparkan sebahagian kecil daripada Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Tahun 4:

Page 4: KURSUS PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU DALAM …repo.uum.edu.my/9877/1/Nura.pdf · Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Didapati bahawa Model Kualiti Ilmu Guru

The 23rd HISKI Conference on Literature

PENGISIAN KURIKULUM Terdapat beberapa elemen dalam pengisian kurikulum, iaitu pengetahuan daripada pelbagai bidang ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, serta pembelajaran secara konstruktivisme, dan kontekstual.

1.0 Pengetahuan Pengetahuan merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin. Contohnya bidang sains, geografi dan lain-lain yang boleh digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.0 NiIai Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk rnelahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia adalah negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung. Ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi.

3.0 Kewarganegaraan Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.

4.0 Peraturan Sosiobudaya Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia.

5.0 Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sehubungan dengan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai serta pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual.

Strategi PdP Bahasa Melayu menekankan konsep penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Memandangkan kesusasteraan bukan merupakan satu subjek di sekolah rendah, guru dikehendaki menggunakan penggabungjalinan. Penggabung-jalinan memainkan peranan penting dalam proses PdP untuk menanam dan menyemarakkan nialai-nilai murni dalam jiwa murid. Guru mempunyai pilihan dari segi bahan dan strategi pengajaran yang akan digunakan.

Page 5: KURSUS PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU DALAM …repo.uum.edu.my/9877/1/Nura.pdf · Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Didapati bahawa Model Kualiti Ilmu Guru

Literature and Nation Character Building

Latar Belakang program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah [PPGSR) Pada 10 Jun 2010, Y.A.B. Perdana Menteri Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak semasa membentangkan usul tentang Rancangan Malaysia Kesepuluh menjelaskan tentang peningkatan kualiti pelajar:

Untuk menambahbaik lagi kualiti pelajar, nisbah guru siswazah di sekolah rendah akan ditingkatkan daripada 28 peratus kepada 60 peratus. Prestasi pelajar dalam mata pelajaran kritikal, terutamanya bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, akan juga dipertingkatkan dengan menambah bilangan guru berkualiti. Bagi mencapai matlamat ini, program pensiswazahan guru akan dipergiatkan. (Mohd. gajib Tun Abdul Razak, 2010)

Rentetan daripada usul tersebut, Kementerian Pelajaran (kini Kementerian Pendidikan) mempergiat usaha meningkatkan tahap kelulusan akademik pendidik pada Rancangan Malaysia Ke- 10 (RMKe-10) menerusi memperuntukkan RM1.4 bilion bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG). Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Mohd Ghazali Ab Rahman, berkata "Program ini sejajar hasrat kerajaan meningkatkan jumlah guru berijazah di sekolah menengah daripada 89 peratus kini kepada 90 peratus menjelang 2015. Bagi sekolah rendah pula, kadar semasa 28 peratus ditingkatkan kepada 60 peratus bagi tempoh sama" (Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia, 2010). Program ini mensasarkan 60,000 guru sekolah rendah dan menengah memiliki ijazah menjelang 2015. Para guru akan mengikuti pelbagai mata pelajaran dalam tempoh tiga setengah hingga empat tahun pengajian.

Kualiti Pembelajaran dan Pengajaran 3

PPGSR yang dilancar oleh kerajaan menepati Model Kualiti Ilmu Guru (Killen, 2007). Kejayaan '

seseorang guru bergantung kepada kualiti PdP. Model ini mengemukakan empat jenis ilmu yang diperlukan guru. Pertama guru perlu memahami konsep, prinsip, model, teori dan hubungan yang mendasari subjek yang diajar di samping mengikuti perkembangan semasa berkaitan pandangan dan dapatan penyelidikan pakar dan bagaimana memanfaatkan idea tersebut. Dengan kata lain, guru perlu mengetahu inti sari subjek yang diajar di samping mengikut perkembangan bidang. Memandangkan ilmu pengetahuan itu begitu luas, berdasarkan silibus, guru perlu betul-betul memahami apa yang perlu dipelajari secara berkesan oleh murid. Tanpa pengetahuan yang mendalam guru tidak dapat membina kualiti intelektual dalam PdP. Seperti kata bijak pandai, amal tanpa ilmu itu sia-sia.

Seterusnya guru juga perlu mempunyai ilmu tentang bagaimana murid belajar supaya guru mempunyai kompetensi mengajar selari dengan prinsip-prinsip pembangunan dan psikologi pendidikan. Berdasarkan kandungan ilmu berkaitan subjek, kandungan ilmu tentang gaya pembelajaran dan kandungan ilmu tentang gaya pengajaran, terhasillah ilmu pedagogi kandungan. Secara ringkas perlu diingati bahawa mengajar ilmu bahasa berbeza daripada mengajar ilmu matematik dan gaya belajar ilmu bahasa berbeza pula bagi setiap murid.

Kempat-empat komponen yang dinyatakan tertera dalam Rajah 1.0.

Page 6: KURSUS PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU DALAM …repo.uum.edu.my/9877/1/Nura.pdf · Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Didapati bahawa Model Kualiti Ilmu Guru

The 23rd HISKI Conference on Literature

Rajah 1.0 Model Kualiti Ilmu GuruCKilern, 2007, hlm. 41)

Kursus PPGSR Bahasa Melayu Guru-guru PPGSR, berdasarkan program yang diikuti, akan mengikuti kursus-kursus major dan

minor. Kursus untuk major Bahasa Melayu terdiri daripada: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu; Penghayatan Karya Agung Melayu; Seni Mengarang; Prinsip Pengajaran Penulisan; Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah; Prinsip Pengajaran Bacaan; Morfologi Bahasa Melayu; Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu; Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu; Sintaksis Bahasa Melayu; Kaedah Sosiolinguistik Melayu; Aplikasi Komputer dalam Bahasa Melayu; dan Kemahiran Komunikasi.

Kursus-kursus lain antaranya untuk minor (berdasarkan bidang) ialah Kurikulum Awal Kanak- Kanak; Murid-Murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajaran Khusus Disleksia; Dasar, Polisi dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak; Pengurusan Tingkah Laku; Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar; Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah; Ekspresi Kreativiti Kanak- Kanak; Kanak-Kanak Berkeperluan Khas; dan sebagainya.

Kursus-kursus yang ditawarkan bukan sahaja meningkatkan pengetahuan bidang guru tetapi membantu guru untuk mendalamai strategi pengajaran yang sesuai berdasarkan subjek di samping gaya pembelajaran murid

Kursus Penghayatan Karya Agung Melayu (PKAM) PPGSR ini dikendalikan di Universiti dan juga Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh

Kemeterian Pendidikan Malaysia. Ertinya guru yang mengikuti program ini di tempat lain juga akan didedahkan dengan kursus yang sama.

Berikut dipaparkan Hasil Pembelajaran daripada PKAM: 1. Menginterpretasi falsafah karya Melayu agung dalam pemikiran dan nilai kehidupan. 2. Mengkonstruk idea dan nilai dalam karya Melayu agung sebagai amalan dalam kehidupan. 3. Menunjukan rasa bangga terhadap nilai ilmu, gagasan dan falsafah karya agung Melayu. 4. Melaksanakan tugas-tugas memantapkan fungsi karya Melayu agung secara bekerjasama.

Page 7: KURSUS PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU DALAM …repo.uum.edu.my/9877/1/Nura.pdf · Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Didapati bahawa Model Kualiti Ilmu Guru

Literature and Notion Character Building

Tiga jenis karya sastera Melayu yang layak diangkat sebagai karya agung: 1. Sastera lisan yang boleh bertahan sampai kini; pantun, syair, gurindain dan peribahasa

Melayu. 2. Teks klasik yang telah diuji zaman, dan jadi bahan kajian sarjana hingga kini; Sejarah Melayu,

Hikayat Hang Tuah dan lain-lain. 3. Teks sastera moden, dan kontemporari yang avant-garde; novel dan drama - Salina, Ranjau

Sepanjangjalan, Tikus Rahmat.

Hasil Pencerapan Berdasarkan pencerapan, di dapati ramai di antara para guru yang sebelum ini hanya

mengetahui secara umum tentang karya agung Melayu tetapi tidak berpeluang untuk membaca atau meneliti secara mendalam. Walau bagaimanapun pengetahuan tersebut tidak meluas dan mendalam. Sebagai contoh mereka tidak dapat menceritakan tentang Hikayat Malim Deman dari segi watak- watak dalam cerita (kecuali Malim Deman), tempat dan peristiwa yang berlaku.

Para guru juga didapati tidak pasti tentang peristiwa yang berlaku sama ada terdapat dalam Hikayat Hang Tuah atau dalam Sejarah Melayu. Terdapat juga guru yang menghantar pesanan ringkas (sms) kepada penulis untuk mengetahui sama ada Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi sama atau tidak dengan Hikayat Pelayaran Abdullah (sebenarnya terdapat pelbagai khilaf juga dilakukan oleh para sarjana menurut Raimy Ch6-Ross, 2003). Walau bagaimanapun majoriti guru begitu arif tentang peribahasa dan pantun.

Daripada aktiviti yang dijalankan (kuliah, diskusi kumpulan kecil, diskusi melalui Learningzone, refleksi dan pembentangan), didapati para guru mengambil initiatif untuk mendalami karya agung Melayu.

Persepsi Guru: Nilai Karya Agung Melayu dalam Bilik Darjah Para guru yang mengikuti PPGSR UUM berpusat di Kelantan dan juga di Kedah. Seramai 103

orang guru di Kelantan dan seramai 124 orang guru di Kedah memberi respons. Daripada respons yang diperoleh daripada guru yang mengikuti kursus PKAM ini didapati mereka mempunyai persepsi yang positif terhadap karya agung Melayu. Bagi setiap nilai murni yang dikenal pasti di sekolah disentuh oleh guru, iaitu baik hati; berdikari; berhemah tinggi; hormat- nnenghormati; kasih saying; keadilan; kebebasan; keberanian; kebersihan fizikal dan mental; kejujuran; kerajinan; kerjasama; kesederhanaan; kesyukuran; rasional; dan semangat bermasyarakat. 1 Berikut diperturunkan pelbagai persepsi guru setelah mendapat pendedahan tentang karya agung .

Melayu: i

-i: Pembentukan jati diri dan semangat 8

"cerita penglipur lara seperti Hikayat Malim Deman dan Hikayat Awang Sulung Merah I

Muda diselitkan semangat dan pembentukan jati diri. Nilai ini boleh diterapkan dalam kelas. Murid-murid perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi orang yang hebat". [s55,

'

Kedah, 4/10/2013)

"Peranan Hikayat Hang Tuah di sekolah rendah adalah sebagai pembentuk budi dan akhlak muid-murid. Watak-watak yang terdapat dalam hikayat ini seperti watak Hang Tuah digambarkan sebagai seorang pahlawan yang berani. Ini dapat dicontohi oleh murid-murid sebagai jati diri mereka. Kejujuran dan taat setia juga terdapat pada watak Hang Tuah. Ini

Page 8: KURSUS PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU DALAM …repo.uum.edu.my/9877/1/Nura.pdf · Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Didapati bahawa Model Kualiti Ilmu Guru

The 23rd HISKI Conference on Literature

merupakan nilai-nilai murni yang boleh diamalkan oleh murid-murid dalam kehidupan harian mereka." (s97, Kedah, 4.10.2013)

Menghargai Khazanah Warisan " ... walaupun telah bertahun-tahun Sejarah Melayu ini telah berlalu tetapi generasi hari ini masih lagi dapat membaca buku ini walaupun telah berlaku penokokan dan penambahan atau telah bertukar versi. Oleh itu, nilai murni yang dapat dilihat di sini ialah menghargai khazanah Melayu." (s17, Kelantan, 18.01.201 3)

"Menghargai seni dan warisan - contoh guru mengendalikan pertandingan puisi di sekolah di samping mencungkil bakat terpendam dapat juga mendidik murid-murid menghargai seni dan warisan bangsa." (s46, Kedah, 4.10.2013)

Usaha Menuntut ilmu

"Penerapan nilai murili bersungguh-sungguh mendapatkan ilmu pengetahuan boleh diterapkan kepada murid mengambil contoh kesungguhan Hang Tuah yang mempelajari 12 bahasa bagi menguasai ilmu. Kesungguhan Hang Tuah (Sejarah Melayu) dalam mempelajari ilmu perlu dijadikan contoh dan perlu diikuti oleh orang-orang Melayu agar Orang Melayu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa asing yang lain." (s35, Kelantan, 18.01.2013)

" ... memupuk semangat usaha. Nilai murni ini juga boleh diperoleh daripada Hikayat Hang Tuah. Melalui cerita Hang Tuah yang diperdengarkan, guru menceritakan tentang usaha lima sahabat untuk menguasai seni mempertahankan diri. Hasil daripada usaha semangat dan berusaha bersungguh-sungguh, lima bersaudara ini berjaya mengusai seni silat untuk mempertahankan diri." (s13, Kelantan, 18.01.2013)

Bekerjasama

"Boleh dilihat dalam peribahasa yang dapat mengajar murid supaya bekerjasama jikalau ingin menjayakan sesuatu yang dirancang. Bekerja dalam pasukan akan membuahkan hasil yang lebih baik daripada bekerja secara berseorangan. Contohnya peribahasa 'Seperti aur dengan tebing' boleh dijadikan bahan pengajaran untuk mengajar karangan." (s38, Kelantan, 18.01.2013)

"Bulat air kerana pembentung; Bulat manusia kerana muafakat.

Dilihat dari aspek afektif, masyarakat Melayu dahulu sering kali mengamalkan mesyuarah atau bermuafakat untuk mela1;sanaltan sesuatu perkara seperti mengadakan upaca khenduri atau keagamaan, adat istiadat dan upaca kebudayaan. Oleh itu, peribahasa yang indah ini diguna pakai untuk memberi nasihat kepeda generasi seterusnya." (s48, Kedah, 4.10.2013)

Hormat-Menghormati

" ... hormat kepada orang tua dalam Hikayat Malim Deman. Contohnya ketika ketiga-tiga putera raja ingin turun ke dunia untuk mencari ayahandanya dengan menaiki seekor lembu, ketiga-tiga putera raja tersebut memohon restu dengan memeluk dan mencium nenda dan

Page 9: KURSUS PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU DALAM …repo.uum.edu.my/9877/1/Nura.pdf · Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Didapati bahawa Model Kualiti Ilmu Guru

Literature and Nation Character Building

bondanya. Ini menunjukkan sifat hormat kepada orang tua ada dalam diri ketiga-tiga putera raja tersebut. Amalan hormat menghormati terutama kepada orang tua hendaklah ada dalam diri setiap pelajar. Setiap murid hendaklah menghormati orang yang berada di sekelilingnya ~4

3 terutama guru. Selain itu, murid juga hendaklah menghormati rakan-rakannya.' (s16, 2 Kelantan, 18.01.2013) f

d "DaIam pantun terdapat nilai berkaitan dengan menghormati raja seperti yang terdapat $ dalam Rukun Negara. Ini boleh diterapkan dalam pengajaran dalam kelas. Contoh pantun: &

Asah kapak tajam beliung, Tebang mari kayu berduri;

Tuanku umpama kemuncak payung, Patik dibawah berteduh diri." (s77, Kedah, 4.10.2013)

Menggunakan Aka1 Fikiran 4

"Cerita Pak pandir memberikan banyak pengajaran kepada murid-murid sekolah rendah. f

Contohnya Cerita Pak Pandir Menerima Jemputan Kenduri. Pak Pandir telah menerima t jemputan khenduri daripada penduduk yang tinggal di hulu sungai dan juga penduduk di 9

3 hilir sungai. Pak Pandir berpesan kepada isteri supaya tidak memasalc nasi kerana menerima $ jemputan khenduri. Pada hari khenduri Pak Pandir mengambil keputusan untuk ke rumah j yang terletak di hilir sungai. Berdayunglah Pak Pandir ke hilir. Pada masa yang sama air 1; pasang. Lambatlah Pak Pandir sampai ke rumah khenduri. Sampai di sana khenduri telah pun habis. Pulanglah Pak Pandir. Pada masa itu air surut pula. Khenduri di rumah kedua pun sudah habis. V

Pengajaran kepada murid sekolah rendah ialah menggunakan akal fikiran sebelum membuat keputusan." (s66, Kedah, 4/10/2013) f

T "Dalam Hikayat Hang Tuah terdapat episod Hang Tuah menggunakan akal fikiran agar dapat melihat Raja Cina dengan memakan sayur kangkung secara mendongak. Murid-murid boleh i ditanamkan semangat jangan putus asa tetapi perlu menggunakan akal fikiran." (s77, Kedah, 4

4.10.13) I

1

Nilai Persaudaraan

a "Nilai persaudaraan dalam institusi keluarga mesyarakat Melayu begitu tinggi sebagaimana I

yang dituntut oleh Islam. Misalnya sebagaimana kisah Batu Belah Batu Bertangkup yang 3 menceritakan pengornbanan besar seorang kakak mengharungi cabaran hidup sebagai anak 4 yatim untuk menyara kehidupan bersama adiknya." (s32, Kelantan, 18.01.2013) j

I 1 2

"Peribahasa air dicincang tidak akan putus dapat dihayati murid menyuruh mereka berlakon d untuk mencincang air. Guru boleh membantu murid untuk membuat rumusan tentang nilai 7

persaudaraan." (s22, Kedah, 4.10.13) q

"Setiap manusia akan mendapat ganjaran setimpal dengan apa yang dilakukannya. Contohnya apabila seseorang melakukan kebaikan ia akan mendapat balasan baik dan

Page 10: KURSUS PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU DALAM …repo.uum.edu.my/9877/1/Nura.pdf · Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Didapati bahawa Model Kualiti Ilmu Guru

The 23rd HISKI Conference on Literature

sebaliknya. Contohnya Wan Empuk dan Wan Malini yang begitu gigih rnengusahakan tanaman padinya bertuah kerana rnendapat rezeki yang berganda-ganda." (s34, Kelantan, 18.01.2013)

"Dalarn Sejarah Melayu, raja rnemberi ganjaran dan anugerah kepada anak buahnya yang banyak berjasa berupa pakaian persalinan, ernas, perak, harta benda, tanah dan pangkat. Contoh, Hang Tuah pernah dianugerah pangkat laksamana dan keris Tarning Sari. Guru-guru di sekolah juga haruslah mengamalkan nilai memberi ganjaran kepada murid-murid yang berkelakuan baik dan menunjukkan prestasi cemerlang dalarn apa jua bidang. Ganjaran yang diberikan bolehlah bersifat puji-pujian ataupun banrangan. Dengan memberi ganjaran dan anugerah akan memberi semangat kepada murid untuk berusaha dengan lebih baik kerana mereka merasakan apa yang meeka lakukan dihargai. Sekaligus memberi dorongan untuk murid-murid lain mencontohi." (s67, Kelantan, 18.01.2013)

Nilai Pesanan atau Pedoman "Nilai pesanan di dalam satu-satu cerita juga membawa contoh kepada masyarakat supaya berkelakuan baik, taat kepada ibu bapa. Sebagai contoh cerita Si Tanggang yang membawa padah disumpah oleh ibunya kerana durhaka." (s22, Kelantan, 18.01.2013)

"Cara watak binatang itu bertindak, bertutur atau berfikir boleh dijadikan sumber untuk mendidik murid melalui isi tersurat dan tersirat. Contohnya melalui cerita Sang Kancil rnelambangkan kecerdikan dan kebijaksanaan menyelesaikan masalah. Apa sahaja masalah boleh diselesaikan dan memberi pengajaran." (s48, Kedah, 4.10.2013)

"Dapat memberi nasihat kepada murid dan dapat membentuk tingkah laku yang baik kepada murid. Contoh:

Buah pelaga makan dikikir, Dibawa orang dari hulu;

Sebarang kerja hendaklah dqikir, Supaya jangan mendapat malu." ( ~ 2 1 7 7 6 1 , Kedah, 4.10.2013)

Nilai Estetik "Menggunakan sumber alam sebagai kiasan seperti daun keladi dan air yang nyata berlainan sifatnya. Daun keladi merupakan tumbuhan yang mernpunyai daun yang licin dan tidak menyerap air jadi jika dicurahkan air rnernang sia-sia sahaja. Mencurah air ke daun keladi rnemaparkan nilai estetika yang tinggi sebagai panduan dan renungan masyarakat .... menyampaikan bimbingan moral." (s89, Kedah, 4.10.2013)

"Melalui hasil kesusasteran Melayu seperti karya-karya agung Melayu, murid-murid dapat mernahami bahawa sernua hasil karya tersebut adalah melambangkan keunggulan daya cipta atau hasil kreativiti seniman yang mernpunyai nilai estetik dan mempunyai tamadun yang hebat." (s98, Kedah, 4.10.2013)

Rumusan Pada awal makalah ini ditekankan bahawa inti sari perbincangan berkisar tentang ilmu. Apa yang telah dipaparkan ialah hasil daripada pengetahuan tentang karya agung yang dikaji para guru yang

Page 11: KURSUS PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU DALAM …repo.uum.edu.my/9877/1/Nura.pdf · Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Didapati bahawa Model Kualiti Ilmu Guru

Literature and Nation Character Building 4 - 1 mengikuti kursus PKAM. Penulis sedia maklum bahawa dalam jangka masa yang terhad tidak mungkin para guru dapat menghayati kesemua karya tetapi yang penting di sini ialah pendedahan tentang ilmu ini akan menyebabkan guru mekonstruksi semula makna karya agung dalam minda mereka selari dengan Teori Konstruktivisme. Berlaku perubahan paradigma (walaupun sedikit atau secara perlahan) di sini kerana pada peringkat awal walaupun didapati guru mengetahui tentang karya agung tetapi tidak mempunyai pengetahuan tentang karya tersebut secara lebih mendalam. Persepsi guru terhadap kepentingan karya agung Melayu bermula dengan pengetahuan tentang bahan kesusasteraan di samping meneliti dan menghayati nilai pemikiran Melayu yang ada dalam bahan-bahan tersebut. Bak kata pepatah 'kalau tak kenal maka t'ak cinta'. Untuk menjadi guru yang berkesan, guru perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu. Strategi penggabungjalinan memerlukan pengetahuan yang mendalam supaya dapat diindang tema-tema yang sesuai untuk dibawa ke dalam bilik darjah. Kualiti ilmu ini selari dengan satu daripada komponen yang terdapat dalam Model Kualiti llmu Guru (Killen, 2007). Pada akhir PPGSR ini disarankan supaya dinilai ilmu pedagodgi kandungan kerana selain daripada mengikuti kursus PKAM, guru-guru juga mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan strategi pengajaran dan gaya pembelajaran. Akhir kata, guru yang berilmu dapat membantu pembinaan karakter bangsa Malaysia. Satu daripada ilmu yang harus ada berkaitan dengan asal usul diri yang harus dibanggakan. Di sini karya agung Melayu perlu dihayati guru sebelum dapat diterjemahkan ke dalam bilik darjah.

Epilog 'Kok bertukang perlukan alatnya, kok berperang perlukan senjata dan latihannya', kok mengajar perlukan ilmunya!

Ru jukan A. M. Thani. (1991). Integrasi sosial dalam kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. (2012). Aspek nilai sebagai komponen teras dalam pendidiltan bahasa dan

strategipengajarannya. Ucaptama yang disampaikan dalam Seminar Bahasa Melayu 2012 anjuran Pusat Bahasa Melayu Singapura. Dicapai daripada www.mlcs.sg/ home/ images/ MLCS-Gallery/Seminar2012Papers/l6. Penerapan Sastera dalam Pengajaran ...

Chew Fong Peng. (2009). Pendidikan sastera perpaduan menerusi KOMSAS Tingkatan 4: Pelaksanaan dan kesannya. JurnaI Pendidikan Malaysia, 34(2), 15-31.

Ding Choo Ming. (1998). Raja Aishah pengarang ulung wanita Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

ERIC and The Family Learning Association. (2002). Developing character through education: A teacher's resource book. Bloomington, IN: ERIC.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (2007). Dicapai daripada http://upu.mohe.gov. my/portal/ arkib/fpk.php

H. Rustam Effendi. (2010). Cucupatian Banjar: Analisis struktur, fungsi dun nilai budaya. Disertasi Doktor Falsafah (yang tidak diterbitkan). Universiti Utara Malaysia, Sintok. Kedah.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Bersepadu Sekolah Rendah: Bahasa Melayu. http://~~~.m0e.gov.m~/bul~/~2/index.php?option= com-weblinks& view =category&id=87&ltemid=48O&lang=en

Page 12: KURSUS PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU DALAM …repo.uum.edu.my/9877/1/Nura.pdf · Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Didapati bahawa Model Kualiti Ilmu Guru

The 23rd HISKI Conference on Literature

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia. (2010). 40,000 dijangka ikuti program pensiswazahan mulai Mac tahun depan http:!/www.nutp.or~new/ins/node 1673

Killen, R. (2007). Efiective teaching strategies: Lessons from research and practice (4th ed.). Australia: Thomson.

Lickona, T. (2001). What is effective character education? Paper presented at The Stony Brook School Symposium on Character. Dicapai daripada www.athenaeum.edu/pdf/What is Effective Character Education.pdf

Lickona, T., Schaps, E., & Lewis, C. (1995). Eleven principles of efiective character education. Washington, D.C.: Character Education Partnership.

Mohammad Noor Haji Salleh. (2003). Pendeta Za 'ba: Pemikir wawasan sains bangsa. Jurnal Peradaban Melayu, 1,lO-26.

Mohd. Najib Tun Abdul Razak (2010). Ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju. Dicapai daripada jpt.mohe.gov.my/PENGLIMUMAN/RMKIOOUcapan (10.06.2010).pdf

Norazah Zabidi, Noraini Md.Yusof, & Supyan Hussin, (1999). Peranan bahasa dan sastera dalam pembentukan negarabangsa: harapan dan cabaran, 3L JOURNAL, 5,90-117.

Nordin Mohammad. (1997). Penerapan nilai-nilai Islam dalam novel-novel pilihan Shahnon Ahmad (Tesis sarjana pendidikan yang tidak diterbitkan). Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Nuraini Yusoff. (2013). Tun Dr. Mahathir Mohamad: Ikon pembentukan karakter bangsa. Proceeding Seminar In ternasional: Pengembangan peran bahasa dan sastra Indonesia untuk mewujudkan generasi berkarakter (hlm. 11-31). Surakarta: Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Sebelas Maret.

Shamsuddin Jaafar. (1997). Sastera dalam masyarakat majmuk Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sharifah Sofiah 'Atiqah Syed Ibrahim, & Nuraini Yusoff. (2010). Penggunaan perbidalan dalam pembangunan Negara. Prosiding Seminar Pembangunan Wilayah Ekonomi, Perundangan dan Pentadbiran Malaysia dan Indonesia, Universitas Islam Riau, Pekan Baru, Indonesia.

Raihanah Mohd Mydin, & Shahizah lsmail Hamdan (Eds). (2003). Linking literary identities: Malaysian society, culture and the other. Serdang: UPM Press.

Raimy Che-Ross. [2003). Kehendakku mengarang hikayat ini: Senarai ringkas karya-karya &

mashaf asal karangan dan salinan Munshi Abdullah Bin Abdul Kadir (1797-1854). Jurnal Peradaban Melayu, 1,184-215.

Rais Yatim. (2003). Tamadun Melayu dalain pergelutan globalisasi. Jurnal Peradaban Melayu,l, 1-9.

Rosmawati Harahap. (2011). Komburjenuka Angkola Mandailing: Analisis bentuk, tema, dan nilai. (Disertasi Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Rosnita Hamid, & Sarifah assa an. (2012). Penerapan sastera dalam pengajaran bahasa di sekolah rendah. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Bahasa MeIayu 2012 anjuran Pusat Bahasa Melayu Singapura. Dicapai daripada www.mlcs.sg/home/images/ MLCS- Gallery/Seminar2012Papers/l6. Penerapan Sastera dalam Pengajaran ...

Siti Hawa Salleh. (2009). Kelopak pemikiran: Sastera Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tajul Ariffin Noordin. (2010). Pembangunan Karakter Bangsa Melalui Pendidikan Nilai: Pengalaman Malaysia (1970-2008). Dicapai daripada http://syafrimen.blogspot com/ 2010/06/ pendidikan-karakter.htm1