5
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL )PSV 3113) LANGKAH- LANGKAH PENTAKSIRAN Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat pembelajaran seseorang pelajar. Dasar penting bagi pencapaian PdP yang berkesan melalui langkah2 pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan dalam kelas. Justeru kecekapan guru dalam membangun instrumen pengujian dan penilaian amat penting. Guru merupakan tonggak utama dalam memastikan seseorang modal insan itu berjaya dengan cemerlang dan gemilang. Justeru, guru haruslah mampu untuk menilai pencapaian muridnya dari pelbagai aspek. Hal ini kerana guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Hal ini berkait rapat dengan pendekatan yang digunakan dalam mengukur pencapaian muridnya. Dalam mata pelajaran pendidikan seni visual, guru akan mengukur tahap pencapaian hasil karya muridnya melalui kaedah pemberian „tanda‟ seperti lambang atau simbol. Kesemua tanda ini merupakan penanda aras bagi guru untuk melihat tahap pencapaian muridnya di dalam kelas. Secara tidak langsung, dapat membantu guru untuk mempertingkatkan lagi usaha dalam mendidik anak muridnya di samping menggunakan kaedah pengajaran yang mampu meningkatkan tahap pencapaian murid.

Lang Kah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ok

Citation preview

Page 1: Lang Kah

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL )PSV 3113)

LANGKAH- LANGKAH PENTAKSIRAN

Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah

pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran

merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan

menterjemah maklumat pembelajaran seseorang pelajar. Dasar penting bagi pencapaian PdP yang berkesan melalui langkah2 pengujian,

pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan dalam kelas. Justeru kecekapan guru dalam membangun instrumen pengujian

dan penilaian amat penting.

Guru merupakan tonggak utama dalam memastikan seseorang modal insan itu berjaya dengan cemerlang dan gemilang. Justeru, guru

haruslah mampu untuk menilai pencapaian muridnya dari pelbagai aspek. Hal ini kerana guru memainkan peranan penting dalam mengesan

perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Hal ini berkait rapat dengan pendekatan yang digunakan dalam mengukur

pencapaian muridnya. Dalam mata pelajaran pendidikan seni visual, guru akan mengukur tahap pencapaian hasil karya muridnya melalui

kaedah pemberian „tanda‟ seperti lambang atau simbol. Kesemua tanda ini merupakan penanda aras bagi guru untuk melihat tahap

pencapaian muridnya di dalam kelas. Secara tidak langsung, dapat membantu guru untuk mempertingkatkan lagi usaha dalam mendidik anak

muridnya di samping menggunakan kaedah pengajaran yang mampu meningkatkan tahap pencapaian murid.

Sebagai seorang guru yang berkualiti sebelum membuat pentaksiran beberapa krateria perlu diambil kira supaya pentaksiran yang

dibuat tidak terpesong dari landasan. Oleh itu, apabila mendapat tugasan berkaitan pentaksiran dalam PSV ini beberapa langkah perlu diambil

bagi menilai murid di dalam kelas berdasarkan aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Tugasan ini perlu dijalankan

semasa menjalani praktikum di SK Bandar Tasik Puteri dan sasaran yang perlu diambil kira ialah murid-murid di aliran perdana. Oleh itu, saya

memilih murid tahun 4 Rajin bagi memenuhi tugasan ini untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran . Sebelum membuat pentaksiran

bagi mata pelajaran PSV sebagai seorang guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran PdP mengikut standard pembelajaran KSSR

Tahun 4. Justeru itu, beberapa langkah perlu diambil kira dalam membuat pentaksiran.

Page 2: Lang Kah

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL )PSV 3113)

Langkah pertama ialah sebelum menjalankan sesuatu pengajaran, aspek yang perlu diambil kira ialah memilih mana-mana empat

bidang dalam PSV untuk dibuat petaksiran. Oleh itu saya memilih bidang menggambar untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang

mengambil masa 2 jam dan kumpulan sasaran ialah tahun 4 Rajin. Sebelum itu saya merancang aktiviti yang hendak dijalankan bersama-

sama murid mengikut tahap kebolehan serta masa yang sesuai dalam sesuatu aktiviti. Dalam bidang menggambar tajuk yang dipilih ialah

menghasilkan catan bertemakan Alam Semula jadi yang menggunakan teknik basah atas kering. Seterusnya guru menunjukkan proses dan

langkah menghasilkan catan satu persatu seperti di dalam gambar. Selepas itu murid akan menghasilkan karya mereka.

Langkah kedua ialah sebelum pemerhatiaan dibuat, guru membina instrumen pentaksiran di mana saya memilih instrumen senarai

semak. Instrumen ini dibuat berasaskan pemerhatian ke atas 3 orang murid iaitu Nafisah, Adib dan Farisha berdasarkan borang senarai

semak permerhatian yang dibuat sebelum proses PdP dilaksanakan. Dalam borang senarai semak pemerhatian aspek yang diambil kira ialah

kognitif, psikomotor, afektif dan sosial. Melalui borang tersebut guru menanda “Ya” atau “Tidak” setiap item yang dijalankan oleh 3 orang murid.

Kemudian guru mentadbirkan setiap item di dalam jadual 1 seperti di lampirkan bagi memudahkan guru menilai ketiga-tiga murid tersebut dan

membuat analisis terhadap murid tersebut seperti jadual 2. Selepas itu, guru menganalisis berdasarkan graf yang diplot bagi melihat

perbezaan tahap murid 1, murid 2 dan murid 3. Seterusnya guru membuat ulasan setiap murid bagi mengetahui tahap pencapaian murid

dalam menghasilkan karya seperti yang dilampirkan.

Seterusnya bagi mentaksir hasil kerja murid pula, beberapa aspek perlu diambil kira iaitu berbincang dengan guru Penatia PSV di

sekolah bagi mengetahui skor pemarkahan yang digunakan di sekolah tersebut sebelum membuat pentaksiran hasil kerja murid secara

keseluruhan. Dengan ini, guru perlu menyediakan rubrik pemarkahan bagi mentaksir 6 karya murid dari segi cemerlang, sederhana, dan

lemah. Dalam rubrik pemarkahan saya memilih rubrik pemarkahan holistik dan analitik bagi mentaksir hasil kerja murid. Langkah-langkah

pemarkahan cara holistik dengan menggunakan skala ordinal ialah memeriksa setiap kretiria secara keseluruhan, menyusun hasil karya murid

mengikut prestasi, iaitu dari prestasi baik di atas dan prestasi terburuk di bawah, menentukan berapa peratus murid yang patut diberikan gred

A, B, C, D dan sebagainya dan memberikan gred berdasarkan peratus yang telah dipertimbangkan untuk setiap murid.

Page 3: Lang Kah

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL )PSV 3113)

Dalam menyediakan rubrik pemarkahan terdapat empat kriteria yang diambil kira iatu proses dan teknik, keaslian, kreativiti dan

kekemasan. Pemberatan sebanyak 25 markah bagi setiap krateria yang membawa markah 100 %. Untuk mentaksir dari segi cemerlang

berdasarkan diskriptor dan gred markah sebanyak (80-100%), sederhana pula (60-79 %), lemah (50-59%) dan gagal (0-49%). Untuk

pembahagian markah bagi mengetahui tahap pencapaian murid mengikut kriteria contohnya untuk cemerlang, cara pengiraan markah

mengikut formula yang ditertapkan seperti (80/100 *25 = 20 markah) dan (100/100 *25 = 25) maka rubrik analitik bagi cemerlang ialah 20-25

markah bagi setiap kriteria yang di uji. Manakala bagi sederhana pula (60/100 *25 = 15m) dan (79/100 * 25 = 19.9m) maka rubrik analitik bagi

sederhana ( 15-19.9 m) dan lemah ialah (50/100 *25 = 12.5 m) dan (59/100 *25 = 14.9 m) maka skala rubrik analitik bagi lemah (12.5-14.9 m).

Langkah seterusnya ialah apabila skala rubrik di kira dengan betul, maka pentaksiran pencapaian murid bagi katogeri cemerlang,

sederhana dan lemah dinilai bagi menentukan murid 6 hasil kerja murid tersebut terletak pada katogeri yang mana satu. Setelah di anaisis

murid cemerlang diberikan kepada Muhammad Hadif dengan markah keseluruhan 91% dan Nur Ameera dengan markah 87%. Bagi sederhana

pula markah yang diperoleh ialah Adil Akmal iatu 70% dan Nur Imram dengan markah 69% manakala lemah pula ialah Nur Nafia Marissa

dengan markah 53% dan Fahtul Iskandar dengan markah 51%. Seterusnya langkah terakhir guru akan membuat ulasan bagi setiap orang

murid mengikut katogeri markah yang diperoleh. Maka pentaksiran untuk PSV selesai dibuat dan murid memperoleh markah masing-masing.