18
Laporan Akhbar Lumba Haram “Samseng Jalanan” KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merangka beberapa strategi bagi mendekati ‘mat rempit’ dalam usaha terbaru untuk menangani segera gejala lumba haram dalam kalangan remaja yang semakin berleluasa sekarang. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata pendekatan itu termasuk mengadakan program kesedaran, di samping memberi pembelajaran kepada remaja mengenai cara menunggang dengan betul dan berhemah. Beliau juga meminta masyarakat membantu mencari jalan penyelesaian bagi menangani gejala itu yang disifatkannya sebagai serius kerana banyak kes kemalangan berlaku disebabkan sikap pelumba haram itu. “Gejala ini bukan saja boleh meragut nyawa pelumba terbabit, malah membahayakan pengguna lain. Ditambah lagi apabila remaja ini sanggup mencabar serta melanggar anggota polis yang bertugas,” katanya ketika merasmikan Forum Gejala Lumba Haram anjuran Cawangan Trafik PDRM di Maktab PDRM, Cheras di sini, semalam. Forum itu yang dipengerusikan Presiden Pencegahan Jenayah, Kamal Affandi Hashim, dibarisi empat panel termasuk wakil Persatuan 1

Laporan Akhbar Lumba Haram

Embed Size (px)

DESCRIPTION

LAPORAN LUMBA HARAM

Citation preview

Page 1: Laporan Akhbar Lumba Haram

Laporan Akhbar Lumba Haram“Samseng Jalanan”

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merangka beberapa strategi bagi mendekati ‘mat rempit’ dalam usaha terbaru untuk menangani segera gejala lumba haram dalam kalangan remaja yang semakin berleluasa sekarang.Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata pendekatan itu termasuk mengadakan program kesedaran, di samping memberi pembelajaran kepada remaja mengenai cara menunggang dengan betul dan berhemah.Beliau juga meminta masyarakat membantu mencari jalan penyelesaian bagi menangani gejala itu yang disifatkannya sebagai serius kerana banyak kes kemalangan berlaku disebabkan sikap pelumba haram itu.“Gejala ini bukan saja boleh meragut nyawa pelumba terbabit, malah membahayakan pengguna lain. Ditambah lagi apabila remaja ini sanggup mencabar serta melanggar anggota polis yang bertugas,” katanya ketika merasmikan Forum Gejala Lumba Haram anjuran Cawangan Trafik PDRM di Maktab PDRM, Cheras di sini, semalam.

Forum itu yang dipengerusikan Presiden Pencegahan Jenayah, Kamal Affandi Hashim, dibarisi empat panel termasuk wakil Persatuan Penunggang-Penunggang Motosikal PRO Rider yang juga bekas pelumba negara, Wazi Hamid.Mengikut statistik, sejak 2001 sehingga Mei lalu 3,182 penunggang ditahan dan 2,970 daripadanya berusia antara 16 hingga 25 tahun. Musa juga mengingatkan masyarakat, terutama remaja, bahawa gejala itu boleh mencemarkan imej negara di kalangan pelancong asing.Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran alat interkom berkamera atau Sistem Laporan Kecemasan Polis (PERS) pula, Musa berkata, PDRM mensasarkan tujuh atau lima minit untuk bertindak terhadap setiap aduan jenayah yang dilaporkan.Beliau berkata, ketika ini anggota polis mengambil masa 10 minit untuk sampai ke lokasi kejadian jenayah apabila menerima laporan menerusi talian Rakan Cop atau khidmat pesanan ringkas (SMS).“PERS berfungsi menggunakan talian Streamyx dan disambung terus ke bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Kuala Lumpur serta sistem Mengarah, Mengawal, Komunikasi, Koordinasi dan Maklumat (C4I) milik PDRM,” katanya Beliau yakin polis dapat bertindak lebih pantas kerana ujian

1

Page 2: Laporan Akhbar Lumba Haram

dilakukan sebelum ini mendapati masa dicatat boleh dikurangkan hampir 50 peratus untuk sampai ke lokasi,” katanya.Majlis pelancaran PERS di Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang itu dilakukan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar.Musa berkata, kiosk PERS diwujudkan di Bukit Bintang, manakala dua lagi di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan P Ramlee sedang dibina.“Projek perintis itu akan dinilai kemampuan dalam tempoh tiga bulan dan diperluaskan ke negeri lain jika berkesan,” katanya.Difahamkan, PERS adalah buatan tempatan dan kos penyediaannya di antara RM30,000 hingga RM40,000 seunit. Jepun adalah negara pertama di Asia menggunakannya dan Malaysia adalah negara Asean pertama memasang alat berkenaan.

SUMBER : BERITA HARIAN, 08 SEPTEMBER 2006 KUALA TERENGGANU: Remaja yang terbabit dalam kegiatan lumba motosikal haram di bandar ini, dipercayai menggunakan pil kuda bagi menghilangkan perasaan takut hanya untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan oleh `bookie' perlumbaan.Walaupun menyedari perbuatan itu membahayakan keselamatan, tetapi tawaran hadiah lumayan yang mencecah ribuan ringgit mendorong remaja terbabit melakukan apa saja termasuk menyabung nyawa mereka.Malah, remaja terbabit sanggup menghabiskan wang untuk mengubah suai motosikal di bengkel haram yang hanya diketahui pelumba terbabit bagi memastikan kelajuan motosikal melebihi tahap yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).Sumber memberitahu Harian Metro, perlumbaan haram di sekitar bandar ini ditaja oleh `tauke' tertentu yang menjalankan pertaruhan haram membabitkan pelumba haram.Menurutnya, kebanyakan pelumba yang terbabit dalam perlumbaan haram akan menggunakan pil kuda yang dipercayai mampu memberikan semangat dan kekuatan kepada mereka untuk menewaskan lawan.“Pil kuda ini akan menyebabkan remaja terbabit mampu melakukan aksi luar biasa termasuk memecut di selekoh tajam selain memintas lawan pada jarak dekat.“Malah, kebanyakan motosikal yang ditunggang remaja terbabit sudah diubah suai untuk perlumbaan tertentu,” katanya kepada Harian Metro.

2

Page 3: Laporan Akhbar Lumba Haram

Beliau berkata, dia tidak menolak kebanyakan remaja yang terbabit dalam perlumbaan haram mempunyai kaitan dengan penyalahgunaan dadah berdasarkan tindakan bodoh yang dilakukan.Menurutnya, mereka sanggup menggadaikan nyawa untuk menyahut cabaran tauke di belakang tabir yang memperalatkan mereka.“Buat masa ini, lokasi perlumbaan haram yang menjadi pilihan remaja terbabit ialah di jalan baru berhampiran Jalan Bukit Tunggal yang boleh dilihat selepas jam 9 malam setiap hari.“Bagi memastikan mereka tidak ditahan pihak berkuasa, pelumba haram ini akan memastikan motosikal mereka dipasangkan dengan nombor plat palsu atau menggunakan motosikal curi,” katanya.Selain itu, pelumba haram ini akan cuba melarikan diri jika ada pihak berkuasa yang cuba menahan mereka dan mereka juga sanggup melanggar polis yang menjalankan operasi sekatan jalan raya.

Menurutnya, tindakan ini bertujuan bagi mengelakkan perbuatan mereka menggunakan pil kuda selain melindungi tauke yang menaja perlumbaan itu.“Lumba haram ini akan terus menjadi tumpuan remaja bermotor terutamanya penagih dadah kerana ia cara mudah untuk mendapatkan wang walaupun ia membahayakan nyawa mereka.“Pihak berkuasa perlu menjalankan operasi bagi menangani masalah ini selain memasang perangkap bagi menahan tauke lumba haram yang memperalatkan nyawa remaja untuk kepentingan diri mereka,” katanya. Buletin MKJR

OPS RHINO – Habuan kepada pelumba Haram Oleh: UMMU HANI ABU HASSAN

Tahun 2005 rancak berjalan, berlalu tanpa menyuntik perubahan bagi mengurangi gejala lumba haram di negara ini. Pelbagai cadangan diusulkan baik daripada kabinet, Polis Diraja Malaysia (PDRM), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat umum, namun ia belum mampu menyekat ‘kegilaan’ segelintir anak-anak remaja samada yang tinggal di bandar mahupun luar bandar. Pegawai Pentadbiran Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Star,Cif Inspektor Noh Idris. PDRM pernah mengumumkan bahawa tahun 2004 merupakan tahun membanteras lumba haram berikutan gejala tersebut boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain. Oleh itu, pelbagai operasi dan tindakan dijalankan seperti mewujudkan pasukan polis khas bagi

3

Page 4: Laporan Akhbar Lumba Haram

membanteras lumba haram motosikal (Unit Khas Lumba Haram) dan operasi setiap malam minggu dan cuti umum (ops Rhino). Selain itu, semua ketua trafik negeri pula diarahkan meningkatkan risikan bagi mengenal pasti lokasi gelanggang lumba haram di samping mengumpul maklumat mengenai bengkel-bengkel motosikal yang menjadi penganjur kepada perlumbaan ini.Susulan itu, Kementerian Pengangkutan telah mewujudkan sub seksyen baru di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada penonton lumba haram selain meningkatkan jumlah denda dan hukuman penjara kepada mereka yang menaja lumba haram. Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy, pihaknya akan meminda Seksyen 81 APJ berkenaan mereka yang menaja lumba haram memandangkan hukuman yang sedia ada iaitu denda sehingga RM2000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan adalah terlalu ringan dan tidak berkesan untuk mencegah kegiatan itu. Bagi pelumba haram atau popularnya ‘mat rempit’, mereka boleh disabitkan di bawah Seksyen 42 APJ iaitu membawa kepada hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda kurang daripada RM15000 atau kedua-duanya sekali bagi sabitan pertama. Dan denda serta hukuman penjara akan bertambah kepada tidak lebih RM20000 dan penjara kurang daripada 10 tahun bagi sabitan kedua. Menurut beliau lagi, kementeriannya akan bergabung tenaga dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), PDRM, dan pihak berkuasa tempatan di seluruh Negara bagi membendung masalah ini. Terbaru, Polis Kedah mengadakan rondaan dan tangkapan pada setiap malam minggu dan cuti umum di kawasan yang dikenal pasti menjadi litar kepada para pelumba haram selain melakukan rondaan keselamatan setiap hari. Menurut Pegawai Pentadbiran Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Star, Cif Inspektor Noh Idris, operasi itu adalah susulan kepada operasi lumba haram sebelum ini. Beliau mengulas Ops Rhino yang dijalankan pada 1 April 2005 yang membabitkan kira-kira 10 pegawai dan 60 anggota polis dari bahagian trafik dan jenayah.

Dalam operasi yang bermula pada pukul 1 pagi ini, pihaknya berjaya menahan 21 remaja berusia 20-an kerana menunggang secara berbahaya dan dipercayai terbabit dalam kegiatan lumba haram di Bandar raya ini. Semua remaja ini menjalani pemeriksaan ujian air kencing bagi mengesahkan bebas daripada pengambilan dadah dan alkohol. Pihaknya turut menyaman 14 penunggang motosikal dan dua motosikal lain di tahan di balai polis untuk pemeriksaan lanjut.

4

Page 5: Laporan Akhbar Lumba Haram

Menurut beliau lagi, Kedah antara negeri yang mencatatkan kes yang tinggi dalam lumba haram. Antara lokasi yang popular di sini ialah Jalan Stadium, Lebuhraya Darulaman, Bulatan Teluk Wanjah dan Bandar Sungai Petani. Gejala ini tidak akan berakhir selagi ibu bapa tidak memberikan kerjasama yang baik dengan pihak polis. Tanggungjawab mencegah jenayah jalan raya tidak boleh diharapkan pada pihak keselamatan semata, sebaliknya ibu bapa perlu menitik-beratkan disiplin anak-anak dan ia bermula dari rumah,” jelasnya. Justeru, usaha yang berterusan perlu dilaksanakan bagi mengurangi gejala ini dan ia bukan sekadar penguatkuasaan denda dan hukuman malah para remaja ini perlu dididik dengan moral dan akhlak yang baik sejak awalnya. Remaja yang ditahan dalam Ops Rhino sedang menaiki trak polis untuk dibawa ke balai.

KUALA LUMPUR 7 Sept – Gejala lumba haram khususnya di ibu negara memberi gambaran kepada pelancong asing bahawa pengguna jalan raya di Malaysia tidak bertanggungjawab serta tidak menghormati hak orang lain.Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, aksi merbahaya dan mengaibkan akan menjadi buah mulut para pelancong yang datang dan memberi tanggapan jalan raya di negara ini tidak selamat. ‘‘Gejala lumba haram yang semakin menular boleh mendatangkan kemudaratan bukan sahaja kepada mereka yang terlibat dengan lumba haram malah pengguna jalan raya yang lain.‘‘Masyarakat juga menjadi semakin gusar melihat aksi berani mati yang ditunjukkan oleh pelumba haram terutama sekali melalui media elektronik yang memaparkan laporan mengenai fenomena yang tidak sihat ini,’’ katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Forum Gejala Lumba Haram, di sini hari ini.Forum itu anjuran Cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia dan diadakan di Maktab PDRM Cheras membariskan ahli panel dari pelbagai bidang antaranya anggota polis, ahli akademik, bekas pelumba motosikal dan wakil Kementerian Belia dan Sukan.Katanya, masyarakat juga harus membantu pihak penguatkuasa terutamanya pasukan polis dalam membanteras kegiatan lumba haram sehingga ke akar umbi.‘‘Program seperti Forum Gejala Lumba Haram yang diadakan pada hari ini merupakan satu contoh terbaik di mana masyarakat daripada pelbagai lapisan dapat menyumbangkan idea yang bernas dalam menangani gejala lumba haram.‘‘Saya percaya suatu hari nanti usaha untuk mengubah sikap remaja yang terlibat dengan lumba haram akan berjaya jika masyarakat terutama sekali golongan ibu bapa dapat mendisiplinkan dan memberi kesedaran akan bahayanya aktiviti tersebut,’’ jelasnya.SESAL dulu

5

Page 6: Laporan Akhbar Lumba Haram

pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Apa-apa pun, fikir dulu sebelum membuat atau memulakan sesuatu perkara. Ini kerana, sama ada baik atau buruk padahnya, kita juga yang terima, betul tak?Pokok pangkalnya di sini, cermin dulu tahap keyakinan pada diri kita. Jika benar-benar mampu, teruskan, tetapi kalau rasa sebaliknya, batalkan saja niat di hati. Jangan dah terhantuk baru nak tengadah.Bila dah patah sana, patah sini, luka sana, luka sini, baru nak menyesal. Itulah akibatnya kepada orang yang tunjuk berani, tetapi tak kena pada tempatnya. Polis guna helikopter banteras lumba haram 10.07.2006 | JOHOR BAHRU: Polis Johor semalam menggunakan helikopter dalam operasi membanteras perlumbaan haram yang menyaksikan 550 kenderaan, termasuk milik rakyat Singapura, ditahan di lebuh raya Linkedua dekat persimpangan Gelang Patah di sini.Operasi besar-besaran bermula jam 12 tengah malam dan berakhir kira-kira jam 5 pagi itu, turut menggunakan lapan kenderaan awam seperti trailer, lori dan bas kilang untuk membuat sekatan bagi menghalang pelumba melarikan diri.Seramai 140 pegawai dan anggota termasuk dari Unit Kereta Peronda dan Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertai operasi itu, yang diketuai Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Johari Yahya serta dibantu Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Johor Bahru Utara, Cif Inspektor Bakri Zainal Abidin. Bakri berkata, inilah pertama kali sebuah helikopter digunakan dalam operasi seumpama itu bagi memantau pergerakan dari udara dan mengesan pelumba yang cuba melarikan diri."Kita menahan 34 pelumba, semuanya warga tempatan serta menyita kereta termasuk bernombor pendaftaran Singapura kerana digunakan bagi perlumbaan haram."Mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 42, Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan membahayakan pengguna jalan raya lain," katanya.Bakri berkata, 150 motosikal milik rakyat tempatan dan Singapura turut ditahan, kebanyakannya menyaksikan lumba haram di laluan sepanjang kira-kira tiga kilometer di persimpangan Linkedua dan Gelang Patah.Kira-kira 500 orang yang ditahan kerana menonton perlumbaan itu akan disiasat dan didakwa mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987."Semua yang ditahan berusia antara 20 hingga 30 tahun membabitkan pelbagai golongan termasuk pelajar, kakitangan kerajaan dan swasta," katanya.Polis membuat intipan sejak lebih dua bulan lalu selepas menerima maklumat penduduk sekitar Gelang Patah sebelum melancarkan operasi itu.Semua kenderaan yang ditahan dibawa ke

6

Page 7: Laporan Akhbar Lumba Haram

Balai Polis Kulai dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara untuk pemeriksaan sama ada kenderaan curi, enjin diubah suai, cukai jalan tamat tempoh dan memiliki waran tangkap.Sumber : Berita HarianMotosikal Mat Rempit Terbabit Lumba Haram Mungkin Dirampas

JITRA, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan mungkin meminda akta jalan raya atau mewujudkan undang-undang baru bagi membolehkan motosikal yang terlibat dalam kegiatan lumba haram dirampas dalam usaha menangani masalah mat rempit yang seolah-olah tiada kesudahan.Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharom berkata pihaknya akan mencadangkan kepada kerajaan supaya diwujudkan undang-undang bagi membolehkan pihak berkuasa merampas motosikal mana-mana pihak yang terbabit dalam kegiatan lumba haram."Sebelum ini pelbagai operasi dilancarkan bagi membanteras kegiatan lumba haram dan menahan mat rempit bersama motosikal masing-masing, tetapi mereka masih boleh membawa balik dan mengambil semula motosikal itu apabila disaman atau dibebaskan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang raya kepada peneroka-peneroka di Felda Laka Selatan, dekat sini, malam tadi.Mohd Johari berkata kegiatan mereka itu tetap berterusan sampai bila-bila apabila motosikal masih ada dan jika kenderaan mereka dirampas aktiviti lumba haram itu semakin lama semakin berkurangan dan turut memberi kesedaran kepada "mat-mat rempit".Beliau berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada Peguam Negara terlebih dahulu untuk dipertimbangkan dan kemudiannya barulah boleh dibentangkan di Parlimen jika perlu.Menurutnya kegiatan lumba haram semakin menjadi-jadi di kalangan belia serta golongan remaja dan tidak mengira masa walaupun di bulan puasa sehingga boleh membahayakan keselamatan orang ramai dan pengguna jalan raya.Mohd Johari turut mengarahkan polis supaya lebih giat memantau perkembangan mat rempit dan membendung kegiatan lumba haram di seluruh negara menjelangnya sambutan perayaan Deepavali dan Aidilfitri.Kegiatan lumba haram dan sikap samseng mat rempit turut mencetuskan pelbagai risiko seperti dilaporkan di ibu negara berlakunya pergaduhan membabitkan kumpulan mat rempit sehingga seorang maut dan tiga lagi cedera.Di Baling pula, dua pelajar maut dan dua lagi cedera apabila masing-masing berlumba haram sesama mereka.-- BERNAMA

7

Page 8: Laporan Akhbar Lumba Haram

MELAKA: Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM25,000 kepada Polis Diraja beroperasi pada pertengahan bulan ini.Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata peruntukan itudiluluskan bagi membolehkan skuad itu mempunyai peralatan yang diperlukan ketika menjalankan operasi.Katanya, skuad berkenaan turut dianggotai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Rela, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Bandaraya MelakaBersejarah (MBMB) dan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR).Beliau yang juga Pengerusi MKJR negeri, berkata skuad berkenaan dijangka memulakan operasi secara bersepadu pada pertengahan bulan ini di beberapajalan utama yang dikenal pasti.Katanya, antara jalan terbabit ialah Jalan Tun Razak, Jalan Hang Tuah, Cheng, Kelebang, Batu Berendam, Lee Rubber dan beberapa jalan lain."Dengan adanya skuad ini, kerajaan negeri yakin kegiatan lumba haram dapat dibanteras hingga ke peringkat akar umbi."Kerajaan negeri akan terus memberi kerjasama kepada polis untuk membanteras kegiatan yang tidak berfaedah ini.'Tindakan lebih tegas termasuk menyeret mereka ke mahkamah perlu dilakukan segera agar menjadi pengajaran kepada orang lain," katanya disini, semalam.Mohd Ali berkata, sepanjang tahun lalu, polis mengeluarkan 3,864 saman kepada pesalah lalu lintas di negeri ini dalam usaha mendisiplinkan pemandu."Kerajaan negeri ingin mengucapkan tahniah kepada polis atas kesungguhan mereka melaksanakan tugas mencegah kegiatan jenayah atau lumba haram," katanya.Mengenai wujudnya tarian bogel di pusat hiburan di negeri ini, Mohd Ali berkata, mereka yang mempunyai maklumat perlu melaporkannya kepada polisagar tindakan segera dapat dilakukan."Kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dalam perkara ini dan kita mahu polis mengambil tindakan sewajarnya."Jika orang ramai mempunyai maklumat, mereka perlu melaporkannya kepada polis atau pihak berkuasa tempatan" katanya.Berita Harian sebelum ini melaporkan dua pusat hiburan di sini, termasuk satu di pusat peranginan terkemuka menganjurkan tarian berbaur lucahmenggunakan wanita asing yang berpakaian menjolok mata bagi menarik pengunjung.Sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya juga dikesan mengadakan persembahan sama.Persembahan itu dipercayai diadakan sejak beberapa bulan lalu dan bermula selepas waktu tengah malam serta berlangsung kira-kira 20 minit.Difahamkan, waktu dan hari persembahan tidak ditetapkan dan hanya terhad pada tempoh tertentu seperti apabila ramai pengunjung. Penganjur jugatidak membuat pengumuman awal bagi mengelak kegiatan itu dikesan. Balai Polis Trafik Daerah Kulim ‘diserbu’ ibu bapa dan saudara-mara Mat Rempit apabila dimaklumkan pihak polis mengenai

8

Page 9: Laporan Akhbar Lumba Haram

penahanan anak mereka yang terbabit dalam kegiatan lumba haram.Ada antara ibu bapa remaja itu sedang bekerja dan terkejut apabila anak mereka dibawa ke balai polis kerana disyaki terbabit dalam aktiviti menunggang motosikal secara berbahaya serta lumba haram.Dalam ‘Operasi Cegah Lumba Haram’ yang dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim diketuai oleh Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik daerah, Asisten Superintendan Ismail Ayub, seramai 26 remaja ditahan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Majid Hashim, berkata operasi bermula jam 7 malam kelmarin dilakukan di dua kawasan yang menjadi tumpuan Mat Rempit di Taman Selasih dan Stesen Bas Kulim, di sini.Menurutnya, kawasan terbabit dikenal pasti sebagai lokasi ‘panas’ untuk Mat Rempit menunjukkan aksi berbahaya dan polis sering menerima aduan daripada penduduk berhampiran.“Berdasarkan maklumat, anggota polis yang membuat tinjauan mendapati lebih 30 Mat Rempit sedang menunjukkan aksi berbahaya mereka di jalan raya di sekitar Taman Selasih.“Sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, mereka melarikan diri, tetapi tindakan pantas polis berjaya menahan 13 motosikal serta 17 remaja.“Manakala di kawasan Stesen Bas Kulim pula, sebanyak sembilan motosikal bersama penunggangnya ditahan, dan mereka terpaksa menolak motosikal masing-masing sejauh 500 meter ke balai polis,” katanya ketika ditemui, kelmarin.Abdul Majid berkata, dalam operasi itu, seramai 26 remaja termasuk tiga pelajar perempuan berusia antara 14 hingga 23 tahun ditahan untuk pemeriksaan dan dokumentasi.Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut ke atas remaja terbabit mendapati seramai 19 daripada mereka tidak mempunyai lesen memandu dengan 14 remaja dikesan masih berada di alam persekolahan.Katanya, pihak polis memanggil ibu bapa ke balai polis untuk dimaklumkan mengenai kegiatan anak masing-masing sebagai peringatan kepada mereka.

9