Upload
vutu
View
370
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
LAPORAN AKTIVITI BULANAN
JABATAN : KEJURUTERAAN PERKAPALAN
BULAN : MAC 2014
BIL AKTIVITI CATATAN
1. Mesyuarat Pengurusan Jabatan Kejuruteraan Perkapalan (JKP)
1. Bengkel Penilaian Dan Pemurnian Item Soalan Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2013 (Tarikh : 13/03/2014)
2. Mesyuarat Semakan Soalan Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2013 bagi Program Diploma Kejuruteraan Perkapalan (DKP) di antara Lembaga Peperiksaan JKP bersama panel Luar daripada Jab. Laut Malaysia, UniKL-MIMET, ALAM Academy, BNS-Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd, & Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) (Tarikh : 24/03/2014)
2. Usaha kolaborasi dengan pihak industri/ badan kerajaan
Contoh maklumbalas; 2.1 Lawatan kolaborasi
Peringkat Bil Tarikh Industri/ badan kerajaan
JKP,PUO 1.
19/03/2014
Technip MHB Hull Engineering Sdn. Bhd.
Lain-lain
Ringkasan lawatan dilampirkan 2.2 Konsultansi
Industri/ Organisasi Skop Konsultansi
Ringkasan konsultasi dilampirkan 2.3 Cadangan Kerjasama melalui kolaborasi
Industri/ Organisasi
Bidang Kerjasama Cadangan Tarikh Kolaborasi
Ringkasan konsultasi dilampirkan
3. Penyertaan pelajar dan pensyarah dalam aktiviti/pertandingan
Contoh maklumbalas;
Kategori Jenis Peringkat Pencapaian
Sukan
BIL AKTIVITI CATATAN
Persatuan/ Kelab
1. Kursus Renang dan Keselamatan Air (01 - 02/03/14)
2. Majlis Penyampaian Anugerah Ketua Jabatan Pelajar DKP (28.03.2014)
JKP
Akademik 1. PUO Campus Green Week 2014 (11/03/2014)
2. Ceramah Health, Safety & Enviroment (HSE) JKP (18/03/2014)
3. Lawatan Indusri ke Makhostia Sdn. Bhd. (26/03/2014)
PUO
JKP
JKP
Lain-lain
Ringkasan penyertaan dilampirkan
4. Program “Finishing School” Contoh maklumbalas;
Nama Program &
Rakan Kerjasama
Tempoh (hari)
Bilangan Peserta
Pelajar Politeknik
Pelajar luar
Jumlah
Ringkasan penyertaan dilampirkan
5. Status Niche Area/COT Contoh maklumbalas;
Niche Area Aktiviti/Status Perkembangan Niche Area/COT
1. Audit Tahunan Jabatan Laut Malaysia
1. Kursus : Ultrasound (04/03/2014)
1. Perlaksanaan Kursus TSP dibengkel Jabatan Kej. Perkapalan bagi peserta daripada Royal Navy Of
BIL AKTIVITI CATATAN
Oman (RNO) dengan kerjasama BNS-Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. Lumut, Perak pada 03 hingga 05 Mac 2014.
2. Perlaksanaan Kursus TSP dibengkel Jabatan Kej. Perkapalan bagi Perantis BNS-Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd pada 10 hingga 12 Mac 2014
3. Pelaksanaan Kursus ‘Training of Trainer’(TOT) dibengkel Jabatan Kej. Perkapalan Tahap 2 bagi peserta daripada Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) pada 29 hingga 30 Mac 2014
Ringkasan lawatan dilampirkan
LAMPIRAN
1.0 MESYUARAT PENGURUSAN JABATAN KEJURUTERAAN PERKAPALAN (JKP)
1. BENGKEL PENILAIAN DAN PEMURNIAN ITEM SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR SESI
DISEMBER 2013
Bengkel Penilaian Dan Pemurnian Item Soalan Peperiksaan Akhir Sesi Disember
2013 Diploma Kejuruteraan Perkapalan telah diadakan pada 13 Mac 2014. Bengkel
ini bertujuan menyemak Soalan Peperiksaan Akhir bagi Sesi Disember 2013.
2. MESYUARAT SEMAKAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR SESI DISEMBER 2013 BAGI
PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN PERKAPALAN (DKP) DI ANTARA LEMBAGA
PEPERIKSAAN JKP BERSAMA PANEL LUAR
Mesyuarat Semakan Soalan Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2013 bagi Program
Diploma Kejuruteraan Perkapalan di antara Lembaga Peperiksaan JKP bersama
panel Luar daripada Jab. Laut Malaysia, UniKL-MIMET, ALAM Academy, BNS-
Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS)
telah diadakan pada 24 Mac 2014 (Isnin) di Bilik Mesyuarat Utama PUO.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Perkapalan, En.
Mohana Krishnan G. Wakil panel luar terdiri daripada En. Kanagalingam T.
Selvarasah (Jabatan Laut Malaysia), Dr. Md Redzuan B. Zoolfakar (UniKL-MIMET), En.
Mohd Fahim B. Ilias (JPS) dan En. Mohd Zahid B. Idris (ALAM Academy) dan En.
Baniyamin B. Bahari (BNS-Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd).
2.0 USAHA KOLABORASI DENGAN PIHAK INDUSTRI / BADAN KERAJAAN
1. TECHNIP MHB HULL ENGINEERING SDN. BHD. KUALA LUMPUR
Pada 19 Mac 2014, pihak Politeknik Ungku Omar khususnya Jabatan Kejuruteraan
Perkapalan telah dikunjungi oleh pihak Technip MHB Hull Engineering Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur. Pihak Technip MHB Hull Engineering Sdn. Bhd. Kuala Lumpur ini
telah diwakili 11 orang dan diketuai oleh En. Ishmayel Sulaiman (Manager).
Tujuan lawatan kerja adalah untuk memberi pendedahan berkaitan bidang marin
kepada staf syarikat dan memperkenalkan syarikat Technip MHB Hull Engineering
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur kepada pihak JKP, PUO serta bekerjasama berkenaan
peluang latihan kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Perkapalan.
3.0 PENYERTAAN PELAJAR DAN PENSYARAH DALAM AKTIVITI/PERTANDINGAN
1. KURSUS RENANG DAN KESELAMATAN AIR
Program kursus renang dan keselamatan air ini diadakan pada 1 Mac hingga 2 Mac
2013 yang diadakan diSultan Azlan Shah Ipoh Sports Complex ,Jalan Kmpleks Sukan ,
31400 Ipoh , Perak Darul Ridzuan.
Jumlah peserta yang akan terlibat dalam aktiviti ini adalah seramai 27 orang peserta
pelajar dan diiringi oleh seorang pensyarah.
Dalam program ini, pensyarah dan pelajar dari Kelab Kejuruteraan Perkapalan akan
diajar kemahiran asas berenang dan keselamatan diri ketika berada di dalam air.
Program ini diadakan dengan bantuan jurulatih daripada jabatan bomba sebagai
jurulatih seramai 3 orang.
Program diadakan bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada tarikh yang
ditetapkan.
2. MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KETUA JABATAN PELAJAR DKP
Majlis Penyampaian Anugerah Ketua Jabatan Pelajar Diploma Kejuruteraan
Perkapalan (DKP) ini diadakan bertujuan meraikan kecemerlangan pelajar DKP yang
memperolehi keputusan cemerlang CPA 3.50 ke atas di dalam peperiksaan bagi Sesi
Jun 2013. Majlis ini telah diadakan pada 28 Mac 2014 di Restoran Syabu-Syabu, Ipoh.
3. PUO CAMPUS GREEN WEEK 2014 (11/03/2014)
PUO Campus Green Week 2014 merupakan satu program yang telah dianjurkan oleh
Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar yang berteraskan 3 objektif
utama iaitu memupuk dan mengukuhkan kesedaran memelihara dan memulihara
alam sekitar, memdedahkan kepada warga politeknik pendekatan berguna dan
terkini mengenai aspek pengurusan ekosistem dan mempertingkatkan usaha PUO
melestarikan kampus terutama dikalangan warga PUO.
PUO Campus Green Week 2014 telah dirasmikan oleh YB. Dr. Muhammad Amin Bin
Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar & Teknologi Hijau
dan ianya berlangsung 10 hingga 13 Mac 2014.
Pada 11 Mac 2014, seramai 15 orang pelajar Diploma Kej. Perkapalan dengan diiringi
oleh pensyarah Jabatan Kejuruteraan Perkapalan telah mengikuti salah satu aktiviti
yang dianjurkan iaitu Program 1000 Langkah, 100 Pokok, 10 Lokasi dan 1 Matlamat.
4. CERAMAH HEALTH, SAFETY & ENVIROMENT (HSE) JKP
Pada 18 Mac 2014, pihak Jabatan Kejuruteraan Perkapalan telah menjemput wakil
daripada pihak Makhostia Sdn. Bhd, Universiti Teknologi Petronas, Bandar Seri
Iskandar, Tronoh, Perak iaitu En Rohaizat B. Mohd Som dibawah program Pensyarah
Pelawat Industri (PPI) untuk memberikan ceramah dan maklumat terkini kepada
pelajar DKP dan staf JKP berkenaan Health, Safety & Enviroment (HSE) di industri.
5. LAWATAN INDUSRI KE MAKHOSTIA SDN. BHD, UNIVERSITI TEKNOLOGI
PETRONAS, BANDAR SERI ISKANDAR, TRONOH, PERAK
Lawatan Sambil Belajar Pelajar DKP, Jabatan Kejuruteraan Perkapalan ke Makhostia
Sdn. Bhd, Universiti Teknologi Petronas, Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Perak telah
dijalankan pada 26 Mac 2014. Seramai 27 orang pelajar DKP telah terpilih bagi
mengikuti sesi lawatan tersebut diiringi 3 orang pensyarah JKP.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan
sistem dan penyelengaraan janakuasa di Makhostia Sdn. Bhd, Universiti Teknologi
Petronas, Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Perak.
Disamping itu juga lawatan tersebut dapat merialisasikan perjalanan Kelab Jab. Kej.
Perkapalan terhadap aktiviti yang dijalankan dan juga dapat memantapkan serta
menaikkan semangat dikalangan pelajar DKP.
5.0 STATUS NICHE AREA/COT
1. AUDIT TAHUNAN JABATAN LAUT MALAYSIA
Audit Tahunan bagi Tahun 2014 daripada Jabatan Laut Malaysia ke atas Jabatan
Kejuruteraan Politeknik Ungku Omar telah berlangsung pada 10 dan 11 Mac 2014
bertempat di Bilik COT Jabatan kejuruteraan Perkapalan. Audit ini dipengerusikan
oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Perkapalan En. Mohana Krishnan G. Manakala
Jabatan Laut Malaysia telah diwakili oleh Tn. Hj Ghadzali B. Ahmad (Ketua Juruaudit)
dan En. Adam Ronny B. Rosly.
2. KURSUS : ULTRASOUND
Seramai 5 orang staf JKP telah menghadiri kursus “Ultrasound” yang dianjurkan oleh
ULPL, PUO pada 04 Mac 2014 bertempat di T&T Inspection & Engineering Sdn. Bhd.,
Puchong, Selangor. Kursus berkenaan bertujuan meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran staf JKP terhadap bidang pengkhususan marin dan mekanikal.
3. PERLAKSANAAN KURSUS TSP DIBENGKEL JABATAN KEJ. PERKAPALAN BAGI
PESERTA DARIPADA ROYAL NAVY OF OMAN (RNO) DENGAN KERJASAMA BNS-
BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD SDN. BHD. LUMUT, PERAK
Perlaksanaan Kursus TSP di bengkel Jabatan Kejuruteraan Perkapalan bagi Peserta
Daripada Royal Navy Of Oman (RNO) Dengan Kerjasama BNS-Boustead Naval
Shipyard Sdn. Bhd. Lumut, Perak telah dijalankan pada 03 hingga 05 Mac 2014.
4. PERLAKSANAAN KURSUS TSP DIBENGKEL JABATAN KEJ. PERKAPALAN BAGI
PERANTIS BNS-BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD SDN. BHD.
Perlaksanaan Kursus TSP (Boiler & Steam Turbine) di bengkel Jabatan Kejuruteraan
Perkapalan bagi Perantis BNS-Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. Lumut, Perak telah
dijalankan pada 10 hingga 12 Mac 2014.
5. PELAKSANAAN KURSUS ‘TRAINING OF TRAINER’ (TOT) DIBENGKEL JABATAN KEJ.
PERKAPALAN TAHAP 2 BAGI PESERTA DARIPADA AKADEMI MARITIM SULTAN
AHMAD SHAH (AMSAS)
Perlaksanaan Kursus ‘Training Of Trainer’ (TOT) di bengkel Jabatan Kejuruteraan
Perkapalan bagi peserta daripada Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS)
telah dijalankan pada 29 dan 30 Mac 2014.