Upload
duongtuyen
View
249
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
`LAPORAN BULANAN AKTIVITI SPF PASOH DISEMBER 2011
Pengenalan Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Pasoh terletak di Hutan Simpan Pasoh, di dalam daerah Jempol dan Jelebu, Negeri Sembilan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1970 dan terkenal serata dunia sebagai pusat penyelidikan hutan pamah tropika. Sebanyak 12 projek sedang aktif dijalankan di SPF Pasoh yang dipantau oleh Jawatankuasa Penyelidikan Pasoh di peringkat FRIM. Teras penyelidikan di SPF Pasoh ialah kajian demografi pokok 50-ha yang telah dimulakan pada tahun 1985 oleh Centre for Tropical Forest Sciences (CTFS), USA dan kajian perubahan mikro iklim dan hutan tropika sejak 1990 oleh National Institute of Environmental Studies (NIES), Jepun. Ia juga kerap menerima lawatan daripada para penyelidik dan pelawat umum daripada dalam dan luar negara. SPF Pasoh juga menawarkan kemudahan penginapan, seminar dan lawatan berpandu di Denai Alam dan Arboretum Pasoh. Ia kini diuruskan oleh tiga kakitangan tetap FRIM.
Laporan Ringkas
Pada bulan Disember ini SPF Pasoh telah menerima lawatan penyelidik-penyelidik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS),Unit Introp
Universiti Putra Malaysia (UPM),unit GIS FRIM dan JAFTA yang membuat kajian di petak 50 Ha dan sekitar kawasan H.S Pasoh.
SPF Pasoh juga telah menerima tempat Ketiga Anugerah Persekitaran Kerja Terbaik sempena hari Inovasi FRIM 2011. Pada bulan
Disember ini juga SPF Pasoh menumpukan kerja-kerja membersihkan sekitar kawasan stesen, membina lantai dewan makan asrama
Meranti Merah yang telah rosak dan menambah ruang dapur di dapur asrama Meranti Merah.
Antara aktiviti-aktiviti yang berlaku sepanjang Disember 2011 termasuk
Ke FRIM Kepong-SPF Pasoh telah menerima tempat ke 3 Anugerah Persekitaran Kerja Terbaik
Memesin rumput di Taman IPP Simpang Pertang dan Stesen
Unit Geoinformasi(GIS) dan Japan Science and Technology Association(JAFTA) mengambil data lapangan di Petak
50 Ha
Membawa pelawat dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencari spesies kulat dan kelawar
Unit Ekologi Hutan membuat pemeriksaan pokok di petak 50 Ha
Unit Introp UPM membuat penyelidikan proses petumbuhan pokok hutan di petak 50 Ha
Pihak kontraktor membina ruang dapur baru dan membaik pulih lantai dewan makan yang telah rosak di asrama
Meranti Merah
Jumlah hujan yang dikumpul pada bulan Disember 2011 = 299.3 mm
Bilangan pelawat bulan Disember = 54 orang
Bilangan pelawat dari Januari - Disember 2011 = 599 orang
Berkenaan permohonan kebenaran membuat lawatan dan pengurusan SPF Pasoh, sila hubungi:
En AHMAD AWANG
Pengurus SPF Pasoh
Tel: 06-492 0113 (pejabat)
Tel: 013 640 0676
Emel: [email protected]
Berkenaan permohonan menjalankan penyelidikan/kutipan sampel serta pengurusan SPF Pasoh, sila
hubungi:
Dr CHRISTINE FLETCHER
Penyelaras SPF Pasoh
Tel: 03 6279 7177/7268 (pejabat)
Tel: 019 320 8280
Emel: [email protected]
Laporan disediakan oleh:
Zhafri Ab Ghani
Bagi pihak Pengurusan SPF Pasoh
~ 31 Disember 2011 ~
DISEMBER 2011 Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
1 Menyelenggara alat climate projek TEAM di Menara Triangle SPF Pasoh
2 Menyelenggara alat climate projek TEAM di Menara Triangle SPF Pasoh
3 4
5 Membersihkan sekitar kawasan Stesen
6 Membersihkan sekitar kawasan Stesen
7 Membersihkan sekitar kawasan Stesen
8 Ke FRIM kepong menghadiri penyampaian anugerah hari Inovasi FRIM
9 Membersihkan sekitar kawasan Stesen
10 11
12 Membersihkan sekitar kawasan Taman IPP Simpang Pertang
13 Memesin rumput di Taman IPP Simpang Pertang
14 Memesin rumput di Taman IPP Simpang Pertang
15 Memesin rumput di Taman IPP Simpang Pertang
16 Menukar memory card projek TEAM TEAM di Menara Triangle SPF Pasoh
17 18
19 Menyelenggara mesin rumput di stor Stesen Unit Geoinformasi (GIS) dan Japan Science and Technology Association(JAFTA) mengambil data lapangan di Petak 50 Ha
20 Unit Geoinformasi (GIS) dan Japan Science and Technology Association(JAFTA) mengambil data lapangan di Petak 50 Ha
21 Memesin rumput di sekitar Stesen
22 Memesin rumput di sekitar Stesen
23 Memesin rumput di sekitar Stesen
24
25 Krismas
26 Cuti ganti Krismas
27 Membawa pelawat dari Universiti Malaysia Sabah(UMS) mencari spises kulat dan kelawar Unit Ekologi hutan bersama pelajar prktikal membuat pemeriksaan data pokok di pejabat SPF Pasoh
28 Membawa pelawat dari Universiti Malaysia Sabah(UMS) mencari spises kulat dan kelawar Unit Ekologi hutan bersama pelajar prktikal membuat pemeriksaan pokok di petak 50 Ha Pihak kontraktor membina ruang dapur baru di asrama Meranti Merah
29 Unit Introp UPM membuat penyelidikan proses petumbuhan pokok hutan di petak 50 Ha Unit Ekologi Hutan bersama pelajar prktikal membuat pemeriksaan pokok di petak 50 Ha Pihak kontraktor membina ruang dapur baru dan membaik pulih lantai dewan makan di asrama Meranti Merah
30 Unit Introp UPM membuat penyelidikan proses petumbuhan pokok hutan di petak 50 Ha Ke FRIM kepong menandatangani SBPA Unit Ekologi Hutan bersama pelajar prktikal membuat pemeriksaan pokok di petak 50 Ha Pihak kontraktor membina ruang dapur baru dan membaik pulih lantai dewan makan di asrama Meranti Merah
31 Unit Introp UPM membuat penyelidikan proses petumbuhan pokok hutan di petak 50 Ha Pihak kontraktor membina ruang dapur baru dan membaik pulih lantai dewan makan di asrama Meranti Merah
Nota: Data dikutip secara manual di SPF Pasoh maka data tidak diperolehi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, atau semasa ketiadaan kakitangan di SPF Pasoh.
Suhu kering – ialah suhu udara yang lazim diukur menggunakan termometer biasa. Bacaannya tidak dipengaruhi oleh kelembapan udara. Suhu basah – ialah suhu udara di mana kelembapan ditetapkan pada tahap 100% menggunakan „termometer basah‟. Bacaannya adalah sentiasa lebih rendah daripada suhu kering. Kedua-dua bacaan suhu kering dan suhu basah memberi gambaran kelembapan udara. Sumber: http://www.engineeringtoolbox.com
Aktiviti-Aktiviti Bergambar Sepanjang Bulan Disember 2011
SPF Pasoh telah menerima tempat
Ketiga Anugerah Persekitaran
Kerja Terbaik dan sedikit jamuan
telah diadakan bagi meraih
kejayaan itu(untunglaaaa dapek
makan)
Staf SPF Pasoh sedang memesin
rumput di sekitar kawasan
Stesen(habih rumput dimesen eh.x
beraka to)
Unit Geoinformasi(GIS) dan Japan
Science and Technology
Association(JAFTA) mengambil data
lapangan di Petak 50 Ha(macam kona joo
moto tu)
Pihak kontraktor menurunkan barang-barang untuk kerja-kerja pembaikan di
asrama Meranti Merah(osah kuek eh yang ngangkek simen tuu..40 beg stedy joo)
Unit Ekologi Hutan membuat
pemeriksaan data pokok di pejabat
Stesen(iyo-iyo bona ai)
Kerja-kerja pembinaan dapur dan
lantai dewan makan stesen
sebelum dibina
Kerja-kerja pembinaan dapur dan lantai dewan
makan hampir siap dibina(osah handa eh..x smpai
duo hari da nk siap..pki sako agak eh)
Antara program-program yang berlangsung sepanjang tahun 2011
Peserta-peserta Kembara Bersama Media anjuran FRIM dan NRE
Staf HSBC dan SPF Pasoh menganjurkan program Climate Cool
Teens siri pertama bagi tahun 2011
Majlis dan jamuan persaraan TKP(P) Dato Dr. Abdul Rashid Ab Malik pada 13.9.2011
di dewan makan SPF Pasoh
Pelajar-pelajar dari MRSM Kuala Klawang membuat program MARA
GIFTED AND TALENTED YOUTH (MAGTY)
Pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat datang menghadiri
Program Climate Cool Teens kali ke 2 yang dianjurkan oleh staf-staf HSBC dan SPF
Pasoh
Pelajar dari MRSM Serting mengikuti program Biodiversity of Rainforest
di SPF Pasoh
Program AsiaFlux 2011 Conference yang dianjurkan oleh UTM Skudai
dan SPF Pasoh
Staf HSBC dan SPF Pasoh menganjurkan program Climate Cool Teens siri ketiga bagi
tahun 2011
KAJI SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN BAGI BULAN
OKTOBER HINGGA DISEMBER 2011
LAPORAN KAJI SELIDIK DAN KEPUASAN PELANGGAN OKTOBER HINGGA DISEMBER 2011
Laporan kaji selidik kali ke 4 tahun dari bulan Oktober hingga Disember ini merupakan antara bulan yang aktif bagi tahun 2011 di
SPF Pasoh dengan pelbagai program dan aktiviti. Pihak SPF Pasoh telah menerima seramai 180 orang pelajar, 66 orang dari
golongan Profesional,14 orang dari jabtan lain,20 orang dari FRIM dan 28 orang kontraktor datang membaik pulih bangunan-
bangunan asrama dan Stesen.Pihak SPF pasoh juga menerima lawatan dari pihak HSBC seramai 17 orang awam yang datang
membuat program dan aktiviti “Climate Cool Teen” di sekitar SPF Pasoh.
Sepanjang tiga bulan ini sahaja borang kaji selidik kepuasan pelanggan yang di keluarkan sebanyak 296 dan mendapat banyak 180
komen yang positif seperti mengadakan program-program yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah mengenali H.S Pasoh, staf-staf
yang mesra dan mudah bergaul, tenaga pengajar yang berpengalaman luas, keadaan SPF Pasoh yang sesuai untuk menjalani aktiviti-
aktiviti, dan penunjuk arah yang mudah dilihat. Antara 30 komen yang negatif pula ialah seperti perlu menaik taraf kemudahan seperti
telefon,jalan masuk utama yang rosak dan tiada laman web SPF Pasoh di dalam internet.
Statistik Borang Penilaian Kaji Selidik Kedatangan Pelawat Ke Stesyen Penyelidikan Frim Pasoh
Tarikh : OKTOBER HINGGA DISEMBER 2011
Tempat :SPF PASOH
Bil-bil kedatangan pelawat
Bilangan pelawat = 325 orang
Bil-bil kedatangan pelajar dan Profesional
Bil = 246 orang Pelajar Luar Negara = 0 Pelajar Dalam negara = 180 orang Profesional Dalam Negara = 21 orang Profesional luar Negara = 45 orang Bil-bil kedatangan pelawat jabatan,orang awam dan kontraktor Bil = 79 orang FRIM = 20 orang Jabatan lain = 14 orang Kontraktor = 28 orang Orang awam = 17 orang
JUMLAH KESELURUHAN BILANGAN PELAWAT DARI BULAN OKTOBER HINGGA DISEMBER 2011 1. PELAJAR= 180 ORANG (DALAM NEGARA), Orang Awam = 17 orang 2. PROFESIONAL= 21 ORANG (DALAM NEGARA), 45 ORANG (LUAR NEGARA) 3. KAKITANGAN FRIM = 20 orang, KAKITANGAN JABATAN LAIN = 14 orang 4. KONTRAKTOR = 28 orang TOTAL = 325 ORANG
2011 ABIH DAHHH...MOGA
MURAH REZEKI TAHUN 2012
SELAMAT TAHUN BARU
2012…MIAUWWW