Click here to load reader

LAPORAN BULANAN AKTIVITI SPF PASOH sEPT~1 · PDF fileLaporan kaji selidik bagi bulan Julai hingga September ini merupakan antara bulan yang paling aktif bagi tahun 2011 di SPF Pasoh

  • View
    222

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of LAPORAN BULANAN AKTIVITI SPF PASOH sEPT~1 · PDF fileLaporan kaji selidik bagi bulan Julai...

  • LAPORAN BULANAN AKTIVITI SPF PASOH September 2011

    Pengenalan Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Pasoh terletak di Hutan Simpan Pasoh, di dalam daerah Jempol dan Jelebu, Negeri Sembilan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1970 dan terkenal serata dunia sebagai pusat penyelidikan hutan pamah tropika. Sebanyak 12 projek sedang aktif dijalankan di SPF Pasoh yang dipantau oleh Jawatankuasa Penyelidikan Pasoh di peringkat FRIM. Teras penyelidikan di SPF Pasoh ialah kajian demografi pokok 50-ha yang telah dimulakan pada tahun 1985 oleh Centre for Tropical Forest Sciences (CTFS), USA dan kajian perubahan mikro iklim dan hutan tropika sejak 1990 oleh National Institute of Environmental Studies (NIES), Jepun. Ia juga kerap menerima lawatan daripada para penyelidik dan pelawat umum daripada dalam dan luar negara. SPF Pasoh juga menawarkan kemudahan penginapan, seminar dan lawatan berpandu di Denai Alam dan Arboretum Pasoh. Ia kini diuruskan oleh tiga kakitangan tetap FRIM.

    Laporan Ringkas Pada bulan September ini SPF Pasoh telah menerima lawatan penyelidik-penyelidik dari MARDI dan lawatan dari Timbalan Ketua Pengarah penyelidikan (TKP (P) yang meraikan jamuan persaraan beliau di SPF Pasoh. Pada bulan September ini juga kakitangan SPF Pasoh menumpukan kerja-kerja membersihkan sekitar kawasan stesen, membina semula jambatan-jambatan di Denai Alam yang telah rosak, mengecat semula dinding dewan makan yang telah lusuh dan menebang pokok-pokok tumbang di Menara Gantung dan Denai Alam.

  • Antara aktiviti-aktiviti yang berlaku sepanjang September 2011 termasuk:

    Mengecat dinding dewan makan SPF Pasoh Membawa pelawat dari MARDI ke Denai Alam dan Arboretum Majlis dan jamuan persaraan TKP(P) di SPF Pasoh Membawa TKP(P) dan ahli Jawatankuasa Penyelidikan Pasoh (PRC) melihat sekitar SPF Pasoh dan Menara Gantung Membersihkan saluran tandas tersumbat di asrama Meranti Merah Membina jambatan kayu yang baru di laluan Denai Alam Menebang pokok-pokok tumbang di sekitar Menara gantung SPF Pasoh

    Senarai penerbitan yang diterima daripada Unit Penerbitan bagi bulan September 2011

    1.CATALOGUE 8-11 - PUBLICATION CATALOGUE AUGUST 2011 (1 Naskah) 2. RP130 - FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA 'A SANTUARY FOR THREATENED TREES' (1 Naskah)

  • Berkenaan permohonan kebenaran membuat lawatan dan pengurusan SPF Pasoh, sila hubungi: En AHMAD AWANG Pengurus SPF Pasoh Tel: 06-492 0113 (pejabat) Tel: 013 640 0676 Emel: [email protected] Berkenaan permohonan menjalankan penyelidikan/kutipan sampel serta pengurusan SPF Pasoh, sila hubungi: Dr CHRISTINE FLETCHER Penyelaras SPF Pasoh Tel: 03 6279 7177/7268 (pejabat) Tel: 019 320 8280 Emel: [email protected] Laporan disediakan oleh: Zhafri Ab Ghani Bagi pihak Pengurusan SPF Pasoh ~ 30 September 2011 ~

  • SEPTEMBER 2011 Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday

    1 Hari Raya Aidilfitri

    2 Menyapu daun di Stesen

    3 4

    5 Menyapu daun di sekitar Stesen Mencuci tandas dan bilik mandi lelakiSPF Pasoh

    6 Membersihkan bilik seminar dan pejabat

    7 Memesin rumput di sekitar kawasan Stesen Memotong pokok tumbang di laluan ke Menara Gantung SPF Pasoh Mengecat dinding dewan makan SPF Pasoh

    8 Membawa pelawat dari MARDI ke Denai Alam dan Arboretum menyapu daun disekitar SPF Pasoh

    9 Memesin rumput di Taman IPP Simpang Pertang Membawa pelawat dari MARDI ke Denai Alam

    10 11

    12 Membersihkan laluan Denai alam Membersihkan rumah asrama Meranti dan Keruing Membersihkan tandas-tandas stesen

    13 Majlis Persaraan TKP(P) di SPF Pasoh Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan Pasoh (PRC)

    14 Membawa TKP(P) dan ahli PRC ke Menara Gantung

    15 Mengemas sekitar kawasan SPF Pasoh

    16 Hari Malaysia

    17 18

  • 19 Mengemas asrama Meranti Merah dan kawasan sekitar SPF Pasoh

    20 Pelawat awam dari Kuala Lumpur melawat sekitar SPF Pasoh

    21 Membina jambatan kayu yang baru di laluan Denai Alam

    22 Membersihkan sekitar kawasan stesen SPF Pasoh

    23 Mengemas sekitar kawasan Taman IPP Simpang Pertang

    24

    25

    26 Memotong pokok-pokok tumbang di sekitar Menara gantung SPF Pasoh

    27 Mencuci tandas-tandas stesen

    28 Menyapu daun di sekitar stesen

    29 Memesin rumput di sekitar stesen SPF Pasoh

    30 Mengemas sekitar stesen

  • Nota: Data dikutip secara manual di SPF Pasoh maka data tidak diperolehi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, atau semasa ketiadaan kakitangan di SPF Pasoh. Suhu kering ialah suhu udara yang lazim diukur menggunakan termometer biasa. Bacaannya tidak dipengaruhi oleh kelembapan udara. Suhu basah ialah suhu udara di mana kelembapan ditetapkan pada tahap 100% menggunakan termometer basah. Bacaannya adalah sentiasa lebih rendah daripada suhu kering. Kedua-dua bacaan suhu kering dan suhu basah memberi gambaran kelembapan udara. Sumber: http://www.engineeringtoolbox.com

  • Aktiviti-Aktiviti Bergambar Sepanjang Bulan September 2011

    Staf SPF Pasoh sedang membersihkan sekitar kawasan stesen dan asrama-asrama (berosih

    dah,buleh main koja-koja)

  • En.Ahmad sedang mengecat semula dinding dewan makan di

    Asrama Meranti Merah(dah putih melopak dinding tu)

  • Staf SPF Pasoh,En Zamri membawa pelawat dari MARDI ke

    Denai Alam dan Arboretum mencari sampel daun

  • Membersihkan pokok-pokok tumbang di laluan Denai

    Alam(banyak bona pokok tumbang lopeh hujan)

  • Majlis dan jamuan persaraan TKP(P) Dato Dr. Abdul Rashid Ab Malik pada 13.9.2011 di dewan makan SPF Pasoh

  • Lawatan ke Denai Alam dan En.Ahmad memberi sedikit penerangan

  • Staf-staf SPF Pasoh membina semula jambatan yang telah rosak

    di laluan Denai Alam(jambatan dirosakan oleh kerbau pendek)

  • Memotong pokok tumbang di sekitar Menara Gantung yang

    menghempap tali kable menara(pokok eh godang longan(Berio-rio bona)

  • Staf-staf SPF Pasoh sedang menebang pokok-pokok tumbang di menara(pokok dah roput nak buek

    camno)

  • Seekor ular telah ditangkap oleh Cik Mat sewaktu sedang melepak di tangga menara dan di lepaskan di

    kawasan sawit selepas di soal siasat(kalau kono patuk jadi arwah

    dah)

  • KAJI SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN BAGI BULAN JULAI HINGGA SEPTEMBER 2011

    Laporan kaji selidik bagi bulan Julai hingga September ini merupakan antara bulan yang paling aktif bagi tahun 2011 di SPF Pasoh

    dengan pelbagai program dan aktiviti dan pihak SPF Pasoh telah menerima 32 orang pelawat dari luar negara, 14 orang pelajar dan

    19 orang awam dari HSBC yang membuat program dan aktiviti Climate Cool Teen di sekitar SPF Pasoh. Pihak SPF Pasoh juga

    menerima lawatan pelawat dari Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) yang membuat program Kembara Bersama Media

    dari Berita Harian, NSTP dan RTM tentang keunikan H.S Pasoh dan SPF pasoh. Pada bulan September juga SPF Pasoh telah

    menerima lawatan dari TKP(P) meraikan jamuan perpisahan beliau.

    Sepanjang tiga bulan ini sahaja borang kaji selidik kepuasan pelanggan yang di keluarkan sebanyak 60 dan mendapat banyak 52

    komen yang positif seperti mengadakan program-program yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah mengenali H.S Pasoh, staf-staf

    yang mesra dan mudah bergaul, tenaga pengajar yang berpengalaman luas, keadaan SPF Pasoh yang sesuai untuk menjalani aktiviti-

    aktiviti dan penunjuk arah yang mudah dilihat. Antara 8 komen yang negatif pula ialah seperti perlu menaik taraf kemudahan seperti

    telefon, bilik beribadat, asrama-asrama dan SPF Pasoh perlu dinaik taraf kerana ia merupakan salah satu tunjang utama kepada FRIM.

  • Statistik Borang Penilaian Kaji Selidik Kedatangan Pelawat Ke Stesyen Penyelidikan Frim Pasoh

    Nama Borang: Kaji selidik kedatangan pelawat

    Tarikh : Julai-September

    Tempat :SPF PASOH,

    Bil-bil kedatangan pelawat Bil Jumlah = 114 orang

    Bil-bil kedatangan pelajar dan Profesional Bil = 52 orang Pelajar Luar Negara = Pelajar Dalam negara = 14 orang Profesional Dalam Negara = 8 orang Profesional luar Negara = 30 orang Bil-bil kedatangan pelawat jabatan dan orang awam Bil = 62 orang Jabatan FRIM = 12 orang Jabatan lain = 31 orang Orang awam = 19 orang

  • JUMLAH KESELURUHAN BILANGAN PELAWAT DARI BULAN APRIL HINGGA JUN 2011 Bil: 1. Pelajar= 14 orang (dalam negara), orang awam = 19 orang 2. Profesional= 8 orang (dalam negara), 30 orang (luar negara) 3. Kakitangan frim = 12 orang, kakitangan jabatan lain = 31 orang Total = 114 orang

    BILANGAN PELAWAT KE SPF PASOH BAGI JULAI SEPTEMBER 2011

Search related