Upload
braderjay-md-dawi
View
235
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
lapran gotong-royong
Citation preview
SEKOLAH KEB PARIT BAKAR TENGAH
MUAR
LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA
TARIKH: 6 APRIL 2013
HARI
: SABTU
TEMPAT: SK PARIT BAKAR TENGAH, MUAR
MASA
: 7:30 PAGI
Gotong Royong Perdana peringkat Sekolah Keb Parit Bakar Tengah, merupakan aktiviti tahunan di bawah badan Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Ia melibatkan semua guru, staf bukan akademik, pekerja swasta, AJK PIBG, ibu bapa / penjaga dan murid-murid Tahap 2.
Semua yang terlibat telah di bahagikan kawasan masing-masing untuk dibersihkan dan di kemaskan seawall jam 7: 45 pagi. Semua murid Tahap 2 dikumpulkan dan di bahagikan mengikut kawasan yang telah ditetapkan.
Tujuan dan objektif mengadakan aktiviti ini ialah :-
Menjadikan sekolah bersih, kemas, baik dan selamat untuk menjalankan pembelajaran dan pengajaran
Memupuk semangat kerjasama di kalangan murid-murid dan guru-guru dan semua warga SK Parit Bakar Tengah dan mengamalkan sikap cinta akan kebersihan dan keceriaan.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk yang membawa kepada penyakit berjangkit seperti Denggi dan H1N1.
Aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancer dan baik. Hasilnya dapat memberikan manafaat dan keselesaan yang berterusan. Kawasan sekolah yang bersih dan bilik-bilik yang kemas dan bersih ini di harapkan dapat membantu dalam meningkatkan sistem pembelajaran sekolah dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi sekolah.
Respon Peserta.:-
Menggalakkan
Bekerjasama
Gembira
Cergas
Bersemangat Sekalung tahniah dan syabas serta terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Gotong Royong Perdana Sekolah Keb Parit Bakar Tengah 2013.
Di sediakan oleh: Disahkan oleh:
.
...
( RAZIFAH BINTI SELAT)
( PN HJH NORMADIAH BINTI JEMAIN)Setiausaha Program Guru Penolong Kanan HEMLAMPIRAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA1. PENGERUSI
Membentuk jawatankuasa pelaksana
Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat
2. NAIB PENGERUSI
Membantu pengerusi
Mengendali dan mempengerusikan mesyaurat semasa ketiadaan pengerusi
3. SETIAUSAHA
Menguruskan surat menyurat
Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program
Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa
Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program
Menyediakan laporan penuh program
4. BENDAHARI
Menyediakan anggaran perbelanjaan
Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa
Mengurus dan menyelia perolehan serta perbelanjaan
Menyediakan laporan perbelanjaan
5. UNIT PROGRAM DAN PENDAFTARAN
Menyediakan borang penghakiman setiap pertandingan
Menyediakan pamphlet aturcara program
Menguruskan pertandingan
Mengatur jadual hakim pertandingan
6. UNIT TEKNIKAL DAN PERALATAN
Menyedia dan menyusun tempat pertandingan
Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti
Menyediakan alternatif tempat, alatan dan bahan jika ada kegunaan
Menyenaraikan senarai barangan keperluan peserta
7. UNIT JAMUAN
Menyediakan anggaran perbelanjaan
Menyediakan tempat jamuan dan menguruskannya
Menguruskan bil pembayaran tempahan makanan melalui bendahari